Don't wanna be here? Send us removal request.
Text
Homesick
Bila jumpa family mesti leleh, Penat lah. Padahal dah 6 tahun duduk berjauhan dengan family. Bila makin besar ni makin kuat leleh lah. Sedih tengok pengorbanan parents yang banyak sangat. be strong ye.
0 notes
Text
Anonymous
Hari ni kat kelas semua sibuk cakap pasal teme & budak tomato. Siapalah diorang ni sebenarnya. Memang anonymous sangat... So good luck lah pada yang nak tau atau nak jumpa dua orang yang sangat hebat (bagi kita lah). Selamat mencari♥
0 notes
Text
My feeling
21 March 2018 22:36 Kenapa kadang2 kita rasa bila share masalah dengan kawan lebih rasa dihargai ye? Kenapa rasa macam ni ye? Tak sukalah... Kita nak jadikan family no 1 dalam semua keadaan Tapi kalau bab meluahkan perasaan kenapa tak boleh.. Sedih betul Tapi apapun kita sayang semua orang yang ada di sekeliling kita ♥
0 notes
Text
No comment
Rasanya dah malas nak cakap lepas ni.. Bila tanya tak nak jawab.. Rasa macam diri ini tak penting langsung..
0 notes
Quote
Studies need the more of sacrifice Keep calm and continue study
#elquotes
0 notes
Quote
Janganlah malu untuk mengeluarkan air mata kerana air mata itu akan memadamkan kegusaran dalam diri kita
#elquotes
0 notes
Quote
Malam yang menyaksikan air mata akan menghadiahkan engkau kekuatan di siang hari
#elquotes
0 notes
Quote
Jangan biarkan emosi menguasai diri kerana apa yang kita lakukan pada ketika itu akan menjadikan kita kesal tak berkesudahan
#elquotes
0 notes
Quote
Diam lebih baik daripada berkata kata sesuatu yang mungkin boleh menyebabkan hati seseorang akan terluka
#elquotes
0 notes
Text
Chickenpox
9.3.2018 Jumaat penghulu segala hari Dah 4 hari kena duduk rumah sebab kena chickenpox. Sakit tu tak sangat lah Alhamdulillah sebab tak rasa gatal2 atau muntah2 Bila dah kena chickenpox ni mula lah tumbuh bintik2 air dan akan bertukar menjadi parut tak lama lagi Arghhhhhh!!!!!! Macam mana ni. Stop dearself! You must be grateful for the sickness because it can be cause your sins was delete Ini kerana sakit itu penghapus dosa selagi mana kamu bersyukur dan tidak mengeluh, segala kesakitan itu akan ditukarkan kepada pahala Terima kasih ya Allah kerana telah memberi hamba mu ini cara penghapusan dosa yang menjadikan hamba mu ini lebih dekat dengan mu Cukup lah untuk malam ni.. harapnya dapat memberi sedikit input buat semua Assalamualaikum♥
0 notes
Quote
Akan tiba satu saat kita rasa tak dihargai Tapi ingatlah bahawa Allah akan ada sentiasa untuk kita bagi mengisi kekosongan hidup
0 notes
Text
Doa ku untuk mu
9.3.2018 Jumaat penghulu segala hari hampir 2 bulan kita tak menulis kat tumblr ni Bukan sebab malas tapi sebab teruninstall tumblr Ya Allah, menyesalnya sebab uninstall apps ni Sebenarnya bukan 'ter' tapi saja sebab nak install apps lain hampir dua bulan tak buka tumblr macam2 hal jadi Nak cerita pun dah tak ingat sangat Tapi apa yang nak cerita malam ni ialah tentang my reality life. Macam mana nak cakap ye.. Kita bukan tak suka laki tu tapi memang tak suka pun sebenarnya. Dia bukanlah lelaki yang baik... sebab dia hisap rokok dan tak tutup aurat. Memang lah kita tak boleh judge someone melalui luaran tapi kita boleh tau seseorang tu melalui sikap yang dipamerkan. Tapi kenapa ko tak nak dengar... salahkah kau mendengar sedikit teguran daripada orang macam kita ni. Kita cuma nak yang terbaik untuk kau. Nak kau hidup bahagia. Mungkin kau kata kau bahagia hidup dengan dia tapi kau kena sedar kehidupan ini bukan untuk hari ini dan esok tetapi kehidupan ni untuk hari ini esok lusa minggu depan tahun depan dan sehingga nafas terhenti , roh berpisah dari jasad. Jadi pilihlah lelaki yang mampu untuk menjadi imam dan membimbing kita hingga ke syurga Harapan yang tak berkesudahan. Doa dari kita untuk kau sampai bila2 #doadarikuuntukmu #yangterindah #baiksemula #sayangsemua
0 notes
Quote
Sahabat syurga adalah mereka yang meletakkan kita jauh daripada kelalaian dan kemaksiatan
#elquotes
0 notes
Text
First day school
2.1.2018 is the first day at school in 2018 Mula dari bangun pagi je terus mandi siap pergi sekolah sebab van sekolah datang pukul 6.30 pagi Sampai sekolah je terus menuju ke kelas Terasa berat kaki ni melangkah apabila teringatkan tugasan pada tahun ini Tahun 2018 kita akan menghabiskan pelajaran Walaupun nampak mudah tapi tak lah seperti yang disangka Tadi dalam kelas, Cikgu bincang tentang sukatan mata pelajaran yang akan kami belajar pada tahun ini Ya Allah , Banyaknya silibus.... Rasa macam tak terkejar Macam mana ni ? Dengan kerja kursus Dengan silibus sem1 Dengan silibus sem2 Rasa macam tak cukup kaki nak melangkah membuat segala tugasan yang ada Kita takut kalau kita tak mampu untuk jalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar Dan tiba2 kita terdetik dalam hati "Tahun ni dah 2018, tapi kenapa kita rasa macam tahun ni adalah tahun lepas" Kita dah takut... Sebab apa takut Sebab takut bila kita terbawa balik perangai tahun lepas Tabiat malas belajar! Ya Allah.... kau permudahkan urusan ku untuk menuntut ilmu mu Sesungguhnya engkau maha memberi kesenangan dalam kesulitan Dan.... Benda yang paling best pada hari ni adalah tengok budak f1 mendaftar masuk Comel je tengok budak2 ni Lepas tu bila masuk musolla benda pertama yang terdetik dalam hati ialah "Bau macam kedai baju sekolah" Serious bau baju baru sangat kuat Lepas tu kita pun tersenyum sendiri sebab teringatkan memori ketika belajar di arus perdana Semua benda nak baru Kasut,beg,baju,tudung Semuanya baru Tapi bila dah masuk pra u ni.. Pakai je baju yang lama Kasut lama Beg lama Tapi tu tak mematikan semangat untuk terus belajar Kita mulakan semangat tu dari awal In shaa Allah akan berlarutan sehingga hujung tahun Sampai sini je lah kita tulis.. Penat jari ni Assalamualaikum. Biar lelah asal lillah!
0 notes
Text
Celebrate
Today is the first day in 2018 Semalam pukul 12 tepat mulalah kedengaran bunyi letupan mercun dan bunga api sebagai simbolik kepada sambutan tahun baru Tak kurang juga ada yang menyambutnya dengan bacaan doa di masjid2 atau di rumah Tapi kita, Hmmmmmm.... menyambut tahun baru dengan doa tidur Ngantuk sangat.. Tapi sebelum tu kita wish dulu kat group wassap dan kak ecah Walaupun di Malaysia dah pukul 12 tapi di Jordan lebih kurang baru pukul 6 Tak tahun baru lagi. sebelum nak pejamkan mata terdetik untuk buka telegram Buka2 beratus noti keluar Kita pun buka lah satu group ni. Banyak sangat wish tentang azam tahun baru Tiba2 terdetik dalam hati ni.... kita tak de azam lagi lah.. Dan kita pun fikir lah nak azam apa untuk 2018 Fikir punya fikir pon masih blur je. Kita pun tidur dengan harapan supaya esok bangun pagi kita dah ada azam Tup2 bangun pagi Tadaaaaaa!!!! Azam tak muncul lagi. Dan aku mula terfikir kan azam kita pada tahun lepas. Azam kita adalah untuk dapatkan pointer yang tinggi bagi sem1 ni. Malangnya azam kita tidak kesampaian kerana kurangnya usaha dan semangat untuk mencapai azam tu Jadi pagi ni kita terfikir untuk kitar semula balik azam aku supaya kita boleh realisasikan azam tahun lepas pada tahun ni Jadi aku dah tahu apa azam kita tahun ni... Azam kita adalah untuk bahagia kan mom dan dad dengan mendapatkan keputusan yang cemerlang #doneberazam Cuma nak cakap kat sini walaupun dah masuk tahun baru tak semestinya azam kena baru. Tapi azam perlulah di upgrade supaya kita boleh jadi manusia yang lebih berguna dan berjaya Good luck myself 2018 be nice with me ok. P/s : kita adalah kata ganti nama bagi diri saya ye.
1 note
·
View note
Text
2017vs2018
Penulisanku 2
2017 hampir melabuhkan tirainya, 2018 hampir menampakkan dirinya.
2017 melakarkan segala kenagan, 2018 meminta aku untuk merapikan lakaran
2017 menjadi saksi aku telah jatuh pada seseorang 2018 membuatkan aku berfikir adakah penting mengutamakan perasaan ketika ini
2017 menjadikan aku tenggelam dalam air mata 2018 menyediakan aku pelampung untuk aku tidak lemas
2017 menjadi saksi kami semua berpisah mencari haluan kerjaya yang pelbagai 2018 menjadi saksi walaupun kami berpisah tujuan kami tetap 1 iaitu mencapai redha Allah.
2017 aku seperti roller coaster 2018 aku sudah membeli ‘balm’ sebagai persediaan
2017 kau telah meninggalkan segalanya dalam pelbagai rasa 2018 aku mengharapkan engkau dapat menyeimbangkan rasa tersebut
Epilog hidup seorang hamba yang lemah kini bangkit menuju kejayaan
0 notes
Text
Rindu
Tulisanku yang 1 (31-12-2017) Menginjak tahun 2018 meninggalkan tahun 2017 yang penuh dengan warna warni kehidupan Segala jenis perasaan pernah ku lalui ketika tahun 2017 Kini perasaanku bercampur baur apabila kedengaran bunyi bunga api sebagai penyambut tetamu bagi 2018 Apa yang harus aku lakukan untuk terus hidup dalam keadaan bahagia? Ye... aku temui jawapannya! REDHA... aku perlu redha dengan segala ujian yang bakal mendatang supaya apabila aku bersedih aku tahu yang Allah akan sentiasa ada bersama aku Kerana Allah takkan menguji hambanya di luar kemampuan hambanya itu Kini aku lebih bersedia untuk melangkah menuju tahun 2018 Menggenggam azam tahun baru aku perlu bangkit untuk mengejar segala kejayaan yang telah dijanjikan oleh Allah . Kerana aku percaya sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya Bye 2017, Welcome 2018 , be nice with me ok.
0 notes