Tumgik
saifulnang · 3 years
Photo
Tumblr media
Arwah anak aku Down Syndrome. Selepas anak aku meninggal, aku anggap semua anak Down Syndrome anak aku . SI PENDERA MASIH BEBAS! Tolong post di wall sosial media masing-masing sebagai tanda anda menyokong perjuangan ini. #Justice4Bella #JusticeForBella <-- Tekan tanda pagar ini untuk cerita lanjut. ;( https://www.instagram.com/p/CROrtHxti70/?utm_medium=tumblr
1 note · View note
saifulnang · 3 years
Photo
Tumblr media
Dulu kecil-kecil nampak kapal korek boleh terpacak tengok tak berkelip mata berjam-jam. Alhamdulillah ini “toys” baru saya. Bukan baru sangat cuma baru sempat nak sentuh joystick Kobelco Longarm ni buat kerja tanah sikit. Dulu masa cita-cita nak jadi operator kapal korek, cikgu nasihat “Awak cuba cita-cita tinggi sikit macam doktor, engineer, atau akauntan...pemandu kapal korek tak boleh kaya” . Alhamdulillah hari ni saya excavator pulak. Ada orang kaya toys dia Ferrari atau Lambo. Mereka suka bau getah scratching dan besi enjin menderum garang. Saya mula dengan Komatsu Mini sekarang upgrade ke Kobelco Longarm dan lepas ni nak main Hitachi EX200 dan EX270 yg sedang repair. Ini toys yang memberi hasil dan enjoy pula membawanya. Macam fantasi kanak-kanak jadi realiti . Tidak ada kerja untuk orang malas maka mereka biasanya jadi miskin, siapa yang rajin bekerja semuanya kaya walaupun dia miskin tak ada kelab sepak bola . ABAH https://www.instagram.com/p/CPJRE8ytS9a/?utm_medium=tumblr
1 note · View note
saifulnang · 3 years
Photo
Tumblr media
Dalam budaya barat, barbecue bukan menu tapi cara bersosial sambil membakar daging yg dibawa masing2. Tuan rumah siapkan pit sahaja. Di Malaysia bila dikomersilkan dia jadi menu dalam hidangan . Dalam budaya Jawa, nasi ambeng ialah kesamarataan apabila setiap org dtg ke masjid bawa sebahagian hidangan dalam keluarga mereka utk makan sama2 di masjid. Sebab itu ada macam2 masakan dicampur kerana setiap rumah, menunya berasingan. Bila dikomersilkan dia jadilah satu MENU dalam hidangan . Dalam budaya Melayu, lemang dan dodol ialah keraian memantai bersama keluarga bersiap menyambut lebaran. Setelah dikomersilkan ia menjadi menu dalam hidangan . Dalam budaya Melayu juga, rewang dalam kenduri bukan kerana bajet, semua nak masak sendiri tetapi tanda kerjasama dalam masyarakat. Kalau takut kenduri kita tiada yg datang rewang, pastikan semasa masyarakat kita berkendarat, kita turun sama membantu. Juga menjaga hubungan baik sesama tetangga. Setelaah dikomersilkan, maka kenduri jadi satu jamuan sahaja dengan katering dan wedding planner lakukan semuanya . Pernahkah kita fikir, tidak semua boleh kita komersilkan? Kerana bila dikomersilkan, kita akan melonggarkan ikatan dalam sosiobudaya bermasyarakat dalam adab yang terpandu dan bertamadun tinggi . Sebarkan tanda sayang kita kepada generasi yang tidak mengenal asal usul kebijaksanaan sosiobudaya akar kita dulu-dulu. Ketika zaman yang media hanya ada kotak bersinar memancar siaran dari RTM1 dan RTM2 dalam warna hitam dan putih, namun hidup lebih inklusif dalam masyarakat setempat . SAIFUL NANG (at Kajang, Malaysia) https://www.instagram.com/p/COdY8aaj_yt/?igshid=1dwny6428jubz
1 note · View note
saifulnang · 3 years
Photo
Tumblr media
Warga Emas Jaga 10 Cucu Yatim yg Kehilangan Orang Tua Mereka . Dapat makluman dari orang Kampung Rawa, Lenggeng ada asnaf, Makcik Jamilah yang menjaga 10 orang cucu (anak yatim) yang kematian orang tuanya. Keluarga ini bergantung hanya kepada hasil menjaja di Pasar Tani 3 kali seminggu dan perniagaan pula terjejas teruk sejak pandemik Covid-19 bermula tahun lalu. . Bantuan yang dihulurkan bukan one-off tetapi kami rancang untuk bantuan asnaf yang berterusan. RM7620 telah diperolehi dari sumbangan rakyat Malaysia menerusi Projek Pelangi Dapur Prihatin ditambah juga dengan sumbangan dari kami NGO Warga Prihatin juga. . Kami tak dapat bantu banyak tanpa anda semua. Minggu lepas sahaja kami sampaikan bantuan Projek Pelangi Dapur Prihatin kita kepada 450 penerima makanan berasak dan 54 penerima barang dapur. Jatuh juga airmata bila dapat tahu salah seorang penerima tidak ada di rumah semasa kami buat penyampaian kerana memancing. Sudah 1 tahun tiada kerja dan perlu memancing untuk mencari lauk makan dan tinggalnya juga di pondok usang dari papan-papan yang sudah reput. . Sertai kami hari Jumaat yang mulia ini, kita sama-sama sebarkan kebaikan. . AKAUN BANK PROJEK PELANGI BANK RAKYAT 11-0071535-4 PERTUBUHAN KEBAJIKAN RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN(2012) . Mohon share post ini kerana share anda adalah satu amal jariah juga yang membuka lorongan untuk orang lain berbuat kebaikan. https://www.instagram.com/p/CLMCbYblJRg/?igshid=jvo0b21wluip
0 notes
saifulnang · 3 years
Photo
Tumblr media
Bila sekampung dapat aiskrim, sekejap sahaja news sampai. Sekejap tu juga tong aiskrim kosong. Spontan sahaja, bila ternampak seorang ibu bercatu nak belikan aiskrim anak-anaknya di kawasan bencana banjir di pesisir Sungai Pahang, spontan kami beritahu . “Ambil sahaja, nanti saya bayarkan” . Mereka macam ragu mulanya dan saya perlu ulang sekali lagi dan saya tambah lagi . “Panggil kawan-kawan lain semua”. . Dalam masa kurang 2 minit, penuh berkerumun tong aiskrim. Abang Bangla untung hari ni, aiskrim laku keras. Terima kasih kepada semua penyumbang projekpelangi.com — ini semua dari anda. (at Chenor, Pahang) https://www.instagram.com/p/CKO-SwQFajy/?igshid=vru37vnf9tjr
0 notes
saifulnang · 3 years
Photo
Tumblr media
PANGGILAN MISI PEMULIHAN BANJIR . 5 tahun yang lalu anak-anak yatim dan asnaf Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) sedia berpuasa kemahuan sehingga penjimatan boleh digunakan untuk membantu membina semula kerosakan dari Bah Kuning 2014 di Kelantan. Kami berangkat dengan jentera berat untuk pembangunan semula di Kuala Krai, Pahi, Manek Urai dan Dabong . Hampir setengah juta dibelanjakan ketika itu. Kebanyakan dari rezab perbelanjaan kami sendiri dan sebahagian kecil dari sumbangan orang ramai. Kali ini kami buka kepada semua. RM10 itu kecil untuk kebanyakan kita tetapi mungkin satu kehidupan baru pada orang lain. Lebih besar jumlahnya, lebih ramai dapat dibantu . Bantu saya untuk sebarkan mesej ini kepada ramai lagi jiwa Malaysia yang cakna. Post ini ada link website Projek Pelangi, jika ada link sahaja Facebook akan tenggelamkan post ini kecuali anda semua share, like dan komen post ini. Sebaran itu juga satu amal jariah mudah dari kita . Sumbangan terus ke Projek Pelangi menerusi 👇👇👇 . BANK RAKYAT 11-080-100156-8 PERTUBUHAN KEBAJIKAN RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN(2012) (at Warga Prihatin) https://www.instagram.com/p/CJ2VkAnligl/?igshid=1coirzb46pqws
0 notes
saifulnang · 3 years
Photo
Tumblr media
Alhamdulillah, inilah perasaan kalau belakang kebun ada jeram cantik. Cuba bayangkan selepas membajak, kita ke sungai sekejap dan merasai kopi kisar bancuhan manual (swipe next pic). Inikan hebat jika sungai kita dijaga baik-baik tanpa sampah sarap? https://www.instagram.com/p/CJjEFkSl8Jv/?igshid=lnxlhcn5ixmj
0 notes
saifulnang · 4 years
Photo
Tumblr media
Dulu berkelana negara orang putih sampai negara orang hitam, dari mata dalam sampai ke mata sepet untuk lihat tanahair orang cantik-cantik. Kalau tasik, airnya jernih, pantainya elok. Tapi cantikpun cuma boleh dipandang, tak boleh diterjun. Airnya dingin cairan salji, udaranya sejuk tak tahan selapis baju . Rupanya orang putih sampai ke orang hitam suka singgah tempat kita, kerana cantiknya Malaysia bukan setakat boleh dipandang tapi boleh dinikmati tanpa kesejukan dengan jaket berlapis-lapis . #iniMalaysia https://www.instagram.com/p/CGfsA-BFdz7/?igshid=17dvndqkjenv6
3 notes · View notes
saifulnang · 4 years
Photo
Tumblr media
Dulu masa aku di Old Delhi India, ada satu spesis haiwan yang sangat annoying. Mereka tak diperlukan tapi sentiasa ada. Haiwan ini selfish, suka mencuri dan merosakkan kepunyaan orang lain. Kalau diracun nanti matinya merata dan busuk. Busuknya juga annoying. Namun ada juga spesis ini yang mengimbangi ekosistem, tapi tak banyaklah . Akhirnya India terpaksa terima untuk hidup dengan haiwan ini. . Haiwan ini namanya TIKUS Bila banyak dipanggil POLI-TIKUS . Memang selfish Nasib baik itu di India #selamatmenjalaniPKPB #pkpb 😌 https://www.instagram.com/p/CGQ-xMqlwn2/?igshid=1ccprz22tvpwt
0 notes
saifulnang · 4 years
Photo
Tumblr media
Salam semua, saya plan nak buat travelog di Melaka. Kedua-dua tempat ini dipercayai di Melaka di kawasan Sungai Rambai katanya. Ada orang Melaka yang tahu lokasi sebenar tak di mana? Mohon whatsap ke 0172267533. Plan nak shooting petang Rabu ni. Terima kasih 😊 https://www.instagram.com/p/CEjy7lijkJS/?igshid=qsvsppi10r3f
0 notes
saifulnang · 4 years
Photo
Tumblr media
KERETA BISNES NI PENTING KE TIDAK? — First impression is everlasting impression, itu kata pepatah Mat Saleh. Pepatah orang kampung-kampung saya cakap "Don't Judge a book by it's cover". Kenapa? Kerana lazim memang orang judge a book by its cover . Ada kepentingan kereta bisnes untuk impression clients tapi boleh dibuat dengan bijak tanpa berpijak pada hutang-hutang yang membawa impresi palsu . Minta maaf kalau di dalam perjalanan usahawan saya bersama anda semua, saya agak malu dengan beberapa perkara - Tayang kereta - Tayang harta - Tayang income . Bukan apa, cuma malu kerana semua tu pinjaman Allah bagi untuk pakai sementara. Kalau kita pinjam kereta orang, kita pun tak melaram ambil gambar masuk IG kan? . CUMA, KEPENTINGAN KERETA BISNES MESTI DIBUAT DENGAN BIJAK . Sebuah Mercedes CLS350 kira-kira 10 tahun lalu ia berharga RM600,000. Tetapi pada waktu ini, ia cuma berharga sekitar 50k. Disebabkan kuasa tunai, kereta ini boleh dibeli dengan harga jauh lebih rendah dari 50k tadi . Ramai coach bisnes sendiri tayang kereta bagi membeli impresi dan mendedahkannya itu semua dibeli dengan hutang. Bermakna, kereta yang berharga RM600k perlu dibayar dalam harga RM900k dengan bunga. Orang bijak tunggu 10 tahun lagi dan beli dengan harga kurang 5% harga asal dan impression orang masih tetap sama. Kereta baru atau kereta 10 tahun lalu tak banyak beza. Kurang 10% yang tahu beza kereta Merc CLS350 berusia 10 tahun dengan CLS350 baru keluar showroom . Beli baru downpayment sahaja dah 100k, dengan 100k itu sahaja dah boleh beli model lama sedikit sampai 2 unit cash . Tapi tak salah, depa nak beli itu duit depa. Kita ni tak payah nak terikut-ikut sangat. Kalau bisnes baru nak steady 1 tahun dah terus nak buat loan beli kereta besar, itu cari nahas namanya. Belum tentu tahun depan, bisnes masih steady. Nasib bawa saya selfie dengan lori-lori kami. Tayang aset company buat client lagi trust lagi baik dari tayang harta peribadi sekadar nak bermegah . Sertai Channel SN Business School secara percuma setiap hari di t.me/notaceosn (atau klik link di bio). https://www.instagram.com/p/CCVsXQkDEX2/?igshid=17fjt4734rp40
0 notes
saifulnang · 4 years
Photo
Tumblr media
Wak Nang dah hilang sebelah penglihatan kerana cataract. Mohon tag mana-mana klinik mata yang sudi taja pembedahan Wak Nang, saya akan berikan review sebaik-baiknya kepada klinik itu. Wak Nang dah tak boleh memandu atau nak ke masjid naik motor. Dah pernah wak nang sodok orang dan terjun longkang. Mohon PM atau whatsap saya terus 0172267533. Saya akan buat video review terus kepada dari sebelum hingga selepas surgery. Terima kasih — SN https://www.instagram.com/p/CCUxGsBD1n7/?igshid=8gtunjik5b15
0 notes
saifulnang · 4 years
Photo
Tumblr media
Felda Soeharto sedang musim bunga dan musim durian. https://www.instagram.com/p/CB7TdkvDo32/?igshid=1b4r93nk1v1bn
1 note · View note
saifulnang · 4 years
Photo
Tumblr media
Team Bawang saya (at Sungai Besar, Sabak Bernam) https://www.instagram.com/p/CB1-j9NjT3X/?igshid=1152z7ha52nqc
0 notes
saifulnang · 4 years
Photo
Tumblr media
Jom orang Malaysia, Singapura dan Brunei — korban norma baru. Sembelih dengan akad dan disembelih dgn rakaman video. Tiada keramaian berlaku. Daging korban boleh request dan disediakan untuk self pick up. InsyaAllah ibadat dijalankan sambil pemutusan rantaian Covid-19 dapat dilakukan https://www.instagram.com/p/CBZoNziDRZJ/?igshid=1fb11w30x77vn
0 notes
saifulnang · 4 years
Photo
Tumblr media
Semalam ada orang budiman hantar 3 bakul durian. Kendurian kami. Paling best, kelmarin semasa melawat ladang yang mahu kami “pinang” menjadi tapak integrated farming RPWP, lalu banyak gerai durian. Dalam hati bercakap “Nasib baik RPWP sedang berpuasa kehendak untuk mencukupkan keperluan”. Walaupun teringin dan kami tahu ramai anak-anak RPWP teringin (maklumlah durian, jiran sebelah makanpun baunya tembus tembok) kami puasakan untuk utamakan keperluan sementara Covid-19 ni, bisnes kami pun banyak yang kena tutup. Tiba-tiba orang datang hantar detik hati. Apa lagi, raya durian semalam satu RPWP. 200 org rasa durian dari yang kecik sampai warga emas merasa . Terima kasih Allah Terima kasih Si Baik Hati https://www.instagram.com/p/CBUrM_JDOv9/?igshid=u0vyyini9wjp
0 notes
saifulnang · 4 years
Photo
Tumblr media
Malam ni live bersama saya — jemputan dari Dr Niki Shuhada. Perkongsian dari saya untuk semua yang mahu cari jalan keluar dari kesempitan hidup. https://www.instagram.com/p/CBPZsoBDz-W/?igshid=kus9rnx3cx5t
0 notes