cahayaqalbi
cahayaqalbi
Hati Milik Allah
233 posts
Sabar dan Syukur paling utama
Don't wanna be here? Send us removal request.
cahayaqalbi · 8 years ago
Text
Rindu
Ya Allah aku rindu sekali ingin meluahkan dekat sini. Ya Allah, aku rindu. Ya Allah sekarang kehidupan aku jauh lebih baik dari semalam. Ya Allah aku bersyukur. Lama rasa aku tersesat. Kini aku jatuh dan kembali mencari Mu ya Allah. Benar, apa yg orang kata. Di saat jatuh, Engkau yg aku cari. Di saat lupa alpa lalai, Engkau yg aku mohon pertolongan. Di saat aku jauh tersesat, Engkau masih bersama ku. Jahilnya aku. Ya Allah Terima kasih kerana Masih bersamaku. Gapai tangan aku di kala aku memerlukan Engkau. Allahu 😢
2 notes · View notes
cahayaqalbi · 9 years ago
Quote
Istidraj paling bahaya. Tak solat. Tak tutup aurat tapi rezeki melimpah ruah & hidup berjaya dengan mudah. Manusia duniawi.
0 notes
cahayaqalbi · 9 years ago
Quote
Jgn pernah menyesal.
4 notes · View notes
cahayaqalbi · 9 years ago
Quote
two things I found on Tumblr: one: words that exactly describe your feeling and thought, so you know you are not the only one two: words that motivate you to be strong, to be better, to look forward and so on that is why, I love Tumblr 😍
(via soffahulasfiya)
me too :D
(via farahferra)
2K notes · View notes
cahayaqalbi · 10 years ago
Text
Baby Adam
Letih memang letih. Tapi siapa sangka di sebalik keletihan ada Pahala Allah nak bagi. Tanam dalam hati Jangan Merungut. Rasa seronok jaga anak syurga. Amanah dari Allah. Pinjaman sementara di dunia. Aku bersyukur Ya Allah.
2 notes · View notes
cahayaqalbi · 10 years ago
Photo
Tumblr media
Kita ada mata. Hebat mata kita. Tapi lagi hebat jika kita menangis kerana dosa.  Mengapa ada orang tak boleh menangis? Mengapa? Kerana iman di dada.
Ada orang boleh mendengar ‘mp3’ berjam-jam hingga terlena, tapi tak boleh dengar kuliah agama walaupun 1jam suku. Mengapa? Kerana iman di dada.
Ada orang boleh bercakap berjam-jam lamanya. Tapi pagi ini dia tak mampu untuk berzikir kepada Allah s.w.t walaupun 5 minit. Mengapa? Kerana iman di dada.
Ada orang boleh pegang suratkhabar. Dia boleh tengok. Dia boleh baca dari mula sampai habis. Tapi pagi ini dia tak mampu untuk baca Al Quran walaupun 5 minit. Mengapa? Kerana iman di dada.
Ada orang boleh berdiri berjam-jam. Untuk apa? Untuk beli tiket perlawanan bola sepak. Sampai berpeluh-peluh. Boleh pergi market. Berjalan tengok ikan pari. Ikan pari tak sedap. Ambil yang lain pula sampai berpeluh-peluh pilih ikan. Tapi dia tak mampu berdiri untuk solat subuh walaupun 5 minit. Mengapa?  Kerana iman di dada.
Ada orang, dia pegang RM50. Besar RM50 ketika mana? Ketika dalam masjid lah, betul tak? Tabung masjid lalu, dia terambil RM50. “Allah! silap ambil duit” bisik hatinya, di tolak kembali masuk ke dalam kocek,  Lalu diambil yang yang berwarna biru RM1. RM50 besar nilai ketika dalam masjid, tapi kecil nilainya ketika berada dalam pasaraya Tesco,  Giant, dan lain-lain lagi. Mengapa? Kerana iman di dada.
Semoga Allah kita dalam mencari keredhaanNya.
Wallahhu Ta'ala A'lam. #thedaiegraphy #abuhanifah #salamjumaat #iman #positive #islam #muslim #prayforummah
65 notes · View notes
cahayaqalbi · 10 years ago
Text
04 August 2015
Letakkan sepenuhnya kepada Allah. Bertawakkal lah kepada Allah. Serahkan kepada Allah, Tuhan yg Maha segala²nya. Siapa kita untuk mengubah segalanya jika Allah itu tahu mana yg baik buat kita? Doa , usaha, tawakal, syukur buat kita lebih dkt dgn Allah. Apalah sgt dgn nikmat dunia yg sementara ini. Sedangkan nikmat akhirat itu lebih baik dari seisi alam? Tanya diri, Kalau dah doa kenapa hati tak tenang? Serahkan bulat² kpd Ya Hayyu Ya Qayyum. Yakin pd Allah. Rezeki di mana². Dekatkan diri dgn Allah.
0 notes
cahayaqalbi · 10 years ago
Quote
7 Sunnah Hebat Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: Pertama : Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah. Kedua : Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi. Ketiga : Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. Keempat : Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki. Kelima : Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda. Keenam : Jaga wudhu’ terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu’. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu’ senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”. Ketujuh : Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
(via kakpijah)
Jom dekatkan diri dgn Allah. Muhasabah diri itu perlu ada dalam hati kita. Agar tidak terlalai dgn dunia fana.
832 notes · View notes
cahayaqalbi · 10 years ago
Quote
Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmahnya, bukti: 1) Sakit itu Zikrullah. Bukti: Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya. 2) Sakit itu Istighfar. Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun. 3) Sakit itu juga Muhasabah. Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali. 4) Sakit itu Jihad. Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan. 5) Sakit itu Ilmu. Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit. 6) Sakit itu juga Nasihat. Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar. 7) Sakit itu Silaturrahim. Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi. 8) Sakit itu gugur dosa. Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian. 9) Sakit itu Mustajab Doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu. 10) Sakit itu menyusahkan Syaitan. Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya. 11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis. Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah saw dan makhluk di langit. 12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama. 13) Sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu. 14) Sakit mengingatkan kita akan Mati, Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya. Semoga perkongsian pagi ini bermunafa'at.. Ayuh Zikir, fikir, syukur & sabar…
(via kisahsukaduka)
Allah Maha Mengasihani
276 notes · View notes
cahayaqalbi · 10 years ago
Photo
Terkesan.
Tumblr media
“Dalam sehari kita ada 24 jam. Jika kita stres sebanyak 8 jam, sekurang-kurangnya kita ada 16 jam lagi untuk tidak stres. Betul kan? Jadi carilah jalan untuk lakukan sesuatu menghilangkan rasa stres itu. Ambil wuduk dan solat. InsyaAllah itu ubat mujarab hilangkan stres.
Dan jika dihimpit ujian dunia, sedarkan akan suatu hakikat ini, semuanya akan berakhir. Kita tidak kekal. Tiada satu pun makhluk di dunia ini akan kekal selain Allah. Jadi kita stres dengan segala macam di dunia, sedangkan segala segenap inci yang ada di dalam dunia ini adalah pinjaman semata-mata. Jadikanlah ini motivasi diri buat kita untuk terus melangkah gagah.”
- #TelegrafCintaUSD, (Bab 22: Semuanya Akan Berakhir) #HamiAsraff
31 notes · View notes
cahayaqalbi · 10 years ago
Text
02 August 2015
Alhamdulillah
0 notes
cahayaqalbi · 10 years ago
Photo
Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media
MAKNA DALAM SOLAT
Yok, kita sama sama belajar…
Tergelitik dari posannya si choqi-isyraqi :D
3K notes · View notes
cahayaqalbi · 10 years ago
Quote
Ya Allah kuatkan hati aku ini. Semoga Allah merahmati keluarga ku. Dan memberi rezeki drpd arah yg tak di sangka².. Aku redha dgn ketentuanMu ini ya Rabb. Tabahkahlah hati ku. Aku redha. Semoga Allah kuatkan iman ku. Bersyukur dgn apa yg ada. Syukur syukur syukur Alhamdulillah.
0 notes
cahayaqalbi · 10 years ago
Text
Terkesan semula
Solat pada waktu yg dilarang
Rasulullah saw bersabda “ Tunaikanlah solat Subuh kemudian berhentilah sehingga matahari terbit dan naik kerana matahari terbit di antara tanduk syaitan. Pada ketika itu, orang kafir sedang sujud kepadanya. Kemudian barulah solat kerana solat pada waktu itu akan disaksikan dan dihadiri sehingga ia akan membawa naungan dgn tombak. Kemudian berhentilah menunaikan solat ketika matahari tegak di atas kepalamu kerana pada ketika itu neraka Jahanam sedang dinyalakan. Jika kamu telah mendapati bayangan, maka tunaikanlah solat. Ini kerana solat pada ketika itu akan disaksikan dan dihadiri sehingga kamu menunaikan solat Asar. Kemudian berhentilah solat sehingga menjelang Maghrib kerana matahari terbenam di antara dua tanduk syaitan. Pada ketika itu, org kafir sujud kepadanya.
Nabi saw bersabda, "Sampaikanlah pesanku walaupun sepotong ayat.”
1 note · View note
cahayaqalbi · 10 years ago
Text
30 July 2015
Alhamdulillah. Masih bernyawa. Syukur syukur syukur ya Allah.
0 notes
cahayaqalbi · 10 years ago
Quote
Setiap hari; Baca Quran walau sedikit. Bangun malam walaupun 5 minit atau 10 minit sebelum Subuh. Solat malam walaupun 2 rakaat. Qobliah, Ba'diah walaupun hanya sekadar Qobliah Subuh, Ba'diah Maghrib, Ba'diah Isya’. Dhuha walaupun 2 rakaat, witir walaupun 3 rakaat. Selawat walaupun pagi 10 kali petang 10 kali. Dan baca “hasbiyallah la ilaha illallahuwa ‘alaihi tawakkaltu wa huwa robbul ‘arsyil ‘adzim.” Itu kata Nabi siapa yang baca pagi 7x petang 7x (selepas Asar, Maghrib, atau Isyak) Allah Taala cukupkan segala hal-hal yang menyusahkan dia dari perkara dunia dan akhirat Allah Taala akan cukupkan dia….. Usaha khusyu’ dalam solat walaupun sedikit. Khusyu’ awalnya dipaksakan, lama-lama kebiasaan. InsyaAllah Allah Taala kasi Taufiq. Amin Allahumma Amin.
Habib Jindan Bin Novel Bin Salim Bin Jindan (via thethoughtcupboard)
422 notes · View notes
cahayaqalbi · 10 years ago
Quote
Rezeki Allah di mana-mana.
Lubuk hati
0 notes