Tumgik
Text
Bab 9
Khairiya Izzati melangkah masuk ke dalam pejabat tepat pada pukul lapan pagi.Beg laptop dan handbag disusun rapi di meja kerjanya.Setelah itu dia mengeluarkan laptop berjenama ‘apple’ lalu menekan butang on untuk menghidupkan komputer ribanya.Dia membetulkan kerusinya agar roda kerusi itu tidak menyangkut maxi skirt yang dipakai pada pagi ini. Nafas dilepaskan dengan perlahan sebelum dia memulakan kerjanya yang bertimbun-timbun.Misinya hari ini,adalah untuk menyelesaikan segala kerja yang diarah oleh bossnya.
Kerja sebagai graphic designer bukannya sesuatu yang mudah.Graphic designer? Spontan orang akan berfikir bahawa kerja tu teramat lah mudah.Sejujurnya,mereka salah.Salah kerana,kerja di dalam industri ini sangat memerlukan otak yang berkreatif dan yang paling penting sekali otak yang berfungsi 24 jam sehari! Untuk reka sesuatu logo,branding ataupun namecard,ia perlu memakan masa yang agak lama. Ini untuk memastikan design yang direka adalah design yang luar biasa dan bukan ditiru oleh mana-mana pereka.
Wanita itu amat teruja dan bersyukur kerana dia mendapat peluang untuk berkerja dengan salah satu pereka graphic yang sangat popular di negara ini.Setelah tamat kolej tiga tahun yang lalu,dia mengambil keputusan untuk meneruskan kerjayanya dalam bahagian design. Semua yang telah dia pelajari selama berada di kolej,dia akan gunakan untuk kerjanya ini.Syukurlah,Encik Qalif selaku boss dalam syarikat ini memberi seratus kepercayaan kepada dirinya.
“Riya,jom!”
Khairiya Izzati yang baru saja memulakan rekaannya untuk klient beliau terkejut dengan kehadiran kawan kerjanya.Sekilas mata memandang wajah wanita yang dia kenali sejak dia bermula kerja di syarikat ini. Kening yang rapi dijongket tanda pelik.Aik,dah kenapa dengan Shada ni? Pergi mana?
“Nak pergi mana?” Soal Khairiya Izzati dengan nada hairan.
Shada mendekati kawannya yang menunjukkan riak wajah keliru.Memang sah,dia ni tak baca email dari boss!
“Meeting lah apa lagi,kau ni!”
“Huh? Meeting? Baru pukul lapan kut..selalunya meeting pukul sembilan.” Ujar Khairiya Izzati seraya memandang jam tangannya.Pelik juga boss mengadakan meeting awal pagi ini.
“Hesy,ni mesti kes tak baca e-mail dari boss kan? Boss pesan,hari ni tepat pukul lapan setengah ada meeting tergempar! Tulah kau,kerja kuat sangat sampai e-mail tak baca..”
“Lah..boss hantar e-mail? Aku tak prasan pula..” Ah,ini semua sebab terlalu fokus menghabiskan kerja klient beliau sampai e-mail boss pun tak baca! Hesy!
“Dah lah,jom nanti boss mengamuk pula.”
“Kau tunggu jap,aku nak ambil notebook aku.”
Shada hanya mengagguk tanda faham.Khairiya Izzati membongkar handbag beliau mencari buku notanya.Mata mencari-cari buku yang selalu dibawa apabila mesyuarat diadakan oleh boss mereka.Dia mencebik,puas dia mencari buku notanya tapi tidak kelihatan.Dia mencari pula di atas mejanya,tapi masih tidak berjumpa. Setelah itu,dia membongkar laci di mejanya,dari bawah hinggalah ke atas. Dan,akhirnya dia buku nota yang dicari telah pun dijumpa di laci yang paling atas.
Dengan segera,dia mencapai buku nota yang bersaiz A5.Belum sempat dia menutup laci mejanya,mata kian terpanah ke arah kertas berwarna merah jambu.Perlahan dia mengambil nota kecil itu yang sudah lama dia simpan.Ayat dan nota terakhir yang diterima oleh Khairiya Izzati tiga tahun yang lalu. Bermacam-macam perasaan yang menghantui hati wanita itu pada detik ini. Spontan bibir membaca ayat terakhir yang ditulis di nota kecil itu.
Saya sayangkan awak,Khairiya Izzati..
-Mr.R
“Riya! Apa lagi kau tercongok kat situ…dah,jom!”
Serta-merta lamunan Khairiya Izzati terbang pergi tatkala suara Shada kedengaran.Cepat-cepat dia meyelitkan nota kecil itu di dalam buku notanya.Airmata yang terkumpul di kelopak mata dengan segera dikesat agar Shada tidak syak apa-apa.Nafas dilepaskan agar dia kelihatan tenang.
“Haa,dah jumpa pun notebook aku..Jom Shada,nanti lambat pula kita ni.”
Khairiya Izzati menguntum senyuman nipis meskipun hatinya agak berkecamuk dengan nota tadi.Hesy!
……………………..
“Nah,ni nota terakhir yang kau akan terima dari Rais.Lepas ni,kau tak payah risau lah,takda surat yang akan ada dekat meja kau nanti.” Ujar Naim lalu memberi nota berwarna merah jambu kepada Khairiya Izzati.
Selepas ini,tugasan beliau sebagai seorang sahabat sudah selesai.Tidak perlu lah dia menjadi mangsa untuk menyampaikan surat kepada wanita itu.Penat juga setiap hari pergi ke kelas awal hanya untuk meletakkan nota kecil ini di atas meja Khairiya Izzati. Tapi,demi sahabatnya dia sanggup buat apa saja asalkan dia bahagia.
Dahi Khairiya Izzati berkerut lalu kening berjongket sesaat mendengar ayat Naim.Tanpa perasaan ragu-ragu,dia mengambil nota itu dengan hati berbelah bagi.Dia masih nak hantar surat lagi? Tangan membelek-belek nota yang diberi oleh Naim.
“Betul ke ni nota terakhir?”
“Maybe? Tapi aku yakin,Qal tu serious dengan kata-kata dia.So,aku boleh pastikan yang dia tak akan tulis nota ni dekat kau.” Balas Naim dengan yakin.Dia kenal sangat dengan kawannya itu.
Khairiya Izzati mengangguk tanda faham.
“Lagi satu..aku nak tanya kenapa kau tak boleh terima Qal?”
Khairiya Izzati menghembus nafas keluhan lalu melipat kedua tangannya ke dada.”Aku perlukan masa.Tak semudah tu aje aku nak terima dia.”
Teringat akan persitiwa semalam,peristiwa yang menyakitkan hati dan perasaan beliau sendiri. Setelah mendapat tau Qal adalah Mr.R,hatinya seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan itu.Entah kenapa,tapi dia terasa dirinya ini sudah tertipu dengan Qal.Dia sendiri tidak tahu nama sebenar lelaki itu,adakah Qal atau Rais?
“Tapi,aku nak tanya kau satu benda.”
“Hmm,apa dia? Tanya lah..” Tanya Naim lalu mengambil seketul pemadam lalu memandam lukisan design beliau yang diukir sejak tadi.
“Apa nama sebenar Mr.R? Rais atau Qal?”  
Naim tersenyum nipis tatkala mendengar soalan wanita itu.”Nama sebenar Mr.R? Nama dia..Rais Rayqal.”
“Rais Rayqal….” Sebut Khairiya Izzati dengan nada yang lembut.
‘Tak sangka nama Mr.R ni sedap juga kan.Patutlah,dia suruh panggil Qal aje..sebab nak rahsiakan nama sebenar dia dekat aku!’ Ngomel Khairiya Izzati.
“Riya…Khairiya…Khairiya Izzati!”
Fikiran Khairiya Izzati terhenti apabila nama beliau dipanggil oleh Encik Qalif.Pantas dia menjejak kakinya ke alam nyata.Tanpa dia sedari,fikriannya jauh mengimbas kembali kisah tiga tahun yang lepas. Mata pula beralih kepada wajah bossnya yang kelihatan bingung dengan sikap Khairiya Izzati.Kesemua pekerja yang menghadiri mesyuarat tergempar itu turut serta memandang dirinya yang agak pelik itu.Aduh…malunya!
“Err..yes boss?”
“Awak ni okay ke tidak? Dari tadi duk termenung aja..Awak dengar tak apa yang saya cakap ni?” Ujar Encik Qalif dengan nada yang tegas.
Sejak tadi,dia perhatikan pekerjanya itu tidak memberi perhatian seratus peratus dengan mesyuarat ini.Jika selalunya Khairiya Izzati lah yang selalu mencatat pekara penting dalam buku notanya dan bertanya pelbagai soalan,hari ini pula sikapnya pelik sedikit.Mesyuarat kali ini amat sunyi tanpa suara wanita itu.
“Errm,saya okay boss! Saya dengar…bila boss nak ke London?” Soal Khairiya Izzati.Meskipun fikirannya terganggu,dia dapat juga medengar butiran-butiran penting yang disampaikan oleh bossnya.
“Saya akan berangkat ke London dengan isteri saya hujung minggu ni.Saya akan menetap di London selama enam bulan.”
Hampir ternganga mulut pekerja-pekerja yang berada di bilik mesyuarat itu tatkala mendengar kata-kata boss mereka.Termasuklah Khairiya Izzati dan Shada.Mata mereka membulat tanda terkejut.Enam bulan?! Biar betul boss aku ni?!
“Boss! Enam bulan boss? Boss nak buat apa dekat situ lama-lama?” Tanya Lukman salah satu pekerja beliau.
“Bawa bertenang semuanya..sebab tu lah saya panggil kamu semua ke bilik mesyuarat ni.Saya akan mengambil course design graphics di London.Kebetulan,pereka dan rekaan di sana tip top dan saya nak sangat luaskan pengetahuan saya dalam bidang design.Jadi senang lah saya nak majukan syarikat ni..betul tak?”
Setiap pekerja yang berada di situ mengangguk kepala mereka tanda faham dan setuju dengan kata-kata boss mereka.Betul juga apa yang dikatakan oleh Encik Qalif.Biarlah kita meluasakan pengetahuan kita untuk menjayakan sesuatu pekara.Mungkin,dengan sikapnya ini,syarikat mereka akan menjadi lebih maju dan popular bukan hanya di negara mereka,tapi di serata dunia.
“Jadi,siapa nak ambil alih tempat boss?” Tanya Lukman sekali lagi.
“Minggu depan,Encik Mirza akan mengambil alih tempat saya.He’s one of the best designer dalam industry kita ni.Jadi,apa-apa documents or masalah dalam syarikat ni,Encik Mirza akan uruskan selama enam bulan ni.Faham?” Jelas Encik Qalif kepada para pekerjanya. Dia berharap sangat agar kawannya itu dapat menguruskan syarikat dengan baik.
 Kepala masing-masing hanya mengangguk tanda faham.Shada menjongket keningnya lalu menguntum senyuman nipis kepada Khairiya Izzati.
“Kenapa dengan kau ni?” Tanya Khairiya Izzati tatkala melihat sahabatnya yang kelihatan pelik semacam.
“Kau rasa…Encik Mirza tu handsome tak?” Bisik Shada sambil menyisir rambut panjangnya ke belakang.
Khairiya Izzati mencebik.Lalu menggeleng kepalanya terhadap soalan Shada.Amboi! Kalau lelaki,bukan main laju eh!
“Kau ni..tak habis-habis pasal lelaki kan? Dulu Lukman,sekarang boss baru kita pula?”
“Alah,Lukman tu lain! Mana tau,kut kut boss baru kita tu tersangkut dekat aku ke.Hehe!” Usik Shada seraya tertawa kecil.
“Ewah,ewah kau ni..jangan kau tersangkut dengan suami orang sudah!”
“Kalau,dah handsome,kaya,muda..aku sanggup jadi isteri nombor dua tau.” Dengan selamba Shada membalas kata-kata Khairiya Izzati.Kawannya itu hanya tertawa lalu menggeleng kepalanya berkali-kali.
Hai,Shada ini memang pantang apabila melihat jejaka segak dan kacak di ofis mereka.Contohnya,Lukman.Lukman adalah senior dalam syarikat rekaan graphics ini.Dia sudah bekerja lebih lama dari Khairiya Izzati dan juga Shada.Jadi,selain Encik Qalif,Lukman lah yang sentiasa menjaga dan memantau keadaan dalam ofis.Dan oleh kerana itu,Shada sering memerhatikan gerak geri beliau dan menjadi secret admire Lukman secara senyap-senyap.
Meskipun,Shada ni peramah,ceria dan selamba tapi bab luahkan cinta dia agak pemalu sedikit.Dah bertahun-tahun dia bekerja di sini,tapi tidak pernah sekali pun dia meluahkan perasaan cintanya terhadap lelaki itu.Alasannya,kerana mulutnya seolah-olah dikunci tatkala dia bersama Lukman.Hai,Shada…Shada..
Khairiya Izzati menghembus keluhan kecil.Otaknya sejak tadi dibelenggu dengan segala macam pekara.Pertanyaan demi pertanyaan sering menjentik hati dan perasaannya.Entah kenapa tiba-tiba nama Rais Rayqal melekat di pangkal fikirannya.Mungkin kah,nota terakhir menjadi punca dia bersikap begini?
Sekali lagi,nafas keluhan dilepaskan.
Rais Rayqal…dekat mana kau sekarang?
…………………
Puan Rohana menghidangkan makanan lauk pauk yang dimasak oleh dirinya dan juga Mak Som.Satu per satu dia meletakkan lauk ke meja makan.Sebentar lagi Encik Hamid dan anak-anaknya akan turun ke bawah untuk bermakan malam.Mujurlah,semua ahli keluarganya ada di rumah malam ni,jika tidak wajah Encik Hamid dan Mak Som saja yang dipandang setiap hari.
Setelah meletak semangkuk nasi di meja makan,dia mengerling matanya ke arah anak tangga rumah mereka.Mata terpanah ke anaknya,Rais Rayqal yang sejak tadi berada di biliknya.Mungkin keletihan menguruskan kedai bunga mereka sepanjang hari.
“Hmm,macam sedap aje bau masakkan mama ni!” Puji Rais Rayqal.
Kembang kempis hidungnya menghirup aroma masakkan ibunya itu.Dia mengusap perutnya yang berbunyi sejak tadi.Ah,lapar!
“Mesti lah sedap…mama masak lauk favourite Rais,Lemak ayam cili padi.Sedap kan?” Ujar Puan Rohana lalu mencedukkan nasi untuk ahili keluarga mereka.
“Woo,mesti best ni! Ma,cepat lah sikit ceduk nasi tu.Rais dah lapar ni.” Punggungnya dihenyakkan ke atas kerusi lalu menghulurkan pinggan beliau ke Puan Rohana.
“Kalau lapar sekali pun,tunggu lah papa dan Risha..Hesy,kamu ni!”
“Ha’ah lah abang ni! Tak erti nak tunggu orang kan ma..” Kedengaran suara seseorang dari ruang tamu mereka.
Risha adalah anak kedua dan terakhir Puan Rohana dan Encik Hamid.Wanita itu baru menjejak kakinya ke alam diploma pada minggu yang lepas.Peperiksaan O level membuat dia layak untuk mengambil diploma dalam jurusan business.Mungkin,minat business sudah ada dalam keluarga Encik Hamid.Buktinya,Rais Rayqal juga telah mengambil jurusan yang sama suatu ketika dahulu.
“Eh,eh dia yang lambat nak salah kan orang.”Ngomel Rais Rayqal seraya meramas-ramaskan rambut adiknya dengan sengaja.
Risha mendengus geram dengan sikap abangnya itu.Dari kecil sampai lah ke besar,suka sangat menyakat adiknya.Hai,kalau satu hari tak kacau tak sah!
“Hesy,janganlah kacau rambut Sha! Risha baru balik dari salon tau!”
“Eleh,sama aje abang tengok! Takda beza pun..”
Sekali lagi Rais Rayqal menyakat adiknya.Tangan masih meramas-ramaskan rambut Risha yang panjang dan lurus itu.Memang macam ni lah perangai kedua adik beradik di rumah Encik Hamid.Sungguh riuh-rendah dengan gelagat mereka berdua!
“Rais..dah lah tu kacau Risha.Meh,kita makan.Papa pun dah lapar ni.”Ujar Encik Hamid lalu mengambil tempat duduknya di sebelah Puan Rohana.
Masing-masing menjamu selera setelah doa makan dibaca oleh Rais Rayqal. Akhirnya,dapat juga lelaki itu menjamu makanan kegemaran beliau.Puan Rohana pula,mencedukkan lauk pauk yang tersaji ke pinggan suaminya.Bibir menguntum senyuman nipis tatkala melihat kedua anaknya makan dengan penuh selera.
“Rais,macam mana cawangan kedai baru kita tu? Semuanya dah siap?” Soal Encik Hamid tentang cawangan baru kedai bunga mereka yang sedang di dalam proses renovasi.
“Nampaknya,semuanya dah selesai pa,cat dinding semua baru aje selesai tadi pagi.Cuma tinggal,perabut,barang-barang and bunga untuk dijual.” Jelas Rais Rayqal.
Syukurlah,kedai bunga mereka semakin maju sejak beberapa tahun ini.Perniagaan yang maju itu,membuat mereka berpeluang untuk membuka satu lagi cawangan di salah satu pusat membeli-belah.Kini,lebih ramai lah pelanggan mengunjungi kedai bunga mereka.Disebabkan pusat membei-belah itu selalu saja dibanjiri dengan manusia,terutama sekali pada hujung minggu.
Ini semua hasil titik peluh mereka sekeluarga dalam mengusahakan perniagaan kedai bunga ini.Hampir setiap hari ‘Infinity Flowers’ akan dikunjungi dengan pelanggan sehingga ada jug ayang menjadi regular customer di kedai mereka!
“Bagus lah kalau macam tu.Boleh lah kita siap sedia dengan barang-barang kita tu,yelah kalau nak tunggu lama-lama pun tak elok.Ramai yang tengah tunggu kedai baru kita tu..”
Rais Rayqal hanya mengangguk tanda faham dengan kata-kata papanya.Air syrup yang dituang oleh ibunya dihirup membasahi tekaknya.
“Esok,mama ingatkan nak jenguk kedai baru kita tu.Rais,tolong hantarkan mama ya? Yelah,nak tengok juga perkembangan kat sana..”
“Hmm,boleh ma.Nanti Rais hantarkan,nak tolong apa yang patut.Nak harapkan Maya tu…sampai ke sudah kedai kita nak siap.” Ujar Rais Rayqal.Boleh jadi serabut kepalanya memikirkan tentang pekerja baru mereka,Maya. Kerja bukan yang bagus sangat,ada aje yang tak kena dengan perempuan tu.
“Hesy,kamu ni..kan mama dan pesan,Rais sepatutnya bertanggungjawab untuk mengajar Maya tentang kerja kita ni.Yelah,kamu kan pengurus kedai tu,jadi kena lah ajar dia cara yang betul buat kerja.Nanti lama-lama dia pandai lah.”
“Ha’ah,papa setuju dengan mama.Kamu bagi lah masa sikit untuk dia sesuaikan diri dengan kerja kita ni.Bukan senang tau nak kenal dan ingat semua nama-nama bunga tu.” Satu persatu nasihat yang diterima oleh Rais Rayqal.
Dia melafazkan keluhan kecil.
Hampir setiap ayat yang dikeluarkan oleh bibir orang tuanya,dia sudah hafal.Ini lah ayat-ayat yang akan mereka ucapkan setiap kali dia mengadu tentang Maya.Walupun,dah berulang-kali dia mengajar Maya semua nama dan mengenalkan bunga-bunga di kedai mereka,kerja Maya tetap tidak memuaskan hatinya.Hampir saja,Maya memberikan bunga yang salah kepada regular customer mereka.Mujurlah,dia ada di kedai pada hari itu.Dapat juga dia mengelakan aduan dari pelanggan!
“Hmm…yelah ma,pa..Rais faham.”
“Abang,kak Maya tu lawa ke?”
Rais Rayqal mencebik tatkala mendengar soalan adiknya.Sengaja Raisha bertanya soalan begitu,mana tau kut kut abangnya tersangkut dengan kak Maya!
“Kak Maya lawa? Abang rasa…adik abang ni lah yang paling lawa kalau nak dibandingkan kak Maya tu..” Ujar Rais Rayqal,Bibir menguntum senyuman lebar seraya tertawa kecil.
“Hesy,abang ni..nak perli Sha uh ni.Sha tau lah,Risha tak selawa Kak Maya.” Ngomel Risha lalu memucungkan bibirnya tanda merajuk.
“Amboi,dah pandai merajuk ye? Betul lah abang cakap tadi,adik abang ni lagi lawa dari Kak Maya.Tak percaya tanya mama atau papa..”
Puan Rohana tertawa tatkala melihat gelagat anaknya.Kepala digelengkan berkali-kali.”Sudah lah tu Risha,Rais..habiskan makan tu.”
Kedua adik beradik itu hanya mengejek satu sama lain dengan reaksi wajah mereka.Tak ubah-ubah perangai mereka berdua walaupun yang satu sudah Sembilan belas tahun,yang lagi satu sudah mencecah dua puluh tujuh tahun! Hai,apa lah nasib..
2 notes · View notes
Text
Bab 8
“Aduh!” 
Seorang anak kecil yang dalam lingkungan lima tahun terjatuh ketika berlari menuju ke taman permainan.Fokus Khairiya Izzati yang sejak tadi khusyuk membaca novelnya terganggu dengan jeritan anak kecil itu. Spontan wajah diangkat lalu mata memandang ke gadis kecil yang terjatuh di hadapannya.
Tanpa berfikiran panjang,dia bergegas menuju ke gadis kecil yang sedang menangis akibat lututnya yang cedera.Hampir terkejut Khairiya Izzati melihat darah mengalir dari lutut anak kecil itu.Spontan dia menyeluk handbagnya lalu mencapai tisu paket dan mengelap darah yang berlemuran itu.
“Ya Allah...kenapa boleh jadi macam ni sayang...” Ujar Khairiya Izzati seraya mengelap kesan darah.
“Mira...mira...nak main slide...” Tersedu-sedan anak kecil itu menangis sambil jari menunjuk papan gelongsor yang berada di taman permainan itu. Jadi nama anak kecil itu Mira lah..
“Kenapa pergi sorang-sorang...mana mama papa Mira?”
Soal Khairiya Izzati.Mata mencari-cari kelibat ibu dan ayah Mira yang entah ke mana.Takut juga mereka risau akan keadaan anak mereka nanti.Tak fasal-fasal aku kena marah dengan mak bapak dia nanti! 
“Aunty..sakit...” Khairiya Izzati semakin kalut tatkala anak kecil yang bernama Mira mengadu kesakitan. 
Dia seolah-olah buntu pada waktu itu.Ingin bawak gadis itu ke klinik tapi...kalau mak dan bapanya cari macam mana? Tapi,kalau tak bawak dia ke klinik...kasihan pula.Ah!
“Mira!” 
Tiba-tiba kedengaran sesorang memanggil nama anak kecil itu dari jauh.Terkejut Khairiya Izzati tatkala mendengar jeritan tersebut.Dia yakin,suara itu milik ayah Mira.Perasaan gementar mula meresap dalam tubuhnya apabila langkah lelaki itu semakin lama,semakin dekat.Mata masih terpacak ke lutut Mira yang masih berdarah.
“Ya Allah! Kan,papa cakap jangan pergi mana-mana!”
“Errm...maaf Encik..Tadi,anak Encik jatuh.Dia sebenarnya nak main slide dekat playground tu.Mungkin,dia terlalu excited kut sebab tu tersungkur tadi.”Jelas Khairiya Izzati kepada ayah Mira.
“Hesy,nasib baik lah awak ada dekat sini.Puas saya cari dia tadi...”
Lelaki itu meraup wajahnya yang agak kalut itu.Lalu mengangkat Mira yang sejak tadi menangis kesakitan.Mujurlah,darah yang mengalir sudah henti pada saat ini.Badan yang agak sasa membuat dia senang untuk mengangkat Mira.Gadis kecil itu serta-merta memeluk tubuh ayahnya lalu berhenti menangis.
“Err,saya sebenarnya nak bawak anak Encik ke klinik..tapi risau juga sebab takut ada orang cari dia nanti.”Ujar Khairiya Izzati. 
Mata meneliti lelaki itu dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki.Baju kemeja yang berwarna biru dan seluar khakis menandakan lelaki itu baru pulang dari kerjanya.Waktu pun sudah pukul lima petang,bermakna dia baru saja pulang dari pejabat.Nampaknya,lelaki itu masih dalam zaman 30an,atau pun late twenties.Muda! 
Ini,mesti kahwin muda,mesti wife dia cantik! Dan tatkala pasangan yang sangat cantik dan kacak,sudah tentu lah anak mereka akan mewarisi wajah yang comel itu. Ah,untunglah Mira ada papa dan mama yang sangat cantik!
 “Terima kasih ya sebab tolong Mira tadi..kalau awak takda,entah apa jadi dekat Mira..”Ucap lelaki itu lalu mengusap rambut Mira yang lurus.Terserlah,wajah risau yang terpamer di wajahnya.
 Khairiya Izzati hanya tersenyum tanda ikhlas atas pertolongan yang diberi tadi.”Saya rasa,lebih baik Encik bawak Mira ke klinik.Yelah takut luka dia serious.”
 Lelaki itu megangguk tanda faham.Mungkin betul degan apa yang dicakap oleh wanita itu.Takut juga luka yang ada di lutut anaknya serius.Lebih baik dia membawa Mira ke klinik sebelum terjadi apa-apa.Syukurlah,ada Khairiya Izzati yang jumpa dan menolong Mira,jika tidak entah ke mana dia ingin mencari Mira nanti.
 “Beb,nah air kau!Aku..”
Spontan kepala masing-masing menoleh ke arah Annisa yang sedang mendekati Khairiya Izzati.Tangan dipenuhi dengan botol air yang baru saja dibeli di kedai berdekatan.Kata-katanya terhenti tatkala melihat seorang lelaki segak bersama kawannya.Kening berjongket tanda hairan.Siapa pula dia ni? Tak pernah nampak pun..
 “Err..Saya minta diri dulu ya..Assalamualaikum.” Ujar Khairiya Izzati sebelum dia meninggalkan mereka di tempat itu.Sekilas dia menoleh kembali ke Annisa yang agak keliru itu.Dia pasti,lepas ni soalan demi soalan yang akan terkeluar dari bibirnya.
 “Walaikumussalam..anyway..terima kasih sekali lagi ya.” Sekali lagi ucapan terima kasih diucapkan kepada Khairiya Izzati.
Mira yang sejak tadi memeluknya kini menoleh ke arah Khairiya Izzati lalu sempat melambaikan tangannya ke wanita itu.Khairiya Izzati hanya tersenyum lebar dengan sikap gadis kecil itu.Meskipun matanya agak sebam akibat menangis sejak tadi,dia tetap kelihatan comel! Pipi yang tembam itu membuat Khairiya Izzati seolah-olah ingin mencubit pipinya berkali-kali!
Annisa memandang kawannya dengan penuh tanda tanya tatkala mereka berlalu pergi dari lelaki dan anak kecil itu. Kepala yang tidak gatal digaru tanda hairan.Setahu dia,ttidak pernah dalam seumur hidupnya,dia melihat jejak itu.Jadi,siapa pula?
 “Sudah-sudah lah tu pandang aku macam aku ni dah rompak bank.”Usik Khairiya Izzati lalu menyirup air apple tea melalui straw minuman dari botolnya.
“Eh,siapa dia tu? Tak pernah Nampak pun!” Tanya Annisa dengan penuh keraguan.
 “Takda siapa lah.Aku pun tak kenal dia.” Selamba saja Khairiya Izzati membalas soalan Annisa.
 Annisa mencebik. Kening pula dijongket.Aik,takda siapa? Lalu melipat kedua tangan ke dadanya seolah-olah tidak puas hati dengan sahabatnya.
“Betul ke? Tapi,aku tengok korang macam dah kenal setahun aje.”
“Betul lah.Anak dia jatuh depan aku tadi sampai berdarah lutut dia.Lepas tu bapa dia datang then dia cakap terima kasih dekat aku sebab tolong anak dia.Tu aje..” Jelas Khairiya Izzati agar kawannya itu tidak syak yang bukan-bukan.
 “Laaah…tu aja? Aku pikir lelaki mana minta nombor telefon kau!” Usik Annisa seraya tertawa kecil.
“Choi! Dia dah ada isteri dan anak okay! Kau ni,agak-agak uh..suami orang kut!” 
“Alah..kau ni aku gurau je!”
“Gurau tu ada lmit okay.Tak fasal-fasal aku ni jadi perosak rumah tangga dorang.Eeee,tak nak lah!” Kata Khairiya Izzati.Suami orang jangan buat main-main!
“Yelah…aku gurau sikit je,mula lah tu lecture petang-petang buta ni.” Ngomel Annisa.
 Khairiya Izzati hanya tertawa melihat gelagat kawannya itu.Tidak sedikit pun perubahan yang ada pada perangai Annisa sejak zaman kolej lagi. Perangai dan sikapnya masih sama sehinggalah mereka menjejak kaki ke alam pekerjaan.Walaupun sudah tiga tahun mereka menamatkan pelajaran mereka di kolej,mereka tetap meluangkan masa mereka bersama. Ini dapat mengkukuhkan lagi persahabatan mereka yang sudah lama mereka jalin.
 …………………
 “Kak…lama lagi ke nak siap kerja tu?” Soal Khairiya Izzati yang sejak tadi menunggu Khalisah mengemas butiknya.
 Sekilas dia menoleh ke jam tangannya.Jam menunjukkan pukul lapan malam.Nampaknya,dia telah menunggu Khalisah selama sejam! Perasaan geram mula menghantui dirinya.Geram kerana terpaksa menunggu selama satu jam! Lama tu! Perut pun dah berkeroncong ni!
 “Okay! I’m done!” Ujar Khalisah tatkala baju-baju yang ditempah telah pun disusun rapi ke almari butiknya.
 Spontan bibir menguntum senyuman nipis sesaat melihat adiknya yang kelihatan bosan.Sengaja dia mengajak adiknya ke sini kerana dia ingin meluangkan masa bersama Khairiya Izzati sebelum dia mendirikan rumah tangga dan digelar isteri kepada Amran.Dia akui selama ini hubungan dia dan adiknya agak rumit dan mereka selalu saja bertengkar. Tetapi,sejak kebelakangan ini,Khalisah sedar bahawa Khairiya Izzati sudah berubah menjadi wanita yang lebih matang.
 Sikap matang Khairiya Izzati membuat hubungan adik beradik itu menjadi suatu ikatan yang kuat. Meskipun,ada sedikit perbalahan antara mereka berdua,tapi…itu semua tidak menjejaskan hubungan rapat yang mereka ada pada saat ini.Kedua-dua wanita itu telah mengugurkan ego mereka untuk merapatkan lagi silahturahim yang sudah lama terlerai. Jika dulu,Khalisah terpaksa menegur kesilapan adiknya,kini..dia tidak perlu lagi kerana dia tau,Khairiya Izzati sudah besar dan tahu bezakan mana dosa dan pahala.
 “Dah habis? Kalau macam tu jom pergi makan! Riya lapar lah kak..” Ngomel Khairiya Izzati seraya mengusap perutnya yang sejak tadi berbunyi.
 “Ala..ala…Kesian adik kakak ni,lapar ya? Yelah,nanti akak belanja makan okay?”  Khalisah mencapai handbag beliau lalu mendekati Khairiya Izzati yang berada di sofa butik itu.
 “Belanja makan? Hmm,macam tu lah kak lisa! Dah lah,jom!”
 Tanpa berlengah masa,Khairiya Izzati bangkit dari tempat duduknya lalu melangkah keluar dari butik Khalisah.Kakanya hanya mengikut langkah adiknya seraya tangan memeluk lengan Khairiya Izzati.Sudah lama dia tidak bermanja dengan adik kesayangannya ini.
 Khalisah tersenyum lebar tatkala melihat gelagat comel adiknya.Meskipun umur semakin matang,Khairiya Izzati tetap kelihatan seperti keanak-anakkan di matanya.Memang tidak dapat dinafikan bahawa wanita itu sangat ceria dan selamba! Perasaan berat hati mula meresap dalam hatinya.Berat hatinya untuk meninggalkan adik dan ibunya setelah berkahwin nanti.Hesy…
 “Riya,tunggu kat kereta dulu..akak nak lock semua pintu kat butik ni.” Arah Khalisah.
 Sebelum mereka beredar dari butik itu,sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memeriksa semua pintu dan alat kawalan sudah ditutup dan dikunci.Ini untuk mengelakan dari pekara yang tidak diingin berlaku.Contohnya,pecah masuk dan mencuri.
 Khairiya Izzati hanya mengangguk lalu menuju ke arah parkir kereta berdekatan dengan butik Khalisah. Mata kian mencari-cari kereta milik kakaknya. Mujurlah,ada cahaya lampu yang menyinari parkir kereta itu,jika tidak jangan harap dia akan berjumpa dengan kereta Khalisah. Dia mencepatkan langkahnya tatkala mata terpanah ke kereta berwarna putih di hujung parkir kereta.
 Namun,langkahnya termati buat seketika sesaat bahunya ditepuk oleh seseorang.Jantung tiba-tiba berdegup dengan laju.Dia menelan liur tanda gementar.Pelbagai macam soalan bermain di fikirannya pada saat ini.Siapa yang berada di belakangnya? Mustahil Khalisah kerana tidak mungkin,dia akan memeriksa alat kawalan dengan begitu pantas! Jadi….siapakah?
 Dengan perasaan penuh gementar,dia menoleh badannya ke belakang.Lalu,dia mengangkat wajahnya dengan perlahan.Dan tatkala mata terpanah ke susuk tubuh yang berada di depannya,hati mula dihantui dengan segala macam perasaan. Geram,sedih,berkecamuk…semuanya terkumpul pada saat itu. Kening berjongket sesaat melihat raut wajah lelaki itu.Mata kini terhala ke arah wanita yang berada di sebelahnya. Tanpa dia sedari,kedua tangannya digenggam seolah-olah dia sedang menahan amarahnya.
 “Riya…”
 Encik Khalis memanggil lembut nama anaknya yang sudah lama tidak terkeluar dari bibirnya.Sesungguhnya,dia sangat merindui anaknya yang pada suatu ketika dulu amat rapat dengan beliau.Airmata sudah terkumpul di kelopak matanya sesaat melihat Khairiya Izzati.
 Khairiya Izzati hanya terdiam.Mulutnya seolah-olah dikunci dari berbicara.Sungguh,dia tidak sangka bahawa dia akan terjumpa dengan orang yang dia amat benci! Sakit hatinya tatkala melihat Encik Khalis berada di depan matanya.Meskipun sudah bertahun-tahun peristiwa hitam itu berlaku,Khairiya Izzati masih menyimpan perasaan dendam dengan bapanya sendiri.
 “Riya…Riya sihat?” Soal Encik Khalis dengan nada yang penuh kelembutan.Sejujurnya,dia ingin sekali meluangkan masa dengan anak-anaknya,tapi apakan daya....dirinya terus dibenci oleh kedua anaknya.
 “Sejak bila pula papa ambil berat pasal Riya.” Dengan penuh dendam,Khairiya Izzati membalas soalan bapanya.
 “Papa…papa minta maaf ya? Papa tau,selama ni papa yang salah.”
 “Senang aje kan papa nak minta maaf..Papa ingat,dengan minta maaf…you can make things better? Papa ingat,papa boleh kembalikan keluarga kita macam dulu?” Tanya Khairiya Izzati dengan nada sinis.
 Encik Khalis menghembus nafas keluhan tatkala mendengar kata-kata anaknya itu.Dia sedar Khairiya Izzati tidak dapat melupakan peristiwa yang berlaku beberapa tahun yang lalu.Dari riak wajah wanita itu,Encik Khalis pasti,bukan senang untuk mengambil hati anaknya kembali.
 Khairiya Izzati meneliti wanita yang sejak tadi hanya mendiamkan diri.Mata memandang wanita itu dengan renungan tajam.Wanita itu kelihatan agak muda dari ibunya.Mungkin,wanita ini lah yang membuat kerosakan dalam rumah tangga ibu bapanya.Dan yang paling perih sekali,merosakkan hubungan mereka sekeluarga.
 “Jadi,ini ke wanita yang papa sanjungi sampai papa tinggalkan kita semua? Ini ke,wanita yang lebih hebat dari mama?”  
Encik Khalis terdiam seolah-olah dia setuju dengan pendapat Khairiya Izzati.
“Kenapa papa diam? Jadi betul lah,wanita ni yang telah merosakkan keluarga kita?”  Sambung Khairiya Izzati.
“Papa?”
 Serta-merta kesemua kepala yang berada di parkir kereta itu menoleh ke arah Khalisah yang agak terkejut dengan kehadiran Encik Khalis. Meskipun hati amat merindui papanya,dia tetap turut merasakan apa yang Khariya Izzati rasa pada saat ini.Marah? Sudah tentu,tapi benci? Dia juga tidak pasti.
 “Lisa..”
 “Riya,jom kita balik.” Arah Khalisah dengan nada yang tegas lalu mencapai tangan Khairiya Izzati untuk menjauhkan diri mereka dari Encik Khalis.
 Sejujurnya dia tidak mahu berinteraksi dengan Encik Khalis.Lelaki yang sudah menghancurkan segalanya.Bibir terasa berat untuk berbicara bersama papanya walaupun dalam otaknya ada seribu satu soalan yang ingin disoal kepada Encik Khalis.Mata kian memandang seorang wanita yang berpakaian sopan dengan tudung chiffon pink.Pantas otak berfikir bahawa ini lah wanita yang menjadi tumpuan Encik Khalis setelah bercerai dengan Puan Aslinah.
 “Lisa..Riya!”
 Panggilan Encik Khalis dihiraukan oleh Khairiya Izzati dan juga Khalisah.Mereka berdua hanya mendiamkan diri dari berkata-kata.Tidak sesekali pun mereka menoleh ke belakang untuk memadang bapa mereka yang kelihatan terkejut dengan reaksi anaknya.Khalisah menghembus nafasnya agar dia kelihatan tenang tapi hati masih berdegup laju.Maafkan Lisa pa…Lisa belum ready untuk berjumpa dengan papa….
“Bang…apa kita nak buat sekarang ni?” Wanita yang sejak tadi terpaku melihat sikap Khalisah dan Khairiya Izzati menyoal kepada Encik Khalis.
“Abang tak tau lah Imah..dorang masih marahkan abang..”
“Sabar ya abang? Imah yakin,suatu hari nanti,hati dorang semua akan terbuka juga.” Pujuk Sarimah lalu mengusap lengan suaminya agar dia tidak berputus asa untuk berbaik semula dengan anaknya.
Encik Khalis menguntum senyuman tawar.Hati ingin sekali meluahkan rindu kepada anaknya.Tapi,nampaknya dia perlu bersabar sikit untuk mendekati Khalisah dan juga Khairiya Izzati.Mungkin,ini semua balasan yang harus dia hadapi atas semua silapnya.Kesilapan yang telah memisahkan mereka sekeluarga.
Ya Allah…berikan lah aku kekuatan!
0 notes
Text
Bab 7
Suasana di perut kereta chevrolet yang berwarna putih itu agak sunyi sepi meskipun ia dipenuhi dengan dua penumpang dan satu pemandu kereta.Perlahan Qal memutarkan lagu di radio keretanya untuk menghilangkan rasa kekok yang berlaku saat ini. Mata pula melirik ke arah cermin keretanya.Jelas kelihatan raut wajah yang bingung terpamer di wajah Khairiya Izzati dan Annisa.
Sekilas Khairiya Izzati menoleh ke arah Annisa.Isyarat mata ditunjukkan kepada wanita itu seraya bahu menjongket berkali-kali. Sesungguhnya dia tidak tahu ke mana lelaki itu akan membawa mereka berdua. Setelah kelas animasi mereka tamat,kedua-dua wanita itu dikejutkan dengan kehadiran Qal di luar kolej mereka. Pelik juga kenapa Qal berada di situ.
“Erm,Qal..awak nak bawak kita berdua pergi mana?” 
Soalan Khairiya Izzati memecah kesunyian di perut kereta itu. Qal tersenyum nipis tatkala mendengar soalan wanita itu. Tujuannya hanya lah untuk membawa Khairiya Izzati tetapi oleh kerana dia takut suasanan akan menjadi kekok,dia mengajak sekali sepupunya,Annisa bersama ke satu tempat ini. 
“Nanti awak tau lah.Don’t worry saya tak culik awak pun.Hahaha..” Gurau Qal agar dia dapat membuat wanita itu tenang. 
Khairiya Izzati menguntum senyuman lega walaupun hatinya tidak henti-henti tertanya di mana mereka akan pergi. Mata terhala pula ke arah pamandangan di luar tingkap kereta itu. Nampaknya,mereka sedang melalui kawasan perumahan.Kawasan perumahan yang dipenuhi dengan banglo membuat mata Khairiya Izzati dan Annisa terkebil-kebil. Setiap banglo yang berada di situ sungguh cantik dan mewah di mata mereka. Tidak pernah dia melihat banglo sebesar itu.Maklumlah,rumahnya hanya lah flat yang tidak seluas dan secantik kawasan perumahan di sini.
Khairiya Izzati mengaru kepalanya yang diliputi dengan tudung mint pastel beliau. Otak kian bertimbun-timbun dengan pelbagai soalan.Apa yang mereka buat di sini? Rumah siapakah yang akan mereka pergi? ‘Takkan...rumah...Eh,takkan lah!’ Bisik hati kecil Khairiya Izzati. Tangan pula digoncang-goncang oleh Annisa.
“Aku rasa....aku tau kat mana kita sekarang ni..” Bisik Annisa kepada kawannya.Mata masih fokus melihat kawasan perumahan mencari kepastian.
Spontan Khairiya Izzati menoleh ke arah Annisa. Annisa tau? ”Kat mana?” 
“Rumah..” Balas Annisa lalu memucung bibirnya ke arah Qal yang fokus memandu keretanya. 
Luas biji mata Khairiya Izzati apabila melihat muncung bibir kawannya itu memandang tepat ke arah lelaki itu. Dia menelan liur tanda resah. Jantung bagiakan ingin tercabut kerana terlalu gementar dengan apa yang berlaku saat ini. Apa tujuan Qal membawa mereka berdua ke rumahnya? Apa motifnya? 
Tanpa mereka sedari,kereta Chevrolet berhenti di tepi salah satu rumah banglo. Khairiya Izzati mengigit bibirnya tanda resah.Fikirannya pula memenjadi keliru buat seketika begitu juga dengan Annisa. Sudah lama dia tidak menjejak kakinya ke rumah banglo ini.Kali terakhir Annisa menjejak kakinya di sini adalah pada waktu Hari Raya.Itu pun kerana mereka menghadiri rumah terbuka yang dijemput oleh keluarga Qal. 
“Okey,kita dah sampai! Let’s go girls!” Ujar Qal lalu bingkas keluar dari perut kereta itu. Kedua-dua wanita itu memandang satu sama lain lalu mempamerkan reaski hairan.
 “Beb! Apa kita buat kat sini?” Soal Khairiya Izzati dengan nada yang agak gementar.
“Itu yang aku tak tau! Hesy! Dah lah jom keluar!” 
Tanpa berfikiran panjang,mereka keluar dari perut kereta itu dengan hati yang berat. Tangan menyakut beg galas di bahunya sesaat keluar dari perut kereta.Mata pula terhala ke arah rumah banglo yang agak besar itu. ‘Woah….ini rumah Qal? Cantiknya!’ Khairiya Izzati seola-olah tidak percaya dengan apa yang dia lihat ketika itu. 
“Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa saya bawak korang kat sini”
Annisa dan Khairiya Izzati tersenyum kelat lalu mengangguk kepala mereka dengan perlahan. 
“Saya nak ajak awak dan Nisa makan lunch dengan keluarga saya.”
 Serentak kedua-dua wanita itu menunjukkan expresi terkejut.Hampir ternganga mulut mereka mendengar tujuan Qal membawa mereka ke sini.Rupa-rupanya untuk makan tengahari bersama keluarganya! Nafas gementar dilepaskan oleh Khairiya Izzati.Entah kenapa,hatinya tiba-tiba semakin laju berdegup. Ini bermakna,dia akan bertemu dengan ibu dan juga ayah Qal nanti.Ya Allah,nervousnya!!
“Err…tapi kenapa eh?” Soal Khairiya Izzati mencari kepastian.
“Tulah Qal,Nisa pun pelik bila Qal bawak kita orang dekat rumah Mak ngah.”
“Saja aje..anggap saja ni cara saya balas balik dinner birthday mak awak semalam.And you,Nisa…sebab Nisa dah lama tak datang and jenjuk Mak Ngah dan Pak Ngah.” Jelas lelaki itu. 
Sengaja dia memberi alasan yang bernas kepada mereka.Memandangkan hari ini,ibu dan bapanya ada di rumah,dia membuat keputusan untuk mengajak mereka berdua makan tengahari di sini.Dapat juga dia mengenalkan Khairiya Izzati kepada orang tuanya. Wanita yang telah membuat hatinya berbunga-bunga tatkala melihat wajahnya.
Khairiya Izzati menjongket kening kananya.Lalu menghembus nafasnya dengan perlahan. Jadi,dia ingin membalas dinner malam tadi? Aduhai! Dia belum bersedia untuk berdepan dengan ibu dan bapa Qal! Entah kenapa kakinya seolah-olah menjadi longlai buat seketika. Perasaan gementar beliau semakin lama,semakin teruk.Ingin saja dia melarikan diri dari tempat itu.Tapi,apakan daya dia tidak mampu mengikut perasaanya itu disebabkan,kakinya sudah melangkah masuk ke pekarangan rumah itu. 
Mata memanah ke sekitaran pekarangan rumah itu.Jelas kelihatan keluarga mereka meminat dengan tanaman dan bunga.Melihat taman mereka yang dipenuhi dengan bunga-bunga segar dan pokok-pokok yang ditanam rapi,tidak wajar lah jika mereka mempunyai business bunga mereka sendiri.
Mujurlah,bunga itu berada di hujung pekarangan rumah mereka,jika tidak habis lah allergik wanita itu akan tiba lagi!Setalah berada di depan pintu rumah itu,seorang wanita setengah umur membukakan pintu untuk mereka. Khairiya Izzati meneliti wanita itu dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki. Dia yakin,itu bukan ibu Qal memandangkan raut wajah wanita itu tidak sama dengan Qal.Gayanya,wanita itu pasti pembantu rumah mereka.
“Silakan masuk…” Jemput wanita itu seraya menguntum senyuman lebar. Khairiya Izzati dan Annisa mengangguk tanda terima kasih dengan layanan wanita itu.
Dengan perlahan mereka memasuki rumah banglo yang luas dan cantik itu.Khairiya Izzati terasa dirinya kecil teramat tatkala memasuki rumah Qal.
“Mak Som,mama dan papa mana?” 
“Mama,papa ada kat ruang tamu tu.Qal masuk aje dulu.Mak Som buatkan air..”Ujar wanita yang bernama Mak Som.Jadi betul lah tekaan Khairiya Izzati.Wanita itu lah sebenarnya,pembantu rumah mereka
.Qal hanya mengangguk lalu membawa Khairiya Izzati dan Annisa ke ruang tamu mereka.Kedua-duanya hanya mengikut langkah Qal dari belangkang ke ruang tamu.Hati kian berdebar-debar sesaat mereka sampai berdepan dengan ibu dan bapa Qal.
“Ma..pa..kenalkan Khairiya Izzati.Kawan Rais..”Serta-merta kepala Khairiya Izzati menoleh ke arah lelaki itu. Luas biji mata Khairiya Izzati sesaat mendengar nama yang disebut oleh Qal. Betulkah apa yang dia dengar? 
Hatinya berdebar-debar.Kakiknya bagikan lemah buat seketika,mulutnya pula hampir ternganga dengan nama itu. 
“Aku bagi first name dia...nama Mr.R adalah...Rais."
Ayat itu terngiang-ngiang di dalam benak fikirannya pada saat ini. 
Teringat akak clue yang diberi oleh Naim.Jika benar Mr.R itu adalah lelaki yang berada di sebelahnya,kenapa dia perlu rahsiakan identitinya? Dan benarkah dia telah menyuruh Naim untuk meletak semua nota di mejanya? Ahh,dia perlu siasat pekara ini secepat mungkin!!
“Cantiknya kamu ni!” 
Lamunan Khairiya Izzati terbang pergi tatkala mendapat pujian dari seseorang wanita. Mata mengalih pula ke arah wanita itu.Lalu menguntum senyuman nipis atas pujian yang dia dapat.Meskipun hatinya seolah-olah dihempas dengan segala macam perasaan,dia tetap mampu tersenyum.
“Assalamualaikum..aunty..” Sapa Khairiya Izzati dengan suara yang lembut. 
“Walaikumussalam,Annisa pun ada sekali? Korang berdua kawan ya?” Soal Puan Rohana. Mata masih memandang wajah Khairiya Izzati yang gebu dan cantik itu. Pakaiannya yang sopan membuat hati Puan Rohana berbunga-bunga dan tenang saja melihat wanita itu.
“Ha..a’ah Mak Ngah.Riya ni,sebenarnya kawan kolej Nisa.” Jelas Annisa lalu mereka berdua mengambil tempat duduk di sofa ruang tamu itu.
 Puan Rohana hanya mengangguk lalu melabuhkan pingangnya ke sebelah suaminya,Encik Hamid.Kehadiran Khairiya Izzati di situ membuat suasana di ruang tamu itu menjadi meriah.Entah kenapa,aura wanita itu kuat sangat sehingga dia sangat tenang apabila meliihat wanita itu. ‘Patutlah,Rais bukan main seronok ajak Khairiya ke sini! Cantik betul dia!’ Bisik hati kecil Puan Rohana.
“Khairiya ambil course apa dekat kolej? Sama dengan Annisa juga?” Kini,giliran Encik Hamid bertanya kepada Khairiya Izzati.
“Er,panggil aje Riya..” Ujar wanita itu.Dia tahu agak panjang dan susah untuk mereka menyebut namanya. Senang juga untuk mereka menyebut nama pendek beliau,iatu Riya.
Encik Hamid hanya tersenyum nipis dengan arahan Khairiya Izzati.
“Riya ambil diploma in design,sama dengan Nisa uncle.”Sambung Khairiya Izzati.Hati dan otaknya masih berkecamuk dengan lelaki yang berada di depannya.Kalau boleh,dia ingin sekali keluar dari rumah ini,tetapi dia tidak sanggup mengecewakan kedua orang tua Qal.
 Puan Rohana dan Encik Hamid hanya mengangguk tanda faham.Sempat mata Khairiya Izzati meneliti wajah Puan Rohana.Tidak hairan lah jika Qal mempunyai paras rupa seperti orang korea.Puan Rohana juga mempunyai wajah yang sangat gebu dan mirip seperti orang korea atau jepun! Barangkali,keluarga mereka dari keturunan orang-orang korea.
“Puan,Tuan..makanan sudah siap.”
Serentak kepala di ruang tamu itu menoleh ke arah Mak Som.Puan Rohana tersenyum nipis tatkala mendapat isyarat dari Mak Som,pembantu rumah mereka. Spontan dia bangkit dari sofa yang empuk itu lalu mengajak Khairiya Izzati dan Annisa ke meja makan.
”Jom,kita makan lunch!” 
Tanpa berfikrian panjang,mereka melangkah ke meja makan. Khairiya Izzati sempat mendekati kawannya yang kelihatan selamba saja. Jika kawannya tau Qal itu adalah Mr.R,confirm terkejut gila Annisa! Hesy,tapi takkan lah Nisa tak tau nama panjang Qal? Khairiya Izzati mengigit bibirnya tanda resah.
“Beb,kau okay tak?” 
Annisa menyiku lengan Khairiya Izzati lalu membisik kepadanya.Sejak tadi,kawannya kelihatan tidak keruan.Mindanya seolah-olah diganggu dengan segala macam pekara.Dia ni nervous sangat ke?
“Aku…err..”
“Kau tak payah risau lah..Mak Ngah,Pak Ngah okey..dorang tak garang pun! Kau relax aje okey?” Belum sempat Khairiya Izzati memberitahu hal yang sebenar,Annisa terlebih dahulu menyampuk katanya. 
Dahi kian berkerut.Hati semakin hempit dengan segala macam perasaan. Nafas berat dilepaskan lalu menguntum senyuman hambar. Hati berharap sangat agar sesi makan tengahari ini akan berlalu dengan cepat
.……………….
Qal memandang Khairiya Izzati yang berada di sebelahnya. Sementara tangan fokus memegang stereng kereta.Dahi berkerut,kening berjongket tanda hairan. Melihat wajah Khairiya Izzati yang kusut,dia pasti wanita itu mempunyai masalah besar. Sudah tentu otaknya sedang bermain dengan pelbagai macam pekara. 
Setelah menghantar Annisa pula ke rumah,wanita itu tidak berkata apa-apa. Mulutnya seolah-olah dikunci dengan gam.Takut juga jika ada yang tak kena dengan Khairiya Izzati. Takkan,pms kut? Atau…dia ada masalah keluarga? Atau mungkin juga dengan mama dan papa beliau? Bertalu-talu soalan yang bermain di akalnya.
“Ehem..awak okay?” 
Lamunan Khairiya Izzati terbang pergi tatkala mendengar suara garau lelaki itu. Mata yang sejak tadi fokus memandang pandangan hijau di luar tingkap kereta itu kini mengalih ke arah Qal. Lama dia memandang lelaki itu. Sejujurnya,dia tidak okay! Hatinya berkecamuk dengan Qal!
“Okay..”  Sepatah saja Khairiya Izzati menjawab soalan Qal. 
“You sure? Saya tengok awak dari tadi senyap aje..Awak ada masalah ke?” Soal Qal. Dia ingin sekali tau apa yang berada di minda wanita itu sejak tadi. 
Sebelum dia sampai ke rumahnya,lebih baik dia bertanya.Khairiya Izzati menuduk kepalanya sedikit. ‘Memang,memang aku ada masalah! Masalah dengan kau Qal! Opps salah..Rais!’ Bisik hati kecil Khairiya Izzati dengan geram.
“Okay,I’m sorry.Saya faham kalau awak tak nak share dengan saya.Tapi saya harap,awak jangan lah simpan masalah awak seorang diri..bahaya nanti..”
Melihat Khariya Izzati senyap,dia pasti masalah yang dia hadapi amat serius. Mungkin,dia tidak mempunyai hak untuk memaksa wanita itu menceritakan masalahnya.Hati berharap agar Tuhan dapat meringankan beban yang dia hadapi saat ini. 
“Betul awak nak tau?”
Sekilas Qal memandang wajah Khairiya Izzati. Stereng kereta dipusing ke pakir kereta berdekatan dengan blok rumah Khairiya Izzati. 
“Kalau awak sudi bilang…saya sudi mendengar.Mana tau saya boleh bantu awak.”Khairiya Izzati melafazkan nafas keluhan. Tidak..lelaki itu tidak dapat membantu dia! Ini soal Mr.R! 
“Awak…Mr.R kan?” 
Diam.
Kereta yang dipandu oleh Qal diberhenti di parkir kereta. Berdebar-debar hati Qal tatkala mendengar soalan dari Khairiya Izzati. Mulutnya diketap tanda resah. Otaknya bagaikan dihantui dengan seribu satu soalan.Riya tau siapa Mr.R?
“Qal..i mean Rais..Saya harap,mulai saat ini..awak tak payah suruh Naim hantar lagi nota atau chocolate kat meja saya.Saya dah tau semuanya Rais..saya harap awak faham and please jangan call saya lagi.”
Spontan mata Qal memandang wajah Khairiya Izzati yang kelihatan serius dengan apa yang dicakap dari bibirnya. Mata kian membulat.Mulut tercengang tanda terkejut.Terkejut dengan permintaan wanita itu.Tidak dia sangka bahawa pekara ini akan terjadi dengan begitu cepat!
“Riya…saya minta maaf..”
“Rais..saya hargai persahabatan kita ni.Saya nak ucapkan terima kasih atas segalanya,tapi…saya harap sangat awak dapat hentikan semua ni.Saya perlukan masa..”Ujar Khairiya Izzati dengan nada yang tegas.
 Meskipun,airmata sedang berkumpul di kelopak mata,dia tetap menahan.Dia tidak mahu kelihatan lemah depan lelaki itu.“Tapi…”
“Please,tolong fahamkan saya.Kalau awak hargai persahabatan kita..hentikan semua ni and jangan hubungi saya.Assalamualaikum.” Kata-kata terakhir yang terkeluar dari bibir manis Khairiya Izzati sebelum dia keluar dari perut kereta itu. 
Lidah Qal seolah-olah terkelu.Hatinya bagiakan dicucuk dengan pisau yang sangat tajam. Mata masih memandang Khairiya Izzati yang semakin lama,semakin kecil bayangnya.
Apa yang terjadi?
0 notes
Text
Bab 6
Setelah talian Annisa diputus,Khairiya Izzati menekan butang jawab tatkala mendapat incoming call dari nombor yang dia kurang pasti. Tanpa berfikiran panjang,dia menjawab panggilan itu. Takut juga jika ada pangilan penting. 
“Hel..hello?” Sapa Khairiya Izzati dengan lembut. Kedengaran nafas seseorang di hujung talian. 
“Hi,Assalamualaikum.” Dahi Khairiya Izzati berkerut tatkala mendengar suara garau seorang lelaki.
“Walaikumussalam, erm..siapa ni?” 
“Lah..awak tak save number saya ke?” 
Serta-merta kening Khairiya Izzati berjongket seolah-olah dia tahu lelaki yang berada di hujung talian itu. Nafas ditarik dalam-dalam. Hati kian berdetak dengan lajunya.Mr.R! Panggilan itu lah yang timbul di benak fikirannya pada saat ini.
“Mr.R?” Tanya Khairya Izzati mencari kepastian. 
“Hah,kenal pun!” 
Spontan Khairiya Izzati bangkit dari katilnya sesaat mendapat kepastian dari jejaka misteri itu. Aduhai baru saja dia dan Annisa menyebut namanya tadi.Kini,dia pua berada di hujung talian seolah-olah dia tau mereka berdua sedang bergosip tentang dirinya.
“Dah tidur ke?” Soal lelaki itu di hujung talian.
“Awak nak apa ni?” Balas Khairiya Izzati dengan nada kurang senang. Malas dia hendak melayan karenah lelaki misteri itu.
“Amboi,garangnya!” 
Wanita itu mengecilkan matanya sesaat mendengar kata-kata Mr.R. Haa,memang pun garang! Aku garang dekat kau aje Mr.R! 
“Awak dah baca nota yang saya bagi?” Soal Mr.R kepada Khairiya Izzati.
Kening wanita itu berjongket. Dahinya pula berkerut dengan soalan lelaki itu. Nota? Setahu dia,tadi pagi dia tidak mendapat sembarang nota. Memang pelik juga kerana hari ini,tiada nota yang terpacak di mejanya. Khairiya Izzati mengusap rambutnya yang panjang itu tanda hairan. 
“Nota? Takda nota pun..”
“Erm,cuba awak check dekat notebook awak.” 
Pantas Khairiya Izzati menoleh ke arah beg sekolahnya. Lalu menuju ke beg tersebut. Tergopoh-gapah dia membongkar beg sekolahnya untuk mencari buku notanya. Setelah membongkar semua barang-barangnya,buku nota yang dicari akhirnya berada di tangannya.
Tanpa berlengah masa,dia membuka buku nota itu. Dan tatkala buku nota itu dibuka,sekeping kertas berwarna mint jatuh ke lantai biliknya. Hampir terbeliak matanya sesaat melihat kertas itu. Bagaimana,nota itu berada di buku notanya? 
Tangan mencapai nota kecil itu lalu membaca isi kandungan yang ditulis oleh Mr.R.
Nama saya bermula dengan huruf R.
-Mr.R
Khairiya Izzati melepaskan nafas geram apabila membaca isi kandungan nota itu.Dia mengetap bibirnya.Mata dikecilkan tanda geram dengan jejaka misteri itu.Hampir saja dia menghancurkan nota itu kerana terlalu geram! Eeee,geramnya aku!!!!
“Encik.R,saya tau lah nama awak bermula dengan huruf R! Yang saya nak tau,nama penuh awak. Rashid ke..Rifqi ke..Rizman? Rohit? Rahul? Hesy!”
Eh dah macam filem hindustan pula nama! Ahh,dia tidak peduli.Dia ingin sekali tahu nama sebenar M.R! 
“Hahahah,awak ingat ni filem bollywood ke?” 
“Hah,tak kisahlah bollywood ke,hollywood ke,apa wood ke...yang penting I want your full name!” sindir Khairiya Izzati. Dia disengat perasaan geram yang menggumpal-gumpal.Nafasnya naik turun.
“Awak tak nak tau ke macam mana nota tu ada dekat notebook awak.”
Khairiya Izzati terdiam buat seketika. Separuh jiwanya ingin sekali tahu siapa namanya tetapi separuh lagi dia ingin tahu bagaimana nota itu berada di nuku notanya.Walhal,buku nota itu tidak dikeluarkan olehnya sejak kelas tadi pagi. Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal itu.
“Awak ni classmate saya ke? Macam mana awak letak nota ni dekat notebook saya? Eh,awak tau tak awak dah salah. Awak tak sepatutnya bongkar barang-barang saya!”  Dengus Khairiya Izzati. Sejujurnya,perasaan geram melimpah-limpah ke seluruh rongga paru-parunya.
Hesy,sesuka hati saja ingin membongkar beg perempuan! Takda privacy langsung!
“Ehem,maaf ya Cik Khairiya...saya tak bongkar beg awak pun. Jangan main serkap jarang saja ye.” Kata lelaki itu dengan intonasi suara yang bersahaja. 
Khairiya Izzati mencebik sambil menyelak kain jendela lalu memandang kosong permanadangan malam itu yang sama sekali tidak menarik perhatiannya. Bibir seolah-olah diketap rapat. Otak mula dipenuhi dengan seribu satu macam soalan. Hati meronta-ronta ingin tau bagaimana nota ini boleh berada di dalam buku nota beliau. 
“Then,tell me how?”  
“Hmm...adalah.Rahsia!” Selamba saja Mr.R membalas soalannya. Kedengaran tertawa kecil di hujung talian itu. 
“Tolong lah,saya penat nak bermain teka-teki awak ni.” 
Nafas geram dilepaskan. Spontan jari-jemari mengurut-urut kepalanya tanda pening. Pening dengan permainan dan teka-teki Encik R ini. Kalau diikutkan hati,ingin saja dia mematikan talian itu.Tetapi,oleh kerana perasaan ingin tahu,semakin hari,semakin membuak-buak di lubuk hatinya dia tetap ingin meneruskan talian panggilan itu.
“Okay lah,saya bagi clue pertama.Dengar baik-baik..”
Khairiya Izzati mendekatkan lagi telefon bimbitnya ke telinganya agar dia dapat mendengar dengan lebih jelas. Jantung berdegup laju tatkala menunggu clue pertama dari Mr.R.
“Saya sebenarnya...”
Teet!
Tiba-tiba,talian mereka terputus. Bukan kerana mereka berdua yang mematikan talian,tetapi telefon bimbit Khairiya Izzati termati disebabkan low battery! Khairiya Izzati yang sejak tadi fokus mendengar kata-kata Mr.R,memandang telefon bimbitnya. Hatinya seolah-olah disengat dengan jarum api kemarahan!
“Ahh! Battery weak pula! Hesy!! Geramnya aku! Saat-saat penting begini,kau boleh pula weak eh!” 
Dengus wanita itu seraya mengomel kepada telefon bimbitnya yang tidak bernyawa. Pantas dia mencapai charger beliau yang berada di meja belajar lalu memasang charger agar dia dapat  menghidupkan kembali handphone S6 nya. Sementara menunggu untuk handphone nya kembali 100%,dia menghempas tubuhnya ke katil.
Mata memandang kosong ke siling putih dan kipas yang berpusing-pusing itu. Sama seperti kepalanya yang berpusing-pusing untuk mengetahui apakah clue pertama Mr.R. Hampir saja dia menerima clue yang paling penting itu,tapi alangkah sedihnya apabila talian mereka terlerai akibat low battery handphonenya.
“Saya sebenarnya...” 
Ayat itu bermain di fikirannya sekali lagi. Apakah yang akan disampaikan oleh lelaki itu? Dia sebernanya apa? Apa? Hai! Nampaknya takda rezeki kau lah Riya nak tau clue pertama! Bisik hati kecil wanita itu dengan penuh kesal.
Tangan mencapai bantal empat segi lalu memeluk dengan erat. Tanpa dia sedari,mata semakin lama,semakin layu.Fikirannya pula melayang entah ke mana.Berapa minit berlalu dan tanpa disedari,wanita itu telah dibuai lena sesaat memikirkan tentang hal Mr.R dan clue pertama beliau.
...............
Langit yang biru dan pagi yang cerah itu membuat Khairiya Izzati tersenyum lebar tatkala kakinya menjejak ke kolej awal pagi itu. Jarang sekali dia datang ke sekolah seawal ini. Sekilas dia menoleh ke jam tangan yang menunjukkan tepat pada pukul lapan setengah pagi. 
Memandang kelas animasi akan bermula setengah jam lagi,Khairiya Izzati membuat keputusan untuk ke kelas sementara menunggu pensayarah dan rakan-rakan yang lain. Dapat juga dia mengulangkaji pelajarannya sebelum kelas bermula.Tetapi,sebelum itu,dia menuju ke kantin untuk membeli secawan milo panas agar dia dapat menghilangkan rasa ngantoknya. 
Teringat akan kejadian semalam,dia boleh tertidur lena apabila otak sedang berkecamuk dengan Mr.R. Mungkin,badan dan mindanya terlalu penat untuk berfikir membuat dia terlena semalam.
Setibanya dia berada di kawasan kelas mereka,mata meneliti kelibat sesorang lelaki berada di depan kelas mereka. Spontan kening Khairiya Izzati berjongket. Lalu,mata cuba mencari-cari kelibat lelaki itu sekali lagi. ‘Pelik..takkan lah dia sampai awal kut?’Bisik hati kecil wanita itu sesaat melihat Naim memasuki kelas mereka. 
Tanpa berfikiran panjang,Khairiya Izzati menuju ke pintu kelasnya. Namun,belum sempat dia memulaskan tombol pintu itu,matanya terpacak ke arah Naim yang sedang meletakkan sesuatu di mejanya melalui kaca pintu itu. Mata terkebil-kebil apabila melihat sekeping nota berwarna merah jambu terletak rapi di mejanya. 
Hati mula berdetak dengan laju. Serta-merta,kakinya terasa lemah buat seketika. Dia menelan liur tanda gementar. Berkali-kali dia mengaru matanya untuk mencari kepastian dengan apa yang dilihat tadi. Betul kah apa yang aku nampak? Jadi...Naim adalah Mr.R? Tapi kenapa dia merahsiakan identitinya? Huh? Bertalu-talu soalan yang bermain di fikirannya. 
Jika semua ini betul,dia haru selesaikan pekara ini dengan secepat mungkin. Mungkin,apa yang ingin disampaikan oleh Mr.R semalam ada kaitan dengan apa yang dia lihat pada saat ini. Tapi,memang jelas sekali Naim telah meletak nota itu di mejanya. Jadi,betul kah tekaannya ini? 
Nafas ditarik dalam-dalam lalu menghembusnya dengan perlahan. Perkara yang dia ingin tahu akhirnya terbongkar tidak lama lagi. Dia mencari kekuatan agar dia dapat berdepan empat mata dengan lelaki itu. Meskipun,dia agak kecewa kerana jika benar Naim adalah Mr.R,dia terpaksa menolak cinta lelaki itu. Sesungguhnya,perasaan cinta tidak pernah terlintas di hatinya terhadap Naim.
Khairiya Izzati memasuki kelas itu dengan hati berbelah bagi. Naim yang sejak tadi fokus membelek buku design beliau mendonggak lalu memandang ke arah wanita yang sopan berpakain dress labuh hitam. Tiba-tiba,perasaan berdebar-debar bergayut di dalam hatinya. Tidak pernah wanita itu memasuki kelas seawal ini. Selalunya,dia akan memasuki kelas beberapa minit kelas bermula.
Wanita itu mencapai nota yang berada di atas mejanya. Setelah itu,langkah demi langkah dia menuju ke arah Naim yang duduk di belakang kelas mereka. Setiap langkah,hatinya seolah-olah ingin tercabut kerana terlalu gementar. Jika benar,rahsia lelaki itu akan terbongkar hari ini,dia redha. 
“Ehem..” 
Khairiya Izzati berdehem sebelum dia memulakan perbualan mereka. Naim mengangkat wajahnya. Terkejut apabila melihat wanita itu berada di depannya.Kening pula berjongket tanda hairan.Tapi,jantung masih berdetak dengan lajunya.
“Kau...Mr.R?” Soal Khairiya Izzati dengan nada yang berketar-ketar. 
“Mr.R? Apa kau merepek ni?” Naim terpinga-pinga seolah-olah dia ingin menyembunyi sesuatu.
Khairiya Izzati menarik nafasnya. Cuba kelihatan tenang.
“Kau tau maksud aku. Kau kan yang bagi semua nota,bunga,chocolate dekat aku.”  Ujar wanita itu seraya memeluk tubuhnya.
“Aku nampak kau tadi letak nota ni dekat meja aku. So,it’s you right?” Sambung Khairiya Izzati.Dia pasti Mr.R itu adalah Naim.
Naim terdiam buat seketika. Otak dan lidahnya bagaikan terkelu untuk berbicara. Dia mengigit bibirnya tanda nervous. Tidak sangka Khairiya Izzati akan membongkar rahsia ini dengan begitu pantas. Salah dia juga kerana tidak bersikap hati-hati apabila meletak nota itu di atas mejanya!Hesy!
Dia menghembus nafasnya. Lalu berdehem sedikit sebelum dia menjelaskan apa sebenarnya berlaku. Kasihan juga kepada Khairiya Izzati kerana terpaksa menghadapi semua ini. Biarlah,dia menjelaskan semuanya.
“Okey,aku mengaku...aku yang letak semua barang tu dekat meja kau.”
Mata Khairiya Izzati membulat. Mulutunya tercengang.Jadi,tekaannya betul lah! “Hah,jadi betul lah kau Mr.R?!”
Naim menggeleng-geleng kepalanya seolah-olah dia membangkar kata-kata Khairiya Izzati. Spontan dia menguntum senyuman nipis. Wanita itu pula kelihatan bingung dengan Naim. Kepala digaru tanda hairan.
“Memang lah aku letak semua barang tu,tapi bukan aku yang bagi.”
“Maksud kau?”
“Aku hanya menjalankan tugas sebagai seorang sahabat.”
Mata Khairiya Izzati terkebil-kebil. Apa lagi ni? Dengus wanita itu.
“Maksud kau...kawan kau Mr.R?” Naim mengangguk kepalanya tanda setuju dengan kata-kata wanita itu. 
“Siapa kawan kau? Dia dari kolej kita ke?” Satu per satu soalan yang terkeluar dari bibir Khairiya Izzati.
“Nope,dia bukan dari kolej kita. He’s working now.” 
Kerja? Jadi,selama ini lelaki itu sudah berkerja?  Tapi,kerja sebagai apa? Dan bila masa mereka terserempak atau berjumpa? Jika mereka bertembung pun,dia tidak akan kenal wajah Mr.R! Ahh,pening!!!
“Then what’s his name?” Soal Khairiya Izzati sekali lagi. Dia ingin mengorek seberapa banyak informasi yang dia boleh dari lelaki itu.
Suasana di dalam kelas itu semakin lama semakin riuh rendah dengan pelajar yang memasuki ruang bilik itu. Hati kian tidak sabar untuk mendapat informasi penting dari Naim. Hai,cepat lah!
Naim mengalih pandangannya dari Khairiya Izzati lalu memandang bukunya tatkala mendengar soalan wanita itu.Otak berfikir sejenak. Patutkah dia memberitahu segalanya? Niatnya hanya ingin menolong,tapi dia takut dia merosakkan pelan kawannya sendiri.
“Naim,tolong lah..Aku merayu dekat kau,aku perlukan nama dia.Atleast his first name.Kau taukan,dah lebih dua minggu aku dapat surat dari dia,aku nak tau sangat siapa dia tu.” Rayu Khairiya Izzati seraya mempamerkan muka sposennya itu dengan harapan Naim akan memberitahu nama Mr.R.
Naim mengusap wajahnya berkali-kali. Dia berada di posisi yang sangat sulit bagi kawannya dan juga Khairiya Izzati. Jika boleh,dia ingin sekali berlari dari situ meninggalkan wanita itu keseorangan. Boleh jadi gila tau tak? Adui!
“Okey,fine. Aku bagi first name dia...nama Mr.R adalah...Rais.”
“Rais?”  Khairiya Izzati mencari kepastian. Naim hanya mengangguk tanda betul.
Hmm,sedap juga nama dia tu. Rais...sekali lagi nama itu bermain di fikirannya. Akhirnya nama Mr.R diketahui olehnya selama dua minggu mencari-cari. Dia melafaz nafas lega dengan informasi yang dia dapat dari Naim. 
“Erm,kau ada gambar dia?” Soal Khairiya Izzati dengan harapan Naim dapat membantunya sekali lagi.
“Woo,woo...Tu dah lebih.Aku tak boleh nak bagi info lagi.Aku boleh bagi nama aje,yang lain...kau pikir lah sendiri” Ujar Naim. Dia cuba sedaya upayanya untuk tidak merosakkan rancangan kawannya itu. 
Teringat akan perjanjian beliau dengan sahabatnya,Rais. Meskipun susah untuk dia merahsiakan pekara ini daripada Khairiya Izzati,dia tetap harus jalankan tugasannya sebagai seorang kawan. Biarlah,Rais sendiri yang berdepan dengan wanita itu dan memberitahu hal yang sebenar. Sorry,Riya! 
Khairiya Izzati mencebik. Raut wajahnya yang tidak puas jelas kelihatan. Walaupun,hati hampa dengan Naim yang tidak henti-henti ingin backup kawannya,dia tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya dia tahu nama Mr.R.Itu lah yang paling penting sekali! ‘Takpa..takpa..aku akan pastikan aku cari Rais tu sampai dapat!’ Ikrar Khairiya Izzati dengan penuh semangat.
“Ada mesyuarat apa ni?”
Serentak mereka berdua menoleh tatkala mendengar suara seseorang dari jauh.Aizat yang merupakan salah satu kawan karib Naim menuju ke arah mereka.Dia memandang Khairiya Izzati dan Naim di hujung kelas itu,nampaknya seolah-olah ada pekara serius yang mereka bincangkan. Khairiya Izzati mengalih pandangannya kepada Naim pula seolah-olah ingin memberi suatu isyarat.
“Ingat eh,perkara ni hanya aku dan kau saja yang tau. Please,aku tak nak semua tau pasal hal ni.Janji?” Bisik Khairiya Izzati kepada Naim dengan harapan dia dapat memenuhi janjinya.
Pantas Naim mengangguk kepalanya sebelum Aizat datang menghampiri mereka.”Janji.” 
Senyuman terukir di bibir manis Khairiya Izzati. Lega hatinya apabila Naim telah berjanji untuk menyimpan rahsia ini. Sejujurnya,dia tidak mahu hal ini dihebohkan oleh sesiapa pun.Malu jika perkara ini diketahui oleh semua rakan-rakannya di kelas ini.Mana dia ingin meletak wajahnya nanti? Ahh,tidak! Malu! 
“Bro,korang berbual apa tadi? Macam serious aje..” Soal Aizat setibanya dia sampai di meja Naim.Mata pula terhala ke arah Khairiya Izzati yang berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.
“Takda apa-apa lah..sibuk aje kau ni.”Gurau Naim seraya tertawa kecil.
“Eh,mestilah! Aku nak tau juga apa korang berbual. Tak pernah-pernah pun aku nampak korang berdua macam ni.” Ngomel Aizat.
Pelik juga melihat Naim bersama wanita itu.Bukannya apa,mereka tidak lah rapat dengan pelajar perempuan di kelas ini.Jadi,tidak wajar lah jika Aizat berasa pelik dan hairan.Hesy!
“Ah,dah lah tu. Lebih baik kau duduk dekat tempat kau sekarang lepas tu bak aku tengok design kau.” Ujar Naim lalu tangan dihulurkan seolah-olah ingin meminta sesuatu dari Aizat.
“Hesy,kau ni assignment tak pernah nak habiskan!” 
Aizat menggeleng kepalanya.Lalu mengikut arahan kawannya itu dengan rela hati. Dia meletak beg galas yang sejak tadi tersangkut kemas di bahunya ke meja. Setelah itu,dia mengeluarkan sebuah buku lukisan yang dibanjiri dengan segala macam design dan ukiran untuk assignment mereka.
Naim hanya tersenyum kelat mendengar kata-kata kawannya itu.Syukurlah,Aizat tidak bertanya lebih lanjut tentang kejadian tadi. Jika tidak...mati lah dia! 
0 notes
Text
Bab 5
Qal menyusun bunga-bunga ros di pasu yang disediakan di kedai bunga itu. Satu per satu dia meletakkan bunga ros dan juga bunga orkid ke pasu bunga. Setelah itu dia menyusun pula kelopak-kelopak bunga yang terkumpul di meja itu ke rak-rak bunga mereka sebagai hiasan. Pelbagai warna bunga yang disusun rapi di rak itu. Contohnya,bunga tulip yang berwarna merah jambu memberi warna yang begitu contrast di hiasan rak-rak bunga mereka. 
Usai menyusun semua bunga dan menghiaskan mereka,Qal mencapai sebatang penyapu lalu menyapu kelopak bunga,daun dan juga rangkai bunga yang jatuh di lantai tadi. Mujurlah,kedai mereka tidak mempunyai banyak pelangan. Dapat juga dia mengemas kedai itu sebelum tempat itu dibanjiri dengan pelangan sebentar nanti. 
Kedai bunga mereka memang popular di kawasan tempat itu. Sudah bertahun-tahun perniagaan keluarga Qal berjaya memikat hati para pelangan yang sering datang ke kedai mereka. Sebenarnya,pemilik asal kedai bunga ini adalah arwah nenek Qal sendiri. Setelah,neneknya meninggal,ibunya pula menganti tempat neneknya. Dari situlah,Qal telah membuat keputusan untuk menolong ibunya menjayakan kedai bunga mereka ini. 
Setelah tamat diplomanya,Qal mengambil keputusan untuk bekerja dan menolong ibunya. Mujurlah,dia mengambil jurusan business di kolej dulu.Sedikit sebanyak dia dapat menolong hal business di kedai mereka dengan harapan kedai bunga ini boleh berjaya meluaskan sayapnya ke merata tempat.
“Aaachum!”
Kedengaran seseorang bersin di kedai mereka. Kening Qal berjongket tanda hairan.Bukankah tadi tiada pelangan di kedai mereka? Tanpa berfikiran panjang,dia menghiraukan apa yang dia dengar tadi,lalu menyambung menyapu lantainya yang berserak itu. Takut juga nanti ibunya bising dengan kedai mereka yang tidak kemas ini. 
“Aaaaachum!”
Qal berhenti menyapu tatkala suara bersin seseorang kedengaran sekali lagi. Kali ini dia pasti ada pelangan di kedai bunga mereka. Dengan segera,dia menyandarkan penyapunya ke almari mereka lalu menuju ke arah pelangan yang sedang memilih bunga yang terletak di pasu bunga itu. 
“Ada apa-apa saya boleh bantu?” Sapa Qal dengan nada yang peramah. 
“Aaachum! Sorry..saya..”
Kata-kata wanita itu terhenti tatkala melihat Qal berada di sebelahnya. Tidak sangka dia akan bertemu sekali lagi dengan jejaka handsome itu. Meskipun lelaki itu memakai tshirt putih dan apron,dia tetap kelihatan segak di mata Khairiya Izzati.Mata mereka pula berlaga tepat seolah-olah mereka tidak mahu melepaskan pandangan itu. 
“Riya?” Tegurnya dengan lembut lalu tersenyum nipis sesaat melihat wanita itu berada di depan matanya.
Khairiya Izzati hanya tersenyum malu tatkala Qal memanggil namanya.Sejujurnya,dia berasa malu teramat apabila terpaksa bersin di depan lelaki itu! Ah,mesti dia ingat aku ni pengotor! Bisik hati kecil Khairiya Izzati. Kalau boleh,dia ingin sekali sembunyi wajahnya kerana terlalu malu!
“Patutlah,saya dengar orang bersin tadi..rupa-rupanya awak.” Usik Qal seraya memandang Khairiya Izzati. Cantik sungguh wanita itu walaupun memakai pakaian yang agak simple.
“Awak buat kat sini? Bukan ke awak allergic dengan bunga?”
“Memang saya allergic..tapi saya nak belikan bunga untuk mak saya. It’s her birthday today.” Luah Khairiya Izzati. 
Kalau diikutkan hati,memang dia tidak akan jejak kakinya di kedai bunga ini. Tetapi,memandangkan hari ini ialah hari jadi ibunya,dia membuat keputusan untuk membeli bunga khas untuk ibu kesayangannya. Namun,setibanya dia berada di kedai itu,hidungnya tidak henti-henti bersin sejak tadi! Rimas sungguh dengan allergik yang dia ada. Hesy!
“Ohh..that’s so sweet of you. Kalau macam tu,awak tunggu aja kat luar,saya pilihkan bunga untuk mak awak.” 
Khairiya Izzati yang sejak tadi fokus meneliti bunga-bunga yang disediakan di kedai itu menoleh wajahnya ke Qal. Ketinggan Qal yang agak tinggi itu membuat Khairiya Izzati terpaksa mendongak sedikit untuk memandang wajahnya.Sedikit terkilan dengan candangan lelaki itu.
“Erm,tak apa lah.Saya boleh pilih sendiri.Thanks..” Bantah Khairiya Izzati. Bukannya apa,tetapi dia tidak mahu mengambil kesempatan atas diri Qal. 
Sengaja dia menolak tawaran lelaki itu.Sejujurnya dia tidak mahu menyusahkan Qal yang telah banyak menolongnya. Sebenarnya,dia masih malu dengan lelaki itu kerana telah menemani beliau pulang ke rumah tempoh hari. 
“It’s okay.Saya pilihkan okay? Lagipun saya tau bunga yang sesuai untuk seorang ibu.Nanti,dah habis saya panggil awak.”
“Tapi..aachum!”
“Riya,you need fresh air. Bunga ni,biar saya uruskan.You,stay outside.”Arah Qal lalu membuka pintu masuk kedai itu untuk Khairiya Izzati. 
Biarlah,dia menguruskan bunga ini untuk wanita itu. Kasihan wanita itu terpaksa menahan allergiknya semata-mata untuk ibunya.Khairiya Izzati mencebik lalu mengikut arahan jejak itu.Hai,boleh tahan degil dia ni..
Beberapa minit kemudian,pintu kedai bunga itu terbuka luas. Qal yang sejak tadi sibuk menyusun bunga untuk Khairiya Izzati kini kembali dengan sejambak bunga ros dan juga lily. Combination yang sangat cantik sekali! Tidak sangka,seorang lelaki boleh menyusun bunga ini dengan begitu creative dan cantik.
“Woah! Cantiknya!” Puji Khairiya Izzati tatkala bunga diberi kepadanya. 
Qal hanya tersenyum malu dengan pujian yang diterima. Syukurlah,wanita itu suka dengan hiasan bunga dan susunan yang dibuat. Takut juga jika apa yang dia lakukan tidak memuaskan hati Khairiya Izzati. 
“Thank you so much Qal! Mak saya mesti suka!” Ucap Khairiya Izzati tatkala Qal memberi bunga itu kepadanya. 
“No worries! Aik,mak awak aja yang suka? Anaknya?” 
Khairiya Izzati mengangkat wajahnya yang sejak tadi fokus melihat sejambak bunga ini. Aduhai,kenapa lah dia tersengih-sengih macam kerang busuk? Tu hah,lesung pipit sudah kelihatan! Membuat hati Khairiya Izzati berdebar-debar saja!
“Err...erm..mestilah suka!” Kata wanita itu lalu menguntum senyuman kelat. Entah kenapa,wajahnya membahang hangat. Terasa malu pun ada!
Jam tangan yang menunjukkan angka enam setengah petang itu dipandang sekilas oleh Khairiya Izzati. Mata pula terkebil-kebil sesaat melihat angka jam itu. Tanpa dia sedari dia telah berada di sini selama sejam! Dan yang paling teruk sekali,dia telah berjanji kepada kakaknya bahawa dia akan sampai ke restaurant untuk makan malam hari jadi lahir ibunya pada jam tujuh! 
Alamak,macam mana ni! Ini semua salah dirinya.Jika tadi dia tidak membuang masa mencari bunga tadi,sudah tentu dia akan sampai ke restaurant itu tepat pada masanya! Namun,apakan daya sejam sudah berlalu dan dia masih berada di kedai bunga ini.
“Awak,kenapa ni? Macam ada masalah aja...” Tanya Qal sebaik saja melihat wajah Khairiya Izzati yang agak gelisah itu.
Khairiya Izzati mengaru kepalanya yang diliputi tudung berwarna coklat. Lalu mengigit bibirnya tanda resah.”Saya...sebenarnya dah lambat untuk celebrate birthday mama saya kat salah satu restaurant ni..”
“Pukul berapa awak sepatutnya jumpa mama awak?” 
“Errr..pukul 7..” 
Spontan Qal memandang jam tangannya sesaat mendengar jawapan Khairiya Izzati. Jam menunjukkan tepat pada pukul enam empat puluh menandakan jam tujuh malam akan tiba tidak lama lagi. 
“Hmm..apa kata saya hantar awak pergi sana? Saya rasa tak sempat kalau awak nak naik teksi atau bus time macam ni.Kawasan ni memang susah nak dapat teksi.”
Khairiya Izzati menelan liur. Dahinya berkerut.Sekali lagi hatinya terlalu berat untuk menerima pertolongan lelaki itu. Tetapi,betul juga kata Qal,waktu begini memang susah nak dapat teksi! Maklumlah peak hours!  
“Errr...habis tu kedai awak macam mana? Siapa nak jaga?” Soal Khairiya Izzati dengan nada risau. Rasa bersalah pula jika lelaki itu terpaksa menutup kedainya semata-mata untuk menghantar beliau ke sana.
“Pasal kedai,awak tak perlu risau.Nanti,saya text mama saya yang saya ada hal.”
“Betul ke ni? Saya boleh aja tunggu teksi..saya tak nak susahkan awak.”Tanya Khairiya Izzati mencari kepastian. 
Sejujurnya dia tidak mahu menyusahkan diri lelaki itu lagi.Hatinya seolah-olah dihempas dengan perasaan bersalah. Bersalah kerana lelaki itu telah berkali-kali menolong dirinya. Tapi,jika dia lambat ke restaurant itu,confirm kakaknya akan memarahinya! Tak apalah,telinganya ini sudah sedia untuk mendengar ngomelan kakak kesayangannya itu. Hesy!
“It’s fine Riya.Awak tak perlu risau okay? Erm,give me a minute! Saya ambil kunci kereta.” 
Khairiya Izzati hanya mengangguk lalu menunggu Qal yang bergegas menuju masuk ke kedai bunga itu untuk mengambil kunci kereta beliau. Nafas ditarik lalu menghembusnya dengan perlahan. Lega kerana ada juga orang yang sudi menolangnya. Jam tangan dipandang sekilas.Lalu tangan mengigit kuku jari-jemarinya tanda resah gelisah.Ah,harap-harap lah dia tidak lambat ke sana! 
Gigitan Khairiya Izzati terhenti tatkala telefon bimbit beliau berbunyi. Dengan segera dia mencapai telefon bimbit itu yang berada di beg tangannya. Mata kian terkebil-kebil dengan pesanan ringkas dari Khalisah. Hati pula berdetak dengan laju tatkala melihat isi kandungan itu.Spontan dia mengaru kepalanya yang tidak gatal tanda gementar.
‘Where are you? Kita semua tengah tunggu Riya tau..Cepat sikit!’
‘Riya otw ni..traffic jam.”
Khairiya Izzati menekan butang send dengan harapan kakaknya itu percaya akan kata-katanya.Alasan itu saja yang ada di dalam benak fikirannya.Traffic jam? Walhal,dia belum menaiki kereta lagi! 
Lamunan Khairiya Izzati termati apabila telefoon bimbitnya bunyi sekali lagi. Pantas dia membuka mesej dari kakaknya.
‘Kenapa tak keluar awal tadi? Kan,kakak dah pesan 7pm must be here.’
‘Tadi,Riya busy sikit..jap lagi Riya sampai.’
Meskipun,perbualan mereka melalui mesej,dia tetap yakin kakaknya itu sedang bergelora dengan api kepanasan dengan sikap adiknya ini. Dia pasti,Khalisah akan memarahi dirinya nanti. Habis lah kau Riya...kene lecture dengan Kak Lisah lagi!
“Jom,let’s go!” Ujar Qal yang baru saja keluar dari kedai bunga itu.
Sebelum mereka beredar dari situ,sempat juga lelaki itu mengunci kedainya memandangkan tiada siapa yang akan menjaga kedai bunga ini. Setelah memastikan kedai itu dikunci,mereka menuju ke parkir kereta.
Khairiya Izzati melafaz nafas panjang tatkala mereka akhirnya menuju ke tempat itu Hati berharap sangat agar Qal dapat memandu dengan cepat agar dia tidak terlewat nanti!
..................
Sementara menunggu makanan dihidang,suasana di meja makan restaurant itu sungguh kekok dengan kehadiran Qal. Sejak beberapa minit yang lalu,Qal hanya mendiamkan diri tidak berkata apa-apa. Mungkin,dia berasa kekok dengan ibu dan kakak Khalisah yang membawa tunangnya ke dinner hari lahir ibu mereka.
Jika bukan kerana Khalisah mengajak beliau makan malam bersama mereka,sudah tentu dia tidak akan berada di situasi yang kekok ini. Sudah beberapa kali,dia menolak ajakan Khalisah tadi. Namun,Khalisah tetap ingin mengajak beliau ke sini. Katanya,lebih ramai lebih meriah. Tapi,tengok lah..meriah apanya kalau suasanya seolah-olah ada malaikat yang lalu di situ.
Khairiya Izzati memandang kakaknya dengan renungan tajam. Dia tahu,kakaknya itu sengaja mengajak Qal bersama mereka untuk bertanya soalan-soalan pelik kepadanya. Geram sungguh dengan Khalisah sewaktu mereka berada di depan shopping mall tadi.Tidak dia sangka bahawa Khalisah sedang menunggu ketibaanya.
Dan tatkala dia melihat Khairiya Izzati bersama seorang lelaki di dalam perut kereta,dia menjongket keningnya lalu menuju ke arah mereka. Dengan selamba,dia menyuruh Khairiya Izzati untuk mengajak Qal makan bersama mereka. Bukannya apa,dia ingin sekali mengenal siapa lelaki itu kerana jarang sekali dia melihat adiknya itu bersama seorang jejaka selain Aidil.
“Riya..siapa nama kawan kamu ni?”
Lamunan masing-masih termati tatkala soalan ditanya oleh Puan Aslinah yang cuba memecah kesunyian diantara mereka. Dia tahu,Qal pasti berasa kekok dengan keluarganya ini.
“Er..nama dia Qal ma..” Balas Khairiya Izzati lalu menguntum senyuman kelat.
Puan Aslinah hanya mengangguk tatkala mendengar nama lelaki itu. Qal hanya tersenyum ke arah Puan Aslinah.
“Dah lama kenal Riya?”
Spontan kepala Khairiya Izzati dan Qal menoleh ke arah suara tersebut.Sudah Khairiya Izzati sangka bahawa suara itu pemilik kakaknya sendiri. Kini,dia yakin soal siasat daripada Inspektor Khalisah akan bermula tidak lama lag. Nafas ditarik lalu dilepaskan dengan perlahan agar dia kelihatan tenang walaupun kerisauannya bertalu-talu melekat di pangkal fikirannya.
“Erm,saya kenal Riya tak lama.Kita baru aja kenal.” Ujar Qal yang kelihatan tenang menjawab soalan Khalisah meskipun riak wajah wanita itu agak serius. 
“Macam mana boleh kenal Riya? Sama sekolah?” Sekali lagi Khalisah bertanya soalan demi soalan kepada Qal. 
“Qal sebernanya,cousin Annisa kak.Kita kenal pun dari Annisa.”
Belum sempat Qal menjawab soalan Khalisah,Khairiya Izzati terlebih dahulu menjawabnya. Sekilas dia menoleh ke arah wanita itu yang berada di sebelahnya.Khairiya Izzati hanya tersenyum kelat kepada lelaki itu lalu menyirup air kosong yang disediakan di restaurant itu.
“So,korang couple lah ni?”
“Ehuk!” 
Hampir tersedak Khairiya Izzati tatkala mendengar soalan kakaknya. Spontan,semua orang yang berada di meja itu memandang Khairiya Izzati yang tersedak itu. Dengan segera,Qal mencapai napkin yang terletak rapi di meja itu lalu memberi kepada Khairiya Izzati. Khalisah hanya tersenyum nipis dengan apa yang berlaku. 
“Awak okay?” Bisik Qal seraya menghulurkan napkin itu kepada Khairiya Izzati.
Wanita itu hanya mencapai napkin yang berada di tangan Qal lalu mengelap mulutnya yang basah itu.Adui,malunya! Ini semua salah Kak Lisah lah! Hesy..
Sengaja Khalisah bertanya pelbagai soalan yang aneh kepada mereka walaupun dia tahu,mereka tidak mempunyai hubungan istimewa. Tapi,dia yakin mereka pasti mempunyai perasaan istimewa atas satu sama lain. Buktinya,lihat lah bagaimana Qal memandang Khairiya Izzati dan sikap kekok mereka berdua.
“Riya..minum lah air tu elok-elok..” Tegur Puan Aslinah. Khairiya Izzati hanya mengangguk kepalanya.
Wanita itu menarik nafasnya berkali-kali agar dia kelihatan tenang dan cool.Dia tidak mahu suasana menjadi kekok sekali lagi. Sekilas dia menoleh Qal yang kelihatan selamba saja. Kening berjongket tanda hairan. Aik,dia ni tak rasa kalut ke? Gementar ke? Macam,relax aja..selamba je!
Tanpa Khairiya Izzati sedari,renungannya dikantoi oleh lelaki itu sendiri.Qal menoleh Khairiya Izzati ke sisi. Spontan bibir menguntum senyuman paling manis! Senyuman yang membuat lesung pipitnya kelihatan! Khairiya Izzati masih terbuai lena dengan senyuman lelaki itu. Qal hampir tertawa melihat Khairiya Izzati yang tersengih-sengih melihat dirinya. Riya..Riya..
“Awak..awak..” Sekali lagi,Qal membisik kepada wanita itu.
“Psst!” 
Tiba-tiba lamunan Khairiya Izzati terbang pergi tatkala mendengar bisikan lelaki itu. Pantas dia melarikan pandangannya dari Qal. Hati bagaikan berdetak dengan lajunya apabila renungannya terkantoi oleh lelaki itu. Ahh,malu,malu,malu! Termasuk malam ini,dia telah memalukan dirinya selama dua kali! Aduhai Riya! 
Mujurlah,ibu dan kakaknya yang sibuk mengambil makanan dari pelayan restoran itu tidak melihat aksi yang penuh gentar antara mereka berdua. Arman pula sibuk memandang telefon bimbitnya yang tidak henti-henti berbunyi. Geram juga dengan sikap bakal abang iparnya itu,tidak pernah mengambil berat untuk meluangkan masa bersama keluarganya. 
“Okay,makanan dah sampai! Jom,kita makan!” Jemput Puan Aslinah tatkala semua makanan yang dipesan telah dihidangkan oleh pelayan di restoran itu. 
Menu malam ini,adalah makanan seafood. Maklumlah,Puan Aslinah gemar dengan makanan laut begini ala-ala steamboat. Tambahan pula dengan sup tom yam thai kegemaran beliau. Setiap tahun,mereka akan pergi ke sini untuk meraihkan hari lahir ibu mereka. Mujurlah,kakaknya mampu untuk belanja makanan mereka di sini.Jika tidak...memang taklah mereka akan ke sini setiap tahun!
Setelah menjamu selera makanan-makanan yang dipesan,salah satu pekerja restoran itu menuju ke arah mereka dengan sebuah kek yang berada di tangannya. Kek coklat dipenuhi dengan lilin-lilin disekeliling kek itu. Spontan,mereka menyanyikan lagu hari lahir untuk ibu kesayangan mereka sambil menepuk tangan mereka mengikut rentak lagu itu. 
Qal juga turut serta menyanyikan lagu hari jadi untuk Puan Aslinah. Bibir menguntum senyuman tatkala melihat betapa gembiranya mereka bertiga. Serta-merta,otaknya dibanjiri dengan pelbagai macam soalan.Mana bapa Khairiya Izzati? Sejak tadi,kelibat suami Puan Aslinah tidak juga kelihatan oleh Qal. Atau,papa Riya dah meninggal? Ataupun...mama dan papa Riya dah bercerai? 
Bertalu-talu soalan yang berada di benak fikirannya. Otaknya sudah mula membuat pelbagai spekulasi dan andaian yang tidak sepatutnya dia fikir. Spontan hati beristighfar dengan spekulasi yang dibuat.Mungkin,papa Riya sibuk dengan hal kerja...sebab tu dia tak datang. Hesy,Qal jangan fikir bukan-bukan!
“Mama..selamat ulang tahun yang ke 56! Riya doakan agar mama panjang umur,dimurahkan rezeki.,sihat selalu dan selalu dalam lindungan Allah! Mama sentiasa menjadi mama yang paling terbaik dalam dunia ni! Love you!” Ucap Khairiya Izzati seraya memberi sejambak bunga yang telah disusun oleh Qal tadi kepada ibunya.
Satu ciuman ikhlas dan penuh kasih sayang hinggap di pipi Puan Aslinah daripada Khairiya Izzati.Lalu dia memeluk wanita itu dengan erat seolah-olah dia tidak mahu melepaskan pelukan itu. Begitu juga dengan Khalisah yang selamba saja memeluk ibu dan adiknya sekali. Ah,sudah lama dia tidak merasa suasana indah begini!
“Lisah pun nak ucapkan Happy Birthday mama! Lisah harap,mama akan sentiasa sihat dan ceria selalu! You’re the best! Love you ma!” 
“Terima kasih sayang...mama pun sayang dengan anak-anak mama ni! Thank you so much!”
Qal hanya tersenyum lebar dengan gelagat anak beranak itu. Comel dengan sikap mereka yang sungguh rapat sekali. Suasana yang indah itu membuat hati Qal tersentuh dengan perbuatan Khairiya Izzati dan Khalisah yang sanggup buat apa saja demi membahagiakan ibu tersayang. 
“Happy birthday aunty!” Ucap Qal. Puan Aslinah hanya tersenyum lebar dengan ucapan hari lahir dari Qal. 
“And happy birthday my future mother in law! Ni khas untuk aunty.”Kini,Arman pula yang bersuara seraya memberi sebuah kotak kecil yang berisi seutas rantai kepada Puan Aslinah sebagai hadiah hari lahirnya.
“Terima kasih Arman...buat susah-susah aja kamu ni...” 
Arman hanya mneguntum senyuman nipis.Berjaya juga dia memikat hati bakal ibu mertuanya. Setelah itu,mata kembali ke arah telefon bimbitnya. 
“Kalau lah,papa ada dengan kita sekarang ni..mesti meriah..”
Khairiya Izzati melepaskan pelukan ibunya dengan perlahan lalu melabuhkan pingangnya ke tempat duduknya tatkala mendengar kata-kata ibunya. 
“Ma,tolong jangan sebut pasal papa lagi. “ Ujar Khairiya Izzati dengan nada serius. 
Qal memandang Khairiya Izzati dengan penuh hairan. Mungkin,soalan yang yang bermain di benak fikirannya akan terjawab tidak lama lagi. 
“Riya..dia masih papa kita kan?” 
“Dalam hidup Riya takda istilah papa,kak.” Balas Khairiya Izzati kepada Khalisah dengan penuh dendam.
“Kalau dia masih ingatkan kita...dia mesti call,sms atau sekurang-kurangnya make an effort untuk jumpa kita..Tapi,ada dia wish mama hari ni? Tak kan?” Sambung wanita itu. 
“Tapi..”
“Ma...mama tak payah fikir pasal papa lagi.Yang penting Riya dan Kak Lisah sentiasa ada dengan mama.Kita janji,anak mama ni akan buat mama sentiasa happy!” Tidak sempat Puan Aslinah membalas kata-kata anaknya itu,Khairiya Izzati terlebih dulu memotong ayatnya.
Puan Aslinah hanya tersenyum kelat dengan kata-kata anaknya itu. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan pada saat ini. Dengan dua tetamu mereka,dia tidak mahu dua jejaka itu mendengar pertelingkahan keluarga mereka. Segan juga tatkala Qal dan Arman harus mendengar masalah keluaraga mereka.
“Jom,kita makan cake! Qal potong kan ya?” 
Kata-kata Qal membuat suasana yang tegang itu menjadi tenang.Sengaja dia berbuat gitu agar Khairiya Izzati dan ibunya tidak bergaduh satu sama lain. Dia tidak mahu,suasana yang meriah ini menjadi tegang. Dengan itu,dia volunteer dirinya untuk memotong cake tersebut dan membahagikannya agar mereka dapat merasa kek hari jadi Puan Aslinah.
Khairiya Izzati menoleh ke arah Qal yang sedang memotong kek coklat itu. Spontan bibir menguntum senyuman lega.Lega kerana,dia yakin lelaki itu sengaja berbuat begitu untuk menghentikan perbualan tegang mereka. Hai,terima kasih Qal!
Tak sia-sia kak Lisah ajak kau kat sini! Dapat lah dia menghentikan ibunya dari berkata-kata tentang papa mereka. Hati kian bergayut dengan perasaan geram tatkala topik papanya dibahaskan oleh ibunya. Jika papanya masih sayangkan mereka,sudah tentu dia akan berada di restoran ini meraihkan hari ulang tahun Puan Aslinah. Namun,kelibat lelaki itu tidak juga kelihatan pada tiga tahun yang lepas sehingga lah detik ini. 
Khairiya Izzati menarik nafasnya lalu menghembuskan dengan perlahan. Saat ini,detik ini,dia hanya ingin ibunya sentiasa gembira dan ceria disamping dia dan juga Kak Lisah. Dia tidak mampu kehilangan ibunya seperti mana dia hilang bapanya. Dia janji,dia akan menjaga ibunya dengan penuh kasih sayang dan tidak akan sesiapa pun yang menyakitkan hatinya buat kali kedua. 
....................
“Serious?!” 
Itulah yang terkeluar dari bibir Annisa tatkala Khairiya Izzati menceritakan tentang makan malam tadi. Meskipun,perbualan mereka melalui talian,dia dapat membayangkan wajah kawannya yang pasti terkejut itu. 
“Wah,dah macam couple je korang ni!” 
“Haa,dah mula lah tu..Aku dengan cousin kau tu hanya kawan okay. Tak lebih dari tu.” Tegas Khairiya Izzati seraya menghempaskan tubuhnya ke katil yang empuk itu.
“Ah,yelah tu! Mula-mula kawan...lepas tu...berci..”
“Jangan merepek eh Nisa..Entah-entah dia dah ada buah hati kot..” 
Khairiya Izzati berfikir sejenak. Mungkin kah benar tekaannya? Qal sudah mempunyai kekasih? Takkan lah,muka sehandsome Qal takda girlfriend! Kalau benar,dia harus dan mesti menjauhkan dirinya dari lelaki itu! Takut juga lah kekasih lelaki itu serang dia nanti!
“Aku tak rasa dia ada girlfriend..Kau tengok lah dia tu,siang malam dekat kedai bunga tu tolong mama dia.Mana ada masa nak ada girlfriend!” 
“Hmm..betul juga apa yang kau cakap.”
Selama dia berkawan dengan Qal,tidak sesaat pun dia melihat lelaki itu bersama wanita lain. Mungkin apa yang Annisa katakan benar. Mungkin,kerjanya yang sibuk membuat dia tiada masa untuk bercinta. 
“Eh,tapi kan aku pelik dengan kau.”
Kening Khairiya Izzati berjongket lalu dahi berkerut. Kata-kata Annisa membuat dia tertanya-tanya.Apa yang pelik? 
“Apa maksud kau?”
“Kau ni,suka dengan Mr.R atau Qal?” 
Mendengar soalan Annisa,dia mula teringat akan peristiwa tempoh hari. Peristiwa yang memalukan dirinya sendiri. Adui,dia juga kurang pasti apa perasaannya kepada Mr. R dan juga Qal. 
“Entahlah..aku malas nak fikir.”
“Hai,untunglah ada orang suka kat kau kan..”
Beep!
“Eh,Nisa..aku ada incoming call.Aku jumpa kau esok,goodnight!.”
“Alright,nightzz!”
Serta-merta talian mereka diputus oleh kerana incoming call dari seseorang. Khairiya Izzati mendongak memandang jam yang tergantung kemas di dinding.Sudah menjangkau angka sebelas lima puluh malam.
Siapa pula yang call lewat malam ni?
0 notes
Text
Bab 4
Suasana di kawasan perumahan Khairiya Izzati pada waktu malam itu sungguh sunyi sepi. Ditambah pula dengan suasana berangin membuat daun-daun kering dari pokok itu jatuh ke rumput.Mungkin,titik-titik hujan akan turun tidak lama lagi memandangkan awan di langit kelihatan mendung.Suasana yang sunyi sepi membuat lidah Khairiya Izzati terkelu untuk berkata-kata tatkala bersama lelaki kacak seperti Qal.
“Awak selalu balik malam macam ni ke?”
Kesunyian antara mereka terhenti tatkala suara garau Qal kedengaran.Khairiya Izzati mengangkat wajahnya sesaat mendengar soalan lelaki itu.Hati kian berdebar-debar apabila Qal menemani beliau pulang ke rumah.Sudah berkali-kali wanita itu menolak tawaran Qal,namun lelaki itu masih tetap ingin menemani beliau. 
“Erm,tak selalu juga lah..kenapa?” Kata Khariya Izzati mencari kepastian.
“Awak tak takut ke? Kawasan rumah awak ni sunyi sepi..kalau ada apa-apa jadi kat awak macam mana?” Ujar Qal seraya mata meneliti suasana kawasan perumahan wanita itu.
Langkah demi langkah mereka berjalan menuju ke blok rumah Khairiya Izzati. Wanita itu tersenyum nipis dengan kata-kata lelaki itu. Ini bukan pertama kali dia mendengar ayat itu,sebenarnya Aidil dan Annisa juga pernah memberitahu beliau bahawa kawasan rumahnya agak sunyi ketika malam menjelma. 
“Dah hampir sepuluh tahun saya tinggal sini. Dan Alhamdulilah...saya okay dan selesa tinggal kat sini. Awak tak perlu risau,saya dah biasa..”
Qal hanya tertawa kecil mendengar kata-kata Khairiya Izzati. Lalu mengangguk tanda faham.Lesung pipitnya yang sangat dalam jelas kelihatan. Hai,boleh pengsan juga Khairiya Izzati di situ!
Sengaja lelaki itu menawarkan diri untuk menemani Khairiya Izzati pulang ke rumahnya.Maklumlah,tidak manis jika seorang wanita seperti Khairiya Izzati untuk pulang seorang diri malam-malam begini.Mujurlah,dia terserempak dengan wanita itu di perhentian bas tadi ketika pulang dari kerjanya.
“So...betul lah awak ni sepupu Nisa?”Soal Khairiya Izzati.
“Erm,yeah..and how did you know?” Keningnya berjongket tanda hairan.
“Right..must be Nisa.” Belum sempat Khairiya Izzati membalas soalan Qal,lelaki itu terlebih dahulu menjawab soalannya sendiri.
“Sebenarnya,saya tak tau pun yang awak ni sepupu Nisa,sampai lah hari pertama kita jumpa..”
“Maybe,sebab saya dan Nisa tak rapat?” Ujar Qal. Khairiya Izzati hanya mengangguk tanda faham. Betul juga dengan kata-kata lelaki itu.
Tidak wajarlah jika Annisa tidak pernah cerita tentang dirinya kepada Khairiya Izzati. Sejujurnya,mereka berdua tidak rapat walaupun mereka sepupu. Pelik memang pelik.Mungkin,keluarga mereka agak besar dan susah untuk bertemu atau bercakap antara satu satu sama lain.
“Erm,okay lah Qal..Ni block saya.Saya balik dulu ya? Thanks sebab teman saya balik..” Ucap Khairiya Izzati sesaat mereka tiba di blok rumahnya. 
“No problem! Hati-hati naik lift tu..and goodnight!” Kata Qal seraya mengusap rambutnya yang berpacak itu. Lalu meletak kedua tangan beliau ke dalam poket seluar depannya sambil memerhatikan Khairiya Izzati menuju ke arah lif rumahnya.
Khairiya Izzati melambai dan mengukir senyuman manis kepada lelaki itu tatkala dia berada di dalam lif. Sesaat pintu lif tertutup rapat,masa itu lah dia boleh bernafas seperti biasa. Lega hatinya! Sejak tadi,entah kenapa dia berasa gementar apabila bersama lelaki kacak seperti artis korea itu! Hai,Qal..Qal..sweet juga awak ni! 
.........................
Khairiya Izzati membelek-belek kertas nota berwarna merah jambu itu sesaat dia berada di mejanya. Seperti biasa,nota kecil akan tiba di mejanya setiap pagi. Khairiya Izzati menghmebus nafasnya sebelum membaca isi kandungan nota itu. 
Dua minggu sudah berlalu..tapi awak masih dalam ingatan saya..
-Mr.R
Khairiya Izzati menjongket keningnya tatkala membaca nota yang diberi oleh Mr.R. Tidak dia duga sudah genap dua minggu Mr.R memberinya sepucuk surat dan nota-nota kecil. Tanpa dia sedari,nota-nota kecil semakin mengunung di dalam kotaknya. Dan dua minggu itu lah,dia sedang mencari-cari siapakah Mr.R. Ah,dia tidak tau bagaimana lagi ingin mencari lelaki misteri itu! 
Annisa yang baru saja masuk ke dalam kelas mereka tersenyum nipis tatkala melihat kawannya yang merenung jauh seraya memegang nota Mr R. Sudah dua minggu kawannya itu mendapat surat dari lelaki misteri itu,tetapi sehingga sekarang,kelibat lelaki itu masih belum kelihatan. Hai,siapalah secret admire kau tu Riya? 
“Aduh!” 
Pekik Khairiya Izzati tatkala Annisa menepuk manja bahunya.Annisa pula hanya tertawa melihat reaksi kawannya itu. Ha,termenung Mr R ke?!
“Hmm,mesti sweet kan surat yang dia bagi tu! Hmm,takda bunga lagi ke?” Usik Annisa seraya melabuhkan pingangnya ke kerusi. Lalu,membetulkan cermin matanya yang besar dan bulat itu.
Khairiya Izzati meghembus nafasnya yang mengandungi sedikit keluhan. Perasaan berkecamuk melanda hatinya. Sejujurnya,hati ini ingin sekali tahu siapakah lelaki misteri ini.Tetapi,bagaimana dia harus mencari jejaka yang sering sekali meluahkan kata-kata cinta kepadanya? Ahh..
“Entah...aku dah lama tak dapat bunga dari dia.Maybe,dia tau aku allergic kot..”
“Lahh..nampaknya aku tak dapat bunga dari kau lagi lah..” Ujar Annisa kepada Khairiya Izzati yang sering ‘sedekahkan’ beliau bunga yang diterima oleh Mr.R.
“Babe! I found something!” 
Annisa yang sejak tadi fokus membaca novelnya mengangkat wajahnya lalu mendekati Khairiya Izzati yang sedang meneliti nota yang diterima. Mata kian fokus melihat isi kandungan nota itu.
“Kau nampak tak apa yang aku nampak?” Soal Khairiya Izzati kepada Annissa. 
Wanita itu mengangguk kepalanya seolah-olah dia nampak apa yang berada di nota kecil itu. Lapan nombor yang tertera di nota itu membuat mata Khairiya Izzati dan Annisa membulat. Setelah dua minggu berturut-turut lelaki misteri itu memberi dia sepucuk surat,akhirnya dia mendapat clue pertama untuk mencari jejaka Mr.R!
“Babe! Apa lagi,call lah dia!” Kata Annisa lalu menarik-narik tangan kawannya.Khairiya Izzati merenung Annisa dengan renungan tajam.Amboi,excited sungguh kawan aku ni!
“Hesy,tak nak lah! Nanti dia ingat aku ni,tergila-gila kan dia!” 
“Memang kau dah tergila-gilakan dia pun...”
“Eh, mana ada.Sejak bila?”
“Sejak hari pertama!”
Khairiya Izzati terdiam buat seketika.Lalu membangkar kata-kata Annisa.“No!”
“Yes!” 
“Please,stop Nisa.”
Annisa tertawa kegembiraan tatkala dia berjaya mengusik kawannya yang sedang termalu-malu dengan apa yang dikatakan tadi.Terserlah pipi yang gebu itu bertukar ke merah sesaat Annisa mengusik Khairiya Izzati tentang perasaannya terhadap Mr.R. Meskipun,teman baiknya itu tidak mengaku perasaan sebenar beliau,dia yakin Khairiya Izzati sudah jatuh cinta dengan mamat misteri itu.Hai,Riya...Riya..
“Dia dah bagi hint kat kau,jadi ni lah masa kau untuk siasat siapa dia sebenarnya.”
“Tapi...”
“No buts! Ikut aja nasihat aku ni,okay?” Tidak sempat Khairiya Izzati menamatkan ayatnya,Annisa terlebih dulu menyampuk kata-katanya.
Dia melafazkan keluhan demi keluhan. Hati kian berkecamuk dengan pelbagai perasaan.Lega kerana akhirnya dia dapat mengetahui siapakah lelaki tersebut.Namun,perasaan gementar juga ada tersirat di dalam hatinya.Kenapa? Dia juga kurang pasti. Ahh!
.............
Khairiya Izzati melabuhkan pingangnya ke kerusi di balkoni rumahnya.Angin malam bertiup sayu melewati jendela, meyapa sepi wajah wanita itu. Khairiya Izzati menyirup air milo panas yang dibuat khas oleh ibunya tadi. Setelah itu dia meletakkan mug kegemaran beliau ke meja kopi yang tersedia di hadapanya. 
Dari tingkat 12 flat ini,pemandangan kenderaan begerak dan bintang-bintang di langit bagaikan begitu dekat. Seperti mampu disentuh dengan capaian tangan. Bibir menghela keluhan panjang.Misteri yang belum diselesai turut serta menghantui dirinya sejak dua minggu ini.
Dia memandang tepat ke arah jam dindingnya. Jam menunjukkan pukul sembilan malam. Fikirannya mula menerawang entah ke mana. Sejak dia mendapat nota dari Mr R,hati dan fikirannya tidak tentu arah sehingga apa yang diajar oleh pensyarah sama sekali tidak masuk di dalam otaknya. Seharian dia memikirkan tentang hal ini. 
Dia mengaru kepalanya tanda resah lalu mengigit kukunya. Setiap kali dia berasa gementar atau nervous,dia pasti akan mengigit kukunya! Segugus debaran menggoncang dadanya tatkala tangan mencapai telefon bimbit S6 beliau. Tangan kanannya pula sedang memegang nota kecil yang diterima tadi pagi. 
“Aduhh...biar betul aku nak telefon dia? Kalau dia tak angkat macam mana? Ah,nampak sangat aku ni desperate!” Ujar Khairiya Izzati yang sedang kalut itu.
“Tapi...kalau tak call..sampai bila-bila lah aku tak akan tau siapa dia ni.”Sambung Khairiya Izzati seraya membelek-belek telefon bimbitnya.
Dengan lafaz bismillah,dia menekan butang nombor telefon bimbit itu satu per satu. Mungkin,ini adalah langkah pertama beliau untuk siasat lelaki yang penuh misteri ini. Ahh,hati berharap sangat agar Mr R beliau dapat menjawab panggilannya! Tanpa dia sedari,nombor terakhir telah pun ditekan.Ya Allah...tenangkan hatiku ini!
“Hello?” 
Hati Khairiya Izzati berdebar-debar tatkala panggilan dijawab oleh Mr.R. Matanya membulat tanda takut,gementar dan segala perkataan yangs seerti dengannya.Lidahnya seolah-olah terkelu dari berbicara. Nafasnya turun naik tatkala mendengar suara Mr.R. 
“Err...”
“Assalamualaikum...is that you Khairiya?”
Khairiya Izzati mengigit bibirnya sesaat Mr.R memanggil namanya. Alamak! Dia tahu aku call dia ke? Ahh,Riya! Dengan penuh keresahan,Khairiya Izzati bangkit dari tempat duduknya lalu jalan berualang-alik di balkoni rumahnya. Otaknya seolah-olah buntu buat seketika.
“Wa..walaikumussalam...” Jawab Khairiya Izzati dengan nada berketar-ketar.
“So,betul lah ni Khairiya?” Tanya Mr R sekali lagi,mencari kepastian.
“Erm..kalau betul awak nak buat apa? Siapa awak sebenar?” 
Soal Khairiya Izzati dengan nada kurang senang. Sengaja dia berbuat begitu,takut juga jika lelaki itu ingat dia desperate!
“Hahaha...tak sangka awak garang juga ya..” Balas lelaki itu seraya tertawa dengan soalan Khairiya Izzati.
Wanita itu mencebik. Lalu menjongket keningnya yang rapi itu. Amboi,boleh ketawa pula dia ni! Orang tengah stress,dia boleh pula main-main! Dia melafazkan nafas geram agar dia kelihatan tenang. Sabar,Riya..sabar..
“Hesy,kita ni pernah jumpa ke? Kenapa awak selalu bagi saya surat,chocolate,bunga? Takda perempuan lain ke awak nak bagi?” Bertalu-talu soalan yang diajukan kepada Mr.R. 
“Ke awak ni,sengaja nak main-main kan saya?” 
Soal Khairiya Izzati mencari kepastian. Tidak wajar lah jika lelaki itu sanggup mempermainkan dirinya. Zaman sekarang,ramai yang sanggup membuat apa saja untuk mendapatkan wang. Contohnya kes culik,menyamar menjadi orang baik,dan sebagainya. Takut juga jika Khairiya Izzati sedang bercakap dengan seorang penculik!
“Awak ingat saya ni takda kerja lain ke nak main-mainkan awak?”
“Habis tu,kenapa awak bagi surat dan nota semua ni? Siap,letak gelaran Mr.R lagi..hesy,nama awak ni siapa sebenarnya?”Sekali lagi wanita itu menyoal kepada jejaka misteri itu. Semakin lama,semakin sakit hati ini.Geram sungguh!
“Okay,saya nak tanya awak..orang lelaki kalau bagi bunga,chocolate and surat kat seorang wanita...apa maknanya?” 
“Ini bukan masa untuk berteka-teki Mr.R..saya perlu tau siapa awak ni!”
“Maknanya...lelaki tu ada perasaan cinta,suka dekat wanita tu.So....”
Khairiya Izzati menelan liur.Hati kian berdebar-debar.”So..awak nak bagi tau saya yang..awak..err..suka dekat saya?”
“Maybe?”
Mata Khairiya Izzati membulat tatkala mendengar balasan jejaka misteri itu.Jantungnya bergoncang bagaikan mahu memecahkan rangka dadanya.Betulkah apa yang dia fikirkan selama ini? Mr.R mempunyai perasaan cinta terhadap dirinya? 
“Khairiya? Riya? You still there?”
Lamunan Khairiya Izzati terhenti buat seketika sesaat Mr.R memanggil namanya. 
“Err..bye!” 
Tanpa berfikiran panjang,dia mematikan panggilan itu.Mungkin,dia tidak tahu apa yang harus diungkapkan kepada Mr R. Hatinya bagaikan ingin tercabut tatkala mendengar pengakuan lelaki itu. Entah kenapa dia rasa berdebar-debar,dia juga kurang pasti. Yang pasti,perasaan malu mula meresap dalam hatinya. Aduh..malunya aku!!!
Mata pula mengalih ke arah nota kecil di tangannya. Lalu fokus membaca isi kandungan nota itu. 
‘Kalau nak tau siapa saya...here’s my number-91123478′
Ishh! Geramnya aku dengan kau! Sampai bila kau nak rahsia identiti kau tu uh? Hesy! Sudah genap dua minggu pekara misteri ini berlaku,tetapi sampai sekarang tiada clue yang lebih tepat untuk mencari jejaka yang penuh misteri ini.Khairiya Izzati mengusap rambut panjangnya yang berserabut menutup mukanya ke belakang. Lalu,kaki berulalng-alik ke balkoni rumahnya. 
“Ehem!” 
Langkah Khairiya Izzati termati apabila Khalisah memasuki balkoni rumah mereka. Khairiya Izzati memandang jam dinding yang menunjukkan pukul sepuluh malam. Melihat waktu yang dipamer di jam dinding mereka,dia pasti kakaknya baru saja pulang dari butiknya. Memandangkan,butik akan ditutup tepat pada pukul sembilan malam.
Khalisah mendekati adiknya yang sejak tadi kelihatan resah. Tanpa Khairiya Izzati sedari,kakaknya itu sudah perhatikan gerak gerinya sejak beberapa minit tadi. Entah kenapa dengan adik kesayangannya,dia juga kurang pasti. Mungkin,ada masalah besar kot? Biarlah,dia sendiri bertanya kepada adiknya.Kalau nak tunggu dia bersuara,sampai bila-bila lah,Khalisah tidak akan tau masalah adiknya itu.
“Kakak,baru balik?” Soal Khairiya Izzati yang agak kekok dengan kakaknya.
Meskipun mereka sudah hidup bersama selama bertahun-tahun,hubungan mereka adik-beradik tidak sama seperti tiga tahun yang lepas. Sejak,peristiwa penceraian antara ibu bapa mereka,Khalisah dan Khairiya Izzati tidak pernah rapat seperti dulu. 
Semuanya sibuk dengan hal masing-masing.Jika dulu hubungan mereka seperti isi dan kuku,kini hubungan mereka seolah-olah seperti anjing dan kucing. Mungkin,disebabkan Encik Khalis membuat mereka bedua seperti orang asing di rumah ini. 
Mendengar soalan adiknya,Khalisah mengangguk kepalanya seraya melabuhkan pingangnya ke kerusi disediakan. Mata masih memerhatikan Khairiya Izzati yang sedang fokus memandang nota kecil yang terletak di genggaman beliau.
“Surat apa tu? Dari tadi akak perhatikan,Riya asyik pandang surat tu aja..Surat penting ke?”
Kening Khairiya Izzati berkerut apabila mendengar soalan kakaknya. Jantungnya bagaikan ingin tercabut melihat reaksi kakaknya yang seolah-olah seperti pengawai polis. Aduh...nak jawab apa pula? Takkan lah aku nak bagi tahu,yang ni surat cinta? Ah,tidak!
“Err...ermm...surat ni? Ah,takda apa-apa lah kak..tak penting pun.”Balas Khairiya Izzati dengan harapan Khalisah percaya akan kata-katanya.
“Sure? Bukan surat dari kolej kan?”
“No! Of course not. Kakak tak perlu lah risau.” 
“Good then.Akak tak nak ada apa-apa complain dari kolej okay?” Khalisah memberi amaran kepada adiknya. takut juga jika surat itu daripada kolej. 
Khairiya Izzati melepaskan nafas panjang tanda lega. Lalu mengagguk tanda faham dengan amaran yang diberi. Mujurlah kakaknya itu tidak bertanya lebih lanjut tentang surat ini. 
Kini,mata Khairiya Izzati pula berlaga tepat ke wajah Khalisah yang agak resah gelisah itu. Melihat wajah wanita itu,dia yakin masalah yang dihadapi oleh kakaknya.
“Kakak..gaduh lagi dengan Amran?”
Diam.
Tiada kata yang terkeluar dari bibir manis kakaknya itu. Hanya hembusan nafas keluhan yang kedengaran. Spontan Khalisah bangkit dari tempat duduknya lalu menuju ke arah tingkap balkoni mereka. Pandangan malam itu tidak lagi menarik perhatiannya.
“Kak..this is not the first time kakak gaduh dengan Amran kan?” 
Sekali lagi Khairiya Izzati menyoal kepada Khalisah. Sudah setahun Khalisah bertunang dengan jejaka yang bernama Amran. Dan dalam setahun itu lah hubungan mereka sering diganggu dengan pelbagai masalah. Sudah beberapa kali,Khairiya Izzati menasihati kakaknya untuk putuskan tunang mereka,tetapi sudah banyak kali dia menolak nasihat itu.
Di mata Khalisah,Amran seorang lelaki yang bertanggungjawab,baik,setia dan calon suami yang sesuai untuk dirinya. Tetapi di mata Khairiya Izzati,semuanya tidak sama seperti apa yang Khalisah jangkakan. Amran bukan lelaki setia ataupun lelaki baik. Wanita dikeliling pingang,pergi ke club setiap malam,meminum arak,itu semua yang dinampak oleh mata kepala Khairiya sendiri. Tetapi sayang...Khalisah tidak pernah percaya akan kata-kata adiknya.
“Kita gaduh sikit aja...it’s normal. “ Balas Khalisah seolah-olah dia sudah lali dengan sikap Arman.
Kening Khairiya Izzati berjongket tatkala mendengar balasan kakaknya. Geram sungguh dengan sikap wanita itu yang tidak pernah ingin bersikap keras terhadap Arman.
“It’s not normal kak! Kalau hari-hari gaduh,normal ke tu? Ini baru aja tunang,kalau dah kahwin macam mana?” 
“Akak percaya dia akan berubah bila kita kahwin nanti. He will change.”Ujar Khalisha dengan penuh keyakinan. 
“Kakak selalu saja nak back up dia kan.Kakak tak pernah nak dengar nasihat adik akak sendiri.”
“Sebab kakak percaya,dia akan setia dengan kakak...dia cintakan akak.”Luah Khalisah. Dia yakin bahawa Arman benar-benar cintakan dirinya. 
“Sudah lah tu kak. Riya malas nak nasihatkan kakak lagi. Tapi satu aja Riya nak pesan kat kakak.Hati-hati lah dengan Arman.”
Nasihat terakhir yang diberi kepada Khalisah.Tanpa berfikiran panjang,Khariya Izzati melangkah keluar dari balkoni mereka.Malas dia hendak bertengkar dengan kakaknya yang tidak pernah dan tidak akan mendengar nasihat beliau.Kali ini,biarlah Khalisah memikirkan tentang masa depan dirinya bersama Arman.Mampu kah dia bahagia dengan lelaki itu?
Khalisah menoleh kepalanya ke arah adiknya tatkala pesanan diberi kepadanya. Meskipun berulang kali Khairiya Izzati memberitahu beliau bahawa Arman bukan lelaki yang baik,dia tetap dengan kepercayaan beliau sendiri.Namun,jauh di sudut hatinya,dia percaya Arman sudah berubah.Hubungan mereka aman damai sebelum mereka bertunang.Tetapi,sejak kebelakangan ini,hubungan mereka seolah-olah tidak bermakna. 
Nafas dihela panjang sekali lagi. Terlalu banyak pekara yang berlaku dalam tiga tahun ini. Terlalu banyak....
Ya Allah...kau berikan lah aku kekuatan...
0 notes
Text
Bab 3
Di hujung minggu,biasanya Khairiya Izzati dan ibunya,Puan Aslinah akan berada di rumah. Kakaknya,Khalisah pula akan ke butik sehingga tenghari. Dia akan menutup kedainya pada waktu tengahari setiap hujung minggu. Sengaja dia berbuat begitu agar dapat meluangkan lebih masa untuk ibu dan adik kesayangan beliau.Kakak caring katakan!
Seperti biasa,dia akan menolong ibunya untuk membuat kerja rumah yang tidak pernah dan tidak akan ada penghujungnya! Contohnya,kain baju yang berlongok di kerusi khas akan dilipat pada setiap hujung minggu.Maklumlah,hanya hari minggu saja dia dapat melipat kesemua baju yang bertimbun-timbun itu bagaikan gunung Everest!
Setelah itu,dia akan membersih barang-barang yang ada di ruang tamu mereka. Bantal-bantal kecil disusun rapi di sofa berwarna kelabu itu. Lalu,dia menyusun majalah-majalah yang berada di meja kopi itu dengan kemas. Sempat juga dia membelek-belek majalah Teen Vogue dan juga majalah Hijabista yang dibeli oleh Khalisah agar dapat inspirasi untuk reka baju-baju baru di butiknya.Mata fokus kepada baju dan fashion sense yang dipamer di majalah-majalah itu.
“Macam mana lah,dorang belit-belit tudung dorang tu? Belit macam mana pun,tetap lawa!” Ngomel Khairiya Izzati tatkala melihat model di majalah hijabista.  
“Ahh,sudah lah Riya! Jangan berangan sangat lah kau boleh jadi macam dorang.Perangai tak macam perempuan jangan harap nak jadi model! Dah,Kemas..kemas!” Ujar wanita itu agar fokusnya untuk mengemas kembali semula.
Dia melangkah pula ke arah rak-rak di ruang tamu mereka. Beberapa keping gambar yang tersusun rapi. Perlahan dia mengelap habuk-habuk yang terkumpul di setiap gambar tersebut. Sementara dia mengelap,dia tersenyum tatkala melihat betapa gembiranya mereka bertiga.Walaupun diduga pelbagai cabaran,mereka tetap mampu tersenyum dengan penuh kegembiraan.
Sehinggalah,ke gambar yang terakhir. Gambar yang mengandungi kesemua ahli keluarga mereka termasuklah Encik Khalis. Lama mata Khairiya Izzati memandang potret keluarga mereka itu. Perasaan sakit,sedih,geram hinggap di hatinya.Dengan penuh kebencian,dia memusingkan gambar itu kebelakang agar gambar itu tidak dilihat oleh matanya lagi. Buat sakit hati aja!
“Riya masih marah kat papa ke?” 
Soalan Puan Aslinah membuat lamunan Khairiya Izzati terhenti serta-merta. Wanita itu hanya mendiamkan diri tatkala mendengar soalan ibunya.
“Riya…tak baik tau,Riya simpan perasaan marah,dendam kat papa..”Sambung Puan Aslinah seraya mengusap badan anaknya itu.
“Dia takda kena mengena dalam hidup kita lagi ma..Dia bukan papa Riya lagi.”Balas Khairiya Izzati dengan selamba. Sejujurnya,tiada istilah perkataan ‘Papa’ dalam hidupnya lagi.
Puan Aslinah faham akan perasaan anaknya itu.Dia tahu,anaknya ini masih menyimpan perasaan dendam dan marah kepada bekas suaminya.Ya,kadang-kala dia juga merasa apa yang Khairiya Izzati rasa. Memang sakit di hatinya masih belum terubat. Namun,dia tidak mahu masalah dia antara Encik Khalis itu membuat Khalisah dan Khairiya Izzati terus membenci dan menghukum suaminya.
“Sayang…mama faham perasaan Riya. Tapi,seburuk-buruk mana pun dia..dia masih papa kandung Riya. Tak baik Riya terus membenci dia.”
“Ma,cukuplah dengan apa dia dah buat kat kita.Dia biarkan hidup kita sengsara,mama masih nak maafkan dia? Riya tak boleh lah ma..”
“Riya…”
Khairiya Izzati melafazkan keluhan berat. Dia tahu,sebanyak mana pun ibunya memujuk dirinya,dia tetap dengan pendiriannya sendiri. Dia tidak akan maafkan lelaki yang telah merosakkan kebahagiaan keluarganya.Nama Khalis Ibrahim sudah pun dibuang jauh dari hidupnya.
“Ma..dah lah kita tukar topik ya? Mama masak apa hari ni? Macam sedap aje!”
Puan Aslinah memandang anaknya.Hmm,macam gitulah sikap anaknya yang sering saja menukar topik apabila dia berbincang tentang papanya. Hesy,ada saja!
“Favourite Riya lah..”
“Nasi ayam black pepper?! Hmm,patut lah bau dia sedap!” Ujar Khairiya Izzati.Makanan kegemaran beliau! Hanya ibunya saja yang mampu memasak makan favourite nya itu.hmm!
“Dah habis kemas,baru boleh makan okay? Nanti mama siapkan untuk Riya.”
Khairiya Izzati hanya mengangguk lalu menguntum senyuman kepada ibunya tanda faham. Setelah itu,dia menyambung kerjanya mengemas di ruang tamu itu sebelum ibunya memanggil untuk makan tengahari.
……………..
Khairiya Izzati melabuhkan pingangnya ke kerusi biliknya lalu membuka laptop nya. Selepas makan tengahari bersama ibu dan kakaknya yang baru saja pulang dari butiknya,dia telah bercadang untuk meluangkan masa yang terbiar ini untuk mengulangkaji pelajarannya. Maklumlah,peperiksaan akhir semester akan tiba tidak lama lagi!
Fokus Khairiya Izzati terganggu tatkala telefon bimbit S6nya berbunyi. Dengan segera dia mencapai telefon bimbitnya.’Aidil?’ Nama itu lah yang terkeluar dari bibir wanita itu tatkala ia muncul di skrin lepernya.. Tanpa berfikir panjang,Khairiya Izzati menjawab panggilan dari Aidil.
“Yes,Aidil?”
“Riya,tolong aku please!”Ujar Adil di hujung panggilan itu. 
“Tolong apa lagi?”
Dahlia mencebik. Geram juga kerana dia tidak dapat belajar dengan tenang!
“Macam biasa uh,please!”
“Hesy,kau ni kan! ada je tau yang tak kena.Ah,yelah!” 
“Thank you!”Ucap Adil seraya senyum kegembiraan. Mujurlah ada kawannya itu untuk menyelamatkan beliau!
“Belanja aku nanti!” 
“Takde hal lah bro! Eh,sis!”
Khairiya Izzati hanya tersenyum nipis mendengar balasan kawannya itu.Llau dengan segera dia menyiapkan diri agar dapat berjumpa dengan mamat yang suka sangat susahkan orang.Hesy!
………………..
Setibanya Khairiya Izzati di kafe berhampiran dengan kawasan rumahnya,matanya mencari-cari kelibat Aidil. Entah kenapa suasana di kafe itu sungguh riuh dan dibanjiri dengan pelanggan,dia juga kurang pasti. Yang pasti,dia perlu mencari kawannya yang entah ke mana.
Setelah berjalan mencari Aidil di sekitar kafe itu,akhirnya dapat juga dia berjumpa dengan lelaki itu yang ditemani dengan seorang wanita. Tanpa berlengah masa,dia menuju ke arah kawannya lalu menghembus nafasnya dengan perlahan.Hai,Adil..Aidil...
“Ehem! Tak sangka you akan menduakan I,Aidil! Ni,siapa huh? Girlfriend you yang ke berapa uh?” Ujar Khairiya Izzati setibanya dia berada di depan mereka.
Wanita yang bersama Aidil terkejut dengan kehadiran Khairiya Izzati. Mata terbuka luas tatkala mendengar kata-kata wanita itu.Ah,tidak sangka Aidil sudah berpunya! Hati kian bergelora dengan api kemarahan.
“What?! Aidil,i ingat you single lagi! Hesy,lelaki gatal!” 
Aidil hanya mendiamkan diri tatkala melihat wanita itu melepaskan geram kepadanya. Habis lah aku!
“I’m sorry,i tak tau yang Aidil ni ada girlfriend. Sorry eh..”
“It’s okay,i faham. Dia ni memang playboy.Pantang nampak perempuan lawa...kan sayang?” Perli Khairiya Izzati seraya menjongket keningnya. 
Wanita seksi itu hanya menjeling matanya kepada Aidil lalu meninggalkan mereka berdua. Kalau dia tau,Aidil mempunyai kekasih,dia tidak akan berada di sini.Buat sakit hati saja!
Aidil menghembus nafas lega tatkala wanita itu lesap dari pandangannya.Kini,dia dapat bernafas seperti biasa.Spontan bibir menguntum senyuman lebar.Dirinya ini seolah-olah sudah bebas! Bebas dari wanita yang berpakaian seksi itu.Hesy!
“Hah,mana upah aku?” 
Lamunan Aidil terhenti buat seketika tatkala mendengar suara Khairiya Izzati.Wanita itu melabuhkan pingangnya di tempat duduk bertentangan dengan kawannya.
“Sabar lah,nah..kau pilih apa kau nak makan sekarang.Aku belanja!” Ujar Aidil seraya menghulurkan menu makanan yang disediakan kepada Khairiya Izzati.
Wanita itu hanya tersenyum lebar tatkala mendengar kata-kata Aidil. Wah,untung lah kau hari ni Riya! Seperti biasa,dia akan memilih makanan kegemaran beliau di kafe itu.Chicken chop with mushroom sauce! Ya,makanan itulah yang akan dipesan oleh Khairiya Izzati. Perut sudah berbunyi tatkala memikirkan tentang makanan lazat itu! 
Setelah beberapa minit berlalu,akhirnya chicken chop with mushroom sauce sampai di meja makan mereka.Mmmm,baunya saja dapat membuat dirinya terpegun! Ah,ni kes dah lama tak makan ni! Tanpa berlengah masa,dia mencapai grafu dan pisau yang disediakan lalu menjamu makanannya.Mmmm,lazat bangat!!
Aidil hanya memerhatikan kawannya itu.Lalu,memberi reaksi pelik tatkala melihat Khairiya Izzati memakan dengan penuh kekhusyukan.Aik,dia ni tak makan ke dari tadi? Lapar benar!
“Kau ni,aku tengok macam dah seminggu tak makan..”
Khairiya Izzati mengangkat wajahnya lalu menjongket keningnya.
”Hesy,memang pun!”Perli Khairiya Izzati lalu meletak sudu dan grafunya ke pinggan beliau.
“Aidil...sampai bila kau nak aku ni,lamar jadi girlfriend kau uh? Aku penat tau,berlakon depan perempuan yang kau cari kat online tu.Hesy.”Tegur Khairiya Izzati.
Sudah menjadi kebiasaan Aidil untuk memanggil wanita itu untuk menjadi ‘kekasih’ beliau apabila gadis-gadis yang dia jumpa tidak mencapai expectation nya.Contohnya tadi,wanita seksi tetapi terlalu banyak bercakap tentang fashion terkini,makeup dan sebagainya membuat dia bosan dengan sikap wanita itu!
Tempoh hari,dia juga pernah berjumpa dengan wanita yang agak ayu,sopan dan mempunyai ciri-ciri wanita idaman beliau.Namun,sayang...wanita itu queen control! Aidil tidak dapat mengunakan telefon bimbitnya apabila bersama wanita control freak itu! Jika tidak,dia akan merampas telefon bimbit Aidil untuk siasat siapa dia hubungi.Mujurlah,lelaki itu dapat menghubungi Khairiya Izzati untuk menyelamatkan dia.
“Sampai aku dapat wanita idaman aku?” Ucap Aidil dengan selamba.
“Eh,kau ingat aku free ke selalu nak tolong kau...Hesy..Kenapa lah kau tak minta Annisa tu lamar jadi kekasih kau?”
Soalan Khairiya Izzati membuat Aidil terganam.Berdebar-debar mendengar soalan bonus dari wanita itu.Perlahan dia menuduk kepalanya seolah-olah ada pekara yang bermain di fikirannya.
“Sebab...”
“Sebab kau cintakan dia kan?”Sampuk Khairiya Izzati lalu menjongket kening tatkala melihat reaksi kawannya yang terkilan tu.
“Aidil,sudah sudah lah tu kau simpan rasa cinta kau tu...” 
Aidil menuduk kepalanya sedikit apabila mendengar kata-kata Khairiya Izzati. Hati kian bergayut dengan pelbagai macam perasaan. Memang,dari dulu lagi wanita itu sudah berkali-kali menyuruh Aidil untuk meluahkan perasaaannya terhadap Annisa.Namun,tidak pernah sekali pun dia mendengar kata-kata Khairiya Izzati. 
“Entah lah,aku belum ready lah Riya..”Kata Aidil dengan penuh pasrah.
“Dari dulu sampai lah sekarang,ayat tu aja yang keluar dari mulut kau. Aidil,kau kene terus terang dekat dia sebelum terlambat.”
Aidil mengangkat wajahnya,mata kian membulat. “Dia dah ada boyfriend ke?”
Khairiya Izzati tertawa kecil tatkala melihat reaksi kawannya yang kelam-kabut. Ha,baru getak sikit dah takut. Aidil..Aidil..
“Haaa,baru takut! Dia single lagi lah..”
“Hesy,kau ni buat suspense je lah! Dah lah,cepat makan..aku hantar kau balik.”
“Dengan vespa kau tu?” Soal Khairiya Izzati mencari kepastian. 
“Sejak bila pula aku naik kereta? Mestilah Vespa..”Perli Aidil. Sengaja dia ingin menghantar temannya itu pulang ke rumah. Ini juga sebagai balas budi wanita itu atas semua pertolongan beliau yang susah payah ke sini untuk menolongnya.
“Erm,takpa lah..tak pasal-pasal kakak aku bising kat aku bila nampak aku naik motor dengan kau.Lebih baik,aku naik bus,aman sikit!” Khairiya Izzati menolak tawaran kawannya untuk menghantar beliau pulang ke rumah.
Bukannya apa,dia takut jika kakaknya melihat beliau berdua-duaan bersama Aidil menaiki motor vespanya. Kata kakaknya,tak elok jika seorang wanita menaiki motor bersama seorang lelaki jika belum berkahwin. Hai,nampak gayanya,dia perlu menaiki bas lah untuk mengelak ngomelan kakaknya itu!
Aidil hanya mengangguk tanda faham dengan situasi kawannya itu.Bukannya pertama kali wanita itu menolak tawarannya,tetapi sudah berkali-kali. Dia sudah lali dengan sikap Khairiya Izzati,maklumlah sudah lebih enam tahun mereka mengenal satu-sama lain.
..............
Usai makan di kafe,Khairiya Izzati menunggu bas di perhentian bas berdekatan dengan kafe tersebut. Mata memandang ke arah jam tangannya.Jam menunjukkan pukul lapan malam. Sengaja dia pulang awal agar kakaknya itu tidak mengomel kepada dirinya.Sejujurnya,dia malas hendak mendengar setiap bebelan yang terkeluar dari mulut Khalisah. Hai,penat!
Dia mengambil tempat duduk di bangku yang disediakan.Lalu,mata mencari-cari kelibat bas. Tetapi,satu bus tidak juga kelihatan. Nampak gayanya,dia perlu menunggu setengah jam lah untuk menaiki bas. Apa lah,nasib!
Tiba-tiba,dia terasa seseorang menepuk bahunya.Hati kian bergayut dengan perasaan gementar,takut,pelik.Siapa kah yang menepuk bahunya? Setahu dia,dia sorang lah berada di perhentian bas itu. Ya Allah..entah-entah...Ahh!
Dengan perasaan penuh resah,gelisah,dia menoleh kepalanya dengan perlahan.Tanpa dia sedari,seorang lelaki yang dia sangat kenali berada di depan matanya. Hati kian berdebar-debar tatkala berempat mata dengan lelaki itu. Tidak sangka mereka akan berjumpa sekali lagi pada saat ini.Spontan bibir memanggil namanya mencari kepastian.
“Qal?”
0 notes
Text
Bab 2
Khairiya Izzati mengeringkan rambutnya yang basah itu dengan tuala berwarna merah jambu. Walaupun,perangai wanita itu agak kasar,seperti tomboy dia tetap suka dengan warna pink! Memang tidak sah lah, jika kebanyakkan barangnya berwarna merah jambu. Wanita sejati lah katakan!
Setelah itu,dia menyediakan pakaian untuk dipakai ke kolej esok. Sehelai baju denim dan jeans ditepikan agar senang dicari pada hari esok. Tidak usahlah dia kelam-kambut mencari baju untuk dipakai. Lalu,dia mencari warna tudung yang sesuai untuk dipadan dengan baju denimnya.
 Hai,boleh rambang mata jika melihat tudung-tudung yang dia ada di dalam almarinya! Semuanya,tersusun rapi mengikut warna masing-masing. Ini semua,diajar oleh kakak kesayangannya itu lah! Hmm,maklumlah taiko butik muslimah….
Hampir lima minit dia mencari tudung yang sesuai. Akhirnya dia memilih tudung chiffon berwarna hitam. Sesuai sangatlah dengan tona baju dan jeansnya itu.Well,black matches everything!
“Ahh! Sedapnya katil aku ni!” Ujar Khairiya Izzati tatkala dia menghempaskan tubuhnya ke katil yang empuk itu.
Seharian membuat assignment di kolej dan kafe,akhirnya dia dapat merehatkan minda dan badan tanpa gangguan! Mujurlah dia dapat menyelesaikan kerja sekolahnya di kafe siang tadi menyebabkan beliau pulang lewat dan dikantoi oleh kakaknya. Hesy!
Mata memandang kosong ke siling biliknya.Fikiran melayang jauh memikirkan tentang Mr R. Sudah seminggu dia mendapat surat dan nota dari lelaki itu,namun kelibat lelaki itu tidak juga kelihatan.
Dengan segera,dia mencapai kotak kecil yang terletak di meja kecil bersebelahan dengan katilnya.Satu per satu dia mengeluarkan nota-nota yang dia dapat daripada lelaki misteri itu. Bewarna-warni nota yang diberi,ada yang warna merah,biru dan yang paling penting sekali warna merah jambu pun ada!
Khairiya Izzati membaca satu per satu nota yang dikeluarkan tadi.
Chocolate for you. Hope you like them! 
-Mr.R
Salah satu nota yang diberi bersama sebuah kotak chcolate beberapa hari yang lalu. Namun,kotak chocolate yang dia dapat diberi pula kepada kawannya,Annisa. Mungkin, lelaki itu tidak tahu bahawa dia sebernarnya anti-chocolate sejak dulu lagi! Daripada dia membuang chocolate itu,lebih baik dia memberi makanan itu kepada Annisa. Tidak lah,dia membuang pemberian lelaki itu.
Hadapi hari awak dengan positve! Jangan lupa senyum! 
-Mr.R
Satu lagi,nota yang diberi oleh lelaki misteri itu. Khairiya Izzati tersenyum tatkala membaca nota yang berwarna pink itu. Entah kenapa dia terasa hatinya berbunga-bunga dan berdebar-debar pada saat ini. Sejujurnya,di dalam sudut hatinya,dia ingin sekali tahu siapa jejaka yang selalu saja menulis nota ini. 
Mungkin,suatu hari Tuhan akan pertemukan kita berdua..satu hari nanti..
-Mr.R
Hai,bila lah aku boleh jumpa kau? Sampai bila lah kau nak hantar aku surat-surat ni semua? Tapi,kenapa kau hantar surat kat aku? Jap..jap..kita ni pernah jumpa ke? Tapi,kat mana? 
Bertalu-talu soalan yang bermain di fikiran wanita itu.Pelbagai soalan misteri yang harus dia cari. Hesy,macam investigation lah pula! Tapi,untuk kes Khairiya Izzati,dia perlu siasat siapa jejak disebalik nota ini. Tak kiralah bagaimana caranya,dia perlu siasat juga!
………..
“Okay guys,if there’s nothing else..I will dismissed you now. Don’t forget to do your quiz and assignments!”  Ujar Encik Lim kepada pelajarnya.
Tanpa berlengah masa,pelajar yang berada di dalam kelas itu bersurai dan melangkah keluar dari tempat itu,termasuklah Annisa dan Khairiya Izzati. Mujurlah,kelas hari ini tidak sukar dan stress berbanding subjek yang lain. Jika tidak,boleh pecah otaknya!
“Riya,teman aku pergi kedai bunga ya?”
Soalan Annisa membuat lamunan Khairiya Izzati berlalu pergi. Spontan kepalanya menoleh ke arah kawannya seolah-olah tidak puas hati. 
“Kedai bunga lagi? Bukan ke minggu lepas,kita pergi sana?”
“Alahh…boleh lah..mak aku ni,suruh aku belikan bunga pasu. Please..teman aku..” Pujuk Annisa sambil menarik-narik tangan kawanny itu. 
“Hesy,kau tau kan aku sensitive dengan bunga. Malas lah!” Rungut Khairiya Izzati. Selain chocolate,dia juga allergik dengan bunga! Setiap kali,dia mendekati bunga atau bau wangian bunga,dia akan bersin sepanjang hari.
“Alah,kau tunggu luar kedai je lah. Aku beli bunga sekejap je!” 
“Ahh,yelah yelah.” Ujar Khairiya Izzati tatkala melihat Annisa memberi muka sposen beliau. Hesy,ada je tau!
Annisa hanya menguntum senyuman lebar tatkala mendengar jawapan kawannya itu. Walaupun dia tahu,Khairiya Izzati allergik dengan bunga,dia tetap ingin wanita itu temani beliau. Jika bukan kerana ibunya,dia pasti dia tidak perlu memaksa Khairiya Izzati untuk ke kedai bunga itu.
Seperti biasa,Khairiya Izati akan menunggu Annisa di luar kedai bunga sementara kawannya itu memilih dan membeli bunga pasu untuk ibu kesayangannya. Sudah lebih setengah jam Annisa berada di dalam kedai bunga itu. Khairiya Izzati sudah semakin rimas dengan bunga-bunga yang dihias di luar kedai itu. Memang lah lawa,tapi sayang dia allergik dengan kesemua bunga itu. Hesy!
Termasuk kali ini,sudah lima kali Khairiya Izzati memandang jam tangannya. Aduh, Nisa ni buat bunga ke beli bunga? Susah sangat ke nak pilih bunga tu? Hais! Rungut Khairiya Izzati seraya melafazkan keluhan berat. Menyesal pula aku teman Nisa…
“Excuse me…erm,may I help you?”
Khairiya Izzati menjongket keningnya tanda hairan.Suara sesorang kedengaran di tepi teliganya.Hai,siapa pula ni panggil aku? Dengan perasaan hairan,dia menoleh ke arah suara tersebut. 
Khairiya Izzati menelan liurnya tatkala melihat wajah pemilik suara tersebut. Matanya membulat,mulutnya tercengang buat seketika dengan rupa lelaki itu.Sungguh kacak bak artis korea! Kulitnya gebu dan bersih dari segala jerawat. Badannya pula sungguh fit! Seolah-olah dia pergi ke gym setiap hari.Penampilan lelaki itu yang agak kasual membuat Khairiya Izzati hampir pengsan. Ya Tuhan,aku bermimpi ke? 
“Err..Excuse me,ada apa-apa saya boleh bantu?”
Soalan lelaki itu membuat Khairiya Izzati menjejak kakinya ke alam realiti. Alamak,dia melayu lah! Ingatkan,orang korea atau jepun! Nasib lah,dia tidak menjawab dengan bahasa korea yang tidak beberapa fasih tu.Jika tidak,malu lah!
“Erm, sorry..I dont think so. Saya tengah tunggu kawan saya..” Jawab Khariya Izzati seraya mencuba untuk mengawal dirinya agar kelihtan cool.
“Ohh..kenapa awak tak masuk sekali?”
“Cause i’m allergic to flowers. “ 
Balas wanita itu. Biarlah dia berterus terang kepada jejaka kacak itu.Takut jika dia memaksa beliau untuk masuk ke dalam. Habis lah kalau macam tu,dia perlu sediakan tissue box!
“Are you serious? I didn't know that some people will be allergic to flowers. Hais,kesian kan awak..” Ujar lelaki itu seolah-olah dia tidak sangka dia berjumpa dengan wanita yang allergik dengan bunga.
Khairiya Izzati mengangguk kepalanya lalu menjongket keningnya.”Kenapa pula kesian?”
“Kesian sebab,mesti awak tak pernah dapat bunga dari boyfriend awak kan?”Usik lelaki tersebut seraya tertawa kecil. Terselah lesung pipitnya yang comel itu. Comel teramat!
Mendengar usikan lelaki itu,Khairiya Izzati teringat akan sesorang.Ya,Mr.R! Dia selalu mendapat bunga ros dari Mr.R tapi selalunya dia akan memberi bunga itu kepada kawan kesayangannya. Maklumlah,allergik!
"Saya single okay. Saya dapat bunga pun dari seseorang,itu pun saya sedekahkan bunga tu dekat kawan saya. Yelah,tak baik buang pemberian orang."
Lelaki itu hanya mengangguk tanda faham akan kata-kata Khairiya Izzati.
"Awak ni macam free aje dari tadi. Bukan ke time kerja sekarang?" Soal wanita. Pelik,bukan ke dia sepatutnya bekerja di dalam kedai bunga itu? Hai,ni namanya gaji buta ni! Hesy!
"Erm, betul..sekarang ni memang time kerja. Tapi, macam mana saya nak kerja kalau awak block pintu masuk kedai bunga ni?"
Khairiya Izzati menoleh kepalanya ke belakang. Alamak! Malunyaaaa! Yang aku diri dekat sini kenapa pula! Jadi,selama ini dia berdiri di depan pintu masuk kedai bunga ini? Ya Allah..apa lah kau ni,Riya!
"Er...sorry! Tak perasan pula saya block pintu masuk ni...hmm,masuklah Encik..Encik Qal." 
Ucap Khairiya Izzati seraya memberi laluan kepada lelaki itu.Mujurlah,dia memakai name tag kerjanya. Dapat juga Khairiya Izzati tahu nama lelaki itu. Hmm,Qal...sedap juga nama dia..
“Sorry Riya! Aku tak tau bunga apa nak pilih tadi,tu yang aku call mak aku tanya dia..sorry tau..” Suara Annisa membuat mereka berdua terkejut buat seketika. 
Khairiya Izzati hanya memberi muka tidak puas hatinya kepada Annisa. Hesy,geram betul dengan kawannya itu.
“Eh,Qal pun ada kat sini? Qal tak kerja ke?”
Soalan Annisa membuat Khairiya Izzati terpinga-pinga. Annisa kenal lelaki ni? Siapa lelaki ni? Tak pernah-pernah pun,dia cerita mamat ni kat aku..entah-entah,dia ni boyfriend Nisa tak? Habis lah,chance aku nak dapat mamat ni!
“Erm,nak sambung kerja lah ni. Okay lah Nisa,Qal masuk dulu..see you around Riya.” Ujar lelaki itu yang bernama Qal seraya menguntum senyuman paling manis sehingga membuat Khairiya Izzati tersipu malu tatkala Qal menyebut namanya. hai...lembutnya...
Setelah Qal berlalu masuk pergi ke kedai bunga itu,Annisa meneliti kawannya itu yang masih memandang ke arah Qal yang berada di dalam. Mata tak lepas dari melihat lelaki paling comel beliau itu. Kening Annisa berjongket tanda hairan. Amboi,tersangkut nampak!
“Aku tau lah,cousin aku tu handsome...tapi tak payah lah nak pandang lama-lama.” 
Lamunan Khairiya Izzati terhenti buat serta-merta tatkala mendengar usikan kawannya itu. Spontan dia menoleh kepalanya agar dia dapat berempat mata dengan Annisa lalu memberi reaksi terkejut dengan kata-kata wanita itu. 
“Apa kau cakap tadi? Lelaki tu,cousin kau? Sedara kau? Eh,kenapa kau tak pernah cerita kat aku yang kau ada cousin sehandsome dia tu? Hesy!”
Annisa mencebik.Memang sah kawannya itu sudah tersangkut dengan rupa saudaranya itu! Memang benar semua gadis akan menjadi gila tatkala melihat rupa wajah Qal kecuali Annisa. Mungkin,dia sudah selalu melihat wajah lelaki itu,entah apa yang handsome sangat dia juga kurang pasti.
“Ish,buat apa aku nak cerita kat kau. Takda masa lah..Dah lah,jom balik.”
“Hesy,apa lah kau ni..Nisa! kalau ya pun,tunggu lah aku!”
Ujar Khairiya Izzati seraya mengejar Annisa yang sudah melangkah pergi dari tempat itu. Sempat juga dia meneliti kedai bunga itu. Qal yang sedang menyusun bunga di tingkap kedai itu,menguntum senyuman nipis lalu melambai kepada Khairiya Izzati yang agak terkejut dengan kelakuannya itu.Spontan dia melambai lelaki itu sebelum menuju ke arah Annisa.
Aduhai! Comelnya awak,Qal!
0 notes
Text
Mencari Mr R
Suasana di dalam kelas diploma in design,sungguh riuh-rendah dengan ketiadaan pensyarah. Beberapa minit lagi, pensyarah mereka akan menjejakkan kaki beliau di dalam kelas itu. Masing-masing membuat hal sendiri sementara menunggu kelas untuk bermula. 
Seperti biasa, ada yang bersembang atau bergosip antara satu sama lain dan ada juga yang sedang bergurau senda seperti sekumpulan lelaki yang duduk di hujung kelas. Masing-masing sedang menikmati masa yang penuh berharga ini. Masa yang memberi mereka kebebasan untuk membuat apa saja selain menghadap buku dan laptop mereka sepanjang hari. 
Tetapi, tidak semua yang berada di dalam kelas itu sedang menikmati masa yang berharaga ini. Bagi seorang wanita yang sedang duduk di tepi tingkap kelas itu kelihatan bingung dengan nota kecil yang ada di tangannya. Spontan tangan mengaru kepalanya yang tidak gatal tanda hairan.
“Psst ! Dapat nota lagi ke?” tanya seorang lagi wanita yang memakai cermin mata bulat dan besar.
“Macam biasa lah Nisa..kalau tak dapat nota,mesti chocolate atau bunga ros terpacak kat table aku ni sekarang.” Balas Khairiya Izzati dengan nada bosan. 
Annisa yang sejak tadi fokus mengulangkaji pelajarannya tadi kini fokus memandang kawan rapatnya. Maklumlah, dia seorang pelajar yang rajin belajar. Pelajar yang berada di kelas itu memanggilnya Nerd disebabkan perangainya yang terlebih rajin. Apabila memandang kawannya itu, jelas kelihatan expresi wajah yang bosan dan keliru terpamer di wajah Khairiya Izzati. 
“Untunglah, orang tu ada secret admirer!” Usik Annisa lalu tertawa kecil melihat wanita itu.
“Apa pula Mr R kau tu tulis kali ni? Mesti ayat romantis dia terkeluar kan!” 
Khairiya Izzati menghembus nafasnya agar dia kelihatan tenang. Termasuk hari ini, sudah seminggu dia mendapat surat atau nota sebegini. Entah dari siapa yang memberi semua ini dia juga kurang pasti. Yang pasti, setiap surat atau card pasti mengandungi nama ‘Mr R’. Otak semakin berkecamuk tatkala memikirkan hal ini. 
“Hesy kau ni! Malas lah aku nak layan secret admirer ni semua. Buang masa aje! Kalau kau nak tau,ni hah bacalah.” Ujar Khariya Izzati lalu menghulurkan nota kecil itu kepada Annisa. 
Malas dia hendak membaca setiap nota yang diberi oleh lelaki misteri itu. Letih dia hendak bermain teka teki dengan lelaki itu. Kadang-kala, perasaan ingin membuang segala surat yang dia dapat ke tong sampah. Namun, sifat hairan dan ingin tahu menimbul di hatinya hampir setiap saat.
“Have a nice day Ms Khairiya Izzati.Study hard! Fuh! kalau lah aku dapat nota macam ni setiap hari,mesti bersemangat nak belajar! Kau tak nak siasat ke siapa bagi kau surat ni semua?” 
Khairiya Izzati melabuhkan pingangnya ke kerusi. Lalu mengeluarkan sebuah laptop dan nota buku untuk kelas hari ini. Setelah itu, dia menoleh ke arah Annisa yang sedang menunggu jawapannya.
“Entahlah Nisa..aku sebenarnya takda masa nak siasat. Tapi aku percaya,surat ni bukan dari kelas kita. Impossible.” Ujar wanita itu seraya mata meneliti wajah setiap lelaki yang berada di kelas mereka.
“Masing-masing dah ada buah hati. Except for Naim. Itu pun,nama dia start dengan huruf N bukan R. Jadi, aku rasa ni mesti kerja orang luar..Hesy,siapa lah agaknya..” Sambung Khairiya Izzati. 
Melihat setiap lelaki yang berada di kelas mereka,Khairiya Izzati yakin bahawa mereka tidak mungkin memberi surat atau nota untuk dia. Masing-masing sudah mempunyai pasangan. Tidak mungkin mereka akan menduakan pasangannya demi Khairiya Izzati. Tambahan pula,nama mereka tidak bermula dengan huruf R. Jadi..siapakah Mr R?!
“Hmm..betul juga ya. Takpa lah,sekarang ni kau focus kat study dulu. Nanti kita siasat sama-sama okay?” Ucap Annisa tatkala melihat guru pensyarah mereka sudah sampai ke kelas. 
Khairiya Izzati hanya mengangguk tanda setuju. Hai,siapa bila lah kau nak sembunyi kan identity kau Mr R? Sebulan? Setahun? hesy..
………………..
Seperti biasa,Khairiya Izzati dan Annisa akan ke cafe berdekatan dengan kolej mereka setelah kelas tamat. Tempat itu lah menjadi tempat kegemaraan mereka. Di situ lah mereka kan merehatkan minda mereka setelah seharian membuat assignment mereka. Seperti biasa, Khairiya Izzati akan order air kegemaran beliau iatu,Vanilla Chocolate Ice Blended sementara  untuk Annisa pula,dia akan order Mocha Latte. 
Mujurlah,suasana di cafe itu sungguh aman damai. Dapatlah mereka membuat assignment mereka yang mengunung itu di sini. Jika dibandingkan suasana di rumah dan di cafe,dia lebih suka untuk belajar di cafe kerana dia dapat fokus dan belajar dengan tenang. Maklumlah,pelajar Design harus mempunyai kreativity dan minda yang fokus untuk berkarya. Lagi pula,Annisa ada untuk membimbingnya jika dia mempunyai kesusahan dalam pelajarannya.
“Riya…cuba kau bayangkan,Mr R kau tu.Mesti dia handsome gila kan? Sweet..Hai…” Ujar Annisa yang sejak tadi membaca novel The Fault In Our Stars sementara menunggu kawannya menyelesaikan assingment beliau.
Khairiya Izzati mengangkat wajahnya,hilang fokusnya untuk membuat assignment.”Hai, dari tadi tak habis-habis pasal topik Mr R?”
“Kau tak teringin ke nak balas semua surat yang dia bagi? Kesian tau,dia penat-penat tulis kau surat,bagi kau macam-macam benda tapi sikit pun kau tak layan.” Soal Annisa dengan perasaan hairan.
“Malas.”
Sepatah saja yang dibalas oleh Khairiya Izzati. Sejujurnya, dia tidak mempunyai masa untuk membalas semua surat yang Mr R bagi kepadanya. Dia tidak mempunyai secebis perasaan suka terhadap kelakuan Mr R itu. Dia juga kurang pasti apa yang ada di dalam dirinya sehingga Mr R sanggup bersikap begini. Hesy,rimas!
“Ish kau ni! Sepatutnya, kau kena bersyukur ada orang suka dekat kau.Bukan macam aku,takda lelaki yang nak pandang muka aku lah.Tsk!”Bebel Annisa. 
“Kalau kau nak sangat Mr R tu,ambil lah. Aku pun tak ingin lah..” Balas Khairiya Izzati acuh tak acuh. Malas dia hendak berbual tentang topik Mr R.
Annisa mencebik. Memang macam ni lah perangai kawan rapatnya sejak bangku sekolah sampai lah ke kolej,panas baran! Kadang-kala,ada saja yang tak kena dengan kawannya itu. Senang cakap,perangainya itu sungguh unpreditable!
“Siapa Mr R tu?”
 Perbualan mereka terhenti buat seketika tatkala suara garau sesorang kedengaran.Spontan kepala mereka menoleh ke arah pemilik suara tersebut. 
“Err..Aidil…bila kau sampai?” Soal Khairiya Izzati sengaja dia ingin menukar topik.
Aidil Ilyas. Satu lagi kawan yang sentiasa bersama mereka berdua sejak bangku sekolah lagi. Persahabatan mereka tidak lengkap dengan ketiadaan Aidil Ilyas. Maklumlah,mereka bertiga seolah-olah seperti isi dan kuku.Tetapi,Aidil tidak mengambil jurusan diploma yang sama.Dia mengambil jurusan Engineering.Jurusan yang dipaksa oleh bapanya sejak dulu lagi.Terpaksalah dia mengambil Diploma Engineering untuk memuaskan hati bapanya walaupun hati dan jiwanya hanya untuk menjadi usahawan muda.
"Baru aje..aku tak masuk class tadi." Balas Aidil lalu melabuhkan pingangnya ke kerusi bersebelahan dengan Khairiya Izzati.
"Masuk minggu ni,dah 3 kali kan kau tak pergi kolej? Hesy,apa nak jadi dengan kau? Exam dah dekat,kau pula malas pergi kolej.." Ujar Khairiya Izzati.
"Aku pergi ke,tak pergi..tetap sama.Apa yang aku belajar tak masuk dalam otak aku lah."
Annisa dan Khairiya Izzati hanya menggeleng kepala mereka. Mulut mereka sudah letih menasihat lelaki itu.Entah apa lagi yang mampu membuat Aidil berubah mereka juga kurang pasti.Hesy!
"Hah,korang ni jangan nak tukar topik.Tadi aku dengar korang sebut Mr R..siapa Mr R?"Sambung Aidil seraya memandang mereka berdua.
"Mr R tu..."
"Err..Mr R tu,lecturer kita."Tidak sempat Annisa menceritakan kisah seceret admirer kawannya itu,Khairiya Izzati terlebih dahulu memotong ayatnya. 
Annisa memberi reaksi bingung dengan sikap pelik kawannya.Sebenarnya,Khairiya Izzati tidak mahu,kisah Mr R menjadi perbualan orang mesikupun Aidil adalah salah satu teman baiknya.Biarlah ia menjadi suatu rahsia antara dia dan Annisa.Mungkin,lebih baik dia merahsiakan pekara ini dari Aidil.
“Asal dengan lecturer korang tu? Ada yang tak kena ke?” 
“Erm..biasalah kau tau kan lecturer kat college kita tu,ada je yang tak kena. Betul tak Nisa? Dateline assignment lah,quality of the work..blahblahblah..” Tipu Khairiya Izzati. Harap-harap lah,Aidil percaya akan kata-kata beliau!
Annisa hanya mengangguk untuk menyokong cerita palsu kawannya itu.Hai,Riya..Riya..
Aidil pula faham akan situasi yang kawannya alami itu. Dia juga merasakan pekara yang sama.Stress apabila dia memikirkan tentang hal sekolah,lebih-lebih lagi projek yang tak pernah dia selesaikan.
Khairiya Izzati melafazkan nafas lega tatkala melihat Aidil seolah-olah percaya dengan apa yang diceritakan tadi. Mujurlah,dia tidak bertanya soalan-soalan maut tentang Mr R. Jika tidak,kantoi lah dia!
................
Kunci rumah yang berada di dalam beg Khairiya Izzati dikeluarkan dengan perlahan. Lalu membuka pintu rumahnya itu dengan penuh hati-hati agar dia tidak memberi sembarangan bunyi di dalam rumah itu. Setelah itu,dia melangkah kakinya satu per satu dengan perlahan seraya mencari lampu suis di dalam kegelapan pada saat ini.
“Aduhh!” Jerit Khairiya Izzati tatkala kakinya itu dilanggar sebuah sofa di depannya.
Serta-merta,ruang tamu di rumah itu menjadi terang-benderang memberi tanda bahawa dia sudah dikantoi oleh salah satu ahli keluarganya! Aduhh,habis lah aku kene bebel lah lepas ni!
“Haah,baru ingat nak balik? Kakak ingat Riya lupa nak balik malam ni.” Perli Khalisah Iziani merangkap kakak kepada Khairiya Izzati. 
Khairiya Izzati hanya mendiamkan diri. Malas dia hendak bertengkar dengan kakaknya. Entah kenapa setiap kali mereka bertemu,ada saja benda yang tak kena. Hubungan mereka tidak seperti adik beradik yang lain,mereka seperti anjing dan kucing. Tak pernah berbaik!
“Haa,nak gi mana tu pula? Kakak belum habis cakap lagi lah!”Ujar Khalisah tatkala melihat adiknya menuju jalan meninggalkan ruang tamu mereka.
“Riya penat lah kak..Riya nak mandi lepas tu tidur.”
“Eh,Riya ingat akak tak penat ke tunggu Riya balik malam-malam buta ni?”
“Then,siapa suruh akak tunggu Riya? Riya dah besar lah kak. Lain kali,tak payah nak tunggu Riya lagi okay?” Balas Khairiya Izzati dengan nada kurang senang lalu memasuki biliknya.
Khalisah mencebik lalu mengetap bibirnya tanda geram. Geram dengan sikap adiknya yang tak pernah balik awal. Bukannya apa,dia risau akan keselamatan Khairiya Izzati. Maklumlah,dia lah,satu-satunya adik yang dia ada di dunia ini. 
Sejak ibu bapa mereka bercerai tiga tahun yang lalu,hidup mereka tidak pernah tenang. Jika dulu,hubungan mereka sekeluarga sungguh rapat namun sejak kejadian tiga tahun yang lalu,hubungan mereka seolah-olah dibuang entah ke mana. Mujurlah,ibu mereka sentiasa ada di sisi mereka berbanding bapa mereka. 
Khalis Ibrahim bapa kepada Khalisah Iziani dan Khairiya Izzati. Dia telah bercerai dengan isterinya tiga tahun yang lalu dengan alasan bahawa mereka tiada jodoh. Alasan yang tidak bernas bagi keluarga mereka. Khairiya Izzati tahu,bapanya mempunyai wanita lain selain ibunya sebelum mereka bercerai lagi. Perasaan kecewa,hampa,geram datang menghantui dirinya pada saat itu. Mungkin,disebabkan pekara itu lah dia sangat benci akan bapanya yang tidak setia akan keluarga ini.
Kini,Khalisah Iziani pula mengambil alih tugas bapanya selama mereka hidup bersama. Setelah ibu bapa mereka bercerai,segala duit perbelanjaan dan tanggungjawab yang harus dipikul telah pun diambil alih oleh Khalisah. Mujurlah,dia kini ada butik muslimahnya tersendiri. Dapatlah dia menampung segala makan minum untuk keluarganya.
Jika tidak..entah apa yang akan terjadi kepada keluarga mereka nanti..hesy...
0 notes
Photo
Tumblr media
Finally,know where to edit/create a book cover! Hehehe,my not confirm book cover! hahahaa, will be using it on my new story that i’ll be creating on wattpad. In Shaa Allah! 
0 notes
Text
Bab 50-TERAKHIR
Lima bulan telah berlalu dengan pantas.Tanpa kita sedari,masa yang berjalan terlalu cepat untuk kita kejar.Walau secepat mana kita mengejar masa,masa itu tetap berlalu dengan pantas meninggalkan kita.Banyak pekara yang telah terjadi dan berubah dalam sekelip mata.
Perit,pedih,sakit,gembira,tawa semua nya telah mereka lalui bersama.Tak kiralah masalah kecil ataupun besar,mereka saling ada untuk satu sama lain.Dahlia dan Irham Zahril mula mempelajari erti sebuah rumah tangga.Setiap hari,setiap saat,setiap detik,cinta dan sayang mereka berputik.Semakin hari,semakin itu lah kasih sayang mereka tumbuh dengan mekarnya.
Hati mereka seolah-olah diikat dengan sebuah tali agar ikatan perkahwinan mereka tidak lagi terputus.Hidup Irham Zahril seolah-olah sudah lengkap dengan adanya isterinya yang dia sangat cintai.Setiap hari,tidak terputus doanya untuk mengucap syukur ke atas Ilahi dengan pemberian jodohnya ini.
“Sayang..”Panggilan lembut terkeluar dari bibir Irham Zahril.
Mata Dahlia yang sejak tadi fokus melihat pemandangan pantai itu kini terhala pula ke arah wajah suaminya.Seharian mereka berada di pantai yang penuh dengan ketenangan itu.Dapatlah,mereka merehatkan minda mereka setelah bertungkus-lumus menghabiskan kerja mereka sepanjang minggu ini.
“Sayang masih ingat tak,dulu abang pernah ajak Lia datang sini..”Sambung Irham Zahril.Jari-jemarinya pula hinggap ke tangan Dahlia agar dia dapat memimpin wanita itu.
Dahlia berfikir sejenak.Otaknya mula mengimbas kembali kenangan mereka berdua.Namun,tiada satu pun kenangan yang membuat dia teringat akan tempat ini.”Hmm..Lia tak ingat lah..”
“Cuba Lia ingat sekali lagi..”Arah Irham Zahril.
Wanita itu mengikut arahannya sekali lagi.Mungkin,kali ini dia dapat mengimbas kembali kenangan mereka.Otak mula bermain segala macam pekara yang mereka lalui.Serta-merta,dia teringat akan sesuatu.Ya! Dia ingat akan kenangan itu!
“Ah! Sekarang baru Lia ingat! Masa tu,abang ajak Lia datang sini sebab nak tanya pasal arwah mama dan ayah kan?” Tanya Dahlia mencari kepastian.
Teringat akan waktu silam mereka.Masa itu,hubungan mereka belum lagi stabil.Mereka bagaikan langit dan bumi,selalu saja mereka bertengkar apabila bersua muka.Tidak pernah,ada kata-kata manis yang terkeluar dari bibir Irham Zahril.
“Betul.Masa tu,abang rasa geram sangat sebab Lia tak pernah bagi tahu abang yang parents Lia dah meninggal.Abang dapat tau pun bila sesi meminang dulu dari Mak Su.”
Dahlia menuduk kepalanya sedikit tatkala mendengar penjelasan suaminya.Jujur,pada waktu itu dia dapat lihat betapa marahnya Irham Zahril pada saat itu.Memang benar,pada waktu itu dia tidak pernah cerita akan hal peribadinya kepada Irham Zahril.
“Tapi..pada masa yang sama,abang rasa bersalah sebab marah kat Lia.Abang tak sepatutnya buat gitu kat sayang..Abang sedar,hidup tanpa mak dan ayah pekara paling susah di dunia ni..”Sambung Irham Zahril dengan penuh lembut.
Kini,Dahlia mengangkat kepalanya.Lalu memandang wajah lelaki itu.Jelas kelihatan,Irham Zahril rasa amat bersalah.”Lia dah lama maafkan abang..Sekarang ni,Lia tak perlu bersedih lagi..sebab Allah dah temukan Lia dengan abang,mama dan papa..”
Irham Zahril menguntum senyuman nipis.Hatinya lega tatkala ayat yang terkeluar dari bibir manis wanita itu.Syukurlah,mama dan papanya mampu membuat Dahlia terubat rindu dengan kedua orang tuanya yang sudah lama pergi.
“Sayang lupa sorang lagi..”Kening Irham Zahril menjongket lalu menguntum senyuman lebar.
“Sorang lagi?” Dahlia tercengang.Dia kelihatan keliru dengan kata-kata suaminya.
“Sorang lagi tu..ada kat sini lah,sayang..” Ucap Irham Zahril.Lalu tangan memegang perut Dahlia yang semakin hari,semakin membesar.
Spontan bibir Dahlia menguntum senyuman manis tatkala melihat gelagat Irham Zahril.Dia lupa bahawa,sekarang ini dia mempunyai nyawa yang amat berharga di perutnya.Nyawa yang dia tidak sanggup kehilangan.
“Baby...jangan nakal-nakal tau..kesian mama...” Kata Irham Zahril sambil mengusap perut Dahlia.
“Hesy,abang ni..kandungan Lia baru 3 bulan...” Ujar Dahlia lalu tertawa melihat reaksi Irham Zahril.
Teringat akan waktu Doktor mengesahkan bahawa dia mengandung enam minggu,mereka seolah-olah tidak terkata.Tangisan mula mengalir dari kelopak mata Irham Zahril tatkala mendapat berita gembira itu.Jujur dia katakan,dia tidak sabar menjadi seorang bapa kepada kandungan ini.Sudah lama dia impikan detik-detik penuh bermakna ini!
“Sayang...Abang janji,abang akan jaga Lia dan baby kita ni dengan baik..”Ujar Irham Zahril seraya mengusap kepala Dahlia yang ditutupi dengan tudung merah jambunya itu.
Dahlia hanya tersenyum mendengar kata-kata suaminya.Syukurlah,dia mempunyai suaminya yang sangat prihatin.Ya Allah...kau tak silap menemukan dia dengan diriku...
..............
Dahlia dan Irham Zahril berjalan menuju ke kedai menjual barang-barang bayi.Kedai yang membuat sepasang suami isteri itu menjadi riang,gembira dan menguntum senyuman lebar tatkala melihat keperluan dan barang bayi yang disusun rapi di kedai itu.
Masing-masing menjadi tidak tentu arah.Dahlia yang sejak tadi,terpesona dengan kedai itu,kini menuju ke seksyen barang bayi lelaki.Perlahan mata memandang ke setiap sudut barang yang tersusun di rak-rak tersebut.
Warna biru yang menghiasi ruang seksyen itu membuat dia tidak sabar untuk nyawa di rahimnya keluar dan merasai kehidupan di dunia ini.Setiap hari,dia berdoa agar kandungannya ini sentiasa sihat.Ahh,perasaan teruja tak pernah hilang sejak pertama kali mendapat berita gembira ini.Hanya tuhan saja yang tahu betapa gembiranya dirinya pada saat ini.
“Sabar ya,baby...lagi satu bulan aje untuk baby keluar dari perut mama...”Ucap Dahlia lalu mengusap perutnya itu.
Tangan mencapai sehelai baju yang berwarna biru itu.Spontan bibir menguntum senyuman lebar lalu tertawa tatkala melihat ayat yang terukir di baju itu.”I love mommy and daddy”.Ayat itu membuat dia semakin ghariah.Tidak sangka,dia akan merasa detik-detik terindah ini.Jujur dia katakan,tiada pekara yang lebih mengembirakan selain nyawa yang berada di rahimnya pada detik ini.
“Assalamualaikum..” Kedengaran seorang wanita memberi salam kepadanya.Dengan perlahan,dia menoleh kepalanya ke arah suara tersebut,
“Walaikum......Walaikumussalam....”
Serta-merta baju yang berada di tangan Dahlia jatuh ke lantai.Wajahnya mempamerkan riak terkejut.Mulutnya tercengang melihat seorang wanita yang kini bertudung dan wanita yang dia kenali di depannya.Hati kian berdegup laju seolah-olah boleh tercabut.Ya Allah...Erliza?
Tanpa dia sedari,Erliza terlebih dahulu mendekati diri Dahlia lalu memeluknya dengan erat.Dahlia yang sejak tadi,terdiam kaku kini bertambah terkejut dengan tindakan wanita itu.Apa yang terjadi ni? Kenapa Erliza berada di sini?
“Dahlia..maafkan i...maafkan kesilapan i selama ni...”Ujar Erliza dengan nada berketar-ketar.Spontan airmata mengalir laju dari kelopak matanya.
Mata Dahlia membulat tatkala mendengar kata-kata Erliza.Dengan perlahan,dia menghembus nafasnya lalu membalas pelukan wanita itu.Jujur dia katakan dia tidak pernah sangka dia akan bertemu dengan wanita itu sekali lagi.
“Dahlia..i’m sorry.I banyak dosa kat you..Dahlia,please maafkan i..”Sambung Erliza sekali lagi.Teresak-esak dia menangis tanda menyesal dengan perbuatannya dulu.
“Sayang...”
Spontan Dahlia menoleh ke arah Irham Zahril yang baru tiba di tempat itu.Reaksi mereka sama aja.Terkejut.Ya,sepasang suami isteri yang tidak duga bahawa Erliza akan kembali ke sini sekali lagi.Melihat penampilan Erliza yang baru itu,Irham Zahril yakin,wanita itu sudah kembali ke arah kebaikkan.Tanpa berfikir panjang,Irham Zahril mendekati mereka.
“Erliza?” Panggil Irham Zahril mencari kepastian.
Serta-merta wanita itu memandang wajah Irham Zahril yang agak terkejut itu.Dia pasti,kehadirannya ke sini akan menimbulkan reaksi yang kurang senang kepada mereka berdua.Namun,niatnya murni.Dia hanya untuk memperbetulkan keadaan yang sudah lama membelenggu fikirannya.
“Am...Dahlia...i betul-betul nak minta maaf atas semua kesalahan i.I tau,perbuatan i dulu sangat kejam...bodoh...sampaikan i sanggup cuba pisahkan korang berdua. I’m so sorry...”Jelas Erliza dengan penuh kesal.
“Am,i harap sangat you dapat maafkan apa yang i dah buat kat you and your family..i tau,bukan senang nak lupakan semua tu.I janji,lepas ni i takkan ganggu lagi hidup you dan Dahlia..”Sambung Erliza.Semakin lama,semakin itu lah nadanya semakin mendatar disebabkan tangisan yang mengalir.
Dahlia dan Irham Zahril memandang satu sama lain.Mungkin,firasat mereka benar.Erliza yang dulu bukan lah yang sama seperti Erliza yang berada di depan mata mereka.
“Saya...saya..dah lama maafkan awak,Erliza.Pekara dah lama,tak baik dikenang lagi..” Ucap Dahlia seraya mengusap tangan Erliza.
“Betul tu..i dah lupakan semua tu Erliza..memang betul,memang susah nak lupakan setiap pekara yang you dah buat kat kita semua,tapi...pekara hitam tu,tak payah lah kita nak ingat balik..Yang penting sekarang,you dah insaf dan sedar kesilapan you..”
“Thank you so much...i doakan kebahagian korang berdua and i doakan agar perkahwinan you and Dahlia kekal hingga ke jannah..”
Dahlia dan Irham Zahril mengukir senyuman tanda terima kasih.Alhamdulilah dengan segala nikmat yang terjadi hari ini.Mungkin benar,setiap yang berlaku ada hikmahnya.Mungkin,setelah kejadian pahit itu,Erliza berubah menjadi muslimah yang lebih baik.Kini,tiada lagi halangan yang akan menganggu perkahwinan mereka kecuali yang Maha Esa.
“Erm...ni dah berapa bulan?” Soal Erliza seraya menguntum senyuman lebar tatkala melihat perut Dahlia semakin membesar.
“Dah nak masuk 8 bulan..”
“Oh! Tak lama lagi lah..korang berdua jadi mama dan papa! Hmm..nak tunggu i,lagi lama lah nampaknya..” Ujar Erliza seraya mengusap perut Dahlia.
Sekali lagi,pandangan Irham Zahril dan Dahlia berlaga tepat.Spontan bibir mereka mengukir senyuman lebar.Seolah-olah mereka tau apa yang berada di fikiran masing-masing.
“Awak pregnant?” Tanya Dahlia mencari kepastian.
Erliza mengangguk lalu tertawa kecil.”Alhamdulilah,baru 2 bulan..” 
“Wah! Alhamdulilah,tahniah!” Ucap Dahlia seraya mengusap lengan Erliza.Syukurlah ke atas nikmat yang diberi oleh Tuhan.
“Tahniah,Erliza! Izuan mesti tak sabar nak jadi papa kan!”
Erliza hanya tersenyum malu tatkala ucapan tahniah diungkapkan oleh mereka berdua.Dia turut berasa syukur kerana dikurnikan hadiah paling berharga sekali di dunia ini iatu kandungannya.
“Erm,cakap pasal Izuan..Mana Izuan? Dia tak ikut sekali you shopping?” Soal Irham Zahril lalu mata mencari-cari kelibat suami Erliza.
“Oh,Izuan pergi toilet tadi..sakit perut.”
Irham Zahril angguk tanda faham.”Anyways..you guys balik Aussie ke stay sini?”
“Buat sementara waktu ni,Izuan dengan i nak spend time kat sini..yelah,dah lama juga tak balik jumpa family kita semua..Maybe,lepas i bersalin baru kita balik Aussie.”
Irham Zahril dan Dahlia hanya mengangguk tanda faham dengan penjelasan Erliza.Syukurlah,kepulangan Erliza ke sini bukan lah suatu pekara yang buruk lagi kepada mereka berdua.Jika dulu,kehadiran wanita itu membuat mereka tidak keruan,kini hati mereka lebih tenang tatkala melihat penghijarahan wanita itu.
“Erm,Dahlia,Am..i need to go now..Takut,Izuan cari i nanti..Kalau ada masa,kita jumpa lagi ya? Assalamualaikum.” Ujar Erliza sebelum dia beredar mencari suaminya yang entah ke mana.
“Walaikumussalam..In Shaa Allah! Jaga kandungan awak tu baik-baik ya? Takecare!”Balas Dahlia lalu melambai ke arah Erliza yang semakin lama,semakin jauh dari pandangan mata mereka,
Mereka menghela nafas syukur dengan apa yang terjadi.Hati kian lega,kini dia tidak perlu takut dan gementar lagi apabila berdepan dengan wanita itu.Alhamdulilah,syukur ke atas illahi.
“Alhamdulilah,tenang hati Lia tengok Erliza tu..”Ujar Dahlia sesaat Erliza beredar dari tempat itu.
Irham Zahril hanya tersenyum mendengar kata-kata isterinya.Syukurlah,walau apa yang Erliza sudah lakukan kepada isterinya,wanita itu tetap maafkan segala kesilapan Erliza.Jujur dia katakan,dia berasa beruntung kerana memiliki isteri setabah Dahlia.
Mungkin bagi dirinya,dia perlu mengambil masa yang lama untuk memaafkan segala pekara yang Erliza telah lakukan kepada dia dan juga keluarganya.Namun,bagi Dahlia....begitu mudah sekali dia melupakan dan memaafkan wanita itu yang suatu ketika dahulu pernah menghancurkan hatinya.Hesy,Dahlia..hati kau sememangnya lembut..
“Terima kasih sayang...” 
Mata Dahlia yang sejak tadi memberi tumpuan kepada barang bayi kini mengalih pula ke arah suaminya yang kelihatan pelik itu.”For?”
“For forgiving Erliza after what she did to us..Abang bangga dengan sayang sebab mampu beri peluang kepada Erliza.”
“Bukan kerja Lia untuk menghukum Erliza.Biarlah,kita sebagai manusia saling bermaaf-maafan..Lagipun,Lia penat lah nak gaduh ni semua..”Luah Dahlia.
Irham Zahril mengangguk tanda faham dengan apa yang dikatakan oleh isterinya.Memang benar,dia juga letih dengan apa yang berlaku suatu ketika dahulu.Mungkin,pengalaman silam membuat mereka menjadi lebih matang untuk menghadapi masalah yang bakal terjadi kepada rumah tangga mereka.
“Sebab tu lah,abang sayanggggg kat Lia!”Ucap Irham Zahril seraya memeluk isterinya dengan erat.
Ketinggian Irham Zahril membuat lelaki itu merehatkan dagunya ke atas kepala Dahlia.Mujurlah,bau perfume yang dipakai oleh suaminya tidak lagi membuatdia mual dan pening! Jika tidak,sudah tentu dia akan mengelak pelukan suaminya.Seperti biasa,Dahlia akan berasa malu dengan tindakan suaminya itu.Malu kerana ada beberapa pasangan yang sedang memandang kelakuan mereka di tempat awam sebegini.Ahh,malu!
Hesy,dari dulu sehinggalah sekarang,lelaki itu tidak pernah berubah! Walaupun,Dahlia sudah berbadan dua,Irham Zahril tetap bersikap romantis kepada wanita itu.Semakin lama,semakin itu lah kasih sayang dia terhadap Dahlia semakin kukuh.
....................
Suasana di bangunan hospital itu sungguh riuh.Ada yang dikerjakan ke hospital disebabkan hal kecemasan.Ada pula yang yang dibawa ke bilik ICU kerana keadaan mereka yang agak teruk. Dan ada juga kelihatan sayu,sedih dan ada pula hampir pengsan tatkala mereka kehilangan seseorang yang mereka sangat sayangi.
Begitu juga dengan ibu bapa Irham Zahril yang sejak tadi berasa gementar tatkala menjejak kaki mereka ke bangunan hospital. Melihat suasana di ruang hospital itu,Puan Marinah dan Dato’ Zainal turut rasa takut dengan nasib anak menantunya itu.Puan Marinah tidak putus-putus berdoa agar Dahlia sentiasa selamat. 
Puan Marinah dan Dato’ Zainal bergegas menuju ke arah bilik wad hospital itu.Perasaan berdebar-debar kian wujud di dalam hati mereka tatkala mendengar berita kurang senang dari Irham Zahril.Pelbagai macam pekara yang melintas di akal fikiran mereka,lebih-lebih lagi Puan Marinah.
Mendapat berita bahawa Dahlia dibawa ke hospital petang tadi membuat dia tidak keruan.Awal petang tadi,Dahlia hampir terjatuh dari anak tangga rumah mereka.Mujurlah,dia Irham Zahril ada untuk mengelakan Dahlia dari terjatuh dari anak tangga itu.Takut dengan keadaan menantunya dan juga kandungan Dahlia.
Irham Zahril yang sejak tadi menunggu kedatangan kedua ibu bapanya,kini mendekati mereka.Jelas kelihatan, wajah mereka terpamer riak cemas lebih-lebih lagi Puan Marinah.Irham Zahril menghembuskan nafasnya seraya mendekati ibu bapa untuk kelihatan tenang,
“Am...Am...macam mana keadaan Dahlia? Dia okay ke? Baby selamat?” Bertalu-talu soalan yang dilontarkan oleh Puan Marinah. 
“Am,doktor cakap apa?” Kini Dato’ Zainal pula bersuara dengan nada risau.
Spontan Irham Zahril memeluk bahu ibunya agar wanita itu kelihatan tenang.”Ma...pa...kalau mama dan papa nak tau,masuklah dalam bilik tu.”
Dato’ Zainal dan Puan Marinah memandang satu sama lain.Masing-masing mempunyai hati yang berdebar-debar.Mendengar ayat Irham Zahril yang serius itu,mereka yakin cucu dan menantunya dalam keadaan kritikal.Dengan lafaz bismillah,Puan Marinah dan suaminya memasuki bilik wad itu.
Setibanya mereka di dalam bilik wad itu,mata mereka fokus kepada Dahlia yang berada di katil hospital.Dengan segera,mereka bergegas ke arah menantunya itu.Lalu memeluk erat Dahlia yang terkejut dengan kehadiran ibu dan bapa mertuanya.
“Ya Allah,Dahlia okay? Dahlia tak apa-apa ke? Mana,mana baby?” Tanya Puan Marinah seraya mencium dan memeluk Dahlia.Airmata kian mengalir satu per satu.
“Mama..papa..Lia..okay,Alhamdulilah..cuma..baby..”
“Ya Allah...Lia gugur ke? Takpa sayang....Lia masih boleh cuba lagi.Yang penting sekarang ni Dahlia selamat..mama tak sanggup kehilangan menantu mama ni..” Ucap Puan Marinah yang masih memeluk Dahlia dengan erat.Syukurlah,menantunya itu selamat.
“Inah..Inah dah salah faham ni...baby..”
“Puan Dahlia,Encik Irham..baby awak dah sampai..”
Belum sempat Mak Su menamatkan ayatnya,seorang jururawat sedang memasuki bilik wad itu dengan membawa seorang bayi yang sedang nyenyak dibuai mimpi di dalam katilnya. Dahinya bekerut,keningnya dijongket tanda hairan dengan bayi yang berada di depan matanya.Baby dorang? Tapi...
“Ma..pa..ni lah baby Lia dan Am.Alhamdulilah,Lia selamat lahirkan baby boy tadi.” Ujar Dahlia lalu menguntum senyuman lebar. Tiada kata yang mampu menggambarkan perasaan gembiranya pada saat ini.
Puan Marinah dan Dato’ Zainal tercengang tanda terkejut. Spontan kepala mengalih kepada anaknya yang sedang tersengih-sengih seperti kerang busuk! Hesy! Irham ni,buat orang suspense aje! Dengus Puan Marinah lalu mengetap bibirnya tanda geram.
“Hesy,Am! Am ni,buat mama dan papa cemas tau tak? Hati mama tak tenteram tau dari tadi!” Ngomel Puan Marinah lalu mencubit manja lengan anaknya.
“Betul tu Am..kita ingat Dahlia dalam keadaan serious.Tapi,rupa-rupanya kamu tipu kita yaa..hesy,bertuah punya anak!” Kini,giliran Dato’ Zainal pula mengomel kepada anaknya.
“Laa,sorry lah ma,pa...Am sengaja nak bagi suspense.Yelah,nak surprise kan mama dan papa.” Ujar Irham Zahril yang masih tertawa kecil melihat reaksi kedua ibu bapanya.
Entah dari mana idea untuk menipu mereka,dia juga kurang pasti. Mungkin,dia mahu melihat reaksi terkejut mereka. Tetapi,yang pasti Dahlia selamat melahirkan anak pertama mereka yang sudah lama Irham Zahril nanti-nantikan. Detik-detik yang penuh bermakna ini,membuat dia berpijak ke alam nyata. Dia tidak bermimpi,ini adalah realiti! 
“Hesy,apa lah abang ni...tak baik buat mama dan papa macam tu..kesian tau.” Tegur Dahlia.Walaupun,dia masih dalam keadaan lemah, dia masih boleh mengomel kepada suaminya yang nakal itu.
Suaminya itu,hanya tersenyum lalu mendekati isterinya.Tangan mengusap kepala Dahlia dengan perlahan.”Tapi,yang penting sekarang..isteri dan anak abang ni selamat kan?” 
Puan Marinah dan Dato’ Zainal tersenyum lega.Syukurlah,mereka dikurniakan cucu mereka yang pertama.TIdak dia pernah sangka,bahawa mereka akan berada di dalam situasi sebegini. Ya,Allah..Alhamdulilah!
“Ya,Allah...comelnya anak kamu ni! Mata dia sebiji macam Lia..kulit dia pun sama,gebu macam isteri kamu!” Ucap Puan Marinah ketika Irham Zahril mengeluarkan bayi mereka lalu mendukung anaknya itu.
“Macam Lia aje? Am takda ke ma?” Usik Irham Zahril lalu tertawa kecil.
“Hesy,mesti lah ada..ni hah hidung dengan mulut dia ni..ikut papa lah.Betul tak Su?” Ujar Puan Marinah. Tangan masih mengusap wajah lembut bayi itu bak kain sutera.
Mak Su hanya tertawa dan tersenyum dengan gelagat mereka.Terserlah,wajah kebahagiaan mereka masing-masing.Teringat akan sewaktu dia mengunjung rumah Dahlia dan Irham Zahril tadi pagi. 
Setibanya,dia berada di pekarangan rumah mereka,Irham Zahril sudah kelam-kabut membawa Dahlia memasuki kereta mereka untuk ke hospital.Mujurlah,Mak Su tiba di rumah mereka pada waktu yang tepat.Dapatlah,dia menjaga Dahlia yang sedang menahan kesakitan.
“Erm..Am,Lia..dah fikir nama apa yang kamu berdua nak bagi kat anak kamu ni?” Soal Mak Su mencari kepastian.
“Hah,papa pun nak tau nama apa kamu nak bagi...”
Irham Zahril dan Dahlia memandang satu sama lain seolah-olah mereka memberi suatu isyarat. Setelah itu, Dahlia menghembus nafasnya dengan perlahan.Hati berharap sangat agar nama yang akan diucap nanti dapat diterima oleh semua pihak.
“Kami dah berbincang...kita akan nama kan baby ni,Irsyad Dariyan. Irham..Irsyad..Dahlia..Dariyan..”
Ya,nama itu lah yang akan dinamakan oleh mereka berdua. Irsyad Dariyan.Nama,yang begitu indah dan penuh bermakna. Nama yang telah dirancang oleh mereka 9 bulan yang lalu. Setelah,lama berbincang mereka telah memilih Irsyad Dariyan sebagai nama anak pertama mereka.Sengaja mereka,mencari nama yang hampir sama dengan nama mereka.
“Irsyad Dariyan? Hmm..sedap juga nama tu..elok lah tu..”Ucap Dato’ Zainal seraya menguntum senyuman lebar tanda setuju dengan nama itu.
“Hmm,mama dan Mak Su pun setuju! Irsyad Dariyan...alololo comelnyaaa!” 
Segaris senyuman terpamer di bibir Irham Zahril dan juga Dahlia. Irsyad Dariyan yang sejak tadi berada di dangkapan Irham Zahril diberi kepada Puan Marinah.Biarlah,ibu bapa Irham Zahril dan juga Mak Su  meluahkan perasaan gembira mereka terhadap cucu pertama mereka ini. Hati kian lega tatkala melihat suasana yang penuh meriah ini.
Sementara mereka sedang menikmati detik-detik bahagia bersama Irsyad Dariyan,lelaki itu mendekati dirinya terhadap Dahlia.Perlahan dia melabuhkan pingangnya ke birai katil bersebelahan dengan isterinya. Tangan mula mencapai jari-jemari Dahlia lalu mengusapnya dengan penuh kelembutan.
“Sayang....”
“Hmm...”
“Thank you for everything...” Ucap Irham Zahril tatkala pandangan mereka berlaga tepat. Melihat kening Dahlia berkerut,dia pasti wanita itu tidak faham akan sebenarnya makna ucapan terima kasihnya terhadap Dahlia.
“Thank you sebab sanggup berkorban 9 bulan untuk anak kita ni..thank you sebab melahirkan anak pertama kita.And thank you sebab sayang kuat hadapi semua ini..Thank you so much sayang..”
Dahlia tersenyum mendengar kata-kata suaminya yang begitu lembut dan penuh keikhlasan.Hampir saja Dahlia menitiskan airmatanya mendengar kata-kata itu.Mendengar apa yang diluahkan oleh suaminya selepas melahirkan anak mereka,membuat hatinya tersentuh dan terharu.
“Abang...thank you for being my hero.Kalau abang takda dengan Lia...belum tentu Lia akan hadapi semua ini dengan tenang..Semua ni,sebab hero kesayangan Lia lah..”
Bibir Irham Zahril mengukir senyuman nipis.Lalu mengusap pipi gebu isterinya yang comel itu.Kuntum kegembiraan mengembang di hatinya tatkala mendengar luahan hati isterinya.
“Encik Irham...I love you...”
Ayat yang penuh kelembutan dan penuh kasih sayang membuat Irham Zahril memeluk erat isterinya.Kata-kata yang menimbulkan rasa cinta yang tidak pernah hilang dari hati mereka.Kata-kata yang mengkukuhkan lagi hubungan mereka sebagai sepasang suami isteri.
“I love you too..my lovely PA..”
Balas Irham Zahril lalu satu ciuman yang penuh keikhlasan dan kasih sayang hinggap di dahi Dahlia.Wanita itu hanya memeluk erat suaminya seolah-olah dia tidak mahu kehilangan lelaki itu.
Dan pada saat bahagia ini,Dahlia berharap agar detik-detik ini akan kekal buat selama-lamanya. Jujur dia katakan,dia tidak mahu pekara lama menganggu ketenangan dan kebahagiaan yang dia ada pada saat ini.Biarlah,hati ini merasa sedikit kebahagiaan yang tidak pernah dia lalui sebelum ini.
Dia melafazkan nafas lega tatkala melihat mereka sekeluarga bahagia dan ceria. Jika dulu,dia merasakan dirinya ini keseorangan...kini dia sudah mempunyai keluaraga yang lengkap untuk dia menumpang kasih sayang yang sudah lama dia rasakan. Mungkin,Tuhan telah mengantikan arwah ibu bapanya dengan sepasang suami isteri yang mempunyai hati yang sangat mulia.
Dan tidak lupa juga dengan kehadiran Irham Zahril yang telah membuka hatinya untuk mencintai lelaki itu. Lelaki yang memberi dia sinar ketenangan untuk hadapi segala ujian.Lelaki yang akan memastikan dirinya ini selamat dari ugutan,masalah dan pekara yang mengancam dirinya ini. Dan yang paling penting sekali,lelaki yang akan sentiasa digelar suami.In Shaa Allah...
Irham Zahril melafazkan kata-kata syukur ke atas Ilhai atas semua yang telah berlaku. Spontan dia mengalih pandangannya kepada Dahlia.Pelbagai pekara yang melintas di akal fikiran lelaki itu.
Melihat wajah isterinya itu,dia sedar betapa beruntungnya dia mendapat isteri sekuat Dahlia. Namun,sekuat mana seseorang itu,ada kalanya kelemahan melanda di hati mereka. Dan pada saat itu lah,Irham Zahril akan datang dan melindungi wanita itu dengan sebaik mungkin.
Kerana,dia sudah membuktikan kepada Dahlia bahawa dia lah yang akan menjadi Hero Dahlia buat selama-lamanya...mungkin bukan saja untuk isterinya,tetapi juga untuk anaknya..Irsyad Dariyan...
‘Ya Allah...terima kasih buat segalanya!’
Tamat~
0 notes
Text
‘“Sayang...”Panggilan lembut Irham Zahril membuat Dahlia tersedar dari tidurnya.Perlahan,tangan Ielaki itu mengusap kepala Dahlia yang ditutupi dengan tudungnya.Lalu,bibir menguntum senyuman nipis tatkala wajah Dahlia berada di depan matanya.
“Alhamdulilah,abang dah sedar!”Ucap Dahlia dengan nada ceria.Syukurlah,suaminya itu sudah sedar dari operasi malam tadi.Semalaman dia menunggu Irham Zahril untuk sedar sehingga keesokkan harinya.Ahh,hati kian lapang sesaat keadaan suaminya bertambah baik.
“Abang,rindu Lia...” 
“Lia rindu juga dengan abang...Lia ingat,Lia akan kehilangan abang...” Balas Dahlia seraya memeluk suaminya yang terlantar di katil hospital.Lalu,merehatkan kepalanya di dada Irham Zahril.
“Lia belum sedia nak kehilangan abang..” Sambung Dahlia dengan nada yang agak sedih.
“Sayang,i’m still here.Cuba Lia dengar degupan jantung abang ni..masih berfungsi kan?” Ujar Irham Zahril.Lalu membalas pelukan isterinya dengan kuat.
“Walau apa pun yang terjadi kat abang,Lia kena kuat.Satu hari nanti,salah satu dari kita akan pergi juga..so...Lia kena lah bersedia..Sebab semua yang terjadi,pasti ada hikmahnya,sayang..”
Dahlia terdiam.Memang betul apa yang suaminya telah katakan.Suatu hari nanti,salah satu dari mereka akan pergi buat selama-lamanya.Dan sebagai orang Islam,dia harus bersedia untuk menerima segala takdir yang akan berlaku kepada dirinya.Ahh,tapi sudah kah dia bersedia? Memang belum!
“Abang...Lia minta maaf sebab pasal Lia,abang ditikam dengan Wawa.Kalau bukan sebab..”
“Lia,abang pernah berjanji kat Lia dan diri abang yang abang akan jaga,lindungi,sayangkan Lia dengan sepenuh hati abang.Abang tak akan mungkir semua janji tu sayang..Dalam situasi apa pun,abang akan lindungi Lia..”
Tidak sempat Dahlia menamatkan ayatnya,Irham Zahril terlebih dahulu memotong kata-katanya.Dahlia hanya membisu mendengar penjelasan suaminya.Tidak dia sangka bahawa suaminya itu sanggup membuat apa saja demi keselamatan dirinya.Ya Allah,baik sungguh hati Irham...
“Terima kasih abang sebab lindungi Lia sejak kita kawhin lagi.Abang nak tau satu benda tak?” Soal Dahlia.Kepalanya masih berada di dada Irham Zahril.
Lelaki itu mengerut dahinya.Lalu menjongket keningnya.Walaupun,wajahnya pucat,dia tetap kelihatan kacak dan tampan di depan Dahlia.
“Apa dia?”
“Abang lah,hero Lia dalam dunia ni!”
Irham Zahril tersenyum lebar.Lalu tertawa kecil sesaat mendengar kata-kata isterinya yang comel itu.Jika benar apa yang dikataka oleh Dahlia,dia akan terima dengan hati yang terbuka.Mungkin,dia rela menjadi hero Dahlia buat selama-lamanya demi rasa cinta dan sayangnya untuk wanita itu.
“So sweet! Abang akan sentiasa menjadi hero Lia.” 
“Sampai ke tua?” 
“Hmm,tengoklah macam mana.”
“Aduh!” Pekik Irham Zahril tatkala Dahlia memukul manja dadanya.Sengaja dia bergurau dengan isterinya.Sesungguhnya,dia amat merindui wanita itu.Hampir saja dia kehilangan Dahlia malam tadi dan kini,dia tidak mampu untuk kehilangan wanita itu.Dia tidak sanggup!
“Tak baik tau,isteri pukul suami...Dosa tau.”Usik Irham Zahril.Dalam keadaan sakit begitu,dia masih boleh mengusik isterinya.
“Ish..ada aje tau abang ni.Abang..janji kat Lia yang abang tak akan tinggalkan Lia..”
“Sayang..selagi degupan jantung abang masih bernyawa,abang akan sentiasa di sisi sayang.Itu janji abang..”Ujar Irham Zahril sambil mengusap kepala Dahlia.
Kejadian malam tadi amat mengerikan buat mereka berdua.Tidak pernah terlintas di fikiran mereka bahawa Wawa akan bersikap dengki yang mungkin berada di tahap paling bahaya sekali.Sewaktu Irham Zahril melihat Wawa berlari ke arah Dahlia dengan pisau,secara automatiknya dia berlari menuju ke isterinya.Biarlah,dia berkorban nyawanya hanya untuk wanita yang dia amat mencintai.
Mendengar kata-kata suaminya itu,Dahlia hanya menguntum senyuman lebar.Sejujurnya,dia sungguh kesal kerana tidak pernah cuba untuk mencintai lelaki itu pada saat mereka mula berkahwin dulu.Sungguh,dia tidak pernah sangka bahawa suaminya ini,adalah lelaki yang paling baik dan jujur berbanding lelaki yang dia kenal sebelum ini.
Mungkin sifat egonya itu,Dahlia tidak memberi peluang untuk Irham Zahril mencuri hatinya.Namun,dengan kesabaran yang Irham Zahril ada,dia berjaya mencuri hati wanita itu.Meskipun lama,dia tetap yakin bahawa suatu hari nanti Dahlia akan jatuh cinta kepadanya.Buktinya,cinta mereka semakin kukuh walaupun dilanda ujian satu per satu.
................
Aiman menyirup teh panas yang disediakan oleh Dahlia tadi.Setelah itu,dia meletaknya di meja kopi itu.Suasana di ruang tamu itu agak janggal sejak tadi.Entah kenapa lidahnya terkelu untuk berbicara kepada Irham Zahril dan juga Dahlia.
Tujuan dia ke rumah mereka sebenarnya untuk menjenguk Irham Zahril yang baru saja pulang dari hospital bebrapa hari yang lalu.Terkejut dirinya tatkala mendengar berita panas yang disampaikan oleh rakan pejabatnya.Beberpa hari yang lalu,dia telah ke pejabat Irham Zahril untuk mesyuarat projek mereka.Namun,Sarah dan rakan di ofis telah memberitahu beliau bahawa boss mereka berada di hospital.
Hendak melawat lelaki itu di hospital,tetapi Irham Zahril telah pulang dari hospital.Jadi,dia memberanikan diri untuk melawatnya di rumah mereka.Sebenarnya,hati kian berdegup laju sesaat melihat lelaki itu.Dia takut,jika Irham Zahril salah sangka akan tujuan dia ke sini.
“Ahem..”Aiman berdehem sebelum dia mula berbicara.Lalu membetulkan duduknya.
“Macam mana keadaan kau sekarang ni?”Soal Aiman dengan nada prihatin.
“Alhamdulilah,semakin baik..” 
“Bagus lah kalau macam tu..sebenarnya apa yang terjadi pada kau sampai kau tertikam?” Tanya Aiman sekali lagi mencari kepastian.
Beberapa kali dia cuba bertanya kepada rakan pejabat Irham Zahril tentang punca sebab dia ditikam.Namun,tiada satu pun yang tahu tentang kejadian di semak beberapa hari yang lalu.
Irham Zahril memandang ke arah wajah isterinya.Begitu juga dengan Dahlia seolah-olah ingin memberi satu isyarat.Perlu kah dia memberitahu hal yang sebenar? Tapi,kalau aku tak bilang..dia risau pula..hesy..
“Errm...sebenarnya aku nak selamatkan Dahlia dari ditikam....jadi aku lah yang terkena pisau tajam tu dari Wawa.”Jelas Irham Zahril.
Aiman membulat matanya tanda terkejut.Dahinya berkerut tatkala mendengar penjelasan Irham Zahril.”Selamatkan Dahlia? Wawa?”
“Panjang cerita dia Aiman...sebenarnya,banyak yang berlaku dalam rumah tangga kita.Tapi,awak tak perlu risau lah,sekarang ni semuanya okay..”Ucap Dahlia seraya cuba untuk menenangkan diri Aiman.
“Syukurlah,orang yang cuba bunuh isteri aku ni dah kena tangkap.Wawa tu bekas tunang aku,sejak aku kahwin dengan Lia..dia tak habis-habis cuba kacau Lia..sampaikan nyawa dia terancam..”Kini Irham Zahril pula sambung menjelaskan apa yang berlaku sebelum ini.
Aiman menelan liurnya.Sunggu,dia tidak sangka begitu berat dugaan yang menimpa kepada rumah tangga mereka.Dugaan yang merancam kawannya itu! Ya Allah,kasihan Dahlia!
“Aku minta maaf dengan apa yang berlaku Am,Lia..tapi,syukurlah korang berdua selamat..”
“Sebenarnya,aku pun nak minta maaf dekat kau..”
“Huh? Minta maaf? Pasal apa?” Bertalu-talu soalan yang ditanya oleh Aiman.Pelik juga dengan Irham Zahril.Setahu dia,lelaki itu tak pernah berbuat salah kepada dirinya.
“Aku minta maaf sebab selama ni aku tak layan kau dengan baik.Aku selalu cemburu bila kau dengan Dahlia....aku...”
“Sudahlah Irham..aku dah lama maafkan kau.Aku tak kisah semua tu,aku faham Lia tu isteri kau dan kau berhak rasa cemburu.”
Dahlia dan Irham Zahril menghembus nafas lega.Syukurlah,Irham Zahril sedar akan kesilapannya yang dulu.Lega hatinya tatkala Aiman tidak mengambil hati dengan sikap dingin Dahlia dulu.
“Lagipun,aku datang sini ada bukan sebab nak jenguk kau aje..Aku ada benda nak bilang korang. ”Sambung Aiman.
Dahlia dan Irham Zahril mencebik.Apa tujuan Aiman datang ke sini? Dahlia  tertanya-tanya.”Erm..ada apa Aiman? Macam serious aje bunyi dia..”
“Ehem..nah.”Aiman memberikan sekeping sampul surat kepada Dahlia.
Dengan perasaan ingin tahu,Dahlia dan Irham Zahril membuka sampul surat itu.Spontan bibir mereka menguntum senyuman lebar tatkala membaca kandungan surat itu.Aiman yang sejak tadi memerhatikan mereka turut serta tersenyum tatkala melihat reaksi Irham Zahril dan Dahlia.
“Tawaran kerja dari London!? Alhamdulilah! Tahniah Aiman!”Ucap Dahlia dengan nada penuh gembira tatkala mendapat berita gembira ini!
“Tahniah bro! Aku kagum dengan pencapaian kau..You really deserved them! Prestasi kerja kau tak pernah mengecewakan.Good job!”Puji Irham Zahril seraya tangan menghulurkan salam tanda tahniah atas pencapaian Aiman.
“Thanks Irham,Dahlia..Aku tak sangka aku dapat tawaran besar macam ni.”
“Alhamdulilah,dah memang rezeki awak Aiman.Ermm,tapi bila awak berangkat ke London?” Tanya Dahlia.
“Erm,malam ni..flight aku pukul 11 malam nanti.”
Dahlia dan Irham Zahril tercengang tatkala mendengar jawapan Aiman.Tidak sangka begitu cepat Aiman akan berangkat ke London.Ahh,nampaknya dia tidak dapat lagi berjumpa dengan sahabatnya itu selama tiga tahun.Hesy...
“Laa,awalnya?”Ujar Irham Zahril dengan nada terkejut.
“Sorry lah,aku tak pernah bilang korang hal ni.Project kerja kita pun dah selesai,so...aku terima lah peluang untuk ke kerja kat London.”Jelas Aiman kepada Irham Zahril dan Dahlia.
“Irham..terima kasih lah,sebab kau sudi terima aku sebagai partner project kita ni.Believe me,you’re one of the reliable partner yang aku pernah kerjasama selama ni.Aku harap,kau akan jaga kawan aku ni dengan baik.Dan aku harap rumah tangga korang akan bahagia sampai ke anak cucu!”Sambung Aiman.
“Thanks Man..aku harap kau akan berjaya kat London tu.Don’t worry,kawan kau ni akan sentiasa dijaga dengan baik,kan sayang?”Ujar Irham Zahril lalu memeluk bahu isterinya.
“Hmm,yelah..Aiman,awak jaga diri ya kat sana.Nanti jangan pula lupa orang kat sini tau..” Usik Dahlia seraya tertawa kecil.
Aiman hanya tertawa mendengar setiap kata-kata Irham Zahril dan juga Dahlia.Hati kian lega tatkala hubungan mereka semakin baik.Tidak ada lagi pergaduhan,perselisihan faham dan cemburu yang berlaku antara mereka bertiga.Cukuplah,dengan apa yang berlaku semua ini.Akhirnya,impiannya untuk melihat mereka berdua bahagia tercapai juga.
Tujuan dia meneriman tawaran kerja di London bukan saja untuk mencapai cita-citanya tapi,untuk menjauhkan dirinya dari wanita itu.Mungkin,sudah tiba masanya untuk dia melupakan Dahlia.Dia tidak mahu,menyimpan segala rasa cinta dan sayangnya terhadap isteri orang.Biarlah,Dahlia bahagia dengan Irham Zahril.Dia hanya mampu,untuk berdoa kebahagiaan wanita itu.
Mungkin,dengan menerima tawaran di London,dia mampu melupakan wanita itu dengan cara yang baik.Dia sedar,untuk melepaskan cinta yang dia simpan bertahun-tahun amat sukar.Namun,ini adalah keputusan yang harus dia lakukan walau apa pun.Mungkin,melihat Dahlia bahagia adalah pekara yang paling dia inginkan sekali.
Selamat tinggal Dahlia..aku akan cuba sedaya upaya aku untuk buang perasaan cinta ni..tapi aku tak akan buang persahabatan kita..itu janji aku..
‘Ya Allah..kau jaga lah mereka berdua.Engkau,berkatilah perkahwinan mereka..’
.......................
Dahlia memotong sayur-sayuran untuk dimasak nanti.Setelah itu,dia menyediakan bahan-bahan untuk dimasuk ke dalam masaknnya.Menu pada hari ini,adalah asam pedas ikan pari! Khas untuk suami tercinta! Memandangkan,hari ini hari minggu,dia telah bercadang untuk memasak lauk kegemaran suaminya.
Teringat akan waktu mereka ke rumah Dato’ Zainal dan Puan Marinah.Wanita itu telah memasak lauk asam pedas untuk mereka semua dan dia pernah memberitahu Dahlia bahawa lauk ini adalah salah satu makanan kegemaran Irham Zahril.Ahh,hati berharap sangat agar masakan beliau setanding Puan Marinah.Jika tidak,hancur lah plan nya untuk memasak lauk ini untuk suaminya!
Sedang Dahlia meletakkan bahan-bahan yang disediakan ke dalam periuk,badannya dipeluk oleh seseorang.Dengan segera,dia menoleh ke belakang dan sudah dia sangkakan,suaminya sedang memeluk dirinya dengan erat.Hampir terkejut dirinya tatkala Irham Zahril memeluknya dari belakang!
“Hesy,abang ni..terkejut Lia! Bila abang balik?” Soal Dahlia mencari kepastian.
Pagi tadi,Irham Zahril telah keluar bersama Fairuz.Kata Irham Zahril ada pekara mustahak yang perlu dibincangkan.Entah apa yang dibincangkan pun,dia juga kurang pasti.Ahh,orang lelaki ada saja pekara yang diungkapkan..
“Baru aje..Ingatkan sayang kat dalam bilik tadi..”Ujar Irham Zahril yang masik memeluk belakang isterinya.Lalu merehatkan dagunya ke bahu Dahlia.
“Ermm,ada yang tak kena dengan Fairuz ke? Dia ada masalah ke,abang?” 
“Hmm...tak lama lagi,Fairuz akan ber..”
“Kahwin?!” Sampuk Dahlia dengan nada gembira.Lalu,matanya menguntum senyuman lebar.Serta-merta dia menoleh kepalanya ke arah wajah suaminya mencari kepastian.
“Ish,sayang ni..bukan kahwin lah.Bertunang.”Ujar Irham Zahril seraya membetulkan rambut Dahlia yang berjuntai-juntai itu.
“Hmm,kahwin ke tunang ke...sama juga lah! Alhamdulilah...dah sampai jodoh dia kan abang..”
“Alhamdulilah..abang pun tak sangka dia dah jumpa someone special.Kalau tak..sampai ke tua lah dia dengan abang!” Usik Irham Zahril lalu tertawa kecil.
Sejak dulu lagi,Fairuz dan Irham Zahril sering melakukan pekara bersama-sama.Tak kira lah,apa kerja pun! Mereka sudah seperti adik beradik.Tak mudah untuk dipisahkan! Syukurlah,kawannya itu yang sering bertukar pasangan kini telah berjumpa dengan wanita pilihan hatinya.Tak usah lah,Irham Zahril meluangkan masa yang banyak dengan Fairuz!
“Hmm...sayang masak apa ni ? Dari tadi abang tengok macam sedap aje..”Kini topik mereka bertukar pula kepada masakan Dahlia.
Bau masakkan beliau sungguh menyelerakan! Nampak gayanya,macam sedap aje! Irham Zahril yang sejak tadi melihat isterinya masak,kini menelan liur.Sungguh,dia tidak sabar untuk merasa masakkan isterinya!
Dahlia tersenyum malu tatkala mendapat pujian dari suaminya.“Secret! Hari ni,Lia masak special untuk abang..”
“Hmm,special? Ni yang buat abang tak sabar nak makan!”
Dahlia hanya tertawa melihat gelagat suaminya.Meskipun,dia masih dipeluk oleh suaminya,dia tetap tahu expresi wajah Irham Zahril yang ghairah itu.
“Abang...abang pakai perfume apa ni? Kenapa bau dia busuk..”Entah kenapa hidungnya bau benda yang tidak menyelerakan.
“Huh? Bau busuk? Abang pakai perfume yang Lia bagi kat abang lah..takkan busuk kot?”Soal Irham Zahril dengan nada pelik.Aik,busuk sangat ke?
Dahlia mencebik.Dia memusing badannya ke arah Irham Zahril.Lalu hidung membau badan Irham Zahril mencari kepastian.Lelaki itu hanya berdiri kaku tatkala melihat reaksi isterinya itu.
“Hesy,abang tipu lah! Tak bau macam perfume Lia bagi aje..Busuk!”Ujar Dahlia seraya menutup hidungnya.Semakin dia bau,semakin itu lah hidungnya terasa gatal.
“Betul lah..ni hah,bau sedap aje..Lia salah bau kot..”
“Tak! Abang busuk! Abang pergi lah mandi dulu...”
“Okay,tapi nak satu kiss dulu boleh?”Ucap Irham Zahril dengan selamba seraya mendekatkan pipinya ke arah wajah Dahlia.
Dengan segera,Dahlia menjauhi suaminya itu.Ahh,bau perfume Irham Zahril membuat dia tidak keruan! Terlalu kuat baunya sehingga membuat tekaknya loya! 
“Ishh..tak nak! Pergi lah mandi dulu!”Ujar Dahlia.Tangan masih menutup hidungnya.
Irham Zahril hanya tersenyum dan tertawa melihat gelagat isterinya itu.Pelik juga dengan isterinya.Entah kenapa bau perfume ini dikatakan busuk,dia juga kurang pasti.Hesy,Dahlia..Dahlia..terlepas lah peluangnya untuk mendapat satu ciuman dari isterinya! Takpa Irham..lepas mandi nanti,kau masih ada chance! Bisik hati kecil Irham Zahril lalu tersenyum lebar.
0 notes
Text
Bab 48
Setelah perbincangan bersama rakan sekerjanya di ruang tamu,Irham Zahril menuju ke dapur untuk berjumpa isterinya.Rasa bersalah pula meninggalkan Dahlia keseorangan di dapur bersama Mak Kiah.Tetapi,ada baiknya juga Dahlia di dapur kerana dia tidak akan terasa bosan mendengar perbincangan kerja bersama rakan sekerjanya tadi.
Mata menjenguk mencari kelibat Dahlia di dapur itu.Namun,kelibat wanita itu tidak kelihatan,hanya kelibat Mak kiah saja yang ada di ruang dapur itu.Kening berjongket tanda hairan.Pelik,bukan ke Dahlia berada di sini tadi? 
“Erm,mak kiah..Lia pergi mana? Bukan ke dia dengan mak kiah ke tadi?” Soal Irham Zahril mencari kepastian.
“Memang lah dia ada dengan mak kiah tadi.Tapi,mak kiah dah suruh dia pergi layan tetamu kat luar tu.” Jelas Mak kiah.
Irham Zahil mencebik.Aik,tak nampak pun Dahlia kat luar? Tangan lalu mengaru kepalanya tanda hairan.
“Laa,Am tak nampak pun Lia kat luar tadi.Hmm,tak apa lah mak kiah,Am pergi cari dia.”
“Hmm,yelah.Mesti ada je kat luar tu.Kamu tu,jangan nak sibuk sangat layan tetamu sampai terlupa isteri kamu.Kesian dia!”Ngomel mak kiah seraya menepuk bahu Irham Zahril.
“Yelah,mak kiah..Am nak jumpa dia lah ni.”Ujar Irham Zahril sebelum dia keluar dari ruang dapur itu.Takut juga jika mak kiah mengomel kepadanya lagi.Lebih baik dia mencari Dahlia sembelum telinga ini mendengar keletah mak kiahnya itu.Hesy!
Irham Zahril melangkah keluar dari dapur itu lalu menuju kembali ke ruang tamu.Mata melirik ke arah ruang tamu yang dipenuhi dengan tetamu.Namun,kelibat Dahlia masih tidak kelihatan.Kepala digaru,kening berjongket.Ish,mana ni isteri aku? 
Spontan kaki menuju ke arah anak tangga di rumah Dato’ Zainal.Mungkin,isterinya berada di salah satu bilik di atas.Hati berharap sangat agar dia dapat bertemu dengan isterinya.
“Abaaaangggggg!!”
Langkah Irham Zahril terhenti tatkala mendengar jeritan seorang wanita.Mata membulat.Dahi berkerut Hati berdegup laju tatkala mendengar jeritan wanita itu.Dia yakin,jeritan wanita itu milik isterinya.”Ya Allah,Dahlia!”
Tanpa membuang masa,Irham Zahril berlari menuju ke arah jeritan tersebut.Ketakutan mula bergayut di sudut hatinya pada waktu itu.Cemas,gelisah,bingung semuanya bermain di dalam akal fikirannya.Apa yang terjadi kepada Dahlia sehingga dia berjerit seperti itu? Ya Allah.....
Setibanya dia di pekarangan rumah,hatinya seolah-olah berhenti berdegup buat seketika.Mulutnya tercengang tanda terkejut melihat apa yang sedang berlaku di depan matanya.Mata terpacak ke sebuah kereta dan beberapa orang yang sedang memaksa Dahlia masuk ke dalam perut kereta itu.
“Dahliaaa!!!” Irham Zahril menjerit nama isterinya sesaat melihat Dahlia dibawa pergi oleh seorang wanita yang dia amat kenali.Wawa!
Dengan segera,dia menuju ke arah kereta hondanya untuk mengejar kereta Wawa.”Am! Apa dah jadi ni?!” Soal Puan Marinah tatkala melihat apa yang berlaku sebentar tadi.
“Am,nak kejar Wawa ma! Dia buat lari Dahlia!” Ujar Irham Zahril dengan penuh kerisauan.Hati berharap dia masih dapat mengejar kereta itu.
“Ma,please call police now! Dahlia dalam bahaya!!” Arah Irham Zahril sebelum dia masuk ke dalam perut kereta lalu memecut laju mengejar kereta tersebut.
Puan Marinah dan Dato’ Zainal hanya mengangguk mendengar arahan anaknya.Risau melihat keadaan menantunya tadi.Tidak dia sangka bahawa Wawa akan berkelakuan seteruk itu kepada Dahlia! Ya Allah,kau lindungilah Dahlia....Bisik hati kecil Puan Marinah.
Irham Zahril bernasib baik kerana dia dapat mengekori kereta Wawa dari belakang.Mujurlah,kereta Irham Zahril tidak diawasi oleh mereka.Jika tidak,sudah tentu mereka akan memandu dengan lebih laju.Dalam kerisauan,Irham Zahril sempat berdoa agar isterinya itu sentiasa selamat.
Setelah sepuluh minit mengekori kereta Wawa,mereka didapati berada di kawasan semak dan suasana yang sunyi sepi.Kawasan gelap tempat itu amat membantu Irham Zahril untuk bersembunyi dari mereka.Dia tidak mahu,kehadirannya ini akan mengeruhkan lagi keadaan.
Perlahan dia keluar dari perut keretanya lalu sembunyi di kawasan semak tak jauh dari mereka.Mata pula memandang ke arah Wawa,Amir dan juga Black yang sedang keluar dari perut kereta.Ahh,Irham Zahril menghembus nafas geram tatkala melihat kedua lelaki yang pernah menganggu Dahlia di bilik hotel sewaktu mereka di Cameron Highlands.Argh! Tak serik-serik ke korang kacau isteri aku?! Dengus Irham Zahril.Geram sungguh melihat mereka berdua!
Kini,nafas Irham Zahril turun naik tatkala melihat Dahlia ditarik dari perut kereta Wawa.Tangan dan mulut Dahlia diikat dengan tali mengelakkan dia untuk bergerak dan juga berkata-kata.Setelah ditarik dari kereta Wawa,Amir dan Black pula menolak Dahlia dengan kuat membuat dia tersungkur ke bawah.Wawa hanya tertawa sinis melihat kelakuan Amir dan Black.Puas hatinya melihat Dahlia terseksa begini!
Semakin lama Irham Zahril melihat kelakuan mereka,semakin itu lah hatinya terasa geram,simpati dengan isterinya itu.Dia tidak sanggup lagi melihat dahlia terseksa dengan sikap mereka yang zalim itu.Dengan penuh keberanian,Irham Zahril berlari menuju ke arah mereka.Kini,dia harus menyelamatkan isterinya!
“Wawa!” 
Jeritan Irham Zahril membuat Amir,Black dan juga Wawa terkejut melihat kehadiran lelaki itu.Wawa yang sejak tadi tertawa melihat Dahlia terseksa,kini ketakutan.Ahh,kenapa Irham ada kat sini?! 
Mata Dahlia juga membulat tatkala melihat suaminya berlari menuju ke arah mereka.Hati mula terasa lega dengan kehadiran suaminya itu.Tiada kata yang mampu dia ungkapkan.Hanya airmata yang mampu menderas laju dari kelopak matanya.Dia tidak sanggup,dilayan dan diseksa oleh mereka semua!
Dengan segera,Irham Zahril menolak Amir dan Black dari Dahlia.Lalu membuka tali yang diikat dari mulutnya.Setelah itu,dia cuba membuka tali yang berada di tangan isterinya.Namun,tidak sempat dia membuka tali di tangan Dahlia,Amir terlebih dahulu menolaknya ke tepi.Lalu,memukul perut lelaki itu dengan sekuat hatinya.
“Abang!! Tolong jangan pukul suami aku!!” Jerit Dahlia sesaat Irham Zahril dipukul dan ditendang oleh Amir dan Black.
Namun,jeritan dan arahan Dahlia tidak dipeduli oleh kedua lelaki itu.Mereka tetap berkeras hati untuk menghancurkan Irham Zahril.Tetapi,dengan kekuatan yang Irham Zahril ada,dia bangkit dan mula berlawan dengan mereka berdua.
Irham Zahril memukul pipi Amir lalu menendang perutnya.Setelah itu dia beralih pula ke Black.Kini,tumbukan yang diberi agak kuat dibanding tadi.Sejujurnya,dia amat geram dan benci akan kedua lelaki tak guna ini! Sudah lama dia ingin memberi pelajaran kepada Amir dan Black yang pernah menganggu isterinya dahulu.
“Korang dua,memang tak serik lagi huh?! Korang nyaris rogol isteri aku dulu,sekarang ni kau nak buat apa uh?! Bodoh!” Marah Irham Zahril.Tangan dan kaki masih memukul dan menendang mereka berdua.
Dia tidak dapat menahan api kemarahan yang berlaku pada saat ini.Jika boleh,dia ingin sekali membunuh mereka berdua.Namun,dia masih ada sifat keperimanusiaan dan simpati.Biarlah,pihak polis yang menyelesaikan masalah mereka berdua.
Wawa yang sejak tadi terkejut dengan sikap Irham Zahril,dengan perlahan mengambil pisau yang terjatuh dari tangan Amir.Ini adalah peluang untuk Wawa menghancurkan wanita itu sementara Irham Zahril sibuk berlawan dengan Amir dan Black.
“Wa..wawa...tolong jangan buat pekara bodoh ni....” Ujar Dahlia tatkala melihat Wawa mendekati dirinya dengan sebilah pisau.
Hati kembali berdebar dengan laju.Otaknya penuh dengan pelbagai macam pekara.Sekali lagi,dia menghadapi situasi ngeri ini.Tanpa berfikir panjang,Dahlia mengundur diri dengan perlahan agar dia dapat mengelak dirinya dari Wawa.
“Kali ni,aku akan bunuh kau Dahlia!! Ahhh!!” Jerit Wawa seraya berlari ke arah Dahlia.
“ABAAANGGGG!!”
Tanpa mereka sedari,pisau yang berada di tangan Wawa kini beralih pula ke perut Irham Zahril.Suasana menjadi tegang tatkala Irham Zahril ditikam oleh Wawa.Mata wanita itu membulat,mulutnya terlopong tanda terkejut dengan kejadian yang berlaku ini.Tangan dan seluruh badannya mengigil melihat lelaki itu berlemuran dengan darah.Tidak dia duga,pisau yang sepatutnya berada di tubuh Dahlia,kini berada di badan Irham Zahril! Apa yang aku dah buat ni?!
Jantung Dahlia seolah-olah terhenti buat seketika sesaat melihat suaminya ditikam oleh Wawa sewaktu dia cuba menyelamatkan dirinya.Dengan segera dia mendekati suaminya yang cuba menahan kesakitan itu.Airmata mengalir laju ke pipi Dahlia.Sungguh,dia tidak sangka bahawa Irham Zahril sanggup melindungi dirinya dari ditikam oleh Wawa.Ya Allah....
“Abang.....tahan abang...abang jangan tinggalkan Lia!”Ujar Dahlia seraya tangan cuba membuka tali yang dikat oleh Amir tadi.
“Tolonggggg!! Abang,bangun abang!”
Wawa yang sejak tadi terkejut,kini gelisah.Perasaan gelisah,takut kian menjamah hatinya sehingga dia terduduk kaku ke rumput yang lembab itu.Setelah,itu tangan memegang perut Irham Zahril yang dipenuhi dengan darah.Baju kemeja Irham Zahril berwarna putih itu,membuat darah yang mengalir jelas kelihatan.
“Ir...Ir..Irham...” Panggil Wawa dengan nada berketar-ketar.Lalu,setitik demi setitik airmata mengalir dari kelopak matanya seolah-olah dia tidak dapat terimaa apa yang sudah berlaku tadi.Semuanya,berlaku dengan pantas sekali.
“Ini semua pasal kau Wawa!!” Jerit Dahlia dengan wajah yang penuh tegang.Hatinya bagaikan hancur melihat Sungguh,Irham Zahril tidak akan ditikam kalau bukan kerana rancangan Wawa! Ahh,dia amat benci dengan wanita itu!!
“Dahlia....i...i’m sorry...i...” 
Dahlia hanya menghiraukan kata-kata Wawa.Dia tidak mampu lagi untuk berlawan dengan kata-kata wanita itu.Dia hanya inginkan suaminya itu bertahan dengan kesakitan yang dia alami pada saat ini.Dia tidak mampu kehilangan Irham Zahril kali ini!
Ya Allah,ya tuhanku...kau tolong lah hambamu in...kau selamatkan suamiku..aku tak mampu kehilangan dia,Ya Allah....
......................
“Puan,ni isteri Encik Irham ke?” Soal Doktor yang merawat Irham Zahril di hospital itu.
Dahlia mengangguk dengan penuh resah.Hatinya kian berdegup laju tatkala menunggu operasi suaminya sejak tadi.”Ya,saya Dahlia..isteri Irham.Doktor..macam..macam..mana keadaan suami saya?” 
Diam.
Tiada kata yang terkeluar dari bibir Doktor yang bernama Doktor Safira.Hanya expresi wajah yang mampu menjelaskan keadaan Irham Zahril.Membuat,Dahlia semakin resah,gelisah dan berdebar.Ya Allah...
“Doctor...please,tell me that he’s okay! Please doc!”Ujar Dahlia seraya tangan memegang bahu Doktor Safira.Sungguh,hati masih berharap suaminya itu dalam keadaan stabil.
“I’m...sorry Dahlia.Suami awak kekurangan darah and...we tried our best tapi..Allah lebih sayangkan dia...I’m sorry.”
Mata Dahlia membulat.Hatinya seolah-olah terhenti buat seketika tatkala mendengar kata-kata Doktor Safira.Lalu dia mengeleng kepalanya tanda tidak percaya.Airmaat menderas laju dari kelopak matanya.Tidak..tidak,Irham tak boleh tinggalkan aku!
“No! Tak...tak... Abangggg!!Jangan tinggalkan Lia! Abang!!”
Dahlia tersedar dari tidurnya tatkala Puan Marinah mengejut dirinya.Terkejut Puan Marinah sesaat Dahlia mengigau memanggil Irham Zahril.Risau akan menantunya yang tidak tentu arah itu.Sejujurnya dia tidak sanggup melihat Dahlia dalam keadaan begini.Mungkin,keadaannya tidak stabil dengan apa yang berlaku malam ini.Ya Allah....
“Astargfirullalazim...mama...” 
Ucap Dahlia seraya meraup wajahnya berkali-kali.Setelah itu dia memeluk erat Puan Marinah mencari kekuatan.Ya Allah,dia hanya bermimpi! Perasaan lega,kian wujud di dalam hatinya.Mungkin,Irham Zahril masih ada peluang untuk hidup.Tetapi,kalau mimpinya menjadi kenyataan bagaimana? Sanggupkah dia kehilangan suaminya itu? 
“Lia..banyakkan beristighafar dan berzikir sayang..” Nasihat Puan Marinah kepada menantunya,
Dahlia hanya mengangguk tatkala mendengar nasihat ibu mertuanya.Airmata masih berlinangan dari kelopak matanya.Hati dan otak masih letih dari kejadian ngeri yang berlaku beberapa jam yang lalu.Sungguh,dia tidak sanggup kehilangan lelaki yang dia amat mencintai.
Setelah kejadian ngeri itu,Puan Marinah dan Dato’ Zainal muncul di tempat kejadian.Pihak polis dan ambulans turut ada bersama mereka.Mujurlah,mereka mengikuti kereta Irham Zahril dari belakang agar dapat bertemu dengan Dahlia dan juga Irham Zahril.
Pihak polis membawa Wawa,Amir dan juga Black ke balai polis berdekatan untuk siasatan lanjut.Puan Marinah dan juga Dato’ Zainal turut terkejut dengan apa yang berlaku kepada Dahlia dan Irham Zahril.
Melihat Irham Zahril berlemuran darah,Puan Marinah hampir rebah ke lantai.Dia tidak sangka bahawa Wawa akan berbuat pekara yang amat bodoh itu.Tidak pernah terlintas di akal fikirannya bahawa kejadian ini akan meragut nyawa anak dan menantunya.Ahh,dia tidak sangka!
“Mama,Lia nak solat isyak..Lia pergi surau sekejap ya?” Ujar Dahlia seraya mengelap airmatanya.Teringat pula,dia belum lagi menunaikan solat isyak.Mujurlah ada surau di hospital ini,dapat juga dia menunaikan solatnya dan juga berdoa dan menenangkan fikiran dan hatinya itu.
Puan Marinah hanya mengangguk kepalanya.Biarlah menantunya itu mencari ketenangan setelah kejadian yang dia telah lalui malam ini.Hati berharap sangat agar Dahlia tabah menghadapi ujian ini.Dan tidak lupa kepada anaknya yang berada di bilik operasi,dia berharap agar Irham Zahril selamat menjalani pembedahan.
Setelah menunaikan solat isyak,Dahlia mengangkat tangannya untuk berdoa kepada Yang Maha Esa.Hati yang luruh itu kelihatan lemah pada saat ini.Dia hanya memerlukan kekuatan untuk dia hadapi semua ini.
“Ya Allah,Ya rahman,Ya Rahim...Engkau telah memberi aku dan suamiku ujian yang paling berat kali ini..Ujian yang membuat aku lemah,takut dan gelisah.Ujian yang meragut nyawa suamiku...”
Setitik demi setitik airmata yang berkumpul di kelopak matanya tadi,kian mengalir jatuh ke telekungnya.Suasana yang sepi itu membuat hati Dahlia semakin sayu.
“Ya Allah..aku bermohon kepada Engkau agar selamatkan lah dan lindungilah suamiku yang sedang bertarung nyawa saat ini.Kau berikan lah dia semangat dan kekuatan untuk terus berjuang..Ya Allah...kau berikan lah dia peluang untuk hidup..sesungguhnya aku tidak saggup kehilangan dia..tapi..jika..jika..Irham ditakdirkan pergi...aku...aku...akan terima dengan hati yang rela,ikhlas...aku terima qadar dan qadaMu...”
Semakin lama,semakin mendatar nada Dahlia.Hanya tangisan dari kelopak matanya yang mampu mengambarkan suasana sayu itu.Namun,dia percaya akan ketentuan Tuhan dan dia percaya bahawa ketentuan Illahi pasti ada sinar hikmahnya.Dia hanya mampu,berdoa dan terus berdoa agar dia dapat hidup bersama sang suami sekali lagi.
“Setiap kali awak rasa lemah,saya akan datang kat awak dan buang kelemahan awak jauh-jauh..” 
Kata-kata Irham Zahril melekat di akal fikiran Dahlia.Teringat akan sewaktu Mak Su di bilik operasi,kata-kata itu lah yang menjadi semangat untuk Dahlia terus berdoa dan kuatkan dirinya.Dan mungkin,kata-kata itu akan membuat dia lebih kuat untuk hadapi ujian yang dia hadapi ketika ini.
‘Lia,tak akan lemah selagi abang ada dengan Lia...Lia akan kuatkan diri Lia untuk abang...’
....................
Setelah berjam-jam menunggu operasi Irham Zahril untuk tamat,akhirnya Doktor Safira keluar dari bilik operasi itu.Serta-merta,Dahlia dan ahli keluarga yang lain mendekati Doktor Safira dengan perasaan berbelah bagi.Masing-masing memberi wajah yang serius dan gelisah.Terutama sekali wanita yang bernama Dahlia.
“Doctor,macam mana dengan anak saya?” Puan Marinah bertanya kepada Doktor Safira.
Pada masa yang sama,Dahlia yang sedang memeluk ibu mertuanya semakin gementar menunggu jawapan Doktor Safira.Hati dan fikirannya dipenuhi dengan segala macam doa untuk menenangkan dirinya.Ya Allah...jika apa yang aku mimpi tadi menjadi kenyataan,engkau berikan lah aku kekuatan...
“Awak isteri Encik Irham ke?” Kini,Doktor Safira pula bertanya kepada Dahlia.
Wanita itu hanya mengangguk tanda betul.Hati berdegup dengan laju.Airmata berlinangan di kelopak matanya.
“Alhamdulilah,suami dan anak Puan dan Dato’ selamat menjalani pembedahan.Sebenarnya,chances of him to live..sangat tipis.Tapi,mungkin dengan berkat doa awak semua,Encik Irham kuat untuk menghadapi pembedahan tadi..Syukurlah.”
Satu per satu,titisan airmata mengalir membasahi pipi Dahlia yang gebu itu sesaat mendengar kata-kata Doktor Safira.Dia seolah-olah tidak percaya bahawa dia masih mempunyai Irham Zahril.Ahh,Ya Allah terima kasih!!!
“Ya Allah..Alhamdulilah...” Ucap Dahlia seraya airmata masih mengalir.Puan Marinah dan Dato’ Zainal turut serta mengucap syukur ke atas Ilahi kerana telah memberi peluang untuk anak mereka hidup sekali lagi.
“Doctor,boleh kami tengok Irham sekarang?” 
“Boleh,tapi satu orang aje yang boleh masuk..sebab keadaan Encik Irham belum stabil.”Jelas Doktor Safira.
“Erm,Dahlia masuk dalam dulu ya? Mama dan papa tunggu kat luar..” Ujar Puan Marinah.Biarlah,menantunya berjumpa dengan Irham Zahril dahulu.Dia yakin,Dahlia begitu risau dengan keadaan suaminya itu.
“Tapi ma..”
“Takpa Lia..papa dan mama boleh tengok Irham nanti.Kamu masuklah dulu,”Kini,Dato’ Zainal pula yang bersuara.
Dahlia mengangguk kepalanya.”Terima kasih pa,ma...Doctor,terima kasih sebab selamatkan nyawa suami saya.Thanks a lot..”
“No problem Puan Dahlia..dah kerja saya kan,yang selebihnya datang dari Allah s.w.t.Saya pergi dulu ya?” Balas Doktor Safira sebelum dia beredar dari situ.
Mereka hanya menguntum senyuman lebar kepada wanita itu tanda terima kasih.Sungguh,dengan kerjasama Doktor Safira dan jururawat di hospital ini,mereka tidak akan dapat melihat Irham Zahril buat kali kedua.Syukurlah,semuanya berjalan dengan lancar.
Sesaat Dahlia melangkah masuk ke dalam bilik wad itu,dia menghembus nafas lega.Lalu,menguntum senyuman nipis tatkala melihat suaminya itu di katil hospital itu.Lega hatinya apabila dia dapat melihat Irham Zahril sekali lagi.Tangan mengusap kepala lelaki itu dengan lembut lalu dengan perlahan satu ciuman ikhlas hinggap di dahi Irham Zahril.
“Alhamdulilah...Terima kasih ya Allah...”
0 notes
Text
Bab 47
Sudah seminggu Dahlia dikeluarkan ke hospital setelah demam panasnya sudah hilang.Mujurlah,ubat dan rawatan yang diberi oleh pihak hospital dan doktor berjaya menyembuh Dahlia dengan cepat.Keadaan wanita itu semakin pulih dan stabil tatkala hubungan dia dan Irham Zahril bertambah baik.
Seminggu selepas kejadian perit itu,mereka akhirnya kembali ceria,gembira dan sentiasa meluahkan kata-kata cinta seperti pengantin baru.Dan seminggu itu lah pelbagai macam pekara yang berlaku kepada rumah tangga mereka membuat mereka menjadi lebih rapat berbanding dulu.
Bilik yang menjadi tempat tidur Irham Zahril kini berubah menjadi bilik tidur untuk sepasang suami isteri.Akhirnya,setelah berbulan-bulan mereka tidur di bilik berasingan,Dahlia mengalih semua barangnya ke bilik Irham Zahril selepas berbaik dengan suaminya.Dia sedar,dia harus menerima hakikat bahawa dia telah berkahwin dan tempat yang seharusnya dia ada adalah di sisi suaminya.
Teringat akan malam pertama,Dahlia di bilik Irham Zahril.Ya,dia mengaku ada perasaan janggal yang berlaku antara mereka berdua.Namun,Irham Zahril sentiasa membuat Dahlia tenang agar dia tidak berterusan rasa takut ataupun resah.Mujurlah,sang suami sentiasa sabar akan sikap Dahlia.Jika tidak,entah apa nasibnya kali ini.
“Sayang,dah siap?” Lamunan Dahlia terhenti tatkala mendengar soalan Irham Zahril.
Spontan bibir menguntum senyuman manis seraya membetulkan tudung chiifon nya yang berwarna pastel pink.Cantik warnanya untuk memadankan dress hitam yang agak simple untuk dipakai.Walaupun simple,Dahlia sentiasa kelihatan cantik dan ayu di mata suaminya.
Irham Zahril memandang isterinya dengan teliti yang berada di depan meja soleknya.Sungguh,malam ini Dahlia kelihatan bidadari yang jatuh dari langit.Mekap tipis yang disolek juga tidak menjejaskan wajahnya yang anggun itu.Kulit yan gebu itu sentiasa menjadi tumpuan setiap lelaki di luar sana termasuklah Irham Zahril.
“Kenapa abang pandang Lia macam tu? Ada yang tak kena ke?” Soal Dahlia lalu berjalan menuju Irham Zahril.Pelik dengan suaminya yang tidak henti-henti meneliti dirinya.
“Kenapa? Abang tak boleh pandang isteri abang yang cantik ni ke?”Usik Irham Zahril seraya mengusap kepala Dahlia.
“Hesy,dah lah.Jom,nanti kita lambat pula...Kesian mama dan papa tunggu kat rumah tu..”
Irham Zahril hanya menguntum senyuman kecil kepada Dahlia yang kelihatan kalut itu.
Lalu mata melihat jam tangannya yang menujukkan pukul lapan malam.Sebentar lagi,acara ulang tahun perkahwinan Dato’ Zainal dan juga Puan Marinah yang ke 50 akan berlangsung di rumah mereka.Irham Zahril dan juga Dahlia dijemput untuk meraihkan hari istimewa ini.Maklumlah,lebih ramai lebih meriah lah majlis ulang tahun perkahwinan mereka.
................
“Haaa,dah sampai pun kamu berdua! Ingatkan,dah lupa majlis mama dan papa ni..” Usik Puan Marinah tatkala melihat anak dan menantunya di pintu rumah mereka.
“Hesy,mama ni..tak akan lah kita nak lupa majlis anniversary mama dan papa,”Ujar Irham Zahril.
“Mama kamu ni,dari tadi tunggu kamu berdua tau.Sampai tetamu pun tak dilayan.Rindu lah tu dengan anak dan menantu dia tu..”Kini giliran Dato’ Zainal pula mengusik Puan Marinah.
Sejak tadi,Puan Marinah tidak henti-henti menunggu mereka di pekarangan rumahnya.Sejujurnya,dia takut jika anak dan menantunya tidak hadir di majlis ulang tahun perkahwinan mereka.Maklumlah,sudah lama mereka tidak bersua muka.Semakin rindu pula dia dengan menantu kesayangannya itu.Selain itu,dia sudah menjemput saudara-mara agar Dahlia dapat mengenali mereka dengan lebih rapat.
Maklumlah,majlis seperti ini saja lah yang dapat membuat suatu ikatan persaudaran mereka semakin kuat.Jika tidak,Dahlia tidak akan tahu siapa saudara-mara Irham Zahril dan mereka juga tidak akan kenal siapa Dahlia itu.Sengaja Puan Marinah menjemput ramai mereka semua agar sesi pengenalan ini dapat memanfaatkan mereka,terutama sekali Dahlia.
“Hesy,jangan dengar cakap papa kamu ni..Dah lah,meh masuk,tetamu dah lama tunggu tu.”Ujar Puan Marinah.
Tanpa berfikiran panjang mereka memasuki rumah dengan senyuman lebar.Spontan tangan Irham Zahril memeluk bahu isterinya sambil menuju ke ruang tamu itu.Ramai tetamu dan rakan pejabat Dato’ Zainal menghadiri ulang tahun perkahwinan ibu dan bapanya.
Dahlia yang sejak tadi mengikut suaminya melayan tetamu dan juga rakan kerja suaminya menjadi bosan.Bosan mendengar perbincangan mereka tentang hal kerja.Hai,majlis macam ni pun sempat berbual pasal kerja? Hesy,tak faham! Dengus Dahlia.Anak dan bapa sama saja,workaholic! Di mana ada peluang,di situlah mereka akan berbincang tentang hal kerja mereka.
Irham Zahril memandang wajah isterinya yang kelihatan muncung itu.Jelas kelihatan wanita itu terasa bosan dengan perbincangan yang mereka ada sekarang ini.Spontan bibir Irham Zahril menguntum senyuman nipis.Dia faham akan perasaan isterinya itu.Biasalah,wanita tidak akan pernah suka dengan topik hal kerja semua ini.
“Sayang,bosan ke?” Soalan Irham Zahril membuat fikiran Dahlia kembali ke alam nyata.
“Hmm,mana ada..”
“Apa kata,sayang tolong mama kat dapur tu.Mana tau ada benda yang sayang boleh tolong.Nanti hilang lah rasa bosan tu.”Irham Zahril memberi saranan.
Dahi Dahlia berkerut.Lalu keningnya menjongket tanda pelik.Ah,mungkin wajahnya jelas kelihatan bahawa dia sedang bosan.Aduh,terasa bersalah pula dengan suaminya itu.Dahlia,Dahlia..
Dahlia menguntum senyuman nipis.Betul juga kata suaminya itu,mungkin dengan menolong ibu mertuanya di dapur,rasa bosannya akan hilang serta-merta! Tak perlu lah,dia mendengar perbincangan mereka yang membosankan mindanya.Buat mengantuk aja!
Tanpa membuang masa,Dahlia melangkah kakinya ke ruang dapur.Setibanya dia berada di dapur,Mak Kiah sedang giat mencuci pinggan mangkuk di singki.Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Mak Kiah iatu pembantu rumah ini.Dulu,sebelum mereka berpindah Mak Kiah lah menjadi tempat Dahlia bergurau senda dan juga tempat untuk belajar memasak.
“Assalamualaikum Mak kiah!”Dahlia memberi salam seraya tangan memeluk tubuh Mak Kiah.
“Astargfirullahalazim! Terkejut Mak Kiah! Hesy..” Terkejut Mak Kiah tatkala mendengar salam Dahlia yang kuat itu.Mujurlah dia tidak mempunyai sakit jantung,jika tidak entah apa nasibnya nanti!
Dahlia tertawa melihat reaksi lucu dari Mak Kiah.Sengaja dia mengusik wanita itu,teringat pula akan pertama kali mereka berjumpa di rumah ini.Wanita itu sentiasa baik dan jujur dengan dirinya.Meskipun,sudah lama tidak berjumpa,Mak Kiah tidak pernah berubah.Sikap lucu dan kelatahnya sentiasa membuat Dahlia tertawa dan tersenyum lebar.
“Sorry Mak Kiah,Lia sengaja nak surprise Mak Kiah.”Ujar Dahlia yang masih tertawa kecil itu.
“Ha,suprise lah sangat sampai nak tercabut tau jantung Mak kiah!”Ngomel Mak kiah lalu membersihkan tangannya setelah pinggan mangkuk sudah selesai dicuci.
“Yang kamu ni tercegat dekat dapur ni kenapa? Pergi lah layan tetamu kat luar tu..” Soal Mak Kiah mencari kepastian.
Pelik juga melihat anak menantu Puan Marinah di dapur.Sepatutnya dia di ruang tamu dan melayan tetamu yang datang itu bukan di dapur.Takut juga jika Puan Marinah marah dengan Dahlia kerana berada di sini.
“Hesy,Lia bosan lah kat luar tu..Mama sibuk layan kawan dia,Am dan papa pula sibuk layan kawan kerja dorang.Sampai Lia pun bosan tau dengar apa yang dorang berbual tu.Semuanya pasal kerja.Hesy..Lebih baik Lia layan Mak Kiah,baru best!”Jelas Dahlia seraya melabuhkan pingangnya ke kerusi di dapur itu.
Mak Kiah mengeleng kepalanya tatkala mendengar penjelasan Dahlia.”Hesy,kamu ni..mana boleh gitu.Nanti apa pula kata saudara-mara suami kamu..Sepatutnya,Lia kenal-kenal lah dengan dorang tu.Keluarga Dato’ kan besar,jadi masa ni lah yang sesuai untuk Lia eratkan hubungan dengan dorang..”
Dahlia mengaru kepalanya yang tidak gatal itu.Mendengar kata-kata Mak Kiah,Dahlia pasti dia tidak akan dapat duduk di ruang dapur ini dengan lama.Terpaksa lah dia mengikut nasihat Mak Kiah itu.Hesy,apa lah nasib..
“Hmm,yelah Mak Kiah..nanti Dahlia keluar ya?” balas Dahlia acuh tak acuh.
Sejujurnya,dia rasa kekok apabila bersama keluarga dan saudara-mara Irham Zahril.Semuanya pangkat dan darjat yang tinggi berbanding dengan dirinya yang kecil ini.Dia hanya seorang wanita biasa yang tidak mempunyai darjat yang tinggi seperti saudara-mara suaminya yang lain.
Kadang-kala,perasaan tidak layak untuk menjadi suami Irham Zahril menjamah hatinya.Namun,dia yakin bahawa jodoh itu tidak kira darjat sesiapa pun,yang penting sekali adalah hati yang tulus untuk mencintai sesorang.Dan dia amat bersyukur ada suami yang mempunyai ketulusan hati yang teramat murni.
“Hesy,kamu ni..jangan nanti,sekarang juga pergi luar tu.Nanti Puan marah pula dengan kamu.”Ngomel Mak Kiah sekali lagi seraya mempamerkan wajah geram beliau.
“Ish,Mak Kiah ni macam halau Lia aje..mama okay lah.Mak kiah tak payah risau ya? Meh,Lia tolong apa  yang patut kat dapur ni,dapat lah Lia kurangkan kerja Mak Kiah ni.”
Sekali lagi Dahlia mengelak dirinya dari keluar dari ruang dapur itu.Kalau boleh,ingin saja dia duduk di sini sehingga majlis selesai.Tapi,dia yakin pekara ini tidak akan terjadi disebabkan ngomelan mak kiah itu.Hesy!
“Bertuah punya anak...hesy,bukan mak kiah nak halau,tapi mak kiah tak nak orang fikir bukan-bukan pasal Lia.Yelah,suami kat luar,isteri pula sibuk kat dapur.Dah lah tu,kerja dapur ni semua kerja mak kiah yang buat..”Ujar Mak kiah tatkala melihat Dahlia mengemas meja makan di dapur itu.
“Hmm,yelah.Lia keluar sekarang ya..Nanti kalau Lia bosan,Lia datang sini lagi!” Usik Dahlia sebelum dia bergegas keluar dari dapur itu.Sempat juga dia mencubit pipi mak kiah.
“Hesy,Dahlia..Dahlia..”Dengus Mak kiah seraya mengeleng kepalanya.Sedikit senyuman terpamer di bibirnya melihat gelagat comel Dahlia.
Hai,untung lah Puan Marinah dan Dato’ Zainal dapat menantu macam Dahlia.Cantik,sopan,comel pula tu...hai,kalau aku ada anak lelaki,dah lama aku pinangkan dia dengan anak aku..bisik hati kecil Mak kiah sebelum dia kembali bekerja.
Sedang Dahlia menuju ke ruang tamu,tangannya ditarik oleh seseorang.Spontan kepala memandang ke arah pemilik tangan itu.Mata Dahlia membulat,mulutnya terlopong tanda terkejut tatkala melihat Wawa yang sedang menarik tangannya.Dengan pantas dia mencuba untuk melepaskan genggaman wanita itu.Namun,genggaman Wawa terlalu kuat untuk dia lepaskan dirinya dari wanita gila itu.
Wawa menarik tangan Dahlia ke belakang rumah Dato’ Zainal.Tempat yang sunyi untuk Wawa berdepan empat mata dengan peremuan kolot itu.Mujurlah,tiada sesiapa yang melihat aksi yang penuh debaran itu.Puas hatinya apabila melihat Dahlia keseorangan di ruang tamu itu tanpa Irham Zahril.Dapat lah dia berdepan dengan wanita itu sendirian tanpa ganguan.
“Hei,lepaskan tangan saya lah!” Arah Dahlia dengan nada yang tinggi.Sungguh,hatinya sungguh geram dengan tindakan wanita itu.Sesuka hati saja ingin tarik orang ke sini.hesy!
“Eh,perempuan! You jangan nak berlagak depan semua orang lah! You ingat,you ni bagus sangat ke? You ingat,saudara-mara Am pandang kat you ke? Hesy,tolong lah!” Ujar Wawa setelah melepaskan tangan Dahlia.Kini,masanya untuk dia meluahkan segala perasaan tidak puas hati kepada wanita itu.
Dahlia melepaskan keluahan berat tatkala mendengar kata-kata Wawa.Dari dulu,hingga sekarang sikap benci terhadap dirinya tidak pernah hilang.Ada saja yang ingin dikatakan oleh Wawa.
“Maaf ya Wawa.Saya tak pernah fikir yang saya ni bagus sangat depan semua orang.Mungkin,cik Wawa yang terlebih terfikir kot.”
“Hey,dari dulu lagi i perhatikan you tau! You ni,perampas...”
“Perampas kekasih awak? Yang sekarang ni sah jadi suami saya?” 
Tidak sempat Wawa menamatkan ayatnya,Dahlia terlebih dahulu memotong apa yang ingin dikatakan oleh Wawa.Sedikit terkilan dengan sikap Dahlia yang sudah berani melawan kata-kata Wawa.
“Tolong lah Wawa,sekarang ni Irham dah menjadi hak saya sepenuhnya.Saya faham,awak pernah menjadi kekasih dia,tapi sayang..dia pilih saya dari awak kan..” sindir Dahlia.Sejujurnya,tahap kesabarannya sudah sampai di kemuncaknya.
“Berani kau eh sindir aku! I sebenarnya pelik dengan you lah. I’ve done so many things to you,tapi sampai sekarang you masih tetap dengan Irham!”
“Mungkin,cinta kita berdua kuat sangat sampai awak tak boleh pisahkan kita.Hanya Allah saja yang mampu pisahkan kita suami isteri bukan awak.”Ucap Dahlia dengan nada yang tenang.
“Cinta kuat konon..eh,you tau tak pasal you lah Irham putuskan tunang kita.Dan pasal you lah i tak dapat nak kahwin dengan dia! You ni memang perempuan tak guna!”Tengking Wawa dengan penuh kemarahan.
“Wawa,dalam dunia ni ada ramai lelaki yang lebih baik dan sesuai untuk awak.Tapi kenapa,awak masih nak suami saya?”Soal Dahlia dengan nada sinis.
“Suka hati I lah bodoh! Memang lah ada ramai lelaki kat luar tu,tapi tak sebaik Irham!”
Dahlia menegecilkan matanya.Dia cuba kelihatan tenang di hadapan Wawa.Dia tidak mahu sifat amarahnya menjejas situasi tegang ini.Sejujurnya,dia tidak sangka akan bertemu dengan wanita itu dengan keadaan sulit begini.Hati sentiasa berharap agar Wawa tidak membuat sesuatu di luar jangkaan.Ya Allah..kau beri lah aku kekuatan..
“You mesti ingatkan benda ni..I hadiahkan you khas untuk perkahwinan you and Irham.”
Spontan bola mata Dahlia memandang ke arah tangan Wawa yang sedang mengeluarkan sesuatu di dalam beg tangannya.Otak mula mengimbas kembali hadiah ngeri yang diberi oleh wanita itu.Hadiah yang membuat dia hampir hilang akal dan takut akan wanita di depannya.
Gulp! Bola mata Dahlia membulat.Mulutnya terlopong tanda terkejut sesaat melihat sebilah pisau dikeluarkan dari beg tangan Wawa.Segugus debaran menggoncang dadanya seraya badannya hampir lemah tatkala pisau itu mendekati dirinya.Ya Allah,tolong lah hambamu ini!
“Wa..Wawa...cuba bawa bertenang...Benda ni..kita boleh..selesaikan dengan cara baik.Please,calm down..” Berketar-ketar nada Dahlia.Perasaan,takut,cemas,gementar kian menjamah hatinya.Dia cuba untuk memadamkan api kemarahan yang berlaku kepada Wawa saat ini.
“Selesaikan dengan cara baik? Bawa bertenang? Dahlia..Dahlia..I dah lama hilang sabar dengan you.Tak mungkin lah I akan selesaikan benda ni dengan cara baik..”
Satu per satu langkah Wawa mendekati diri Dahlia yang mengigil ketakutan itu.Pisau yang berada di tangan Wawa kini berada di leher Dahlia.Pada saat ini,detik ini,dia hanya memerlukan Irham Zahril untuk datang menyelematkan dirinya.Sesungguhnya,hati dan diri ini saat takut akan pekara yang bakal berlaku kepada dirinya.
“Dan i percaya,pisau ni lah yang akan menjadi penyelamat i nanti.Tak lama lagi,i akan dapat hak milik i kembali.Any last words dear?” Ujar Wawa dengan nada sinis seraya mendekati pisau itu ke leher Dahlia yang bila-bila masa akan meragut nyawa wanita itu.
Dahlia cuba kelihatan tenang meskipun di dalam situasi tegang ini.Otak dan hati mula berkerjasama untuk melepaskan diri dari wanita gila ini.Mujurlah,dia mempunyai idea untuk melarikan diri.Dia hanya memerlukan hati yang kuat dan berani untuk melakukan semua ini demi keselamatan dirinya.Sempat juga dia berdoa kepada Yang Maha Esa untuk melindungi dirinya ini.
“Saya...saya..saya...”
Tanpa membuang masa,Dahlia menyiku perut Wawa dengan kekuatan yang dia ada.Lalu kaki memijak kaki Wawa agar dia melepaskan dirinya dengan segera.Mujurlah,Wawa terduduk kaku di lantai tatkala disiku dan dipijak oleh Dahlia tadi.Kini,dia perlu melarikan diri secepat mungkin sebelum Wawa mendapat tenaganya kembali!
“Ahh! Kurang ajar punya perempuan! Amir,Black tangkap dia!!”Arah Wawa sesaat melihat Dahlia sedang berlari meninggalkan tempat itu.Tangan memegang perutnya yang kesakitan selepas disiku oleh Dahlia.Ahh,geramnya aku!!
Amir dan Black yang sejak tadi bersembunyi di celah-celah tiang rumah Dato’ Zainal itu kini berlari menuju ke arah Dahlia setelah mendapat arahan dari boss mereka.Pantas mereka berlari mengejar wanita itu.Kali ini,mereka teringin sangat rancangan mereka berjaya!
“Argh! Lepaskan aku!! Tolong!!!!!” 
Tanpa Dahlia sedari,Black berjaya memegang kedua tangannya.Sementara itu Amir berdiri di depan Dahlia supaya dia tidak dapat melarikan diri lagi.Dahlia mengangkat wajahnya.Hati semakin lama semakin berdegup laju tatkala melihat lelaki yang pernah cuba membunuhnya di Cameron Highlands.
Ya Allah! Tidak dia sangka bahawa dia akan bertemu dengan mereka sekali lagi! Takdir apakah yang Dahlia bakal hadapi kali ini? Mungkin sama seperti kejadian di Cmaron Highlands atau lebih teruk? Saat ini,detik ini,dia hanya mampu berdoa agar dia diselamatkan dari situasi ngeri ini.Mampukah dia bertahan? 
“Abaaaangggggg!!” 
Dahlia menjerit sekuat hatinya.Kini dia hanya mampu berharap Irham Zahril untuk datang menyelamatkan dirinya.Satu per satu airmata mengalir dari kelopak matanya.Semakin lama,semakin laju tangisan mengalir.
Ya Allah...adakah ini kesudahan babak cintaku bersama Irham Zahril? 
0 notes
Text
Bab 46
Setelah berjumpa dengan Fairuz,hati Irham Zahril semakin tenang dan lega.Lega kerana segala apa yang terbuku di dalam hatinya sudah pun diluahkan kepada kawannya itu.Dia sedar,semakin lama dia pendamkan masalah rumah tangganya,selama itu lah hatinya dihantui segala macam perasaan.Dia amat lega kerana dia mempunyai sahabat yang sentiasa ada untuknya.Tidak mungkin dia akan menceritakan masalah rumah tangganya bersama ibunya.Dia tidak mahu,ibunya risau akan masalah mereka berdua.Biarlah,dia sendiri yang menyelesaikan masalah nanti.
“Abang akan pastikan,tiada sesiapa pun yang akan menghancurkan rumah tangga kita,sayang.”Ucap Irham Zahril dengan yakin seraya memandu kereta Hondanya.
Perkataan ‘Abang’ telah pun diucapkan oleh Dahlia di dalam surat yang diberi malam tadi.Sesungguhnya,perasaan gembira meluap-luap tatkala Dahlia memanggil beliau dengan gelaran ‘Abang’ dan bukan ‘Awak’.Mungkin,ini sudah membuktikan bahawa wanita itu sudah seratus peratus mengagap Irham Zahril sebagai suaminya.Setelah lama dia menunggu saat-saat ini,akhirnya salah satu impiannya sudah tercapai.Ahh,syukur!
Lamunan Irham Zahril terhenti buat seketika tatkala deringan telefon bimbitnya berbunyi.Dengan pantas dia mencapai earpiece lalu menekan butang jawab di skrin lepernya.
“Assalamualaikum Irham..” terdengar suara wanita memberi salam di hujung talian.Dia pasti,suara itu bukan milik isterinya.Tapi,siapa?
Tanpa berlengah masa,Irham Zahril menyahut salam dari wanita itu.”Walaikumussalam,”
“Ni,Yanti...ermm..Irham... ”
“Yanti...ada apa call ni? Ada yang tak kena ke?” Soal Irham Zahril bertalu-talu sesaat mendengar suara Yanti.
“Dahlia...sekarang kat hospital..dia demam panas Am..”
“Ya Allah! Yanti,text me all the details,i’ll be there soon!”Ujar Irham Zahril sebelum dia mematikan panggilan dari Yanti.
Perasaan gementar,takut kian wujud di dalam hatinya tatkala berita yang disampaikan oleh Yanti.Ya Allah,dia tidak sangka bahawa Dahlia diserang demam panas.Ahh,sejak bila Dahlia demam? Pelbagai tanda tanya yang menghantui otak Irham Zahril.
Hati berharap agar isterinya itu tidak dalam keadaan serius.Dengan perasaan risau,Irham Zahril menekan pedal minyak lalu memandu kereta hondanya dengan laju ke hospital.
.....................
Dahlia membuka matanya yang agak berat itu dengan perlahan diganggu pula dengan cahaya lampu di bilik wad itu.Lalu tangan memicit-micit kepalanya yang masih sakit itu.Mata mengalih pula ke seorang lelaki yang berada di sebelahnya.Irham Zahril sedang lena dibuai mimpi.
Melihat keadaan bilik itu,Dahlia yakin dia berada di hospital wad.Ahh,tapi bagaimana? Kepalanya bertambah sakit pula tatkala memikirkan tentang hal ini.Spontan mata memandang suaminya yang sungguh tenang itu.
Hati mula terasa sayu tatkala mengingat peristiwa malam tadi.Seharian dia mengurung dirinya di dalam bilik kerana dia tidak mahu melihat Irham Zahril.Setiap kali dia melihat wajah itu,setiap kali itu lah hatinya bagaikan ditikam dengan pisau yang tajam.Sungguh sakit...
“Sayang...Alhamdulilah sayang dah sedar..”Lamunan Dahlia terhenti tatkala suara garau suaminya memecah kesunyian di bilik wad itu.
Spontan Irham Zahril mendekati Dahlia lalu mengusap kepala isterinya dengan perlahan.Hati mula terasa bersyukur melihat Dahlia sudah sedar.Selepas diperiksa oleh Doktor,Dahlia belum lagi sedar sehingga lah pada saat ini.Syukurlah,dia tidak dalam keadaan serius.
“Macam mana saya ada kat sini?” Soal Dahlia mencari kepastian.
“Sayang,demam panas.Lepas tu pengsan tadi kat rumah..Nasib baik lah,Yanti ada tadi.Kalau tak,tak tau lah apa jadi kat sayang..”
Serta-merta,otak Dahlia mula mengimbas kembali kejadian tadi.Kini,dia mula mengingat akan demam panasnya malam tadi.Selepas kejadian yang megegarkan suasana di ruang tamu itu,kepala Dahlia terasa berat teramat.Semalaman,dia tidak dapat tidur kerana memikirkan tentang hal mereka.Mungkin,disebabkan terlalu tertekan dan terkejut,Dahlia diserang demam panas tadi pagi.
Mujurlah,dia menelefon kawannya,Yanti untuk datang ke rumah.Sengaja dia menjemput Yanti ke rumah untuk meluahkan rasa sakitnya terhadap kawannya.Dia tidak sanggup menyimpan apa yang terbuku di dalam hatinya.Namun,tidak sempat dia melakukan semua itu,dia didapati terbaring kaku di ruang tamu.Mujurlah,Yanti ada untuk menolong kawannya.Jika tidak,entah apa yang akan terjadi kepada dirinya.
“Sayang,haus ke? Nak air?” Soal Irham Zahril.Risau juga dengan keadaan dahlia yang tidak stabil itu.
Dahlia mengeleng kepalanya.Mungkin tekaknya terasa perit untuk makan ataupun meminum air.Sejujurnya,dia berasa pelik dengan kelakuan suaminya.Semalam,bukan main lagi amarahnya tetapi kini,Irham Zahril sungguh baik dengan dirinya.Dia tak marah lagi ke? 
Melihat sikap dingin Dahlia,Irham Zahril yakin bahawa isterinya masih marah dan sedih akan kelakuannya  malam tadi.Perlahan nafas berat dilepaskan.Dia perlu selesaikan masalah mereka secepat mungkin!
“Lia..masih marah kat abang?”
Spontan mata memandang ke arah wajah Irham Zahril.Abang? Jadi,Irham Zahril sudah membaca nota yang diberi oleh dirinya semalam? Ah,ini bermakna dia sudah tahu perasaan sebenarnya terhadap Irham Zahril.
Diam.
Dahlia terus mendiamkan diri.Dia tidak tahu apa perasaanya pada waktu ini.Marah? Sedih? Geram? Ahh,dia tidak pasti!
“Lia...Lia,nak tau tak kenapa abang paksa sayang kahwin dengan abang?”Soalan Irham Zahril membuat Dahlia tekun mendengar.
“Sebab..kalau saya tak kahwin dengan awak,saya tak dapat gaji setiap bulan untuk bayar duit rumah sewa saya.”Balas Dahlia acuh tak acuh.
Teringat akan sewaktu beliau dipaksa berkahwin dengan Irham Zahril.Sehingga,dia diugut oleh Irham Zahril dan pada waktu itu dia tidak mempunyai pilihan lain untuk menolak arahannya.
“Hmm,nope.Bukan pasal tu aje sayang..”
“Lepas tu,pasal apa?”
“Sebab,bila pertama kali sayang masuk dalam office abang,hati abang mula tenang dan sedar tak sedar,abang mula jatuh cinta dengan sayang..”
Ucap Irham Zahril dengan nada yang penuh lembut seraya tangan mengusap jari jemari Dahlia.Tersentak Dahlia tatkala mendengar apa yang dikatakan oleh suaminya.Melihat wajah Irham Zahril yang tulus dan jujur itu,dia yakin apa yang dikatakan itu semuanya betul.Tapi,kenapa Irham Zahril melayan dirinya dengan penuh kebencian suatu ketika dahulu?
“Tapi,kenapa awak selalu marah,tengking saya dulu? Kalau awak sayangkan saya,awak tak akan layan saya macam tu.”Balas Dahlia mencari kepastian.
Spontan Irham Zahril tertawa kecil tatkala mendengar soalan Dahlia.”Sebab,abang nak test sayang aje...yelah,abang saja nak bully isteri abang yang comel ni.” 
“Hesy,dah agak dah..yelah,saya kan selalu jadi mangsa bully awak.”
Dahlia mengecilkan matanya lalu melipat kedua tangannya ke dada.Kepala pula mengalih ke arah tingkap hospital itu.Geram juga mendengar sebab-sebab Irham Zahril.Hesy!
Sekali lagi,Irham Zahril tertawa melihat reaksi isterinya itu.Hmm,merajuk lah tu,alahai! Perangai Dahlia tidak ubah seperti dulu.Comel teramat apabila membuat muka merajuk beliau!
“Sayang....” 
Perlahan Irham Zahril memanggil Dahlia seraya tangannya menghingap di dagu isterinya supaya wanita itu memandang ke wajahnya.
“Sebenarnya,abang kahwin dengan Lia bukan sebab abang sayang dan cintakan Lia aje..Tapi,ada lagi satu pekara yang Lia kena tau.”
Dahlia tekun mendengar kata-kata Irham Zahril.Meskipun,hatinya sakit dia tetap ingin mendengar penjelasan dan alasan lelaki itu berkahwin dengan beliau.Sehingga hari ini,dia menunggu jawapan yang dinanti-nantikan.
“Abang paksa kahwin dengan Lia,sebab abang nak jaga dan lindungi Lia dari Wawa..sebab abang tau,Wawa akan buat benda yang tak elok pada sayang..”
Mata Dahlia membulat.Lalu,dia menelan liur tanda terkejut.Lindungi aku dari Wawa? Patutlah,dia Wawa benci sangat dengan aku...Dengus Dahlia.
“Dan,abang minta maaf dekat sayang kalau abang percaya sangat dengan gambar yang Wawa hantar kat abang..Abang tak sepatutnya marah kat sayang macam tu aje..I’m so sorry...”Ujar Irham Zahril dengan nada yang penuh kesal.
Dia sedar,dia tidak seharusnya percaya akan semua pekara yang dihantar oleh Wawa.Sebaliknya dia harus percaya dengan penjelasan isterinya.
“Jadi,Wawa lah yang hantar gambar saya dan Aiman?”
Irham Zahril mengangguk tanda betul.
“Sebenarnya,gambar tu memang betul..Tapi percayalah,saya ajak aiman makan sebab dia lah yang tolong saya carikan hadiah ulang tahun awak..Minyak wangi yang saya bagi pun,dia yang pilih.Sebenarnya,saya tak tau hadiah yang sesuai untuk seorang lelaki..Jadi,saya minta tolong dengan Aiman..”
Satu persatu,Dahlia menjelaskan pekara yang sebenar.Dengan harapan Irham Zahril akan percaya akan kata-katanya.
“Abang minta maaf sayang..Abang tak pernah nak dengar penjelasan sayang.Abang percaya Lia tak akan buat benda yang tak elok tu..”Ujar Irham Zahril sambil mengusap kepala isterinya.
Kini,hatinya lebih tenang setelah mendengar penjelasan isterinya.Hati mula terasa bersalah kerana menuduh isterinya mempunyai hubungan sulit dengan Aiman.Ahh,ini semua salah egonya yang tinggi itu!
“Saya pun salah juga sebab tak minta izin awak...maafkan Dahlia..”Ujar Dahlia lalu menuduk tanda malu.Sedikit airmata mengalir dari matanya.
“We both made a mistake and i really hope,pekara macam ni tak ulang lagi.Sebab abang tak sanggup kehilangan sayang lagi..”Harapan yang diungkap oleh Irham Zahril lalu tangan mengusap airmata isterinya.
“Abang....”
Panggilan lembut dari bibir Dahlia membuat hati Irham Zahril terhenti buat seketika.Panggilan yang dinanti-natikan oleh seorang suami.Panggilan yang membuat dia di langit ketujuh.Ahh,sengguh lembut panggilan ‘Abang’ yang dikeluar dari mulut manis Dahlia.
Tanpa Irham Zahril sedari,satu pelukan diberi oleh Dahlia.Pelukan yang amat kuat seolah-olah dia tidak mahu melepaskan pelukan itu.Pelukan yang membuat Irham Zahril terkejut sekali lagi.Tanpa membuang masa,dia membalas pelukan Dahlia seraya menguntum senyuman lebar dengan sikap isterinya yang sudah menerima dirinya sebagai suami beliau.Alhamdulilah...
“Lia,pun tak sanggup kehilangan abang....”
Ucap Dahlia sewaktu memeluk suaminya itu.Sejujurnya,dia juga tidak sanggup kehilangan lelaki yang sentiasa ada untuknya.Sesunggunya,dia amat rindu dengan pelukan yang diberi oleh suaminya dulu.Syukurlah,Allah membuka hatinya untuk mencinta dan menyanyangi suaminya yang bernama Irham Zahril.
Tanpa mereka sedari ada sepasang mata sedang melihat drama romantis mereka dari pintu bilik tingkap wad itu.Yanti yang sejak tadi memerhatikan mereka berdua,tersenyum lebar tatkala kawannya dan juga Irham Zahril akhirnya bersatu dan berbaik seperti suami isteri di luar sana.
“Syukur,Alhamdulilah..Lia,aku harap sangat hubungan kau dengan Irham akan kekal hingga jannah...”
....................
“Boss,saya rasa rancangan kita gagal lagi lah boss..” Ujar Amir kepada Wawa.
Wawa menghembus nafas geram.Ahh,entah bagaimana Irham Zahril masih sayangkan Dahlia dia juga kurang pasti.Yang pasti,dia harus hancurkan rumah tangga mereka walau apa pun!
“Ah! Apa perempuan kolot tu dah jampi dekat Irham uh! Sampai,Irham percaya sangat dengan dia..hesy!”Dengus Wawa sambil menghentam meja makan itu.
Mujurlah,tiada sesiapa yang melihat reaksi Wawa di restoran itu.Hanya pekerja-pekerja di restoran itu saja yang perasan akan sikap amarahnya itu.Perasaan marah,dengki,geram kian membuak-buak di dalam hatinya.
“Boss,apa kata saya hancurkan si perempuan kolot tu?”Amir memberi saranan kepada Wawa dengan harapan dia akan setuju dengan rancangannya kali ini.
“Kau dah gila ke? Kalau Dahlia mati,polis akan cari kau dan aku tau! Pakai otak lah sikit,hesy!” 
“Tapi,bukan ke boss nak Encik Irham? Kalau kita tak hancurkan Dahlia,macam mana boss nak dapat Encik Irham tu?” 
Wawa terdiam buat seketika sesaat mendengar kata-kata Amir.Sejujurnya,dia ingin sekali menghancurkan Dahlia.Namun,dia takut jika rancangannya ini akan diketahui oleh polis dan dia akan ditangkap.Ahh,tapi bagaimana?
“Sebenarnya,idea kau tu not bad..tapi aku tak nak masuk penjara.Kau sanggup?” Soal Wawa dengan nada sinis.
“Boss,saya akan pastikan kita berdua tak masuk penjara.Saya ada idea baik punya!” Kata Amir dengan penuh keyakinan.Otaknya,sudah dipenuhi dengan segala macam idea untuk menghancurkan wanita itu.
“Okay,kalau macam tu aku setuju.Tapi,ingat! Jangan libatkan aku ke penjara.Faham?” Tegas Wawa sambil menjongket keningnya.
“Faham boss.Erm,boss sediakan duit aje.Saya akan pastikan perempuan tu akan ganggu hidup boss lagi.” 
“Hmm,yelah.Duit je kau nak..Dah,sekarang ni kau belah.Aku ada date dengan Dato’ Syukri nanti.”Arah Wawa seraya menghirup jus oren yang dipesan tadi.
Tanpa membuang masa,Amir meninggalkan restoran itu.Wawa pula menantikan Dato’ Syukri untuk date nya nanti.Perasaan puas dan gembira mula menghingap di dalam hatinya.Kini,rancangannya pasti akan berjaya!
“Tak lama lagi,Irham Zahril akan jadi milik aku..Dahlia,aku akan pastikan yang kau tak akan muncul dalam hidup Irham.Never.”Bisik hati kecil Wawa seraya menguntum senyuman sinis.
0 notes
Text
Bab 45
Setelah kereta Aiman beredar dari perkarangan rumah,Dahlia membuka pintu rumahnya lalu melangkah masuk dengan perlahan.Sengaja dia memasuki rumahnya itu seolah-olah dia seorang pencuri pada saat itu.Melihat kereta honda suaminya berada di halaman rumah mereka,dia pasti lelaki itu sudah pulang dari pejabatnya.Tambahan pula,lampu di halaman rumah mereka terbuka memberi Dahlia tanda bahawa suaminya sudah pulang ke rumah.Takut juga,jika dia menganggu Irham Zahril yang mungkin sudah dibuai mimpi.
Kaki melangkah dari satu tempat ke tempat yang lain dengan perlahan.Tangan pula dipenuhi dengan beg plastik yang mengandungi hadiah Irham Zahril.Hati berharap sangat agar hadiahnya ini tidak dilihat oleh lelaki itu.Dia ingin sekali memberi kejutan kepada suaminya sempena hari lahirnya esok.Harap-harap lah,dia dapat menyembunyikan hadiah ini dari lelaki itu!
“Baru balik?” 
Belum sempat Dahlia menaiki anak tangga di rumahnya itu,suara garau Irham Zahril kedengaran.Hampir terkejut tatkala mendengar suara garau itu.Perlahan dia menoleh kepalanya ke arah suara tersebut.
“Awak belum tidur lagi ke?”Soal Dahlia tatkala melihat Irham Zahril berdiri tegak di depannya.
“Macam mana,saya nak tidur kalau isteri saya belum balik lagi..”Balas Irham Zahril seraya melipat kedua tangan ke dadanya.Wajahnya kelihatan serius pada saat itu.
Dahlia menunduk kepalanya sedikit.Dia faham akan perasaan Irham Zahril yang mungkin risau dengan dirinya tatkala pulang ke rumah lewat. 
“Awak pergi mana tadi? Sampai lambat balik rumah.”Soal Irham Zahril dengan nada yang tegas.Sejak tadi,Dahlia tidak memberitahu ke mana dia pergi.Risau juga jika pekara buruk yang terjadi kepada Dahlia.
Dahlia menelan liur.Gulp! Dia yakin,Irham Zahril kurang senang dengan dirinya pada saat ini.Mungkin disebabkan mesej yang tidak dibalas oleh Dahlia petang tadi.Berkali-kali Irham Zahril memberi pesanan ringkas kepada isterinya,namun tidak satu pun dibalas.
“Saya pergi beli barang tadi..Awak,saya minta maaf sebab tak reply text awak.Handphone saya ni,battery weak sangat...”Jelas Dahlia dengan harapan Irham Zahril tidak marah akan dirinya.
“Siapa hantar balik tadi?”Soal lelaki itu sekali lagi.
“Err..Aiman.”
Mata Irham membulat tatkala mendengar nama Aiman terkeluar dari bibir manis Dahlia.Hati bergelora dengan api kemarahan.Nafas geram dilepaskan dengan perlahan.
“Awak buat apa dengan dia tadi? Dating? huh?”
Spontan Dahlia memandang wajah Irham Zahril sesaat mendengar soalan panas lelaki itu.Hesy,mula lah tu cemburu buta dia tu!
“Hesy,mana ada dating..Saya terserempak dengan Aiman lah tadi..”Balas Dahlia acuh tak acuh.
“Hai,tak sangka budak tu berani dekat dengan awak lagi.Orang dah bagi warning pun,masih nak gatal lagi.”Ngomel Irham Zahril.Geram dengan perbuatan Aiman yang suka saja mengambil kesempatan atas isterinya.
“Apa awak cakap ni? Bagi warning kat Aiman?” Soal Dahlia bertalu-talu.Terkejut dengan apa yang didengar tadi.
“Awak tak payah nak berselindung dengan saya lah Dahlia,saya tau awak berdua suka satu sama lain kan?!”
Dahlia tercengang tanda terkejut.Mata membulat dengan kata-kata suaminya itu.Entah kenapa cemburunya kali ini lebih teruk dari biasa.Ahh,hati berharap agar perasaan cemburu Irham Zahril tidak menjadi-jadi.Ya Allah..
“Awak ni dah kenapa? Dari dulu lagi saya dah cakap yang saya dan Aiman cuma kawan aje! Tak lebih dari tu!”
“Then,explain this.”Ujar Irham Zahril seraya mengeluarkan telefon bimbitnya dari seluar poket beliau.
Setelah itu,dia menunjukkan sekeping gambar yang berada di dalam telefon bimbitnya.Dahlia yang sejak tadi bingung dengan apa yang cuba disampaikan oleh suaimnya itu,kian berdiri kaku tatkala melihat gambar di telefon bimbit Irham Zahril.Spontan bibir tercengang,dituruti dengan mata yang hampir terbeliak dengan gambar itu.
“Macam...mana..err,awak dapat gambar ni?” Berketar-ketar Dahlia menyoal kepada Irham Zahril sesaat melihat dirinya dan juga Aiman bersama di dalam gambar itu.
Entah bagaimana,suaminya mendapat gambar mereka dia juga kurang pasti.Namun,yang pasti,dia yakin gambar ini diambil secara sembunyi.Jelas kelihatan,dia dan Aiman sedang berada di sebuah restoran petang tadi.Ahh,Irham pasang spy ke? Soal Dahlia seraya mencari kepastian.
“Mana saya dapat gambar ni,tu semua tak penting.Tapi,saya percaya yang awak dan Aiman ada simpan sesuatu dari saya.”
“Apa maksud awak?”
Irham Zahril menghembuskan keluhan demi keluhan sebelum dia menjawab soalan isterinya.Darah panas mula meresap di dalam tubuhnya.“Awak ada affair dengan Aiman kan? Dari dulu lagi saya perhatikan awak,saya tau awak suka dengan Aiman!”
Kini,jawapan balas lelaki itu boleh menggegarkan suasana yang hengit itu.Dahlia seolah-olah tidak percaya bahawa sikap cemburu suaminya itu akan menjadi teruk seperti saat ini! Spontan,air mata berlinangan sesaat suaminya itu menuduhnya mempunyai hubungan sulit dengan Aiman.
“Okay,saya mengaku yang....saya..keluar dengan Aiman tapi saya...”
“Hah,jadi betulah tekaan saya selama ni.Patutlah,awak tak pernah luahkan rasa cinta terhadap saya! Selama ni,saya ingat awak dah boleh terima saya sebagai suami awak,tapi saya silap! Awak lebih sayangkan Aiman dari suami awak sendiri!!” Tidak sempat Dahlia menamatkan ayatnya,Irham Zahril terlebih dulu sudah memotong apa yang Dahlia cuba sampaikan.
“Dengar penjelasan saya dulu! Saya dengan Aiman cuma..”
“Sudah lah,Dahlia.Kalau awak sayang sangat dengan lelaki yang tak sedar diri tu,kenapa awak setuju kahwin dengan saya? Lebih baik,awak kahwin dengan Aiman tu dari saya kan?!”
“Irham!!”
Satu jeritan kuat oleh Dahlia membuat Irham Zahril terdiam kaku.Kini,tahap kesabarannya sudah di tahap yang paling tinggi sekali.Dan dia tidak mampu untuk bertahan lagi.Sakit hatinya tatkala suaminya sendiri tidak percaya akan kesetiaan dirinya.
“Saya tak sangka,cemburu buta awak,jadi teruk macam ni!Saya tak sangka,awak sanggup tuduh saya ada affair dengan Aiman! Sedangkan,saya dengan dia takda hubungan istimewa pun! Walaupun,saya tak pernah luahkan rasa cinta saya terhadap awak,saya tetap setia dan hormat awak sebagai suami saya! Dan saya setuju kahwin dengan awak sebab saya percaya,awak adalah jodoh dan kebahagiaan saya!”
Diam.
Irham Zahril yang sejak tadi meluahkan kata-kata kesat kini terdiam sesaat mendengar luahan hati isterinya itu.Hati yang bergelora dengan api kepanasan kini berubah menjadi sejuk tatkala melihat airmata isterinya mengalir satu per satu.Tiada kata yang mampu terkeluar dari bibir Irham Zahril.
“Selamat hari jadi,my husband..”
Ayat terakhir yang terkeluar dari bibir manis Dahlia sebelum dia bergegas naik ke biliknya.Tangisan air mata mengalir dengan laju sesaat dia beredar dari ruang tamu itu.Beg plastik yang dipegang sejak tadi,diberi kepada suaminya.
Sejujurnya,tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa pekara ini akan terjadi.Meskipun,hatinya sakit setelah dituduh bermacam-macam oleh Irham Zahril,Dahlia tetap kuatkan hatinya untuk memberi hadiah yang dibeli tadi.
Irham Zahril mengambil beg plastik yang diberi oleh isterinya sebelum dia berlari memasuki biliknya itu.Perasaan berdebar-debar tatkala melihat tindakan Dahlia.Tidak sangka,isterinya itu ingat akan hari lahirnya esok.
Dengan perlahan,Irham Zahril membuka kandungan yang ada di dalam beg plastik itu.Mata terpacak ke bungkusan dan nota yang disediakan untuknya.Dengan perasaan ingin tahu,Irham Zahril membuka nota yang diberi oleh Dahlia tadi.
‘Assalamualaikum awak...
Sempena hari jadi awak yang ke 29 tahun,saya nak ucapkan terima kasih atas segala yang awak dah lakukan kepada saya.Walaupun,kita berkahwin secara paksa,saya tetap percaya awak adalah jodoh yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.
Maafkan diri saya,jika selama ni saya tak pernah anggap awak sebagai suami saya dan meragui akan kesetiaan cinta awak.Maafkan saya,sebab kita terpaksa tidur berasingan.Maafkan saya,jika saya tak sempurna di mata awak..Dan maafkan saya,jika hati awak terluka akan sikap saya selama ni..
Tapi,saya dah sedar sekarang...saya percaya awak tulus mencintai saya dan terima saya seadanya.Irham Zahril,sebenarnya saya dah lama pendamkan rasa cinta saya terhadap awak..Saya dah lama jatuh cinta dekat awak..cuma setiap kali awak melafazkan cinta kepada saya,saya mula rasa ragu dengan ketulusan cinta awak...
Saya tak pernah lafazkan kata-kata cinta sebab saya takut..takut jika satu hari nanti saya akan kehilangan awak..Irham Zahril,saya tak sanggup kehilangan awak walau sesaat pun kerana sesungguhnya saya sangat cintakan diri awak..
Saya doakan agar Allah s.w.t panjangkan dan murahkan rezeki awak.Saya harap,awak suka dengan hadiah ni,cause it reminds me of the first time we met.Sebenarnya saya,suka sangat dengan minyak wangi awak pakai dulu,sebab tu saya sanggup beli yang baru ni khas untuk awak.Dan saya harap,hubungan kita sebagai suami isteri akan kekal hingga ke jannah.Amin...
I love you,Encik Irham Zahril...
Selamat ulang tahun,Abang...’
Setitik demi setitik airmata Irham Zahril jatuh dari kelopak matanya sesaat membaca surat dari Dahlia.Perasaan bersalah hinggap di hatinya.Tidak dia duga,Dahlia akan meluahkan rasa cinta yang dia ada terhadap dirinya di surat ini.
Ya Allah,apa yang aku dah buat ni? Bisik hati kecil Irham Zahril seraya mengusap wajahnya berkali-kali tanda resah.Sesungguhnya,hati ini berkecamuk dengan segala macam perasaan.Ahh,Irham! Kau terlepas peluang sekali lagi! Ya Allah...
......................
“What?! Eh,kau dah gila ke Am?!”Hampir terbeliak mata Fairuz sesaat mendengar cerita kawannya yang panas itu.
Tak sangka kawannya itu sanggup menuduh Dahlia ada hubungan sulit dengan Aiman.Jujur dia katakan,dia percaya Dahlia tidak akan berbuat demikian erana dia tahu wanita itu akan setia dengan Irham Zahril.Ahh,entah kenapa Irham sanggup menuduh isterinya begitu,dia juga kurang pasti.Yang pasti,dia yakin fikiran Irham Zahril sedang berkecamuk dengan masalah ini.
“Aku tak tau,kenapa aku sanggup tuduh dia bukan-bukan..Entahlah,setiap kali aku dengar nama Aiman,setiap kali tu lah hati aku ni rasa geram.”Ujar Irham Zahril lalu menyirup air oren jus yag dipesan tadi.
“Bro,aku tau kau ada hak nak rasa cemburu terhadap isteri kau dan Aiman...tapi,tolong lah jangan sampai sikap cemburu kau ni menghancurkan rumah tangga kau..ingat tu.”
Nasihat Fairuz membuat Irham Zahril menghela keluhan berat.Sejujurnya,dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan buat masa sekarang.Kepalanya dihantui dengan segala macam pekara yang membuat kepalanya menjadi sakit dan bingung.Semalaman dia tidak dapat tidur dengan lena disebabkan memikirkan tentang kejadian malam tadi.
Sungguh,dia tidak sangka sikapnya malam tadi membuat rumah tangga beliau hancur bederai.Dia pasti,Dahlia tidak akan mudah memaafkan dirinya.Melihat,Dahlia mengurung sepanjang hari di dalam biliknya,dia yakin wanita itu masih memarahi dirinya.Ahh,hari jadi yang sepatutnya menjadi hari bahagia,kini menjadi hari kesedihan buat dia dan Dahlia...
“Aku tak tau kalau Lia boleh maafkan aku...aku..aku tak tau apa nak buat sekarang..”Kata Irham Zahril dengan nada yang lemah.
“Sebenarnya,kau dapat gambar tu dari siapa?”Soal Fairuz mencari kepastian.
Sekali lagi,nafas berat dilepaskan lalu dia membetulkan tempat duduknya sebelum dia menjawab soalan kawannya.
“Aku dapat gambar tu dari....Wawa..”
“What?! Wawa?” Seperti biasa,Fairuz memberi reaksi terkejut kepada Irham Zahril sesaat mendengar balasan kawannya.
Irham Zahril angguk tanda betul.Sudah dia sangkakan reaksi kawannya itu akan membuat pengunjung di kafe itu memandang ke arah mereka berdua.Hesy!
“Eh,yang kau lurus bendul percaya dengan Wawa tu kenapa? Kau tau kan,dari dulu lagi dia nak hancurkan rumah tangga kau dan Dahlia..hesy,kau ni!”
“Tapi,Dahlia mengaku yang dia keluar dengan Aiman semalam..Sebab tu lah aku percaya gambar yang Wawa hantar dekat aku.”Ucap Irham Zahril seraya mengusap rambutnya tanda resah.
“Mungkin,dorang berdua terserempak ke..kau mana tau.Aku percaya isteri kau tu takkan curang dengan kau.”
“Entahlah Fairuz...mungkin ego aku terlalu tinggi..tak pernah nak dengar penjelasan Dahlia..”Ujar Irham Zahril.
Fairuz memandang wajah kawan karibnya itu.Perasaan kasihan menjamah hatinya sejak tadi,kasihan melihat Irham Zahril yang tidak tentu arah itu.Dia faham,Irham Zahril terasa tertekan dengan masalah ini.Jika bukan kerana Wawa,dia pasti rumah tangga sahabatnya tidak tergendala seperti ini.
“Bro,aku rasa lebih baik kau bincang dengan Dahlia.Aku tak nak rumah tangga korang rosak lagi macam hari tu..Cukup lah,si Erliza tu buat hal..” Nasihat Fairuz.Dia tidak mahu,apa yang terjadi tempoh hari di rumah Dato’ Zainal berulang lagi.
Mendengar cerita tentang kejadian tempoh hari dari Irham Zahril,dia yakin Erliza sebenarnya tidak waras.Sungguh,dia tidak sangka wanita itu sudah pun berkahwin.Meskipun,sudah berkahwin,Erliza masih terkejar-kejarkan sahabatnya.Entah kenapa,Erliza bersikap begitu dia juga kurang pasti.Tapi yang pasti,dia tidak mahu wanita-wanita psiko ini menghancurkan rumah tangga kawannya.
“Fairuz..thanks.Terima kasih sebab dari dulu sampai sekarang kau sudi dengar masalah hidup aku ni.Thanks bro.”Ucap Irham Zahril seraya menguntum senyman tanda terima kasih atas segala pertolongan yang diberi oleh Fairuz.
“Takda hal lah bro.Aku akan sentiasa tolong kau! Dah,sekarang ni kau balik,pujuk isteri kau tu..”
Irham Zahril hanya mengangguk tatkala mendengar kata-kata Fairuz.Lalu menghela nafas lega.Lega hatinya tatkala meluahkan segala masalahnya kepada Fairuz.Syukurlah dia mempunyai sahabat yang sentiasa ada untuknya.Jika tidak,dia pasti akan merana dengan masalah yang tidak henti-henti menjelma di dalam hidupnya.
Ya Allah...kau kuatkan hatiku ini untuk menghadapi segala dugaan yang kau beri kepadaku.... 
0 notes
Text
Bab 44
Nafas geram dilepaskan oleh Irham Zahril sesaat dia mendapat berita dari Puan Marinah.Telefon bimbit dimatikan setelah mendapat panggilan dari ibunya.Lalu,tangan digenggam dengan erat seolah-olah dia ingin menumbuk seseorang.Cepat-cepat dia melangkah keluar dari bilik kerja.Perasaan amarah mula meluap-luap di dadanya.
“Dahlia,ikut saya!” 
Dahlia yang sejak tadi sedang fokus membuat kerjanya terkejut akan kelakuan suaminya itu.Entah apa moodnya hari ini dia juga kurang pasti.Yang pasti,suaminya itu bagaikan harimau bengis yang bila-bila masa akan memakan dirinya! Sungguh ngeri!
Tanpa berfikiran panjang,dia mencapai beg tangannya lalu bergegas mengikut Irham Zahril dari belakang.Pelik juga dengan sikap suaminya itu.Setahu dia,hari ini mereka tidak mempunyai temujanji dengan klient.Ada pekara penting kah selain hal kerja? Kalau tidak,kenapa Irham Zahril kelihatan marah saja? Ah,pening kepala memikirkan hal ni!
“Awak,kita nak pergi mana ni?” Soal Dahlia terpinga-pinga setibanya mereka memasuki perut kereta itu.
“Rumah parents saya.”
Gulp! Rumah mama dan papa? Terkejut Dahlia mendengar jawapan Irham Zahril.Sudah lama mereka tidak ke sana dan kenapa sekarang mereka tergesa-gesa ingin ke sana? Ahh,ini mesti ada hal penting!
“Kenapa? Mama tak sihat ke?” Soal Dahlia sekali kali mencari kepastian.
“Tak.Mama sihat,cuma ada pekara penting yang perlu kita selesaikan.” Balas Irham Zahril dengan nada yang agak serius.
Dahlia mengangguk tanda faham.
Meskipun dia kurang jelas dengan apa yang dikatakan oleh Irham Zahril,dia tidak berani untuk bertanya soalan lagi.Takut jika mood Irham Zahril semakin teruk.Biarlah,dia melihat sendiri apa yang sebenarnya mereka ingin selesaikan nanti.Hati berharap sangat tiada pekara serius yang terjadi!
......................
Setibanya mereka di perkarangan rumah Dato’ Zainal,hati Dahlia semakin berdebar-debar.Entah kenapa sejak tadi hatinya seolah-olah tidak keruan tatkala melihat wajah Irham Zahril yang serius itu.Pekara apa yang terlalu penting sehingga dia berkelakauan sebegitu?
Dengan segera,mereka memasuki rumah Dato’ Zainal dengan hati yang berat.Nafas keluhan dilepaskan sebelum Dahlia menjejak kainya ke dalam rumah itu agar dia kelihatan tenang.
“Aunty,uncle..Liza tak boleh hidup tanpa Am..Aunty tolong lah...Liza..”
“Erliza!” 
Serta-merta semua kepala di ruang tamu itu menoleh ke arah Irham Zahril sesaat mendengar jeritan lelaki itu.Dahlia hampir terkejut dengan tindakan suaminya itu.Mata pula beralih ke arah Erliza yang berada di sebelah Puan Marinah.Ahh,jadi ini lah pekara penting yang harus diselesaikan? Ahh!
Dada Dahlia berombak-ombak dengan api kemarahan tatkala melihat Erliza di depan matanya.Geram sungguh apabila matanya terpaksa bertemu dengan wanita itu! Apa lagi yang dia inginkan dari keluarganya? Tak cukup kah,dia memalukan Irham lagi? Dengus Dahlia seraya mengigit bibirnya tanda geram.
“Eh,you buat apa kat sini huh?!” Soal Irham Zahril dengan nada yang agak tinggi.
“Hmm,bagus lah kalau you ada kat sini Am.I sebenarnya nak cakap something dengan you.”Ujar Erliza seraya bangkit dari tempat duduknya.Lalu mendekati Irham Zahril.
“Apa lagi you nak dari i? Tak cukup ke selama ni you dah malukan kita semua?” 
“Am,im sorry about what i did in the past.Tapi,i dah berubah..dan i sanggup jadi isteri kedua you..i sanggup!”
“Stop it !” 
Sekilas Dahlia menoleh ke arah Erliza sesaat mendengar kata-katanya.Gulp! Isteri kedua?! Berani benar Erliza berkata begitu di depan Puan Marinah dan juga Dato’ Zainal.Hatinya kini,seolah-olah disiram dengan api kepanasan.
“Liza..aunty dan uncle bukan nak halang kamu kahwin dengan Irham.Tapi,kamu sendiri tahukan yang Am ni dah kawhin.Jadi,aunty harap Liza faham dengan situasi Am sekarang.” Kini Puan Marinah pula yang bersuara.
Dia tidak sanggup melihat keadaan rumit ini semakin lama semakin teruk.Memang benar,dia telah menelefon anaknya untuk datang ke rumah kerana Erliza.Hati dan perasaannya tidak sanggup lagi ingin mendengar rayuan dan pujukan Erliza itu.Dia takut,takut jika wanita itu terus berkeras hati nanti.
Biarlah,mereka menyelesaikan pekara ini secepat mungkin.Dia tidak mahu,Erliza menganggu rumah tangga anak dan menantunya.Bimbang jika Dahlia berfikiran negatif terhadap Erliza.Maklumlah,siapa-siapa yang tahu kisah Irham Zahril dan Erliza pasti akan merasa cemburu.
“Liza sangat cintakan Am aunty..Liza nak sangat kahwin dengan Am..”Erliza merayu sekali kali.Kini,airmata menderas laju ke pipinya.
Meskipun,airmata yang mengalir itu hanya lah lakonan semata-mata,ia tetap kelihatan natural.Ini semua demi impiannya untuk memiliki Irham Zahril.Dia yakin,dengan cara merayu begini,dia akan mendapat lelaki itu.Ah,hati mula berharap agar Puan Marinah dan Dato’ Zainal bersimpati atas dirinya ini.
“Enough Erliza! I takkan kahwin dengan you! Hati dan jiwa i hanya lah untuk Dahlia.Bukan untuk you!” 
Spontan tangan Irham Zahril memeluk bahu Dahlia yang sejak tadi terdiam kaku melihat pertelingkahan yang berlaku di depan matanya.Semua ini berlaku dengan pantas.Lalu,mata Dahlia menoleh ke arah Irham Zahril.Kini,dia amat yakin bahawa lelaki itu mencintai dirinya.Tidak dapat dinafikan bahawa kata-kata Irham Zahril amat ikhlas sehingga membuat dia yakin akan cinta yang diberi oleh lelaki itu.
“Kalau i tau,you akan ganggu hidup i and my family,dah lama i heret you kat penjara! Kalau bukan sebab sikap simpati i terhadap you,you takkan ada kat sini lah!” 
“Please,i merayu kat you..terima lah i sebagai isteri you..”Erliza mendekati tubuh Irham Zahril seraya merayu kepadanya.
“Erliza binte Suhami!”
Kini,kedengaran suara garau seseorang memanggil nama Erliza.Spontan kepala menoleh ke arah pintu rumah Dato’ Zainal.Masing-masing memberi reaksi terpinga-pinga dengan kedatangan seorang lelaki.
Erliza pula kelihatan terbeliak melihat seorang lelaki yang dia amat kenali.Segugus debaran mula berkoncang di dalam dadanya.Lalu,dia menelan liur tanda terkejut,gementar dan takut.Izuan? Apa dia buat kat sini? Dan macam mana dia tahu aku kat sini? Bertalu-talu soalan Erliza sesaat melihat suaminya berada di depan matanya.
“Erm,maaf..encik ni siapa? Encik kenal ke Erliza ni?” Tanya Dato’ Zainal.Pelik juga dengan kehadiran lelaki itu.Tiba-tiba saja serbu rumah beliau.Hesy!
“Saya Izuan.Saya suami kepada Erliza...”
Dan tatkala pengakuan yang diucapkan oleh Izuan,masing-masing memberi reaksi terkejut.Hampir terbeliak mata mereka mendengar pengakuan yang tidak pernah mereka sangkakan.Pengakuan yang membuat Irham Zahril tercengang kerana terlalu terkejut.
Hati seolah-olah terhenti buat seketika.Otaknya pula dipenuhi dengan perlbagai macam soalan.Hanya Allah saja yang tahu perasaan Irham Zahril pada saat itu.Ya Allah..kau kuatkan hatiku ini!
....................
“Saya minta maaf kepada uncle sekeluarga...especially Irham dan juga Dahlia.Saya nak minta maaf atas sikap Erliza yang dah melampau ni..”Ucap Izuan dengan nada yang serba salah.Lalu mata menoleh ke arah Erliza dengan renungan tajam.
“Izuan,apa sebenarnya yang terjadi? Macam mana dan bila masa kamu berdua berkahwin?”Soal Dato’ Zainal.
Izuan menghembus nafasnya dengan perlahan sebelum dia menjelaskan pekara yang sebenar kepada mereka.Memang benar,isterinya sudah melebihi batas.Dia tidak sangka Erliza sanggup merayu kepada Puan Mariinah dan Dato’ Zainal untuk berkahwin dengan Irham Zahril.Meskipun,dirinya itu sudah digelar isteri.
“Sebenarnya,selepas Erliza putuskan tunang dia dengan Irham,kita berdua berkahwin dekat Australia dan kita juga tinggal kat situ..Saya dan Erliza memang dah lama berkawan.Kita kahwin kat Aussie pun secara senyap-senyap.Tak ramai yang tau tentang perkahwinan kita..”
Kesemua telinga fokus mendengar penjelasan Izuan.Irham Zahril yang sejak tadi berombak-ombak dengan api kemarahan,kini dihantui pula dengan perasaan hairan dan juga pelik.Pelik dengan kelakuan Erliza.Kenapa dia ingin terkejar-kejarkan dirinya jika dia mempunyai Izuan? 
“Dah 4 tahun kita berkahwin..tapi,dalam masa 4 tahun itu lah kita selalu bertengkar,berselisihan faham,gaduh...ada aje yang tak kena dengan rumah tangga kita..Dan pada satu hari,Erliza minta saya lepaskan dia..”Sambung Izuan lalu meraup wajahnya berkali-kali.
“Habis tu,kenapa korang berdua berkahwin?” Soal Irham Zahril dengan nada yang tidak puas hati.
“Mungkin,kita terlalu tergesa-gesa dengan hubungan kita ni..Aku,ingat bila kita kahwin nanti,kita akan hidup bahagia..Tapi,kau tengok lah..isteri ke mana,suami pun ke mana..Semuanya tak tentu arah..”Jelas Izuan lalu menuduk kepalanya tanda malu.
“Aunty,uncle..memang betul apa yang Izuan cakap..Liza buat semua ni sebab Liza cintakan Irham!”Ujar Erliza dengan bersungguh-sungguh.
Mata menoleh ke arah suaminya.Sungguh,dia amat geram dan marah terhadap Izuan! Tidak sangka Izuan akan datang mencarinya di sini.Memang benar,perkahwinan mereka seolah-olah tiada jalan selesainya.Selama ini,dia tidak pernah gembira hidup bersama Izuan.Dan disebab itu lah dia balik ke sini untuk memiliki Irham Zahril kembali.Namun,dengan kehadiran suaminya,mungkin ia akan merosak rancangannya itu.Ahh,rosak saja plan aku! Dengus Erliza lalu mengetap bibir tanda geram.
Kini,dia tidak kisah lagi jika rahsianya terhadap perkahwinannya ini akan terbongkar.Sesungguhnya,dalam akal fikirannya hanya ada nama Irham Zahril.Lelaki itu sentiasa di fikirannya tidak kira masa dan tempat.Biarlah,dia merayu sehingga dia mendapat apa yang dia mahu selama ini!
“Erliza,kamu sedar tak kamu ni dah ada suami? Tak baik kamu buat macam ni,berdosa!” Tegas Puan Marinah.Mungkin tahap kesabarannya sudah ditahap paling tinggi.Cukuplah dia mempunyai Dahlia sebagai menantunya.
“Tapi aunty..”
“Erliza! You tak tau malu ke? You ni,isteri i.So please,jangan buat pekara bodoh okay!” Ujar Izuan dengan nada yang tegas lalu mencapai tangan isterinya.
“Bro,i’m so sorry.Aku harap lepas ni Erliza tak ganggu korang berdua lagi..Aku janji,aku akan bawa Erliza balik ke Aussie.Aunty,uncle saya minta maaf sekali lagi..And Dahlia,saya harap awak tak kecil hati dengan sikap Erliza..saya minta maaf..”Sambung Izuan seraya bangkit dari tempat duduknya.Tangan masih mengenggam lengan Erliza agar dia ikut pulang bersama.
“Erm,tak apa Izuan.Saya dah lama maafkan Erliza..” Ringkas jawapan Dahlia kepada Izuan.
Mungkin hatinya akan lebih tenang jika dia memaafkan segala kesalahan wanita itu.Tidak guna jika dia menghukum Erliza.Sesungguhnya dia tidak mempunyai hak terhadap bab hukum-menghukum ini.Mungkin,sebagai manusia biasa,dia hanya mampu memaafkan semua kesilapan sesorang itu dengan seikhlas hatinya.
“Izuan,please make sure Erliza tak ganggu hidup kita lagi.Aku tak nak,dia ganggu rumah tangga aku dan Dahlia.And,tolong settlekan rumah tangga kau juga.Aku tak nak tengok korang berdua cerai-berai..”Pesan Irham Zahril sebelum Izuan dan Erliza beredar dari rumah Dato’ Zainal.
Izuan hanya mengangguk tanda faham.Dia janji dia tidak akan lepaskan Erliza begitu saja.Dia ingin memperbaiki rumah tangga beliau yang sudah lama rosak.Sejujurnya,hati dan jiwanya masih menyayangi Erliza.
“Please,Irham takda ke ruang untuk i dalam hati you? I tak nak hidup dengan Izuan! Lepaskan i!” Sekali lagi,Erliza bertanya kepada Irham Zahril.Dia cuba untuk melepaskan genggaman Izuan,namun dia gagal.
“Nope.My heart is for my one and only wife,Dahlia.I dah taknak tengok muka you kat sini lagi.Lebih baik you save your marriage daripada you rosakkan marriage i dan Dahlia.” Balas Irham Zahril lalu menoleh ke arah Dahlia.
Erliza mendengus tanda geram.Rancangannya untuk mendapat Irham Zahril kembali gagal dan hancur! Jika bukan kerana Izuan,sudah pasti dia akan memiliki lelaki itu.Hesy!!
“Argh! I hate you Dahlia!!” 
Kata-kata terakhir yang terkeluar dari mulut Erliza sebelum mereka menjejak kaki keluar dari rumah itu.Terkilan dan agak terkejut dengan apa yang dengar dari Erliza.Dahlia tetap kelihatan tenang.Dia faham akan perasaan Erliza,dia faham jika wanita itu benci akan dirinya.Biarlah,wanita itu membenci dirinya,sesungguhnya dia hanya mampu berdoa agar Tuhan mampu memberi dia kekuatan untuk menghadapi semua ini.
Setelah kelibat Erliza dan Izuan hilang di mata Irham Zahril,lelaki itu memandang wajah isterinya dengan penuh kasih sayang.Meskipun,wanita itu dihina,dimaki dan dikutuk oleh Erliza,dia sangat kagum dengan Dahlia.Kagum kerana,isterinya itu kuat dan tabah dengan ujian yang datang berganda-ganda.Tidak sedikit pun,kata-kata sinis yang terkeluar dari bibir manis isterinya itu tatkala Erliza melontarkan kata-kata kesat kepadanya.
Syukurlah,masalah Erliza sudah pun diselesaikan.Meskipun bukan seratus peratus,namun dia tetap lega kerana wanita itu tidak akan lagi menganggu dirinya dan juga Dahlia.Cukuplah apa yang terjadi sebelum ini,dia letih ingin melayan perangai buruk wanita itu.
Sesungguhnya isterinya itu sangat penyabar.Hati pula berasa serba salah kerana Dahlia lah yang terpaksa menangung semua ini.Meskipun bukan salah Dahlia,wanita itu tetap dipersalahkan oleh Erliza.Jujur dia katakan,Dahlia adalah permata kaca yang dia tidak mampu kehilangan.
Biarpun seribu gadis merayu kepadanya,hatinya tetap memilih Dahlia Arissa..
..................
Sudah hampir sejam Dahlia merantau pusat membeli-belah itu.Sejam dia menjejak kaki ke setiap gedung kedai yang ada di pusat membeli-belah itu.Tetapi,dalam sejam itu lah dia tidak mendapat barang yang dia inginkan.Hembusan nafas dilepaskan,penat juga berjalan-jalan dari tadi.Boleh tercabut kakinya itu!
Dengan perlahan,dia melabuhkan pingangnya ke bangku yang telah disediakan.Mujurlah ada tempat duduk untuk dia berehat.Dapat juga lah dia mencari idea untuk membelikan hadiah untuk Irham Zahril sempena hari jadinya esok.
Sebenarnya,tujuan dia ke pusat membeli-belah adalah untuk mencari hadiah yang sesuai untuk suaminya itu.Namun sejak tadi,tiada barang yang memikat hatinya langsung.Entah lah,mungkin dia takut jika suaminya itu tidak suka akan hadiah yang diberi nanti.Hesy!
“Assalamualaikum,Dahlia..”
Lamunan Dahlia terhenti buat seketika tatkala suara garau seseorang kedengaran.Spontan kepala Dahlia menoleh ke arah suara tersebut.
“Walaikumussalam,Aiman.Awak buat apa kat sini?”Soal Dahlia sesaat melihat Aiman.
“Saya beli barang sikit tadi.Lepas tu saya ternampak awak,termenung jauh dekat sini.Hmm,mana buah hati awak tu?” Balas Aiman seraya mata mencari kelibat Irham Zahril.
Dahlia tersenyum malu tatkala mendengar kata-kata Aiman.Buah hati? Maksud Aiman,Irham? 
“Erm,Irham ada hal kat pejabat.”
Mujurlah,Irham Zahril mempunyai mesyuarat penting di pejabat.Dapat lah dia mencari hadiah untuk suaminya petang ini.Jika tidak,hancur lah rancangannya nanti! 
Aiman hanya mengangguk tanda faham.Hati mula berdebar-debar tatkala melihat Dahlia setelah sekian lama wanita itu menghilangkan diri.Sejak amaran yang diberi oleh Irham Zahril tempoh hari,Aiman cuba sedaya upaya beliau untuk menjauhkan dirinya dari Dahlia.Takut,jika Irham Zahril menuduhnya sebagai lelaki yang merampas isteri orang.Hesy!
“Errr..Aiman,awak free tak hari ni?” Soalan Dahlia membuat Aiman terpinga-pinga.
“Free kot..kenapa ya?” 
“Err,awak boleh teman saya tak?”
Aiman menelan liur tanda terkejut.Teman Dahlia? Ke mana? dan kenapa dia perlu temankan Dahlia? Bertalu-talu soalan yang menjelma di dalam fikiran lelaki itu.
“Tapi,nak pergi mana Dahlia?” Soal Aiman mencari kepastian.
“Teman saya carikan birthday present untuk Irham.Boleh? Sebenarnya,saya tak tau nak belikan apa untuk Irham tu..yelah,saya mana lah tau lelaki suka hadiah macam mana...”
“Err..saya sebenarnya..”
“Alah,boleh lah Aiman...saya betul-betul tak tau nak beli apa ni..Otak saya ni macam nak pecah tau fikir pasal hadiah Irham! Please,Aiman...” 
Belum sempat Aiman mencari alasan untuk mengelak permintaan Dahlia,wanita itu pantas merayu kepadanya.Perasaan berbelah bagi mula meresap ke dalam hatinya.Kalau diikutkan hati,ingin saja dia lari dari tempat itu dan meninggalkan Dahlia di situ.Namun,separuh lagi hatinya terasa amat berat untuk mengelak permintaan wanita comel itu.
Maklumlah,kasihan melihat Dahlia yang kelihatan letih dan buntu untuk memikirkan tentang hadiah untuk suaminya itu.Hai,Irham..Irham..untung kau dapat isteri yang baik dan comel ni..Bisik hati kecil Aiman seraya memandang wajah Dahlia yang putih berseri itu.
“Please,Aiman...”
Aiman menghela nafas berat sebelum memberi jawapannya.Sedikit keluhan yang terkandung dalam nafasnya.
“Hmm...alright.Saya temankan awak..Tapi,ada satu syarat!”
Bibir Dahlia yang sedang menguntum senyuman serta-merta bertukar menjad murung.Syarat? Syarat apa yang diberi oleh Aiman?
“Awak kena belanja saya makan! Deal?” Sambung Aiman lalu mengangkat keningnya lalu menguntum senyuman nipis.
“Alah,awak jangan risau lah.Nanti saya belanja ya? Dah,jom!” Ujar Dahlia lalu bangkit dari bangku yang disediakan di tempat itu.
Aiman hanya tersenyum melihat gelagat comel Dahlia.Sungguh,hatinya mula merindu detik-detik memori bersama wanita itu.Sudah lama dia mengidamkan suasana seperti ini.Ahh,jika dia meluahkan perasaanya terlebih dulu daripada Irham Zahril,sudah pasti dia akan mendapat wanita itu.Namun,semuanya sudah terlambat untuk memiliki wajah manis itu.
Hesy,Dahlia...Dahlia...
.................
Setelah sejam berada di perut kereta Aiman,akhirnya mereka sampai di perkarangan rumah Dahlia.Spontan bibir Dahlia menguntum senyuman tatkala mereka selamat sampai di rumahnya.Sebenarnya,dia tidak mahu menyusahkan lelaki itu untuk menghantarnya pulang,namun rayuan Aiman membuat Dahlia berasa serba salah untuk menolak ajakan beliau.
Penat juga mereka mencari hadiah hari jadi untuk Irham Zahril.Mujurlah,ada Aiman yang sedia menolong Dahlia.Setelah berjam-jam mencari hadiah yang sesuai untuk Irham Zahril,akhirnya mereka jumpa juga hadiah yang dicari selama ini! 
“Aiman,thanks sebab hantar saya balik and teman saya cari hadiah Irham...susahkan awak aje kan..”Ucap Dahlia seraya membuka tali pingang keledarnya.
“Takda hal lah,saya buat ni semua pun sebab awak..”
“Err,sebab saya?Maksud awak?” Dahlia menelan liur tatkala mendengar apa yang dikatakan oleh Aiman.Dia buat semua ni sebab aku? 
“Eh,tak..masuk saya sebab awak kan kawan saya,Irham pun kawan saya juga..Jadi,saya ikhlas lah nak tolong awak.”
Cepat-cepat Aiman mencari alasan agar perasaannya terhadap Dahlia tidak kantoi.Ahh,hampir sahaja mulutnya ini melafazkan kata-kata cinta.Aduh,Aiman! Dia ni isteri orang!
“Terima kasih sekali lagi,Aiman! Ermm,dah lewat ni saya masuk dalam dulu ya?” 
Aiman hanya membalas dengan senyuman lalu mata memandang Dahlia yang melangkah keluar dari keretanya.Mungkin hatinya kini terasa berbelah bagi kerana selepas ini,dia tidak tahu bila lagi dia akan merasa pekara sebegini sekali lagi.Mungkin,tidak lagi? Hanya Allah saja yang tau betapa dia akan merindui saat-saat manis begini.
“Dahlia..”
Langkah Dahlia terhenti buat seketika tatkala Aiman memanggil namanya.Spontan kepala memandang Aiman yang kelihatan serius itu.Hati mula berdebar-debar melihat wajah lelaki itu.
“Err,ada apa Aiman?”
“Erm....”
“Errr,saya...”
“Awak ada masalah ke?” Soal Dahlia seraya mencari kepastian.Melihat Aiman yang sedang gugup,dia pasti lelaki itu mempunyai masalah.
“Err tak...Saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi belanja saya makan tadi.Kenyang perut saya ni! Thanks ya?” Ujar Aiman lalu menguntum senyuman nipis kepada Dahlia.
Sejujurnya,otaknya dipenuhi dengan segala macam pekara yang ingin dia luahkan kepada Dahlia.Namun hati sering menghentikan bibirnya dari meluahkan segala kata-kata itu.Mungkin dia rela menyimpan perasaannya terhadap wanita itu di hatinya.Dia tidak mahu,sesiapa pun yang tahu betapa hatinya ini mencintai wanita yang bernama Dahlia Arissa.
Dahlia menguntum senyuman nipis kepada Aiman tatkala mendengar kata-katanya.Nafas lega dilepaskan.Syukurlah,tiada pekara serius yang ingin disampaikan oleh Aiman.
“No worries Aiman..Drive kereta elok-elok tau! Assalamualaikum..” Balas Dahlia sebelum dia beredar dari pandangan Aiman.
Aiman hanya membalas dengan senyuman.Senyuman yang mungkin tidak dapat dilihat sewaktu dia bersama wanita itu.Hesy,Aiman...sampai bila lah kau nak simpan rasa cinta ni kat isteri orang? Dosa besar tau! Dengus Aiman lalu mengusap wajahnya tanda resah.
Mencintai seseorang yang bukan milik kita,pekara yang amat menyakitkan.Lebih-lebih lagi,jika kita ingin melupakan seseorang itu....amat sukar..sungguh sukar...
0 notes