Quote
Success makes you happier. Failure makes you wiser.
Unknown
0 notes
Text
Gaduh
Perselisihan pandangan sepatutnya menyekat monopoli, merendahkan ego dan meningkatkan rasa hormat. Perselisihan pandangan sepatutnya diraikan. Bukan dijadikan punca untuk bermusuh. Bukan dijadikan punca untuk menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Jangan jadi bodoh.
Kita ambil contoh senario politik di Malaysia. (Ya, MALAYSIA. Bukan semuanya buruk pasal politik di Malaysia.) Hasil perselisihan pandangan politik, kedua-dua parti kini berlumba-lumba ingin menurunkan harga itu ini, berlumba-lumba ingin membela nasib rakyat. Kita letak tepi dulu isu siapa tiru siapa. Perubahan drastik ini seharusnya diraikan. Ini semua hasil dari perselisihan pandangan bukan? Bergembiralah, masih ada ahli-ahli politik dalam kedua-dua parti yang lebih cenderung untuk menumpukan kepada perancangan untuk rakyat daripada menjadi ketua memaki-hamun orang lain.
Sedangkan 4 imam mazhab yang diketahui mempunyai pandangan yang berbeza-beza dalam mengeluarkan hukum sangat menghormati antara satu sama lain. Kita juga dibenarkan untuk mengikut mana-mana imam. Inikan pula hanyalah perselisihan pendapat antara 2 parti politik. Jangan jadi bodoh.
1 note
·
View note
Quote
Everybody wants to change the world. Everybody wants to change the world but no one, no one wants to die.
My Chemical Romance, Na Na Na ( Na Na Na Na Na Na Na Na Na) (2010)
0 notes
Video
youtube
My Chemical Romance - Disenchanted
If I'm so wrong.
How can you listen all night long?
Now will it matter after I'm gone?
Because you never learn a goddamned thing.
Tribute to one of my favourite bands. Thanks for the 12 years of awesome music.
Gua masih ingat first time layan Helena dengan classmate sekitar tahun 2005. Kemudian 1st kaset gua beli guna duit belanja sekolah tahun 2006, The Black Parade. Itu jam, siapa layan band import masih boleh dikira hipster. Lirik-lirik lagu dia pulak gua banyak gunakan dalam penulisan BI, konon-konon nak buat ayat ekstravaganza. (taraf english student sekolah gua dulu tak power mana so siapa dapat buat ayat dengan proper grammar dan vocab canggih sikit dah boleh kira ekstravaganza) Semuanya berlaku time gua sekolah menengah di SMK Agama Bandar Penawar.
0 notes
Text
Kenapa Kapitalisme Berjaya di Barat dan Gagal di Tempat Lain

Kenapa Kapitalisme Berjaya di Barat dan Gagal di Tempat Lain by Hernando de Soto My rating: 3 of 5 stars
Terjemahan beberapa artikel Hernando de Soto. Susah sebenarnya nak review buku ayat orang ekonomi ni.
Seperti yang kita tahu, kapitalis mementingkan keuntungan. Untuk mendapatkan untung, kita perlu melabur modal. Modal pula boleh didapati dari duit simpanan sendiri atau membuat pinjaman dengan mencagarkan aset yang dimiliki. Negara-negara di barat mempunyai satu undang-undang hak milik yang mengisytiharkan hak milik setiap aset rakyatnya di mana aset ini boleh ditukar menjadi modal. Di sini lah pointnya mengapa kapitalisme berjaya di barat dan gagal di tempat lain. Kebanyakan rakyat di negara-negara dunia ketiga bukanlah tidak mempunyai aset langsung tetapi ketiadaan undang-undang hak milik yang menyebabkan aset mereka tidak dapat ditukarkan kepada modal.
Ah, itu sahaja yang saya boleh explain.
0 notes
Text
Pompang Pompang

Pompang Pompang by Jarr Nadjmuddean My rating: 3 of 5 stars
Typical blook. Funny, yet typical.
Ini antara buku yang sesuai bila dah bosan and nak baca buku yang more complicated malas.
0 notes
Text
Makan Dalam

Makan Dalam by Sindiket Blogger Malaysia (Hamka, Cik Srikandi, Mr.K, Alexia Aqram, Karl Naim, Penulis.Sahaja, dan N My rating: 4 of 5 stars
Himpunan artikel dan cerpen dari setiap penulis yang berbeza dengan isu yang berbeza. Isu yang yang diketengahkan ada yang simple seperti scene perfileman di Malaysia dan ada yang berat seperti adab-adab dalam berpolitik.
Terdapat dua artikel yang bagi saya membuatkan buku ini menarik untuk dibaca. Yang pertama ialah "Bagaimana bergaduh dalam Islam?". Artikel tentang suasana politik Malaysia yang semakin hari seperti semakin hilang kewarasan. Baik dari kalangan pemain politik itu sendiri mahupun dari kalangan penyokong. Dengan mengambil Perang Jamal sebagai rujukan, penulisnya, Hamka cuba mengajak pembaca mencontohi para sahabat dalam mengawal diri ketika situasi pertelagahan sesama Islam berlaku. Seperti komen seorang kawan saya apabila ditunjukkan artikel ini (turut dimuatkan di dalam blog penulis), "Ironi gile blog post ni. Time bace macam baru tulis semalam. Tapi dah lame gile dia post n still benda dia cakap nampak lagi relevannye time sekarang." Ya, artikel ini ditulis pada tahun 2007, sebelum berlakunya tsunami politik Malaysia.
Artikel kedua yang menarik minat saya ialah "Catatan Srikandi". Menceritakan tentang sejarah asal-usul bangsa Melayu yang diceritakan bermula sejak beberapa abad sebelum Masehi. Teknik penceritaan, debat antara pelajar dari Thailand dan Cambodia digunakan berjaya membuatkan seolah-olah sejarah itu bukanlah sesuatu yang mengantuk seperti kebiasaan. Fakta paling menarik, dikatakan Suryavarman 1 iaitu seorang raja lagenda kepada bangsa Khmer dari Cambodia dari tahun 1010 ke 1050 juga merupakan bangsa Melayu. Wah!
Secara keseluruhannya, tidaklah berapa makan dalam buku ini. Namun tetap menarik kerana berjaya menggerakkan fungsi otak kiri saya untuk menilai setiap point-point yang dihidangkan.
0 notes
Text
Atas Pagar
Mereka kata kami ini sesat. Tak sokong orang Islam.
Mereka kata kami ini lalang. Tak tetap pendirian.
Mereka kata kami ini tidak patriotik. Tak peduli hal negara.
Tapi mereka hanya buat-buat buta bila kafir-mengkafir, maki-hamun, fitnah, gangsterisme berlaku antara sesama saudara Islam yang berbeza pendapat, berbeza bendera. Haram sangatkah darah mereka? Sejak bila kau boleh tahu siapa masuk neraka, siapa masuk syurga?
Tapi mereka hanya senyap bila sifat taksub merajai hati. Taksub kuasa, taksub parti, taksub Ustaz. Tak boleh terima kritik langsung. Geng dia saja yang membela Melayu. Ustaz dia saja yang paling Islam. Orang lain semua salah. Orang lain semua tak pernah buat baik. Wah, wah, wah. Apa mereka itu makhluk tuhan paling sempurna?
Tapi mereka hanya buat-buat tak sedar bahawa sikap merekalah yang menampakkan politik itu suatu benda yang kotor. Suatu benda yang jijik. Korupsi, kroni, perkauman. Meraka lupakah, kami ini masih warganegara? Tak mengambil bahagian tak bermakna tak ambil tahu, bukan?
0 notes
Text
Malaysia vs Arab Saudi
"Kita turun tanpa S.Kunalan, kalau kita nak main corak menyerang kita kena ada pemain seperti dia. Hanya Mat Yo penyerang sebenar, Amri pula diletakkan di belakang. Kita juga tak ada Safee Sali yang menjadi penyerang kita sejak dua tahun lalu. Dalam Liga kita sekarang, cuba lihat siapa yang main sebagai penyerang. Kita kena terima hakikat ini, kita tak boleh buat apa-apa." - K.Rajagobal
Kahkahkah. Gua hanya mampu gelak sambil tepuk dahi. Memang Safee Sali dengan Mat Yo je ke yang dia kenal? Kalau ginilah gayanya, entah tercapai ke tidak impian gua nak tengok Malaysia main World Cup sebelum mati ni.
0 notes
Text
Saya Pun Melayu

Saya Pun Melayu by Zaid Ibrahim My rating: 5 of 5 stars
Terlalu banyak yang boleh saya sentuh mengenai buku tulisan Zaid Ibrahim ini. Tentang sejarah hidupnya sejak kecil sehinggalah berjaya membuka Zaid Ibrahim & Co, tentang pengalamannya 23 tahun bersama UMNO sejak awal penyertaannya sehinggalah beliau meletak jawatan sebagai Menteri pada tahun 2008, tentang lanskap politk Malaysia sebelum dan selepas penubuhan semula UMNO 1988, tentang penerangannya berkaitan hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan, tentang penyakit bangsa Melayu yang fobia pada bangsa lain serta perpaduan bangsa Malaysia.
Namun bagi saya isu paling menarik dalam buku ini ialah tentang Artikel 153 Perlembagaan Malaysia dimana penulis berjaya memberi pencerahan yang mudah difahami kepada pembaca yang bukan berasal dari bidang perundangan seperti saya walaupun saya terpaksa dibantu dengan penerangan tambahan dari seorang kawan di jurusan perundangan. Thank you, Cinet!
Seperti yang kita sedia maklum, Artikel 153 Perlembagaan Malaysia mempertanggungjawabkan Yang di-Pertuan Agong dalam hal-hal menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia (bumiputera). Artikel ini juga telah mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Kuota bumiputera bukanlah hak (rights) tetapi keistimewaan (privillege).
Isunya di sini bukan kerana kewujudan kuota itu tetapi salah guna kuota yang wujud di pelbagai peringkat. Calon tak layak, kroni, rasuah, orang tengah dan lain-lain yang akhirnya merugikan bangsa dan negara. Mungkin sudah tiba masanya sistem meritokrasi digunakan secara tegas dimana hanya bumiputera yang layak secara dibenarkan untuk mengisi kuota? Seperti kata penulis di dalam buku ini, meritokrasi itu baik untuk bangsa Melayu.
Memetik pengakuan Dr Mahathir yang turut diceritakan dalam buku ini, tentang apakah perkara yang sangat dikesalkan beliau disebalik kejayaannya memacu ekonomi negara? Beliau mengakui beliau telah gagal mengubah minda kaum Bumiputera Melayu ke arah yang lebih progresif seperti kaum-kaum bukan Bumiputera.
0 notes
Video
youtube
We always love you, Ronaldo. Please come home.
0 notes
Text
Sayapatah Zine : Continents

Sayapatah Zine : Continents by Run Aziluz My rating: 3 of 5 stars
Ah, saya malulah nak review zine ni lebih-lebih. Sebagai salah seorang penyumbang tulisan paling merepek dalam zine ini, saya berasa sangat kerdil tatkala membaca tulisan penulis-penulis lain. Rasa macam malukan diri sendiri pun ada. Takda bakat langsung nak jadi penulis. Heh.
Macam ini lah. Korang yang baca sendiri and review sendiri. Boleh?
2 notes
·
View notes
Text
#SayaPatah3
Sekarang ni engkorang tak yah cakap banyak. Pergi tekan link bawah ini, download zine Saya Patah dan baca. Faham? Ok dah pergi buat.
#SayaPatah

2 notes
·
View notes
Text
Muslimeen United

Muslimeen United by Nama Nami My rating: 3 of 5 stars
Buku tentang ringkasan biografi beberapa tokoh pemain bola beragama Islam yang berjaya di muka bumi ini. Pemain-pemain yang dipilih juga ada yang sudah dijangka sepeti Zinedine Zidane, Samir Nasri dan Ali Daie dan ada juga yang kita jarang-jarang tahu seperti Lee Woon-Jae, hero Korea Selatan ketika Piala Dunia 2002.
Secara jujur, bagi saya buku ini terlalu biasa sebenarnya. Rasa macam baca Wikipedia pun ada.
0 notes