Tumgik
dan-jokopovic · 2 years
Text
I have no mood right now.
Forgive me, tiada update buat seketika walau hakikat nya banyak content terkumpul. Terima lah bahawa malas itu benar.
Btw I bought a new ride, sila enjoy footage.
Pelakon adalah kawan rider kita.
0 notes
dan-jokopovic · 2 years
Text
Tumblr media
Genting Highland, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1:30 jam dari penginapan di Kota Warisan, Sepang.
Setiba nya kami di checkpoint pertama di kaki Genting Highland. Tekanan udara tanah tinggi mula terasa, kami berhenti sarapan sambil bergambar di stesen minyak yang menjadi tanda aras untuk kebanyakan vloggers terkenal.
Tumblr media
Selepas seketika berehat, perjalanan di teruskan. Destinasi seterus nya, Chin Swee Temple sebelum ke puncak tanah tinggi. Di samping destinasi, kami mengambil kesempatan mengasah tayar masing-masing di setiap selekoh. Keadaan jalan raya yang banyak kenderaan dan tanah runtuh mengehad kan aktiviti kami.
Suasana di Temple agak lengang dan kedudukan ia di lereng bukit menyebab kan deruan angin yang kuat dan nyaman di kawasan kuil.
Tumblr media Tumblr media
Selepas berehat dan melawat kawasan yang memang cantik-cantik, kami bersiap pula untuk beredar. Perjalanan turun memang lebih laju dan memerlukan kemahiran mengawal tuil minyak dan brek jentera sendiri. Destinasi seterusnya, Bukit Tinggi. (Atau, betul ke?)
0 notes
dan-jokopovic · 2 years
Text
Tumblr media
Last week endeavor, the three old friends meetup and hill carving sessions.
A 250, and two 150.
Perjalanan dari Cyberjaya menggagahi Genting Highland terus kesesatan ke Janda Baik dan berakhir ke Bukit Tinggi. Berbekal kan niat untuk membiasa kan diri mengambil selekoh dalam kelajuan ternyata moped 150 mampu melayan lebuhraya Karak dan terus mendaki bukit setinggi 1,800 meter selari dengan Yamaha R25.
Kekurangan moped dengan kapasiti tangki bahan bakar 4.7 liter nyata terserlah apabila menghampiri destinasi akhir, Bukit Tinggi. Nota untuk diri, isi minyak sebelum bertolak dari BHP Gombak(Karak entry point). Honda RSX 150 dengan dilengkapi tayar Michelin Pilot Street nyata memiliki cengkaman yang lebih meyakin kan berbanding tayar OEM dan mempunyai kuasa enjin yang cukup untuk menghadap Bukit Tinggi. Cuma perasaan kecewa apabila signal minyak mula berkelip sebaik sahaja tiba di checkpoint Bukit Tinggi.
0 notes
dan-jokopovic · 2 years
Text
Pembuka Kata
Bismillahirahmannirahim
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera
Pertama sekali, pembuka bicara untuk blog ulung saya. Bertujuan untuk berkongsi pengalaman dalam gaya hidup, penunggangan, pendakian dan banyak lagi dalam perancangan. Tidak terhad untuk yang demikian.
Alhamdulillah, diberi peluang untuk merekod pengalaman yang seronok untuk dikongsi dengan kalian semua.
Tumblr media
3 notes · View notes