lailabaik2016
lailabaik2016
Baca Sini Habis Sini
130 posts
Don't wanna be here? Send us removal request.
lailabaik2016 1 day ago
Text
Sambung cerita pasal produk
Last entry hari tu aku ada tulis pasal aku ada consume satu produk untuk bantu kuruskan badan kan?
Guess what? after 10-15 packets (each packet contain 6 sachet) i'm finally stop it. Ada belen dalam 4 sachet lagi yang belum habis. Tak tau la nak buat apa lagi dengan balance yang ada tu.
The reason kenapa aku stop, bukan sebab aku dah achieve berat yang aku nak, tapi sebab aku macam dah ada tanda-tanda gerd pulak. T_________T
Yes, GERD.
Sakit yang rasa ada macam batu lekat dekat ruang antara saluran pernafasan dan esofagus. Rasa macam ada makanan terlekat. Dok tersangkut dekat situ tak jatuh-jatuh. Minum p lah air banyak mana pun dan its still there. Nak tido rasa tak selesa, nak makan rasa tak selesa, rasa itu tidak lah sakit, tapi dia sangat annoying dan tidak selesa. Get it? Almost 2 weeks jugak jadi macam tu sampai lah aku decide untuk pergi jumpa Doktor. Tak boleh tahan dah. Sebab 'the annoyingness" to getting worst waktu pagi. Aku kena keep minum air dalam kereta on the way nak mai kerja sebab kalau tidak 'benda' yang sangkut tu macam menekan-nekan dan mula rasa pedih hulu hati
Ntah la, kalau diimbas kembali perasaan waktu itu memang rasa macam badan aku nie dah tua sangat ke sampai macam-macam sakit tu sekali.
Kenapa aku kaitkan sakit tu dengan produk yang aku makan tu?
Sebab bila makan produk tu, aku punya jadual makan memang terganggun gila. Sebab produk tu stopkan rasa lapar. Tapi perut lapar, so bila kau sudden dapat input dari badan yang kau tengah lapar, masa tu mcam dah terlewat sebab angin gastrik dah mula naik kepala. Dia jadi sakit kepala and kau akan mula makan dengan banyak dan cepat.
Aku makan bukan makanan yang betul. Maksudnya makan sekadar apa yang ada. Sebab signal kata dah kenyang ke tak tu tak sampai ke otak. Sebab aku makan sebab aku tau kena makan. Bukan sebab lapar ke apa. Makan kudapan-kudapan tak ikut masa and so on.
Lepas dah makan ubat, simptom tu dah berkurang. Alhamdulillah. Dan 'benda' yang dok rasa terlekat tu dah hilang. Tido pun makin nyenyak dah. Rasa lega sangat. So ubat yang dapat tu belum habis, tapi aku dah stop makan sebab dah rasa improve.
Bila dah ok sikit, gatai pulak p makan lagi produk yang aku beli tu. Sebabkan sayang la kan dah beli tak guna. Aku kan jenis macam tu, tak boleh tengok benda membazir. Aku makan produk tu bukan hari-hari la. Kali nie aku makan selang sehari.
Ha, tekalah apa jadi?
'Benda' tu datang balik!!
So confirm sebab produk tu lah aku jadi GERD tu. Terus lah sambung balik makan ubat doktor bagi yang tak habis.
Alhamdulillah now feeling sooo much better. Tak der dah rasa pedih hulu hati, tak der rasa sakit nak bernafas.
Produk tu ada lagi 4 sachet. Nak makan balik, tapi TAKUT!. Haha. Nak buang rasa sayang pulak. Tak kan nak bagi orang? Sat g jadi penyakit apa pulak kan.
Haih... susahnya nak KURUS!
8 Ogos 2025 | Jumaat | 9.54am
0 notes
lailabaik2016 2 months ago
Text
Hi.. another session for rant ...
Dulu kalau tak masalah duit, aku ada masalah dengan berat badan.
Hahahah. Cringe gila bila tulis macam nie. Tapi tu lah nak kena cerita juga sebab nak keluarkan dari pekung dada dan kepala nie. Semak rasa banyak benda nak kena fikir.
Alhamdulillah sejak consume one of the food supliment, aku berjaya kurangkan sikit berat. Sebelum ini kan macam dok risau berat tak turun-turun and baju makin banyak yang dah tak muat.
Now perjalanan masih lagi jauh. Walaupun banyak baju yang dulu takut nak pakai sekarang dah boleh pakai.
Rupanya selama ini aku dok timbang guna scale dekat rumah tu bacaan dia tak betoi. Beza nak dekat 10kg kot. Bacaan dekat rumah 10kg lighter. Sebelum nie aku timbang and rasa the heaviest aku pernah capai adalah 72kg. Tapi rupanya berat sebenar adalah 82kg. KAU MAMPUUU?!!. Hahahha
So now guna scale yang dekat office jugak untuk confirmkan berat yang sebenar. Hari tu timbang dekat office 69.25kg. Scale dekat rumah 60kg. Gila beza banyak sungguh. Konon-konon nak boleh achieve angka 5 dekat depan by end of this year. Tapi kalau ikutkan scale dekat rumah memang nan hado laaah.
Jadinya, marilah kita terus istiqamah konsisten consume produk tu + jogking (jogging + walking) setiap hari.
12 June 2025 | 3.20pm
0 notes
lailabaik2016 3 months ago
Text
... buy or not to buy
Aku tengah cadang-cadang konon nak beli kereta baharu. Yang ada sekarang ini, ok je, masih boleh pakai. Cumanya terasa la nak merasa kereta baharu. At least beli something untuk diri sendiri. and senang juga kalau famili nak kena mana-mana. At least ada kereta yang elok sikit untuk jalan jauh.
Sebelum nie, dok bertangguh-tangguh sebab ada banyak hutang dan komitment lain yang membuatkan baki bulan-bulan aku jadi ngam-ngam je. dan kadang-kadang tak cukup jugak. Itu yang tak berani nak fikir pasal kereta baharu.
Alhamdulillah, tahun ini, gaji dah naik, komitment hutang, ada yang dah settle, cuma tinggal hutang yang potongan dalam slip gaji sahaja. Komitment luar tak der dah. Cuma bayar monthly bill yang biasa tu lah, api, air, line handphone, beli barang rumah and gitu-gitu lah.
Bila dah rasa ada lebihan sedikit ni, perasaan untuk beli kereta baharu kembali datang membuak-buak. Aku berani untuk komit bayaran bulanan kereta up to RM800 per month. Kalau lebih dari itu memang tak boleh la kan. Sat g banyak pulak benda lain yang sangkut.
Tapiiiii... ada lagi satu perkara yang membuatkan aku kembali teragak-agak nak lebih serius untuk tukar kereta adalah;
sekarang ini bila ada cashflow yang lebih, rasa macam best jugak sebab nak beli apa, nak makan apa rasa lebih senang. Tak perlu berkira-kira sangat. Bukanlah sampai rasa nak membazir ke apa, cumanya dah lama tak ada perasaan 'berduit' macam nie. Bila sampai next gaji, aku masih ada lebihan dari gaji sebelum ini. Alhamdulillah.
Cumanya takut bila dah komit dengan kereta, aku dah tak boleh nak rasa perasaan 'berduit' macam nie. Hahahah
kesian kann...
So buat masa ini, aku cuba untuk kumpul modal dulu untuk buat bayaran muka kereta. Insyaallah cuba tunggu sehingga Januari 2026 kenaikan gaji kali ke- 2 nanti tengok macam mana pulak.
Harapnya dapatlah panjang umur untuk merasa kereta baharu 馃
23 May 2025 | 3.17pm
0 notes
lailabaik2016 3 months ago
Text
Medsos
Setiap kali online medsos, rasa sesak sangat dada. Macam-macam hal yang berlaku. Walaupun benda tu jadi dihujung dunia, kejap je boleh sampai di screen kita.
Dengan hal-hal perangnya, kes kematian akibat lori la, kes rumah tangga, kes influencer, kes tiramisu la. MACAM-MACAM!
Jenuh tau nak filter semua benda-benda nie dari melintas dekat feed.
Ntah laaa. Kita nie on medsos nak happy-happy je. Maleh nak ambik tau. Cumanya hal di Pale*t*n* tu memang kena ambik tau jugak. One of our kiblat kan. At least jihad kecil yang sedang aku usahakan ini menjadi asbab timbangan kebaikan bertambah berat di akhirat kelak. Amin Ya Allah.
As someone yang ada la sedikit lebihan masa lapang, memang tak dapat elak la scrolling medsos between the time. Tapi tu la, bila setiap berita yang lalu boleh buatkan rasa sesak dada, sedih, meluat, benci.
Tambah sekarang dok tengok US dok kiss Saudi*s A**
Aku nie dah sampai tahap benci and meluat dengan nama-nama pemimpin yang ada kuasa but choose not to do something.
Tapi tak pa, depa lupa ada kuasa yang lebih besar dari kuasa depa.
Sebenarnya ada banyak benda nak rant. Dari stress sebab berat badan naik balik 3kg++, walaupun masih belum sampai 70++, tapi hangin gak laa.. susah tau nak turunkan even 1kg pun. Bila nak naik senang jaaa..
Memang dah expect akan naik sebab last period hari tu memang craving macam tak pernah jumpa makanan bertahun-tahun. Mujur period tu mai, kalau tak mai tak tau nak salahkan siapa. Hahahaha.
Now period pun dah habih, hopefully boleh recover balik berat nie sebelum next cycle mai pulak.
Walaupun period dah habih, tapi ntah la, mood swing tu masih tak hilang yaaa.. sat g ada la orang tu jugak yang akan jadi mangsa. Nasib lah noh.
15 May 2025 | 2.41pm
0 notes
lailabaik2016 4 months ago
Text
terima kasih kerana ada
hi.. i'm back. again. hahahaha. Begitulah kehidupan kan. Bila diperlukan baru lah di cari, bila tak perlu di lupakan sahaja.
Saja la nak tulis, sebab macam dah bosan pulak dengan kerja. Same old, same old. Kerja sekarang dalam mode yang very slowwww pace. There is no sense on urgency anymore. Sampaikan bila ada kerja, rasa takmau buat lagi, sebab risau kalau dah siap awal nanti dan buat kerja apa lagi. Sampai tara tu la.
Rindu kerja lama. Yes, rindu kerja ja. Tapi bukan environment lama. Kerja lama tu setiap hari akan belajar benda baharu. Setiap pelajar baharu yang datang tu membawa pelbagi cerita (dan juga masalah) yang pelbagai. So dari situ banyak benda boleh belajar and build the relationship with them jugak
At least dapat kenal manusia-manusia baharu dalam hidup memberikan warna.
Tapi sekadar kenal ja lah, bukannya suruh jadi rapat atau jadi kawan terus, sebab me is still being me. I dont like people. Tapi, in term of kerja yang lama tu, aku suka kerja tu walaupun hari-hari kena berurusan dengan orang. Let alone pelajar-pelajar baharu, kena deal dengan manusia dari department lain, bukan setakat kampus yang sama, tapi juga dari kampus yang. and to my suprised, i REALLY enjoyed it!
Kerja sekarang ini memang banyak, tapi bila mai satu tahap i can do it in the blink of eye (cewahhhh.. i think that i my flex) so bila kerja tu dah siap, nak buat apa lagi? Nak scroll medsos pun sampai dah bosan. Bayangkan. hahaha
So, everyday, every 9 working hours goes by soooo slowww and hambar. Tapi setiap hari tetap lah bangun and tak sabar nak mai kerja. This time sebab environment kerja sangat best. So mai tak buat kerja pun tak pa, janji dapat jumpa kengkawan
12.21pm | 11 April 2025 (Jumaat)
0 notes
lailabaik2016 8 months ago
Text
Hari Isnin
Banyak betul urusan hari Isnin ni. Pagi-pagi dah tercangak di bank untuk aktifkan semula acc bank. Hari tu dah kena freeze sebab lama sangat tak der any transaction, so kena aktifkan balik. Online banking semua kena reset balik. Haih.
Pukul 10 pagi settle urusan, pergi breakfast terus di Jawi Bean. Sebab dah dekat situ dan perut pun dah lapar. Sat g kalau di tunggu ke office ntah pukul berapa boleh makan, lepas tu dah masuk angin mula la nak bebai
Lepas tu dah jam pulak dekat jambatan yang tengah construction tak siap-siap bertahun-tahun tu dah. Diorang tahan kereta sebelah-sebelah bagi kereta lalu, jenuh sangkut situ plak.
Dah masuk office, dengan panas-panas tu semua buat kerja, dah kena keluar lunch pulak. Sebab dah janji banyak kali asyik tak jadi je dengan geng-geng office lama. Kali nie bagi jadi jugak la.
Alhamdulillah rezeki makan-makan kengkawan nak pencen belanja. Murah rezeki semuanya. Amin.
Sat g balik tengah fikir pulak nak jogging ke tak. Yelah sebab tadi dah masuk lewat, cadangnya nak lah balik lewat skit untuk cover balik, lepas tu nak kena singgah p beli makan untuk bapak berbuka lagi. Harapnya cuaca baik.
Minyak kereta macam nak kena isi pulak sat g tu.
Lepas tu nak kena cari atm bank lagi untuk semak duit dah masuk ke belum and aktifkan balik internet banking lagi sekali tengok jadi macam mana
Semoga hal ehwal urusan kehidupan dunia dipermudahkan dan semoga asbab menjadi bekalan di akhirat
16 Disember 2024 | 3:48pm
0 notes
lailabaik2016 11 months ago
Text
my safe space
Bila rasa macam nak bercerita atau menulis, dekat sini lah rasa lebih tenang, lebih lapang
Ntah la. Dalam banyak-banyak platform medsos sekarang nie, i love how low key tumblr is..
Tak crowded, tak semak, not much attention sangat, and people dekat sini lebih easy going. Just do our thing and leave. Tak risau kan followers, tak risaukan komen-komen yang ntah apa-apa..
Sebenarnya ada benda nak tulis and go on detail, tapi bila mengenangkan; if you put things on internet, i will be forever
So, takuttttt. hahahahahah
Stili, i don't trust the internet. Tak per lah, kali nie kita sembang-sembang ja.
Cuma rindu nak menulis. tu jeee.
Bye
18 Sept 2024 | 3.27pm
0 notes
lailabaik2016 1 year ago
Text
.. update on (my) world
yes, life is bit challenging. I thought when the time passed, everything will fall into places, but still it become more intense. Ntah la i don't bother to go on detail about that.
About last nite, received a call from one of my auntie, she need to borrow some money. RM200. Not quite some for me la.
Alhamdulillah i manage to lend her that amount, not because i have extra money, but because i know what it feel to put your ego as below as we can when we have to ask someone for money.
Dia suruh transfer je ke anak dia, tapi i refuse. Sebab dalam bank memang tak der duit dah pun. Hehehe. So i minta dia datang ambil cash di rumah.
Janjinya will pay back on Saturday. Let seeee. Hopefully. If not tak raya la jawabnya.
Masa dia call nak pinjam tu memang tak tau nak bagi alasan apa. Bila dah lama sikit baru fikir, rupanya macam-macam alasan boleh bagi. Hurmmm..
Tapi kan, mula la macam-macam pemikiran yang jahat yang menghasut. Rasa meluat, marah, geram yang negatif la semua.
Lepas dah istigfar baru la boleh bertenang dan fikir dengan lebih waras..
What if... dia memang betul-betul terdesak dan perlukan duit
What if... anak dia tak bagi duit dekat dia..
What if.. duit tu memang kena pakai malam tu jugak..
Ntah la.. what ever the reason, duit pun dah bagi dan berharap semoga betul-betul bayar RM200 + RM100 yang anak dia pun ada pinjam jugak sebelum nie.
Permudahkan lah urusan ku Ya Allah
12 Jun 2024 (Rabu) | 3.39pm
0 notes
lailabaik2016 1 year ago
Text
2K
Dapat duit bantuan dari kerajaan hari tu ingatkan boleh la buat macam-macammmm. Boleh beli macam-macammm... mostly plannya nak beli barang rumah la. Nak tukar langsir. Nak buat railing tingkap baru. Nak tambah railing untuk pintu bilik sekali. Nak tambah kipas angin syiling dekat meja makan. Nak beli frame lawa-lawa gantung dekat dinding bilik bapak tu. Nak beli karpet atau tikar baru yang tebal sikit nak letak depan tv tu. Macam-macam lah dah plannya.
Tapi itulah. Duit datang dan pergi sebegitu sahaja. Tukar tayar kereta dah 250, lepas tu hari tu pergi makan-makan semperna birthday bapak aku dah spend 200++ gak. Beli barang-barang rumah tadi dekat econsave dah 150++, lepas tu tetiba rasa macam tak tak der duit.
Kot boleh simpan 1K untuk guna masa rasa nanti. Nak beli barang-barang masak di hari raya, nak tukar duit raya untuk bebudak datang rumah.
Ntah la. Kalau harapkan duit gaji sahaja, memang dah ada peruntukan dia untuk benda-benda lain. Kalau nak spend untuk benda lain memang susah sikit la.
Memang la beli barang rumah tu ada dalam bajet bulanan, tapi sebab bulan puasa nie akan masak hari-hari, so penggunaan bawang, sos, kicap, minyak tu semua pun akan bertambah.
Semoga akan ada satu hari aku akan sempat la merasa hidup yang tenang tanpa memikirkan masalah dan hal-hal kewangan sangat. Sekadar cukup. Mudah-mudahan. Amin
08.03.2024 | 4.44pm
0 notes
lailabaik2016 2 years ago
Text
.... kereta oh kereta
I was torn between,
Pinjam duit dekat orang untuk cat kereta
or
Biar je kereta tu as it is.
For context, kereta kan excident hari tu. Alhamdulillah dah dapat balik. Almost 2 month dok dekat bengkel tu.
So sekarang kereta tu macam berbalam-balam la. Ada part yang merelit bersinar-sinar, ada part yang dah karat and cat bersopak.
Ramai la yang tegur, kenapa tak buat je terus cat satu kereta. Alang-alang dah buat kan. Tapi tu la aku memang tak dak bajettt. Hahaha
Kalau pinjam dekat orang, nanti ntah bila pulak boleh nak bayar nya. Tambahan sekarang nie pun jenuh gali lubang tutup lubang.
Ntah ler..
Semoga Allah S.W.T tunjukkan jalan. Amin
18 Jan 2024 | 4.05pm
0 notes
lailabaik2016 2 years ago
Text
... wfh
sapa sangka masih berpeluang untuk work form home.
Kali ini disebabkan notis tiada air oleh PBA. 3 hari.
So cadangnya nak masak la kot. Tak kan 3 hari nie asyik nak makan kedai ja kan..
Hurmm.. tengok lah nnti macam mana. Rajin ka dak
9 Jan 2024 | 10.15am
0 notes
lailabaik2016 2 years ago
Text
... Me and Period
Last week macam ada pendarahan sedikit. Ingatkan period. Tapi lepas zohor macam tu dah tak der.
Ceritalah dekat orang tu, kata ada pendarahan, ingatkan period.. bla.. bla.. bla..
Sekali orang tu balas;
"tak kan kot. sebab macam tak der buat perangai pun lagi 2-3 hari, tak der moody and craving yang bukan-bukan pun"
... aku macam.. ehhh dia nie. awat pulak dia lagi tau dari aku
HAHAHAHAHAHAHA
Kau bayangkan tak perasaan aku masa tu macam mana. Nak terharu ke, nak touching ke, nak sedih ker, gembira ke macam semua serba serbi la la tu jugak nak rasa
So, mungkin la kot false alarm je
19 Dis 2023 | 12.46pm
0 notes
lailabaik2016 2 years ago
Text
.. stop wasting my energy
on people that i hate.
i know, hate is such a strong word. But, there is no other word that i can you to describe my feeling to them
So, in the mean time, i just ignore them and will try to avoid them at all cost!
They a so not worth my attention.
Thank you
11 Disember 2023 | 2.37pm
0 notes
lailabaik2016 2 years ago
Text
Tumblr media
from the river to the sea
0 notes
lailabaik2016 2 years ago
Text
13 Hari
..after kemalangan hari tu
So far buat sementara ini pakai kereta abang ja dulu. Tiada air cond. Memang kena bertabah. Itu tak per lagi, cuma risau kalau hujan je.
Alhamdulillah, dalam tempoh ini, baru sekali ja hujan. Itu pun time nak balik kerja. Memang kena tunggu jerlah sekejap sampai reda baru boleh gerak.
Alhamdulillah, waktu pagi cuaca sangat baik.
Terima kasih Allah S.W.T
Di atas segala perancangan-MU, aku redha.
6 Dis 2023 | 2.02pm
0 notes
lailabaik2016 2 years ago
Text
K.E.M.A.L.A.N.G.A.N
Tak dak sapa pun minta jadi. Kalau la boleh nak elak, memang kita sebaik mungkin akan elak.
Kalau kita tidak melanggar orang, boleh jadi orang yang akan langgar kita.
Walau apa juga keadaannya, nak mengisahkan hal ehwal pasca kemalangan ini sangatlah melelahkan.
Pengalaman setiap orang tak sama. Proses nak report, mohon insuran semua tak sama. Bergantung kepada keadaan kemalangan, jenis insuran dan bengkel yang uruskan.
Memang lelah, mental dan fizikal. Nak kena call sana sini, sediakan dokumen, kena tunggu itu ini, macam-macam lah. Kalau lah itu je transport yang ada, lagi pening nak mengisahkannya.
Its a learning process. A very tiring one.
Be prepared. Ilmu baru. Banyak benda kena belajar. Try to control our temper. Benda boleh settle. Boleh minta pendapat orang, tapi jangan expect proses yang diorang lalui sama macam kita.
Semoga saya terus berSABAR dan redha.
BENDA DAH JADI
p/s - Kemalangan berlaku pada 23 Nov 2023
28 Nov 2023 | 4.43pm
0 notes
lailabaik2016 2 years ago
Text
... there is always a reason behind everything
Now i think i know why Allah S.W.T tak bagi my period secara tetap and stabil every month.
My 20 year old me definitely cannot handle it!!
Hahahaha
Alhamdulillah, at this age, period datang dengan lebih kerap. For this year, dah 5 kali period. Paling banyak kali datang setakat ini.
AT THIS AGE!
Yes, you read it right.
...and the best part is, aku dah boleh alert dengan all the period symptoms
I also amaze with myself. Rasa macam baru kenal my own body. After all this while
Dengan hormon changing yang bagi effect not only on the fizikal, but also on the emotion.
On emotion part, memang orang tu lah biasanya jadi mangsa. Kekadang aku sendiri akan declare sesiap 'saya tak buat hal lagi nie'
Hahahahah
Senang nak suruh dia get ready and pasang telinga je dengar aku membebel and merungut. Sikit-sikit nak merajuk, sikit-sikit nak gaduh, nak sentap. Semuanyalah
Interm of body pulak, rasa sengal-sengal dekat pinggang, sakit pada breast secara tetiba, muka jadi sembab. Itu belum food craving. O.MG!, last period i gain 2kg. Hari-hari balik kerja makan nasi.
Kopi setiap hari and nak makan kudapan yang manis-manis jaa
... and belum lagi bila mai period tu, setiap kali mai MESTI akan bocor. Bukan setakat tukar pad je, kena tukar dengan underwear sekali. Tidur pun kena beralaskan lapik hospital tu. Mujur masih ada balance masa bapa kerja hospital. Sebelum nie lapik kain biasa, berapa kali dah tembus sampai ke tilam. T_____T
Letih atau setiap kali period kena sentiasa dalam alert mode 'bocor tak, bocor tak'
That's why aku rasa the 20 year old me cannot handle it.
At this age, aku lebih bertenang and learned so much more.
That's why kena trust the process and TRUST ALLAH S.W.T plan
:)
24 okt 2023 | 3.43pm
0 notes