24report-press
24report-press
Untitled
1 post
Don't wanna be here? Send us removal request.
24report-press · 2 years ago
Text
Peguam ‘Scammer’ Kington terlibat skandal Fountain View Dato’ Chin Chan Leong kini dalang cuba rampas Jetson Berhad
Tumblr media
telah mendedahkan sebelum ini mengenai Ketua Mafia Datuk Victor Chin Boon Long (Mo Gui) bersama orang-orang kanannya seperti Chong Loong Men, Leong Seng Wui, Ng Keok Chai, Teoh Hai Hin dan Lim Kok Han merampas syarikat senarai awam di negara ini.
Setakat ini belum ada tindakan khusus mengenai kumpulan Mafia Korporat Victor Chin ini. Mereka menangani siasatan polis, SPRM, Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia dan Pejabat Peguam Negara. Mereka punya wang untuk membayar rasuah pegawai.
PEGUAM ‘SCAMMER’ KINGTON TONG KUM LONG
Kali ini TCS akan mendedahkan seorang Ahli Perniagaan yang juga Peguam ‘Scammer’ menyertai beberapa Lembaga pengarah syarikat senarai awam dan melakukan cubaan untuk merampas syarikat. Kelibatnya tidak seperti Mafia Korporat yang menguasai penguatkuasa SPRM tetapi ‘acah-acah’ berkuasa merampas syarikat.
Peguam itu ialah Kington Tong Kum Long pemilik syarikat guaman Messrs Kington Tan Dzul beralamat di 1-1, Menara 1Mk, Kompleks 1 Mont Kiara, No. 1, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Dalam tempoh itu Dato’ Chin Chan Leong, Datin Yam Yuet Chew, Kington Tong Kum Long dan Lembaga pengarah banyak kali melakukan penipuan, kekeliruan dan manipulasi saham.
Banyak teguran dan penalti dikenakan kepada Lembaga pengarah FVDB. Pada tahun 2007 semua pengarah FVDB termasuk Kington Tong Kum Long dikenakan denda oleh Bursa Malaysia kerana pelanggaran kepada perkara 9.16 (a) dan 8.23 (1) dan beberapa perkara berkaitan keperluan penyenaraian Bursa Malaysia.
Kington Tong Kum Long BOD merangkap seorang Peguam turut bersubahat dengan Dato’ Chin Chan Leong bosnya membuat penipuan.
DATO’ CHIN CHAN LEONG MENGAKU BERSALAH MANIPULASI SAHAM
Susulan semua penipuan sejak 2003 itu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada februari 2010 mensabitkan kesalahan Dato’ Chin Chan Leong dan Hiew Yoke Lan (remisier) atas penglibatan mereka dalam manipulasi saham Fountain View Development Bhd.
Dato’ Chin pengasas Fountain View, mengaku bersalah atas kesalahan di bawah seksyen 84(1) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 kerana mencipta rupa mengelirukan perdagangan aktif saham Fountain View di Bursa Malaysia melalui sekurang-kurangnya 20 akaun CDS yang dimiliki secara berfaedah oleh tertuduh melalui syarikat yang dikawalnya.
Hasil daripada manipulasi itu, harga bagi setiap saham naik daripada RM1.99 kepada RM6.05 dalam tempoh dua bulan.
Turut mengaku bersalah Hiew Yoke Lan kerana bersubahat dengan Dato’ Chin dalam kesalahan di atas, dengan itu melakukan kesalahan di bawah seksyen 84(1) yang dibaca bersama seksyen 122C(c) Akta Perindustrian Sekuriti 1983. Hiew bertanggungjawab untuk melaksanakan dan menyampaikan pesanan untuk penjualan dan pembelian saham pada masa yang penting kepada pelbagai firma broker saham. Kesalahan-kesalahan itu dilakukan antara 18 November 2003 dan 20 Januari 2004.
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman denda RM1.3 juta kepada Dato’ Chin (penjara 13 bulan) serta penjara sehari di bawah seksyen 88B Akta yang sama manakala Hiew didenda RM1 juta (penjara 10 bulan jika gagal) .
Manipulasi, penipuan pasaran dan dagangan orang dalaman telah menjejaskan keyakinan pelabur dengan teruk dan mencemarkan reputasi pasaran modal Malaysia.
Beza Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Sekuriti dulu seperti Shanti Geoffrey berani membuat pendakwaan atas alasan mengembalikan integriti pasaran saham tempatan namun sekarang kesalahan Victor Chin dan budak-budaknya SC tidak pedulipun tetapi membiarkan peranannya diambil alih SPRM walaupun kesalahn SC itu jelas di depan mata.
Dato’ Chin Chan Leong bos Kington Tong Kum Long adalah seorang yang teruk kerana pada tahun 2017 sekali lagi anak syarikat Fountain View Development Bhd Mujur Zaman Sdn Bhd, dan LBCN Development Sdn Bhd terlibat dengan skandal penjualan tanah ijok seluas 2,198.4 ekar bagi Projek Bandar Alam Perdana yang gagal disiapkan. Dato’ Chin Chan Leong sekali lagi ditahan reman SPRM kerana terdapat unsur rasuah dalam penjualan tanah.
CUBAAN TIPU KUMPULAN JETSON BERHAD
Perangai Dato’ Chin Chan Leong dan Kington Tong Kum Long ini sama. Hari ini Kington Tong Kum Long sebagai peguam pula cuba menipu syarikat senarai awam seperti Kumpulan Asastera Berhad dan Kumpulan Jetson Berhad.
Sekarang terdapat desas-desus Kington Tong Kum Long cuba merampas syarikat Kumpulan Jetson Berhad yang dia sebagai Pengarah Bukan Eksekutif. Beliau cuba menipu perjanjian jual beli saham, salah gunakuasa dan mengada-adakan tuduhan salahguna kuasa kepada pemilik syarikat wal hal beliau sebagai peguam yang melakukannya.
1 note · View note