Tumgik
#kekosongan jawatan spa
kapkunkap12 · 3 years
Text
Kerja Kosong Majlis Agama Islam Negeri Kedah
Kerja Kosong Majlis Agama Islam Negeri Kedah
Kerja Kosong Majlis Agama Islam Negeri Kedah | Kepada seluruh warganegara malaysia yang berkelayakan dan sedang mencari jawatan kosong anda diperlawa untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan seperti berikut. Kerja Kosong Majlis Agama Islam Negeri Kedah Akauntan Gred WA41Pembantu Tadbir Gred N19 Syarat asas permohonan Calon hendaklah rakyat malaysia…
Tumblr media
View On WordPress
1 note · View note
rosesarewardah-blog · 4 years
Text
Pengalaman Interview Pegawai Syariah LS41 SPA Pahang
Assalamualaikum. Hi there!
Harini saya tak tulis banyak pun. Cuma nak ceritakan sedikit pengalaman saya menjalani temuduga Pegawai Syariah LS41 dibawah SUK melalui permohonan ni Lawan web SPA Negeri Pahang. Walaupun saya tidak berjaya untuk lulus temuduga tersebut namun ianya merupakan satu pengalaman berharga juga bagi saya yang baru mula untuk nak pursue di dalam kerjaya profession guaman ini.
Interview ini dah lama sebenarnya, pada 20 Ogos 2019. Masa ini saya masih lagi bekerja di Cheras, Kuala Lumpur. Iklan kekosongan ni diwar-warkan di Lawan Web SPA Negeri Pahang dan Facebook juga. Terdapat dua kekosongan namun secara detail saya juga tidak pasti apakah posisi jawatan tersebut. Hal ini kerana Pegawai Syariah LS41 terdiri daripada Pegawai Sulh dan Hakim Syarie yang bertugas di Mahkamah Syariah dibawah JKSM, Pendakwa Syarie yang bertugas di Pejabat Agama Islam Negeri Pahang dan juga Peguam Syarie Jabatan Bantuan Guaman juga di bawah JKSM.
Namun saya andaikan disebabkan tidak ada kelayakan Sijil Peguam Syarie ketika hebahan iklan maka posisi LS41 untuk temuduga kali ini mungkin Pegawai Sulh atau Pendakwa Syarie.
Baiklah apabila hari temuduga tiba. Saya dimaklumkan bahawa sehari sebelum temuduga itu sudah ada 1 batch yang telah ditemuduga. Pada hari temuduga saya pula sudah ada 13 calon. Manakala esoknya juga ada 1 batch lagi untuk ditemuduga. Saya tidak dapat menganggarkan berapa calon yang layak untuk ditemuduga namun banyak juga yang telah ditapis kerana rakan 1 kelas saya yang juga beralamat Pahang tidak berjaya untuk melepasi ke peringkat temuduga. 
Dalam 13 calon tersebut, kesemuanya mempunyai IC di Pahang. Sama ada anak jati Pahang atau sedang bekerja di Pahang. Tiga orang daripada mereka ditemuduga untuk naik pangkat. Ini bermakna pada mulanya mereka adalah Penolong Pegawai Syariah LS29 iaitu Timbalan Pendakwa Syarie atau Penolong Pegawai Syariah dibawah JKSM. Ada juga diantara mereka yang sudah berkali-kali menjalani temuduga ini namun tidak lepas. Ada juga antara calon merupakan Pensyarah bidang Syariah dan lepasan universiti-universiti antarabangsa. Tipulah jika saya saya tak gementar, inikan pula selepas mengetahui latarbelakang pendidikan dan pekerjaan mereka yang agak senior. Sedangkan saya pula pertama kali menjalani temuduga dan boleh dikira sebagai Fresh Grad juga.
Panel penemuduga pula 3 orang. Hakim Syarie dan Pegawai-pegawai  di bawah SUK Pahang. Etika asas bagi calon pula mestilah memakai kod etika yang formal dan sewajarnya. Kami rata-rata memakai baju hitam-putih, blazer, kasut hitam tertutup. Dilarang jubah atau apa-apa attire yang tidak berbentuk formal. Salah sorang daripada kami yang memakai jubah telah diminta untuk balik dan menukar baju oleh penganjur temuduga sebelum ditemuduga ahli panel. Dokumen-dokumen  juga mestilah lengkap dan bawa yang asal seperti transkrip, IC, sijil SPM dan sebagainya.
Baiklah, bercerita berkenaan soalan-soalan temuduga pula. Pada awal temuduga, soalan pertama sekali yang diajukan kepada saya yang membuat saya terkejut dan berfikir juga adalah “Awak ni anak siapa, mak ayah awak siapa?’’ Untuk pengetahuan semua, saya pada mulanya jawab dengan jujur sahaja soalan ini. Namun setelah habis temuduga, baru saya perasan yang saya rasa panel ingin mengetahui jika ibu bapa saya ada connection atau merupakan nama-nama besar. Bukan apa, sebelum temuduga ini saya sudah tahu yang salah seorang daripada calon merupakan anak kepada Ketua Hakim Syarie di salah sebuah negeri. Soalan yang pertama yang diajukan ini menguatkan lagi pendapat saya bahawa sememangnya ‘kabel’ ini sangat penting dalam menempa nama dalam jabatan-jabatan kerajaan khususnya. Pastilah lain layanan bagi anak seorang Ketua Hakim Syarie dengan orang daripada middle-class seperti saya.
Namun begitu, saya teruskan juga menjawab soalan-soalan dengan yakin walaupun masih lagi gementar di dada. Soalan-soalan yang saya dapat adalah;-
1. perkenalkan diri 2. diminta cakap arab sedikit 3. kenapa nak bekerja dalam institusi kehakiman islam? 4. kalau awk dah dapat tauliah peguam syarie dan awak juga dapat jawatan ni, mana satu awak pilih dan kenapa? 5. apa itu sulh, prosedur, cerita sampai habis. Adakah sulh boleh menjadi perintah? 6. bidang tugas di tempat kerja sekarang 7. beza bai bi thamanin ajil & syarikah mutanaqisah 8. enakmen2 yg digunapakai di pahang
Apa yang saya dapat lihat adalah, apabila saya dalam jawapan saya ada menyebut berkenaan Sulh. Maka soalan seterusnya, panel akan memberikan soalan Sulh. Ini untuk melihat sejauhmana kita memahami konsep dan amalan Sulh tersebut. Apabila saya menceritakan bahawa saya menguruskan proses jual beli dan pinjaman rumah di tempat kerja sekarang pula, panel meminta saya menghuraikan berkenaan perbezaan pinjaman tersebut. Maka, sebelum ditemuduga kita perlulah mempersiapkan segala ilmu berkenaan bidang kerja dengan menyeluruh kerana disitulah kefahaman kita diuji. 
Manakala soalan-soalan yang calon lain dapat pula seperti berikut;- - nama sultan, sultan sekarang agong n sultan ke berapa -nama2 malaikat -nama2 nabi n rasul -huraikan hadis AlBayyin Ala Muddai -Jenis2 keterangan, sumpah ada berapa -nama2 kitab n pengarang nye sape -teori hadhanah dll
Di sini sahajalah perkongsian daripada saya. Kini, saya masih lagi menunggu tawaran-tawaran untuk bekerja di Sektor Kerajaan. Ada yang perlu memohon di SPA, ada yang di MAIWP, Laman web jabatan-jabatan kerajaan dan sebagainya. Semoga dipermudahkan urusan saya dalam mengembangkan sayap sebagai Pengamal Undang-undang.
Jika nak bercerita tentang cita-cita, daripada belajar lagi saya berharap untuk menjadi Peguam Syarie di Jabatan Bantuan Guaman. Sehingga saya sanggup menjalani latihan industri di Jabatan Bantuan Guaman Selangor, menyewa berdekatan UiTM Shah Alam yang sememangnya jauh dari kolej kediaman UM dan rumah saya. Setelah mengikut latihan industrui tersebut, saya sedar tugas Peguam Syarie di JBG juga mencabar kerana mereka perlu pergi ke Mahkamah dan memberikan khidmat nasihat guaman setiap jam 2-5 petang di JBG. Semasa khidmat nasihat ini, memang sangat ramai orang awam yang beratur kerana pada waktu itu khidmat nasihat RM2 sahaja bagi 1 perkara. Saya juga dapat mengikuti sesi khidmat nasihat ini dan keprofessionalan Peguam-Peguam Syarie di JBG sangat saya hormati. Banyak perkara yang saya belajar dan moga-moga dapat saya praktikkan segala ilmu tersebut dan berbakti di negeri asal saya untuk membantu orang-orang awam yang tidak berkemampuan di Pahang.
Moga cita-cita saya ini tercapai dan dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Walau bagaimanapun saya yakin Allah menentukan yang terbaik sahaja untuk saya walau di mana haluan yang Allah lorongkan. Moga impian pembaca-pembaca juga dapat direalisasikan. 
Tumblr media
4 notes · View notes
kemungkinan-blog · 5 years
Text
'Frustrated!! Ambil cuti semata-mata nak jawab exam, nak login tak lepas' - Calon PTD bengang sistem SPA bermasalah
Baru-baru ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah membuat satu hebahan iklan kekosongan jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41. 
Sebanyak 400 kekosongan dan 30 simpanan diperlukan untuk mengisi jawatan ini. Individu yang berkelayakan diminta untuk menghadiri satu peperiksaan online yang dibuat pada hari ini sebelum ke sesi seterusnya.
Walaubagaimanapun, Facebook page milik SPA hari ini dihujani dengan komen-komen daripada calon-calon yang mahu mengisi jawatan tersebut. Mereka tidak berpuas hati dengan peperiksaan sistem secara online itu kerana mengalami beberapa masalah teknikal yang tidak sepatutnya berlaku. 
Ada yang mengatakan mereka tidak dapat masuk ke dalam sistem peperiksaan dan tidak dapat menjawab soalan. Mereka juga kecewa kerana mendapat angka giliran yang salah (melalui e-mel) dan baru mengetahui perlu mengakses ke ruangan e-semakan. 
Selain itu, ada calon yang mendakwa mereka telah menjawab kesemua soalan, tetapi ada jawapan yang tidak disimpan oleh sistem.
Apa yang lebih menyedihkan, ada di antara calon-calon tersebut sudah memohon cuti kerja tetapi tidak dapat menjawab dengan baik kerana permasalahan sistem. Masalah ini dikatakan terjadi hampir setiap tahun, tetapi tiada sebarang perubahan atau penambahbaikan yang diambil untuk mengatasi masalah tersebut. 
Mereka yang mencadangkan supaya sistem peperiksaan diadakan secara manual semula. Ini bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang kembali.
Sumber: Facebook SPA
from The Reporter http://bit.ly/2vZmtDM via IFTTT from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2EakAZC via IFTTT
3 notes · View notes
azam18283-blog · 6 years
Text
jawatan kosong spa
3 kekosongan jawatan,staff wanita di perlukan..gaji rm3000 ke rm5000 mengikut kerajinan..berminat blh call 0194426578 or 0173376327..lokasi damansara damai
0 notes
saimilogs · 7 years
Text
60 Pengisian Jawatan Kosong Terkini Di Jabatan Audit Negara
​Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia(SPA) mencari individu yang berkelayakan sebagaimana di bawah untuk mengisi 60 kekosongan jawatan di Jabatan Audit Negara Malaysia.​Sedikit tips dari Malaysia Kerjaya, sebaiknya anda mempunyai akademik berkaitan kewangan. Sebab jawatannya ialah gred W akan kaitan dengan akaun, kewangan, perbankan, ekonomi dan seumpamanya.  […] from WordPress http://ift.tt/2hfTC6X via IFTTT
0 notes
osverawilliam-blog · 7 years
Photo
Tumblr media
🔴Kursus: Inner Peace Certification in Spa Therapy Level 1 Kelayakan: SPM Umur: 18 - 40 tahun Inginkah anda bekerja di Hotel atau Resort yang terunggul di Malaysia? Pengambilan : Aug, Sept & Okt 2017 Bidang : Kesihatan & Kesejahteraan Tempat latihan : Inner Peace Akademi Tempat praktikal dan kerja : Spa Bertaraf 4-5 bintang Syarat kelayakan belia & beliawanis bumiputera atau non-bumiputera: 1. Malaysia yang berumur diantara 18 tahun dan ke atas semasa mendaftar 2. Berdikari dan semangat tinggi untuk berjaya 3. Dapat kerja di Sabah/Semenanjung Malaysia 4. Lulus temuduga bersama majikan 5. Lulus pemeriksaan kesihatan Sila bawa dokumen original dan 1 salinan dokumen berikut: 1. Salinan kad pengenalan 2. Salinan SPM (jika ada) atau sekurangnya lulus PMR 3. Sijil yang berkaitan 4. Resume 5. Gambar passport - 2 keping ============================ 🔴Peluang kerja dalam industri perhotelan. Kini anda berpeluang untuk bekerja di resort bertaraf 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ bintang di LANGKAWI KEDAH Temuduga Jawatan kekosongan: Department: Food and Beverage ( Waiter and Waitress) Kelayakan : 📌Perempuan dan lelaki diperlukan 📌Berperwatakkan kemas dan boleh berkomunikasi dalam English 📌SPM minimum Faedah yg diberi: ✅ Uniform serta kasut utk hari pertama bekerja ✅ Quarters pekerja ( sharing 4 org) ✅ Duty meals - Makan diberi sewaktu bekerja ✅ Staff shuttle - kemudahan ✅ Rawatan kesihatan ✅ Overtime 1.5 x salary ✅ Annual leave 12 hari/tahun ✅ Public holiday 17 hari/tahun Clean wages: RM1040/month Jumlah kekosongan 20org (at Politeknik Kota Kinabalu)
0 notes
kemungkinan-blog · 5 years
Text
'Pelantikannya tidak mematuhi Surat Kelulusan Perjawatan SPAD' - Kementerian Pengangkutan jawab dakwaan bekas staff SPAD
Tumblr media
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), menerusi kenyataan media menjelaskan isu yang berkaitan dengan dua orang bekas kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mendakwa telah menjadi mangsa penganiayaan ekoran ditawarkan gred jawatan yang lebih rendah dan tidak setimpal dengan jawatan dan kelayakan.
“MOT ingin menjelaskan bahawa penawaran jawatan tersebut adalah inisiatif Kerajaan untuk membantu bekas kakitangan SPAD mendapatkan pekerjaan. Penawaran tersebut adalah berdasarkan kepada kekosongan jawatan yang terdapat di MOT.
“Tawaran penjawatan ini bersifat migrasi dan tidak semestinya setara dengan jawatan yang sebelumnya.
“Umumnya adalah menjadi satu prosedur dan peraturan kerajaan bagi membuat pengambilan ke dalam perkhidmatan awam berdasarkan kelulusan yang telah ditetapkan mengikut skim perkhidmatan pada masa pengambilan tersebut dibuat.
“Bagaimanapun, sekiranya seseorang pegawai selepas pelantikannya, mendapat kelulusan yang lebih tinggi, pegawai tersebut boleh membuat permohonan baharu dalam skim perkhidmatan yang bersesuaian dengan kelulusan tersebut,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan Rabu lalu, 24 April 2019.
Menjelaskan kedudukan Mohd. Aizat, Kementeriann Pengangkutan berkata, bekas pekerja itu bekerja di anak syarikat SPAD iaitu SPAD Pro dan kemudiannya ditempatkan di SPAD bagi menjalankan tugas eksekutif pelesenan dan jawatan terakhir sebagai Eksekutif Keselamatan ICOP.
Pelantikan oleh sebuah anak syarikat, iaitu SPAD Pro itu tidak mematuhi Surat Kelulusan Perjawatan (SKP) yang diluluskan untuk SPAD dan ia menjadi titik punca kepada kecelaruan perjawatan di SPAD seterusnya memberi kesan apabila kerajaan mahu menawarkan jawatan baharu bekas kakitangan SPAD.
Kecelaruan ini hanya ditemui selepas penelitian dibuat terhadap dokumen-dokumen pelantikan SPAD Pro bagi tujuan pengurusan personel bagi maksud pembubaran SPAD.
Walaubagaimanapun, kerajaan tetap berusaha membantu bekas pekerja SPAD Pro termasuk Mohd Aizat namun bilangan perjawatan yang boleh ditawarkan adalah terhad berbanding bilangan calon yang layak dipertimbangkan.
“Akan berlaku situasi di mana calon yang berkelayakan ijazah tidak dapat ditawarkan ke jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan tersebut berikutan bilangan jawatan terhad dan penentuan pengisian dibuat secara rawak.
“Justeru, padanan terbaik, dengan mengambil kira kekosongan jawatan dan kelayakan Mohd. Aizat ialah sebagaimana tawaran yang telah dikemukakan kepada beliau iaitu Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19.
“Tawaran ini juga mengambil kira latar belakang perakaunan yang dimiliki beliau,” kata kementerian itu sambil berkata penempatan ke LPKP Sarawak tidak wajar dijadikan isu memandangkan agensi itu kini diletakkan di bawah MOT.
MENGANGGUR
Manakala bagi kes  kedua, Salehuddin Saad, kementerian itu menafikan dia sudah tujuh bulan menganggur kerana SPAD dibubarkan pada 1 Januari tahun ini dan beliau telah menerima pampasan sebanyak RM5,136 yang dibayar pada 31 Disember lalu.
Kementerian Pengangkutan berkata, kerajaan juga telah bersetuju untuk memberikan pampasan untuk tiga bulan gaji kepada bekas kakitangan SPAD walaupun mereka berkhidmat kurang daripada tiga tahun.
“Sekiranya beliau masih kekal dengan dakwaan menganggur selama 7 bulan, dibimbangi beliau telah hilang kelayakan untuk menerima pampasan di mana salah satu syarat kelayakan pampasan adalah perlu berkhidmat sehingga 31 Disember 2018,” ujar kenyataan itu.
Bahkan, katanya, Salehuddin telah ditawarkan sebagai Pembantu Tadbir Operasi Gred N19 dengan gaji yang lebih besar berbanding jawatan sebelum ini, selain turut menikmati Bantuan Sara Hidup, Insentif Tetap Khidmat Awam dan Insentif Tetap Perumahan.
Kementerian itu menambah, pemansuhan SPAD adalah langkah penstrukturan semula disebabkan oleh pertindihan fungsi dan peranannya dengan MOT dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Sehingga kini, seramai 786 (81.8%) bekas kakitangan SPAD telah ditawarkan pekerjaan ke pelbagai Bahagian, Jabatan, Agensi dan GLC di bawah MOT.
Selain itu, 16 (1.7%) bekas kakitangan masih dalam pertimbangan SPA untuk kelulusan pelantikan manakala 31 (3.2%) bekas kakitangan lagi tidak memenuhi syarat asas termasuk melebihi had umur pelantikan. Baki seramai 128 (13.3%) bekas kakitangan masih dalam proses padanan kerja di bawah program padanan kerja dengan kerjasama Agensi JobsMalaysia. 
Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media
Sumber:  Malaysia Gazette, Kementerian Pengangkutan Malaysia
LAPORAN BERKAITAN:
'Kerja di SPAD jadi pegawai, selepas bubar ditawar gred 19 & campak ke Sarawak' - Bekas staff SPAD dakwa dianiaya kerajaan
from The Reporter http://bit.ly/2GEhaP9 via IFTTT from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2ZzIzKQ via IFTTT
3 notes · View notes
kapkunkap12 · 3 years
Text
Jawatan Kosong Kerajaan SPA negeri Terengganu
Jawatan Kosong Kerajaan SPA negeri Terengganu
Jawatan Kosong Kerajaan SPA negeri Terengganu | Kepada seluruh rakyat negeri terengganu yang sedang mencari jawatan kosong berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan terkini yang ditawarkan anda diminta untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut. Jawatan Kosong Kerajaan SPA negeri Terengganu PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41PENOLONG PEGAWAI…
Tumblr media
View On WordPress
0 notes
kapkunkap12 · 7 years
Text
Kerja kosong Kerajaan Negeri Kedah SPA KEDAH
Kerja kosong Kerajaan Negeri Kedah SPA KEDAH | Peluang terbuka kepada seluruh warganegara malaysia terutamanya rakyat negeri kedah yang berkelayakan dan berminat untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan yang ditawarkan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) negeri Kedah. Berikut adalah maklumat jawatan yang ditawarkan:-
Kerja kosong Kerajaan Negeri Kedah SPA KEDAH
1…
View On WordPress
0 notes
kapkunkap12 · 7 years
Text
Kerja kosong Security Officer Sunway Resort Hotel & Spa
Kerja kosong Security Officer Sunway Resort Hotel & Spa | Peluang kerjaya terkini di Sunway Resort Hotel & Spa mereka yang berkelayakan dan berminat jangan lepaskan peluang untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:-
Kerja kosong Security Officer Sunway Resort Hotel & Spa
Security Officer Gaji ditawarkan : RM1,900 – RM2,500
Syarat asas pelantikan jawatan
warg…
View On WordPress
0 notes
kemungkinan-blog · 7 years
Text
Putrajaya beku pengambilan jawatan baharu sektor awam
KUALA LUMPUR - Kerajaan membekukan semua pengambilan bagi jawatan baharu dalam perkhidmatan awam, namun dikecualikan bagi tujuan mengisi kekosongan yang disebabkan persaraan, perletakan jawatan, kematian dan penamatan perkhidmatan, lapor Utusan Malaysia, Selasa lalu. 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entelu Belaun berkata, keputusan itu sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk menggunakan sumber manusia secara optimum sejak April 2014 dengan mengawal jumlah perjawatan dan pengisian sektor awam. 
"Berikutan itu, jumlah pelantikan ke sektor awam sejak 2015 hingga tahun ini berlaku penurunan berbanding tahun-tahun sebelumnya. 
"Bagi tempoh 2013 hingga Jun tahun ini, seramai 133,282 pemohon jawatan dalam sektor perkhidmatan awam telah diterima Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), iaitu 38,659 (2013), 37,707 (2014), 24,606 (2015), 25,046 (2016) dan 7,264 (sehingga Jun lalu)," katanya yang menjawab soalan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam)  mengenai jumlah lantikan dalam sektor awam bagi jawatan sokongan dan pengurusan dari 2013 hingga kini ketika sesi soal jawab lisan dalam sidang Dewan Rakyat, Selasa lalu. 
Entelu juga menjelaskan, jumlah pelantikan calon bagi jawatan kumpulan pelaksana adalah lebih tinggi berbanding kumpulan pengurusan dan profesional iaitu masing-masing 101,333 (pelaksana) dan 31,949 (pengurusan dan profesional) bagi tempoh tersebut. 
Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan pembekuan jawatan baharu itu yang dilihat tidak memberi peluang kepada anak-anak muda.
Selain itu, netizen juga mendesak kerajaan menurunkan had umur pencen kepada 50 tahun agar peluang perkerjaan dalam sektor awam itu dalam diberikan kepada mereka yang berminat berkhidmat dalam sektor awam.
from The Reporter http://ift.tt/2wnB9Ld via IFTTT from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2vr9GuJ via IFTTT
0 notes