wyusof
wyusof
Cerita Mr.X
82 posts
Wan Yusof Wan Jeffery | Thoughts, Ideas, Lessons...
Don't wanna be here? Send us removal request.
wyusof · 8 years ago
Text
Sambungan semalam. .
Sambungan semalam. . Fat-head dan Long-tail. . Fat-head keywords memiliki 30% daripada carian yang dibuat. Long-tail keywords memiliki 70% daripada carian yang dibuat. . Kata kunci fat-head biasanya sudah dipegang oleh jenama-jenama tersohor. Kedudukan mereka sukar diganggu gugat. Justeru pemain baru digalakkan jangan dekat. . Kata kunci long-head pula biasanya banyak ruang. Cuma perlu buat tapisan. Pilih kata kunci long-head yang ada carian. . https://goo.gl/qo1Cyg #seoversiti
0 notes
wyusof · 8 years ago
Text
Pengguna Google sangat
Pengguna Google sangat suka mencari. Macam-macam carian dibuat. . Carian secara umumnya boleh dipecahkan kepada dua kategori: 1/ Fat-head keywords 2/ Long-tail keywords . Fat-head keywords adalah kata kunci pendek. Bersifat umum. Contohnya "restoran", "kereta", "iphone". . Long-tail keywords adalah kata kunci panjang. Bersifat spesifik. Contohnya "restoran paling sedap di Kota Bharu", "apakah trend seo 2018", "beli iphone X murah online". . Fat-head keywords memiliki 30% daripada carian yang dibuat. Long-tail keywords memiliki 70% daripada carian yang dibuat. . #seoversiti
0 notes
wyusof · 8 years ago
Text
OkCupid merupakan sebuah
OkCupid merupakan sebuah website mencari teman. Di awal pelancarannya website ini sudah dapat perhatian. Namun apabila ditaip "online dating", website ini tidak tersenarai. . Perebutan bagi kata kunci "online dating" terlalu mencabar. . "Apa yang OkCupid buat?" . Mereka cipta ruang blog. Mereka tulis konten padu. Setiap konten menjawab persoalan pelanggan mereka. . Hasilnya mereka mengungguli carian bagi kata kunci "online dating" . #seoversiti
0 notes
wyusof · 8 years ago
Text
Perniagaan lokal sama
Perniagaan lokal sama ada B2B atau B2C boleh mendapatkan prospek percuma dari Google. . Tulis artikel yang menyelesaikan masalah pelanggan. Sebarkan. . Nanti mereka akan datang. . #seoversiti
0 notes
wyusof · 8 years ago
Photo
Tumblr media
Menuju 2018. . Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan dan Cikpuan yang setia membaca #seoversiti . Semoga tahun mendatang ini membawa lebih kemakmuran dan keriangan. . #seoversiti
0 notes
wyusof · 8 years ago
Text
"Googlebot uses an
"Googlebot uses an algorithmic process: computer programs determine which sites to crawl, how often, and how many pages to fetch from each site" . Googlebot dikenali sebagai spider. Spider akan masuk setiap website. . Biarpun spider sudah teruji kecekapannya, namun masih ada halaman-halaman yang terlepas pandang. . Bagi mengelakkan perkara ini, gunakan sitemap. Sitemap seperti "waze" yang memandu spider. . "Bagaimana mahu buat sitemap?" . Artikel ini menerangkan langkah demi langkah.
0 notes
wyusof · 8 years ago
Text
Salah satu konten
Salah satu konten yang sering dicari oleh mereka yang mahu membeli adalah "review". . + review produk A vs B + perbandingan restoran A vs B + comparison between A and B . #seoversiti
0 notes
wyusof · 8 years ago
Text
Ada website kontennya
Ada website kontennya fokus kepada isu semasa. Konten viral. Website begini apabila kena isunya, trafik menggila. . Ada website kontennya fokus kepada isu sentiasa. Konten evergreen. Website begini sentiasa ada pelawat secara konsisten. . "Mana yang lebih bagus?" . Dua-dua bagus. Asalkan buat. Bukan cakap. . Hehe... #seoversiti
0 notes
wyusof · 8 years ago
Text
Secara mudahnya, mereka
Secara mudahnya, mereka yang mencari di Google boleh dibahagikan kepada tiga (3) kategori: . 1/ Carian informasi Mencari maklumat berkaitan sesuatu. . 2/ Mahu beli Mencari cara beli, diskaun dan apa-apa maklumat yang melibatkan pembelian. . 3/ Navigasi Mencari sesuatu secara spesifik di website tertentu. Boleh jadi cari informasi atau mahu beli. . #seoversiti
0 notes
wyusof · 8 years ago
Photo
Tumblr media
Lihat gambar. Ada website yang diberikan bonus oleh Google. . Website mereka ada ruang yang besar. . Ruang ini percuma. Namanya Sitelink. . Apabila diklik, pengguna akan terus dibawa ke halaman itu. . Sitelink boleh dipengaruhi menerusi Google Schema. Google Schema sedikit rumit. . "Jadi ada cara mudah?" . Ada. . Sebelum itu, fahami ini. Sitelink adalah hak milik Google. Maksudnya buat macam-macam mana pun, keputusan akhir ada pada Google. . Andai Google kata boleh = boleh. . "Macam mana nak buat Sitelink" . Saya kongsikan satu cara yang mudah. Cara ini sudah cuba. Terbukti menjadi. . Pertama, cipta menu yang konsisten. Elak ubah menu banyak kali. . Contoh menu: + Tentang Syarikat + Alamat Syarikat + Testimonial Produk . Kemudian, kongsikan link itu satu persatu di media sosial secara konsisten. (garis bawahi KONSISTEN). . Ketiga, galakkan pelawat website klik menu yang disediakan. . "Menjadi ke?" . Cuba dahulu. . Boleh boleh. #seoversiti
0 notes
wyusof · 8 years ago
Photo
Tumblr media
"Bagaimana meneka kata kunci yang berkesan?" . Kata kunci = apa yang orang cari . Satu teknik mudah. Taip saja di Google. . Lihat hasil carian yang ada perkataan "ad" di hadapannya. . Mereka semua ini membayar Google untuk berada di kedudukan itu. Mereka tak akan bayar Google andai kata kunci tidak menjadi. . Catat dan buat inovasi dari kata kunci itu. #seoversiti
0 notes
wyusof · 8 years ago
Text
Konten video mempunyai
Konten video mempunyai engagement yang tinggi. Facebook suka konten video kerana ianya meningkatkan masa pengguna berada di situ. . Sebagai contoh, Baca satu status update = 5 saat Tonton satu video pendek = 2 minit . Semakin lama berada di Facebook, semakin tinggi peluang untuk Facebook menunjukkan iklan kepada kita. . Boleh boleh?
0 notes
wyusof · 8 years ago
Text
Istilah Guestographic dicipta
Istilah Guestographic dicipta oleh Brian Dean. Ianya merujuk kepada infografik yang bernilai tinggi. . Infografik cantik + Informasi bernilai tinggi = cenderung dikongsi . Expedia menggunakan strategi ini bagi meningkatkan jumlah pengunjung ke website berganda-ganda.
0 notes
wyusof · 8 years ago
Text
Ini adalah kesilapan
Ini adalah kesilapan ramai pemilik website. Mereka upload gambar ke internet tanpa strategi yang betul. . Akibatnya, apabila orang cari gambar produk mereka, tak jumpa. Lebih malang lagi, jumpa produk pesaing. . Mahu tahu kenapa? . Ramai orang suka upload gambar yang bernama 20022.jpeg, IMG10001.png. . Nama-nama gambar ini tak ada makna. Google tak faham. . Tukar nama itu kepada deskripsi produk. . Contohnya penapis-air-coolway.jpeg, tudung-paridah.png.
0 notes
wyusof · 8 years ago
Text
"Tuan, ada tak
"Tuan, ada tak senarai semak SEO yang saya boleh rujuk?" "Ada. Ini dia"
0 notes
wyusof · 8 years ago
Text
Apakah perasaan Tuan
Apakah perasaan Tuan apabila masuk bilik yang bersepah-sepah? Tidak ada ruang bernafas. Penuh dan padat. . Rimas? Tidak selesa? . Perkara yang sama dialami oleh mata pembaca apabila kontennya padat, mampat dan berjela-jela. . Kesannya pada daya upaya mereka membaca. Tidak sanggup dan putus asa. Akhirnya keluar begitu saja. . Salah satu teknik mudah bagi mengelakkan perkara ini, "Teknik Single Line Spacing" . Selesai satu baris. (tekan enter) Kemudian sambung tulis. . Kemudian sambung lagi . Dan lagi. . Begini lebih mudah membaca. (Dalam artikel ini saya terangkan 8 cara mengekalkan minat pembaca di website)
0 notes
wyusof · 8 years ago
Text
Kebiasaannya pembaca di
Kebiasaannya pembaca di internet suka baca tajuk. Kemudian mereka skrol ke bawah. Andai mereka rasa berminat, baru mula membaca. . Perangai pembaca ini dapat dirakam menggunakan tools seperti Heatmap dan Crazyegg. (supaya mendapat maklumat secara objektif) . Poin penting di sini: Hierarki Konten . Susun konten ikut perangai pembaca. Atau desain konten supaya dapat mengawal pergerakan mata pembaca.
0 notes