farhanbenazmi-blog
farhanbenazmi-blog
Ben Azmi
15 posts
Mahdi | Theology | Eschatology
Don't wanna be here? Send us removal request.
farhanbenazmi-blog · 8 years ago
Text
Meluruskan Salah Faham Saudara Ali Kasim Siri 2
Salam wr wb.
Berikut adalah respon saya terhadap “hujah” balas saudara Ali Kasim terhadap Siri 1: https://farhan-ansary.tumblr.com/post/162540163714/meluruskan-salah-faham-saudara-ali-kasim
Hujah beliau boleh didapati di link berikut: https://www.facebook.com/farhan.azm/posts/10209547175222933
Baik, mari kita amati hujah-hujah Ali Kasim, adakah ia memuatkan sebarang argumen valid bagi siri pertama.
❌  Syarat mengenal Hujjah Allah atau Imam. Jika tak silap hadis ini di riwayat dari Imam Jaafar a.s. ia tidak bertentangan dengan apa yg kami faham ❌
👉 Respon saya: Jika tidak bertentangan, bawakan dalil yang mendukung apa yang anda minta, yakni mengenali dengan apa yang anda sebutkan.. dan ia haruslah mutawatir, kerana saya bawakan dozen hadis yang mendukung apa yang saya sebutkan. 3 perkara. Ambil masa dan berikan matan hadisnya yang lengkap. Jangan bagi sekerat2.
❌  Imam Jaafar bermaksudkan bahawa Imam2 hanya lah hingga 12 org sahaja selepas itu bukan Imam lagi erti nya bukan Hujjah Allah Lagi. Hadis ni secara fimative membezakan era Imam dengan selepas imam yg mengatakan " mereka bukan Imam.. (ruwayat As . Saduq dlm kamaluddin an Nikmat)❌
👉 Respon saya: Terbatal, kerana hadis-hadis yang saya bahaskan di http://pendukungalmahdi.blogspot.my/2017/06/senarai-hadis-pembuktian-kewujudan-para.html dengan jelas menunjukkan para Hujjah Allah selepas 12 Imam disebutkan dengan gelaran Mahdi, Imam, Qaim, Hujjah. Mereka yang dilantik Allah secara automatis maksum. Disebabkan anda seorang yang malas membaca, saya kongsikan beberapa hadis dari perbahasan saya tersebut:
📝 Hadis 1:
وعن حبة العرني قال : خرج أمير المؤمنين (ع) إلى الحيرة فقال : لتصلن هذه بهذه وأومى بيده إلى الكوفة والحيرة حتى يباع الذراع فيما بينهما بدنانير وليبنين بالحيرة مسجداً له خمسمائة باب يصلي فيه خليفة القائم عجل الله فرجه لأن مسجد الكوفة ليضيق عنهم وليصلين فيه اثنا عشر إماماً عدلاً... الحديث )) التهذيب 3/253، معجم أحاديث الإمام المهدي 3 /112.
Diriwayatkan dari Hibbat Al-Irni berkata: Amirul Mukminin [a.s] keluar ke Hirah dan berkata: "ini akan disertai oleh ini" dan dia menunjuk dengan tangannya untuk Kufah dan Hirah "sehingga satu hasta di antara keduanya akan dijual dalam dinar, dan kemudian di Heera akan dibina masjid yang mempunyai 500 pintu, khalifah Qoim [Semoga Allah menyegerakan kelapanganNya] akan bersolat di dalamnya kerana ianya terlalu sempit buat mereka, dan akan bersolat di dalamnya 12 IMAM YANG ADIL." Lalu aku bertanya: Wahai Amirul Mukminin, apakah keluasannya Masjid kufah ini sepertimana yang manusia lihat hari ini? Seraya dia (a.s) berkata: akan dibina empat buah masjid dan yang paling kecil adalah masjid Kufah.....” [Tahzib Al Ahkaam oleh Sheikh Al-toosi, v.3, muka surat 245]
📝 Hadis 2:
وما جاء في دعاء الإمام الرضا (ع) ـ الصحيح ـ للإمام المهدي في عصر الغيبة )) ... اللهم أعطه في نفسه وأهله وَوَلـَدِه وذريته وأمته وجميع رعيته ما تقر به عينه وتسر به نفسه وتجمع له ملك المملكات كلها... إلى ان يقول : اللهم صل على ولاة عهده والأئمة من بعده وبلغهم آمالهم وزد في آجالهم وأعز نصرهم ... )) مفاتيح الجنان ص618 جمال الأسبوع لأبن طاووس ص 309 ، مصباح المتهجد للطوسي ص409
Pernyataan di dalam Doa Imam Al Ridho (a.s) berkenaan hak Imam Mahdi (a.s) di era kebangkitan; ““Ya Allah berikan dia dan keluarganya, anak, keturunannya, umatnya dan semua rakyatnya yang membuatkan dia selesa dan gembira. Datangkanlah kepada raja kepada segala raja…sehingga katanya: Ya Allah, rahmatilah pemerintah-pemerintah di eranya dan Imam-Imam selepasnya, dan tunaikanlah pengharapan mereka dan panjangkan kehidupan mereka dan kasihilah kemenangan mereka…” [Misbah Al Mujtahid oleh Syeikh Al Toosi, ms 409]
Maka hadis yang anda maksudkan, iaitu:
حدثنا علي بن أحمد بن محمد بن عمران الدقاق قال: حدثنا محمد بن – أبي عبد الله الكوفي قال: حدثنا موسى بن عمران النخعي، عن عمه الحسين بن يزيد النوفلي، عن علي بن أبي حمزة، عن أبي بصير قال: قلت للصادق جعفر بن محمد عليهما السلام يا ابن رسول الله إني سمعت من أبيك عليه السلام أنه قال: يكون بعد القائم اثنا عشر مهديا فقال: إنما قال: اثنا عشر مهديا، ولم يقل: إثنا عشر إماما، ولكنهم قوم من شيعتنا يدعون الناس إلى موالاتنا ومعرفة حقنا.
📝 Abu Baseer berkata: Saya memberitahu Ja’far bin Muhammad Al-Sadiq [a.s]: Wahai anak Rasulullah, saya mendengar daripada bapa anda [a.s] bahawa dia berkata: akan ada 12 Mahdi selepas Qa’im yang , beliau berkata: ”Sesungguhnya dia berkata 12 Mahdi dan dia tidak berkata: 12 Imam, tetapi mereka adalah kaum Syiah kami yang memanggil orang untuk berbai’ah kepada kami dan tahu akan hak kami.” [Kamal Al-Deen wa Tamam Al-Ni'mah, Sheikh Al -Sadooq muka surat 358]
👉 Ia merujuk bahawa 12 mahdi ini tidak berada pada makam 12 Imam, namun mereka adalah Syiah2 mereka. Tidak mengejutkan kerana Ibrahim (a) juga adalah Syiah kepada Ahlulbayt sedangkan beliau seorang Imam.
عن مولانا الصادق جعفر بن محمد ع أنه قال قوله عز و جل وَ إِنَّ مِنْ شِيعَتِهِ لَإِبْراهِيمَ أي إن إبراهيم عليه السلام من شية النبي صلى الله عليه وآله فهو من شيعة علي وكل من كان من شيعة علي فهو من شيعة النبي صلى الله عليهما وعلى ذريتهما الطيبي
📝Imam Sadiq (as) bersabda: "Berkenaan firman Allah (S) "Dan sesungguhnya di antara Syiah Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim." (Al-Saffat 37:83), beliau adalah dari kalangan Shiah Ali. Dan semua dari kalangan Shiah Ali, mereka adalah Shiah Nabi Muhammad (s)."
Rujukan: Tawil Al Ayat Jil.2 Hal. 495 (Sura-e-Saffat). www.ruqayah.net/books/index.php?id=1404
Ibrahim adalah seorang Imam, namun bukan berada di makam 12 Imam, beliau juga adalah Syiah Ali. Jadi anda silap sekali lagi
❌ Menggunakan 3 kriteria tersebut selapas era imam adalah pembohongan dan tak kena pada tempatnya. ❌
👉 Respon saya: Satu lagi penafian. Yang tidak kena pada tempatnya adalah apabila sudah ada dalil mutawatir untuk cara mengenali Khalifah, kita tidak menggunakan kaedah tersebut, namun menggunakan kaedah sendiri yang tidak bersandarkan apa-apa dalil qatie dan mutawatir!!
Peraturan ini jugalah yang ditunjuki oleh Rasulullah (sawas) dan Ahlulbaytnya (as) berdasarkan riwayat-riwayat mereka yang mutawatir, apabila ditanyakan berkenaan metod bagi mengenal Imam atau Wasi (as) dan sesiapa jua yang mengklaim urusan ini. Maka mereka (as) menjawab persoalan-persoalan ini, sepetimana yang diriwayatkan daripada mereka (as), saya kongsikan sekali lagi:
 أبي عن محمد العطار عن الأشعري عن محمد بن الوليد عن حماد بن عثمان عن الحارث بن المغيرة النضري قال: قلت لأبي عبد الله عليه السلام: بما يعرف صاحب هذا الامر؟ قال: بالسكينة والوقار والعلم والوصية
📝Daripada Muhammad bin Attar, daripada Al Ash'ari, daripada Muhammad bin Al Walid, daripada Hammad bin Uthman, daripada Al Harith bin Mughirah Al Nadhari, teah berkata: (Aku telah berkata kepada Abi Abdillah (as): Dengan apa dikenali Shohibul Amr ini? Menjawab: Dengan ketenangan, keteguhan pendirian, ilmu dan wasiat). [Bihar Al Anwar, Al Allamah Al Majlisi, jilid 25, ms 138][Bashair Al Darajat, ms 640][Al Khishaal, Syeikh Sadooq, ms 200][Al Imamah wa Al Tabshirah, jilid 1, ms 138]
سألت أبا عبد الله عليه السلام…فبما يعرفون ذلك؟…فقال: يعرف صاحب هذا الامر بثلاث خصال لا تكون في غيره: هو أولى الناس بالذين قبله وهو وصيه، وعنده سلاح رسول الله صلى الله عليه وآله ووصيته
📝Ali bin Ibrahim bin Muhammad bin Isa, daripada Yunus bin Abdul Rahman, telah berkata: menceritakan kami Hammad, daripada Abdul A'la, telah berkata: (Aku telah bertanya kepada Abi Abdillah (as)…maka dengan apa mereka mengenali yang demikian itu…dikenali pemilik urusan ini dengan tiga perkara yang tidak terdapat pada selainnya: dia adalah orang yang lebih layak/utama bagi orang sebelumnya dan dia adalah wasinya, di sisinya senjata Rasulullah (sawas) dan wasiatnya). [Al Kafi, jilid 1, 378]
محمد العطار، عن الأشعري، عن الخشاب، عن يزيد بن إسحاق شعر، عن الغنوي، عن عبد الأعلى، قال: قلت لأبي عبد الله عليه السلام ما الحجة على المدعي لهذا الأمر بغير حق؟قال: ثلاثة من الحجة لم يجتمعن في رجل إلا كان صاحب هذا الأمر أن يكون أولى الناس بمن قبله ويكون عنده سلاح رسول الله صلى الله عليه وآله ويكون صاحب الوصية الظاهرة…
📝Daripada Al Ash'ari, daripada Al Hashaab, daripada Yazid bin Ishaq, daripada Al Ghanwi, daripada Abdul A'la, telah berkata: (Aku berkata kepada Abi Abdillah (as), apakah hujah ke atas mereka yang mengklaim urusan ini secara tidak benar? Dia menjawab: Tiga hujah yang tidak akan berhimpun pada seorang lelaki melainkan dia adalah pemilik urusan ini:  dia adalah orang yang lebih layak/utama bagi orang sebelumnya, di sisinya senjata Rasulullah (sawas) dan wasiatnya yang nyata…). [Al Imamah wa Al Tabshirah, Al Qummi, ms 137]
حدثنا محمد بن أحمد عن محمد بن عيسى عن حماد بن عيسى عن عبد الاعلى عن أبي عبد الله عليه السلام قلت إن الناس يتكلمون في أبى جعفر يقولون ما بالها ابطحت من ولد أبيه من له مثل قرابته ومن هو أكبر منه وقصرت عمن هو أصغر منه وقال يعرف صاحب هذا الأمر بثلث خصال لا تكون في غيره هو أولى الناس بالذي قبله وهو وصيه وعنده سلاح رسول الله صلى الله عليه وآله ووصيته وذلك عندي لا أنازع فيه.
📝Telah menceritakan kami Muhammad bin Ahmad, daripada Muhammad bin Isa, daripada Hammad bin Isa, daripada Abdul A'la, daripada Abi Abdillah (as), berkata: (…dikenali pemilik urusan ini (shohibul amr) dengan tiga perkara yang tida ada pada selainnya, dia adalah manusia paling layak/ utama bagi Imam sebelumnya, dia adalah wasinya, di sisinya senjata Rasulullah (sawas), wasiatnya yang demikian itu ada di sisiku dan tiada perbalalahan padanya). [Bashair Al Darajat, ms 202][Bihar Al Anwar, jilid 26, ms 217]
 هذه الحالة – يا أخا اليهود – ثم طلبت حقي لكنت أولى ممن طلبه لعلم من مضى من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وآله ومن بحضرتك منه بأني كنت أكثر عددا وأعز عشيرة وأمنع رجالا وأطوع أمرا وأوضح حجة وأكثر في هذا الدين مناقب وآثارا لسوابقي وقرابتي ووراثتي فضلا عن استحقاقي ذلك بالوصية التي لا مخرج للعباد منها والبيعة المتقدمة في أعناقهم ممن تناولها
📝Daripada percakapan Imam Ali (as) dengan seorang yahudi, beliau berkata kepadanya: (…Keadaan ini – wahai saudara yahudi – kemudia aku menuntut hakku dan aku adalah lebih layak daripada sesiapa jua yang menuntutnya, sedia diketahui sesiapa yang tinggal kekal dari kalangan sahabat-sahabat Rasulullah (sawas) dan sesiapa jua di kalangan kamu darinya bahawa aku adalah paling banyak bilangan, ahli keluarga paling mulia, lelaki paling terpelihara, paling mentaati perintah, hujjat yang paling jelas, mempunyai paling banyak gelaran/ kedudukan di dalam agama ini, paling banyak hadis untuk orang terdahuluku, ahli keluargaku, dan waris-warisku, keutamaan tentang kelayakanku itu adalah dengan wasiat yang tidak dikeluarkan ianya kepada hamba-hamba lainya dan baiah yang didahulukan di atas tengkuk-tengkuk mereka dari kalangan mereka yang telah melakukannya…). [Al Khisaal, ms 374]
عن الإمام الباقر عليه السلام…وإياك وشذاذا من آل محمد صلى الله عليه وآله فإن لآل محمد وعلي راية ولغيرهم رايات، فالزم الأرض ولا تتبع منهم رجلا أبدا حتى ترى رجلا من ولد الحسين، معه عهد نبي الله ورايته وسلاحه، فإن عهد نبي الله صار عند علي بن الحسين، ثم صار عند محمد بن علي، ويفعل الله ما يشاء
📝Daripada Imam Baqir (as): (…dan kepada kamu serta keganjilan daripada keluarga Muhammad (sawas), sesungguhnya bagi keluarga Muhammad itu panji dan selain mereka juga panji-panji, maka tinggal tetaplah di muka bumi dan jangan kamu mengikut seorang lelaki dari mereka sehinggalah kamu melihat seorang lelaki dari keturunan Al Hussain, bersamanya janji Nabi Allah, panjinya dan senjatanya. Maka sesungguhnya janji Nabi Allah berada di sisi Ali bin Al Hussain, kemudian berada di sisi Muhammad bin Ali, dan Allah berbuat apa yang dikehendakinya). [Ilzam Al nasib, ms 296][Bihar Al Anwar, jilid 52, ms 224][Mu’jam Ahadith Al Imam Al Mahdi (as),jilid 5, ms 21]
❌  Hadis wasiat yg sdr gunakan untuk berhujah .. telah di katakan Palsu oleh tokoh2 hadis Syiah sendiri. .. Malah semua hadis yg menyebut nama2 Imam yg secara lengkap seramai 12 org tu semua nya palsu. ❌
👉 Respon saya: Salah. Sheikh Al Toosi menyebutkan riwayat wasiat ini di dalam kitabnya Al Ghaibah ms 150 beserta himpunan riwayat bagi menguatkan bahawa Imamah adalah untuk Ahlulbayt a.s. Kemudian Sheikh Al Toosi memperkuatkan lagi riwayat ini dengan riwayat-riwayat wasiat yang lain di dalam kitab yang sama pada ms 156. Ianya adalah himpunan riwayat yang digunapakai sebagai dalil untuk menguatkan tuntutannya bahawa Imamah adalah di kalangan Ahlulbayt a.s. Dia mengatakan bahawa riwayat ini adalah sahih kerana Syiah Imamiyah meriwatkannya secara tawatur iaitu orang yang terkemudian meriwayatkan dari orang terdahulu tanpa terputus. Jalan pentashihannya adalah satu sepertimana terdapat di dalam kitab-kitab Imamiyah dan juga melalui manuskrip-manuskrip Amirul Mukminin Ali a.s
Kedua, tidak ada tokoh yang memalsukan hadis ini. Habis sangat pun, mereka hanya melemahkannya, bukan memalsukannya. Ini dua terma berbeda saudara. Mohon study.
Pemalsuan oleh sesuatu tokoh tidak menjadikan ia palsu. Apatah lagi kita telah buktikan ia mempunyai matan yang tidak mampu ditolak, serta kita telah batilkan cubaan menggunakan Ilmu Rijal untuk memalsukannya. 
📝 (Baca: http://pendukungalmahdi.blogspot.com/2017/06/keruntuhan-ilmu-rijal-dan-penerimaan.html )
Ringkasnya, kami telah bahaskan kesahihan hadis wasiat ini untuk tanggapan para pengkaji di :
📝 http://pendukungalmahdi.blogspot.my/2017/07/kesahihan-hadis-wasiat-nabi-muhammad-s.html
❌  Perkara 2. Urutan keturunan dan asal usul nya. Tuan mengatakan Ahmad berasal dari cucu cicit Imam Al Mahdi ..perkara ni sukar di buktikan .. tapi kita tunggupengesahan dari masyarakat sendiri yg mereka lebih tau ... klim oleh bapa saudara atau ahli keluargan nya adalah seperti juga klim yg beliau sendiri lakukan. Masyarakat atau pihak berkuasa Iraq pasti mengetahui perkara ini. ❌
👉 Respon saya: Bagi saya, pengakuan anda sendiri bahawa ia sukar, membuktikan ia tidak bisa dijadikan sandaran yang kuat. Apatah lagi, dari siri pertama yang lepas, anda masih gagal membawa apa-apa dalil bagi membuktikan keperluan kepada kaedah anda ini.
❌  InshaAllah akan di nyatakan kemudian. Sdr juga mengeluarkan pendapat Sheik Soghir yg mengatakan ada berpendapat Yamani adalah bukan dari Yaman.. Tak mangapa .. kita boleh nilai tengok .. kerana itu adalah pendapat saja bukan nas ❌
Respon saya: Saya sudah sebutkan, ada nas untuknya. Saya sudah bahaskan tanpa bantahan di sini 📝 http://pendukungalmahdi.blogspot.my/2017/07/bantahan-komprehensif-al-yamani-bukan.html
Rumusan Siri 2:
Masih tiada dalil mutawatir bahawa perlu mengenal Hujjah melalui susur galur atau asal usul.
Farhan Ansary :  
0 notes
farhanbenazmi-blog · 8 years ago
Text
Meluruskan Salah Faham Saudara Ali Kasim
Artikel ini adalah bagi meluruskan salah faham saudara Ali Kasim, merujuk kepada diskusi di link berikut:
https://goo.gl/7EgsJk
Seperti yang boleh dirujuki oleh pembaca sekalian, saudara Ali Kasim telah meminta untuk mengetahui asal usul Ahmed Al-Hasan.
Tumblr media
Maka saya dengan lantas telah tahu ke mana hala tuju perbahasan ini, bahawa beliau ingin menjadikan asal usul atau susur galur ini sebagai hujah utama untuk menentukan kebenaran seruan ini. Malangnya kaedah ini bukan kaedah tepat untuk mengenal Hujjah Allah, tiada nas dari Quran dan hadis yang mengajarkan sedemikian. Kaedah yang mutawatir dan qatie, telah pun kita bahas secara tuntas di:
http://pendukungalmahdi.blogspot.com/2017/04/bagaimana-mengenali-shohibul-amr.html
Dengan kewujudan berdozen hadis dengan matan yang jelas lagi mutawatir, kita mengetahui bahawa seorang Khalifah / Hujjah / Imam lantikan Allah itu dikenali dengan:
1. Nas Wasiat yang dituntut atau diklaim oleh Sang Hujjah
2. Ilmu ketuhanan yang membuka rahsia-rahsia ilmu
3. Seruan kepada Panji Ketuanan Allah. Inilah Panji Nabi Muhammad (s), para Nabi sebelumnya dan para Imam selepasnya.
Namun seperti biasa, saya tetap juga meminta dalil bahawa seorang Khalifah Allah itu dikenali dengan menyelidiki asal usulnya atau jalur keturunannya, dan berikut adalah satu-satunya jawaban beliau:
Tumblr media
Respon saya: Bukan sahaja beliau gagal memberikan hadis dari Aimmah (iaitu sumber yang disepakati oleh kami berdua), malah beliau memberikan sumber hadis Sunni!! Dan tambah mengejutkan, ia adalah dari apa yang dilakukan oleh Heraclius! Tiada satu dalil apa pun yang bisa diberikan beliau bagi mendukung apa sahaja perkataan beliau dalam komentar di atas.
Maka, setakat ini sahaja, beliau sudah tewas. Tidak ada guna mengetahui sesuatu yang tidak bisa dijadikan sumber kebenaran atau kebatilan. Susur galur bisa dipalsukan, sijil pengesahan bisa dibeli, ini bukanlah perkara baru, malah sudah ada sejak sekian lama. (Rujuk: Canbakal, Hülya (2009). "The Ottoman State and Descendants of the Prophet in Anatolia and the Balkans (c. 1500–1700)". Journal of the Economic and Social History of the Orient. Koninklijke Brill NV. 52: 542–578. ISSN 0022-4995.)
Jika beliau mahukan susur-galur untuk mengetahui asal usul ke Yaman, maka kita sudah buktikan bahawa Yamani tidak ada kena mengena dengan Yaman. Untuk artikel ini, memadai kenyataan Syeikh Soghir berikut:
Kesimpulannya, susur galur tidak membawa kepada apa-apa keyakinan, atas sebab itulah para Imam tidak menjadikan ia sebagai kaedah utama mengenal Hujjah.
Walaupun beliau telah tewas di sini, maka saya layankan juga permintaan beliau.
Namanya (a.s) adalah Sayyid Ahmed bin Sayyid Ismail bin Sayyid Saleh bin Sayyid Al-Hussain bin Sayyid Salman bin Imam Muhammad bin Imam Al-Hasan bin Imam Ali bin Imam Muhammad bin Imam Ali bin Imam Musa bin Imam Ja’afar bin Imam Muhammad bin Imam Ali bin Imam Al Hussain bin Imam Ali bin Abi Talib Alaihimussalam.
Setelah diberikan susur galur ini, berikut adalah respon saudara Ali Kasim.
SubhanAllah. Komentar ini menunjukkan beliau tidak mendalami seruan Ahmed Al-Hasan dengan sepenuhnya. Ini tidak mengejutkan, betapa banyak artikel pembuktian yang telah kami berikan, namun tidak banyak yang beliau mahu baca, jika ada sekalipun.
Beliau tidak boleh membandingkan Ahmed Al-Hasan dengan generasi Sayed yang lain, kerana beliau adalah keturunan Imam Al-Mahdi, setakat ini sahaja sudah membuktikan beliau tidak pandang sikit pun pada susur galur yang saya kongsikan. Ini menyedihkan. Orang yang tidak berminat mengkaji hujah lawan, dan hanya mahu menyodorkan pendapat beliau sendiri. 😀
Imam Muhammad Al-Mahdi ghaib sejak 12 abad yang lepas, dan menjalankan tugasnya di bumi ini, maka beliau bisa berkeluarga pada bila-bila masa. Ini disokong hadis-hadis Ahlulbayt.
عَنِ الْمُفَضَّلِ بْنِ عُمَرٍ عَنْ أَبِي عَبْدُ اللهِ الصَّادِقِ ( عَلَيه السّلامَ ).... الرِّوايَةُ , وَفِيهَا ( لَا يَطَّلِعْ عَلَى مَوْضِعِهِ اُحْدُ مِنْ وَلِي وَلَا غَيْرَه الَا الْمَوْلَى الَّذِي يَلِي امره ). وَرَوَاهَا الطَّوْسِيِ فِي الْغَيْبَةِ عَنْ أَبُو مُحَمَّدِ عَلِيٍّ بْنٍ اِحْمَدْ الْعَلَوِيَّ الْمُوسَوِيَّ فِي كِتَابِهِ فِي نُصْرَةِ الْوَاقِفَةِ : وَرَوَى ابراهيم بْنُ الْمُسْتَنِيرِ عَنِ الْمُفَضَّلِ قَالً سَمِعْتُ ابا عَبْدُ اللهِ .... الرِّوايَةُ , وَفِيهَا ( وَلَا يَطَّلِعُ اُحْدُ عَلَى مَوْضِعِهِ وامره وَلَا غَيْرَه الَا الْمَوْلَى الَّذِي يَلِي امره )( الْغَيْبَةُ : 43 ) وَرَوَاهَا فِي مَوْضِعٌ آخَرُ ( الْغَيْبَةُ : 162 ) بِسَنَدِهِ عَنِ الْمُفَضَّلِ بْنٍ شَاذَّانٍ عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ جَبْلَةٍ عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ الْمُسْتَنِيرِ عَنِ الْمُفَضَّلِ بْنِ عُمَرٍ قَالً سَمِعْتُ ابا عَبْدُ اللهِ ( عَلَيه السّلامَ ) يَقُولُ .... الرِّوايَةُ , وَفِيهَا ( لَا يَطَّلِعْ عَلَى مَوْضِعِهِ اُحْدُ مَنْ وَلَدَهُ وَلَا غَيْرَه الَا الْمَوْلَى الَّذِي يَلِي امره
Daripada Mufadhal bin Umar, daripada Abi Abdillah (a.s): Sohibul Amr akan mempunyai dua keghaiban, salah satunya akan panjang (lama), sehingga sebahagian mereka akan mengatakan dia telah mati, sebahagian pula akan berkata dia telah dibunuh, dan sebahagian pula akan mengatakan dia telah pergi. Sehingga tiada satu pun yang tinggal melainkan sahabatnya yang paling jujur. Dan tiada seorang pun yg mengetahui urusannya hatta anak-anak dari keturunannya atau orang lain, melainkan maula yang akan menggantikannya. [Al Ghayba Li Al Toosi, ms 161]
Dari hadis di atas, jelas menunjukkan Imam Al-Mahdi berkeluarga. Maka nasab yang tersambung dengan beliau tidak akan sama dengan jumlah generasi yang dipunyai oleh kebanyakan Sayed yang ada sekarang. Kewujudan seorang Hujjah lantikan Allah yang susur galurnya tidak diketahui dan Imam yang majhul (tidak dikenali) telah disebutkan oleh para Imam Ahlulbayt.
Rujuk hadis 33 dan hadis 49 dari senarai hadis berikut:
https://goo.gl/TDa89h
yang menunjukkan akan ada seorang Imam yang bukan merujuk kepada Imam Al-Mahdi, tidak kenali dan tidak ketahui asal usulnya, sedangkan Imam Al-Mahdi dikenali.
Jelas setakat ini, tidak ada salahnya dengan susur galur tersebut, kerana rantaiannya bermula pada masa yang lewat, tidak seperti keturunan Nabi yang lain. Selain itu, susur galur yang "meragukan" juga sudah dijanjikan para Imam Ahlulbayt, sekali, tiada apa yang mengejutkan.
Maka saya simpulkan, seperti berikut:
Tiada dalil bahawa asal usul atau susur galur adalah kaedah utama mengenal Hujjah Allah. Mencari kebenaran melalui laluan ini tidak mempunyai sebarang sandaran. Berhentilah. Ikutilah kaedah yang telah ditetapkan oleh para Imam, hadisnya banyak dan mutawatir serta muhkam.
Susur galur bisa dicipta, direkayasa, jelas ia bukan kaedah yang bisa diharapkan.
Para Imam sudah menyebutkan Mahdi Pertama mempunyai susur galur yang tidak diketahui, dan beliau dikenali sebagai Imam Majhul, selari dengan apa yang telah terjadi. Tiada apa yang mengejutkan.
0 notes
farhanbenazmi-blog · 8 years ago
Text
Intro | Pengenalan
English: God Willing, this will be my official Tumblr blog. I will be posting many topics regarding Mahdawiyah, Eschatology, comparative religion, and the call of Ahmed Al-Hasan, the awaited savior mentioned in various religious text.
The Mahdi that will be born at the end of times in Sunni narration, The Yamani os Shia narration, The Comforter in Christian narration, and messenger of Elijah in Judaism narration.
✡✡✡
Malay: Dengan izin Allah, saya akan banyak menulis posting dalam bidang Mahdawiyah, Eskatologi, Perbandingan Agama dan pembuktian Ahmed Al-Hasan, sang Penyelamat yang dinantikan oleh semua agana.
Mahdi Akhir Zaman di sisi riwayat Sunni. Yamani di dalam riwayat Syiah. Sang Penghibur dalam riwayat Kristian dan utusan Ilya dalam riwayat Yahudi.
0 notes
farhanbenazmi-blog · 8 years ago
Photo
Tumblr media
Weather forecast for today, cloudy, boring, gloomy, moody.. oh wait, that's my mood. #mondayblues #havetowork #damnit
0 notes
farhanbenazmi-blog · 9 years ago
Photo
Tumblr media
Tujuh Muharam, bermula ulah panglima berhati binatang, Kafilah Husain dan Furat mula dihalang, Raungan Al-Atash mula berkumandang, Bagaimana Sukainah dapat menenang, Dahaga anak Karbala yang tidak bisa ditatang?
0 notes
farhanbenazmi-blog · 9 years ago
Photo
Tumblr media
In the heat of discussion. Waiting for a gap to slip in my argument. Lol
0 notes
farhanbenazmi-blog · 9 years ago
Photo
Tumblr media
Telah tiba bulan Muharam al-Haram, bulan kesedihan, bulan perkabungan, bulan peringatan cucunda Nabi (saw) yang membuka jalan untuk revolusi Al-Mahdi di masa kini. Peringatkanlah umat tentang tragedi ini, agar umat sedar, tidak ada tinggal Islam kini, jika tidak kerana pengorbanan Al-Husain di Karbala. حدثني محمد بن الحسن عن محمد بن الحسن الصفار قال حدثني أحمد ابن إسحاق بن سعيد عن بكر بن محمد الأزدي عن أبي عبد الله عليه السلام قال: تجلسون وتتحدثون، قال: قلت جعلت فداك نعم قال إن تلك المجالس أحبها فأحبوا أمرنا انه من ذكرنا وذكرنا عنده فخرج من عينه مثل جناح الذبابة غفر الله ذنوبه ولو كانت أكثر من زبد البحر. Mohammad bin Hasan Al-Saffar meriwayatkan dari Ahmad bin ls'haaq bin Saad, dari Bakr bin Mohammad Al-Azdi,dari Abi Abdillah Jaafar bin Muhammad(as) yang bersabda: "Adakah kalian(para Syiah) duduk dan bercakap tentang kami? Aku mencintai perjumpaan kalian. Hidupkanlah urusan kami. Semoga Allah merahmati mereka yang menghidupkan urusan kami, Allah akan mengampuni dosa mereka yang bercerita tentang kami, mendengar tentang kkami dan menangisi kami, walaupun sekecil sayapnya lalat, walaupun dosa mereka lebih banyak dari buih-buih di lautan." Sumber: Thawab al-Amaal tulisan Sheikh Sadooq,halaman 187
0 notes
farhanbenazmi-blog · 9 years ago
Video
youtube
From the first history of mankind, people always expecting a compelling miracles by the Messenger of Allah. Unfortunately this Is not the way of Allah as it will cancel the fact that this world is a place for test.
0 notes
farhanbenazmi-blog · 9 years ago
Text
Pemimpin Dilantik Allah Bukan Manusia
Quran merekodkan bahawa para pemimpin itu dilantik oleh Allah, bukan manusia. Ada sesiapa dapat memberikan dalil manusia berhak melantik pemimpin? وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami.(AlAnbiya 21:73) وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa imam, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. (AsSajda 32:24)
0 notes
farhanbenazmi-blog · 9 years ago
Photo
Tumblr media
Hari ini, 1400 tahun yang lepas, rumah Al-Zahra SA dikepung, apabila Ali AS enggan memberikan baiah kepada khalifah yang merampas kuasa. Setelah masih lagi enggan keluar memberi baiah, akhirnya pintu rumah beliau dibakar dan ditendang, mengakibatkan patahnya rusuk Fatimah, serta menggugurkan kandungannya.
0 notes
farhanbenazmi-blog · 9 years ago
Photo
Tumblr media
Sabda agung, peringatan untuk kita semua agar sentiasa peka dan tidak leka
0 notes
farhanbenazmi-blog · 10 years ago
Photo
Tumblr media
Kebenarannya..
0 notes
farhanbenazmi-blog · 10 years ago
Photo
Tumblr media
Ketuanan Allah, hak perlantikan pemimpin adalah ditangan Allah
0 notes
farhanbenazmi-blog · 10 years ago
Photo
Tumblr media
Mari bersama bebaskan diri kita dari ketaksuban mazhab, dan lebih tebuka
0 notes
farhanbenazmi-blog · 10 years ago
Photo
Tumblr media
The Savior has arrived
0 notes