asyiqineza
asyiqineza
44 posts
A fallen petal
Don't wanna be here? Send us removal request.
asyiqineza · 6 years ago
Text
tangan zirah
0 notes
asyiqineza · 6 years ago
Text
Bab 2
‘kerana aku memilih kau, pesong jalanku menuju Tuhan’
Ahad; 6 pagi.
‘Mak, Zairil rasa Zairil taknak pergi Mesir la mak. Zairil nak belajar kat Malaysia, nak jaga mak!’ kata Zairil sambil memeluk erat maknya.
‘Kau bukan anak aku Zairil, kau BUKAN anak aku! Kau anak derhaka!’ Cik Kalsom berubah bengis, menolak pelukan dan mengherdik Zairil dihadapannya.
Zairil terjaga dari mimpinya. keringat dingin
0 notes
asyiqineza · 7 years ago
Text
Bab 1
‘Andai takdir itu mampu diubah, kisah kita bertemu akan aku padamkan’
KL 2:30 pm.
kapal terbang yang dinaiki Zairil akhirnya mendarat. lenguh dan penat jangan ditanya. Zairil sebenarnya tidak berapa menyukai perjalan pulangnya dari Mesir ke Malaysia. Jet leg kerana perbezaan masa membuatkan Zairil tidak selesa.
Zairil menapak keluar dari zon ketibaan international. dia melihat sekeliling, ramai yang menunggu kepulangan atau ketibaan seseorang. semua seperti robot kerana mempunyai ritma dan gerak yang sama, memegang board tanda nama utk dikenali. Kelakar sketsa lapangan terkenal ini.
Aplikasi Grab yang telah lama tidak digunaan dibuka berabuk. Setiap kali pulang ke tanah air, hanya kereta sewaan airport atau teksi menjadi penunggu setianya diluar lapangan. Zairil bukan tidak mempunyai keluarga, tetapi kejadian hitam itu menyebabkan dia dipinggir oleh keluarganya sendiri. Sebut saja SUFI group, semua rakyat marhean mengenali, itulah nama syarikat terkenal abad ini setanding syarikat internasional.
Zairil menunggu grab yang diminta sebentar tadi diluar perkarangan airport. masih ada beberapa minit sebelum ketibaan kereta. Zairil mengeluarkan sesuatu dan dibacanya penuh khusyuk. Sudah menjadi amalannya membaca ketika lapang. tarbiyah di Mesir menjadikannya punya tabiat sebegitu. Sedang asyik membaca, tanpa diduga ada salam yang menyapa.
‘Zairil kan?’ curiga si sosok tubuh memanggil. mungkin masih mengecam rupa yang samar diingatan.
‘haaa? Haah saya Zairil.
‘Ni Amirah, kau dah lupa ke?’ terjah mesra gadis mengaku amirah. senyumannya tidak lekang, manis dan mencairkan. kegembiraan bertemu Zairil membuatkan senyumannya lagi ditambah gula dan madu. Sesiapa yang memandang pasti terpikat.
Ya, Amirah. ingatannya kembali kepada masa dia masih berhubung dgn wanita ini. Amirah, kerana dia, segalanya berubah. Jalan yang dipilih juga awalnya kerana si dia. Ingin pergi mencari kekuatan saat wanita itu mengkhianati segalanya. Akhirnya, jalan dakwah yang masih ada kembali diperjuangkan.
Zairil memandang Amirah lama, terkejut dgn perubahan amirah. Tudung labuh dihias kemas menutup sempurna kepalanya sehingga separa badannya. Jubah hitam juga dikenakan membawa watak kesederhanaan. Hampir sahaja tidak dikenal wanita ini.
‘Mungkin dia dah berubah’ getus hati Zairil, memadamkan rasa benci dulu.
‘kau seorang je? family yang lain mana?’
diam. Zairil hanya mendiamkan diri. entah apa yang terjadi, Amirah seperti lupa akan kejadian itu. seolah, perkara itu hanya mimpi. Kereta merah jenama perodua tiba mengahmpiri Zairil. pemilik kereta berhenti betul betul dia sebelah dan menunggu dengan tenang. tanpa membalas pertanyaan si dia, Zairil dengan segera membuka pintu dan pergi jauh dari situ. Amirah hanya terpinga. Raut wajah yang ceria bertukar serius.
‘Nampaknya, kau masih tak maafkan aku.’ Amirah mengeluh kecil. 12 tahun perkara itu berlalu. Namun luka dihati Zairil masih dalam. Amirah tahu akan kesemuanya. Andai sahaja mampu diputar masa, dia akan pergi dan mengubah segalanya.
‘aku menyesal Zairil, maafkan aku.’ lemah Amirah menyebut perkataan maaf. sudah seribu maaf yang dipinta. tidak sekalipun Zairil membalas mahupun menunjuk sebarang reaksi.
0 notes
asyiqineza · 7 years ago
Text
Mehyur memandang disudut kosong. senapang dikanannya dipegang kemas. Hari ini seperti hari-hari lain. Sudah seminggu negeri ini tidak dibedil oleh perompak negara. Perancangan musuh masih tidak diketahui namun dihatinya tiada gentar dipihak musuh. Yakin akan janji Ilahi, memegang amanat utusan langit, pertahankan agama ini sehingga darah yang terakhir. Menang atau syahid, laungan buat perjuang
0 notes
asyiqineza · 7 years ago
Text
someone has completed you and it’s ruining me
0 notes
asyiqineza · 7 years ago
Text
couldnt help but longing to hear your voice.
0 notes
asyiqineza · 7 years ago
Text
aku kecewa,
manusia bukan ada yang sempurna,
tapi mungkin kerana kesempurnaan yang aku cari,
aku tersembam, jatuh dan kecewa.
aku lupa,
manusia mampu berpura-pura
bila aku jatuh dan berteriak kesakitan,
mereka hanya memandang, berpura sedih akan musibah menimpa.
berkata doa akan dikirimkan.
tapi aku tahu, itu hanya ucapan kebiasaan. bukan amalan yang mahu meraih ehsan Tuhan.
aku hampa,
baru sekarang menyedari,
manusia punya had.
bukan semua kebaikan kau akan dibalas dan dilihat.
datang buruk dan dengki mereka,
segala aib dibongkar dan dibahas.
belajar simpan semua utk diri.
bukan semua boleh kau buat kwn sejati
mahu seorang yang kau percaya juga akan tinggalkan segala yang pernah ada.
belajar berdiri dikaki dan henti bertongkatkan manusia durjana.
jujur, aku penat berpura-pura semua baik.
hati dah remuk, tapi kau masih tampak seolah malaikat, soleh tanpa keji dibuat.
sudah
0 notes
asyiqineza · 7 years ago
Text
A fallen petal with a written paper
you were leaving,
like classic romance’s tale,
never was a love happy ending scene.
heartbreaking and tearful goodbye suit to be the end of a long story.
it make me laugh, should life be better and loving.
until you came and making all theories of a common girl wishes for,
blaken and lost.
the ending is near but my heart never listen.
it keeps on asking you. it keeps on wishing you.
it hurt but i keep on loving.
when will this fool of heart of mine knows,
that love should have a happy ending.
0 notes
asyiqineza · 7 years ago
Text
dah la, aku penat wey dgn semua nie...sumpah penat. ye...semua salah aq sbb tak belajar. tak pandai. aku taknak salah kan org lain, sbb semua berpunca dari aku. penat wey, penat. kalau boleh berhenti dari semua nie, aku dah berhenti wey. serius. maaf 😔
0 notes
asyiqineza · 7 years ago
Text
Rindu
aku mula belajar,
rupa apanya pada rindu.
bermula bukan pada yang selalu disisi
juga bukan hanya jauh jarak destinasi
cuma sesekali,
dalam senang juga susah,
dalam sedih juga gembira,
kau berharap dia disini
kau berharap dia tahu
kau berharap dia juga rindu,
tiap kali terimbau,
hati pasti memanggil untuk kesana
sana itu, pada hati yg telah mula bertaut
sana itu, pada mereka yang kau cinta.
aku sungguh, merindui mereka.
0 notes
asyiqineza · 7 years ago
Text
sering aku melihat,
yang didepan memimpin dikecam
oleh mereka yang dibelakang
bagi mereka, pimpinan mereka lemah
dan mahir dan hebat mereka dalam merangka.
aneh pada mereka yang tidak mahu kedepan
tapi sungguh mulut berbisa melontar kritikan
mereka
0 notes
asyiqineza · 7 years ago
Text
‘kau mulakan cinta ini dan kau putuskan untuk akhirinya? aku ni mainan ke, kau nak buang and campak-campak?’
0 notes
asyiqineza · 7 years ago
Text
andai bertemu suatu yang menyakiti
andai menyintai suatu yang mustahil
kenapa perlu hati ini berkata engkau.
sudah cukup dengan kata
aku penat dengan dongeng bahagia
segelintir berkata
cinta bukan suatu yang kekal
redha dalam takdir bukan milik
apa pernah mereka selami jiwa aku?
berteriak memanggil engkau yang sudah berlari membawa hati?
bukan waktu yang menyembuhi
bukan yang kedua mengubati
cuma aku perlu penjelasan
dari engkau kejam pergi tanpa paling
cukup kata maaf akukan pergi.
sudah perlu kutahu tapi bodoh masih menunggu
0 notes
asyiqineza · 7 years ago
Text
aku melempar setiap barang yang ada di bilik kecil ini. Berteriak sekuat hati, menangis tak henti. Aku sudah bosan dan penat. Bila difikir kembali, bukan salah aku pada semua yang terjadi. Aku buat semua ini untuk mendapat kebaikan tapi akhirnya, setiap perkara yang aku usaha tinggal sia-sia. Setiap doa yang aku sungguh-sungguh ucapkan, tiada satu yang dimakbulkan.
‘Tuhan dah tak sayang aku ke?’
‘Aku ni memang banyak sangat dosa ke?’
‘asal orang lain bahagia aku tak?’
‘Aku tak mampu nak hadap semua ni!’
tiap hati aku mempersoalkan setiap yang berlaku. kalaulah aku tak ambil keputusan tu, maybe ada doa yang akan termakbul.
Mungkin.
0 notes
asyiqineza · 7 years ago
Photo
Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media
we aint any better, just trying to be better.
0 notes
asyiqineza · 7 years ago
Text
please stop this madness,
please stop this craziness,
this sin became my routine
this shameless act become a habit
please stop this madness,
please stop this craziness,
Im trying everyday
my everyday is a failure.
it keep coming back,
always fall from those sorrow and darkness
i know whats wrong whats right
but it keeps coming back.
please help me from this madness and craziness.
0 notes
asyiqineza · 7 years ago
Text
kalau mampu sebuah cerita dinovelkan,
mahu saja tangan menggapai lalu menulis indahnya kamu.
kalau mampu sebuah lirik dilagukan,
mahu saja jari memetik gitar mengalun indahnya kamu.
kalau mampu sebuah potret dilakarkan,
mahu saja pena basah ini menghasilkan indahnya kamu.
0 notes