artemision
artemision
RegnantX.
133 posts
A queen regnant.
Don't wanna be here? Send us removal request.
artemision · 5 months ago
Text
Mengarah sedap,
Buatnya malas.
Siapakah dia?
0 notes
artemision · 1 year ago
Text
The golden tale of the light.
0 notes
artemision · 1 year ago
Text
Saat paling lemah bersujud diuji sebagai lelaki,
Apabila diminta memilih antara dua,
Wanita rusuk kiri atau gadis kecil jantung hatiku,
Disaat belahan memihak kepada yang pertama,
Dia meminta izin untuk mati sebagai isteri dan ibu,
Supaya dapat memberi nyawa kepada yang baru melihat dunia.
Ibadial Hafiz
Sasha Safika
Wildan Hafiz
Annur Annisa
Sasha untuk Hafiz,
Wildan & Annur anak syurga untuk kami.
0 notes
artemision · 2 years ago
Text
Bertemu mata sebagai sahabat,
Terpisah laksana takdir semua membawa haluan tersendiri,
Asbab 1 kematian, asbab 1 cinta tak dibalas,
Sedekad terpisah dipertemukan kembali,
Hanya mengingat pada janji sedekad lepas,
Mahu ditunaikan sekarang,
Akhirnya kembali bersatu dan termeterainya,
Sasha untuk Hafiz.
0 notes
artemision · 2 years ago
Text
Disaat aku melihat mereka yang terpilih di bumi bertuah Palestin memeluk anak-anak syurga mereka yang syahid sambil tersenyum & reda.
Aku mengimbas memori yang aku pernah mengucupi cahayaku apabila diberitahu untuk bersiap sedia dengan kedatangan Izrail untuk menjemput cahayaku kembali.
Disaat itu, aku juga mengalirkan derasan cecair hangat dari mata sambil tersenyum kelat mengizinkan Izrail menjalankan tugas.
Setiap saat aku berada disisi cahayaku yang sedang bersedia menanti Izrail, aku cuma menguatkan diriku dengan bait untuk didengari oleh telingaku & cahayaku sendiri ...
"Kerana syurga Allah swt tu mahal cahayaku" ...
Seperti terbolong, masih terdengar oleh telinga-telinga mereka yang berada disisiku. Dan sehingga saat Izrail akhirnya hadir, aku disapu satu tangan jururawat yang menjaga cahayaku ...
"Kerana syurga Allah swt tu memang mahal puan" ...
Sambil tangannya beralih mengelus lembut tubuh cahayaku dan mengucapkan "selamat berehat sayang" ...
1 note · View note
artemision · 2 years ago
Text
Allahu Al-Alim sedang mempersiapkan kita dengan meninggalkan apa yang kita suka tapi mengekalkan apa yang kita perlu. Kita diuji dengan cara ini.
Perjalanan ke arah akhir nampak jauh tapi semakin dekat. Jika tiada lagi hari esok, maka hari ini akan menjadi sebuah penyesalan.
0 notes
artemision · 2 years ago
Text
Wahai Palestin,
Engkau melungsuri sirat seperti cahaya,
Taktala kami masih dihitung syurga neraka,
Wahai Palestin,
Engkau berduka dibumi tempatnya mati,
Tapi Engkau akan hidup selamanya diakhirat kelak...
Palestin, maafkan aku.
0 notes
artemision · 2 years ago
Text
Islam pada hati, bukan pada nama dan hati yang telah mati...
Taufan Al-Aqsa.
1 note · View note
artemision · 2 years ago
Text
Disaat madu putih masih mengalir dari tubuhnya, dia hanya boleh mengalirkan embun jernih daripada matanya...
"Annur dah takda, tapi susu masih ada. Murah rezeki Annur Annisa" ...
0 notes
artemision · 2 years ago
Text
Apa yang lebih perit daripada perpisahan & kematian?
Kehidupan tanpa dipedulikan.
0 notes
artemision · 2 years ago
Text
Di pengakhirannya, aku akan berlari kepada mereka yang memperjuangkan perjalanan ini.
0 notes
artemision · 2 years ago
Text
Ternyata apabila aku sudah menjerit kesakitan,
Manusia masih buta dan pekak.
0 notes
artemision · 2 years ago
Text
Meski hanya permainan syaitan,
Pelakonnya si anak kecil,
Aksinya meraung menangis,
Air mata bercucuran dipipi,
Memanggil-manggil dirimu mama,
Di atas tanah yang menutupi dirinya sendiri,
Dihulur-hulur tangan munggilnya minta diangkat,
Tapi engkau ditarik semakin jauh darinya,
Basah pipimu juga kerana air mata,
Terasa berat dihati kerana meninggalkan dia,
Tapi engkau terus ditarik jauh,
Tersedar,
Bahawa anakmu sendiri telah kembali kepada yang mengizinkannya hidup 8 hari,
Dalam jagaan Ibrahim alaihi salam,
Masih belum masanya janji dalam Ad-Dahr untuk tertunai,
Masa sedang bergerak cuma belum lagi tamat,
Itu cuma syaitan membolak-balikkan perasaan, Mengganggu hati yang semakin reda & ikhlas,
Annur Annisa sudah ditaman syurga.
3 notes · View notes
artemision · 2 years ago
Text
Tongkat hati hubungan nyawa.
Wildan & Annur.
1 note · View note
artemision · 2 years ago
Text
Aku pernah diuji kehilangan ibu bapa sehingga ada yang sudi memberikan kasih sayang yang serupa,
Aku pernah diuji kehilangan lelaki yang menjabat tangan kadi untuk menjadikan aku suri hidupnya selepas sedekad yang panjang menemani dia & kansernya,
Aku juga pernah diuji kehilangan zuriat yang dinanti-nantikan,
Jiwa aku sebagai anak telah diuji,
Jiwa aku sebagai isteri telah diuji,
Jiwa aku sebagai ibu & wanita juga telah diuji,
Tapi apa yang membuatkan aku terus kelihatan bangkit meski jiwa masih rapuh adalah seperti janji ilahi dalam Al-Baqarah,
"Allah swt tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kemampuannya".
Jika aku tidak mampu dan hilangnya iman, mungkin aku sudah 6 kaki kedalam tanah atas pilihan mati sendiri...
0 notes
artemision · 2 years ago
Text
Disaat aku dijatuhkan oleh perempuan lain kerana zuriat,
Aku juga dibangkitkan oleh perempuan lain kerana zuriat.
Disaat aku dihina oleh seorang ibu demi anak,
Aku juga dibangkitkan oleh ibu yang lain demi anak.
2 notes · View notes
artemision · 2 years ago
Text
Datang ke sini tanpa diundang,
Perginya memang dialu,
Datang tak membawa budi,
Mulut membawa dengki,
Asal mulut boleh bicara,
Asal ramai mengiya,
Erti beragama yang hilang,
Tua bukan paksi,
"Gurauan" bawa ke mati.
1 note · View note