Text
the older i get the more i realize how unimportant it is to tell people my business
90K notes
·
View notes
Note
tak penat ke hidup weh aku penat doh
hidup memang palat, tapi esok masih ada, awan masih biru
0 notes
Text
0 notes
Text
0 notes
Text
PUISI - ISI HATI
Pagi berlalu pergi, aku terus berfikir tanpa henti, tentang kewujudan cahaya jawapan, yang bakal menjelma, menyinari kekaburan di hati.
Engkau tidak menentu, makin cepat ku mendekat, makin lama terasa jauh, penat lelah kembaraku, adalah untuk mencari isi hatimu.
Aku melihat gelagat kau, sentiasa ceria dan gembira, mendampingi orang-orang tersayang, sentiasa menggila, sentiasa ketawa, sentiasa bergurau senda.
Tidak pernah terpaku kaki di landasan, membelek buku lekas fajar menjelma, membimbing fulan, menentu kerja, tidak henti memenuhi amanah.
Aku juga menyedari, sifat kau yang tersirat, menyimpan pelbagai malang di jiwa, menduga tanpa henti, meluluh prasangka, mencipta rahasia, yang diam tak terkata.
Namun itu semua semulajadi buatmu, yang menjadikan kamu.., kamu, yang sentiasa berada di dalam mindaku, yang menjadi punca renjana yang menggelora.
Aku memegang harapan dalam genggaman, dimana kita melakar hidup dan pedoman, namun kini cukup lah kita kekal berkawan, sesungguhnya Allah itu pengatur jalanan.
1 note
·
View note