Tumgik
banana-caramel-blog · 5 years
Text
Wedding
Sampailah sekarang, aku masih tak percaya aku dah berkahwin dengan seorang lelaki yang karakter dan kasihnya, aku idamkan dari kecil. Itu adalah salah satu dari nikmat yang besar untuk seorang wanita, dijodohkan dengan seorang lelaki yang baik. Termakbul doa aku agar Allah SWT hantarkan seorang lelaki yang dapat menyayangi aku seperti Papa. Tapi aku tetap terus berdoa supaya aku akan selamanya menjadi seorang isteri yang baik kepada KJ dan dikekalkan kebahagiaan kami seperti awal percintaan hingga ke akhir hayat. Amin!
Bila waktu seorang anak menghadapi fasa perkahwinan tiba, ibu bapa mana yang tak risau bila nak lepaskan anak kepada orang lain. Ibu bapa, malah anak tu pun tak tahu setakat mana kasih sayang yang akan dicurahkan oleh orang baru. Masa mula aku bagitahu Papa dan Mama yang KJ nak datang merisik, agak sukar untuk Mama terima. Dia risau dan menangis. Perlu masa yang lama untuk kami berjaya pujuk dia. Papa? Papa onz. Lama kelamaan, Mama mula boleh adapt dan Mama seronok pergi Jakel dan jumpa wedding planner berkali-kali :P
Orang kata, tak perlu merisik atau bertunang. Terus je bernikah dan kenduri. Pada pendapat aku, tak salah pun merisik dan bertunang. Seeloknya, buat biasa biasa je. Tak perlu terlalu formal sampai keluarkan modal dengan banyak. Cukuplah sekadar mengikatkan sebuah perhubungan yang bakal dikahwinkan dan memperkenalkan keluarga si perempuan dengan keluarga si lelaki. Fasa pertunangan ni, bukan je kita dapat kenal dengan bakal pasangan dengan lebih rapat, malah dengan keluarga pasangan sekali. Dari ikatan ni lah kita dapat buat keputusan berserta dengan pendapat orang tua kita.
Mama dan Papa paling bersyukur dan berasa lega sebab aku dikurniakan family mertua yang sangat baik dan KJ jaga aku macam nyawa sendiri. Kasih sayang KJ kepada family aku, tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Mama dan papa dikasihi dan dihormati seperti ibu bapa sendiri. Mama dan papa pun mengasihi KJ seperti anak sendiri. Adik-adik aku macam ada abang. Ada je nak mengusik, ada je topik nak bersembang dan perbezaan umur (10,13 tahun) tak pernah terasa. That’s how close the bonds are.
Dalam pos ni, aku tak nak sentuh bab budget sebab itu benda yang sangat subjektif dan semua orang ada budget tersendiri. Aku just nak share macam mana aku prepare untuk majlis dan macam mana majlis aku berlansung. It maybe give you some ideas for your majlis soon.
Merisik dan bertunang
27 Ogos 2016 adalah tarikh pertunangan aku dan KJ. Kami tak pilih tarikh ni atas sebab yang special, tapi sebab tarikh tu available untuk semua family member ambil cuti.
Family aku dan family maksu aku je yang ada. KJ pula bawa tok, parents, siblings, in laws dan baby baby diorang je. Simple kan. Sebab among ni je yang penting untuk berjumpa.
Dari pihak kami, kami hadiahkan dua bakul berisi buah-buahan dan cookies kepada pihak KJ. Diorang pula hadiahkan kek Secret Recipe dan buah-buahan sebagai buah tangan kpd kami.
Jamuan pula, Papa terlebih order sampai untuk 50 orang makan, sedangkan ada 30 orang je dalam majlis. Ada 3 orang kawan aku datang lepas majlis habis. Diorang pun bedal lauk banyak2. So kami pun makan yang lebih tu waktu malam. Cukup lah, senang cerita.
Masa ice breaking session between the families, aku tak turun lagi ke ruang tamu. Dah lama sikit tu bila Papa nak kenalkan aku dan time for the sarung cincin session pula, baru aku turun. Tangan serupa Parkinson mengetar! Aku pergi interview kerja pun relax lagi. Itu lah first time aku jumpa dengan family KJ.
Tak ada pelamin pun sebab aku sendiri tak nak. Aku suka simple dan tak heavy. Aku lebih pentingkan perkenalan antara family dan penyarungan cincin sebab aku teringin pula pakai cincin. Kehkeh.
Dalam majlis tu, Papa mewakilkan sendiri family aku dan Abah mewakilkan family KJ. Pasal dulang, duit hantaran, mas kahwin dan  tarikh pernikahan, aku, Papa dan KJ dah bincang sebelum majlis, tinggal nak sebut dalam majlis je bagi jelas. So, majlis berjalan dengan steady.
Pertunangan aku dan KJ diikat selama 5 bulan sahaja. Dalam masa 5 bulan tu, Alhamdulillah sangat sebab tak ada salah faham langsung antara kami berdua dan keluarga. KJ sangat easy going bila nak buat satu keputusan. Mungkin persamaan tu ada antara kami dan buatkan semua masalah atau pilihan boleh buat dan bincang sama sama.
Persiapan dan Majlis
So what will be the first on the wedding checklist? Semestinya “Settlekan kursus kahwin dan borang nikah”. Dua tiga hari lepas bertunang, aku terus ambil kursus kahwin di Perak. KJ pula nuun jauh di Perlis. Aku memang lone ranger sepanjang kursus, tapi takpe. Settle je bab kursus kahwin, kami terus siapkan hal yang berkait dengan pejabat agama dan kadi akhir sekali. Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik. Part jumpa tok kadi paling risau sebab tarikh kahwin dan takut kalau ada yang tak lengkap di borang pernikahan. Tok kadi tu buka buku, siap buka page baru dan tulis 2017 besar besar. Rupanya, aku yang terawal book tarikh bernikah untuk tahun 2017. Fuh! Bila dah settle hal kursus dan borang nikah, barulah segala persiapan bermula!
Papa ialah sponsorship dan mama pula sebagai penasihat utama untuk majlis aku. Untuk mengelakkan serabut di kepala, kami pilih pakej perkahwinan yang disediakan dari A sampai Z oleh Fitri Sense. Tapi tak termasuk gubahan hantaran, bunga tangan, doorgift dan inai. Sebab aku teringin sangat nak cari / buat sendiri semua tu. Dan lagi sekali, kami adalah orang yang terawal book tarikh nikah dan kenduri untuk tahun 2017.
Untuk doorgift, aku cari di facebook je. Mini wine glass with potpourri in it, buku yaasin mini dan beg. Murah tak murah, mahal tak mahal, cantik dan comel je. Ada kata buku yaasin tu tetamu dah ada banyak sebab memang kebiasaan kan jadi doorgift. Pada aku, buku yaasin tak akan ada orang buang. Mungkin satu hari nanti, sejauh mana pun buku tu dah pergi, akan ada orang baca dan pahala tu yang membantu kami di akhirat nanti. Tak rugi dunia akhirat! ;)
Dari zaman belajar dah berfantasi nak inai berbunga bunga kalau kahwin nanti. Bila tengok pula ada yang celup je inai dah nampak manis tangan, terus cancel dengan angan-angan dulu tu. So, malam sebelum bernikah, bersanding dan bertandang, aku celup sendiri jari jemariku tanpa bantuan siapa siapa!
Gubahan hantaran dua pihak dengan tangan dan idea sendiri memang impian aku dan satu bonus, tak perlu dah risau kalau tak puas hati dgn hasil orang lain. So aku buat dalam masa 2 hari sebab 7 berbalas 5 je! Tambahan, kos untuk gubahan pun boleh dikurangkan sebab gubah sendiri walaupun bahan menghias beli sendiri tau!
Untuk kad kahwin, aku dan KJ tempah di Shah Alam. Best sangat kad kahwin dia sebab ada banyak choice yang modern. Harga pun berbaloi sebab kami dapat extra dalam 200 keping macam tu, ada banner dan petunjuk arah juga dalam pakej kami. So, dalam kad kahwin aku, aku memang request untuk tak letak map. Aku letak alamat yang lengkap siap coordinate lagi memandangkan orang sekarang pakai waze / google map. Ada juga kawan Papa yang minta map tapi itu pm tepi lah.
Disebabkan aku gilakan warna yang lembut, kami pilih gabungan warna pastel sebagai warna tema perkahwinan. Dan disebabkan terlalu susah untuk cari di butik ciri-ciri, warna dan harga berpatutan untuk baju nikah aku dan KJ, kami pun bercadang untuk beli kain dan lace di Jakel dengan Fitri Sense dan minta Fitri Sense alter mengikut citarasa aku dan KJ. Baju ni juga kami pakai masa bertandang di Perlis! Sewa crown, keris dan tengkolok je. Untuk dress bersanding, aku mengharapkan ada dress warna pink pastel yang sesuai di butik Fitri Sense. Kebetulan Fitri Sense memang nak reka dress pink pastel dan rezeki aku yang dress tu memang cantik sangat bila Fitri Sense lakar. Lepas dah bab baju kahwin! Kalau cantik tapi wedding planner tak boleh alter size, tak boleh juga! Kalau size elok untuk kita tapi warna tak best, pun susah. Alhamdulillah, Allah SWT mudahkan! Bila dah confirm warna baju pengantin, barulah family kita boleh beli baju warna yang bersesuaian.
Untuk bunga tangan, aku pilih bunga sendiri yang berwarna pastel dan minta Thow Lee Garden tolong gubahkan. Kedai tu expert dengan gubahan bunga plastik. Bukan bunga plastik biasa biasa, memang berkualiti dan cantik seiras bunga betul. Bunga tangan aku tu memang aku simpan buat hiasan di rumah sebagai tanda kenangan kami. Untuk majlis bersanding dan bertandang, aku buat sendiri flower pin untuk family member pakai instead of badge bulat yang selalu kita tengok tu. Flower pin tu memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi bila nak buat. Halus sangat! But i love it!
Makanan, kami pilih menu yang terbaik dan pelbagai sebagai tanda appreciation kepada tetamu yang datang! Terharu sangat ada yang datang dari jauh untuk meraikan hari kebahagiaan kami. Malangnya, aku tak dapat huraikan pasal makanan sebab tak sempat nak menjenguk macam mana. Tapi dari apa yang family aku cerita, makanan habis cukup masa dengan akhirnya kenduri! Alhamdulillah, Allah permudahkan, caterer tu memang prepare awal lauk yang lebih untuk kami walaupun dia memang dah spare lauk lebih masa majlis. Mana tak habisnya, ingatkan tetamu tak ramai! Rupanya tuuudiaaaa. Fitri Sense pun ada sekali masa majlis, dia kata tetamu tak putus dari awal sampai akhir, tak ada gap!
My wedding cake was the best! Memang sedap sangat cake red velvet. Mama memang request nak cake design macam tu. Sebelum tetamu habiskan cake sampai licin, kami terus simpan dalam fridge sebab tuan rumah tak makan lagi hehehe. Raja dan permaisuri sehari pula sempat makan sesuap dua je untuk photoshoot.
Untuk pengantin perempuan, make up adalah perkara yang paling menggerunkan! Kalau make up tak kena di muka, renyuklah hati si pengantin sepanjang majlis. Alhamdulillah, make up aku tak ada masalah sebab MUA tu memang kawan Mama dan hasil kerja dia memang tip top, jadi lepaslah benda paling besar bagi aku. Sebelum bernikah, aku ada ambil dua kelas make up. Nak tahu sebab apa? Sebab aku plan untuk make up sendiri bila bertandang! Uii tak berani sangat sangat nak ambil MUA di Perlis sebab tak tahu hasil macam mana. Alhamdulillah, aku dapat make up dengan elok masa di Perlis! Yeay!
Majlis Pernikahan : 27 Januari 2017 (2:00 ptg)
Majlis Bersanding : 28 Januari 2017 (11.00 pg – 6ptg)
Majlis Bertandang : 12 Februari 2017
Kebiasaannya, sehari sebelum majlis, rumah pengantin akan penuh dengan sanak saudara dan sana sini budak-budak berlari. Tapi bukan di rumah kami. Sampaikan Fitri Sense dan krew kata rumah kami paling senang buat kerja sebab tak ada siapa siapa pun di rumah selain aku, adik-adik dan papa mama. Sebabnya, family kami tak besar pun. Saudara yang datang masa pagi majlis nikah, berehat bermalam di hotel, esok tu datang kenduri, dan balik. Kami memang settlekan semua benda sendiri sebelum majlis to make sure saudara lain tak buat kerja but enjoy the majlis. Fitri Sense kata rumah kami paling bersih sepanjang majlis. Mungkin sebab tak ada saudara yang ramai-ramai dalam rumah. Yang ada dalam rumah tu kalau orang nak tangkap gambar dengan kami dan yang nak ke tandas je! Lauk kenduri semua kat luar. Manusia dan pelamin sahaja dalam rumah. Satu bonus untuk kami tak payah kemas rumah lepas kenduri kehkehkeh. Yang ambil bahagian bagi doorgift tu, family maksu aku. Terima kasih, maksu dan family! Adik-adik aku banyak kejar sana sini tolong apa apa yang aku, suami, papa dan mama tak dapat buat je. Papa mama memang busy sangat melayan tetamu! Tak berhenti! Itu je lah kakitangan yang ada masa majlis and we were good hehe.
Majlis bertandang di Perlis berlangsung 2 minggu selepas habis majlis bersanding. The best part dalam majlis di Perlis, aku dan KJ siap sendiri je sebelum ke majlis. Aku gosok baju, tudung dan dress sendiri, make up sendiri, pakai dress sendiri, pakai lace and crown sendiri! Aku juga tacapkan sikit KJ dengan hati-hati sebab ada wudhuk, pakaikan dia baju pengantin and sampin siap ropol bunga haa! Hebat tak hebat? Kami sangat berpuas hati dengan apa yang kami buat sendiri! Rasanya boleh buka butik pengantin. Muehehe. Untuk cerita yang lebih detail untuk persiapan majlis bertandang, boleh tanya KJ ye :P But overall, Alhamdulillah, majlis bertandang pun berjalan dengan lancar dan comel!
Selesai dah semuanya! Kami bersyukur sangat sebab Allah SWT permudahkan urusan majlis kami dari awal sehingga akhir. Alhamdulillah! Semoga hari terindah korang juga diberkati dan dipermudahkan nanti, aku doakan :)
1 note · View note
banana-caramel-blog · 6 years
Text
24
Alhamdulillah. Today, I am officially 24 years old! I feel very grateful with what I have around me and where I am standing now. I am one of the luckiest to be here, healthy, breathing in fresh air and living happily.
Last two months, I saw We Bare Bears in Twitter and I attracted with their overload cuteness. Panpan, Grizz and Icebear! I didn't notice them although they are on air since years ago. One day, I went to Kaison and I saw Grizz and Panpan plushies! They are so huggable, fat and cute! So, I decided to buy Grizz when I receive my salary soon. I was crazy about Grizz I kept talking about it and dreaming hugging it 😂
KJ gave me Grizz for my birthday present! <3 He gave me ten days earlier because he needed to attend an event at KL for few days, so he can’t be with me on my birthday, today. Last night, Papa surprised me with Grizz mug! He got it as a gift by purchasing toothpaste <3
Tumblr media Tumblr media
People say "Another year older, another year wiser". I guess I realized something wise today. Life is a blank canvas. It is painted by you but through the people around you. So, always include them in your doa.
May Allah SWT bless my husband, family, friends, myself and my little life journey. May He eases our challenges, gives us prosperity and guides us through ups and downs in Dunia for our Akhirat!
0 notes
banana-caramel-blog · 6 years
Text
Flowers and plant
For the first time, I have this sudden interest in growing beautiful flowers and plants. I am a completely noob when it comes to gardening, so I asked KJ to help me with my three little pots.
We bought this Bird Eye Chilli baby tree at the morning market in Arau last three weeks and these pretty babies last friday.
Tumblr media Tumblr media Tumblr media
0 notes
banana-caramel-blog · 6 years
Text
Maybe, just maybe
Back in January 2013, UiTM held a big entrepreneur event where all clubs needed to participate. So, my club took part in the event and we decided to sell fast food (sandwiches, rojak and nuggets). My girlfriends and I were in charge for the first and second day since we didn't have morning classes. First day was a mess but we managed to settle things down with the help from our seniors.
On the next morning, I was asked to make more sandwiches and rojak. The ingredients were readily prepared, I just have to assemble them and sell. It was a tough morning because my girlfriends were still in bed and I was all alone. While preparing the rojak, I accidentally cut my finger. Thank god I wasn't bleeding but it hurt!
At around 11 am, my girlfriends had finally arrived to help and everything was ready to sell. There were so many students came and bought our sandwiches and rojak. Then, came this one guy, very friendly, said that his friend bought the sandwich at our stall and it was a delicious sandwich. So he wanted to buy one for himself. He even asked me for the recipe. I explained to him in detail innocently without noticing that he was actually trying to mengorat me!
While my friend prepared his order,
F: Jari aku pedih lah, terhiris sikit masa potong nenas. Rara: Ouch, pergi cuci lah F.
Fast forward. My girlfriends and I took a rest and chit-chatting. Suddenly, the friendly guy came to our stall and asked about my finger if it was still hurt. Yes, he heard us! "Still hurt but not bleeding," I said. He passed this and walked away. I was so shocked that I kept thinking about it for the whole day.
Tumblr media
"What if I am the third or fourth girl in the event he tried to mengorat?" "Should I text him?" "No. I don't want. I am not that easy." "Should I ignore?" "I am not that desperate to have someone, again." "Is he serious or he is just playing with hearts?"
At night, I went to the food court to buy dinner and I brought along the plaster with me. While waiting for my food, I took out the plaster from my jeans pocket and told myself to give love a second chance. Maybe, just maybe, it's time.
"Hello KJ, I am the sandwich girl :)"
0 notes
banana-caramel-blog · 6 years
Text
Hard Times
All of us have been through rough times before. Thus we all know how it is like to be at the bottom of the wheel, covering with wet mud and waiting eagerly for the time to send us back to the top.
The reason I wrote this post is because I am having a pretty-hard time now. It started on December last year and continue to upswing until today. However, I keep on going since I have a good support system, believing that I still have time to fix few things up and I can also see ways to get through this. So, I choose one that is perfectly adequate for me and I am currently working on it.
To be honest, there are times where I end up crying, blaming myself and start to feel like giving up because I don't believe in me, having the courage to get me through this normal hard phase of life. Alhamdulillah, I always get back on track by reviving these two principles in order to put a stop on my negative thinking before things become worse.
(1) to have a strong faith in Allah SWT and (2) to be very grateful for what we have. These are the most essential principles we should bear in mind and revive regardless of where we are while rolling on the wheel. Whether you are up or down, just roll with these two principles and you will be okay. I promise you, insyaAllah.
Firstly, have a strong faith in Allah SWT. I suggest you to recite the 99 Names of Allah SWT and understand the meaning of them. You will find that Allah SWT is very very close to us and loving us so dearly. I don't need to explain what and how, you will know when you understand the content in Asmaul Husna.
Secondly, be grateful for what you have. If you think your life is terrible compare to others and claiming the challenge is beyond your capability, you are wrong. Technically, you are reading this with your eyes, still have a nose to breathe, a pair of legs to walk, someone to talk. These are Allah SWT's favors to help us through hard times. You are still capable to live your life.
Allah does not charge a soul except [with that within] its capacity. It will have [the consequence of] what [good] it has gained, and it will bear [the consequence of] what [evil] it has earned. "Our Lord, do not impose blame upon us if we have forgotten or erred. Our Lord, and lay not upon us a burden like that which You laid upon those before us. Our Lord, and burden us not with that which we have no ability to bear. And pardon us; and forgive us; and have mercy upon us. You are our protector, so give us victory over the disbelieving people." (Al-Baqarah;286)
Dear people,
The wheel will spin eventually - it is only a matter of time. Have faith in Allah SWT, His words and His favors.
0 notes