cormisme
cormisme
1K posts
label / cafe / distro offers fnb, clothing, tshirts & music. currently based in jasin, melaka, malaysia.
Don't wanna be here? Send us removal request.
cormisme · 2 years ago
Photo
Tumblr media
Ramadan tiba dan ini juga bermakna waktu operasi kami akan berubah ke 8:30 malam sehingga 12 setiap hari bermula Khamis 22 Mac 2023 bersamaan 1 Ramadan 1444. Rabu macam biasa, kami cuti ya 🙏🏻 (at CORM) https://www.instagram.com/p/CqEmEoOB32H/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
cormisme · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Ternyata keinginan untuk banyak lagi hal yang perlu ditekuni bertambah selari dengan waktu Januari. Tahun 2023, beginilah kita. Terus belajar hingga habis usia. Corm. Bukan sekadar destinasi pengisi gastronomi—juga membudayakan polemik dan diskusi merentas bidang semenjak 2014. Jumpa lagi nanti. (at CORM) https://www.instagram.com/p/CnboWx2hETv/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
cormisme · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Terbaharu November 2022 • Susulan daripada EP “DEMO KAWE” kali ini punk trio @nogoodisdead berhasil menetaskan album sulung dengan bergaya. Memuatkan 11 lagu-lagu sarat dengan kritikan sosial dalam dialek Kelantan yang catchy sambil bersahaja mengetengahkan sisi lain sudut pandang generasi baharu warisan pantai timur. Wajar dimiliki oleh sekalian manusia alternatif. RM35 stok tersedia terhad. (at CORM) https://www.instagram.com/p/ClRGYmRhwDE/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
cormisme · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Ahad ini 13 November 2022 ruang bakal diisi slot #mindrubdown dengan menampilkan hero folk asal Bangi, @azmylyunor bersempena ‘Undi Tour Nov 22’. Hadirkan diri seperti mana yang tertera di poster. Jumpa nanti! (at CORM) https://www.instagram.com/p/Ck21GLnBsrp/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
cormisme · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Gembira betul dapat lihat ruang kecil kita kembali bernafas, selepas hampir lebih dua tahun sepi tanpa sebarang acara awam. Terkini, dua acara tayangan filem iaitu #FreedomFilmFest2022 dan #NeoSouthFilmFest2022 yang berlansung selama tiga hari membariskan filem terpilih dan beberapa sosok sinonim dalam perfileman telah selamat melabuhkan tirai. Begitulah nampaknya. Apa yang kami suka ialah membiarkan ruang ini terus ada untuk orang macam kita—yang akan selalu memilih jalan mandiri dalam berekspresi. Terima kasih kepada hadirin. Terima kasih kerana selalu beri jalan atas segala yang kami suka. Jumpa lagi nanti 🎈 (at CORM) https://www.instagram.com/p/Cj1ms3ChS5s/?igshid=NGJjMDIxMWI=
1 note · View note
cormisme · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Tapau Fest di Lenggong tahun ni. Tiket lepak sambil layan muzik dan alam selama dua hari ini boleh dibeli di ruang kami selaku rakan komuniti Tapau Fest. Rujuk poster dan hubungi 0102253582 kalau nak tahu apa cerita. Ada harga special. Hehehe (at CORM) https://www.instagram.com/p/Cjppy0rBFqD/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
cormisme · 3 years ago
Photo
Tumblr media
PKP sudah, vaksin pun sudah. Bertemu sahaja belum lagi. Sah jauh dari keributan kehidupan serba laju, ruang ini kami reka khas untuk orang macam kita. Datang dan rai! (at CORM) https://www.instagram.com/p/CjiRYbwBVmA/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
cormisme · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Acara tahunan festival filem / dokumentari hak asasi kemanusiaan #FreedomFilmFest akan berada di ruang distro kita pada Jumaat 14 Oktober 2022 jam 9 malam untuk menayangkan tiga filem tempatan terpilih. Akan ada juga sesi perbincangan bersama pembikin-pembikin filem! 🇲🇾 🎬 Rujuk poster untuk info lanjut. *Acara Freedom Film Fest dua hari di Melaka, sehari di Corm dan sehari lagi di @thebendahari Jangan lupa daftar dulu kehadiran kalian di bit.ly/FFFMelaka2022 #FFFMelaka2022 (at CORM) https://www.instagram.com/p/CjWvco-hX1w/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
cormisme · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Terbaharu Ogos 2022: Rilisan The Bollocks Recs menampilkan kugiran Fastcore / Hardcore Punk LastxMinute format cakera padat RM30. Nak beli datang sini, lai lai! (at CORM) https://www.instagram.com/p/ChUvsalhhMj/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
cormisme · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Pengarah asal Johor Bahru dan kini menetap di Melaka, @rozinorazali akan singgah berjerayawara untuk slot tayangan dan diskusi filem ‘Meranduk Geruh Di Kaki Langit' — filem drama aksi bertemu jenayah yang diilhamkan daripada peristiwa sebenar serta menggabungkan elemen penceritaan B-movie yang mengangkat konsep penipuan dan pengkhianatan sebagai konflik utama. Tentatif tayangan juga bakal memuatkan perkongsian yang menjurus kepada ekosistem bikin filem cereka secara mandiri dan hal ehwal pengurusan produksi dari peringkat awal sehingga proses akhir / pos produksi yang sangat menarik terutama kepada bakal graduan filem yang mahu membikin filem pertama. Jumpa kalian esok 13 Ogos 2022 jam 8 malam. Masuk percuma dan tempat adalah terhad, oleh itu urusi masa kalian. (at CORM) https://www.instagram.com/p/ChKbWrOhzdk/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
cormisme · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Apresiasi filem terpilih #seleksi_ 9 Jun 2022 diteruskan lagi dengan tayangan malam ini tepat jam 9:30 dengan pilihan filem kuratur Fazrullah M membawakan ‘On The Road’ (2012) arahan Walter Salles. Filem ini diangkat terus daripada penulis novel Beat Generation, Jack Kerouac untuk sama-sama kita berpeluang menonton Sal Paradise menekuni setiap loncatannya dari kenderaan ke kenderaan, dan dari satu negeri ke satu negeri demi menghasilkan penulisannya. Masuk percuma namun beringatlah kita masih dalam amalan SOP menuju endemik, maka sediakan pelitup muka dan urusi masa kalian kerana tempat terhad! (at CORM) https://www.instagram.com/p/CelRuTohW8a/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
cormisme · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Nampaknya kita akan ada Siri #mindrubdown yang pertama selepas penguatkuasaan PKP peralihan endemik yang mana kali ini rapper muda asal Jasin iaitu @youngbenar bakal mengumpulkan rappers dan producers di sekitar melaka untuk bersesi kenal dan networking dan tak ketinggalan juga akan ada sesi freestyle untuk asah bakat dan skill. Info lanjut adalah seperti yang tertera pada poster. Masuk percuma namun tempat adalah terhad, jadi urus masa kalian dengan cermat dan bijak. (at CORM) https://www.instagram.com/p/CeTHwUbB3Xo/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
cormisme · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Bermula hari ini 05/05/22 ruang akan aktif kembali semula ke waktu 6 - 12. Jangan lupa bagitau teman dan kenalan. Jumpa nanti 🎈 (at CORM) https://www.instagram.com/p/CdK7RYUBbao/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
cormisme · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Hello geng kita tutup 22 (Jumaat) sehingga 24 (Ahad) ini ya. Jumpa Isnin nanti ok :) https://www.instagram.com/p/CcpuVpDhQCb/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
cormisme · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Bermula hari ini Khamis 14 April 2022, waktu operasi sepanjang Ramadhan adalah pada jam 8 malam sehingga jam 12 pagi. Lepas waktu berbuka boleh lah singgah sini. Jum moreh 🎈 (at CORM) https://www.instagram.com/p/CcUZkLYhG0i/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
cormisme · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Jemputlah datang ke acara Wah Lao Eh dimana aktiviti jual-menjual berlangsung dengan bergaya sabtu ini 26 Mac 2022 bertempat di Jalan Kampung Jawa. Hubungi +60 11 2166 2300 / +60 17 692 2283 untuk makluman lanjut. Dianjurkan oleh Ikan Emas Coffee sebagai usaha kecil stimulasi ekonomi kita semua sempena menempuh fasa endemik, mohon segala SOP selalu didahulukan bagi jaminan kekal selamat. Jumpa kalian esok, acara bermula jam 10 pagi. • @tegakbalai • @cormisme • @coffeebar125 • @heartandsoul.artisanbake • @mntlk_ • @shu_bit • @nfasirah • @pepasubysara • @thefineflowers • @fyaaziz • @itsthrifft • @sentral_skateshop • @lisa_hfdz • @ikanemascoffee • @ds.culture • @duduk.concept • @entiticlub • @asangaleria https://www.instagram.com/p/CbgxLZKh1O7/?utm_medium=tumblr
0 notes
cormisme · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Sesi tontonan filem terpilih bertempat di ruang kita— #seleksi_ malam ini dengan ‘Taste of Cherry’ arahan Abbas Kiraostami yang hasil pilihan kurator @fazrullah_m Filem akan dipancarkan tepat jam 10 malam ini. Tempat terhad, urusi masa dan pastikan kalian telah selesai suntikan vaksin dan booster demi mengelakkan sebarang jangkitan. Tarikh tayangan: 10.3.2022 Masa: 10.00pm Kurator: @fazrullah_m Tajuk Filem: Taste of Cherry Sutradara: Abbas Kiraostami Durasi: 90 minit Sinopsis: Memandu jauh boleh jadi perkara yang menyenangkan bagi sesetengah orang. Tidak kira sama ada untuk lepaskan lelah selepas bekerja mahupun berbual panjang dengan kekasih. Abbas Kiraostami mempunyai sisi pandang yang lain dalam Taste of Cherry. Mr Badii memandu jauh dari bandar yang sesak dengan orang ramai sehingga di kawasan perbukitan hanya untuk mencari orang yang boleh membantu pengebumiannya. *Sumber poster: https://pin.it/iwltg8u (at CORM) https://www.instagram.com/p/Ca6txJQBsmr/?utm_medium=tumblr
0 notes