#thedaiegraphy
Explore tagged Tumblr posts
abuhanifah · 5 years ago
Photo
Tumblr media
6 October 2020, . Setiap apa yang berlaku dalam hidup, pasti ada ibrah atau pelajaran yang berharga, . Masa silam memang memberikan kita kekuatan dan pengalaman untuk lebih bijak pada hari ini, . Maka Bersyukurlah. . — "Dari Lensa Abu Hanifah", Mohon doakan ya. . #abuhanifah #alhamdulillah #dakwahituseni #harinidahingatmati #muhasabah #muhasabahdiri #muhasabahbersama #DLAH #darilensaabuhanifah #thedaiegraphy (at Turkey) https://www.instagram.com/p/CGAVsKZsgG3/?igshid=cq4lr9bzxg8e
7 notes · View notes
arnamee · 8 years ago
Text
Walaupun mungkin ilmu agama kita banyak, jangan pernah rasa diri kita alim. Syaitan tak pernah putus asa untuk mencari ahli fan clubnya (menyesatkan kita).
39 notes · View notes
maizadmalik · 8 years ago
Photo
Tumblr media
@Regrann from @cahaya_islam - HASAD DENGKI: GEMBIRA MELIHAT KEJATUHAN ORANG LAIN Menurut Imam al-Mutawalli al-Sya'rawi, hasad itu adalah "mengharapkan hilangnya nikmat daripada orang yang didengki melalui ucapan atau perbuatan." Jika seseorang melihat orang lain mendapat nikmat, lalu timbul harapan dalam hatinya agar nikmat itu hilang, maka dia telah dihinggapi penyakit hasad. Rasulullah ﷺ bersabda: "Jauhkanlah hasad dengki kerana ia akan memakan kebaikan sepertimana api memakan kayu bakar." (HR Abu Daud) Orang yang hasad sentiasa hidup dalam keadaan stress kerana hati dan mindanya sentiasa resah bila melihat orang lain bahagia dan mendapat nikmat lebih daripadanya. Kemudian dia juga sibuk mencari-cari kesilapan, mengumpat, menabur fitnah dan sanggup melakukan apa saja untuk menjatuhkan orang yang dicemburuinya. Sudah tentu hidupnya penuh kebencian, kekecewaan, kegalauan dan kemurungan. Apa yang pasti orang yang hatinya penuh hasad dengki tidak akan merasa bahagia dan tenang. Di dunia dia derita, di akhirat dia sengsara. Jauhilah hasad dengki kerana ia hanya merosakkan diri. Doa daripada al-Quran ini bisa menjadi penawar penyakit hasad: "Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman sebelum kami. Dan janganlah Engkau wujudkan perasaan hasad dengki dalam hati kami terhadap orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Hasyr 59:10) #cahayaislam #reminder #muhasabah #ramadhan #tazkirah #dakwahsunnah #thedaiegraphy #igersmy #quran (at Rapat Setia, Ipoh.)
1 note · View note
moharyz · 8 years ago
Photo
Tumblr media
Lihatlah kemesraan Sawahku bersama hidupku Lihatlah kemesraan Padiku bersama hatiku Dicelah lumpur yang ku langkah Bersama peluh yang mengalir Ku lerai padi untuk kita Kiranya pedih hati riang - Riwayat petani / Fauziah Ahmad Daud . #igersmalaya #justgoshoot #lokallense #malaysia #my_ig_lah #my_genggua #ikutcarakita #photography #igfeedsmenarik_ #vscocam #vscocam_my #igphotooftheday #art #artofvisuals #canon_photos #streetdreamsmag #peoplecreatives #thecreatorclass #airasia #igersmy #anakmudajohor #tgif #amj_salamjumaat #paddyfield #bendang #sawahpadi #salamjumaat_igfm #thedaiegraphy (at Ayer Molek, Melaka, Malaysia)
1 note · View note
szulaikhaahs · 7 years ago
Photo
Tumblr media
Taufiq dan hidayah. Allah kurniakan pada insan yang terpilih. Maka beruntunglah bagi mereka yang terpilih. . Ramai dalam kalangan kita Allah kurniakan hidayah (petunjuk) tetapi tidak pada taufiq (jalan) menuju keredhaan Allah. . Sesuatu maksud yang tersirat di dalam "petunjuk" dan "jalan". . Allah ciptakan petunjuk, kefahaman, kemudahan untuk melaksanakan perintah dan ketaatan kepada Allah. . Bilamana orang mencintai hamba-hambaNya, maka Allah akan kurniakan taufiq dan hidayah, Allah permudahkan untuk kita melakukan ketaatan. . Daripada Mu'awiyah (RA): Saya pernah mendengar nabi bersabda: "Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama." [Bukhari dan Muslim] . Maka berdoalah pada Allah moga kurniakan taufiq dan hidayah dalam menuju ketaatan dan keredhaan dariNya. . Moga dengan pertukaran kalendar masihi, kita tidak terus lalai dalam melakukan ketaatan pada Allah. Umur bertambah maka amalan juga bertambah hendaknya. InsyaAllah. . Tausiyah tahun baru daripada Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari. Selamat datang 2018. #vsco #vscocam #ig_malaysia #ikutcarakita #photography #photoshoot #nightview #shahalam #thedaie #thetarbiyyah #thedaiegraphy #mobilegraphy #mosque #mssaas #2018 (at Masjid Sultan Abd Aziz Shah,Shah Alam)
0 notes
mujahidahaddin · 8 years ago
Video
Mintalah kepada Dia, nescaya Dia perkenankan. Mengapa perlu ragu ? Sedang Nabi juga yakin menadah tangan tika meminta Tuhan beri hidayah kepada salah seorang Umar . . Dan, Dia perkenankan! Umar Al-Khattab . . Ustaz Dusuki pernah sebut dlm ceramahnya,"2 benda paling power dlm dunia tetapi org selalu pandang sebelah mata, selalu tak heran lagi tak peduli, iaitu sedekah dan doa" . . Oh. Menyedihkan. Benda paling simple dlm dunia. Doa. Hanya menutur apa yg diminta. Peluang bercakap dengan Tuhan yg mencipta manusia. Meluah rasa mengungkap kata hati di hadapan satu-satunya Tuhan yg Esa yg menjadi tempat sekalian makhluk hatta semulia-mulia Nabi utk meminta . . Tp, kita masih ego. Masih bongkak. Masih malas. Masih tak mahu. . . Entah manusia serupa apakah kita ini ? . . Rasa sudah cukup semua ? Tidak mungkin! Mustahil. Sbb hari-hari kita merintih dan merungut masih tidak cukup yg ini, masih tidak dpt yg itu . . Berasa berdosa dgn Tuhan lantas segan nk meminta apa-apa melalui doa ? Duhai! Jgn begitu. Tuhan tempat kita meminta. Jika tidak pd Dia, pd siapa lagi yg mampu memberi apa-apa yg kita perlukan ? . . Tiada! Maka, tidak mesti tidak, hanya kepadanya kita kembali, tempat utk merujuk, merayu dan meminta. Biarlah dosa setinggi awan, biarlah noda yg terpalit pd diri itu lagi luas dari alam galaksi bima sakti. Biar! Biar! . . Bukankah Tuhan sudah menjanjikan keampunan kepada sesiapa sahaja yg bertaubat ? Asal sahaja dosanya bukan mensyirikkan Tuhan dgn sesuatu yg lain . . Mintalah kepada Allah. Dia sahaja yg tahu segalanya 😊 #DnT #DaieForUmmah #PrayForUmmah #LensaDaie #LensaIbrah #TheDaiegraphy #TheTarbiyyah #Islamic #Deen
0 notes
kopinikotin · 8 years ago
Quote
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan : * Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari. Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab : “Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan. Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan. Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia
sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.” Semoga Allah memelihara kita dalam mencari KeredhaanNya. Wallahhu Ta’ala a’lam
كتاب بلوغ المرام في الحديث والاحكام
0 notes
abuhanifah · 5 years ago
Photo
Tumblr media
16 December 2020, . Program esok lusa tak lama dah. . Dari hari isnin haritu, . Kepala aku dah susun untuk program ni. . Excited dia, rindu nak jumpa adik adik. . Kerana Amanah yang lebih utama, aku tidak dapat ulang alik seperti teman teman yang lain. . InshaAllah berkesempatan lagi, . Dana masih diperlukan. . Kalian yang ikhlas ingin terus menyumbang, dialu-alukan. . Ayuh bang jago, sama sama kita. . Dalam #kisahqita ada slot motivasi dan rohani turut ada tahlil dan bacaan yassin - 7016095405-Faiz Qayyuum (cimb) [email protected] 01137177568 Reffrence - #kisahqita . #kisahqita #masihadacinta #hikaririders #fitrahqaseh #muhasabah #muhasabahdiri #muhasabahbersama #thedaiegraphy #abuhanifah (at Larkin, Johor, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CI2mWG4MzES/?igshid=1w0g71f5e1ual
2 notes · View notes
mynameisaiezarisha · 10 years ago
Photo
Tumblr media
Bukan mudah sebenarnya bilamana diri sendiri diuji dengan apa yang dikatakan. Kita boleh minta orang bersabar bila lihat mereka bersedih atau ditimpa satu-satu ujian tapi bilamana situasi sendiri yang alami akhirnya jatuh tersungkur bila ditimpa ujian atau kesedihan, Kita boleh minta orang lain menjaga batas dan pergaulan bila berlainan jantina namun bila dalam situasi sendiri kadang hanyut alpa entah kemana, Kita boleh minta orang lain bermuhasah diri bila mana berlaku satu-satu hal dan mengajak bersama berlapang dada memikirkan kejadian sekeliling kita,namun sejauh mana diri sendiri menilai dan mengambil iktibar akan sesuatu kejadian itu berlaku dan dijadikan, makanya, sejauh mana diri benar-benar tunaikan apa yang telah diperkatakan dan sejauh mana diri jujur dengan apa yang telah disampaikan? tunduk, malu. . AS 16Aug15 #duatsastera #thepuisidaie #usrahsantai #thedaiegraphy
63 notes · View notes
nasuhanorzie · 10 years ago
Photo
Tumblr media
Demi masa Ia cukup singkat untuk kita kira Waktu yang ada seolah pantas ditelan zaman Masih tidak sedar ? Masih mahu alpa ? Ditoleh kiri kanan Masih sibuk dengan dunia Yang sememangnya kita tahu ia tidak bawa apa makna Cuma secebis rasa bahagia Yang tak kekal lama Dilihat atas bawah Malam berganti siang Hujan bertukar panas Namun masih khusyuk dengan dunia Cuma secubit rasa seronok Yang diberi pinjam semata Masih tidak bangkit ? Sampai bila mahu ditakuk yang sama Umur bukan muda Tapi makin tua Bawa bawa lah sedar diri Kerap kerapkan sujud pada ilahi Kerana kita tak tahu bila kita mati Mungkin sekarang atau esok hari Rahsia besar Yang Hakiki Namun manusia langsung tak peduli Tunggu apa lagi Ayuh angkat kaki Seiringkan dunia dengan akhirat 110915 #puisidaie #thedaiegraphy
20 notes · View notes
maizadmalik · 7 years ago
Photo
Tumblr media
PUASA 9 ZULHIJJAH: KEAMPUNAN DOSA UNTUK 2 TAHUN Jangan lupa puasa hari Arafah hari Selasa ni, 9 Zulhijjah 1439 bersamaan 21 Ogos 2018. Set siap2 hari tu untuk puasa, ajak family dan kawan2. Boleh la plan awal2 untuk bangun sahur nanti. . Walaupun hari wukuf di Arafah bagi jemaah haji adalah pada esok 20 Ogos 2018 iaitu berbeza dengan tarikh di Malaysia & Indonesia, namun puasa Arafah adalah mengikut ketetapan tarikh oleh pemerintah. Namun digalakkan juga puasa esok & lusa iaitu pada 8 dan 9 Zulhijjah supaya keluar daripada khilaf. Akan tetapi jika mahu puasa 1 hari sahaja, maka puasalah 9 Zulhijjah mengikut negara kita Jangankan lepaskan ganjaran hebat yang disediakan. Semoga puasa kita diterima insyaAllah. . Hari Arafah juga hari mustajab doa, apatah lagi kalau berpuasa. Inilah masa terbaik untuk banyakkan doa. Siapkan list doa untuk hari yang dirahmati Allah ini ya. . Share & tag your family and friends. . . #cahayaislam #hariarafah #hadisnabi #puasa #hidupkansunnah #jomdakwah #tazkirah #bangkitbersama #thedaiegraphy #igersmy #tausiyah #zulhijjah #eiduladha #aidiladha #hijrah #haji2018 - #regrann Regrann from @cahaya_islam
0 notes
moharyz · 6 years ago
Photo
Tumblr media
Alhamdulilah Sebab sesuatu menjadi teramat berharga setelah kita benar-benar kehilangannya. Mungkin selama ini kita tak benar-benar menjaganya setulus hati, kita abai dengan kebaikannya, seringkali kita membiarkan kehadirannya berlalu begitu saja. Sampai pada akhirnya, yang tersisa hanyalah penyesalan dan kehilangan. Bahkan tak ada keberanian untuk menyapanya. Maka mulai saat ini, genggamlah erat apa apa yang telah dititipkan untukmu, jagalah baik-baik, setulus hatimu, seutuhnya kebaikanmu! Langitkanlah doa doa terbaik untuknya. Buatlah ia tetap ada dan berharga disisimu, selalu. . . . #igersmalaya #justgoshoot #lokallense #1malaysia #malaysia #my_ig_lah #my_genggua #ikutcarakita #photography #igfeedsmenarik_ #vscocam #vscocam_my #igphotooftheday #art #artofvisuals #canon_photos #streetdreamsmag #peoplecreatives #thecreatorclass #architecture #bluesky #mosquearchitecture #igersmy #anakmudajohor #tgif #glimpseofmalaysia #amj_salamjumaat #salamjumaat_igfm #thedaiegraphy https://www.instagram.com/p/BswwpoVAkpa/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=i50shkske2p1
0 notes
szulaikhaahs · 8 years ago
Photo
Tumblr media
[MANFAATKAN UMUR] Umur merupakan modal kepada kita dalam perjalanan hidup menuju kepada destinasi yang tak seorang pun akan terlepas daripada destinasi tersebut iaitu hari perjumpaan dengan Allah الله سبحانه و تعالى . Maka amat bertuah kepada mereka yang pada hari itu berbekalkan amal yang soleh dengan manfaatkan umur yang Allah berikan kepada kita dan sebaik-baik amal yand dilakukan oleh seseorang di atas muka bumi ini adalah bilamana banyak memperkaya dengan ilmu yang bermanfaat dan juga berazam untuk mengamalkan dengan ilmu tersebut. Maka Allah الله سبحانه و تعالى akan mengangkat darjat orang-orang yang berilmu dengan darjat yang begitu tinggi. #darmedia #lightroom #vsco #vscocam #ig_malaysia #ikutcarakita #photography #photoshoot #thedaie #thetarbiyyah #thedaiegraphy #mobilegraphy #mosque #skyblue (at Sultan Salahuddin Abdul Aziz Mosque)
0 notes
mujahidahaddin · 8 years ago
Photo
Tumblr media
Naam Usaha setinggi mana pun. Kalau tanpa izin Allah, semuanya takkan terjadi Kun fayakun #DnT #DaieForUmmah #PrayForUmmah #LensaDaie #TheDaiegraphy #TheTarbiyyah #Islamic #Deen (at Unikl Business School Gurney Campus)
0 notes
abuhanifah · 5 years ago
Photo
Tumblr media
Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. . Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesama manusia. . Siapa yang suka menanam "Pohon" kebaikan, Maka ia akan menuai buah kebaikan itu. . Setiap kali engkau menyuntik kebaikan kebahagiaan dan kesenangan di dalam hati orang lain, . Engkau akan mendapati kebahagian dan kesenangan di dalam hatimu. . Kebahagiaan dan kesenangan tidak akan mampu diberi dengan harta, Malah ia dibeli dengan usaha-usaha kebaikan dan ketaatan. . Engkau bahagiakanlah orang-orang lain, Nescaya engkau akan menjadi manusia yang paling bahagia. . Hidup kita sebenarnya tak lama. . Sebab itu Islam ajar kita hargai seolah kita akan kehilangannya. . Hargai keluarga seolah kita akan berpisah. . Hargai usia seolah ini hari terakhir. . Ingatlah tentang sementaranya kita. Firman Allah SWT : أَوْ تَقُولَ حِينَ تَرَى الْعَذَابَ لَوْ أَنَّ لِي كَرَّةً فَأَكُونَ مِنَ الْمُحْسِنِين [Surat Az-Zumar 58] . ‎Terjemahan :"Atau berkata semasa ia melihat azab: Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!" . "HARGAILAH HIDUP DI DUNIA INI HANYA SEKALI DAN JANGAN DISIA SIAKAN TANPA MENGERJAKAN KEBAIKAN" . #alhamdulillah #dakwahituseni #harinidahingatmati #abuhanifah ##muhasabah #muhasabahdiri #thedaiegraphy (at Syria) https://www.instagram.com/p/B75e1t4FrG8/?igshid=14jmwksyw2z7o
24 notes · View notes
mynameisaiezarisha · 10 years ago
Photo
Tumblr media
Buat Kamu Sahabat. . memang kadang kita saling berahsia dalam satu-satu cerita, tapi itu takkan sekali membuatkan kita jauh antara satu sama lain, kamu ada aku dan aku ada kamu, kita saling menyokong antara satu sama lain, meski kadang terasa dan berkecil hati, tapi bagi aku itu yang membuatkan kita saling mengerti satu sama lain bukan? hidup memang takkkan sepi tanpa ujian, kita sama-sama menyelesaikan masalah meski sulit apa pun ia dari mula, kau tahu cara aku dan aku kenal cara kamu, jika ada selisih antara kita, tanpa segan silu bertanya kenapa dan mengapa, kamu ya kamu, sahabat dunia akhirat aku, meski aku tak selalu ada untuk kamu, tapi kamu selalu aku ambil tahu, kamu dan aku tak pernah jauh, kerana bagi aku jarak itu cuma menjarakkan kita, tapi doa itu selalu menyatukan kamu dan aku, terima kasih SAHABAT. . AS 09Aug15 #duatsastera #thepuisidaie #usrahsantai #thedaiegraphy (at Tag Sahabat Yang Korang Sayang)
42 notes · View notes