Don't wanna be here? Send us removal request.
Text
Sifir Sastera
Item Dalam Pendahuluan, Kandungan, dan Penutup
1 Pendahuluan
2 Kandungan
3 Penutup
Sifir Sastera adalah adalah formula asas untuk membuat esei yang mana mengandungi tiga asas iaitu Pendahuluan, Kandungan, dan Penutup. Dalam ketiga-tiga bahagian ini mengandungi item masing-masing. Ketiga-tiga bahagian ini adalah saling bergantungan diantara satu sama lain untuk menjadi sebuah esei yang lengkap dan berkualiti. Ianya tidak dapat dipisahkan diantara satu sama lain. Sekiranya dipisahkan, maka pincanglah esei tersebut. Kita akan lihat satu persatu bahagian tersebut pada perenggan yang seterusnya. Saya berharap anda akan memahami penyampaian saya nanti.
Bahagian pertama adalah Pendahuluan yang biasa mengandungi maksud, definisi, konsep, dan teori. Bahagian ini amat terhad walaupun ianya menjadi bahagian paling penting dalam sesebuah esei. Kepentingannya ibarat sebagai kepala kepada sesuatu hidupan. Pada bahagian ini kita menjawab persoalan yang ditanya oleh soalan. Oleh itu, kita harus berhati-hati semasa menjawab pada bahagian ini agar kefahaman kita terhadap soalan tidak lari. Kita mulakan dengan memberi maksud yang ditanya oleh soalan kemudian pergi kepada definisi, konsep, atau tajuk sekiranya ada. Pada bahagian ini juga harus memberi penerangan ringkas tentang apa yang soalan tanya, tapi ingat jangan sampai meleret.
Bahagian kedua adalah Kandungan yang biasanya mengandungi faktor, kesan, contoh, sejarah, masa, dan pendek kata mengandungi semua perkara yang tidak termasuk dalam Pengenalan Dan Penutup. Dalam bahagian juga esei kita akan dinilai tentang kita menjawab apa yang ditanya oleh soalan. disini kita boleh mengolah Kandungan semahunya mengikut kehendak kita. Kita boleh membentangkan isi Kandungan mengikut kemahuan kita asalkan tidak lari dari soalan yang ditanya. Pendek kata di bahagian Kandungan ini kita mempunyai sedikit kebebasan berbanding bahagian Pendahuluan dan Penutup. Namun begitu ingat, skop dalam bahagian Kandungan ini amat luas dan kita harus berfikiran terbuka semasa menulis esei.
Bahagian terakhir adalah bahagian Penutup yang biasanya mengandungi kesimpulan, rumusan, dan huraian ringkas tentang keseluruhan esei. Pada bahagian ini juga amat terhad sama dengan bahagian Pengenalan. Pada bahagian ini adalah pelengkap kepada keseluruhan esei agar ia menjadi sedap dibaca oleh pembaca. Anda mesti tahu merumus tentang keseluruhan isi kandungan agar tiada hal pun yang tertinggal. Oleh itu jika anda ingin menjadi seorang penulis yang baik, anda mesti membaca kesemua hasil karya penulisan saya dalam Sifir Sastera ini.
Kesimpulannya untuk menulis sesuatu esei kita mesti membahagikan esei kepada tiga bahagian iaitu Pengenalan, Kandungan, dan Penutup. Setiap bahagian mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri untuk dikarang dalam esei. Sifir Sastera ibarat formula kejadian alam yang menjadi sebagai acuan untuk kita isi mengikut apa yang dikehendaki bergantung kepada acuan dipilih. Sekiranya acuan lain, maka lain pula jadinya. Oleh itu kita mesti memilih acuan dengan bijak agar tidak bersalahan dengan niat dan tujuan kita. Saya berharap, sedikit sebanyak anda telah faham tentang apa yang ingin saya sampaikan dalam penulisan saya dalam bab ini.
*#SIFIR SASTERA
*#(PAGE FB) AHMAD REDZUAN MOHAMAD
*#(E-MAIL) [email protected]
*#(BLOG) AhmadRedzuanMohamad.blogspot.com
*#(NO.TELEFON) 013-9891662
*#(ALAMAT) NO. 91, Kg. Bukit Tanah, 22020 Jerteh, Terengganu.
0 notes
Text
Sifir Sastera
Pengenalan
1 Definisi
2 Sejarah
3 Penutup
Definisi sifir sastera adalah satu penganilisan aliran sastera secara menyeluruh bagi memudahkan individu menguasai akedemik aliran sastera agar mendapat pemahaman menyeluruh dalam bidang ini. Ia mula dicipta pada tahun 2005 di daerah Besut, negeri Terengganu, negara Malaysia. Setelah anda menguasai teori ini, maka semakin mudahlah anda menggunakan untuk menulis esei, buku dan juga berceramah atau bersyarah, malah apa yang paling penting anda juga lebih senang menjalani kehidupan seharian anda kerana anda lebih faham apa terjadi dalam hidup anda. Oleh ini, saya ingin bercerita tentang bagaimana tentang sejarah penciptaan sifir sastera pada perenggan seterus. Harap anda sudi membaca.
Sejarah penciptaan sifir satera adalah bermula pada tahun 2005 ketika saya masih berada di bangku sekolah pra-universiti. Pada mula ianya hanya sebuah peta minda yang saya reka untuk menguasai mata pelajaran dan menulis esei bagi menjawab soalan peperiksaan sahaja iaitu peta minda piramid sahaja. Tidak saya jangka saya lulus dengan cemerlang peperiksaan STPM sehingga dapat menyambung pelajara tinggi ijazah sarjana muda di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Semasa mengikuti pembelajaran di kelas universiti, saya menjumpai lagi dua peta minda bulatan dan segi empat yang lantas saya namakan sebagai SIFIR SASTERA.
Kesimpulannya, setelah sembilan tahun saya aplikasikan sifir ini untuk berkerja sebagai pengawal keselamatan selama sembilan tahun, saya berhenti berkerja dan menggunakan simpanan wang saya untuk menyambung pelajaran di pondok agama dalam pengajian Tasauf. Sekarang saya dibukakan hati oleh Allah SWT untuk berkongsi ilmu ini dengan semua orang di dalam dua saluran media iaitu halaman Face Book dan Blog, pilihlah yang mana satu anda suka. Saya amat berharap agar sifir sastera ini dalam kehidupan anda amnya dan pekerjaan anda khasnya.
*#SIFIR SASTERA
*#(PAGE FB) AHMAD REDZUAN MOHAMAD
*#(E-MAIL) [email protected]
*#(BLOG) AhmadRedzuanMohamadRedzuan.blogspot.com
*#(NO.TELEFON) 013-9891662
*#(ALAMAT) NO. 91, Kg. Bukit Tanah, 22020 Jerteh, Terengganu.
0 notes
Text
Sifir Sastera
Biodata Penulis
1 Pengenalan
2 Kandungan
3 Penutup
Nama penuh penulis ialah Ahmad Redzuan Bin Mohamad Bin Jusoh Bin Mamat. Nama sebelah ibu adalah Ramlah Binti Che Yusof Bin Ali. Dilahirkan kampung Bukit Tanah, Besut, Terengganu, Malaysia pada tanggal 21 Februari 1986.
Mendapat pendidikan h pra-sekolah selama dua tahun bermula umur lima dan enam tahun di Pusat Asuhan Tarbiyyah Islam (PASTI). Bersekolah rendah di tiga sekolah rendah dan juga tiga sekolah menengah sehinggalah menyambung pengajian sarjana muda kursus Pengurusan Pembangunan di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia. Meminati permainan catur. Hobi bermain Face Book bermula dari tahun 2009.
*#SIFIR SASTERA
*#(PAGE FB) AHMAD REDZUAN MOHAMAD
*#(E-MAIL) [email protected]
*#(BLOG) AhmadRedzuanMohamad.blogspot.com
*#(NO.TELEFON) 013-9891662
*#(ALAMAT) NO. 91, Kg. Bukit Tanah, 22020 Jerteh, Terengganu.
1 note
·
View note