Agama, Idea, Falsafah, Fiqh, Uṣūl Fiqh, Hadis, Seksual, Isu Kemasyarakatan, Celoteh Peribadi Dan Lain-lain.
Don't wanna be here? Send us removal request.
Note
Nak tanya pendapat peribadi anda terhadap tokoh-tokoh Salafiyyah semisal Šhaykẖ ‘Abdul ‘Azīz bin Bāz, Šhaykẖ Muḥammad bin Ṣāleḥ al-‘Uṯhaymīn dan Šhaykẖ Muḥammad bin ‘Abdul Wahhāb.
Secara umumnyaܦ mereka adalah saudara segama sepertimana ašᶝarian. Bahkanߨ sebahagiannya layak dipanggil sebagai bapa kita.
Namunߨ setiap orang akan ada martabat berbeza. Muḥammad bin ᵟAbd፤l♮Wahhāb pastinya tidak sama dengan Ibn Taymiyyaṭ. Bahkanߨ Ibn Qoyyim al♮Jawziyyaṭ pun tidak sama dengan gurunya. Sebegitu juga dia tidak sama dengan aḏ♮Ḏahabiyy. Begitu juga kesemua ini semestinya akan berbeza dengan Yūsuf al♮Qoroḍōwiyy dan ulama yang lain.
Masing-masing saya mengapprobasi dan mengekspausi pandangan mereka dan sebahagiannya saya mensasarkan kritikan dan menujukan ofensif terhadap mereka.
Saya di Twitter adakalanya mendengar dan berkongsi potongan rakaman dari tokoh-tokoh salafi walaupun belum lagi tersenarai dalam kegemaran dan pilihan saya.
Pun begituߨ mereka punyai keandalan dan keistimewaan masing-masing. Saya lebih banyak tertumpu penimbaan faedah dalam aspek hadis berbanding yang lain kerana saya melihat bahawa buana hadis ini secara permukaannya merentas segala firqah walaupun ada sebahagian pihak cuba menjustifikasikannya dan sememangnya dalam kasus yang spesifik lagi halus❟ sudah tentu ada firqah yang lebih menonjol berbanding yang lain.
Saya berubah menjadi salafi dan meninggalkan ašᶝarian pun bukan kerana pengaruh dari mana-mana salafi yang terkebelakangan atau kontemporari walaupun dalam akidah.
Saya mula menelaah akidah salaf kerana ketika itu saya ingin menjawab pertanyaan yang diajukan kepada tentang bagaimana Ḥanbalian dalam berinteraksi dengan sifat Allah pada beberapa tahun yang lalu.
Antara kitab yang terawal saya baca ketika itu adalah risalah Abū Naṣr as♮Sijziyy tentang sifat kalam Allah. Lama kelamaanܦ sehingga saya mula membaca dari al♮Buẖōriyy, ad♮Dārimiyy, Ibn Qutaybaṭ dan lain-lain.
Tiada Ibn Taymiyyaṭ, tiada Ibn Qoyyim al♮Jawziyyaṭ dan tiada mana-mana tokoh salafi hari ini atau sebelumnya yang bermula pada fasa Muḥammad bin ᵟAbd፤l♮Wahhāb pun yang memberi kesan kepada saya untuk merubahkan pandangan saya dalam akidah. Semuanya bermula dengan perusal terhadap kitab akidah salafi dan yang ḥanbalian sebelum Ibn Taymiyyaṭ lagi.
Saya pernah mengelobrasi kritikan terhadap Ibn Taymiyyaṭ pada penulisan saya dalam permasalahan korporealisme dan yang mungkin kedengaran pelik adalah saya mengutarakan perbezaan akidah Ibn Taymiyyaṭ dengan ad♮Dārimiyy.
Pun begituߨ penulisan saya pada 2022 yang sudah ada ini pun perlu penambahbaikan dan edisi pembaharuan supaya lebih mapan lagi. Saya masih belum rasa puas hati dengan apa yang kebanyakan di Wattpad.
Cumaߨ saya tidak tahu bila lagi saya akan menghasilkan penulisan edisi baru. Hanya kepada Allah saya mengharapkan kemudahan jalannya.
Saya tidak peduli siapa yang ingin membencinya dan siapa yang menyukainya. Kalau rasa membencinyaޱ saya tidak menagih apa-apa pun dari sesiapa ketika saya menjustifikasikan ini.
Dalam fiqih untuk tidak terikat dengan mana-mana mazhab pun sedemikian walaupun saya ada fokus pada pembelajaran mazhab šāfiᶝian.
Saya pun mendapat insipirasi dari seseorang yang saya sudah hilang hormatnya pada hari ini kerana berubah haluan menjadi antihadis dan saya tidak berkenan untuk menyebut namanya lagi.
Pun begituߨ dia dahulunya bukanlah salafiߨ tetapi memberikan impak kepada corak tanggapan saya pada hari ini dalam fiqih dan saya menghargai apa yang dia telah buat pada saya untuk masa lepasߨ bukan untuk hari ini.
Yang penting adalah salafi adalah beriman kepada Allah dengan sifat-Nya yang sempurna tanpa takwil batil dan tanpa penyerupaan dengan makhlukވ, mempercayai iman pada jantung, lidah dan anggota bertambah dan berkurangވ,adherensi kepada sunnah, atsar dan sahabatnyaވ, berani untuk kebenaran sekalipun bersendirian dan apa sahaja yang secara umumnya dalam kitab di bawah genre as♮Sunnaṭ.
Jika rasa tidak berkenan dengan iniޱ saya tiada hajat untuk meneruskan untuk mengassertasi kepercayaan ini. Terserah kepada masing-masing dan semua dari kita adalah dalam satu lingkungan saudara seagama yang sama dan di bendera ahli sunnah dan jemaahnya.
0 notes
Note
Assalamualaikum abg, minta maaflah kalau saya agak banyak kali dan panjang bagi mesej kat abg. Cumanya kebelakangan ini saya ada berjinak sedikit dalam mendalami lagi tentang ilmu agama sejak bulan puasa thn lepas. Especially selepas saya baca sedikit petikan abg dlm wattpad. Tapi bila sentuh bab agama ni. Pertama yg akan muncul di dalam topik ni akan muncullah itu haram, ini haram dan sebagainya. Cth, muzik, melukis manusia, tgk drama dan sebagainya. Jadi ia akan menimbulkan lagi kekeliruan terhadap orang awam yang kurang pengetahuan dalam agama termasuklah diri saya sendiri. Sebab mereka kata ia melibatkan akidah islam. Ada kalanya, susah tidur sampai lupa tanggungjawab harian sebab nk cari fakta dengan lebih complex.
Ada juga sebahagian mereka ini melabel orang sebagai fasik atau kufr jika menjusifikasinya. Secara personal, saya hormat mereka sebagai Ulama' yg membimbing sesama muslim, sama ada di online mcm social media dan di dalam kuliah. Tetapi bila bab mensesatkan org. Saya kurang terima pada itu. Sedangkan apa yang saya tahu, dalam agama sendiri pun mengajarkan jangan mencela orang lain. Especially yg Salafi ini. Mengapa mereka beranggapan sebegitu?
Pada bab ini, saya berpendapat yang ia dibolehkan dengan berkadar asalkan ia tidak mengganggu syariat kita sebagai muslim seperti Solat dan sebagainya. Sila betulkan jika saya salah pada bab ni.
Kedua, apa ilmu agama yg perlu saya dalami lagi? Ada kata ilmu Tauhid.
Akhir sekali, tak salahkan kita cari ilmu pada manhaj lain selain Salaf mcm Asyairah, Maturidi dan sebagainya. Saya sendiri pun confuse dalam hal ini. Tapi saya x suka berpegang pada "blind" faith. Ada kalanya, saya akan cari ilmu itu walaupun itu syaz. Sebab saya ingin tahu dengan detail.
Sekian dari saya, minta maaf kalau saya terkasar bahasa.
Ada dua pertanyaan untuk ini. Pertama, untuk mengesahkan sama ada kata-kata ini betul atau salah:
|Pada bab ini, saya berpendapat yang ia dibolehkan dengan berkadar asalkan ia tidak mengganggu syariat kita sebagai muslim seperti Solat dan sebagainya. Sila betulkan jika saya salah pada bab ni.|
Betul. Cuma, akui sahaja dalam kalangan agamawan ada yang bersikap keras dan ada yang longgar sama seperti perwatakan yang pelbagai dari kalangan orang lain. Tidak perlu untuk kita ambil hati dengan orang yang tidak gemar dengan kita dan biarlah mereka dengan opini mereka.
Kedua, ilmu agama apa yang perlu dalami? Jawapannya, usahakan untuk bahasa Arab. Syarat untuk menjadi orang yang berkemahiran dalam ilmu agama adalah menguasai bahasa Arab. Dengan menguasai bahasa Arab, banyak yang kita boleh belajar dan teroka. Capaian ilmu akan berbeza dengan orang yang sekadar terjemahan sahaja.
Kitab asas untuk membentuk aptitud diri pun semuanya bahasa Arab. Jika tidak dapat memanfaatkan kitab Arab yang asas, permasalahan yang lebih tinggi pasti tidak dapat dicapai. Seolah-olah tidak menjadi penuntut ilmu yang sejati pun.
Mulakan dengan bahasa Arab.
0 notes
Note
Ada fatwa yg saya baca bahawa melupakan hafazan al quran itu haram. Ada 2 perkara yg saya tentang ini.
Haram dan berdosa secara sengaja seperti malas dan sebagainya
Berusaha untuk menghafal tetapi terlupa tidaklah berdosa
Jadi adakah benar dengan statement tu.
Sebab saya lebih kepada membaca beberapa ayat Al-Quran drpd 1 juzuk.
Menghafal al-Quran adalah sunat. Justeru, meninggalkannya tidak dikira berdosa. Sama macam dahulu orang yang aktif melaksanakan tahajjud, lalu sesudah itu tidak melaksanakannya melainkan jarang-jarang. Untuk ini, tidak juga berdosa.
Akan tetapi, kurang hafalan atau luput hafalan ini adalah aib besar untuk penuntut ilmu. Lebih baik untuknya kekalkan hafalan dan jangan sampai terlupa.
0 notes
Note
Assalamu'alaikum abg,
Saya nk tanya apa pendapat abang tentang muzik. Ada terdengar ada hadis yg menentang muzik. Tetapi ada yang mengatakan hadis itu dhaif. Ada yg kata sahih walaupun ia tergantung. Disebabkan itu kebanyakan ulama' mengatakan ia haram. Sesetengah pendapat mengatakan ia harus. Secara personal, saya ambil pendapat yg harus.
Cuma yang saya keliru pada yang mengatakan ia haram ni. Contohnya, ia boleh mewujudkan ciri munafik di hati, quran dengan muzik tidak boleh bersatu di dalam hati. Adakah ia benar atau tidak? Adakah betul ia boleh menyebabkan perkara negatif di dalam hidup seharian?
Sebab saya sendiri sebagai orang awam tidak faham secara keseluruhannya tentang hadis-hadis ini. Jadi abg yang mengkaji dan memahami tentang hadis-hadis ini. Apa yg abg boleh faham.
Mohon pencerahan, minta maaf sebab saya tulis panjang sangat.
Wa'aalaikumussalam. Saya memang ada berhajat untuk menulis panjang tentang analisis hadis tentang muzik. Cuma, mungkin perlu tunggu lama lagi kerana saya ada kesibukan lain dan ada perkara yang perlu saya selesaikan dahulu sebelum ke sana. Cuma, saya dapat simpulkan sebegini. Hadis paling kuat untuk menetapkan bahawa muzik adalah haram ada pada hadis yang ada dalam Sahih al-Bukhari tentang al-Ma'azif (المعازف). Pada saya, hadis ini ada illah kerana ada beberapa tanda daripadanya. Pertama, al-Imam al-Bukhari meriwayatkan hadis ini secara mu'allaq. Adakalanya, riwayat ini perlu diambil perhatian kerana barangkali ada petanda kedhaifan padanya.
Perlu ingat bahawa al-Imam al-Bukhari ada meriwayatkan hadis dhaif dan ma'lul, tetapi kita perlu faham kraf (صِنَاعَة)nya. Antara caranya adalah meninjau bagaimana format ujaran (تًحْدِيث) beliau. Salah satunya adalah dengan cara mu'allaq. Sudah tentu ini ada sebabnya.
Kedua, yang menguatkan kedhaifan bagi poin pertama adalah hadis ini tidak dijadikan hujah untuk pelbagai bab yang terkandung di dalamnya. Ia dijadikan dalam bab "Menamakan Arak Dengan Selain Arak" (بَابُ مَا جَاءَ فِيمَنْ يَسْتَحِلُّ الخَمْ��َ وَيُسَمِّيهِ بِغَيْرِ اسْمِهِ).
Kenapa tidak ada bab khas untuk mengharamkan al-Ma'azif? Padahal, untuk hadis larangan mengambil harga anjing, pelacur dan dukun seperti berikut :
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ ثَمَنِ الكَلْبِ، وَمَهْرِ البَغِيِّ، وَحُلْوَانِ الكَاهِنِ
Ada dalam setiap bab masing-masing dengan hadis ini. Kenapa tiada bab khas untuk hadis al-Ma'azif?
Ketiga, yang menambahkan penguat bagi illah untuk hadis al-Ma'azif adalah apa yang al-Imam al-Bukhori sebut dalam kitabnya at-Tarikh al-Kabir : إِبْرَاهِيمُ بْنُ عَبْدِ الْحَمِيدِ بْنِ ذِي حِمَايَةَ عَمَّنْ أَخْبَرَهُ عَنْ أَبِي مَالِكٍ الأَشْعَرِيِّ أَوْ أَبِي عَامِرٍ: سَمِعْتَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَعَازِفِ قَالَهُ لِي سُلَيْمَانُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَن قَالَ حَدَّثَنَا الْجَرَّاحُ بْنُ مَلِيحٍ الْحِمْصِيُّ قَالَ ثنا إِبْرَاهِيمُ، قَالَ أَبُو عَبْد اللَّه وإنما يعرف هذا عَنْ أَبِي مالك الأشعري، حديثه فِي الشاميين، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ صَالِحٍ قَالَ حَدَّثَنِي مُعَاوِيَةُ بْنُ صَالِحٍ عَنْ حَاتِمِ بْنِ حُرَيْثٍ عَنْ مَالِكِ بْنِ أَبِي مَرْيَمَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَن بْنِ غَنَمٍ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا مَالِكٍ الأَشْعَرِيَّ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ليشربن نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي الْخَمْرَ يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا يُضْرَبُ على رؤسهم بِالْمَعَازِفِ وَالْقَيْنَاتِ يَخْسِفُ اللَّهُ بِهِمُ الأَرْضَ وَيَجْعَلُ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ.
ِAl-Imam al-Bukhori mengomentari bahawa hadis al-Ma'azif yang lebih dikenali adalah dengan sanad yang berbeza yang mana sanad itu berbeza dengan sanad yang ada dalam riwayat al-Bukhari. Sanad yang ada dalam at-Tarikh al-Kabir ini pula dhaif kerana Malik bin Abu Maryam ini tidak dikenali.
Oleh itu, tak sabit hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya yang merupakan satu-satunya hadis paling kuat dalam menetapkan pengharaman muzik. Yang selebihnya adalah dhaif dan tidak dijadikan hujah atau penafsiran yang tidak kuat.
Untuk efek-efek negatif mendengar muzik seperti mewujudkan ciri munafik di hati, semua ini tiada dalam hadis yang marfu' dan tidak dijadikan hujah dalam agama.
0 notes
Note
Boleh ke ada waifu? Tapi dalam kes ni saya bukanlah berfantasi sampai berlebihan. Hanya sekadar suka shj pada character tersebut. Apa pendapat encik?
Waalaikumussalam. Apa yang dimaksudkan dengan waifu?
Kalau yag dimaksudkan dengan suka karakter anime perempuan yang diminati dan disukai pada kecantikannya atau karakternya, tidak ada masalah.
0 notes
Text
Bicara Ringkas Seksual 56 : Respons Orang Kita Apabila Ada Seseorang Didapati Menonton Pornografi

Apa masalahnya kalau seseorang yang dilihat berwajah yang menyejukkan pandangan dan tutur bicaranya lemah lembut ini menonton pornografi?
Abū al-*Abbās Šihābuddīn Aḥmad bin Salamah al-Qolyūbiyy berkata :
وَخَرَجَ بِهِ رُؤْيَةُ الصُّورَةِ فِي ��لْمَاءِ أَوْ فِي الْمِرْآةِ فَلَا يَحْرُمُ وَلَوْ مَعَ شَهْوَةٍ
"Terkecuali daripadanya (pengharaman lihatan badan) ialah lihatan bayangan pada air atau pada cermin. Tidaklah ia haram walaupun bersyahwat". [Ḥāšiyatā Qolyūbiy wa *Umayrah *Alā Šarḥ al-Muḥallā *Alā Minḥāj at-Ṭōlibīn, jilid 3, m/s 209, keluaran Dār al-Fikr].
Antaranya adalah Sulaymān bin Muḥammad bin *Umar al-Bujayrimiyy berkata :
وَخَرَجَ بِهِ رُؤْيَةُ الصُّورَةِ فِي نَحْوِ الْمِرْآةِ وَمِنْهُ الْمَاءُ فَلَا يَحْرُمُ وَلَوْ مَعَ شَهْوَةٍ
"Terkecuali daripadanya (pengharaman lihatan badan) ialah lihatan pada bayangan di cermin dan air termasuk daripadanya (pengecualian). Tidaklah ia haram walaupun bersyahwat". [Tuḥfah al-Ḥabīb *Alā Šarḥ al-H̱otīb, jilid 4, m/s 372, keluaran Dār al-Fikr].
*Abdullah bin Muḥammad al-Haroriyy berkata :
هنا سؤال أن من ينظر، يتفرج على الأفلام الخلاعية. ما حكمه؟ الذي يتفرج عليها ونفسه تنجر، تنجر الى المعصية التي يشاهد هيئتها في الفيلم حرام عليه أن يتفرج عليها. أما الإنسان الذي لا تؤثر عليه، إنسان متزوج وهو مقتنع بزوجته نفسه لا تحدثه مهما رأى في الأفلام الخلاعية لا تحدثه نفسه أن يفعل هذا يطبق هذا الفعل الحرام، هذا ليس حراما عليه إن تفرج. ليس حرامًا. هذا يرى المرأة حقيقتها، يرى شخصها الحقيقي؟ لا. إنما هذا خيال. ليس حراماً على الذي لا يتأثر.
"Di sana ada soalan tentang seseorang yang melihat, menenung filem-filem lucah. Apa hukumnya? Orang yang menenung kepadanya dan dirinya terheret, iaitu terheret ke maksiat yang dia menyaksikan bentuknya adalah haram ke atasnya. Adapun seseorang yang tidak terkesan kepadanya, iaitu orang yang berkahwin dan dia merasa puas dengan isterinya, tetapi dirinya tidak menceritakannya kendatipun dia melihat filem-filem lucah, iaitu dirinya tidak menceritakannya untuk melakukan perbuatan yang ini, iaitu mempraktikkan perbuatan haram ini, maka tidaklah haram ke atasnya jika dia menenung. Ia tidak haram. Ini yang dia lihat adalah wanita yang hakikatnya, iaitu sosoknya yang hakiki? Tidak. Ini cumalah bayangan. Tidaklah haram ke atas orang yang tidak terkesan". [Rujuk : https://www.youtube.com/watch?v=NT3oL1WXFsU].
Kalaulah diketahui seseorang itu menonton pornografi mendapat kecaman yang teruk, bagaimana pula jika diketahui pandangan yang membenarkannya? Sudah tentu lebih teruk kedahsyatan.
Stigma orang pada pornografi dilihat lebih dahsyat daripada perokok sekali rokok jauh lebih teruk daripada pornografi. Ada yang sampai dihalau dari kelas kerana diketahui menonton pornografi. Malah, kalau boleh sebahagian orang ingin menjerkah dari pagi sehingga petang serta ingin membelasahnya sehabis-habisnya apabila seseorang itu didapati menontonnya.
Akan tetapi, berbeza pula layanannya pada perokok. Mereka adakalanya boleh duduk semeja dan bersosial sambil merokok. Kalau mereka tidak menyukai pun, mereka akan menyuruhnya untuk merokok di luar kelas atau di luar pandangannya. Mungkin disebabkan perokok adalah biasa ditemui di jalanan, sikap mereka menjadi luntur jika dibandingkan melihat gambar bogel di skrin telefon di restoran.
Begitu juga mereka akan mengecam habis-habisan jika ada penjualan komik lucah dan majalah erotik. Namun, berbeza pula penjualan rokok yang jauh lebih toksik di kedai runcit sehingga di kawasan kampung pun. Ia dianggap barang yang biasa yang dijual seperti jualan roti.
Walaupun kita menerangkan beberapa yang baik daripada pornografi sepertimana yang diterangkan oleh para pakar seperti di portal Psychology Today, ia tetap diingkari tanpa ada sedikit ruang toleransi pun. Namun, berbeza pula dengan rokok yang tidak ada sedikit pun kebaikan daripadanya. Ia hanya diberi respons yang biasa-biasa sahaja.
Daripada sini, tidak salah pun kalau ada agamawan ingin menonton filem lucah jika ingin mengikuti pandangan *Abdullah al-Haroriyy. Malah, kalau ingin melancap sambil menontonnya juga tidak ada masalah kerana Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy dalam «Iẖtilāf al-Fuqohā^» menyebutkan pandangan aḍ-Ḍoḥḥāk bin Muzāḥim dan sekelompok dengannya yang mengharuskan lancap.
Tidak ada aib pun untuk mereka. Saya secara peribadi pun tidak pernah mencela mereka. Bahkan, jika ada selebriti yang terkenal yang terbongkar dengan video lancap mereka pun, itu juga tidaklah aib.
Cuma, kita begitu membenci hipokrit sebahagian agamawan yang kerapkali memarahi orang lain kerana tidak menutup aurat, menonton filem yang ada babak erotik, bersembang lucah dan pelbagai lagi serta berkobar-kobar berceramah tentang kejelekan syahwat, ikhtilat, jalan-jalan zina dan lain-lain, tetapi akhirnya mereka juga ada skandal sembang lucah dalam mesej, menonton seks liwat dari amrad dan bahkan, terbabit dalam salah laku seksual.
Begitu juga hipokrit dengan sebahagian liberal atau orang yang mendukung seks secara bebas dan terbuka atau mereka yang bergaul dengan erotisisme, tetapi menjadikan isu-isu seksual sebagai bicara skandal untuk memalukan orang lain dan memburukkan seseorang individu di khalayak ramai.
Ambilan : https://www.wattpad.com/1266300532-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-isu-seksual-bicara-ringkas-56
0 notes
Text
Celoteh Peribadi 172 : Keralatan Yang Tidak Disengajakan Dalam Membaca Kitab Bahasa Arab Tanpa Baris Adalah Perkara Biasa

Walaupun Rozaimi Ramle dari pihak salafi dan Ahmad Faiz Hafizuddin yang merupakan antitesis kepadanya serta masing-masing adalah dari dua pihak yang saling berlawanan, kedua-duanya sepakat bahawa setiap daripada seorang pengajar yang membaca kitab Arab tanpa berbaris adakalanya tersilap sama ada membariskannya atau menyebut perkataan.
Saya sendiri secara peribadi pun berhadapan dengan yang sama. Walaupun kami sudah ada pengetahuan ilmu nafu dan sorof yang cukup untuk mampu membaca kitab berbahasa Arab tanpa baris dengan limpah kurnia daripada Yang Maha Penganugerah, bukan bermakna kita boleh konsisten tanpa melakukan ralat.
Cuma, kita mungkin akan memperbetulkannya apabila menyedarinya dan jika kita tidak menyedarinya, kita mampu menerima teguran daripada orang lain untuk itu dengan izin Allah dan tidaklah jahil dalam iᶜrab untuk perkataan itu. Hanya sahaja kita tersilap. Sama ada kita menyedari atau tidak. Bukan kerana disebabkan kejahilan kita semata-mata sepertimana seseorang yang mahir mengeja pun adakalanya melakukan kesilapan dalam ejaan.
Hanya orang yang bodoh, menyimpan permusuhan yag tidak matang dan terdesak untuk mencari bahan untuk menjatuhkan pihak lain sahaja akan menjadikan modal ini sebagai yang dibesar-besarkan. Mereka tidak membezakan antara kejahilan, tetapi memandai-mandai dengan kesilapan yang tidak disengajakan, lalu mereka berkata kepada orang ramai: "Lihat! Orang ini membaca kitab Arab pun salah!" dan menambahkan lagi kata-katanya: "Orang sebegini mahu mengajar agama dan berlagak ulama?" bertujuan untuk memalukan orang itu, menghinjaknya habis-habisan dan ketawa berdekah-dekah bersama rakan sekeliling.
Semoga Allah menimpakan ujian yang sama sepertimana mereka yang lakukan terhadap kami dan semoga Allah mengheret kepada situasi sepertimana yang kami sedang lalui disebabkan mereka. Kelak mereka tahu betapa bodohnya cara berselisih dengan orang lain sebegini.
Yang lebih menghairankan lagi adalah orang yang mengejek sebegini adalah dari kalangan orang yang tidak tahu bahasa Arab, tetapi menjadi burung kakak tua kepada orang yang dia ikuti yang menyindir saya dan orang lain sebegini. Mereka ini hanya mampu menjadi pengikut buta kepada seseorang, kemudian ke sana ke sini mahu melagak wira pembela agama kepada orang sekeliling. Tidak malukah mereka dan tidak sedarkah mereka bahawa mereka jauh lebih jahil daripada orang yang mereka kutuk sekurang-kurangnya dalam bahasa Arab?
Mereka ini sendiri tidak tahu sama ada pembacaan kitab bahasa Arab orang yang dia menjadi burung kakak tua untuknya itu benar atau tidak, bahkan berpengetahuan atau tidak. Kemudian, mereka ingin berhadapan dengan orang yang dia selalu kutuk untuk lapangan yang mereka sendiri jahil dan tidak tahu. Ironinya adalah mereka mereka menuduh orang lain memandai-mandai, tetapi mereka sendiri memandai-mandai dalam berseteru dengan musuh dengan menjadi burung kakak tua yang merasakan genius bertutur.
Orang yang bertaklid sewajarnya diam dan jangan terbabit dengan perbalahan yang dia bukan berkeahlian padanya. Jika dia tidak mampu membezakan kesilapan yang tidak sengaja dan kejahilan yang seseorang memandai-mandai dengannya, maka usah menjadi minyak kepada api dan gerombolan yang buta yang tidak tahu ke mana dia dibawa.
Dia sendiri tidak tahu bahasa Arab. Lalu, bagaimana mungkin dia mampu meyakinkan orang lain dan mengajarkan orang lain tentang siapakah yang berkebolehan dan siapakah yang bercelaru dalam bahasa Arab?
Tambah lagi pelik adalah orang ini juga pengikut kepada orang yang tidak tahu bahasa Arab sama sekali, tetapi melagak pandai dengan penuh yakin untuk mengelabui sekeliling. Bahkan, kalau ditanya pengikutnya sekalipun tentang pengetahuan bahasa Arab pada orang yang dia ikuti, dia sendiri akan mengetahui hanya sedikit atau tidak berkemampuan langsung untuk berkemahiran dalam pembacaan kitab. Bahkan, orang itu sendiri pun akan mengakui yang sama atau memperakuinya kemampuan dirinya.
Adakalanya, kita tertanya-tanya. Apakah sudah kemaruk untuk mengajar dan menjadi wira dalam masyarakat dalam keadaan buta pada kedudukan diri dalam lapangan tersebut sehingga sanggup menceroboh masuk rimba yang bukan kawasannya atau berdelusi terlalu pekat sehingga tidak boleh melihat realiti betul dan salah atau jahil dan mahir ketikamana membaca kitab berbahasa Arab?
Orang seperti inilah kami tentang. Mereka bukan lagi yang melakukan keralatan yang tidak disengajakan, namun mereka adalah orang yang memperdaya kedudukan ilmu mereka dengan pengelabuan dan perselindungan di kalangan orang yang jahil. Kami menentang bukan kerana dia tersilap dalam membaris atau menyebut perkataan, tetapi kejahilan yang dia bersusah payah untuk menampilkan diri itu berpengetahuan.
Atas sebab itulah berbeza orang yang berilmu dengan orang yang jahil. Orang yang berilmu akan mampu membezakan siapakah sang dungu yang memakai jubah cendekiawan dan perbezaan dua kesilapan pada pembacaan teks Arab tanpa baris.
Segala puji bagi Allah atas kurniaan yang besar kepada kami. Semoga kami termasuk orang yang bersyukur dan melaksanakan balasan itu dengan pengabdian yang penuh, teguh di atas kebenaran dan sentiasa mempertahankan manhaj yang jernih dengan tulus.
Ambilan : https://www.wattpad.com/1264262814-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-172
1 note
·
View note
Text
At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 197 : Realiti Pergolakan Antara Sesama Ahli Bait

*Abdul Roḥmān bin *Abdullah as-Saqqōf berkata :
ومن النوادر عندنا أنهم وقتما كانوا يعمرون الرباط بتريم كان السيد عبد القادر بن أحمد الحداد من جملة القائمين فيه وكان السيد علي بن حسن الحداد صاحب المقام لذلك العهد من المنكرين قال لأنه ليس من فعل السلف ولأنه مما لا تخلص النية فيه لطلب العلم فورد السيد عبد الله بن محسن بن جعفر الحبشي إلى تريم وبات عند السيد عبد القادر فقال له لقد رأيت الفقيه المقدم والسقاف والمحضار والعيدروس كل واحد حامل لبنة يضعها على ركن من أركان الرباط ثم عاج إلى عند السيد علي بن حسن وقال له لقد رأيت البارحة أربعة من الشياطين كل واحد يبول إلى زاوية من زوايا الرباط
Antara yang langka di sisi kami adalah bahawasanya mereka pada waktu dahulu mereka memajukan ribat di Tarim. Dahulu as-Sayyid *Abdul Qōdir bin Aḥmad al-Ḥaddād termasuk dari sekumpulan orang yang membangunkannya. Dahulu as-Sayyid *Aliyy bin Ḥasan al-Ḥaddād; pemilik kediaman untuk waktu itu termasuk orang yang mengingkari. Dia berkata: "Ini kerana ia bukan termasuk perbuatan salaf dan kerana dia termasuk orang yang tidak ikhlas niat untuk menuntut ilmu padanya". Lalu, sampai as-Sayyid *Abdullah bin Muḥsin bin Ja*far al-Ḥabšiyy ke Tarim dan dia bermalam di tempat *Abdul Qōdir. Lalu, dia berkata kepadanya: "Aku pernah melihat al-Faqīh al-Muqoddam, as-Saqqōf, al-Miḥḍōr dan al-*Aydarūs. Setiap seorang daripada mereka memikul bongkah batu yang mereka meletakkannya atas salah satu tiang daripada tiang-tiang ribat". Kemudian, dia menghampiri ke sisi as-Sayyid *Aliyy bin Ḥasan. Dia berkata kepadanya: "Malam tadi, aku melihat empat daripada golongan syaitan. Setiap seorang kencing di penjuru dari segenap penjuru ribat". [Al-*Ūd al-Hindiyy *An Amāliyy Fī Dīwān al-Kindiyy : Majālis Adabiyyah Fī Dīwān al-Mutanabbiyy, m/s 682, keluaran Dār al-Minhāj].
Daripada sini, kita dapat memperoleh beberapa perkara.
Pertama, ini menunjukkan bahawa semua dari keturunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- adalah maksum sehingga semua kata-katanya dan perbuatannya adalah sakral yang dikuduskan dan dikultuskan yang sama sekali tidak boleh dipersoalkan, apatah lagi dikritik. Bahkan, jika benar dakwaan ini, maka sememangnya ada di antara mereka yang jahat dan tidak ada kemuliaan di sisi mereka melainkan sekadar penanggung darah baginda.
Kedua, mencela sebahagian ahli bait yang sememangnya bersalah tidaklah semestinya dikira sebagai pembenci ahli bait atau musuh kepada zuriat baginda. Kalaulah sebegitu, maka *Abdul Roḥmān bin *Abdullah as-Saqqōf juga patut mendapat kutukan sebegini kerana memburukkan *Aliyy bin Ḥasan al-Ḥaddād.
Orang yang bermudah-mudahan mengutuk orang yang mengkritik sebahagian ahli bait sebagai pembenci ahli bait adalah mereka yang tidak kenal hakikat sebenar dunia kritikan, bahkan pergolakan dan celaan terhadap sesama ahli bait.
Mereka tidak sedar pergolakan antara Muḥammad az-Zamzamiyy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq dengan adik-beradiknya yang lain dari keluarga al-Ġumāriyy. Antara karyanya yang menonjol dalam hal ini adalah «az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-A*māl al-Munkaroh».
Ḥasan bin *Aliyy as-Saqqōf dalam «al-Jawāb ad-Daqīq *Alā Mā Waqo*a Fī Kitāb Darr al-Ġomām ar-Roqīq» mendustakan keabsahan surat menyurat antara Muḥammad Būẖubzah bin al-Amīn al-Ḥasaniyy. Malah, sebegitu juga kritikan Muḥammad Būẖubzah bin al-Amīn terhadap beberapa daripada ahli keluarga al-Ġumāriyy dan Ḥasan as-Saqqōf serta mencela *Abdullah bin *Abdul Qōdir at-Talīdiyy kerana menerbitkan beberapa suratnya daripada Aḥmad al-Ġumāriyy tanpa keizinannya dalam muqaddimah kitab «Ḏamm al-Ašā*iroh Wa al-Mutakallimīn Wa al-Falāsifah» karya Ṣōdiq bin Salīm bin Ṣōdiq.
Aḥmad al-Ġumāriyy sepertimana yang disebutkan Muḥammad Būẖubzah dalam «al-Jawāb al-Mufīd Li as-Sā^il al-Mustafīd» bahawa adiknya; *Abdul *Azīz al-Ġumāriyy pernah mencuri penulisannya dengan menerbitkan «at-Taḥḏīr Min Aẖṭō^ an-Nābulsiyy Fī Ta*bīr Ru^yā Fāṭimah Wa al-Ḥasan Wa al-Ḥusayn *Alayhimā as-Salām». Bahkan, dia menegaskan bahawa itu adalah kebiasaannya terhadap karyanya.
Al-Ḥusayn aš-Šubūkiyy dalam «*Abdullah at-Talīdiyy : Al-*Allāmah al-Murobbiyy Wa al-Muḥaddiṯ al-Aṯariyy *Abdullah bin *Abdul Qōdir at-Talīdiyy» pernah mengkritik gurunya; Muḥammad az-Zamzamiyy yang bermudah-mudahan mengatakan bahawa majoriti umat Islam masih tidak memahami tauhid melalui kitabnya «aṣ-Ṣōrim al-Mubīd Limā Za*amahu al-Mubtadi* al-*Anīd Min aḍ-Ḍolālāt Fī Šarḥ Kalimah at-Tawḥīd». Malah, kritikan Ḥamzah al-Kattāniyy dan saudaranya; al-Ḥasan terhada keluarga al-Ġumāriyy adalah sesuatu yang dikenali.
Tidak ada sesiapa pun yang mengatakan para pengkritik, bahkan pencela daripada ahli bait sendiri terhadap ahli bait yang lain ini sebagai musuh ahli bait dan pemecah belah zuriat baginda. Hanya orang bodoh sahaja akan lancang sebegini.
Ketiga, kalaulah bicara tentang sama ada sesuatu amalan itu didasari daripada amalan salaf atau tidak adalah daripada wahabi, maka *Aliyy bin Ḥasan al-Ḥaddād tidaklah berseorangan.
Antara ahli bait yang dilabel wahabi adalah Muḥammad Būẖubzah bin al-Amīn. Tuduhan ini adalah daripada Ḥasan as-Saqqōf dan Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ. [Rujuk : https://www.facebook.com/hassan.saqqaf/posts/pfbid0ThVghAoBkvy9HzoTq7TaMNKjJj1AQcCEAf3sbX58CaRa16RqmxGwMfsB8j488BQNl dan https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid02SpiCnUJinum5QqtcKLHUEBcZxzo7Gqu1qpx7Kf6Q5NUfWi3fxQNcDs9EVtr2HNkml&id=100012128473491].
Antara ahli bait yang dilabel wahabi adalah Ḥamzah al-Kattāniyy dan saudaranya; Ḥasan oleh Ṣuhayb al-Idrīsiyy. [Rujuk : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid02sZBjvWkSvfkUR4i3NsBc9fphUXFCKFwLj99gt92qb1itkAP1C2569PnhR8iQXD5xl&id=100011710382387].
Kalaulah sesiapa yang membaca kitab «az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-A*māl al-Munkaroh» tanpa mengenali penulisnya, pasti seseorang akan mudah mengatakan bahawa penulisnya adalah jurucakap kepada wahabi. Akan tetapi, penulisnya adalah tokoh ahli bait dari keluarga al-Ġumāriyy; Muḥammad az-Zamzamiyy.
Yang melucukan adalah *Abdullah al-Ġumāriyy yang terkenal dengan kesufiannya juga dituduh sebagai orang yang cenderung kepada wahabi sepertimana yang dia menyebutkannya dalam muqaddimah «Awliyā^ Wa Karōmāt» kerana dia banyak menolak cerita karamah yang tidak sabit yang dibawa oleh pelampau sufi.
Bahkan, abangnya; Aḥmad al-Ġumāriyy juga dituduh berakidah wahabi kerana mengutuk ašᶜarian sekeras-kerasnya di pelbagai tempat. [Rujuk : https://www.facebook.com/groups/202140309853552/posts/927861550614754/].
Sememangnya sebegitu perangai sebahagian orang yang tidak dapat menerima keunikan yang ada pada para ulama dan kepelbagai aliran pemikiran. Permusuhannya yang keras dan kejumudannya yang menyempit mendorongnya mudah melabel seseorang lain sebagai wahabi dan bermusuhan dengannya walaupun orang itu berlepas diri daripadanya dan tidak ada kena mengena dengannya.
Orang ini hanya berfikiran binari dan tidak mampu meneliti penghujahan ilmiah. Hanya dapat berfikir sama ada seseorang itu wahabi atau tidak. Adakah mereka semua ini, termasuk Aḥmad al-Ġumāriyy dan adiknya; *Abdullah al-Ġumāriyy secara khusus akan sama-sama dikutuk sepertimana *Aliyy bin Ḥasan al-Ḥaddād kerana memiliki pandangan yang serupa dengan wahabi?
Kita perlu ingat bahawa ahli bait tidak hanya pada satu aliran sahaja. Mereka boleh ada dari pelbagai aliran. Banyak daripadanya adalah beraliran zaydian. Sebagai permulaan boleh mencari beberapa nama di «A*lām al-Mu^allifīn az-Zaydiyyah» karya *Abdul Salām bin *Abbās al-Wajīh. Bahkan, *Abdullah al-Ġumāriyy dalam «an-Nafḥah aḏ-Ḏakiyyah Fī Anna al-Hajr Bid*ah Širkiyyah» menyatakan bahawa Zayd bin *Aliyy adalah muᶜtazilian.
Bahkan, Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ mengakui bahawa ahli bait juga terdiri daripada ašᶜarian, muᶜtazilian, zaydian, ismāᶜilian, imāmian, kisāean dan rofḍian. [Rujuk : https://al-majalis.org/forums/viewtopic.php?t=12858].
Adakah mereka semua ini akan dicela sepertimana *Aliyy bin Ḥasan al-Ḥaddād kerana meniti di atas aliran yang berbeza dengan ahli sunnah?
Sebagai poin yang keempat juga, ini membantah sebahagian orang yang jahil bahawa ahli bait hanya satu aliran dari kelompok yang mereka terhadkan sehingga mereka berkata pada kata-kata Zayd bin Arqom meriwayatkan bahawa Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda :
أَمَّا بَعْدُ ، أَلَا أَيُّهَا النَّاسُ فَإِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ يُوشِكُ أَنْ يَأْتِيَ رَسُولُ رَبِّي فَأُجِيبَ ، وَأَنَا تَارِكٌ فِيكُمْ ثَقَلَيْنِ : أَوَّلُهُمَا كِتَابُ اللَّهِ فِيهِ الْهُدَى وَالنُّورُ فَخُذُوا بِكِتَابِ اللَّهِ ، وَاسْتَمْسِكُوا بِهِ فَحَثَّ عَلَى كِتَابِ اللَّهِ وَرَغَّبَ فِيهِ ، ثُمَّ قَالَ : وَأَهْلُ بَيْتِي أُذَكِّرُكُمُ اللَّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي ، أُذَكِّرُكُمُ اللَّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي ، أُذَكِّرُكُمُ اللَّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي
"Adapun sesudah itu. Wahai manusia! Sebenarnya aku adalah manusia biasa yang hampir-hampir utusan tuhanku datang, lalu aku menyahutnya. Aku meninggalkan dua bebanan pada kalian. Yang awalnya adalah kitab Allah yang padanya adalah hidayah dan cahaya. Maka, cengkamlah kitab Allah dan berpegang teguhlah dengannya" Lantas, baginda mendorong kepada kitab Allah dan menggalakkannya. Kemudian, baginda berkata: "Ahli baitku. Aku mengingatkan kalian kepada Allah pada ahli baitku. Aku mengingatkan kalian kepada Allah pada ahli baitku. Aku mengingatkan kalian kepada Allah pada ahli baitku". [Ṣoḥīḥ Muslim, no. 4552].
Bahawa ini adalah merujuk kepada golongan al-Ḥabīb. Sungguh orang sebegini sememangnya kurang pengetahuan tentang manhaj ahli bait. Kalaulah orang yang berkata ini melihat senarai banyak daripada kalangan zaydian, pasti mereka akan menahan lidah daripada berkata sebegini.
Kalaulah orang sebegini membaca karya Muḥammad az-Zamzamiyy dan adiknya; *Abdul Ḥayy al-Ġumāriyy, itu sudah memadai untuk menampakkan perbezaan kedua-duanya dengan ahli bait yang dinaratifkan dengan golongan al-Ḥabīb sahaja.
Bahkan, Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ sendiri mengakui bahawa sememangnya sebahagian ahli bait tidak lagi menyibukkan ilmu-ilmu ahli bait, tidak mengenali sesuatu pun serta jahil terhadap sejarah-sejarah mereka, karya-karya mereka dan mazhab-mazhab mereka. Bahkan, sebahagian mereka sehingga berkata bahawa mazhab-mazhab ahli bait adalah mazhab bidaah dan termasuk salah satu tujuh puluh tiga pecahan yang memasuki neraka! Malah, mereka menyokong, meredhai dan mendoakan rahmat kepada musuh-musuh leluhur ini dan mempelajari sejarah mereka. [Rujuk : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid02Qx3iL3z4uWjxwJnLHwXtrBzQJgVKm8LRT3w7gqnXhCSqBMTokzYJaiQUrTi4Tzv9l&id=100012128473491].
Semua penyebutan di sini bukanlah untuk melaga-lagakan ahli bait dan menjatuhkan peribadi mana-mana daripada kalangan zuriat ini atau mengaibkan mereka. Akan tetapi, ia bertujuan untuk sedar supaya meletakkan seseorang daripada leluhur ini dengan seberhaknya dan menanggapi kritikan yang datang untuknya dengan seadilnya.
Ini supaya kita sedar bahawa dengan kepelbagai aliran yang ada pada ahli bait, kita perlu berjaga-jaga dan memilih siapa yang ingin kita ikuti dan bela. Bukan semua daripadanya adalah ahli sunnah atau yang sepertimana yang ditanggapi dengan satu naratif buat satu kelompok sahaja.
Bahkan, sebahagiannya melakukan kesalahan yang tidak boleh dimaafkan dan wajib ditegur seperti mencuri karya orang lain dan sebagainya. Jika ia melibatkan orang ramai, wajib diperingatkan kepada orang ramai dan tidak boleh sama sekali dibela, apatah lagi dikultuskan dan dikuduskan.
Ini juga supaya kita menyedari bahawa kritikan terhadap ahli bait bukanlah semestinya pembenci terhadapnya. Boleh jadi ia adalah dari kalangan sesama ahli bait sendiri dari pelbagai aliran sepertimana yang telah diperlihatkan. Kalaulah kita faham tentang perkara ini, kita akan melayani dengan penyelisih, bahkan musuh dengan lebih saksama tanpa sentimen binari sama ada seseorang itu pencinta ahli bait atau musuhnya.
Semoga Allah mengangkat kejahilan kita tentang ahli bait, meletakkan hak mereka sepertimana yang sepatutnya dan memberikan kita kecintaan yang tulen kepada ahli bait yang sebenar-benarnya mengikuti jalan datuknya yang mulia; Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, teguh padanya, beriltizam dengan dalil, membebaskan diri daripada bidaah dan khurafat serta berpaling daripada kesalahan meskipun menyelisihi ahli bait kebesaran sendiri.
Ambilan : https://www.wattpad.com/1263349344-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-197-realiti-pergolakan
0 notes
Text
Celoteh Peribadi 171 : Perlunya Merapati Sang Fajir Bagi Tujuan Dakwah

Dikatakan aš-Šāfi*iyy berseloka :
أحب الصالحين ولست منهم ### وأرجو أن أنال بهم شفاعة
وأكره من تجارته المعاصي ### وإن كنا سواء في البضاعة
※Aku mencintai sang soleh, namun daku bukan daripada mereka
Ku berharap agar aku peroleh syafaat melalui mereka
Aku membenci mereka yang bergelumang dengan kemaksiatan
Meski kami pun sama pada barang dagangan※
Sebab itulah kita jangan sesuka hati menyisihkan sang fajir yang bergelumang dengan maksiat dan melayani mereka dengan bengis. Mereka ini cuma diuji oleh Allah dengan kemaksiatan atau kejahilan yang menyelubungi mereka sepertimana para agamawan diuji dengan rasa diri itu baik dan dipilih Allah.
Kalau kita sebagai agamawan tidak suka diperlekehkan oleh golongan fajir kerana sikap pengkastaan dan layanan buruk sepanjang masa, maka agamawan juga tidak boleh sesuka hati memperlekehkan golongan fajir seolah-olah mereka ini terlalu kotor untuk didekati dan berinteraksi dengannya, apatah lagi menjauhkan mereka dari hak keberagamaan yang mereka berhak untuknya.
Kita semua ada cabaran masing-masing, tetapi berbeza rupa syaitannya dan jenis bisikannya. Jangan sangka sebab seseorang itu tidak merokok atau tidak pernah menonton video lucah, maka dia terselamat dari musuh yang halus dan licik, apatah lagi tipu daya tuhan yang jauh lebih unggul daripada segala-galanya. Sang soleh dan sang fajir masing-masing perlu merendah diri dan sama-sama muhasabah diri.
Sang soleh perlu sedar bahawa ketaatan yang dapat mereka tumpahkan dan ibadah yang dapat mereka laksnaakan adalah rahmat daripada Allah dan anugerah-Nya. Jika dia ujub, riyak dan sombong, dikhuatiri nikmat itu akan ditarik atau dia menjadi yang lebih teruk daripada sang fajir yang dia kutuk.
Sang soleh perlu terbuka untuk merapati bagi tujuan bimbingan dan dakwah tentang keagungan nilai menjadi seorang hamba yang cekal dalam kebaikan dan setiap dalam keberagamaan yang murni. Itulah tanggungjawab yang dipikul oleh setiap mereka yang berkemampuan dan berkebolehan untuk membawa seramai yang boleh ke arah haluan ini.
Sang fajir juga perlu beringat bahawa hidup ini tidak sepatutnya dikotorkan dengan dosa dan wajib memperbaiki diri agar dapat menjadi hamba Allah yang dipilih. Oleh itu, dampingilah orang yang soleh, pelajari kebaikan daripadanya dan contohi teladan yang bermakna yang mereka tampilkan. Walaupun pahit teguranya atau kita tidak suka beberapa sikap daripada sebahagian orang yang soleh, jika ia baik, maka usah diabaikan.
Ini mengingatkan saya ketika mendekati para erotikawan kerana mereka ini walaupun mereka ini merasakan diri ini pelaku maksiat, tetapi mereka suka mengambil tahu isu agama dan ada keinginan untuk mendalami ilmu agama serta ada kesedaran yang tersisa dalam mempertahankan agama. Begitulah apabila saya berkongsi ilmu agama dan berwacana tentangnya pada mereka sepanjang merapati mereka. Namun, orang agamawan selalu sahaja menyisihkan mereka dan bersikap bengis terhadap mereka.
Mereka ini bukan perlu disisihkan hanya beralasankan perbuatan maksiat mereka, tetapi mereka perlu dibantu dan dididik untuk menjadi yang lebih baik. Mereka memerlukan dorongan untuk berubah dan kita perlu bersabar dalam berdakwah kepada mereka sama ada kerana karenah mereka atau mengambil masa yang lama untuk mereka berubah dan sedar.
Saya bersyukur kepada Allah kerana dapat melihat di mata kepala saya sendiri perubahan daripada mereka dan hasil perapatan saya bersama mereka. Mereka mula cakna untuk ambil tahu dan belajar ketikamana sebelum ini mereka tidak nampak begitu minat atau tidak peduli terhadap agama mereka.
Mereka mula mengajukan pertanyaan kepada saya tentang kemusykilan yang ada pada isu agama walaupun saya bukanlah orang yang terbaik untuk mereka dan bukanlah setara dengan mufti atau ilmuwan kenamaan yang menyerlah dengan kewibawaannya. Apabila mereka membuka perbincangan, nampak minat mendalam untuk mengkaji, peningkatan ilmunya, pertambahan pemahamannya dan luasnya capaiannya.
Perlahan-lahan mereka menjadi progresif dan tampak kesungguhan mereka untuk belajar dan mara ke hadapan walaupun perlahan dan sebelum ini agak sukar untuk mereka berubah. Sekalipun erotikawan, tidak ada yang menghalang entusias mereka apabila ingin mempelajari agama.
Mereka ini jika kita benar-benar tulus ingin menbentuk mereka, pasti mereka akan menjadi acuannya. Kalau sepanjang masa kita mengabaikannya hanya kerana dia terbabit dengan tontonan erotika, siapa lagi yang boleh diharapkan untuk mereka berubah setelah ternyata bahawa mereka ada minat untuk agama, lebih-lebih lagi kita yang sesuai menjadi orang yang berinteraksi dengannya?
Malah, kalaulah saya meninggalkan mereka sepertimana yang dilakukan para agamawan kebiasaannya melakukannya, pasti mereka akan kekal ignoran dalam agama atau mungkin lebih teruk lagi. Dikhuatiri apabila mereka ingin memahami agama, sama ada mereka akan memandai-mandai sendiri atau merujuk kepada orang yang tidak sepatutnya kerana agamawan yang mereka ingin rujuk seringkali mengabaikan hak pertanyaannya dan perbincangannya dengan mengeji dan mengutuk mereka kerana isu erotisisme pada mereka.
Kalaulah mereka terjebak ke arah ajaran sesat lagi menyeleweng disebabkan orang agamawan menyisihi mereka dan memulaukan mereka serta mengabaikan hak mereka untuk bertanya tentang agama atau mendalaminya atas alasan mereka ini pelaku maksiat yang tidak ada keberkatan atas ilmunya, maka adakah mereka ingin bertanggungjawab?
Bahkan, ada yang sanggup halau mereka dari kelas apabila didapati mereka menonton video lucah, tetapi masih memberikan ruang untuk perokok selagimana bukan di hadapan mereka dan di luar kelas walaupun diketahui bahawa perokok jauh lebih dahsyat daripada sekadar menonton video lucah! Adakah mereka akan bertanggungjawab jika mereka menjadi orang yang membenci agamawan dan terjebak kepada fahaman yang menyeleweng apabila mereka terjauh daripada pengajian manhaj yang lurus?
Saya faham jika agamawan tidak mahu tercemar namanya apabila ada merapati sebahagian orang sebegini. Akan tetapi, cubalah bayangkan kalau itu adalah adik-beradik atau keluarga kita. Adakah kita akan memutuskan hubungan dengan mereka, bermasam muka terhadap mereka, berpaling daripada sejauh-jauhnya dan tidak mahu melayani lagi?
Saya berharap para agamawan bersikap sebagai pendakwah lagi pembimbing, bukan seorang yang kedekut dan hanya tersepit di dinding mereka. Janganlah sebab kita tidak suka dalam beberapa perkara, kita mengabaikan mereka, lebih-lebih lagi jika mereka ada hak untuknya seperti hak orang yang bertanya untuk kepada ahli ilmu.
Kalaulah selama ini orang yang memusuhi agama bertanya kepada kita tentang agama, lebih-lebih lagi pertanyaan yang bebas daripada unsur provokatif dan nampak ketulusan ingin mengetahuinya, adakah kita akan mengabaikannya atas alasan mereka ini berakidah kufur, lantang dalam menentang agama dan kerap melawan orang agama? Jika mereka ini jauh lebih teruk daripada fajir sebelumnya boleh diberikan layanan yang sepatutnya, mengapa sukar sekali untuk si fajir yang lain?
Kalaulah mereka berubah atas sebab penjelasan yang kita berikan dan jawapan yang kita kemukakan, tidakkah ini adalah rahmat yang wajar disyukuri? Sebab itulah kita perlu merapati mereka kerana kita tidak tahu di mana antara mereka yang boleh berubah atau apa potensi pada mereka yang dapat kita asah untuk mereka menyerlah.
Saya sendiri pun tidak sangka bahawa erotikawan ini boleh dibentuk dan dibimbing sehingga sampai apa yang telah ceritakan di sini. Lantas, apa alasan lagi untuk tidak melaburkan sedikit usaha untuk berinteraksi, bergaul dan merapati golongan fajir yang sebahagiannya mungkin ada potensi untuk dididik dan yang kita bantu? Kalau kita membiarkannya, siapa lagi yang ingin diharapkan?
Diri mereka sendiri yang mungkin akan membawa kepada sikap memandai-mandai atau rakan sebaya mereka yang sama-sama tidak tahu atau golongan ilmuwan sesat yang lain yang menjadi tempat pergantungan mereka sebagai alternatif kepada agamawan setelahmana mereka kecewa dengan golongan agamawan yang seringkali memberikan layanan yang cukup buruk, lebih-lebih lagi hak mereka yang berhak untuknya dicabuli oleh agamawan yang bengis?
Ambilan : https://www.wattpad.com/1263047171-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-171-perlunya
2 notes
·
View notes
Text
Celoteh Peribadi 170 : Liberal Yang Mempersoalkan Keberagamaan Saya
Aneh dengan sebahagian liberal yang mempersoalkan keberagamaan saya kerana saya kelihatan salafi, fundamentalis, tradisionalis, ortodoks dan konservatif, tetapi saya terkait dengan erotisisme dan menikmatinya. Malah, menzahirkan sama ada berpenampilan erotikawan atau perkongsian bahan erotika di media sosial sepertimana yang bukan rata-rata agamawan yang dirupakan dengan salafi, fundamentalis dan seterusnya.
Kalaulah kita mempersoalkan keberagamaan mereka, pasti mereka ini melenting dan mengejek kita dengan pelbagai nistaan seperti jumud, simplistik dan pelbagai lagi. Mereka cuba mencanang-canangkan bahawa keberagamaan merekalah yang progresif, kritis, segar dan bermakna.
Liberal yang mengutuk saya ada dua pihak. Yang pertama adalah yang membenci erotisisme dari segenap sudut sama ada erotika, pornografi atau aktiviti seksual. Yang kedua adalah yang sememangnya seorang erotikawan dan menyokong atau terbabit dengan perlakuan seksual yang dianggap bebas sama ada homoseksual atau perhubungan terbuka.
Cuma, kedua-dua pihak tetap berperilaku aneh sekali. Pihak pertama adalah kalau mereka membenci erotisisme dari segenap sudut dan melemparkan celaan yang bermacam-macam kepada saya, maka pihak yang kedua akan membalas semula untuk merefutasi dan menanggap buruk terhadap mereka kerana acah-acah suci daripada seks, rahib dan puritan.
Yang menghairankan adalah ada daripada pihak pertama adakalanya memberi toleransi kepada pihak kedua atau senyap-senyap sebenarnya terbabit dengan erotisisme sama ada ketika pergaulan, sosial atau borak kosong. Mengapa tidak boleh pula menerima dari pihak saya? Padahal, boleh jadi saya dan pihak yang kedua sebenarnya tidak ada beza pun dari sudut erotisisme.
Pihak kedua yang terang-terangan mempromosikan, berkongsi, memperjuangkan dan mengamalkan erotisisme secara terbuka dihamparkan permaidani toleransi. Bahkan, ada yang bersahabat rapat dan mengambil pandangannya dalam mengkritik atau mencela golongan yang dianggap sebagai ortodoks, konservatif, fundamentalis dan tradisionalis. Lantas, mengapa pula saya tidak boleh menjadi salafi dan ortodoks dan dalam masa yang sama, saya adalah erotikawan?
Pihak kedua pula adalah mereka mencela saya pada apa yang mereka sendiri terbabit dan membawanya dalam kehidupan seharian. Tidakkah ini hipokrit? Ada sebahagian mereka terang-terangan mempromosikan gerakan menormalisasikan homoseksual dan meraikannya sebagai pengiktirafaran umum serta memperjuangkan hak pasangan itu untuk mengamalkan orientasinya tanpa didiskriminasi. Namun, saya yang berpandangan keharusan liwat ditempelak dan dikeji. Apa masalah mereka?
Kedua-dua mereka menentang saya kerana saya mengkritik pemikiran liberal dan menyanggah alirannya serta menganggap bahawa mereka ini adalah aliran yang bercelaru dan penuh kucar-kacir. Saya tidak merasakan sebenarnya mereka membangkitkan isu erotisisme kerana itu punca utama pergolakan saya bersama mereka. Akan tetapi, ia sekadar modal untuk memburukkan saya dan mempermainkan saya.
Apabila saya adalah seorang erotikawan, tetapi masih berpegang dan setia dengan manhaj salafi, pemikiran ortodoks, titian konservatif, sandaran fundamentalis dan hamparan tradisionalis, saya dipersoalkan dengan berkata: "Kalau kamu seorang yang salafi yang dikenali dengan ketegasannya dan kebengisannya, mengapa terjebak dengan erotisisme? Agama apa seperti ini? Tidak sangka orang seperti kamu bernafsu kuat!".
Padahal, kalaulah agamawan lain mempersoalkan dan berkata yang seumpamanya pada aliran, pemikiran dan manhaj mereka, pasti kita disindir sebagai tidak mengerti keluasan pemikiran, kepelbagaian pandangan, naratif yang baru dan capaian yang kritis serta diejek sebagai jumud, sempit pemahaman dan tersepit dalam dogma sendiri.
Apabila kita mempersoalkan mereka yang mendakwa bahawa mereka beriman dan beramal dengan hadis, tiba-tiba mereka menolak beberapa hadis yang tidak memenuhi kepuasan mereka tanpa analisis sanad, bahkan sanggup mengambil pandangan tokoh yang membenci ilmu hadis, institusinya dan ilmuwannya untuk mengukuhkan pandangan mereka atau mencela agamawan yang mereka lawan, kita akan melihat respons mereka yang memogok dan merebel.
Apabila kita menyindir mereka sebagai bercelaru sepertimana yang saya menyebutkan di sini, lihat pula ejekan balas terhadap saya. Akhirnya, kita sebenarnya saling berkelahi kerana apa? Silalah para pembaca untuk menilainya dengan saksama.
Bagi yang mengenali saya, sudah pasti tahu prinsip saya. Saya berusaha sedaya upaya dengan izin dan bantuan daripada Allah untuk beriltizam dengan kebenaran walaupun pandangan itu memihak daripada pihak zindik dan heretik sekalipun. Saya memilih pandangan yang banyak membenarkan perkara yang terkandung dalam erotisisme bukan kerana hawa nafsu saya dan saya mengkritik liberal bukan kerana saya tidak konsisten.
Saya tahu apa yang saya pilih, di samping saya tidak terpuruk dalam kongkongan atau ketaksuban terhadap mana-mana individu atau kelompok untuk menjadi erotikawan sambil terus menerus menyanggah liberal atau sesiapa sahaja pun walaupun dari teman salafi. Apabila nyata kebenaran, itulah yang saya akan tegakkan, perjuangkan, pertahankan dan bawa meskipun ia adalah erotisisme dan kritik terhadap liberal.
Saya sedar bahawa kita mungkin saling bertelagah antara satu sama lain kerana masing-masing ada pemikiran, pendapat dan pembawaan sendiri. Tidak ada siapa pun dapat mengelakkan konflik atau pertembungan yang sengit atau sekurang-kurangnya perselisihan yang memisahkan antara dua individu.
Akan tetapi, kita semua perlu matang dan sentiasa objektif dalam perbincangan ilmiah dan berinteraksi dengan pelbagai pandangan. Kita jangan berlebihan dalam pergaduhan sehingga mengheret isu-isu peribadi atau sampingan atau luaran yang tidak sepatutnya. Bahkan, elakkan dari sikap hipokrit seperti mengecam apa yang kita sendiri selama ini buat atau melakukan apa yang kita kecam pada keadaan tertentu. Inilah yang paling dibenci dalam perbezaan pandangan.
Selagimana kita dapat mengusahakan penyatuan dan perpaduan, maka itulah yang seharusnya perlu dicapai. Jika akhirnya jalan masing-masing adalah terpecah, maka toleransi perlu diwujudkan. Jika ia adalah perbezaan yang masing-masing atau salah satu dari pihak melihatnya sebagai perbezaan yang mendasar dan serius dampaknya, maka Allah jualah penentunya dan terserah pada pemerhati untuk menilainya dengan saksama.
Ambilan : https://www.wattpad.com/1262976390-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-170-liberal

1 note
·
View note
Text
Bicara Ringkas Seksual 55 : Benarkah Aktiviti Homoseksual Kaum Lūṭ Dikeji Kerana Rogol?

Kebanyakan liberal selalu sahaja menawarkan pandangan bahawa kisah homoseksual yang dilakukan oleh kaum Lūṭ yang dilaknat Allah adalah disebabkan mereka gemar mencabul dan merogol orang sekeliling atau mengamalkannya secara paksaan.
Penafsiran dengan pengandaian ini ada asasnya daripada firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :
وَجَاءَ أَهْلُ الْمَدِينَةِ يَسْتَبْشِرُونَ ﴿٦٧﴾ قَالَ إِنَّ هَٰؤُلَاءِ ضَيْفِي فَلَا تَفْضَحُونِ ﴿٦٨﴾ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَلَا تُخْزُونِ ﴿٦٩﴾ قَالُوا أَوَلَمْ نَنْهَكَ عَنِ الْعَالَمِينَ ﴿٧٠ ﴾ قَالَ هَٰؤُلَاءِ بَنَاتِي إِن كُنتُمْ فَاعِلِينَ ﴿٧١﴾ لَعَمْرُكَ إِنَّهُمْ لَفِي سَكْرَتِهِمْ يَعْمَهُونَ ﴿٧٢
Datang penduduk kota dalam keadaan bergembira. Dia (Lūṭ) berkata: "Sesungguhnya mereka ini adalah tetamuku. Maka, janganlah kalian mencemarkan maruahku. Bertakwalah kepada Allah dan janganlah kalian mendukacitakan aku". Mereka berkata: "Tidakkah kami menegahmu daripada orang sekalian alam?". Dia berkata: "Sesungguhnya ini adalah anak-anak perempuanku jika kalian benar-benar orang yang ingin berbuat". Demi umurmu! Sesungguhnya mereka tenggelam dalam kemabukan mereka. [Surah al-Ḥijr ayat 67-72].
*Alā^uddīn al-H̱ōzin berkata :
قال لوط لقومه إِنَّ هؤُلاءِ ضَيْفِي وحق على الرجل إكرام ضيفه فَلا تَفْضَحُونِ يعني فيهم يقال فضحه يفضحه إذا أظهر من أمره ما يلزمه العار بسببه وَاتَّقُوا اللَّهَ يعني خافوا الله في أمرهم وَلا تُخْزُونِ يعني ولا تخجلون قالُوا يعني: قوم لوط الذين جاءوا إليه أَوَلَمْ نَنْهَكَ عَنِ الْعالَمِينَ يعني أولم ننهك عن أن تضيف أحدا من العالمين. وقيل: معناه أو لم ننهك أن تدخل الغرباء إلى بيتك، فانا نريد أن نركب منهم الفاحشة: وقيل: معناه ألسنا قد نهيناك أن تكلمنا في أحد من العالمين إذا قصدناه بالفاحشة.
Berkata Lūṭ kepada kaumnya: {Sesungguhnya mereka ini adalah tetamuku}. Hak kepada seseorang adalah memuliakan tetamunya. {Maka, janganlah kalian mencemarkan maruahku}, dikatakan ₍Faḍoḥahu₎ — ₍Yafḍoḥuhu₎ apabila dia menzahirkan apa yang menyebabkan aib dari urusannya dengan sebabnya. {Bertakwalah kepada Allah}, iaitu takutlah kepada Allah pada urusan mereka. {Dan janganlah kalian mendukacitakanku}, yakni janganlah memalukan aku. Mereka, iaitu kaum Lūṭ berkata yang datang kepada mereka: {Tidakkah kami menegahmu daripada orang sekalian alam?}, yakni: "Tidakkah kami menegah engkau dari mentetamukan setiap seorang dari sekalian alam?" Dikatakan bahawa maknanya adalah: "Tidakkah kami menegahmu daripada memasukkan orang asing ke dalam rumahmu kerana kami mengkehendaki untuk menunggang kekejian daripada mereka?". Dikatakan bahawa maknanya adalah: "Tidakkah kami menegahmu daripada berbicara dengan kami tentang seseorang dari sekalian alam apabila kami mengekehendakinya dengan kekejian?". [Lubāb at-Ta^wīl Fī Ma*ānī at-Tanzīl, jilid 3, m/s 60, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Muḥammad *Aliyy Šāhīn].
Az-Zamaẖšariyy berkata :
{ عَنِ العالمين } عن أن تجير منهم أحداً ، أو تدفع عنهم ، أو تمنع بيننا وبينهم ، فإنهم كانوا يتعرّضون لكل أحد
"{Dari orang sekalian alam}, iaitu berjiranan seseorang daripada mereka atau engkau menegah antara kami dengan mereka sesungguhnya mereka selalu berkonfrontasi dengan setiap orang". [Al-Kaššāf *An Ḥaqō^iq Ġowāmiḍ at-Tanzīl, jilid 2, m/s 585, keluaran Dār al-Kitāb al-*Arobiyy, Beirut].
Abū al-Ḥasan al-Wāḥidiyy berkata :
فقالوا له: {قَالُوا أَوَلَمْ نَنْهَكَ عَنِ الْعَالَمِينَ} قال الكلبي وأكثر المفسرين: المعنى: أولم ننهك أن تَضِيف أحدًا من العالمين، قال الزجاج: معناه: أولم ننهك عن ضيافة العالمين، قال المفضل: أولم ننهك أن تُدخل أحدًا بيتك؛ لأنّا نريد منهم الفاحشة، والتفسير ذكره الكلبي، وتوجيه الكلام ذكره الزجاج، والمعنى ذكره المفضل، وقال ابن عباس في رواية عطاء: لا تتعرض لنا في شيء مما نريد؛ يعني أنهم قالوا نهيناك أن تكلمنا في أحد من الناس إذا قصدناه بالفاحشة، فيكون التقدير على هذا المعنى: أولم ننهك عن منع العالمين أو حفظهم أو حمايتهم
Mereka berkata: {Tidakkah kami menegahmu daripada orang sekalian alam?". Al-Kalibyy dan yang terbanyak dari kalangan pentafsir berkata: "Tidakkah kami menghalangmu daripada mentetamukan seseorang dari sekalian alam?". Az-Zujjāj berkata: "Maknanya adalah:❝ Tidakkah kami menegahmu daripada melayani tetamu sekalian alam?❞". Al-Mufaṣṣol berkata: "Tidakkah kami menegahmu untuk memasukkan seseorang ke dalam rumahmu kerana kami memahukan kekejian daripada mereka". Tafsirnya adalah yang al-Kalbiyy menyebutkannya, orientasi bicara adalah yang az-Zujjāj menyebutkannya dan maknanya adalah yang al-Mufaṣṣol menyebutkannya. Ibn *Abbās berkata dalam riwayat *Aṭō^: "Janganlah kalian berkonfrontasi dengan kami pada sesuatu yang berupa kami memaksudkan", iaitu bahawa mereka berkata: "Kami telah menegahmu daripada engkau berbicara dengan kami tentang seseorang daripada sekelompok orang apabila kami mengkehendakinya dengan kekejian". Terjadinya andaian pada makna ini adalah: "Tidakkah kami menegahmu daripada menegah orang sekalian alam atau memelihara mereka atau melindungi mereka?". [At-Tafsīr al-Basīṭ, jilid 12, m/s 630, keluaran *Imādah al-Baḥṯ al-*Ilmiyy, Jāmi*ah al-Imām Muḥammad Ibn Su*ūd al-Islāmiyyah].
Ibn *Āšūr berkata :
أَيْ أَلَمْ نَنْهَكَ عَنْ حِمَايَةِ النَّاسِ أَوْ عَنْ إِجَارَتِهِمْ، أَيْ أَنَّ عَلَيْكَ أَنْ تُخَلِّيَ بَيْنَنَا وَبَيْنَ عَادَتِنَا حَتَّى لَا يَطْمَعَ الْمَارُّونَ فِي حِمَايَتِكَ، وَقَدْ كَانُوا يَقْطَعُونَ السَّبِيلَ يَتَعَرَّضُونَ لِلْمَارِّينَ عَلَى قُرَاهُمْ
Iaitu: "Tidakkah kami menegahmu daripada melindungi orang atau daripada berjiranan dengan mereka", iaitu: "Engkau mengosongkan antara kami dengan kebiasaan kami sehingga orang yang lalu lalang tidak puas dengan perlindunganmu". Dahulu mereka merompak di jalanan dalam keadaan menyangkak orang yang lalu lalang di perkampungan mereka. [At-Taḥrīr Wa at-Tanwīr, jilid 14, m/s 67, keluaran ad-Dār at-Tūnisiyyah Li an-Našr Wa at-Tawzī*, Tunisia].
Daripada sini jelas bahawa apabila datangnya tetamu dari kalangan malaikat kepada Lūṭ -*alayhissalām-, penduduk kota itu berpusu-pusu datang kepadanya untuk mendapatkan tetamu itu bagi tujuan homoseksual. Mereka menempelak baginda kerana melindungi tetamu dan tidak membenarkan mereka untuk memperoleh tetamunya bagi tujuan yang diinginkan mereka. Tambah lagi jelas adalah pada firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :
وَجَاءَهُ قَوْمُهُ يُهْرَعُونَ إِلَيْهِ وَمِن قَبْلُ كَانُوا يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ ۚ قَالَ يَا قَوْمِ هَٰؤُلَاءِ بَنَاتِي هُنَّ أَطْهَرُ لَكُمْ ۖ فَاتَّقُوا اللَّهَ وَلَا تُخْزُونِ فِي ضَيْفِي ۖ أَلَيْسَ مِنكُمْ رَجُلٌ رَّشِيدٌ ﴿٧٨﴾ قَالُوا لَقَدْ عَلِمْتَ مَا لَنَا فِي بَنَاتِكَ مِنْ حَقٍّ وَإِنَّكَ لَتَعْلَمُ مَا نُرِيدُ ﴿٧٩
"Datang kaumnya kepadanya dalam keadaan bergegas -sedangkan sebelum itu, mereka berbuat keburukan-. Dia berkata: "Wahai kaumku! Ini adalah anak-anak perempuanku. Mereka lebih suci daripada kalian. Bertakwalah kepada Allah dan janganlah kalian mendukacitakanku pada tetamuku. Tidakkah dari kalangan kalian ada seseorang yang waras?". Mereka berkata: "Sebenar-benarnya engkau telah tahu bahawa tidak ada hak untuk kami pada anak-anak perempuanmu dan engkau mengetahui apa yang kami maksudkan". [Surah Hūd ayat 78].
Walaupun baginda sudah ditawarkan anak perempuannya, mereka tetap tidak berkeinginan untuknya dan mereka tetap mendesak untuk mendapatkan tetamu lelaki itu. Ini bermakna bahawa sememangnya kaum Lūṭ ada mengamalkan pencabulan atau pemaksaan terhadap orang lain untuk kepuasan homoseksual. Jika tidak, maka tidak ada faedah makna mereka menegah dan menempelak Lūṭ yang melindungi mereka.
Akan tetapi, penafsiran ini bukan satu-satunya yang berlaku pada kaum Lūṭ untuk dua sebab. Pertama, baginda menawarkan anak perempuannya. Kalaulah homoseksual ini atas dasar cabul dan pemerkosaan, apa manfaat penawaran anak perempuan?
Ini menunjukkan tawaran ini adalah untuk mengubat permasalahan yang akar, iaitu orientasi homoseksual itu sendiri, bukan pencabulan. Ini bermakna bahawa sememangnya amalan homoseksual ini ditegah dalam pensyariatan Lūṭ -*alayhissalām- walaupun sekadar suka sama suka, bukan semata-mata pada cabul atau rogol.
Kedua, firman Allah Ta*ālā pada kata Lūṭ -*alayhissalām- kepada kaumnya :
إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِّن دُونِ النِّسَاءِ ۚ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ
"Sesungguhnya kalian benar-benar mendatangi lelaki secara bersyahwat tanpa wanita. Bahkan, kalian termasuk kaum yang melampaui batas". [Surah al-A*rōf ayat 81].
Penyebutan: {Bahkan, kalian termasuk kaum yang melampaui batas} adalah ia menunjukkan penambahan aktiviti yang bukan sekadar suka sama suka, tetapi sehingga kepada pencabulan dan pemaksaan. Ini sememangnya termasuk yang melampaui batas. Kalaulah ia hanya sekadar kesalahan pencabulan dan pemaksaan, maka tidak ada manfaat penyebutan: "Bahkan" sebagai penambahan fakta bagi perlakuan tersebut.
Kemudian, penyebutan-Nya: {Demi umurmu! Sesungguhnya mereka tenggelam dalam kemabukan mereka} pada 「Surah al-Ḥijr ayat 67-72」 adalah penegasan bahawa kaum Lūṭ sudah terlalu mabuk dalam kenikmatan homoseksual sehingga mereka sanggup mencabul dan memaksa orang lain untuk kepuasan syahwat mereka pada lelaki sepertimana yang mereka ingin lakukan pada tetamu Lūṭ -*alayhissalām-.
Oleh itu, penafsiran dengan pengandaian ini walaupun ada asasnya, tetapi ia bukan satu-satunya. Tidak tepat sama sekali bahawa kaum Lūṭ dilaknat kerana pencabulan, pemaksaan dan rogol semata-mata.
Walaupun saya berpandangan keharusan homoseksual atas dasar suka sama suka, saya tidaklah berhujah sebegini dan menjustikasikannya dengan alasan ini pada kisah kaum Lūṭ. Untuk mengamati lanjut penghujahan saya, boleh merujuk penulisan saya yang berjudul «Analisis Pendalilan Dalam Pengharaman Liwat».
Apa yang saya lakukan di sini adalah untuk menunaikan tanggungjawab ilmiah dengan menegakkan ketepatan dalam ilmu, melakukan pembetulan dan mengingatkan kesalahan yang tidak boleh diabaikan. Sama natijah dan pandangan saya dengan sesuatu pihak yang lain dalam isu ini bukan bermakna saya membenarkan segala-galanya yang datang daripada pihak lain apabila ia adalah salah.
Dalam masa yang sama, saya ingin mengambil kesempatan untuk membelanya daripada dituduh murtad oleh sebahagian orang yang memberi reaksi pada kenyataan ini. Ia adalah tuduhan yang keterlaluan dan setiap orang wajar berjaga-jaga, lebih-lebih lagi jika ada ada pengandaian yang valid tentang ini walaupun ia adalah salah pada hakikatnya.
Ambilan : https://www.wattpad.com/1262666914-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-isu-seksual-bicara-ringkas-55
2 notes
·
View notes
Text
At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 196 : Fenomena ₍Deformation Professionnelle₎ Dan Kecenderungan Si Penukul

Fenomena ₍Deformation Professionnelle₎ atau adakalanya dikaitan dengan kecenderungan si penukul adalah di mana seorang profesional yang diperakui profesionalitinya dalam bidangnya, tetapi memiliki kecenderungan atau melakukan salah laku yang menyalahi etika profesionalitinya yang sewajarnya sama ada kerana kegelinciran yang tidak sengaja atau motif yang ditekadkan sebegitu.
Antara isu yang disentuh dalam fenomena ini adalah adakalanya profesional memandang dunia atau sesuatu permasalahan terhad kepada kepakarannya, kemahirannya dan kemampuannya sehingga mengabaikan bidang-bidang lain yang diperlukan dalam mendapatkan gambaran yang menyeluruh, jelas dan jernih sepertimana seseorang menyelesaikan masalah pada paku adalah dengan mengetuk dengan tukul sahaja.
Contohnya adalah apabila dianalisis tentang isu kadar bunuh diri yang meningkat di sesebuah negara, ekonomiwan akan menganggap bahawa masalah ekonomi punca kepadanya, psikologiwan akan memandang bahawa masalah psikologi sebenarnya yang mendorong kepadanya, agamawan pula akan memandang bahawa ia adalah masalah keberagamaan pada individu tersebut dan begitulah seterusnya.
Antara isu lain yang ada pada fenomena ini adalah sekalipun seseorang itu profesional dan memiliki kewibawaan dalam bidangnya, adakalanya dia melampaui batas dan membuat salah laku yang menyalahi etika profesionalitinya sama ada sengaja atau tidak sengaja sepertimana paku yang ditukul dengan kuat menyebabkan paku itu menjadi bengkok atau permukaan yang ditukul itu menjadi rosak akibat kecuaian, kealpaan, ketidaksengajaan atau sikap berlebihan daripada penukul.
Contohnya adalah seseorang yang memiliki kemahiran dalam kewartawanan. Adakalanya, dia juga melakukan bias atau menggambarkan sesuatu perkara dalam penyampaian berita secara mentah sama ada kerana ada motif yang tertentu atau membela sesuatu pihak atau ingin menjatuhkan seseorang atau sesuatu pihak atau sememangnya dia kurang maklumat tentangnya sehingga dia hanya mampu melihat dari dimensi terhad itu sahaja.
Apabila kita meneliti latar belakangnya, kelulusannya dan pencapaiannya, tidak akan ada siapa yang meragui keunggulannya dalam bidang tersebut sama ada dari sudut pengetahuan, kecaknaan, kegeniusan dan pengalaman. Namun, salah laku dan pelanggaran etika yang jelas itu tidak boleh diterima dan disedari meskipun dari yang bukan bidang wartawan sehingga kita jika kita tidak menyalahkannya, kita akan mempersoalkannya.
Kerana itulah walaupun kita memperakui kepakaran seseorang dalam sesuatu bidang, bukan bermakna kita menjustifikasikan segenap apa yang dia menyimpulkannya, apa yang dia berpendirian pada dan apa yang dia lakukan atau kita menerima bulat-bulat terhadap dapatannya atau menganggap semua yang daripadanya adalah autoritatif yang infallibel yang tidak boleh dipersoal dan disemak semula.
Adakalanya, kita perlu mengambil inisiatif atau membebaskan diri daripada taklid terhadapnya dan terjun ke lapangan kajian secara spesifik dalam permasalahan, topik atau isu tersebut. Ini kerana boleh jadi dia tersilap, cuai, terlepas pandang, alpa, lalai atau mungkin sememangnya sengaja untuk melakukan sesuatu yang menyalahi etika untuk agenda tertentu.
Apa yang kita lakukan itu bukan untuk merendahkan martabatnya atau usaha untuk menjatuhkan kedudukannya atau ingin mencela peribadinya setelahmana terbukti kelayakannya sebagai orang yang profesional dalam bidang itu. Akan tetapi, kita hanya fokus pada permasalahan tertentu sambil mengiktiraf segala kebaikan, kontribusi, ketepatan dan keunggulannya yang lain sama ada yang kita tahu atau tidak tahu melainkan jika kesalahan tersebut adalah fatal bersama rekod buruk yang banyak yang menjejaskan kewibawaannya.
Samalah seperti kes Baššār *Awwād Ma*rūf yang dibentangkan dalam gambar ini. Tidak ada siapa yang meragukan kewibawaannya, kepakarannya dan ketokohannya dalam bidang tahqiq kitab. Akan tetapi, dalam kes tahqiqnya terhadap kitab «al-Muḥallā» karya Ibn Ḥazm, didapati dia mengambil mudah terhadap profesionalitinya seperti kebiasaan dan menampilkan salah laku etika yang tidak sepatutnya.
Adakah ini bermakna kita meragui hasil kerja tahqiqnya yang lain secara keseluruhan dan meruntuhkan kredibilitinya pada kepakarannya dalam bidang tersebut? Adakah kita sedang mencela sosok peribadinya? Tidak sama sekali dan ia bukan sepertimana sebahagian yang bodoh yang tidak terbiasa dalam hal ehwal kritikan.
Kita hanya fokus pada isu tertentu sahaja seperti kesnya pada kitab Ibn Ḥazm ini, bukan soal peribadinya atau profesionalitinya itu sendiri. Fahamkan sebaik-baiknya.
Ambilan : https://www.wattpad.com/1262512171-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-196
0 notes
Text
Celoteh Peribadi 169 : Kekecewaan Terhadap Usaha Pelestarian Khazanah Karya Ahli Bait
Saya kagum melihat kesungguhan usaha pihak salafi dalam memelihara khazanah tokoh ilmuwannya sehinggakan ceramah kuliahnya disimpan rakaman audionya dalam laman web khas mereka dan disediakan bersama transkrip pada bicara dalam audio itu.
Apabila saya melihat dari pihak yang lawan menjadi salafi, khususnya dari kalangan ašᶜarian, māturīdian dan sufi, usah kata rakaman audio dan transkripnya yang tidak dapat disimpan dengan baik. Adakalanya, karya mereka tidak dipelihara dengan baik sehingga tidak sampai seratus tahun pemergian salafi yang hidup pada zaman pita rakaman dan kamera yang terhad untuk yang dipikul di bahu, karya tersebut boleh dikatakan hilang ditelan zaman dan tidak ditemui sekalipun ada rekod penisbahan judul karya itu kepadanya atau karya itu masih lagi dalam bentuk manuskrip yang sehingga sekarang belum dicetak.
Mereka sendiri tidak ada perisian seperti Maktabah Syamilah untuk mengumpulkan khazanah-khazanah mereka. Bahkan, para pecinta ahli bait yang memandang tinggi terhadap tokoh-tokoh ilmuwannya yang merupakan zuriat terbaik di muka bumi dan peninggalan beban yang diwasiatkan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- pun seolah-olah tidak ada usaha sepertimana yang dilakukan salafi.
Kita ambil contoh daripada keluarga al-Ġumāriyy sudah memadai. Walaupun karya *Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy sama ada berbentuk buku atau artikel dalam majalah berjaya diensklopediakan, tetapi masih belum ada perisian khas sepertimana Maktabah Syamilah untuk melestarikan dan memesradigitalkan karyanya. Itu belum lagi karya adik-beradiknya yang lain yang masih terabai.
Ada karya abangnya; Aḥmad al-Ġumāriyy masih lagi berbentuk manuskrip penulisan tangan dan sampai sekarang tidak dicetak seperti «al-Iqlīd Fī Tanzīl Kitab Allah *Alā Ahli at-Taqlīd» dan «al-*Atb al-I*lāniyy Li Man Waṯṯaqo Ṣōliḥan al-Fulāniyy».
Ada karya adik-adiknya yang lain yang entah di mana simpanannya, entah bila akan ditemui semula dan entah bila dicetak sekalipun ada rekod penisbahan pemilikan judul kitab itu. Beberapa kuliah audio Muḥammad az-Zamzamiyy dan anaknya; *Abdul Bārī berjaya disimpan, tetapi masih belum ada transkip, apatah lagi buku khas yang mengumpulkan transkripnya sepertimana yang dilakukan pada salafi yang lain.
Apa yang terjadi sebenarnya? Di mana semangat pecinta ahli bait untuk memperkasakan karya ulamanya dan melestarikan khazanahnya? Adakah jauh ketinggalan berbanding salafi? Saya sangat berharap ada perpustakaan digital khas seperti Maktabah Syamilah yang memfokuskan karya-karya ahli bait memandangkan ahli bait adalah beban peninggalan yang diwasiatkan oleh Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Namun, entah bila kita akan menikmati manfaat itu.
Saya dapat mengutarakan dua sebab mengapa ini terjadi. Pertama, boleh jadi kebanyakan ilmuwan ahli bait berpihak pada kelompok mereka pada masa kini dan setaraf dengan mereka sama ada dari segi tahap keilmuan, kesolehan dan kedudukannya. Maka, kebanyakan orang yang tidak memandang tinggi terhadap ahli bait menganggap bahawa ahli bait dan ulama yang lain adalah sama.
Maka, bagi mereka, ambil yang mana-mana pun tidak ada masalah. Adakalanya, yang ahli bait begitu dipinggirkan dan tidak diutamakan yang sewajarnya bersama kecintaan yang mendalam sepertimana yang dilakukan pada tokoh-tokoh dan karya yang selain daripada ahli bait.
Ramai sahaja daripada mereka berkata bahawa ahli bait adalah zuriat yang dimuliakan di muka bumi ini. Akan tetapi, apabila melihat senarai karya-karya yang mereka selalu rujuk, yang telah mereka baca dan yang menjadi keutamaan langsung tidak diberikan kepada ahli bait. Nama-namanya banyak yang selainnya. Seakan-akan tokoh ilmuwan ahli bait ini sama sahaja seperti tokoh yang lain sehingga mana-mana boleh diambil atau karya ahli bait tidak ada masalah dipinggirkan.
Kedua, barangkali berlaku banyak perpecahan dalam kalangan mereka sehingga sukar untuk mereka bersatu dalam menjayakan usaha untuk membangunkan perisian yang sama seperti Maktabah Syamilah. Boleh jadi perpecahan adalah disebabkan tuduhan terhadap orang lain dengan label wahabi yang sembarangan atau mana-mana yang tidak semanhaj dengannya, dianggap bukan kelompok yang patut diberikan keutamaan atau beri ruang kepadanya.
Tokoh ahli bait ini sememangnya tidak terhad pada ašᶜarian semata-mata, ada yang salafi seperti Muḥammad Būẖubzah bin al-Amīn, *Alawiyy bin *Abdul Qōdir as-Saqqōf, Ḥasan bin *Aliyy al-Kattāniyy dan saudaranya; Ḥamzah dan ada juga daripda zaydian yang jumlahnya sangat ramai serta sebahagiannya mungkin syiah imāmian. Itu belum lagi subpecahan yang ada pada masing-masing yang mungkin sahaja ada perbezaan yang jelas.
Bahkan, antara andaian saya adalah karya Aḥmad al-Ġumāriyy tidak mendapat tempat sepertimana adiknya; *Abdullah kerana ketidaksukaan sebahagian orang yang cakna bahawa Aḥmad al-Ġumāriyy ini sangat kuat mengutuk ašᶜarian meskipun dia adalah sufi. Ḥasan bin *Aliyy as-Saqqōf dalam «al-Jawāb ad-Daqīq *Alā Mā Waqo*a Fī Kitāb Darr al-Ġommām ar-Roqīq» mendakwa bahawa teks-teks kutukan Aḥmad al-Ġumāriyy terhadap ašᶜarian adalah yang telah diseleweng walaupun ini adalah dakwaan kosong dan tidak berasas.
Kalaulah masing-masing saling berpecah antara satu sama lain, ada sentimen tersendiri dan tidak dapat menghargai keunikan yang ada pada setiap satu daripada ilmuwan, sampai bila-bila kita akan ketinggalan dalam pecutan yang telah didedikasikan oleh salafi terhadap khazanah tokohnya sama ada karyanya atau kuliah audionya.
Tokoh ahli bait yang salafi mungkin akan ditolak habis-habisan kerana sentimen akidah dan manhaj yang ekstrim. Sebegitu juga salafi yang menolak ahli bait dari aliran selainnya dan termasuk daripada golongan bidaah atau kalaupun mereka menerimanya sebagai ahli sunnah, ia di kelas yang rendah.
Akhirnya, pelestarian khazanah peninggalan bait sepertimana pihak salafi yang lain tinggal angan-angan dan impian yang tidak kesampaian. Dukacita untuk kita menghadapi situasi sebegini.
Yang lebih mendukacitakan lagi adalah mereka yang selalu mendakwa bahawa ikutan mereka adalah yang paling majoriti pun tidak dapat memelihara karya mereka dengan jumlah yang ramai. Malulah kalau seringkali mengutuk wahabi sebagai golongan minoriti, tetapi golongan mereka sendiri tidak dapat menjaga peninggalan tokoh-tokoh dari golongan sendiri.
Tidak ada guna mengutuk dan menempelak wahabi yang giat aktif menyebarkan dakwahnya, fahamannya dan hegemoninya kalau diri sendiri masih berpecah, luntur semangat untuk membuat alternatif yang setara dan berdaya saing serta tidak menghargai keunikan yang ada pada dalam sama aliran.
Ambilan : https://www.wattpad.com/1262501032-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-169

1 note
·
View note
Text
Celoteh Peribadi 168 : Kami Bukan Orang Baru Yang Menuduh Ibn Taymiyyah Sebagai Mujassim

Bagi yang mengenali Abdul Aziz Mustafa Kamal, tidak ada sesiapa yang menafikan bahawa dia adalah salafi dan pembela Ibn Taymiyyah.
Namun, saya melihat bahawa kebanyakan daripada pembela Ibn Taymiyyah ini tidak menyedari fakta yang penting bahawa yang menuduh Ibn Taymiyyah sebagai mujassim adalah Taqiyuddīn as-Subkiyy yang sezaman dengannya dalam «ad-Durroh al-Muḍiyyah Fī Rodd *Alā Ibn Taymiyyah». Ia bukan daripada ašᶜarian yang terkemudian atau mana-mana orang yang mempunyai motif buruk terhadapnya.
Saya pernah melihat pembela Ibn Taymiyyah berkata bahawa tidak ada penghormatan terhadap orang yang menuduh Ibn Taymiyyah sebagai mujassim lagi musyabbih. Adakah mereka akan berkata sebegitu kepada Taqiyuddīn as-Subkiyy? Kemudian, dalam masa yang sama, mereka berharap orang lain menghormati kewibawaan Taqiyuddīn as-Subkiyy setelah menyatakan sedemikian?
Apa yang saya lakukan dalam penulisan saya yang berjudul «Penajaman Deria Dalam Mengenali Sifat Yang Maha Mulia» dan beberapa orang yang jauh lebih baik daripada saya dari kalangan penuntut ilmu dan para ulama adalah sekadar menguatkan dapatan Taqiyuddīn as-Subkiyy. Kami sama sekali bukan buat sesuatu yang baharu.
Kalau benar mereka menghormati kedudukan Taqiyuddīn as-Subkiyy sebagai lawan yang setara dengan Ibn Taymiyyah, maka hormati kami dalam mengukuhkan pandangannya dalam isu konfliknya terhadap Ibn Taymiyyah dalam isu ketuhanan.
Sekarang, fahamlah mengapa saya memetik kenyataan ini daripada seorang salafi pembela Ibn Taymiyyah tentang Taqiyuddīn as-Subkiyy. Jangan beranggapan bahawa perseteruan terhadap Ibn Taymiyyah seolah-olah seperti tokoh sunnah berseteru dengan tokoh bidaah atau tuduhan mujassim ini dari orang yang lekeh dari ahli kalam yang membenci Ibn Taymiyyah.
Ambilan : https://www.wattpad.com/1262043654-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-168-kami
0 notes
Text
At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 195 : Perajihan Dalam Perselisihan Antara Pujian Dengan Nyahkredit Pada Seseorang Ilmuwan

Ada beberapa perkara yang saya dapat saya sampaikan bagi merespons hantaran ini.
Pertama, Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy memujinya dengan memanggilnya sebagai Šayẖ al-Islām sepertimana yang dikutip Mar*iyy al-Karmiyy dalam «aš-Šahādah az-Zakiyyah Fī Ṯanā^ al-A^immah *Alā Ibn Taymiyyah». Jalāluddīn as-Suyūṭiyy dalam «Ṣown al-Manṭiq Wa al-Kalām *An Fann al-Manṭiq Wa al-Kalām» juga memanggilnya sebagai Šayẖ al-Islām.
Sebahagian orang, khususnya ašᶜarian alergik dengan panggilan Šayẖ al-Islām kepada Ibn Taymiyyah dan seolah-olah dia tidak layak untuk gelaran ini. Bahkan, ada yang sampai mengatakan bahawa hanya mujassimah sahaja yang memberikan gelaran sedemikian.
Saya menduga antara sebab Mar*iyy al-Karmiyy menulis kitab «aš-Šahādah aḏ-Ḏakiyyah Fī Ṯanā^ al-A^immah *Alā Ibn Taymiyyah» adalah kerana ingin merespons sebahagian orang yang keterlaluan terhadap Ibn Taymiyyah sehingga orang yang memberi gelaran Šayẖ al-Islām kepadanya dikafirkan! Apatah lagi sosok individu yang dimaksudkan. Sekarang, sejarah telah berulang sama melalui kewujudan kelompok itu.
Saya secara peribadi walaupun menyatakan bahawa Ibn Taymiyyah adalah mujassim sepertimana yang saya bentangkan dalam penulisan saya yang berjudul «Penajaman Deria Dalam Mengenali Sifat Yang Maha Mulia», saya tetap tidak menafikan kedudukan ilmunya yang selayaknya dipanggil Šayẖ al-Islām sepertimana yang disebutkan al-*Asqolāniyy dan as-Suyūṭiyy.
Sebenci mana pun kita terhadapnya, janganlah sampai berlebihan sehingga menafikan kedudukan yang selayaknya. Lebih-lebih ia telah diberikan pengakuan oleh lawan alirannya sendiri seperti al-*Asqolāniyy dan as-Suyūṭiyy. Saya tidak tahu pelampau lancang ini yang menyatakan bahawa hanya mujassimah sahaja yang memberikan gelaran itu kerana tidak tidak tahu pendirian al-*Asqolāniyy dan as-Suyūṭiyy dan kalaulah mereka tahu, pasti mereka tertunduk malu disebabkan kelancangan mereka atau kerana sememangnya sudah tahu, tetapi berangnya itu membawanya kepada rakus dan buas.
Kedua, saya sangat hairan apabila aswajaean melakukan perajihan terhadap perselisihan antara ulama yang memujinya dengan ulama yang menyahkreditkannya. Kalaulah salafi lakukan sedemikian seperti pada Faẖruddīn ar-Rōziyy atau Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy, pasti dikutuk habis-habisan dan dituduh sebagai orang yang tidak memperlekehkan kewibawaan ulama.
Malah, apa yang dilakukan sebahagian ašᶜarian pada Ibn *Arobiyy juga mendapat kejian daripada sebahagian pengikutnya dan pembelanya dengan tuduhan pembenci wali Allah dan seumpamanya meskipun ramai daripada para ulama yang mengindikasikan kekafirannya seperti Burhānuddīn al-Baqō*iyy, Nūruddīn al-Bakriyy aš-Šāfi*iyy, Tayiuddīn as-Subkiyy, Zaynuddīn al-*Irōqiyy, Abū Zur*ah al-*Irōqiyy, al-Mizziyy, Sirōjuddīn al-Bulqīniyy, Badruddīn Ibn Jamā*ah, Ibn H̱oldūn, Najmuddīn al-Bālisiyy, Abū Ḥayyān al-Andalusiyy dan Šamsuddīn Muḥammad bin Yūsuf al-Jazariyy aš-Šāfi*iyy.
Ini bermakna masing-masing ada hak untuk menentukan status seseorang tokoh ilmuwan itu selagimana di atas ilmu dan kajian yang sewajarnya. Jangan hanya Ibn Taymiyyah sahaja yang dijadikan subjek pertikaian dalam menentukan kedudukannya dalam bidang ilmu, tetapi pada orang lain seperti Ibn *Arobiyy dicemuh dengan begitu keji sekali, menuduhnya sebagai insan yang tidak mengenali kedudukan ulama atau tidak mempertikaikan kesarjanaannya dan sama sekali tidak diberi ruang untuk perbincangan.
Ketiga, jika berbicara tentang kaedah penetapan didahului dengan penafian, ini mengingatkan saya ketika saya menolak dakwaan Ibn Ḥajar al-Haytamiyy dalam «al-Fatāwā al-Ḥadīṯiyyah» bahawa terdapat sisipan palsu pada kitab «al-Ġunyah» karya *Abdul Qōdir al-Jaylāniyy dengan saya membawakan bukti sarjana ḥanbalian tidak menjadikannya isu dan mereka mengutip pandangannya pada kitab itu dalam kitab mereka tanpa ada apa-apa masalah seperti Ibn Mufliḥ al-Ḥanbaliyy dalam «al-Furū*», Mansūr bin Yūnus al-Bahūtiyy dalam «Kašf al-Qinā* *An Matn al-Iqnā*», *Abdullah bin *Abdul Roḥmān al-H̱olwatiyy dalam «Kašf al-Muẖoddarōt Wa ar-Riyāḍ al-Muzhirōt Li Šarḥ Aẖḍor al-Muẖtaṣorōt», as-Saffāriniyy dalam «Ġiḏā^ al-Albāb Fī Šarḥ Manẓūmah al-Ādāb», *Abdul Qōdir bin *Umar dalam «Nayl al-Ma^ārib Bi Šarḥ Dalīl aṭ-Ṭōlib, Muṣṭofā bin Sa*d ar-Ruḥaybāniyy» dalam «Maṭōlib Ūlī an-Nuhā Fī Šarḥ Ġōyah al-Muntahā» dan pelbagai lagi, mereka berkata: "Kamu siapa ingin menolak pandangan Ibn Ḥajar al-Haytamiyy yang merupakan tokoh ulama besar?".
Saya juga akan katakan, siapa pula mereka untuk menolak penerimaan Ibn Mufliḥ al-Ḥanbaliyy, Mansūr bin Yūnus al-Bahūtiyy, *Abdullah bin *Abdul Roḥmān al-H̱olwatiyy dan lain-lain yang disebutkan terhadap keaslian kitab itu dan tidak ada apa-apa masalah padanya? Patutkah mereka mendiamkannya kerana ia melibatkan sisipan yang serius terhadap karya ulama yang seringkali dirujuk? Atau sebenarnya al-Haytamiyy yang tersilap atau membuat dakwaan sembarangan tanpa bukti?
Saya selalu sahaja merasa sinis dengan kata-kata sebegini kerana kebiasaan yang saya jumpa yang berkata sebegini adalah orang bodoh yang bertaklid yang tiada semangat untuk kritis atau jika pandai pun, dia ingin kekal taksub.
Mereka sedar atau tidak kalau kita terima dakwaan ini, bermakna kitab ini yang menjadi rujukan para fuqaha ḥanbalian yang hidup setelah zaman al-Haytamiyy dalam menghasilkan kitab fiqh ini juga perlu diragukan kerana kemungkinan kutipan mereka itu adanya sisipan palsu!
Sekarang, di mana suara mereka untuk membangkitkan isu ini seperti al-Haytamiyy ? Adakah mereka ini tidak tahu kewujudannya atau tahu, tetapi sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan masyarakat?
Sebab itulah bukan semua pandangan seseorang tokoh itu diambil dan diterima, malah sememangnya tidak ada nilai pemberat pun. Sekarang dalam isu ini, di mana kedudukan dakwaan atau pandangan al-Haytamiyy? Ini kerana pendapat bukan sekadar pendapat sahaja tanpa ada apa-apa makna dan kesan.
Kalau kita terima sebagai ikhtilaf muktabar pun, ia ada kesan yang besar dan ia adalah yang telah saya sebutkan. Tentu lebih besar kesannya kalau kita terima ini sebagai yang lebih kuat berbanding sekadar ikhtilaf sahaja.
Sebab itulah sememangnya wajar ditolak pandangan ini dan tidak perlu dipedulikan lagi kerana itu penerimaannya akan menyebabkan keraguan terhadap penukilan tokoh ḥanbalian dalam kitab fiqh mereka.
Orang yang bertaklid lagi tiada daya kritis sememangnya tidak akan dapat faham hakikat ini. Sudahlah tidak tahu kedudukan ikhtilaf suatu pandangan, apatah lagi menyingkapi kebenaran di sebaliknya. Saya membentangkan hujah dan mempertahankan tokoh ḥanbalian dari terbuka pintu keraguan terhadap penukilan mereka, dia pula menjawab balas dengan ₍Argumentum Ad Verecundiam₎. Orang sebegini memang tidak patut pun menyertai diskusi ilmu kerana mereka ini tidak memberi manfaat pun untuk penyampaian hujah.
Manakala, orang taksub pula sememangnya tidak ada guna lagi mengemukakan hujah kerana mereka dari awal lagi tidak redha dan tidak mahu membuka mata dan telinga untuk mengamati apa yang ada di sisi pihak yang menongkahnya.
Ilmu dan kemampuan akalnya tidak menjadi anugerah yang bermanfaat buat dirinya sendiri. Sengaja dia menyia-nyiakannya kerana mahu berkeras mengikuti seseorang tokoh. Sememangnya ibarat mencurah air ke daun keladi.
Yang menghairankan adalah apabila berbicara tentang Ibn Taymiyyah atau sesiapa sahaja yang lain, sebahagian orang gemar mengekehadapan kaedah penetapan didahulukan berbandingkan penafian sama ada secara terang-terangan atau tersirat sambil mengingatkan orang ramai agar ikuti kebenaran dan jangan taksub apabila telah disabitkan buktinya daripada pembentangan mereka.
Apabila giliran kita untuk membuat yang sama pada tokoh mereka atau pandangan-pandangan yang spesifik daripadanya, kita tidak ada keizinan untuk itu, malah berderas-deras penolakan dan berbatu-batu pengingkaran mereka atas dasar taklid dan taksub. Orang ini sememangnya mahu kita tunduk diam, benci siapa atau apa yang mereka benci dan terima siapa atau apa yang mereka terima.
Keempat, daripada apa yang disebutkan di sini, sememangnya ada bahagian yang seseorang yang telah mencapai martabat al-Ḥāfiẓ, bahkan Amīr al-Mu^minīn dalam hadis dan keilmuan seperti Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy yang terlepas, kurang cakna terhadapnya dan sedikit capaian padanya. Inilah yang diakui oleh mereka sendiri.
Saya hairan kalau mereka lancang sebegini untuk mana-mana pujian ulama terhadap Ibn Taymiyyah, tetapi untuk kes-kes lain yang agakan kita adalah bahawa sebahagian ulama itu tidak tahu atau kurang pengetahuan atau tidak mendalam capaiannya atau tidak sampai hadis atau riwayat kepadanya dijerkah seolah-olah tiada ruang kemaafan dan kalau boleh membunuh orang lain dengan jerkahan itu, mereka sanggup melakukannya.
Kita patut merasa bala apabila orang sebegini cuba masuk ke lapangan ilmiah yang membebaskan diri daripada belenggu taklid atau tekanan mana-mana pihak sama ada individu atau kelompok tertentu dan fokus kepada timbangan dan pengukuran. Seringkali perbincangan yang murni ini dirosakkan orang yang tidak akan puas selagimana hidangan kita tidak menyelerakannya walaupun sedahsyat mana usaha kita untuk menjamu yang terbaik.
Ambilan : https://www.wattpad.com/1260707572-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-195
0 notes
Text
Wacana Ringkas 193 : Ašᶜarian Dakwa Beriman Dengan Sifat Khabariah, Tetapi Dengan Pemahaman Makna Yang Lain
Apabila dikatakan kepada ašᶜarian sama ada mereka beriman dengan sifat ₍an-Nuzūl₎ dan ₍al-Istiwā^₎, mereka berkata bahawa mereka beriman ini sebagai sifat Allah. Akan tetapi, hakikatnya adalah sepertimana yang diungkapkan Ibn al-Jawziyy yang berkata :
وكذلك أبو حامد حين قال: النزول التنقل، والاستواء مماسة، وكيف أصف هذا بالفقه، أو هذا بالزهد، وهو لا يدري ما يجوز على الله مما لا يجوز؟! ولو أنه ترك تعظيم نفسه، لرد صبيان الكتاب رأيه عليه، فبان له صدقهم
Sedemikian juga Abū Ḥāmid ketikamana berkata: "₍An-Nuzūl₎ adalah perpindahan dan ₍al-Istiwā^₎ adalah persentuhan. Bagaimana aku menyifatkan ini dengan kefahaman itu atau ini dengan kadar yang sedikit?". Dia tidak tahu apa yang harus untuk Allah daripada apa yang tidak harus? Kalaulah dia meninggalkan pengagungan terhadap dirinya untuk meminta pandangan budak sekolah padanya, maka nyatalah padanya pembenaran mereka. [Ṣoyd al-H̱oṭir, m/s 127, keluaran Dār al-Qolam, Damsyik, tahqiq Ḥasan al-Musāḥī Suwaydān].
Malah, al-Āmidiyy memandang bahawa Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy dan Abū Isḥāq al-Asfarōyīniyy, bahkan salaf salah dalam pengisbatan sifat Allah. Dia berkata : ذهب الشيخ أبو الحسن الأشعرى في أحد قوليه، والأستاذ أبو إسحاق الأسفرايينى، والسلف إلى أن الرب تعالى متصف بالوجه، وأن الوجه صفة ثبوتية زائدة على ما له من الصفات متمسكين في ذلك بقوله تعالى: {ويَبْقى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلالِ والْإِكْرامِ} لا أنه بمعنى الجارحة. ومذهب القاضى والأشعرى فى قول آخر وباقى الأئمة أن وجه الله تعالى وجوده. والحق في ذلك أن يقال: لا سبيل إلى إثبات الوجه بمعنى الجارحة لما سنبينه في إبطال التشبيه وما لا يجوز على الله تعالى، وكونه زائدا على ذاته وما له من الصفات لا بمعنى الجارحة وأنه وجه لا كوجوهنا كما أن ذاته لا كذواتنا كما هو مذهب الشيخ في أحد قوليه. ومذهب السلف وإن كان ممكنا إلا أن الجزم بذلك يستدعى دليلا قاطعا ضرورة كونه صفة للرب تعالى ولا وجود للقاطع هاهنا. وإن جاز أن يكون الدليل ظاهرا فلفظ الوجه في الآية لا دلالة له على الوجه بهذا المعنى لغة لا حقيقة ولا مجازا فإنه لم يكن مفهوما لأهل اللغة حتى يقال: إنهم وضعوا لفظ الوجه بإزائه وما لا يكون مفهوما لهم لا يكون موضوعا لألفاظهم. فلم يبق إلا أن يكون محمولا على مقتضاه لغة. وقد تعذر حمله على الحقيقة على ما تقدم وهو الوجه بمعنى الجارحة، إذ هو المتبادر من لفظ الوجه عند إطلاقه إلى الفهم. والأصل في ذلك إنما هو الحقيقة. فلم يبق إلا جهة التجوز. وهو التعبرة بالوجه عن الذات، ومجموع الصفات. ثم وإن صح التجوز به عن صفة أخرى على ما قيل. غير أن التجوز به عن الذات ومجموع الصفات أولى وذلك من جهة أنه خصصه بالبقاء. والبقاء لا يتخصص بصفة دون صفة؛ بل البارى تعالى باق بذاته ومجموع صفاته.
Aš-Šayẖ Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy dalam salah satu pendapatnya, al-Ustāḏ Abū Isḥāq al-Asfarōyīniyy dan salaf berpendapat bahawa tuhan Ta*ālā ini tersifatkan dengan wajah dan bahawasanya wajah adalah sifat yang sabit lagi tambahan kepada apa yang Dia memiliki sifat-sifat tersebut kerana berpegang dengan firman-Nya: {Kekallah wajah tuhanmu Yang Memiliki Kebesaran lagi Kemuliaan} bukan dengan makna anggota. Mazhab al-Qōḍī dan al-Aš*ariyy serta yang berbaki daripada para imam ini adalah bahawasanya wajah Allah Ta*ālā adalah wujudnya. Yang benar pada hal itu adalah dikatakan bahawa tidak ada jalan kepada isbat wajah dengan makna anggota kerana apa yang kami akan menerangkannya dalam membatalkan tasybih dan apa yang tidak harus bagi Allah Ta*ālā. Keadaannya ia sebagai tambahan bagi zat-Nya dan apa yang terdiri daripada sifat-sifatNya bukan bermakna anggota dan bahawasanya ia adalah wajah yang bukan sepertimana wajah-wajah kita sepertimana zat-Nya bukanlah sepertimana zat-zat kita sepertimana ia adalah mazhab aš-Šayẖ pada salah satu pendapatnya. Walaupun mazhab salaf adalah dimungkinkan, tetapi penjazaman hal itu memerlukan dalil yang putus kerana keperluan mendesak bagi keadaannya ia adalah sifat kepada tuhan Ta*ālā ini. Namun, tidak wujud dalil putus di sini. Jika harus dalil itu menjadi zahir, maka lafaz wajah pada ayat itu bukan petunjuk kepada wajah dengan makna ini secara bahasa, bukan secara hakikat dan bukan secara majaz. Ini kerana ia tidak difahami menurut ahli bahasa sehingga dikatakan bahawa mereka meletakkan lafaz wajah dengan berselarian dengannya, padahal apa yang tidak difahami, tidak terjadi itu diletakkan pada lafaz-lafaz mereka. Tidak ada yang tertinggal melainkan ia ditanggung atas kesesuaiannya dari segi bahasa. Telah pun tertegah menanggungnya atas hakikat apa yang telah disebut terdahulu dan ia adalah wajah dengan makna anggota memandangkan ia adalah yang terautomatik dari lafaz wajah ketika pengitlakannya kepada kefahaman itu. Asal pada itu sebenarnya ia adalah hakikat. Tidak ada yang tertinggal melainkan dengan cara pemajazan dan ia adalah pengungkapan wajah dengan zat itu dan keseluruhan sifat. Kemudian, walaupun benar pemajazannya dengan sifat yang lain atas apa yang disebut, tetapi pemajazannya dengan zat dan keseluruhan sifat adalah lebih utama. Itu kerana dari sisi bahawasanya Dia mengkhususkannya dengan kekal abadi. Sifat kekal abadi tidak terkhusus dengan suatu sifat tanpa sifat lain. Bahkan, Yang Maha Penyempurna Ciptaan Ta*ālā adalah kekal dengan zat-Nya dan keseluruhan sifat-Nya. [Abkār al-Afkār Fī Uṣūl ad-Dīn, jilid 1, m/s 451, keluaran Dār al-Kutub Wa al-Waṯō^iq al-Qowmiyyah, Kaherah, tahqiq Aḥmad Muḥammad al-Mahdiyy].
Al-Āmidiyy menyimpulkan bahawa menyatakan ₍al-Wajh₎ sebagai sifat bagi Allah adalah tidak benar dari sudut bahasa ataupun majaz. Sekarang, mereka beriman yang mana satu dan siapa yang benar? Adakah salaf yang salah dan al-Āmidiyy pula yang betul?
Sekalipun mereka menegaskan bahawa ₍al-Yadd₎ adalah sifat bagi Allah, mereka sebenarnya beriktikad bahawa ia boleh dimaksudkan dengan ₍al-Quwwah₎, iaitu kekuatan dan ₍al-Qudroh₎, iaitu kemampuan, tetapi mereka tidak menetapkan makna untuk ₍al-Yadd₎ sama ada makna majaz atau seumpamanya jika mereka memilih untuk tafwid.
Hal ini sama sahaja sepertimana al-Qōsim bin Muḥammad al-Hādawiyy; tokoh ilmuwan ahli bait dari zaydian ketika mengisbatkan sifat mendengar dan melihat bagi Allah yang bukan makna yang difahami ahli sunnah, iaitu dia berpandangan sifat mendengar dan sifat melihat bagi-Nya adalah sifat ilmu-Nya. Dia berkata :
فصل والله سميع بصير. جمهور أئمتنا عليهم السلام والبغدادية: وهما بمعنى عالم. بعض أئمتنا عليهم السلام وبعض شيعتهم والبصرية: بل بمعنى حي لا آفة به. قلنا: السميع حقيقة لغوية مستعملة لمن يصح أن يدرك المسموع بمعنى محله الصماخ. والبصير حقيقة كذلك لمن يصح أن يدرك المبصر بمعنى محله الحدق. والله سبحانه ليس كذلك. فلم يبق بمعنى إلا أنهما بمعنى عالم. وقد قال تعالى: {أَمْ يَحْسَبُونَ أَنَّا لَا نَسْمَعُ سِرَّهُمْ وَنَجْوَاهُم ۚ بَلَىٰ وَرُسُلُنَا لَدَيْهِمْ يَكْتُبُونَ} [الزخرف: ٨٠]. والسر إضمار في القلب غير الصوت. قال الله تعالى: {فَأَسَرَّهَا يُوسُفُ فِي نَفْسِهِ وَلَمْ يُبْدِهَا لَهُمْ} [يوسف: ٧٧].
"Fasal: Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Majoriti imam-imam kami -*alayhim as-Salām- dan warga Baghdad: ❝Kedua-duanya dengan makna Yang Maha Mengetahui❞. Sebahagian imam-imam kami -*alayhim as-Salām-, sebahagian espouser mereka dan warga Basrah: ❝Bahkan, dengan makna Yang Maha Hidup tanpa kecacatan padanya❞. Kami berkata bahawa ₍as-Samī*₎ adalah hakikat bahasa yang digunakan bagi yang valid dalam capaian yang didengari dengan suatu makna yang tempatnya adalah liang telinga. ₍Al-Baṣīr₎ adalah hakikat sedemikian bagi yang valid dalam capaian yang dilihat dengan suatu makna yang tempatnya adalah anak mata. Padahal, Allah Subḥānahu bukan sebegitu. Lalu, tidak tersisa dengan suatu makna melainkan bahawasanya kedua-duanya dengan makna ₍*Ālim₎ (yang mengetahui). Dia Ta*ālā berfirman: {Adakah mereka mengira bahawa kami tidak mendengar rahsia mereka dan bisikan mereka? Bahkan, utusan-utusan kami di sisi mereka sentiasa menulis} [Surah az-Zuẖruf ayat 80]. ₍As-Sirr₎ ialah penyembunyian pada jantung tanpa suara. Allah Ta*ālā berfirman: {Lalu, Yūsuf menyembunyikannya dalam dirinya dan dia tidak menampakkannya pada mereka}. [Surah Yūsuf ayat 77]". [Al-Asās Li *Aqō^id al-Akyās. m/s 42-44, keluaran Maktabah Ahl al-Bayt, Yaman].
Ašᶜarian pada ₍al-Yadd₎ dan sifat khabariah yang lain adalah sama sahaja seperti zaydian pada sifat mendengar dan sifat melihat. Cuma, yang berbeza adalah ašᶜarian menetapkan adanya cara tafwid dan takwil, tetapi zaydian tidak sedemikian.
Sebegitu juga mereka menegaskan bahawa al-Quran itu adalah kalam Allah dan bukan makhluk. Akan tetapi, mereka sebenarnya berkata bahawa boleh dikatakan al-Quran itu makhluk untuk sesi pengajaran sahaja. Al-Bayjūriyy berkata :
ومذهب أهل السنة أن القرآن بمعنى الكلام النفسي ليس بمخلوق. وأما القرآن بمعنى اللفظ الذي نقرؤه فهو مخلوق، لكن يمتنع أن يقال القرآن مخلوق ويراد به اللفظ الذي نقرؤه إلا في مقام التعليم لأنه ربما أوهم أن القرآن بمعنى كلامه تعالى مخلو.ق ولذلك امتنعت الأئمة من القول بخلق القرآن
"Mazhab ahli sunnah adalah bahawasanya al-Quran dengan makna kalam nafsi bukanlah makhluk. Adapun al-Quran dengan makna lafaz yang kita membacanya, maka ia adalah makhluk. Akan tetapi, ditegah untuk dikatakan al-Quran adalah makhluk dan dimaksudkan padanya adalah lafaz yang kita membacanya kecuali pada tempat pembelajaran kerana itu kadangkala menyebabkan penimbulan kekeliruan bahawa al-Quran dengan makna kalam-Nya Ta*ālā makhluk. Kerana itulah para umat menegah daripada berkata dengan kemakhlukan al-Quran". [Tuḥfah al-Mazīd *Alā Jawharoh at-Tawḥīd, m/s 160, keluaran Dār as-Salām Li aṭ-Ṭobā*ah Wa an-Našr Wa at-Tawzī*].
Ibn al-Jawziyy berkata tentang Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy :
وقد علم كل ذي عقل أن القائل: {إِنْ هَذَا إِلَّا قَوْلُ الْبَشَرِ} [المدثر: 25] : إنما أشار إلى ما سمعه، ولا يختلف أولو الألباب وأهل الفهم للخطاب أن قوله: {وَإِنَّهُ} كناية عن القرآن، وقوله: {نَزَلَ بِهِ} : كناية أيضًا عنه، وقوله: {وَهَذَا كِتَابٌ} : إشارة إلى حاضر، وهذا أمر مستقيم، لم يختلف فيه أحد من القدماء في زمن الرسول صلى الله عليه وسلم والصحابة رضوان الله عليهم. ثم دس الشيطان دسائس البدع، فقال قوم: هذا المشار إليه مخلوق! فثبت الإمام أحمد رحمه الله ثبوتًا لم يثبته غيره على دفع هذا القول، لئلا يتطرق إلى القرآن ما يمحو بعض تعظيمه في النفوس، ويخرجه عن الإضافة إلى الله عز وجل، ورأى أن ابتداع ما لم يقل فيه لا يجوز استعماله، فقال: كيف أقول ما لم يقل؟! ثم لم يختلف الناس في غير ذلك إلى أن نشأ علي بن إسماعيل الأشعري، فقال مرة بقول المعتزلة، ثم عنَّ له، فادعى أن الكلام صفة قائمة بالنفس! فأوجبت دعواه هذه أن ما عندنا مخلوق، وزادت فخبطت العقائد، فما زال أهل البدع يجوبون في تيارها إلى اليوم. Orang yang mempunyai akal telah pun mengetahui bahawa yang berkata: {Tidaklah ini melainkan kata-kata seorang manusia} [Surah al-Mudaṯṯir ayat 25] sebenarnya mengisyatkan kepada apa yang dia mendenganrya. Orang yang memiliki sanubari dan ahli yang faham tidak berselisih bahawa firman-Nya: {Sesungguhnya ia} adalah kinayah kepada al-Quran, firman-Nya: {Telah menurunkannya} adalah kinayah kepadanya dan firman-Nya: {Ini adalah kitab} adalah pengisyaratan kepada yang sekarang. Ini adalah perkara yang berterusan. Tidaklah seseorang daripada para pendahulu pada zaman rasul -ṣollallahu *alayhi wasallam- dan para Sahabat -roḍiyallahu *anhum- berselisih padanya. Kemudian, syaitan menyisipkan sisipan-sisipan bidaah, lalu berkata suatu kaum: "Yang ditunjukkan kepadanya adalah makhluk!". Al-Imām Aḥmad -semoga Allah meredhainya- teguh dengan keteguhan yang selainnya tidak mampu menjadi teguh dalam menolak kata-kata ini supaya apa yang memadam sebahagian pengagungan terhadap al-Quran dalam jiwa orang ramai tidak memberi jalan kepadanya dan mengeluarkannya dari penyandaran kepada Allah *Azza Wa Jalla. Dia melihat bahawa pengadaan kebaharuan apa yang tidak Dia sebutkan padanya adalah tidak harus penggunaannya. Dia berkata: "Bagaimana aku dapat berkata apa yang Dia tidak berkata?". Kemudian, orang ramai tidak berselisih pada selain itu sehinggalah munculnya *Aliyy bin Ismā*īl al-Aš*ariyy. Dia berkata sekali dengan pendapat muᶜtazilian. Kemudian, nyata padanya. Lalu, dia mendakwa bahawa sifat kalam adalah sifat yang berdiri pada diri itu. Seruannya yang ini mendorong bahawa apa yang di sisi kita adalah makhluk dan bertambah seruan itu. Lalu, bercelaru akidah-akidahnya. Sentiasa ahli bidaah itu tersiar pada arusnya sehingga hari ini. [Ṣoyd al-H̱oṭir, m/s 197, keluaran Dār al-Qolam, Damsyik, tahqiq Ḥasan al-Musāḥī Suwaydān].
Inilah wajah ašᶜarian yang sebenar. Mereka hanya beriman semua yang disebutkan semata-mata lafaz sahaja, bukan hakikat yang difahami ahli sunnah yang sebenarnya. Usah terpedaya dengan belitan penjelasan mereka pada manhaj tafwid, takwil, kalam nafsi dan kalam lafzi. Itu cumalah topengan untuk menutup kontradiksi mereka dan pegangan sebenar mereka dalam isu sifat khabariah.
Ambilan : https://www.wattpad.com/1259894556-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-193

0 notes
Text
At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 194 : Siapa Sebenarnya Yang Tidak Menghormati Ulama?

Saya dan beberapa insan yang lain sudah biasa dengan tohmahan dan celaan bahawa kita ini tidak mengikut ulama, bersikap biadap berhadap tokoh ilmuwan dalam mengkritik dan seringkali membenamkan kewibawaan beberapa ulama daripada aliran mereka yang seringkali mendakwa bahawa mereka ini pengikut majoriti ulama, menjunjung mahaj ulama dan pelbagai lagi yang seumpamanya ketikamana kita menyatakan ketidaksetujuan dan penyelisihan kita terhadap pandangan ulama mereka.
Namun, lihat sendiri apabila mereka mengkritik pandangan ulama atau menyelisihi ulama itu sendiri apabila tidak secocok dengan mereka. Mereka tidak segan silu menyatakan bahawa tokoh ilmuwan sebelum Musṭofā Ṣobriyy terkeliru dalam memahami maksud Ibn *Arobiyy. Siapakah yang keliru? Adakah Burhānuddīn al-Baqō*iyy, Nūruddīn al-Bakriyy aš-Šāfi*iyy, Tayiuddīn as-Subkiyy, Zaynuddīn al-*Irōqiyy, Abū Zur*ah al-*Irōqiyy, al-Mizziyy, Sirōjuddīn al-Bulqīniyy, Badruddīn Ibn Jamā*ah, Ibn H̱oldūn, Najmuddīn al-Bālisiyy, Abū Ḥayyān al-Andalusiyy dan Šamsuddīn Muḥammad bin Yūsuf al-Jazariyy aš-Šāfi*iyy yang mengindikasikan kekafiran padanya?
Bayangkan kalau kita yang bercakap bahawa beberapa daripada ulama salah faham dan keliru dalam suatu pandangan atau suatu isu. Berhari-hari mereka akan menaburkan kutukan terhadap kita sehingga penghujahan ilmiah kita terselindung dari pandangan mereka. Berpusu-pusu mereka melonggokkan manaqib tokoh tertentu yang dikritik demi memandang rendah terhadap kita dan berpaling untuk fokus kepada isu yang sebenarnya.
Kemudian, lihat pula mereka yang memburukkan Abū Bakr al-H̱ollāl. Siapa majoriti ulama yang mereka dakwa mereka mengikutinya yang menuduhnya sebagai mujassim? Mereka pasti tidak akan jumpa yang menyatakan sedemikian walaupun daripada aš*arian melainkan setelah sembilan ratus kewafatannya.
Bayangkan kalau mereka mendengar an-Nawawiyy dan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy tidak diiktiraf berakidah ahli sunnah. Hampir-hampir bumi ini berkecai dan langit ini pecah kerana menanggung berang mereka yang meluap-luap. Namun, apakah ada perasaan yang sama ketika Abū Bakr al-H̱ollāl dicemarkan namanya sebegitu? Lekeh sangatkah Abū Bakr al-H̱ollāl dalam bidang akidah jika dibandingkan kedua-duanya?
Hakikatnya, mereka sendiri sebenarnya bersikap biadap terhadap ulama, tidak hormat terhadapnya dan merendahkan kewibawaannya. Bahkan, mereka ini sebenarnya sepadan dengan pepatah yang menyebutkan: "Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih" dan "Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri".
Ambilan : https://www.wattpad.com/1259825450-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-194-siapa-sebenarnya-yang
0 notes