Don't wanna be here? Send us removal request.
Text
Bila rasa you’re going thru difficulties, feeling stuck, you feel like it’s impossible for you to make it and all you need is His help say;
الله المستعان
Allahu Musta’an
For Him, everything is possible. By saying this you are admitting that the help you need is from Him.
Kalau Allah buatkan kita doa dengan sungguh sungguh akan sesuatu maksudnya Allah nak berikannya pada kita satu hari nanti. InsyaAllah
Assalamualaikum Selamat pagi semua 😊
38 notes
·
View notes
Text
Allah tahu.
Allah tahu apa yg kita rasa skrg. Allah tahu benda yg kita tak beritahu orang pun, Allah tahu benda yg sembunyi. Allah tahu bila kita sedih. Allah tahu struggle kita, Allah tahu betapa kita cuba & berusaha. Allah tahu setiap satu doa kita. Setiap satu.
Allah tahu.
12 notes
·
View notes
Text
Taqwa ni meliputi zahir dan batin
Pada hari ini kita kena tengok perasaan kita ni boleh tak berinteraksi dengan Allah.
Sayang kita,Marah kita,Sedih kita hanya kerana Allah
Tarbiyah Sabahabat apabila masuk dalam bulan Ramadhan
1. Satu cita cita iaitu mendekatkan diri kepada Allah.
Nak lebih kenal Allah,lebih sayang Allah,lebih bersungguh sungguh dalam mendekati Allah.
Yang ini penting kerana kadang kadang kita nampak ibadah sahaja tapi adakah dengan ibadadah itu mendekatka kita dengan Allah atau semakin menjauhi Allah
Sifat sifat orang yang mengenali Allah
- Perkara yang paling dia nak dalam semua urusan ialah apa yang Allah nak pada dia itu yang dia nak.
Contoh jika Allah tentukan dia seorang miskin dia jadi miskin yang bersabar. Bila Allah bagi sakit jadi sakit yang sabar. Bila Allah bagi kaya kaya yang bersyukur. Allah bagi kita terjerumus dalam dosa Allah nak kita bertaubat,nak kita mengakui kelemahan dan dosa
Apa sahaja yang Allah beri dia terima dan redha dengan Allah.
Tengok apa yang Allah nak bukan apa yang kita nak.
Hidup kita ada 4 suasana.
-Miskin sakit ni Allah nak kita sabar
-Kaya sihat ni Allah nak kita syukur
-Allah bagi kita terjerumus dengan dosa ni Allah nak bagi kita bertaubat
- beramal,beribadah,berjuang ni Allah nak kita rendah diri kepada Allah. Makin kuat beramal makin rendah diri
Beza orang yang terpelihara yakni wali Allah dengan kita apabila terjebak dengan dosa terus bertaubat.
Orang yang bertaqwa yang kenal Allah hanya hendak kan redha Allah,hanya takut murka Allah,hanya cinta Allah semata mata
2. Bersihkan diri kita daripada dosa dan kelemahan
Maknanya dalam bulan Ramadhan amalan paling penting dalam bulan Ramadhan adalah meninggalkan benda yang sia sia yang menjauhkan kita dari Allah
Kelemahan kita kita lebih tahu jadi berusahalah menjauhi perkara sia sia.
Dosa yang biasa kita buat tapi kita tak perasan contohnya menonton tv
Kita kena lihat kelemahan dan sia sia dalam diri kita
Cahaya taufik banyak datang pada kita tapi tak masuk dalam hati.
5 perkara yang kalau ada pada kita insyaAllah Allah akan masuk kan cahaya hidayah dalam hati kita
- banyak kan zikrullah
La illahaillah
Zikir bersama perasaan.
Tidak ada yang memberi rezeki melainkan Allah
Tidak ada yang menghidupkan melainkan Allah
Tidak ada yang mematikan melainkan Allah
Tidak ada yang memberi sakit melainkan Allah
Tidak ada yang mengawasi melainkan Allah
- banyak kan selawat pada Rasulullah S.A.W
Mulakan dengan 100,1000,10000
1 selawat 10 kebaikan Allah bagi kat kita
Kebaikan yang Allah bagi lebih banyak dari amalan seluruh hidup kita
- bergaul dengan orang soleh dengan adab. Mencintai dengan akhlak. Segala rahmat yang Allah bagi pada dia Alalh akan bagi pada kita.
- apabila kita berusaha sungguh sungguh meninggalkan perkara yang sia sia dan dosa.
- berjuang membantu agama Allah
Mengaku dosa dosa kita depan Allah. Mintak ampu dan tinggalkan dosa
3. Meningkatkan jidiah kesungguhan dalam beramal dan bergantung harap pada Allah
Hati bersedia untuk beribadah. Set up hati kena bersedia untuk solat,baca al quran munajat.
Ustaz Norazman
9 notes
·
View notes
Text
Aku yakin..setiap org pernah down ketika diuji.
.
Segala bentuk ujian yg dtg dlm hidup ni, kita takkan dpt lari daripadanya. Melainkan kita hadap dengan persiapan yg sehabis baik.
Cakap pada diri,
"Wahai diri. Nak tak nak, kau kena hadap ! Bismillah."
#personalNotes
26 notes
·
View notes
Text
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
Usah tertipu dengan tipu daya syaitan...
Jangan beribadah kepada Allah SWT kerana inginkan ganjaran keduniaan seperti solat dhuha untuk kaya dunia, baca surah Al-Waqiah untuk bisnes maju, solat tahajud untuk laris produk, jemput rezeki dan sebagainya.
Sebenarnya itulah satu bentuk tipu daya iblis, sehingga matlamat dunia menjadi utama, sedangkan akhirat terkebelakang.
Antara bentuk tipu daya iblis yang paling halus ialah seseorang berzikir dan berdoa memohon kepada Allah SWT tetapi hatinya bersandar pada amalannya.
Dia bersandar pada zikir dan doanya, bukan kepada qudrah Allah SWT. Seolah-olah kalimah yang dia ucapkan dengan lidah dan kedua bibirnya itu yang mampu mengubah sesuatu. Padahal, hanya qudrah Allah saja yang mampu mengubah sesuatu. Zikir dan doa hanyalah wasilah yang seseorang harus lakukan tetapi sesekali ia tidak dapat mengubah apapun tanpa qudrah Allah.
Pesanan untuk semua, bersandarlah pada Allah SWT, bukan pada amal kita yang terlalu banyak kekurangan.
Oleh itu, beribadahlah niat kerana Allah SWT agar diredhaiNya dan diberikan kaya jiwa, kerana mereka yang diredhaiNya akan dicukupkan. Anggaplah pemberian dan ganjaran Allah jika dinikmati didunia itu adalah kejutan atau kesenangan sementara sahaja. Bukan yang utama dalam fikiran dan niat.
وَلِلّٰهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ ۙ فَاَيْنَمَا تُوَلُّوْا فَثَمَّ وَجْهُ اللّٰهِ ؕ اِنَّ اللّٰهَ وَاسِعٌ عَلِيْمٌ
"Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui."
(Al-Baqarah: 115)
Amalan yang diniat untuk dunia memang Allah akan beri tetapi tidak ada pahala dan perbuatan yang sia-sia. Di akhirat kelak kita tidak membawa apa-apa.
ارْجِعِيْۤ اِلٰى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)"
(Al-Fajr: 28)
Alangkah ruginya. Cuba periksa diri kita.
Kita hidup untuk Allah atau kita hidup untuk dunia?
مَنْ كَانَ يُرِيْدُ الْعَاجِلَةَ عَجَّلْنَا لَهٗ فِيْهَا مَا نَشَآءُ لِمَنْ نُّرِيْدُ ثُمَّ جَعَلْنَا لَهٗ جَهَنَّمَ ۚ يَصْلٰٮهَا مَذْمُوْمًا مَّدْحُوْرًا
"Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah."
(Al-Isra': 18)
Di saat kita meminta dunia maka Allah akan memberi dunia dan segala isinya. Tetapi di saat kita meminta akhirat maka Allah akan memberikannya dunia dan akhirat. Dunia bukanlah tempat tinggal kita, ia pasti akan ditinggalkan. Akhirat kekal abadi. Mulakanlah persiapan untuk kembali ke kampung akhirat.
فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?"
(Ar-Rahman: 13)
Nikmat apa lagi yang mahu kita dustakan. Sesungguhnya rezeki itu datang dari Allah, Ya Razzak (Maha Memberi Rezeki) bukan dari manusia.
Alangkah ruginya kita merasakan rezeki itu dari usaha kita sendiri sedangkan kita sendiri hidup menggunakan daya dan ihsan Allah SWT.
Kita hidup menggunakan daya Allah, Ya Muhyi yang Maha Menghidupkan. Kita tidak ada menghidupkan diri sendiri.
Kita hidup menggunakan daya Allah, Ya Sami' yang Maha Mendengar. Kita tidak ada daya untuk mendengar.
Kita hidup menggunakan daya Allah, Ya Qowiy yang Maha Kuat. Kita tidak ada daya kekuatan sedikit pun melainkan meminjam daya Allah.
Apatah lagi bahagian tubuh kita yang lain. Jadi bahagian yang manakah yang kita ciptakan sendiri? Apakah kita rasa kita yang mencari rezeki. Sedangkan dalam masa yang sama, kita menggunakan daya Allah.
Justeru, perbetulkan niat dan muhasabah diri mu...
~ Abu Imtiyaz ~
0 notes
Text

Doa Selepas Azan
"Wasilah"
Jangan abaikan doa untuk nabi selepas habis azan dilaungkan.
Kerana kita sangat memerlukan syafaatnya di hari akhirat.
Daripada Abdillah bin ‘Amr bin ‘Asr RA, sesungguhnya dia mendengar Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Apabila kamu mendengar muazdin, maka ucapkanlah sepertimana yang sedang diucapkan oleh muadzin.
Kemudian berselawatlah kamu ke atasku kerana barangsiapa yang berselawat je atasku dengan satu selawat maka Allah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh (10 kali selawat).
Setelah itu, mohonlah (doalah) kepada Allah terhadapku sebagai wasilah kerana ia merupakan salah satu tempat (kedudukan di dalam Syurga) yang mana ia tidak layak untuk sesiapapun melainkan buat hamba-hamba Allah.
Aku mengharapkan agar aku adalah orang tersebut (yang layak di kedudukan tersebut di dalam Syurga kelak).
Maka barangsiapa yang memohon kepadaku wasilah maka layaklah baginya untuk mendapatkan syafaat (syafaat Nabi SAW).” Riwayat Muslim (384)
Alhamdulillah ♥️
0 notes
Text
"4 golongan yang diberikan syurga seluas langit dan bumi"
1. Orang yang banyak bersedekah pada waktu susah dan senang.
2. Orang yang mampu menahan marahnya.
3. Orang yang memaafkan saudara-saudaranya yang menzaliminya.
4. Orang yang apabila buat dosa, dia ingat pada ALLAH lalu dia minta ampun atas dosanya.
"Jika engkau merasa semangat untuk melakukan ketaatan, maka janganlah engkau menundanya kerana engkau tidak akan tahu apa yang akan terjadi setelah waktu tersebut".
Bersegeralah dalam melakukan kebaikan dan memohon keampunan dari Allah SWT.
(۞ وَسَارِعُوۤا۟ إِلَىٰ مَغۡفِرَةࣲ مِّن رَّبِّكُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَـٰوَ ٰتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِینَ)
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
- Qs aal 'Imran: 133 -
Allah SWT berfirman:
سَابِقُوٓا۟ إِلَىٰ مَغْفِرَةٍۢ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِ أُعِدَّتْ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ ٱللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَآءُ ۚ وَٱللَّهُ ذُو ٱلْفَضْلِ ٱلْعَظِيمِ
Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.
- Qs Al-Hadid (57:21) -
0 notes
Text
Keutamaan Meletakkan Tangan di Atas Kepala Saat Membaca Surah al-Hasyr: 21
Surah Al-Hasyr merupakan surah ke 59 dalam Al-Quran. Surah ini termasuk golongan Madaniyah dan terdiri dari 24 ayat. Pada saat kita membaca surah ini dan sudah sampai pada ayat 21, kita dianjurkan untuk sambil meletakkan tangan di atas kepala kita.
Di antara keutamaan meletakkan tangan ini adalah boleh menjadi sebab kesembuhan semua penyakit. Ini sudah banyak dipraktikkan oleh para ulama dan mereka menemukan kesembuhan melalui praktik ini. Hal ini sebagaimana disebutkan dalam kitab Al-Qawanin Al-Fiqhiyah berikut;
وروينا حديثا مسلسلا في قراءة آخر سورة الحشر مع وضع اليد على الرأس إنها شفاء من كل داء إلا السام والسام هو الموت وقد جربناه مرارا عديدة فوجدناه حقا
"Kami meriwayatkan hadis musalsal saat membaca akhir surah Al-Hasyr dengan meletakkan tangan di atas kepala. Sesungguhnya hal itu merupakan ubat dari setiap penyakit kecuali kematian. Kami telah mencubanya berulang-ulang dan kami temukan kebenarannya."
Yang dimaksud akhir surah Al-Hasyr dalam riwayat di atas adalah ayat 21 sampai akhir, yaitu dimulai dari ayat :
{لَوْ أَنزلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الأمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ (21) هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ (22) هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ (23) هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (24) }
Hal ini sebagaimana disebutkan oleh Khatib Al-Baghdadi dalam kitab Tarikh-nya, dari Idris bin Abdul Karim Al-Haddad, dia berkata;
قرأت على خلف فلما بلغت هذه الآية { لو أنزلنا هذا القرآن على جبل } قال : ضع يدك على رأسك فإني قرأت على سليم فلما بلغت هذه الآية قال : ضع يدك على رأسك فإني قرأت على الأعمش فلما بلغت هذه الآية قال : ضع يدك على رأسك فإني قرأت على يحيى بن وثاب فلما بلغت هذه الآية قال : ضد يدك على رأسك فإني قرأت على علقمة والأسود فلما بلغت هذه الآية قال : ضع يدك على رأسك فإنا قرأنا على عبد الله فلما بلغنا هذه الآية قال : ضعا أيديكما على رؤوسكما فإني قرأت على النبي صلى الله عليه وسلم فلما بلغت هذه الآية قال لي : ضع يدك على رأسك فإن جبريل لما نزل بها إلي قال لي : ضع يدك على رأسك فإنها شفاء من كل داء إلا السأم والسأم الموت
"Saya membaca pada Khalaf, setelah saya sampai pada ayat ‘law anzalnaa haadza al-qur’aana’ dia berkata: Letakkan tanganmu di atas kepalamu karena saya membaca pada A’masy, setelah saya sampai ayat ini dia berkata: Letakkan tanganmu di atas kepalamu karena saya membaca pada Yahya bin Watsab, setelah saya sampai ayat ini dia berkata: Letakkan tanganmu karena saya membaca pada Alqamah dan Aswad, setelah saya sampai ayat ini dia berkata: Letakkan tanganmu di atas kepalamu karena kami membaca pada Abdullah, setelah kami sampai ayat ini dia berkata: Letakkan tangan kalian berdua di atas kepala kalian karena saya membaca pada Nabi ﷺ , setelah saya sampai ayat ini beliau berkata: Letakkan tanganmu di atas kepalamu karena Jibril saat menurunkan ayat ini padaku, dia bilang padaku: Letakkan tanganmu di atas kepalamu karena itu adalah ubat dari segala penyakit kecuali kematian."
Semoga Bermanfaat
Telegram Channel
https://t.me/AhlulKhidmahChannel
#MediaAhlulKhidmah
#AhlussunnahWalJamaah
#PenuntutILMU
0 notes
Text
Jika Ini Ramadhan Terakhir ku
Empat hari berselang Ramadhan merengkuh kita, perlahan namun pasti.
Sudahkah kita memaksimalkan kurnia waktu, kesempatan dan umur ini?
Sudahkah kita berpacu secepat mungkin layaknya seorang pelari, untuk meraih segudang keberkahan di dalamnya?
Sudah kah kita bertarung layaknya seorang nelayan yang berjibaku di tengah hantaman ombak dan badai untuk meraih luasnya harapan dan keberkahan yang terhampar di samudera Ramadhan?
Sudahkah kita tersadar dari indahnya mimpi mimpi dunia yang memperdaya?
Atau kah hati kita masih terlelap dalam dekapan tipu dayanya?
Sudahkah?
Kesempatan itu masih ada di sisa bilangan hari Ramadhan.
Allah masih menghamparkan pahala yang tak terhitung jumlahnya.
Mari manfaatkan di sisa bilangan hari Ramadhan ini dengan jiwa-jiwa khusyuk penuh ketaatan, dengan hati yang penuh ketundukan, dengan bakti amal yang terbaik.
Mari kita jelang sisa bilangan Ramadhan ini dengan segunung harapan dan berkeping penyesalan.
Dari segala kelalaian dan dari segala kealpaan yang terus membius.
Dari segala penyesalan orang yang ketika ajalnya tiba memohon untuk ditangguhkan barang sebentar agar bisa bersedekah dan menjadi orang shaleh
Ya Rabb...
Terimalah amal ibadah Ramadhan kami...
Pertemukan kami dengan Ramadhan tahun berikutnya dalam keadaan yang lebih baik, dalam keadaan lebih taat, dalam keadaan lebih khusyuk.
Ya Rabb...
Sekiranya Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terakhir, terimalah segala amal ibadah Ramadhan ini sebagai amal sholeh.
Dan jika Ramadhan ini Engkau takdirkan adalah Ramadhan terakhir, maka janganlah Engkau jadikan puasa dan amal Ramadhan ini sia sia dan merugi.
0 notes
Text
Solat Dhuha
Apa yg dlm fikiran kita kalau org ckp pasal solat dhuha ni?
Mesti rezeki kan?
Murah rezeki, nk jadi kaya etc..
Kenapa jarang org mention Surah Waqiah? Pdhal dlm hadith bgtahu amalkan Surah Waqiah setiap malam dan ajarkan juga anak2 suruh baca, insyaAllah org yg amalkan ni tk akan miskin.
Tp apa yg hadith bgtahu tentang solat dhuha?
Setiap 360 sendi kita ni kena SEDEKAH. Bole check full hadith. Tp last sekali dlm hadith tu bgtahu, ckup dgn 2 rakaat dhuha bole gantikan dgn perkara2 yg kita bole buat menggunakan sendi2 kita tu. Jd ada ustaz bgtahu dhuha ni sebenarnya kita berhutang dgn Allah. Tk payah tgk nikmat yg jauh, tgk diri sendiri, masih boleh melihat mendgr dan berckp Itu je suatu nikmat yg terlalu besar. Apatah lg bole berjalan, sihat dll. Tkkan tk nk give some syukur? So in return atas nikmat tubuh badan, 2 rakaat dhuha je utk kita istiqomahkan setiap hari.
Setiap amalan yg kita buat ni sebenarnya utk diri kita sendiri. Sikit pun tk, sikit pun Allah TK berkehendakkan pada amalan kita. Allah Maha Kaya. Allah tk jadi miskin pun Kalau kita tk solat, tk ingat pada Dia. No. Malah kita lah yg akan miskin dan rugi, sini dan sana nanti.
So siapa pun kita, hidupkan solat dhuha. Be apa pun pekerjaan kita, siapa pun kita..
30 notes
·
View notes