caplimau07-blog
caplimau07-blog
TheFreelanceWriter
13 posts
Don't wanna be here? Send us removal request.
caplimau07-blog · 7 years ago
Photo
Tumblr media
📸 : irmadilondon.blogspot.my | irma 📝 : Syafiq Dayat 📌 : Bab Enam | Tok Ketua “ Ke mana pula lah si Mah ni letak kopiah aku “ , kata Tok Ketua . Haa ! Atas meja ruang tamu rupanya . Beliau lupa pagi tadi usai solat subuh , dia terlelap di sofa kerana kepalanya terasa berat . Nak ke mana tu Atoknya ! , jerit isteri Tok Ketua . Tadi kata sakit , tup tup dah bersiap nak keluar . Tak ada keje lain la tu hendak melepak di Warung Haji Hussein . Yang di dapur tu siapa pula nak melantak ? Begitulah Nek Mah berleter kepada Tok Ketua , adakala orang kampung pun boleh melihat babak ini tiap kali ke rumah Tok Ketua . Bagi Nek Mah , keluarlah ke mana pun asal apa yang sudah di hidangkan di jamah . Sudah membuatkan hati Nek Mah tenang . Aku keluar sekejap ke rumah budak si Rudi tu , nak jenguk dia . Malam tadi kan ... teliti Nek Mah mendengar , namun hampa . Tok Ketua mematahkan perbualan tadi . “ Aku pergi sekejap saja ! nanti selesai urusan di sana aku terus balik , jamah yang di dapur tu . Air kopi tu jangan di tuang dulu “ , kata Tok Ketua sambil memberi arahan . Cepat - cepat beliau menuruni tangga . Di hidupnya enjin motosikal Honda EX5 terus berlalu keluar dari perkarangan halaman rumah . Agak tergesa - gesa Tok Ketua hari ini . Nek Mah yang dari tadi hanya memerhati tingkah laku suaminya mula rasa tidak tenang , rasa tidak sedap hati seolah - olah ada sesuatu yang buruk berlaku . #kauadasaka #BabEnam
11 notes · View notes
caplimau07-blog · 7 years ago
Photo
Tumblr media
Selesai kenduri si kg pandan , niat hati nak bawa housemate ke Sogo , disebabkan jalan banyak yg ditutup untuk beri laluan pada LTDL 2018 . Maka kami buat keputusan untuk ke Dataran Merdeka . Ada hikmah apabila dapat rezeki berjumpa dengan first rider MotoGP negara .
0 notes
caplimau07-blog · 7 years ago
Photo
Tumblr media
📸 : mistikdantahyul.blogspot.com | Hijrah Bidadari 📝 : Syafiq Dayat Bab 6 : Jamu kau makan “ Nasi kuning, ayam panggang, bertih, telur separuh masak, darah ayam hitam, kain kuning , bubur merah , bubur putih . Semuanya tersedia untuk upacara jamu nanti “ . Malam itu diterangi cahaya bulan dan lampu minyak tanah yang di pasang Rudi pada sebelah petang . Mujurlah kawasan rumahnya agak tersorok dari laluan utama . Angin mula meniup sedikit kasar , meresap kesejukan keseluruhan anggota badan . Bulu roma mula menegak serentak seolah-olah komander memberi arahan . Satu dua nyalaan lilin di meja santapan mula kelihatan tidak tenang . Rudi terus membaca mentera untuk menyelesaikan upacara itu dengan cepat . Selesai mantera itu dibaca , kelihatan tindakbalas Rudi seolah-olah sesuatu makhluk telah masuk kebadannya . Dicapai apa yang tersedia di meja , dijamah dengan gelojoh sehingga habis kesemuanya sebelum Rudi rebah ke tanah . Seraya dengan itu angin yang kuat muncul menyerang ke kawasan upacara itu disulami dengan bunyi yang sungguh menyeramkan . Bergelap laman rumah Rudi . Rudi seperti biasa terbaring di tanah tanpa baju dan tidak sedarkan diri . Kebiasaannya selepas subuh barulah dia sedar . Itulah rutin upacara itu , namun pada malam itu agak berlainan angin itu . #kauadasaka #babenam
1 note · View note
caplimau07-blog · 7 years ago
Photo
Tumblr media
Gambar : tripadvisor.com Cerita : Syafiq Dayat Bab 5 : Farah “Iblis berkata : Wahai Tuhanku, oleh kerana Engkau telah menjadikan aku sesat, maka sesungguhnya aku akan menghiaskan segala jenis maksiat kepada manusia di muka bumi ini dan aku pasti akan menyesatkan mereka kesemuanya”. Surah al-Hijr ayat 39 Inilah perkara yang aku paling menyampah , kenapa aku yang perlu menanggung amalan mereka . memecah kesunyian dek kerana amarah Rudi dalam rumah peninggalan orang tuanya itu . Rudi mempunyai seorang adik yang sangat dia sayangi , Farah berumur 25 tahun seorang executive pemasaran di sebuah syarikat di ibukota Kuala Lumpur . Sejak adiknya Farah masih dalam pengajian Universiti lagi , Rudi berpesan agar tidak pulang ke kampung mahupun menjenguk beliau . Rudi tidak mahu jika ada apa - apa yang buruk berlaku kepada adiknya , suatu hari nanti pasti semuanya akan berakhir dan mereka dapat bersatu . Dalam tidak sedar pipinya basah terkenang adiknya yang sangat Rudi rindukan , apakah khabar Farah sekarang ? Harap dia baik - baik dan menjalani kehidupan yang lebih baik dari dia . Entah sempat atau tidak untuk aku tatap wajah Farah . Mengerut muka Rudi menahan sedih , rindu benar rasanya pada adiknya . Tangggg ! Bunyi tudung periuk seperti dilempar kuat di lantai . Huh ! Sakit jantung kalau selalu terkejut macam ini , Gerutu hati Rudi . Terus dia ke dapur menjenguk apa yang berlaku . Laa , kucing rupanya . Ada bungkusan plastik hitam besar di atas meja makan , di belek - belek akan Rudi . Bungkusan itu adalah bahan untuk upacara malam ini . “ Sampai bila la aku perlu buat semua ini “ , sekali lagi Rudi kelihatan cukup marah . #kauadasaka #bablima
0 notes
caplimau07-blog · 7 years ago
Text
‪Cabaran bab 5 : Menjamu si dia‬
‪Bila buat research pasal benda ni , timbul perasaan takut jika kita diperbodohkan oleh mahkluk ni . Aku cuba garapkan serba sedikit untuk 2 bab dalam cerita aku kali ini .
“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak Adam agar kamu jangan menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang jelas”.
Khadam Asal atau Khadam Bersyarat ?
‪#kauadasaka ‬
‪#bablima‬
0 notes
caplimau07-blog · 7 years ago
Photo
Tumblr media
Gambar : Syafiq Dayat Cerita : Syafiq Dayat Bab Empat : Bangsa Dam Haji “ Saya balik dulu ya Haji , diaorang macam tidak suka saya datang sini saja “ ucap sopan Rudi Haji Hussein hanya mampu mengangguk kepala tanda hormat , sambil berpaling kearah pelanggan beliau . Warung Haji Hussein adalah tempat dimana bangsa dam haji berkumpul . Beberapa lapisan golongan bangsa ini berkumpul termasuklah kariah masjid turut tidak ketinggalan . Dari pandangan kasar seakan - akan mereka ini adalah bangsa yang tidak menghargai masa barangkali . Namun masih ada secalit kebaikan dalam hal ini . Itulah sebuah rukun tetangga yang baik antara bangsa tua dan juga muda . Tapi itulah , masih hampa . “ Malam ini perlu jamu makan dia pula ! “ #kauadasaka #babempat
0 notes
caplimau07-blog · 7 years ago
Text
Kau Ada Saka
Cerita : Syafiq Dayat
Bab Satu : Jangan Jadi Bodoh
‪“ Hidup ini jangan diperbodohkan oleh hantu “‬
‪Celaka ! Kau ada saka . Habis la kau , nerakalah tempat kau nanti . Hanya satu sebab berdamping dengan mahkluk syaitan . ‬
‪Persoalannya , adakah beliau rela diperbodohkan atau didampingkan oleh lahanat itu ?‬
0 notes
caplimau07-blog · 7 years ago
Photo
Tumblr media
I’m a legend 😅🤘🏻
0 notes
caplimau07-blog · 7 years ago
Photo
Tumblr media
0 notes
caplimau07-blog · 7 years ago
Text
Siapa last dia tutup lampu
0 notes
caplimau07-blog · 7 years ago
Photo
Tumblr media Tumblr media Tumblr media
C
0 notes
caplimau07-blog · 7 years ago
Photo
Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media
41K notes · View notes
caplimau07-blog · 7 years ago
Photo
Tumblr media
0 notes