blastkanjer
blastkanjer
EVERYTHING WITH BLAST
10 posts
Don't wanna be here? Send us removal request.
blastkanjer · 4 years ago
Text
Darah Palestin, Darah Kita
Tumblr media
Tatkala berlakunya kematian, sudah semestinya sebagai manusia kita sedikit sebanyak akan berasa luluh dan sayu atas pemergian seseorang. Tidak kira bangsa atau agama, pemergian seseorang manusia itu mampu memberi kesan terhadap diri kita lebih – lebih lagi apabila ianya berlaku di kalangan insan yang disayangi. Pernahkah kita merenung dan bersyukur terhadap kehidupan kita yang aman di muka bumi Malaysia?
Tumblr media
Alhamdulillah, Malaysia merupakan satu negara yang aman tanpa peperangan. Namun, bolehkah kita katakan perkara yang sama bagi negara yang lain? Baru – baru ini, sekali lagi kita digemparkan dengan berita “peperangan” di antara dua buah negara yang mempunyai kisah silam lebih daripada 70 tahun. Sekali lagi, tanah muka bumi Palestin berdarah kembali. Sebahagian daripada kita, menganggap bahawa “peperangan” di antara dua buah negara ini tidak mempunyai sebarang makna dalam hidup mereka. Ada yang turut mengatakan bahawa “peperangan” ini cuma dirasai oleh mereka yang beragama Islam sahaja. Akan tetapi, sedarkah kita bahawa semua keganasan yang berlaku di muka bumi ini adalah tanggungjawab dan perihal yang berkait rapat dengan diri kita dan perlu dititikberatkan?
Tumblr media
Bagi mereka yang masih leka dan tidak faham mengapa mereka perlu mengambil tahu tentang isu – isu seperti ini, jawapannya sangat mudah. Bayangkan kehidupan anda yang aman damai bersama keluarga tercinta, bertukar menjadi medan peperangan yang penuh bergelimpangan dengan mayat – mayat ahli keluarga, jiran tetangga dan sahabat. Begitulah apa yang dirasakan oleh rakyat Palestin sejak 70 tahun yang lalu. Bangkit dan sedarlah kita sebagai manusia yang prihatin, dan bantu mereka yang dalam kesengsaraan. Ini bukan jihad bagi umat Islam semata - mata, akan tetapi ini turut merupakan perjuangan sebagai seorang manusia yang berperikemanusiaan. Terdapat tiga cara yang paling berkesan untuk membantu tanah muka bumi Palestin dan ayuhlah kita bangkit bersama – sama sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan berperikemanusiaan.
1. Dengar dan Kaji
Tumblr media
Konflik di Palestin mempunyai kisah silam yang mendalam sejak 70 tahun yang lalu. Salah satu cara untuk kita membantu mereka adalah dengan mengkaji dan memahami apa yang sedang berlaku sekarang dan juga apa yang telah berlaku. Sebarang maklumat yang diperolehi oleh media pada zaman kini boleh diubah dan dimanipulasi, oleh itu kita seharusnya mendengar dan mengkaji kedua – dua belah pihak sebelum membuat kesimpulan. Seperti mana yang kita tahu, di seluruh pelantar media sosial terdapat banyak keyboard warrior yang diupah atau secara sukarela memanipulasi maklumat untuk mengubah persepsi khalayak dan menimbus situasi sebenar yang sedang berlaku. Sebagai pengguna media sosial yang bijak, kita perlu membuat kajian terlebih dahulu sebelum tertipu dengan muslihat ini. Dengan cara ini juga, kita mampu berhujah dengan sokongan fakta yang bernas sekiranya mereka masih ingin berdolak dalih dan cuba untuk mengubah kebenaran. Secara logik, sesuaikah istilah “peperangan” digunakan apabila rakyat Palestin hanya menggunakan batu untuk mempertahankan diri mereka menentang penindas mereka yang mempunyai senjata yang canggih, askar dan kereta kebal? Berapa banyak jumlah kematian yang dialami oleh Palestin berbanding pihak yang menindas mereka? Fakta tidak akan berbohong. Oleh itu, dengar dan kaji terlebih dahulu dapat membantu kita untuk membuat hujah yang bernas dan tepat.
2. Suarakan Sokongan
Tumblr media
Berbeza dengan “peperangan – peperangan” terdahulu, kita tidak mempunyai rangkaian internet yang maju dan luas sehingga mereka yang menindas mampu untuk memanipulasi maklumat sehingga berjaya menipu rata – rata rakyat di seluruh dunia. Tetapi kini dengan adanya media sosial dan pelantar – pelantar media yang lain, sokongan yang bertubi – tubi diberikan kepada rakyat Palestin. Alhamdulillah, kini ramai yang sudah celik dan tidak membutakan mata dengan perbuatan si penindas terhadap rakyat Palestin. Lebih daripada 80 buah negara berarak mengibarkan bendera Palestin dan papan slogan “Bebaskan Palestin” untuk menunjukkan sokongan mereka. Bagi mereka yang tidak mampu berbuat sedemikian pula, mereka meneruskan sokongan secara maya secara bertubi – tubi terhadap si penindas sehingga membuatkan si penindas berasa terancam dan tidak tahan terhadap serangan maya tersebut. Kini, perkataan ‘koyak’ sudah dikenali dunia kesan daripada rakyat – rakyat Malaysia yang berhempas pulas menunjukkan sokongan mereka di media sosial. Menyuarakan sokongan kita secara terang – terangan mampu meningkatkan kesedaran dunia tentang perkara sebenar yang sedang berlaku di sana. Selain itu, kita juga dapat menakutkan si penindas untuk mengaku kalah dan berputus asa apabila melihat sokongan kita yang besar dan kuat.
3. Member Sumbangan
Tumblr media
Memberi sumbangan tidak dapat disangkal merupakan bantuan yang paling memberi kesan dan mampu menaiktaraf situasi mereka di Palestin. Bagi mereka yang berkemampuan, cara ini merupakan cara yang paling wajar untuk anda semua lakukan. Sumbangan yang diberikan selalunya merupakan sumbangan berbentuk wang. Ini kerana, dana yang disumbangkan akan dibahagi kepada bantuan makanan dan bantuan perubatan. Bagi mereka yang berasa perkara ini seolah – olah berat, ingatlah bahawa kita tidak mampu untuk mengangkat senjata dan mempertaruhkan nyawa seperti mereka di sana. Tetapi kita sangat mampu dan boleh membantu mereka untuk membela nasib bumi Palestin dengan menyumbang walaupun seringgit dari apa yang kita ada. Antara senarai saluran bagi rakyat Malaysia untuk menghulurkan sumbangan adalah:
i) Persatuan Cinta Gaza Malaysia
Maybank : 5648 1050 7826
- Diketuai Nadir Al-Nuri, Ketua Pegawai Eksekutif
- Giat salur bantuan dengan #SaveAlQuds
ii) Global Peace Mission Malaysia (GPM)
Maybank Islamic : 5642 2161 1602
Bank Islam : 1402 3010 0292 24
- Gerakan bantah pengisytiharan perang oleh Amerika Syarikat dan sekutu
- Giat berkempen #AlAqsaUnderAttack
iii) MAPIM
Maybank : 5628 3463 6620
- Dr. Sani Araby, pengasas dan penasihat bagi NGO ini
iv) Malaysia For Syria (MFS)
Maybank : 5648 1051 3971
Bank Islam : 1421 0010 0098 82
- Juga dikenali sebagai Malaysian Life Line For Syria (MLL4S)
- Syahrir Azfar Saleh, Ketua Pegawai Eksekutif pertubuhan ini
v) Muslim Volunteer Malaysia ( MVM)
Maybank : 5648 0164 7699
Bank Islam :1230 0010 0030 65
CIMB Bank : 8602 5378 07
- Dikenali sebagai Muslim Volunteer Malaysia
- Mula aktif sejak pertengahan 2014
Tumblr media
Kami di Blast turut membuat satu tabung Palestin dengan cara setiap pembelian produk minuman Blast akan disalurkan ke tabung sumbangan tersebut. Ini merupakan salah satu daripada cara kami untuk memberi bantuan dan sokongan terhadap bumi Palestin di samping memberi pendedahan dan kesedaran di media sosial berkenaan isu – isu yang sedang berlaku di sana. Bangkitlah rakyat Malaysia, zaman berdiam diri sudah berlalu!
Shopee: blast.hq
Laman Web: https://www.blastbeverages.com
0 notes
blastkanjer · 4 years ago
Text
5 Diet Paling Berkesan Yang Korang Patut Cuba
Tumblr media
Jangan cakap masa tengah PKP je, bahkan masa korang dekat pejabat pun tangan tu asyik merayau cari makanan betul tak? Ada kawan yang bawa kuih dan ada juga kawan yang bawa makanan berat seperti bihun goreng! Bagi mereka yang nak diet, memang susah nak pantau pemakanan dan cuba bergantung dengan diet yang menggunakan kiraan kalori makanan. Kalau nak tau, sebenarnya diet yang menggunakan kiraan kalori makanan sangat susah untuk dilakukan kerana kita semua bukan seorang pakar nutrisi yang mampu mengira kalori makanan dengan tepat. Tapi korang jangan risau! Kami akan senaraikan lima diet yang paling berkesan untuk korang cuba, lebih – lebih lagi bagi mereka yang bekerja dari rumah.
1. Diet Paleo
Tumblr media
Bagi mereka yang gemarkan subjek sejarah masa zaman sekolah dulu, bila korang dengar nama Diet Paleo ni mesti korang teringat satu zaman yang bernama Zaman Paleolitik betul tak? Memang tak pelik kalau korang teringat zaman ni sebab nama diet ini dinamakan semperna zaman tersebut. Pada Zaman Paleolitik atau lebih dikenali sebagai Zaman Batu, manusia pada zaman tersebut belum mempunyai kemahiran memproses makanan. Jadi pada zaman tersebut makanan – makanan yang diproses seperti gula, tenusu dan bijirin yang boleh mengakibatkan peningkatan berat badan kerana badan kita perlu memproses makanan tersebut dengan lebih kompleks, tidak ada di dalam diet pemakanan mereka. Oleh itu, nama diet ini dinamakan berdasarkan cara pengambilan bahan – bahan makanan manusia pada zaman tersebut yang hanya mengambil makanan seperti buah – buahan, sayur – sayuran dan juga daging.
2. Diet Atkins
Tumblr media
Diet Atkins merupakan diet yang paling terkenal bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh pelusuk dunia. Diet Atkins dapat membantu kita mengawal tahap insulin di dalam badan dengan cara pemakanan diet tersebut. Diet ini dikatakan sangat berkesan kerana makanan yang perlu diambil ketika mengamalkan diet ini perlu terdiri daripada makanan yang mengandungi protein dan lemak dan menghindari makanan berkabohidrat sepenuhnya. Secara saintifik, makanan – makanan kabohidrat akan diubah menjadi gula di dalam badan. Gula mempunyai kalori yang sangat tinggi sehingga mampu meningkatkan berat badan jika kita tidak membakar atau menukar kalori tersebut menjadi tenaga. Oleh itu, diet ini menegaskan bahawa makanan berkabohidrat tidak boleh diambil sama sekali bagi mengoptimumkan penurunan berat badan.
3. Diet Vegetarian
Tumblr media
Diet ini mempunyai beberapa jenis pecahan. Akan tetapi, makanan asas yang diambil oleh kesemua jenis adalah sayur – sayuran dan buah – buahan. Kebanyakan vegetarian adalah vegetarian jenis lacto-ovovegetarians yang tidak mengambil apa – apa makanan yang berasaskan haiwan kecuali telur, susu dan madu. Kebanyakan vegetarian mempunyai berat badan yang rendah serta ideal kerana diet pemakanan mereka terdiri daripada makanan yang berkalori rendah dan mudah untuk diproses oleh badan. Berbeza daripada Diet Atkins yang mengambil makanan protein dan berlemak berasaskan haiwan, diet ini lebih memberi penekanan terhadap kandungan protein yang terdapat pada kekacang seperti kacang soya. Pengambilan protein yang lebih mudah untuk dihadam dah diproses oleh badan menjadikan mereka yang mengamalkan diet ini sukar untuk mengalami peningkatan berat badan. Kalau korang nak tau, pengambilan protein yang berlebihan juga boleh menjadi punca protein bertukar menjadi lemak di dalam badan tau!
4. Diet Makanan Mentah (Vegan)
Tumblr media
Diet Makanan Mentah sangat berkait rapat dengan Diet Vegetarian. Diet ini merupakan jenis pecahan daripada Diet Vegetarian yang lebih dikenali sebagai Diet Vegan. Sama seperti Diet Vegetarian, diet ini tidak mengambil apa – apa makanan yang berasaskan haiwan. Akan tetapi, diet ini tidak membenarkan apa – apa pengambilan tenusu seperti susu dan telur atau madu yang dihasilkan oleh lebah. Diet ini memberikan penekanan terhadap makanan – makanan yang berasaskan tumbuh – tumbuhan dan bahan mentah yang organik seperti seperti sayur, buah dan cendawan. Mereka tidak mengambil sebarang makanan yang kompleks seperti kabohidrat dan protein, jadi tak hairanlah mereka yang mengamalkan diet ini mempunyai berat badan yang ideal betul tak?
5. Diet Intermittent Fasting
Tumblr media
Mesti ada segelintir daripada korang pelik dengan diet ni kan? Diet puasa? Macam mana tu? Kalau korang nak tau, diet ini sering diamalkan oleh seluruh umat Islam ketika bulan Ramadan! Seperti Diet Vegetarian diet ini mempunyai beberapa jenis pecahan, akan tetapi diet ini lebih dikenali dengan faktor berpuasa. Secara asasnya, diet ini menekan aspek jadual atau waktu makan yang membuatkan diet ini sangat berbeza dengan diet – diet yang lain yang memberi penekanan terhadap nutrisi dan jenis pengambilan pemakanan. Diet Intermittent Fasting yang paling terkenal adalah dengan berpuasa daripada makan bermula pada pukul 6 pagi sehingga 7 petang, dan hanya makan daripada pukul 7 petang hingga 12 malam sahaja. Banyak betul persamaan diet ni dengan berpuasa di bulan Ramadan kan? Cuma bezanya kita boleh minum di siang hari! Sudut saintifik diet ini terletak pada pembakaran dan penggunaan kalori kepada tenaga. Ini kerana, ketika waktu siang, kita akan menggunakan tenaga daripada makanan yang kita makan pada malam tersebut. Oleh itu, akan berlaku defisit pengambilan kalori sehingga membuatkan badan kita menggunakan lemak di dalam badan untuk dijadikan sebagai tenaga. Korang taknak ke tukarkan lemak dalam badan korang kepada tenaga? Sebab itu di dalam Islam, kita digalakkan untuk berpuasa sunat untuk kesihatan tubuh badan!
Tumblr media
Jadi bila korang dah tau tentang diet – diet ni, jangan lengahkan masa dan terus cuba tau! Bila tengah diet, mesti wajib kena ada cheat day! Bagi mereka yang tak tau, cheat day ini adalah hari yang korang tak perlu mengamalkan diet korang. Ini bermakna korang bebas untuk makan dan minum apa sahaja yang korang idamkan sepanjang tempoh korang berdiet. Dalam seminggu, seeloknya korang tetapkan satu hari sebagai cheat day. Cheat day ini juga selalu dijadikan sebagai ganjaran diri kerana telah mengamalkan diet yang sihat di samping membantu kita untuk menjadi konsisten dengan pengamalan diet kita. Jadi bila tengah cheat day tu, itulah masanya untuk korang nikmati air Blast yang sedap dan sihat! Tinggi Vitamin C dan rendah gula, memang lain macam kan air Blast ni? Kalau tak percaya korang kena beli dan rasa sendiri!
 Shopee: blast.hq
Laman Web: https://www.blastbeverages.com
0 notes
blastkanjer · 4 years ago
Text
Level - Up Dengan PKP
Tumblr media
Asyik – asyik PKP, betul tak? Majoriti rakyat Malaysia dah mula meluat bila dengar pasal PKP ni. Apa yang akan berlegar – legar di dalam fikiran kita adalah tak boleh rentas negeri, tak boleh itu, tak boleh ini. Ada yang sampai malas nak keluar rumah sebab tak mahu rasa terbeban dengan perkara – perkara yang dilarang dan perlu dijaga sepanjang tempoh pelaksanaan seperti penjarakan sosial. Jika kita tengok dari sudut pandangan yang lain, sebenarnya banyak kelebihan PKP ni sehingga kita boleh “level-up”. Tahu tak apa? Sini kitaorang senaraikan perkara – perkara yang boleh buat korang naik level.
1. Bersenam
Tumblr media
Bagi mereka yang bekerja dari rumah, pergerakan kita semasa kita bekerja di pejabat dan di rumah adalah sangat berbeza. Persekitaran dan suasana di rumah membuatkan kita rasa nyaman dan selesa sehingga mampu menyebabkan kita berusaha untuk menambahkan lagi keselesaan kita semasa bekerja di rumah seperti meletak bantal yang banyak di kawasan bekerja, meletakkan peralatan bekerja berdekatan kawasan kerja untuk megurangkan pergerakan dan menyediakan stok makanan dan minuman yang banyak di meja kerja.
Tumblr media
Oleh itu alang – alang kita tak keluar dari rumah disebabkan PKP, lebih baik kita bersenam untuk mengelakkan kita daripada mempunyai masalah kenaikan berat badan atau malnutrisi akibat gaya makan yang tidak sihat. Ketika PKP, penggunaan tenaga di dalam badan kita tidak digunakan sepenuhnya kerana kita berada di dalam rumah, jadi lebih baik kita gunakan tenaga tu untuk bersenam. Nanti bila PKP dah habis, mesti kawan – kawan kita terkejut tengok kita punya badan level-up.
2. Belajar Memasak
Tumblr media
Kebiasaannya, musim PKP ni membuatkan rakyat Malaysia rasa malas untuk memasak atau membeli makanan di kedai sehingga menyebabkan mereka mengambil jalan mudah untuk mendapatkan makanan dengan menggunakan servis kurier makanan yang sedia ada seperti Foodpanda atau GrabFood. Tindakan ni bukan sahaja membuatkan kita melakukan pembaziran dari segi kewangan, tetapi turut membuatkan kita rugi dari segi kebolehan memasak. Harga makanan yang dinaikkan untuk menampung kos penghantaran sememangnya boleh dijimatkan sekiranya kita pergi ke kedai itu sendiri untuk membeli makanan tersebut. Tapi sebenarnya apa yang lebih menjimatkan adalah apabila kita yang masak makanan itu sendiri!
Tumblr media
Belajar memasak bukanlah sesuatu yang sukar dan rumit. Apa yang perlu kita lakukan adalah memulakan penggembaraan masakan kita dengan mempelajari resepi masakan yang menggunakan bahan – bahan yang mudah. Lama – kelamaan, barulah kita cuba untuk menjayakan resepi yang lebih sukar dan rumit seperti resepi yang melibatkan teknik dan bahan masakan yang lebih kompleks. Apabila kita selalu memasak, secara tidak lansung kebolehan memasak kita akan meningkat. Jadi, ini memudahkan proses mempelajari resepi baharu sekiranya kita ingin mencuba sesuatu yang baru dan lebih mencabar. Senangkan level-up semasa PKP ni? Dah tentu – tentu kita bosan terperangkap di rumah, jadi lebih baik kita belajar memasak.
3. Asah Kebolehan
Tumblr media
Setiap orang pasti ada kebolehan masing – masing yang mereka perolehi secara semula jadi ataupun diasah melalui latihan. Tempoh PKP yang panjang dan membosankan ini, seeloknya digunakan oleh kita untuk mengasah kebolehan yang sedia ada ataupun kebolehan baharu. Waktu – waktu PKP ni, selalunya semua benda rasa macam tak seronok betul tak? Nak tengok movie, main game, nak dengar lagu, semua rasa macam membosankan. Kalau ini apa yang korang rasa, korang boleh cuba asah kebolehan yang korang ada atau cuba untuk asah kebolehan baharu.
Tumblr media
Selain daripada memasak, antara kebolehan yang boleh kita asah di rumah adalah kebolehan komunikasi dan kebolehan bertukang. Sebagai contoh, semasa korang berada di rumah, cuba bercakap sorang – sorang untuk melatih pergerakan mulut untuk membolehkan kita untuk bercakap dengan lancar. Bila dah mula lancar, boleh la cuba nada seperti tengah berpidato atau berbahas. Mesti kawan – kawan korang akan terpegun bila dah habis PKP nanti. Selain itu, korang juga boleh asah kebolehan bertukang dengan membaiki apa – apa sahaja yang rosak dekat rumah korang seperti lampu, pintu, paip, dan barang elektronik. Kalau dekat rumah korang tiada benda yang rosak, cuba – cuba la buka dan pasang balik sebab secara tak lansung, kita dapat asah juga kebolehan kita dengan cara macam tu. Itu pun boleh dikira sebagai level-up.
Tumblr media
Jadi, jangan la sedih dan terasa beban apabila PKP diisytihar. Sebenarnya PKP ni membuka ruang kepada kita untuk melakukan perkara yang kita tak dapat nak buat selama ni kerana terlalu sibuk. Kitaorang di Blast nak ingatkan korang yang kitaorang sentiasa ada bersama korang dan akan sentiasa mendorong korang untuk menjadi yang lebih baik. Duduk dekat rumah tu jangan lupa minum Blast sambil – sambil level-up ya. Tengok abang ni, lepas bersenam terus minum Blast Teh Tarik Karamel!
Tumblr media
Tapi kalau korang semua tak pasti apa yang boleh buat dan apa yang tak boleh buat untuk PKP kali ni, korang jangan risau sebab kitaorang dah sediakan garis panduan SOP Aidilfitri 2021. Jadi jangan nak pening – pening kepala, korang cuma perlu ikut je apa yang kitaorang dah tulis dalam panduan ni. Jom pergi beraya! #berayabersamablast
Shopee: blast.hq
Laman Web: https://www.blastbeverages.com
0 notes
blastkanjer · 4 years ago
Text
Orang Zaman Sekarang Tak Boleh “Hidup” Tanpa 5 Benda Ni
Tumblr media
Korang pernah dengar tak tentang survival rule of threes? Kalau korang nak tahu, survival rule of threes ni merujuk kepada kebolehan manusia untuk survive tiga minit tanpa udara untuk bernafas, tiga jam di persekitaran yang tidak selamat, tiga hari tanpa air minuman untuk diminum dan tiga minggu tanpa makanan untuk dimakan. Jadi, korang tahu tak orang zaman sekarang tak boleh “hidup” lama tanpa lima benda yang kitaorang nak senaraikan ni? Takut tak? Jeng jeng jeng!
1. Internet
Tumblr media
Rasa – rasanya ada yang dah dapat teka benda ni. Tak dapat disangkal pada zaman sekarang, internet merupakan sesuatu benda yang wajib ada tak kira masa. Kalau tiba – tiba telefon pintar kita tiada internet, kita seolah – olah seperti mayat hidup kerana tak boleh nak buat apa – apa. Nak buka media sosial tak boleh, nak berhubung dengan kawan pun tak boleh, yang boleh kita buat hanyalah berdoa supaya internet ada semula hahaha.  
2. Media Sosial 
Tumblr media
Orang zaman sekarang ni tak boleh lari daripada menggunakan media sosial. Daripada WhatsApp, Facebook, Instagram hinggalah ke Tiktok, mesti ada salah satu aplikasi media sosial yang wajib digunakan oleh korang dalam kehidupan seharian. Rasa – rasanya dalam sehari tu, berapa lama korang boleh bertahan daripada buka media sosial? Cuba tengok kejadian – kejadian yang melibatkan rangkaian media sosial terganggu, ramai betul yang mengadu sampai trending hashtag – hashtag seperti #FacebookDown dan #InstagramDown.
3. Muzik 
Tumblr media
Selalunya benda ni berlaku secara tidak disedari. Mendengar muzik di radio ketika sedang berada di dalam perjalanan, mendengar muzik yang terdapat di media sosial, dan juga mendengar muzik ketika waktu lapang. Kesemua situasi ini terjadi kerana ia telah menjadi norma dalam hidup kita. Tanpa muzik di dalam hidup kita, rasa macam seolah – olah hidup ni umpama tak dipenuhi warna – warni kehidupan betul tak?
4. Permainan Video
Tumblr media
Jangan ingat kaum lelaki je yang main permainan video ya. Kaum wanita pun banyak yang main. Lebih – lebih lagi zaman sekarang yang mempunyai teknologi telefon pintar yang semakin canggih kian hari. Tak kira golongan kanak – kanak, remaja, mahupun golongan ibu bapa, aplikasi permainan video sering digunakan untuk mengisi masa yang singkat seperti sedang menunggu sesuatu disamping dijadikan sebagai pilihan kedua apabila internet tiada. Betul tak? Jangan nak tipu ya!
5. Blast Teh Tarik Karamel
Tumblr media
Haa yang ini tak perlu cerita panjang, rasanya semua dah tahu betul tak? Air Blast Teh Tarik ni tak boleh buat bergurau, takut parah jadinya. Kalau teringin nak minum kena terus beli dan minum, tak boleh nak tangguh – tangguh. Korang semua pun mesti setuju kan? Rasa teh yang pekat berlemak dengan tambahan perisa karamel memang boleh membuatkan orang tergila – gila. Jadi apa lagi, boleh lah beli Blast dan simpan dekat rumah. Bila teringin je boleh terus minum!
Shopee: blast.hq
Laman Web: https://www.blastbeverages.com
0 notes
blastkanjer · 4 years ago
Text
7 Snek Yang Akan Buat Korang Rasa Nolstagik
Tumblr media
Korang ingat lagi tak snek – snek kegemaran korang masa sekolah rendah dulu? Memang terdapat pelbagai jenis snek yang ada pada waktu tu, tapi kitaorang yakin kesemua snek yang kitaorang senaraikan ni akan membuatkan korang semua berasa nolstagik dan rindu zaman – zaman nakal korang hehe.
1.  Keropok Roda
Tumblr media
Mesti korang ingat keropok ni betul tak? Keropok ni memang sedap untuk dimakan tak kira masa. Ada yang makan masa rehat dan ada yang curi – curi makan dalam kelas. Keropok yang rangup dan masin ni juga boleh mengenyangkan perut kita kerana ia diperbuat daripada kentang.
2. Wafer Coklat Apollo
Tumblr media
Tipu la kalau korang cakap korang tak ingat wafer ni. Wafer ni sangat rangup dan dipenuhi dengan coklat pada bahagian dalam. Ni antara snek lejen zaman sekolah yang boleh menyebabkan kawan kecik hati dengan kita. Dalam satu pek cuma ada tiga batang wafer, kawan pun ada tiga orang juga. Terpaksa la kita makan senyap – senyap seorang diri supaya tiada kawan yang akan kecik hati.
3. Kek Lapis Apollo
Tumblr media
Ini satu lagi snek lejen. Kalau pernah makan wafer coklat Apollo, korang pun mesti pernah makan kek lapis Apollo ni. Memang sedap dan lembut kek ni. Tak cukup beli satu, paling kurang mesti kena beli dua betul tak? Ni nak tanya sikit, korang dulu makan kek ni mesti bersepah – sepah serbuk kek kan? Jangan tipu sebab kitaorang pun sama hahaha.
4. Super Ring
Tumblr media
Siapa cakap dia tak kenal snek ni, samada dia seorang yang pelupa ataupun dia tak tinggal di Malaysia masa dia kecik – kecik dulu. Bila cakap pasal snek masa kecik dulu, memang Super Ring snek pertama yang akan muncul di dalam minda kita. Keropok jagung yang disalut dengan serbuk keju berwarna oren yang cair di dalam mulut sebaik saja dimasukkan, memang membuatkan snek ini menjadi kegemaran kanak – kanak.
5. Tam – Tam & Mi – Mi
Tumblr media
Bila ada hari sukan atau apa – apa acara yang melibatkan hadiah hamper masa sekolah dulu, kedua – dua snek ini seolah – olah hadiah wajib yang mesti kena ada di dalam hamper. Snek berperisa ketam berbentuk segi empat dan snek berperisa udang yang disediakan dalam bentuk batang – batang kecik ini sememangnya sedap untuk dikunyah dan dimakan.
6. Gula - Gula Bedak
Tumblr media
Ingat lagi tak istilah gula – gula bedak? Gula – gula ni antara snek lejen yang terpahat dalam ingatan kita disebabkan oleh nama panggilannya yang unik. Secara logiknya bedak mana boleh dimakan betul tak? Sebenarnya, gula – gula yang mempunyai empat perisa ini disalut dengan gula halus yang kelihatan seakan – akan bedak. Alkisah begitulah cerita bagaimana gula – gula ini dinamakan gula – gula bedak.
7. Great Monster
Tumblr media
Bila bercakap pasal gula – gula, gula – gula ni merupakan gula – gula paling lejen pada zaman kita kecik – kecik sehingga cikgu dan ibu bapa kita selalalu menasihatkan kita daripada makan gula – gula ni. Gula – gula yang mempunyai lima perisa dan warna yang berlainan ini, akan menyebabkan seluruh dalaman mulut kita betukar warna mengikut gula – gula yang telah kita makan. Masa kita kecik – kecik ada gula – gula yang boleh buat mulut dan lidah kita bertukar warna, memang kita borong la betul tak?
Tumblr media
Nolstagik betul kan bila kita nampak snek – snek yang selalu kita makan masa kecik? Setelah meningkat usia ni, barulah kita sedar yang snek – snek ini semua merupakan makanan yang tidak sihat dan tidak elok untuk dimakan. Oleh itu, daripada kita beli dan makan snek yang tidak sihat, lebih baik kita minum minuman buah – buahan Blast yang sedap dan rendah kandungan gula. Kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan kita mengalami sugar rush, lebih – lebih bagi yang berusia muda seperti kanak – kanak. Jadi tunggu apa lagi, jom beli Blast!
Shopee: blast.hq
Laman Web: https://www.blastbeverages.com
0 notes
blastkanjer · 4 years ago
Video
tumblr
5 Cara Posing Lelaki Yang Korang Boleh Cuba Masa Tangkap Gambar
Selalunya bila orang lelaki bergambar, ekspektasi yang diberikan adalah mereka perlu kelihatan segak dan macho. Tapi pernah tak bila orang nak tangkap gambar kita, kita cuma berdiri tegak dan senyum? Ataupun teringin nak bergambar, tapi tak tahu nak posing macam mana? Rasa – rasanya ramai yang pernah kena macam ni, lebih – lebih lagi kaum adam yang pemalu dan jarang bergambar. Bagi korang yang pernah kena macam ni, korang boleh cuba cara posing yang kami senaraikan ni.
Tangan Dalam Poket
Tumblr media
Semasa tengah bergambar, mesti ada segelintir daripada kita yang tak tahu nak buat apa dengan tangan kita betul tak? Ada yang letak tangan ke bawah, dan ada yang mengangkat tangan buat simbol peace atau thumbs-up untuk mengurangkan rasa awkward. Tapi cara yang paling kerap dan mudah untuk dilakukan oleh semua orang adalah dengan meletakkan tangan ke dalam poket. Dengan pose ini, kita boleh mengurangkan rasa awkward sambil kelihatan macho.
Bersandar
Tumblr media
Gambar yang diambil ketika bersandar boleh memberikan mesej santai atau membuatkan gambar itu lebih ekspresif mengikut gaya yang dilakukan ketika itu. Jadi lepas ni, boleh lah bersandar ke dinding atau tiang yang berada di sekitar korang. Sudut syot yang diambil juga memainkan peranan yang penting ketika menghasilkan mesej yang korang inginkan. Cuba jangan tak cuba tau.
Selak Rambut
Tumblr media
Pernah bayangkan tak macam mana perasaan menjadi seorang model? Kalau korang nak tahu, korang pun boleh dapatkan perasaan tu ketika bergambar dengan kawan – kawan korang. Selepas selesai memilih sudut dan pose yang korang inginkan, ambil tangan korang dan selak atau kemaskan rambut sebelum gambar diambil. Tadaaa macam model kan?
Prop
Tumblr media
Kalau korang ada prop atau pakaian lebihan seperti jaket pada masa itu, jangan lepaskan peluang untuk menggunakan apa yang ada ditangan korang untuk posing ketika bergambar. Sebagai contoh, tanggalkan jaket yang korang pakai dan gantungkan ke bahu sambil buat muka macho. Fuhhh nampak mengancam dan garang betul.
Syot Jawline atau Janggut
Tumblr media
Pose ini hanya sesuai digunakan oleh lelaki yang mempunyai rahang yang tajam atau janggut yang tebal. Bagi lelaki yang mempunyai ciri – ciri ini, posing ini sangat mudah untuk dilakukan kerana korang cuma perlu memilih sudut syot yang boleh menonjolkan lagi rahang atau janggut korang untuk kelihatan lebih mengagumkan di dalam gambar. Kalau boleh rahang tu jangan tajam sangat, takut tergores hati kaum hawa di luar sana hehe.
Tumblr media
Kalau sebelum ini korang pening kepala nak bergambar posing macam mana, sekarang boleh la korang cuba pose – pose yang kami dah senaraikan ni. Tengok abang – abang ni, penuh bergaya betul mereka semua posing bersama air Blast Teh Tarik Karamel. Kalau korang pun nak posing macam ni, boleh la beli Blast di Shopee blast.hq.
0 notes
blastkanjer · 4 years ago
Text
Perbezaan Papan Skateboard
Tumblr media
Sejak dari era 80-an dan 90-an, fenomena budaya skateboard sudah bertapak di Malaysia dengan majoriti penglibatan terdiri daripada golongan remaja melalui pengaruh trend semasa yang berlaku di seluruh dunia. Budaya skateboard yang dihangatkan lagi dengan kehadiran acara sukan ekstrem terbesar di Asia iaitu X – games telah melahirkan ramai bakat – bakat muda ketika itu sehingga mengharumkan nama Malaysia dipersada antarabangsa. Fenomena skateboard yang sering dikaitkan dengan sukan ekstrem kerana teknik dan kebolehan pemain untuk melakukan aksi yang mengagumkan menggunakan papan skateboard jenis double kick, secara tidak lansung memberi persepsi kepada masyarakat yang tidak mengikuti budaya ini, bahawa hanya terdapat satu jenis papan skateboard. Oleh itu, jom kita kenal jenis – jenis papan skateboard dan perbezaan penggunaan papan – papan tersebut.
Longboard
Tumblr media
Papan skateboard jenis longboard terdiri daripada pelbagai jenis bentuk dan saiz. Akan tetapi, kebiasaannya papan jenis longboard perlu berukuran 33 inci dan ke atas. Antara papan skateboard jenis longboard yang sering digunakan adalah papan jenis pintail, twin tip, dan cruiser longboard. Ketiga – tiga jenis papan ini mempunyai sedikit perbezaan dari segi kebolehan untuk membelok, cengkaman tayar dan ruang untuk berdiri. Namun, kesemua jenis papan longboard ini sering digunakan untuk aktiviti meluncur bukit. Tayar papan longboard yang besar dan sesuai untuk digunakan di jalan yang tidak rata di samping membuatkan papan ini lebih laju turut membuatkan papan ini menjadi salah satu altenatif pengangkutan yang boleh digunakan di atas jalan raya.
Tumblr media
Cruiser
Tumblr media
Seperti namanya, papan ini turut digunakan untuk meluncur. Berbeza pula dengan papan cruiser longboard, papan ini lebih pendek dan mudah untuk di bawa ke mana – mana. Selain itu juga, oleh kerana saiznya yang lebih kecil berbanding versi longboard, papan cruiser ini memudahkan pengguna untuk membuat belokan yang lebih tajam. Walaubagaimanapun, kelajuan papan ini lebih rendah berbanding versi longboard sehingga membuatkannya tidak sesuai untuk digunakan untuk aktiviti meluncur bukit. Kelebihan untuk membuat belokan yang lebih tajam dan kelajuan yang kurang berbanding longboard, membuatkan papan ini sesuai untuk digunakan di bandar atau tempat yang mempunyai lorong yang banyak dan memerlukan pengguna untuk membuat belokan.
Carve
Tumblr media
Papan skateboard carve mempunyai bahagian tayar hadapan yang direka khas untuk membolehkan bahagian itu untuk menukar arah tayar mengikut kehendak pengguna. Papan yang mempunyai bahagian khas ini juga membolehkan pengguna untuk menghasilkan momentum sendiri berbanding papan skateboard biasa yang perlu menggunakan kaki bagi memulakan momentum. Papan skateboard ini sangat digemari oleh peluncur ombak kerana ia memberikan simulasi yang hampir sama seperti sedang meluncur ombak.
Double Kick
Tumblr media
Papan skateboard double kick merupakan papan ikonik yang digunakan hampir di seluruh dunia untuk menggambarkan budaya skateboard. Nama papan ini diberi berdasarkan ciri – ciri papan di mana kick atau bahagian belakang papan skateboard, digunakan kepada kedua – dua belah bahagian hadapan dan belakang. Majoriti pemain skateboard gemar menggunakan papan ini kerana ia mudah untuk melakukan teknik – teknik yang mengagumkan tidak mengira tempat.
Tumblr media
Kini pada tahun 2021, budaya skateboard semakin diterima baik dalam kalangan masyarakat. Malah, ada yang merasakan mereka atau “budak – budak skate” ini, sebagai satu kumpulan yang mempunyai gaya hidup yang sangat menarik kerana budaya skateboard dipengaruhi oleh budaya hip – hop. Kami di Blast pun menggemari gaya hidup yang “chill dan cool” ini. Tengok logo Blast pun dah tahu betul tak? Jadi tunggu apa lagi, jom beli Blast. Barulah “chill dan cool”.
Sumber: Osprey
0 notes
blastkanjer · 4 years ago
Text
Cara Mudah Bersedekah
Tumblr media
Di dalam semua jenis ajaran agama, amalan bersedekah seringkali dikaitkan dengan menyucikan diri dan kerohanian. Dalam ajaran Islam, sedekah merupakan salah satu cara untuk mendapat ganjaran dan saham di akhirat. Kita sering berpendapat bahawa amalan bersedekah hanya mampu dilakukan oleh mereka yang berkemampuan dari segi kewangan sahaja walhal perkara itu tidak benar sama sekali. Jom kita belajar cara mudah untuk bersedekah mengikut kemampuan kita!
Tumblr media
Sebenarnya, cara yang paling mudah untuk bersedekah adalah dengan bersedekah kepada haiwan. Apabila kita sedang makan bersama keluarga ataupun seorang diri, jika terdapat lebihan dan sisa makanan yang tidak habis, seeloknya kita kumpul semua lebihan dan sisa makanan itu supaya dapat diberikan kepada haiwan – haiwan liar yang kelaparan. Alang – alang, ambil sekali satu bekas dan isikan dengan air untuk disajikan bersama. Dengan itu, haiwan seperti kucing, burung dan anjing liar boleh menghilangkan lapar dan dahaga mereka.
Tumblr media
Bagi mereka yang sudah bekerja, saat yang paling dinanti – nantikan sudah semestinya pada hujung atau awal bulan kerana kebiasaannya gaji akan diberikan dalam tempoh itu. Bagi kebanyakan orang, gaji yang diberikan kepada kita sebagai “ganjaran” melakukan tugas di tempat kerja merupakan satu – satunya sumber pendapatan untuk menyara diri. Selalunya, diri kita merasakan bahawa pendapatan kita pada bulan itu tidak mencukupi sehingga membuatkan niat kita untuk bersedekah terbantut serta – merta. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, asingkan lima peratus daripada gaji untuk disedekahkan setiap bulan tidak kira apa jua sekalipun. Sesungguhnya bersedekah sewaktu sempit itu adalah sebaik – baik perbuatan.
Tumblr media
Pernah tak bila isi minyak kereta, isi dengan 50 ringgit tapi tangki minyak dah penuh dan ada lagi baki dua ke tiga ringgit? Apabila situasi ini berlaku, daripada kita pergi ke kaunter dan ambil semula baki, lebih baik kita bersedekah kepada penunggang – penunggang motosikal yang berada di sekitar kita pada masa itu. Bagi pengguna motosikal, mengisi minyak dengan dua ke tiga ringgit sahaja sudah memadai untuk memenuhi lebih daripada separuh tangki motosikal mereka.
Tumblr media
Seperti mana yang kita tahu, hidup ini umpama sebuah roda yang berpusing. Satu hari kita yang sedang berada di atas boleh berada di bawah dengan sekelip mata. Mesej yang ingin disampaikan adalah apabila kita mempunyai rezeki lebih pada masa itu, itulah masa yang paling sesuai untuk kita bersedekah kepada orang lain. Sedekah tidak semestinya diberikan dalam bentuk wang, kita juga boleh menyedekahkan makanan dan minuman apabila kita pergi ke mana – mana majlis, lebih – lebih lagi pada bulan Ramadan. Ketika bulan Ramadan, pahala orang berpuasa yang memakan atau meminum makanan dan minuman yang disedekahkan oleh kita, akan turut diberikan kepada kita sebagai ganjaran bersedekah.
Tumblr media
Mudahkan sebenarnya bersedekah ni? Kadang – kadang kita terlupa bahawa dengan bersedekah kita dapat membantu orang lain di samping membuatkan kita lebih bersyukur dengan rezeki yang sedia ada. Semperna bulan Ramadan, kami daripada Blast akan mengadakan Kempen Blast Berkat Ramadan. Beli 30 pouch minuman Blast, tapi dapat 36 pouch! Boleh la kita bersedekah dan berkongsi minuman ni ketika berbuka bersama keluarga atau kawan – kawan nanti ya.
0 notes
blastkanjer · 4 years ago
Text
Jom Kenal Teh Tarik
Tumblr media
Minuman berwarna coklat cair dengan rasa lemak manis dihidangkan dengan buih yang menggiurkan bernama teh tarik, sudah terang lagi bersuluh merupakan satu minuman santapan bagi rakyat Malaysia tidak kira di siang hari mahupun malam. Selamat untuk dikatakan bahawa minuman ini merupakan salah satu minuman ikonik yang sering dikaitkan dengan negara Malaysia sehingga sering digelar sebagai minuman kebangsaan. Namun begitu, tahukah anda tentang sejarah minuman kegemaran rakyat Malaysia ini?
Tumblr media
Teh tarik sebenarnya mula diperkenalkan oleh imigran India-Muslim daripada Selatan India yang berhijrah ke Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan di sini, secara tidak lansung turut membawa masuk tradisi mereka iaitu sarabat atau gerai minuman untuk menjual campuran air teh panas dan susu segar dikenali sebagai ‘garam chai’ yang bermaksud teh panas.
Tumblr media
Di India, pada asalnya susu lembu segar digunakan untuk membuat minuman seakan – akan teh tarik. Mereka juga turut menggunakan herba seperti cengkih, halia dan buah pelaga untuk membuat ‘garam masala’ iaitu teh herba. Selain menggunakan herba sebagai perisa tambahan, ia juga dimasukkan ke dalam teh untuk membuat minuman yang boleh memanaskan badan ketika musim sejuk.
Tumblr media
Selepas Perang Dunia Kedua, harga daun teh meningkat secara mendadak dan menjadi salah satu bahan mewah yang hanya mampu dimiliki oleh orang – orang kaya. Majoriti daun teh yang berkualiti lebih cenderung dijual kepada British yang sangat menggemari minuman teh dan mampu untuk membelinya. Hasil daripada itu, populasi India-Muslim mencari alternatif lain untuk membuat teh dengan menggunakan sisa – sisa dan hampasan daun teh yang jauh lebih murah.
Tumblr media
Air teh yang menggunakan debu teh selepas mengisar sisa – sisa dan hampasan daun teh, mempunyai rasa yang sangat pekat dan pahit berbanding menggunakan daun teh sebenar. Oleh itu, populasi India-Muslim menggantikan susu lembu segar kepada susu pekat manis untuk mengimbangi dan mengurangkan rasa pahit itu bersama rasa manis susu pekat. Nama teh tarik ini pula terhasil daripada teknik “menarik” teh daripada satu bekas ke bekas yang lain bagi menghasilkan buih yang mampu meningkatkan lagi rasa di samping dapat menyejukkan minuman panas ini.
Tumblr media
Oleh kerana populasi India-Muslim menjual teh tarik dengan membuka sarabat di pintu masuk ladang – ladang getah di seluruh Malaysia, perselisihan pendapat berkenaan isu asal – usul minuman bersejarah ini sama ada ianya tercipta di negara Malaysia ataupun Singapura mula muncul apabila Singapura keluar daripada negara Malaysia pada tahun 1965. Sehingga kini, sarabat masih boleh ditemui di kawasan – kawasan ladang getah di Malaysia, dan kawasan yang dikhaskan untuk berniaga di Singapura.
Tumblr media
Penuh bersejarah betul minuman teh tarik ini kan? Sebab itu kami memilih minuman ikonik ini sebagai produk pertama kami di Blast dengan tambahan perisa moden iaitu karamel! Jadi lepas ini sebelum pergi tengok bola atau lepak dengan kawan – kawan, sediakan banyak – banyak Blast Teh Tarik Karamel dekat rumah ya. Sekarang Blast dah ada di Shopee, jadi tunggu apa lagi, sediakan stok banyak – banyak dekat rumah terus supaya senang bila nak perkena teh tarik karamel yang padu.
Shopee Blast: blast.hq
3 notes · View notes
blastkanjer · 4 years ago
Text
Kenapa Perlu Duduk Ketika Minum?
Tumblr media
Ketika berjalan semasa bersiar – siar, melakukan aktiviti sukan, malah semasa sedang berada di rumah, setuju atau tidak bahawa rata – rata rakyat di Malaysia mempunyai tabiat minum sambil berdiri tanpa disedari? Tambah pula dengan cuaca di Malaysia yang sentiasa panas hampir setiap hari, sudah semestinya kita akan minum untuk mengelakkan kekurangan air di dalam badan tidak kira masa dan tempat sehingga terpaksa minum sambil berdiri kerana tiada tempat untuk duduk. Menjaga pengambilan air merupakan sesuatu perkara yang bagus, akan tetapi kita juga perlu tahu cara yang terbaik untuk mengambilnya.
Tumblr media
Dah minum tetapi masih merasa haus? Salah satu keburukan minum sambil berdiri adalah ia tidak menghilangkan haus. Cara yang terbaik untuk menghilangkan rasa haus adalah minum ketika duduk dengan meneguk air sedikit demi sedikit secara pelahan.
Tumblr media
Secara saintifiknya, minum sambil berdiri boleh menganggu kestabilan kandungan cecair di dalam badan. Air yang diminum automatik masuk tanpa ditapis dan terus menuju ke bahagian buah pinggang, pundi kencing serta memercik ke dinding perut. Hasil daripada ini, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti meningkatkan risiko penyakit sendi, kerosakan buah pinggang dan menganggu kelancaran penghadaman.
Tumblr media
Bagi sudut pandangan Islam pula, tabiat minum sambil berdiri kelihatan tidak sopan secara umum, lebih – lebih lagi di mata individu yang sudah berusia. Para ulama mempunyai pelbagai pandangan yang berbeza berkenaan isu ini. Namun, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memberikan pandangan bahawa hukum minum sambil berdiri adalah makruh tanzihi di lawan web rasmi mereka. Dari segi syarak, makruh tanzihi merujuk kepada perbuatan yang dituntut oleh syariat untuk ditinggalkan tetapi tidak berdosa jika dilakukan.
Tumblr media
Jadi bila dah tahu tentang keburukan minum sambil berdiri, jangan lupa duduk dulu sebelum minum ya. Bila tengah duduk tu pula, boleh lah kongsi kempen #minumduduk daripada Blast di laman web dan media sosial rasmi kami!
Pautan rasmi laman web Blast: https://www.blastbeverages.com/
1 note · View note