Tumgik
abulxsalleh-blog · 7 years
Quote
Karena tidak semua hal perlu dijelaskan, setiap orang berhak memiliki prasangka mereka sendiri.
(via duaapuluhtiga)
60 notes · View notes
abulxsalleh-blog · 7 years
Photo
Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media
These images don’t belong to me, but I wish the rooms did.
“The only thing that you absolutely have to know is the location of the library.”
-Albert Einstein
11K notes · View notes
abulxsalleh-blog · 7 years
Photo
Tumblr media
JOIN THE INTROVERT NATION MOVEMENT
943 notes · View notes
abulxsalleh-blog · 7 years
Text
Paling menyenangkan adalah berbicara, terutama saat tak ada seorang pun di sana untuk mendengar.
72 notes · View notes
abulxsalleh-blog · 7 years
Text
Pesanan Tuhan
Buurrrrr…
“Der, kenapa kau tembak tengah? Cuba kau tembak tepi. Senyap sikit.” ujar Abas kepada penghuni di tandas sebelah.
Abas melucutkan seluar lalu digantung pada penyangkut yang terdapat di pintu. Abas menanggal selipar. Dek kebiasaan Abas berhati-hati duduk mencangkung di atas mangkuk. Rasanya lebih selesa berbanding duduk gaya biasa.
Papan nipis selaku dinding pemisah di antara dua tandas memudahkan telinganya menangkap bunyi dari tandas sebelah. Bunyi air yang dipancut tepat ke dalam mangkuk tandas.
“Aku suka tengok buih.” balas Rian di sebelah.
Perlahan Rian ketik alat sulitnya. Pastikan tiada titisan terakhir yang tinggal. Seluar yang terlondeh separuh, ditarik-pakai semula. Asetnya dibiar lepas. Tergantung seperti nangka tanpa balutan kertas. Bebas.
“Nak pergi dah?”
“Kenapa?”
“Lepaklah dulu. Kita cerita-cerita.” Rian hairan.
Rian tutup mangkuk tandas sebelum mengoyak sedikit gulungan tisu untuk mengelap percikan air yang terdapat di penutup mangkuk tandas. Usai kering, Rian duduk bersahaja sambil menunggu orang sebelah bertanya. Terasa canggung duduk di tandas tanpa sebatang rokok, tanpa apa-apa.
“Kau nak cerita apa?”
“Kenapa kau boleh masuk tempat ni?” Rian sepi seketika. Tatu kecil berupa angka di pangkal lengan digosoknya perlahan. Rian merapatkan lengan ke mata. Matanya mengecil melihat angka 23 di lengan.
“Aku tidur waktu asar. Kau?”
“Aku cabut nyawa orang.”
“Berapa orang?”
“Tiga. Mungkin lebih. Tapi hanya satu yang betul-betul mati di tangan aku.”
“Macam mana?”
“Aku tanam. Janin.”
“Kaki perempuan ke?”
“Dulu.”
PLUP.
Seketul tahi jatuh ke dalam mangkuk tandas. Abas puas setelah meneran panjang. Pili air dibuka. Abas bilas apa yang sepatutnya. Abas sarungkan semula seluar diikuti selipar. Tali pam ditarik. Air deras memusing di dalam mangkuk. Gumpalan tahi tidak lagi kelihatan setelah air beransur surut.
“Kau apa kes tidur waktu asar?”
“Aku cuma makbulkan kata-kata mak aku.”
“Kau pernah main perempuan?” Rian diam. “Kalau kau nak main perempuan, jangan main dengan perempuan mengandung.” sambung Abas lagi.
“Kenapa?”
“Nanti melekat.”
“Melekat kenapa?”
“Nanti bayi kat dalam perut tarik kemaluan kau sampai tak boleh keluar. Hahahahah!” Abas melompat-lompat. Riang. Pintu tandas dibuka laju. Abas keluar berlari-lari mengelilingi manusia-manusia lain. Manusia yang turut berpakaian hijau sepertinya. Seperti mereka berdua.
Rian keluar dari tandas. Wajahnya sugul. Rian tatap kesemua wajah di dalam bilik yang penuh permainan. Tiap wajah punya garis cerita yang sama—tanpa harapan. Rian menarik malas sebuah kerusi ke satu sudut tingkap. Keriut kerusi tenggelam dalam keriuhan.
Hujung bajunya digentel hinggakan hijau bertukar hitam dek daki. Sambil memandang ke luar jendela Rian bersuara sendiri.
“Aku cuma makbulkan kata-kata mak aku. Tidur waktu asar boleh gila. Katanya, itu pesanan Tuhan.”
1 note · View note
abulxsalleh-blog · 7 years
Text
Telefon Bimbit Dan Secawan Kopi Di Hari Isnin
Ibu sering berpesan pada kami sekeluarga ketika kesemuanya duduk semeja menikmati makan malam. Katanya, jika salah seorang di antara kami mula menunjukkan kelakuan aneh maka sudah seharusnya kami tahu apa yang patut dilakukan seterusnya.
“Apa yang harus kami lakukan?” soalku tatkala yang lain menjamah makanan seperti tiada apa-apa.
Tiada persoalan di wajah mereka. Mungkin hanya aku yang terlalu penasaran dengan pesan-pesan sedemikian, hari demi hari tanpa tahu apa sebabnya.
Ibu memandangku. Pandngannya redup bak pohon merimbun. Pandangan itulah yang selalu membuatku merasa terlindungi. Ibu mengangguk kecil sambil mendapatkan telapak tanganku di bawah meja. Sejuk.
Genggamannya tidaklah seerat mana tapi itu sudah memadai untukku merasakan kasih ibu. Semacam ada syurga-syurga kecil di telapak tangannya—menenangkan lantas mengelukan aku untuk tidak terus mengaju soal.
“Adik akan tahu nanti. Adik akan tahu…”
Pada malam itu, pandangan ayah terhadapku lebih tajam daripada malam-malam sebelumnya. Kerana itu aku percaya wujudnya neraka. Neraka itu sendiri telah terlihat di kedua anak mata ayahku.
***
Along! Adik dah hilang ni. Angah tak tahu dekat mana lagi nak cari dia.” Cemas suara Angah di talian.
“Macam mana boleh hilang?! Teruk kita kalau ayah dapat tahu ni. Sebelum keluar rumah, adik buat benda sama lagi ke?”
“Yela, Along. Cuma kali ni telefon Angah yang jadi mangsa. Habis direndamnya dalam kopi!” Matanya memandang telefon bimbit yang telah ditelanjangi di atas meja. Berharap deru angin dari kipas siling mampu mengering dan menghidup semula. Mujur juga ada telefon rumah untuk menghubungi Along di tempat kerja.
“Mampus kita macam ni. Along balik sekarang. Angah cuba cari lagi di kawasan rumah.”
Syurga itu sinonimnya ada di telapak kaki ibu. Namun untuk saat ini, tiada syurga yang mampu mereda cemas di dada dua beradik itu. Kehilangan jejak adik mereka bagaikan kiamat kecil yang bakal mengundang kiamat besar yakni ayah mereka.
Bergegas dua beradik itu mencari sambil berharap Tuhan memberikan keajaiban untuk mereka bertemu di mana-mana celah kotaraya atau bakal dilaknat oleh ayah mereka jika berita itu sampai ke pengetahuannya.
***
Sekeping biskut yang dicicah dengan kopi panas adalah salah satu menu sarapan yang melengkapkan pagi setiap orang termasuk aku. Bertambah nikmat bilamana biskut dibiar kembang di dalam secawan kopi hangat.
Ia mengembang bagai kulit melepuh disimbah pancuran panas. Seperti melihat kepedihan di dalam secawan kopi, seketika aku jadi jijik sendiri. Kurasakan ada kepedihan diam-diam di lubuk hati. Yang sering datang dan pergi, yang hinggi kini aku belum pasti. Kerana apa kepedihan itu ada?
Isnin adalah hari yang aku tunggu-tunggu setiap minggu. Hanya pada hari Isnin, aku dapat mencuri pandang pada seorang wanita dari tempat duduk paling belakang di dalam bas. Wajahnya punya aura yang mendamaikan. Bibir kecilnya tidak pernah lekang dengan senyuman walaupun sedang berasak-asak dihimpit penumpang lain.
Kerap aku membayangkan rambut lurusnya yang diikat melepasi bahu itu dilepaskan ikatannya. Tanpa perlu menggoncangkan kepala, rambutnya menggerbas-gerbus dipukul angin. Indah, bagai bidadari yang terlepas dari syurga.
Kadang-kadang aku keliru, kenapa terlalu banyak keindahan yang dicipta pada sang hawa? Atau hanya aku yang terlalu melebih-lebih mengangkat darjat kaum mereka?
Tiap kali tibanya hari Isnin, masaku hanya dihabiskan di dalam bas untuk melihat wanita itu pergi dan balik dari kota. Tetapi tidak pada hari itu. Sudah berbulan lamanya aku mencuri pandang menahan getar perasaan. Hari itu aku memberanikan diri untuk mengekorinya pulang ke rumah.
Saat dia membuka pintu rumah, segera aku mendakapnya dari belakang lalu menolaknya ke dalam. Pintu rumah aku kunci kembali. Tidak semena-mena tiada lagi senyuman di bibirnya. Aku mengangkat kedua tangan bagaikan menyerah agar dia tahu niatku bukanlah untuk mengapa-apakan. Namun tidak berhasil.
Wajahnya tidak keruan. Kadang-kadang terlihat tegas. Kadang-kadang bagai ketakutan, dan matanya tiba-tiba bergenang. Keredupan yang sering aku lihat di mata itu seakan memecah membentuk kesedihan. Aku hairan.
Beberapa kali aku mendengar dia melolong memanggil-manggil seseorang di setiap kamar. Tapi pagi itu hanya ada aku dan dia. Hanya kami berdua. Mungkin juga Tuhan telah merancang semua ini untuk aku. Untuk kami.
Aku hanya tercegat di hadapan pintu sambil melihat dia membuat panggilan telefon di ruang tamu. Waktu itu juga aku perasan dia mengerling ke arah aku beberapa kali. Kenapa dia mesti menidakkan percaturan Tuhan yang indah ini? Kenapa harus dirosakkan dengan satu panggilan?
Bingkas aku mendapatkannya. Rontaannya tidak mampu menandingi kudrat laki-laki muda seperti aku. Hanya sekali aku hempukkan kepalanya ke dinding. Dia rebah dan diam.
Darah yang mengalir di pelipis semacam kopi panas yang aku bancuh sebentar tadi. Saat dia terbaring di ruang tamu, darah itu aku hidu seperti menghidu bijian kopi. Dari pelipis terus ke bibir. Seketika bibir kami bertaut. Tidak lama untuk aku kecap nikmat itu sebelum pintu rumah diterjah oleh seorang laki-laki tua dengan sebilah parang di tangan.
Pegun. Aku tidak mampu berbuat apa-apa. Fikiranku melayang setelah mataku tertancap pada anak mata laki-laki tua itu. Matanya persis sepasang mata laki-laki yang aku kenali. Yang di dalamnya terkandung neraka yang aku takuti.
Aku terkebil-kebil melihat dia menghayun satu tetakan tepat di kepalaku. Parang itu melekat erat, hangat. Dapat aku rasakan darah panas mengalir melalui batang hidung. Seketika mataku terpejam dan bila kubuka semula, aku lihat ayah sedang terduduk menyandar ke dinding sambil terjerit-jerit seperti orang hilang akal.
Aku tidak mengerti apa yang dia jeritkan. Jeritannya tenggelam di dalam kebingunganku. Di sisiku, ada ibu sedang terbaring. Juga sedang berdarah seperti aku.
Aku tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku semenjak pagi tadi. Hanya satu yang aku ingati samar-samar, kopi panas. Ya, kopi panas dan cinta! Dalam kecelaruan sempat aku mengungkapkan sepotong ayat. Ayat yang terakhir aku ungkapkan di hari Isnin, mungkin juga untuk selamanya.
“Ayah, tolong jangan biarkan adik hidup begini lagi.” Hanya tiga kali aku merayu dengan perkataan ‘tolong’ sebelum ayah bangkit dan mencapai kembali parang yang terlekat di kepalaku lalu menetakku berkali-kali.
Inilah ayah yang aku kenal, pantang kerjanya dilakukan separuh jalan. Kini aku, dia habiskan. Matanya bergenang. Tiada lagi neraka yang terlihat di anak matanya. Seolah-olah takungan air itu bagaikan gerimis yang memadamkan api neraka sedikit demi sedikit. Perlahan-lahan.
Di hujung pintu, sempat aku lihat Angah dan Along yang baru tiba tercungap-cungap buat kali terakhir sebelum pandanganku gelap untuk selamanya.
‘Aku mohon padaMu Tuhan agar temukan aku dengan ibuku di syurga. Hanya dia satu-satunya wanita yang aku cinta.’
1 note · View note
abulxsalleh-blog · 7 years
Quote
Kita semua pernah menjadi lilin ulang tahun untuk orang yang kita cintai. Menerangi. Menemani. Merayakan. Lalu ditiup hingga mati. Dan kemudian orang-orang di sekitarnya bahagia.
(via mbeeer)
2K notes · View notes
abulxsalleh-blog · 7 years
Text
Kesukaan Joni Dan Julia
“Lekaslah, bodoh!”
Bulan kedua, jeritan itu sudah jadi makanan Joni hampir setiap pagi saat berhimpit-asak di perut LRT. Joni tenung tajam pada laki-laki yang memaki. Jengkel, namun kejengkelan itu hanya dilepas dengan tenungan sebelum pandangannya dialih ke luar jendela.
Begitulah hidup, hampir setiap hari manusia itu harus memilih, dan berdiam adalah pilihan Joni. Di lubuk hatinya, dia berasa cemburu dan sedikit penasaran. Kenapa manusia kurang ajar selalu tampak yakin menghambur maki di khalayak ramai?
Ya, keyakinan itu telah lama mati dalam diri Joni. Mungkin juga dalam diri setiap penumpang LRT. Kerana itulah tiada yang berani bersuara pada laki-laki kurang ajar itu.
Berdiam, jika dahulunya adalah pilihan tetapi kini ia bagaikan rutin Joni. Rutin semenjak bertemu cintanya, Julia. Berasak-asak di perut LRT setiap pagi juga adalah kerana Julia. Katanya, ini semua untuk masa depan Joni. Bahkan masa depan mereka. Kerana itulah Joni menerima kerja di pejabat guaman walaupun cuma sebagai peon.
Joni yang sememangnya benci bekerja di pejabat terpaksa akur demi masa depannya bersama Julia. Kadang-kadang demi cinta manusia itu harus mengenepikan apa yang dibenci.
“Kau mahu yang putih?” “Hitam, aku mahu hitam.” “Tapi putih lagi padan denganmu. Lagi pula, aku memang suka warna begini. Tampak suci. Sesekali penampilan kita harus diubah, kan?” Joni mengiyakan.
Joni selalu ingat, kerana apa Julia jatuh suka padanya walaupun Joni lebih gemar pada pakaian berona gelap.
“Kerana kau tidak merokok. Merokok adalah kekotoran terbesar yang aku lihat pada laki-laki.”
Kadang-kadang demi cinta manusia itu harus mengalah. Cumanya setiap yang kadang-kadang itu pasti ada batasnya. Hari ini adalah hari ketiga Joni tidak bekerja. Hanya tiga bulan Joni mampu bertahan. Joni nekad berhenti untuk berniaga dan dalam masa yang sama berharap Julia menerima pilihannya.
“Burger?” “Ya. Aku lebih selesa berniaga begini, Julia.” “Selesa? Maksudmu?” “Berniaga sendiri di ruang terbuka di tepi jalan rasanya bebas. Aku boleh sepuasnya bernafas. Bekerja di pejabat rasanya seperti memeram diri di kamar. Lemas!”
Julia senyum tanpa bangkangan. Bibirnya yang mungil tidak henti memberi semangat. Semenjak hari itu, boleh dikatakan Joni adalah laki-laki yang paling bahagia di dunia. Seperti kanak-kanak yang mendapat kembali permainan kesukaannya.
Sememangnya itulah yang harus Joni lakukan dari mula. Perlahan-lahan keyakinan dalam diri Joni mekar kembali. Hidup ini sukar diduga naik turunnya. Begitu juga cinta sukar diduga datang perginya.
Ada waktunya cinta mampu membuat manusia lupa akan adanya neraka. Ada waktunya juga cinta mampu membuat manusia itu lupa akan adanya Tuhan sebaliknya hanya kepedihan berpanjangan, dan hari ini adalah hari yang paling sadis buat Joni.
Selepas hampir seharian meluangkan masa bersama Julia berjalan-jalan di kota dengan penuh tawa, kata-kata keramat yang ditakuti oleh para pencinta itu akhirnya diungkapkan Julia. Joni terpinga tidak menduga.
“Joni, selepas ini jangan cari aku lagi.”
Sambung Julia lagi, dia tidak mampu meneruskan hubungan tanpa tahu bila Joni akan mengikatnya dengan sebentuk cincin. Sudah berkali-kali Joni menegaskan yang dia tidak suka memberikan tempoh pada percintaan. Cinta itu bukanlah peperiksaan yang harus diselesaikan mengikut masa yang diberikan.
Hampir sejam mereka berbincang di kerusi batu di tepi-tepi ruang pejalan kaki. Mata Joni berkaca. Namun ego laki-lakinya menahan keras agar kaca itu tidak pecah. Sebelum pulang, Julia meminta sekeping kertas dari Joni.
“Baca hanya bila sampai di rumah. Di dalam kertas itu adalah apa yang benar-benar aku inginkan.” pesan Julia sebelum beredar.
Pesan itu bagai memberi sekelumit harapan. Walaupun tatapan terakhir Julia semacam menyuruh Joni berhenti berharap. Di dalam LRT, di dalam bas, di dalam lif, Joni terus-terusan menahan empangan di matanya dari memecah.
Joni tahu dia tidak perlu membaca isi kertas itu. Dek lumrah manusia, yang selalu berharap akan keajaiban, dia akur dan baca…
BAMM!
Pintu bilik ditendang. Air mata berlinang. Kertas direnyuk dan dibuang. Hampir seminggu Joni murung dan berkurung. Dalam tempoh itu, gerai burgernya juga tidak dibuka. Sesekali Joni ke dapur untuk mengalas perut lapar. Sudah berhari-hari Joni tidak ke pasar, yang tinggal hanyalah sebungkus burger daging. Daging yang mengingatkannya pada Julia.
Tidak Joni lupa, Julia tidak gemar memakan daging haiwan berkaki empat. Entah kenapa Joni merasa dirinya tidak ubah seperti daging. Mengunyahnya perlahan-lahan pada hari itu bagaikan mengunyah hati sendiri. Sebelum lebur dan menghancur di perut, sakit itu Joni hadam sendirian. Hari demi hari, sebelum dibuang persis tahi-tahi yang dibenci.
Joni adalah salah satu bukti nyata dan jelas bahawa untuk terus ke depan dan melupakan itu tidak perlukan teman, cukup sekadar kebencian.
Setahun berlalu. Joni masih lagi berniaga seperti kebiasaan, dan pada siangnya Joni bekerja sebagai penghantar surat. Asalkan bukan di dalam pejabat, Joni sanggup buat.
Sepanjang waktu itu, ada beberapa kali Julia menghantar pesanan ringkas mengatakan dia sunyi dan mahukan Joni kembali. Bertalu-talu kata maaf diberi.
Kadang-kadang cara yang paling indah menghukum orang yang pernah menyakiti adalah membiarkannya terus penasaran tanpa jawapan. Penasaran itu pasti akan mendatangkan kesunyian yang menjerut lehernya perlahan-lahan.
Tiada apa yang kebetulan dalam hidup. Baik dari Tuhan mahupun manusia, segalanya tetap dirancang. Begitulah apa yang Joni rasa saat Julia tiba-tiba muncul di gerai burgernya bersama seorang laki-laki memeluk erat bahunya tanda mesra dan bercinta, barangkali.
Ironi. Asap rokok yang menerawang dari mulut laki-laki itu bagaikan pesanan yang memberitahu perempuan seperti apa Julia itu.
Julia adalah salah satu bukti nyata dan jelas, bahawa sunyi itu mampu melebur teguhnya pendirian lantas mengenepikan apa yang dibenci demi menagih sekelumit cinta untuk menghalau sunyi yang menghantui.
“Tolong buatkan burger daging dua, ya?”
Joni tenung tajam mata laki-laki yang memesan. Beberapa saat tenungannya beralih pada sepasang mata. Mata yang dahulunya pernah menyuruh Joni agar berhenti berharap. Jengkel, kini kejengkelan itu tidak harus dibiarkan diam. Dengan keyakinan yang kembali hidup, Joni bersuara…
“Sungguh, tak menyesal?”
2 notes · View notes