cikdeestuff-blog
cikdeestuff-blog
Plantas
25 posts
(PROPAGATION AND PLANT MANAGEMENT) IJAZAH SARJANA MUDA SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP)      
Don't wanna be here? Send us removal request.
cikdeestuff-blog · 8 years ago
Photo
Tumblr media Tumblr media
PEMBIAKAN SECARA CANTUMAN BAJI
Cantuman dilakukan untuk mendapatkan klon-klon baru yang lebih baik.
KEPENTINGAN CANTUMAN BAJI :
-          Tahan penyakit
-          Tahan terendam air
-          Pengeluaran hasil yang tinggi
-          Mencergaskan kembali dahan yang lemah
-          Membaik pulih dahan atau batang yang tercedera
Bahan-bahan yang diperlukan
1.       Plastik lut sinar
2.       Pita parafilem
3.       Tali rafia
4.       Pisau tajam
5.       Gunting
Langkah-langkah :
1.       Sediakan pokok puding merah dan pokok puding hijau.
2.       Potong bahagian pucuk pokok puding merah menggunakan pisau sepanjang 8-10cm dari pangkal pokok. Pangkal pucuk dipotong berbentuk baji atau V. Permukaan yang dipotong hendaklah rata dan licin serta berukuran 2 cm panjang. Daun- daun dikerat separuh.
3.       Kemudian, pucuk tadi disisipkan pada pokok puding hijau yang telah dibelah kemas sebanyak 2cm.
4.       Balut bahagian cantuman tadi menggunakan pita parafilm.
5.       Akhir sekali, keseluruhan pokok dibalut dengan plastic lut sinar bagi menggelakan dehydration atau pucuk kering dengan cepat. Ikatkan dengan kemas pada hujung dahan.
6.       Hasil yang diperolehi setelah seminggu :
Gambar 1 :
Daun-daun pokok mengalami kekuningan bermakna canntuman tidak menjadi.
Gambar 2 :
Sungkupan pokok mengalami pemeluwapan bermakna ikatan tidak kemas.
Gambar 3 :
Daun-daun pokok sama seperti yang asal bermakna cantuman baji menjadi.
0 notes
cikdeestuff-blog · 8 years ago
Photo
Tumblr media
29 NOVEMBER 2017 (KURSUS ASAS PERTANIAN)
0 notes
cikdeestuff-blog · 8 years ago
Video
proses osmosis
0 notes
cikdeestuff-blog · 8 years ago
Photo
Tumblr media
MINGGU KE-10 (PEMBIAKAN TUMBUHAN MELALUI KAEDAH TUT UDARA (AIR MARCOTTING)
Pembiakan tumbuhan melalui kaedah TUT ialah pembiakan yang dilakukan pada dahan/ranting yang masih terlekat pada pokok induk iaitu bahagian yang masih mendapat makanan dan air dari pokok induk.
Kelebihan TUT
·         Cirri pokok induk diwarisi sepenuhnya.
·         Tanaman baru lebih cepat matang.
Bahan-bahan
·         Plastik putih lut sinar
·         Pisau lipat/Pisau cantuman
·         Penggalak akar
·         Tali raffia
·         Medium (2:1) iaitu (tanah : coco peat)
Langkah-langkah
1. Sediakan campuran medium nisbah 2 : 1 iaitu tanah dan coco peat.
 2. Pilih pokok yang sihat dan buat 2 kelaran mengelilingi dahan dengan jarak 3cm.
3. Kemudian, kopek kulit pada luaran dahan pokok di antara kelaran tersebut. Kikis lapisan kambium untuk mengelakkan kulit dahan tersebut bercantum semula.
4. Selepas itu, sapukan penggalak akar pada kelaran bahagian atas sahaja atas dan bawah.
5. Bentukkan medium tadi seperti bebola sebesar tapak tangan.
6. Bahagikan bebola tersebut kepada 2 dan lekapkan medium pada bahagian yang dikikis tadi.
7. Balutkan medium yang telah dilekatkan pada dahan pokok dengan menggunakan plastik lut sinar untuk membenarkan cahaya matahari masuk.
8. Akhir sekali, ikat dikedua-dua hujung bahagian yang telah dibalut dengan menggunakan tali rafia.
 Penjagaan & pengubahan anak pokok
·         Ranting yang dibuat TUT akan mula berakar setelah beberapa minggu (1-3 bulan) bergantung kepada jenis tanaman.
·         Potong dahan dibawah bahagian TUT untuk mengasingkan daripada pokok induk.
·         Buang plastik lut sinar sebelum di tanam untuk membolehkan akar berkembang.
0 notes
cikdeestuff-blog · 8 years ago
Video
youtube
Proses Transpirasi
0 notes
cikdeestuff-blog · 8 years ago
Video
tumblr
video ini menceritakan tentang fotosintesis. fotosintesis adalah proses tumbuhan membuat makanan sendiri.
0 notes
cikdeestuff-blog · 8 years ago
Text
Pembiakan Tampang (pembiakan secara semulajadi)
Pada minggu ini, kami mempelajari satu lagi jenis tanaman yang boleh di biakkan melalui kaedah pembiakan tampang.  Disini kaedah pembiakan tampang terbahagi kepada dua iaitu kaedah pembiakan semulajadi dan kaedah pembiakan cara buatan.  Kaedah pembuatan cara buatan ialah dengan cara keratan, cantuman dan lenturan. Pada minggu ini kami  ingin menceritan kaedah pembiakan tampang secara semulajadi. Kaedah pembiakan tampang secara semulajadi melalui beberapa cara iaitu melalui Batang Rayap, Bebawang, Rizom, dan juga Umbisi.
Batang Rayap :
·         batang yang keluar dari aksil daun dan biasanya tumbuh menjalar secara
mendatar di atas permukaan tanah
·         contoh; pegaga, strawberry, labu
 Umbisi :
·         Umbisi terdiri daripada batang yang membengkak untuk menyimpan makanan. Batangnya sentiasa berada di permukaan tanah. Daripada batang, dengan tumbuhlah daunnya.
·         Umbisi yang baru tumbuh di atas umbisi yang lama dan tunas akan tumbuh di tepinya.
·         Contoh ; Kentang, Keledek, Keladi ,Sengkuang.
Bebawang
·         Bebawang mempunyai batang yang pendek, biasanya batang itu dalam bentuk menegak. Terdapat kawasan pertumbuhan yang ditutupi oleh lapisan-lapisan daun bernabu. Di celah-celah antara daun bernabu dan batang tumbuh tunas yang dikenali sebagai tunas aksil.
·         Tunas aksil akan membentuk bebawang baru.
·         Contoh; bawang ,Spider lily,
Rizom
·         Rizom adalah batang yang tumbuh secara mengufuk di bawah permukaan tanah. Batangnya kelihatan bersegmen kerana terdapat buku dan ruas. Pada rizom terdapat tunas-tunas yang akan berkembang menjadi batang, akar, dan daun.
·         Contoh; Kunyit, Halia, Lengkuas, Kecur.
Untuk pembiakan tampang secara semulajadi, kita tidak memerlukan penggalak akar untuk mempercepatkan proses pembiakan akar. Ini kerana akar tersebut secara semulajadi telah mempunyai makanan untuk pembiakan akar.
0 notes
cikdeestuff-blog · 8 years ago
Text
Tumblr media
Cara penanaman pembiakan secara semulajadi.
0 notes
cikdeestuff-blog · 8 years ago
Photo
Tumblr media
contoh tanaman yang boleh di biakkan melalui pembiakan tampang. Untuk proses pembiakan tanaman ini hanya memerlukan medium yang bersesuaian. kemudian, kita hanya perlu menenggelamkan akar tersebut kedalam tanah. 
0 notes
cikdeestuff-blog · 8 years ago
Text
TANAMAN NUTRIPOT
Tumblr media
TANAMAN NUTRIPOT
Pada minggu ini kami telah mempelajari suatu kaedah penanaman baru iaitu kaedah tanaman NUTRIPOT. Kaedah tanaman nutripot adalah kaedah bercucuk tanam yang mudah dan diperkenalkan untuk mengatasi masalah kekerapan menyiram air. Kerja menyiram pokok atau tanaman sekali dua hari adalah suatu masalah bagi kami kerana kolej kediaman jauh dari tapak perladangan. Dengan menggunakan kaedah ini, kami tidak perlu kerap menyiram tanaman tetapi perlu memastikan air di dalam pasu tersebut sentiasa mencukupi. Berikut adalah bahan-bahan dan langkah-langkah untuk menghasilkan kaedah tanaman NUTRIPOT :
Bahan-bahan :
·         Botol kosong (5liter ke atas) / Pasu / Baldi
·         Span akuarium/ Kain / Kapas / Sumbu (bahan yang boleh menyerap air)
·         Cocopit (sabut kelapa)
·         Baja A dan Baja B
·         Gunting
·         Spray cat
Langkah-langkah :
1.      Potong bahagian atas botol kosong. Buatkan 3 lubang yang sederhana besar untuk masukkan sumbu dan 1 lubang kecil untuk mengalirkan air yang lebih keluar. Kemudian cat botol tersebut menggunakan cat spray untuk kelihatan lebih menarik. Bahagian atas botol dicat menggunakan warna hitam manakala bahagian bawah botol dicat menggunakan warna putih. Biarkan botol tersebut sehingga cat kering.
2.      Setelah botol kering, masukkan sumbu ke dalam 3 lubang yang dibuat tadi. Sumbu perlu dipasang di bahagian atas botol dan dijulurkan keluar ke bahagian bawah botol. 2 sumbu di bahagian atas botol perlu ditinggikan sama paras dengan kepala botol agar aliran air sampai ke bahagian atas.
3.      Kemudian, masukkan cocopit (sabut kelapa) ke dalam bahagian atas botol dengan penuh.
4.      Bahagian bawah botol perlu diisi air kosong kerana ia bertindak sebagai tempat simpanan air untuk di serap oleh sumbu ke bahagian atas botol iaitu cocopit.
5.      Setelah itu, masukkan Baja A sebanyak 2 penutup kecil botol mineral kedalam air kosong tadi. Kacau sebati. Kemudian, masukkan Baja B 2 penutup kecil botol mineral dan kacau sebati.
6.      Letakkan bahagian atas botol secara bertindih ke atas bahagian bawah botol. Air dibahagian bawah botol akan mengalir ke bahagian atas botol melalui 3 sumbu tersebut. Kemudian taburkan biji benih sayuran seperti bayam merah ke permukaan cocopit.
7.      Biarkan selama 7 hari di bawah kawasan yang redup. Perlu pastikan air dan baja sentiasa mencukupi pada bahagian bawah botol agar proses pertumbuhan berjalan dengan lancar.
Kandungan Baja
Baja A- Kalsium nitrat,potassium nitrat, iron, ammonium.
Baja B- Pottasium sulfat,potassium nitrat, magnesium sulfat.
0 notes
cikdeestuff-blog · 8 years ago
Text
PEMBIAKAN TAMPANG
Pembiakan Tampang ialah pembiakan yang menggunakan bahagian-bahagian vegetatif tumbuhan seperti akar,batang, daun untuk memperbanyakkan tumbuhan yang sama dengan induknya.Tumbuhan – tumbuhan yang dihasilkan secara demikian dipanggil klon.Kebaikan Pembiakan Tampang adalah boleh mendapatkan anak pokok yang seragam dan sama dengan pokok asal atau ciri-ciri anak pokok menyerupai induknya,pokok cepat berbunga atau berbuah dan kebolehan untuk tumbuh lebih cepat.Pembiakan tampang boleh dibuat dalam keadaan yang banyak dalam tempoh sesuatu masa.
Tumblr media
KAEDAH KERATAN DAUN
Pada minggu ini,kami mempelajari teknik keratan daun menggunakan bahagian daun tumbuhan.Terdapat beberapa jenis keratan daun boleh dibiak iaitu daripada keratan bahagian daun,keratan urat daun,keratan tangkai daun dan keratan helaian daun.Contoh  pembiakan daun ialah tapak itik,setawar dan lidah jin manakala pula yang menggunakan helai daun ialah pokok jambu air.Cara Pembiakan pokok setawar adalah mudah sekai iaitu melalui daunnya.Pokok setawar mempunyai lengkuk.Setiap lengkuk setawar keluarkan tunas,di samping itu pembiakan setawar juga boleh diletakkan dalam buku kerana setiap pokok mempunyai nutrin yang tersendiri.Setiap penaman keratan menggunakan hormon penggalak akar seperti IBA,ABA,NAA,Jenis- jenis hormon ini ada dijual dalam bentuk debu.Salah Satu jenama adalah Seradix.Jika kita ingin membuat penanaman di rumah tetapi tiada penggalak akar,Kita boleh menggunakan barang yang berada di rumah iaitu belacan,serebuk perasa seperti ajinamoto.
Tumblr media
Barang yang digunakan untuk penanaman keratan daun:
1.       Medium
2.       Polibeg
3.       Penggalak akar
4.       Pokok setawar
Contoh Proses Pembiakan Keratan Daun:
1.       Gunting pokok setawar kecil-kecil.
2.       Kemudian celupkan pokok setawar dalam penggalak akar contohnya                  jenama Seradix,Selepas itu tunggu dalam 10 saat.
3.       Selepas itu letakkan pokok setawar dalam polybeg.
Tumblr media
0 notes
cikdeestuff-blog · 8 years ago
Photo
Tumblr media
0 notes
cikdeestuff-blog · 8 years ago
Text
Pembiakan keratan batang
Pada minggu ini, kami para pelajar di minta untuk membawa sejenis tanaman keratan batang untuk proses pembiakan tanaman. Pembiakan tanaman sesuai dilakukan pada waktu pagi dan petang sahaja. Tujuan pembiakan tanaman adalah untuk menambahkan jumlah tanaman dan memelihara sifat sifat penting tanaman .
Pembiakan tanaman melalui beberapa cara antaranya ialah keratan batang, keratan daun dan juga spora.
Pada minggu lalu, kami belajar tentang cara cara pembiakan tanaman melalui keratan batang.  Kaedah ini merupakan kaedah yang paling mudah untuk menghasilkan pokok baru dengan banyak dan cepat. Pokok yang biasa di biak dengan keratan batang ialah pokok pudding, pokok bunga kertas, pokok bunga siantan , pokok bunga raya ,pokok ati ati dan pokok bunga loceng.  
Terdapat tiga jenis keratan batang iaitu keratan batang lembut, keratan batang sederhana keras dan keratan batang keras. Sewaktu proses pembiakan , daun hendaklah dicabut daripada batang.
0 notes
cikdeestuff-blog · 8 years ago
Photo
Tumblr media Tumblr media
MINGGU KE-4 PENGHASILAN RACUN ORGANIK DAN PEMBIAKAN KERATAN BATANG DAN DAUN ( 4 OCTOBER )
ASSALAMUALAIKUM. Pada minggu ini kumpulan kami berpeluang mempelajari satu ilmu baru iaitu mempelajari cara-cara untuk menghasilkan racun organik daripada Puan Salina dan Dr Husna. Racun organik ialah bahan atau sebatian bertujuan untuk mengawal, mencegah, memusnah, melemah, menghalau, melegakan atau mengurangkan jumlah makhluk perosak. Makhluk perosak termasuklah serangga, patogen tumbuhan dan rumpai yang merosakkan benda, menyebarkan penyakit atau menjadi vektor untuk penyakit.
Makhluk perosak ini agak mudah dikawal jika tindakan dibuat pada peringkat awal serangan. Selain daripada penggunaan racun kimia yang banyak terdapat dipasaran, makhluk perosak juga boleh dikawal dengan menggunakan racun organik. Disini kami ingin berkongsi kaedah penyediaan racun organik untuk mengawal makhluk perosak pada tanaman kami.
 BAHAN-BAHAN :
1.Bawang putih ( 1 labu )
2.Cili merah ( 6 biji )
3.Pencuci pinggan ( 1 sudu )
4.Pencuci  baju ( 1 sudu )
5. Air bersih ( 300ml )
6. Minyak 
7. Botol spray / Balang 
8. Alat pengisar
CARA-CARA :
1. Kisar bawang putih, cili merah serta air sehingga hancur.
2. Masukkan ke dalam botol. Perap selama 24jam.
3. Selepas itu, tapis bahan tersebut untuk mengambil cecair adunannya sahaja.
4. Pelajar hendaklah menambahkan 1 sudu pencuci pinggan/pencuci baju atau 1 sudu minyak bersama 1.5 liter air biasa  untuk dicampur ke dalam bahan tadi setiap kali ingin menggunakannya. 
0 notes
cikdeestuff-blog · 8 years ago
Photo
Tumblr media
MINGGU KE-3 MEMBUAT SUNGKUPAN ( 27 SEPTEMBER )
Selesai memindahkan biji benih ke dalam batas, kumpulan kami membuat membuat sungkupan menggunakan kain net yang disediakan oleh En Fariz. Kain net tersebut perlu menutupi semua permukaan batas tanaman dan perlu di tinggikan menggunakan kayu agar kain net tidak menghalang pertumbuhan biji benih tersebut. Antara kelebihan sungkupan tanaman ialah : 1. Biji benih akan terlindung daripada terkena cahaya matahari secara terus 2. Hujan tidak akan mencurah pada biji benih secara terus. Ini dapat menggelakan daun pokok dan batang pokok patah 3. Melindungi pokok daripada di makan haiwan-haiwan yang terbiar seperti kambing, lembu dan monyet.
0 notes
cikdeestuff-blog · 8 years ago
Photo
Tumblr media
MINGGU KE-3 PEMINDAHAN BIJI BENIH KE DALAM BATAS ( 27 SEPTEMBER )
Setelah kumpulan kami menghasilkan baja organik, kami melakukan pemindahan biji benih ke dalam batas. Pemindahan biji benih perlu dilakukan pada awal pagi sebelum matahari naik dan lewat petang. Hal ini demikian kerana biji benih yang baru tumbuh masih kecil mempunyai struktur akar yang lembut, daun dan batang yang lembut menyebabkan pohon tersebut tidak boleh terkena tanah yang panas disebabkan cahaya matahari. Kumpulan kami membuat lubang sedalam 1 inci untuk menanam biji benih. Jarak mendatar biji benih antara satu sama lain sebanyak 6 inci dan jarak melintang sebanyak 5 inci untuk memastikan pembesaran biji benih tersebut tidak terhalang.
0 notes
cikdeestuff-blog · 8 years ago
Photo
Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media
MINGGU KE-3 PENGHASILAN BAJA ORGANIK, PEMINDAHAN BIJI BENIH DAN MEMBUAT SUNGKUPAN ( 27 SEPTEMBER )
Assalamualaikum semua. Pada minggu ini, kami meneruskan proses penghasilan baja organik menggunakan bahan-bahan semula jadi. Baja organik merupakan baja semulajadi yang dihasilkan menggunakan bahan yang mengalami proses pereputaan dan menghasilkan nutrient penting yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan.Kumpulan kami menghasilkan baja organik yang diperbuat daripada sisa-sisa buangan seperti sayuran, buah-buahan, kepala ikan dan kulit telur. Sisa-sisa buangan yang kami gunakan itu mengandungi kandungan baik untuk dijadikan baja organik. Berikut adalah kebaikan sisa-sisa buangan yang kami gunakan :
1. Kulit telur - mengandungi kalsium, phosphorous. 
2. Kepala ikan - mengandungi asid, 
3. Kulit pisang - mengandungi kalsium, phosphorous, potassium. 
4. Jambu air dan mempelam - mengandungi glukos dan vitamin.
Kumpulan kami juga menggunakan gula merah sebagai bahan utama dalam menghasilkan baja organik. Kelebihan gula merah ialah :
1. Gula merah berupaya memerah keluar khasiat bahan yang diperam. 
2. Gula merah menjadikan bahan peram tahan lama. 
3. Gula merah juga makanan kepada bakteria yang terdapat dalam bahan peraman.
Cara penghasilan baja organik :
Bahan-bahan
1. Kepala ikan 
2. Buah-buahan seperti kulit pisang, jambu air, mempelam 
3. Sayur-sayuran seperti batang sawi, batang kankung, daun sawi 
4. Kulit telur 
5. Gula Merah
6. Balang
7. Kain putih
8. Cuka
NISBAH SUKATAN BAHAN ORGANIK FFA, FFJ, FPJ - 1 bahagian bahan organik : 1 bahagian gula merah Kulit telur - 1 bahagian kulit telur : 10 bahagian cuka
Kaedah penyediaan
1. Cincangkan kepala ikan sehingga hancur. Kemudian, masukkan satu senduk kepala ikan yang telah dicincang bersama satu senduk gula merah ke dalam balang kosong. Gaul kedua-dua bahan sehingga sebati. Setelah itu, lapik permukaan balang dengan kain putih dan tutup balang dengan rapat supaya lalat tidak hinggap dan mengelakkan pertumbuhan bakteria.
2. Kisar buah-buahan (kulit pisang, mempelam, jambu air) bersama sedikit air. Kemudian, masukkan satu senduk buah-buahan yang dikisar bersama 1 senduk gula merah ke dalam balang kosong. Sebatikan. Alaskan kain putih dibawah penutup. Tutup balang dengan rapat.
3. Kisar sayur-sayuran bersama sedikit air. Kemudian, masukkan satu senduk sayur-sayuran yang dikisar bersama 1 senduk gula merah ke dalam balang kosong. Sebatikan. Alaskan kain putih dibawah penutup dan tutup dengan rapat.
4. Ramas kulit telur sehingga hancur. Kemudian, masukkan 1sudu telur yang diramas bersama 10 sudu cuka ke dalam balang kosong. Goncangkan sehingga sebati. Setelah itu, alaskan penutup balang dengan kain putih dan tutup balang dengan rapat.
5. Simpan bahan-bahan FFA,FFJ,FPJ dan kulit telur di tempat yang redup selama 7hari.
SEDIKIT INFO MENGENAI ISTILAH BAJA DARI BAHAN !!
Fish Acid Amino (FAA) = Isi Ikan Femented Fruit Juice (FFJ) = Buahan- buahan Fermented Plant Juice (FPJ) = Sayur-sayuran
0 notes