captainharleyquinzel-blog
captainharleyquinzel-blog
Untitled
2 posts
Don't wanna be here? Send us removal request.
captainharleyquinzel-blog · 10 years ago
Text
Certot yang Kalah
Hari sabtu lalu (11.04.2015) Fixi mengumumkan  pertandingan CERTOT (Cerita Kontot) yang bertajuk OBSESI. Peserta bebas menggunakan genre dan gaya apa saja dengan syarat certot tersebut tidak melebihi 200 patah perkataan dan di hantar sebelum 10 pagi pada keesokan harinya (12.04.2015).
Setelah dua kali terlepas daripada menyertai pertandingan certot FIXI. Akhirnya, saya berkesempatan untuk menyertai. Hasil tulisan telah di hantar seperti yang dikehendaki oleh penganjur. Dan, hari ini keputusan yang dinantikan telah diumum. 
 KALAH.
Itu keputusan yang perlu ditelan walaupun pahit. Namun, sekurang-kurangnya kini saya tahu nilai penulisan saya di mata penerbit dan tidak terus dibuai dengan perasaan syok sendiri. 
Kalah itu sangat wajar diratapi. Namun, tidak semestinya ‘produk’ yang gagal itu dibuang ke tepi. Dengan itu, saya memperlihatkan certot yang kalah demi memperbaiki esteem diri yang sudah rapuh.
p/s: Saya sepatutnya siapkan laporan dan bukannya mempersembahkan kegagalan di alam maya.
Obsesi
“Dalam peperangan yang kalah adalah MEREKA dan KITA adalah sang pemenang sejati!!! “
Ya, seakan baru semalam aku laungkan ayat itu di hadapan ribuan bala tenteraku. Dan sudah pasti setiap laungan akan di sertai dengan sorak semangat mereka. Riak bengis dan tidak berperikemanusian tertera jelas di wajah-wajah mereka.
Bunuh!!! Musnahkan!!! Menang!!!
Itulah ‘zikir’ yang sudah tertanam dalam jiwa kami semua!!!
Aku masih ingat lagi empayar yang pernah dibina atas kemenangan kami. Tembok biru yang tersergam bukti kemashyuran . Sistem pertahanan kami dikawal rapi oleh para pemanah, laksamana agung serta ahli sihir diraja. Sihir? Bunyinya syirik. Tapi jika syirik itu membawa kepada kemenangan, aku sudah tidak peduli akan dosa dan neraka. Kegemilangan itu bukan terhad kepada kuasa semata-mata, tetapi juga dalam perkembangan teknologi ketenteraan. Kami telah berjaya mencipta robot pemusnah. Robot pemusnah berpakaian zirah tentera Eropah dan berpedang Samurai itu adalah gabungan ideologi ketenteraan Timur-Barat. Dan itu bukanlah pencapaian pertama, kerana sebelum ini kami telah pun berjaya mencipta jet pejuang bereplika naga.
Lihat betapa besarnya makna sebuah kemenangan itu?  Mengapa mereka masih tidak faham!?
Doktor Seth hanya terdiam melihat anak muda di  dalam bilik itu yang mula menangis teresak-esak. Lalu, dia mencatat sesuatu di kertas preskripsinya;
Diagnosis: Obsession of COC.
0 notes
captainharleyquinzel-blog · 10 years ago
Text
Tulisan yang Gagal dan Laporan
Hari ini aku gagal. Hasil tulisanku tidak menarik minat para juri. Mungkin kerana aku tidak berfikir di luar kotak lalu penceritaanku menjadi terlalu klise atau mungkin juga aku terlalu mencuba sehingga  dilihat sangat melampau-lampau? Aku tidak tahu.
‘Sekurang-kurangnya kau telah mencuba’ Pujuk hati kecilku.
Aku menarik nafas yang  panjang, seakan berat untuk dilepaskan. Mataku masih tertumpu dengan lima karya pilihan juri yang di angkat sebagai pemenang.
Karya-karya permata di celah-celah kaca...
Itulah komen juri mengenai karya para pemenang.
‘Maksudnya, karya awak tu kaca!’ Suara kecil yang tadinya memujuk kini menyindir dengan nada sinis.
Aku tertunduk, cuba menerima hakikat yang  aku tidak mempunyai bakat untuk menulis. Mempersembahkan idea dan imaginasi dalam bentuk penulisan tidak semudah seperti menyampaikannya dalam bentuk kata-kata, apatah lagi dengan jumlah patah perkataan yang terhad. Benar kata guruku, kemahiran orator tidak menjamin kepada kemahiran persuratan.
Mungkin sudah tiba masanya aku hentikan angan-angan itu. Aku mencapai tetikus, dan anak panah di acukan ke arah ikon X yang berada di penjuru  skrin komputerku. Klik. Apa guna menatap lama  keputusan itu jika hanya menyakitkan hati? Laman sosial tadi hilang dari skrin komputer. Puas.
Memilih untuk menyiapkan laporan yang telah ditugaskan oleh bossku adalah perkara yang paling tepat untuk detik ini.
0 notes