Tumgik
faidzatulnazira · 2 years
Text
Tumblr media
Langit
Aku melihat langit bukan kerana ianya langit, tapi aku melihat kerana bait bait kehidupan yang disaksikannya.
0 notes
faidzatulnazira · 2 years
Text
Tumblr media
#homemakerjourney
Lama dah rasanya jauh dari buku. Sejak maryam sudah semakin besar, aku begitu sukar tidur. Hampir setiap hari aku memikirkan beberapa hal. Kali ini aku hanya ingin berkongsi perjalanan yang begitu singkat sejak menjadi orang rumah. Kenapa orang rumah?, sebenarnya aku tidak ada nama yang khusus untuk itu. Adakalanya memberi gelaran membuatkan manusia menjadi penghukum untuk menilai hidup seorang individu. Coretan kali ini mungkin hanya untuk menjadi bacaan rahsia aku sahaja. Terima kasih untuk diri yang sentiasa cekal sehingga hari ini.
Sejak aku berkahwin, aku merasakan kehidupan rumah tangga sebenarnya tiada jawapan yang jelas. Semuanya kelihatan subjektif. Aku membaca ciapan, catatan, komen dan penulisan beberapa individu membuatkan aku hairan. Sebahagiannya mereka masih bujang. Aku hanya tersenyum melihat. Berbalik pada cerita aku, aku sejak berkahwin dan berhenti kerja, aku sepenuh masa menjadi surirumah dan kini ibu sepenuh masa. Soal rutin secara keseluruhannya adalah sama, memasak, basuh, lipat, kemas, sapu, urus anak dan urus suami. Kalau orang tanya, macam mana, aku seronok. Sepanjang 20 lebih tahun inilah impian yang aku idamkan. Aku lebih tenang dan bahagia. Aku bukan buat drama. Hakikatnya hidup rumah tangga itu pelbagai ragam, cumanya aku tidak memikirkan soal yang negatif. Lebih banyak baik dari buruknya. Aku tetap berjalan dengan bahagia. Walaupun orang pertikaikan ijazah, gaji , pekerjaan, bebanan hutang dan pelbagai isu lagi sebagai modal untuk melemahkan semangat. Tapi aku yakin Allah sudah memberi jalan terbaik. Suami dan anak menjadi tulang belakang utama. 
Buat ibu, surirumah, homemaker, orang rumah dan apa sahaja gelaran kalian. Kalian tetap hebat dan menjadi tunjang kejayaan keluarga. Moga terus diberi kekuatan untuk berjuang buat keluarga. 
148/365 hari
0 notes
faidzatulnazira · 3 years
Photo
Tumblr media
_Homemaker J1
Memasak tidak boleh dipisahkan dengan HOMEMAKER. Setiap hari perlu menyediakan sekurang kurangnya satu hidang utama. Memasak adalah satu pilihan. Setiap individu berhak membuat keputusan untuk hidupnya. Bukan hari ni sahaja, tapi hampir setiap waktu ada sahaja membahaskan tentang hal ini. Bagi aku ianya pilihan. Orang lain mampu bercakap atas dasar nafsu sahaja, apa pun berbalik pada diri sendiri. Kalau suka memasak, silakan, tidak suka memasak boleh beli atau upah maid untuk memasak, terpulang. Jangan tertekan dengan kehidupan orang lain.
Berbalik kepada diri aku. Aku suka memasak dan makan. Tapi memasak lebih besar anganku. Kerana melihat orang gembira dengan masakanku adalah satu kebahagian yang paling besar. ooohh sudah pasti menjadi HOMEMAKER akan menjadikan memasak adalah rutin yang aku tunggu tunggu setiap hari. Masa bersama keluarga jarang memasak, tapi sejak berkahwin aku kerap memasak. Ada saja menu yang ingin aku cuba. Mujur suami tidak cerewet. Suami seorang yang sangat menghargai masakkan isterinya. Aku juga mula memasak menu menu yang tidak pernah langsung aku masak sebelum kawin. Aku juga menitikberatkan barang dapur kerana dapur adalah tempat yang paling seronok untuk menghasilkan karya sebagai HOMEMAKER. 
Untuk gambar diatas adalah permintaan suami
Resipi mac & cheese
Bahan + Cara
1) Macaroni (rebus)
2) Bawang Holland (dicincang halus)
3) susu 
4) cheedar
5) slice cheese
6) mozarella
7) blackpaper (serbuk)
8) Garam, perasa & perahana lemon 
- Tumis bawang holland dengan minyak @ butter sampai naik bau, masukkan susu kacau rata. 
- Masukkan macaroni, semua cheese dan kacau
- Masukkan lada hitam, garam dan perasa 
- kacau rata beberapa minit (siap dihidang)
Resipi Mash Potato
1) Kentang (America)
2) susu
3) Garam & serbuk lada putih
4) Butter 
- Rebus kentang hingga empuk, lenyekkan. 
- masukkan butter, susu, garam dan serbuk lada putih
- gaul hingga sebati 
Resipi Ayam Bakar Butter
1) Ayam (bahagian ikut cite rasa)
2) Sos cili, sos tiram, sos tomato, kicap manis
3) butter salted (carikan)
4) madu
- Masukkan semua bahan bersama gaul rata dan perap semalaman. 
- Bakar selama 40 minit 
- Boleh gunakan air fryer, oven atau pnggang di pan
Resipi Blackpaper Sauce
1) Bawang holland (cincang halus)
2) Bawang putih (cincang halus)
3) tepung gandum
4) Serbuk lada hitam
5) Garam, gula merah & perasa
6) Kicap manis
7) Air
- Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau
- masukkan tepung, kacau rata. dan masukkan air
- masukkan serbuk lada hitam, perasa
- masukkan kicap manis
- kacau hingga masak
p/s: untuk sos kepekatan bergantung kepada tepung. Sekiranya pekat tambah air. Tapi pastikan rasa sos tidak bertukar. 
Untuk pembaca disini ingin dinyatakan resipi ini tiada ukuran yang jelas. Kerana ia mengikut naluri tukang masak.
0 notes
faidzatulnazira · 3 years
Text
Homemaker (Queen)
Tumblr media
Sejak aku mula tidak bekerja, aku mula merasa sedikit berbeza. Walaupun untuk dalam setahun ini masa lebih banyak dirumah kerana COVID melanda. Masa yang ada semuanya dihabiskan dirumah, bersama keluarga. Hampir untuk beberapa tempoh aku berjuang sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan kerjayaku sebagai seorang pekerja. 
Kini aku memilih untuk berada dirumah menjadi HOMEMAKER, menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang isteri. Pada awal perkahwinan dan masih bekerja, aku begitu kekok untuk menyesuaikan diri, memilih untuk hidup jauh dari keluarga dan hanya berdua bersama suami. Ada kalanya, kesunyian mudah menyinggah. Tidak dapat aku menahan perasan. Kali ini agak sukar, kerana pejalanan agak sukar untuk bersua keluarga. Suami memahami dan selalu memberi kata kata semangat untuk terus berjuang. Aku juga kini perlahan lahan belajar menerima semuanya. Sekarang sedang berjuang untuk keluarga kecilku. 
Kenangan tetap akan menjadi kenangan, tidak sedikit pun akan aku lupakan mereka yang pernah mencipta kenangan dalam perjalanan hidupku. Aku amat berterima kasih diatas nikmat dan setiap rezki yang diberikan sepanjang kehidupanku. Terima kasih Allah hadirkan sahabat yang baik disekelilingku. 
Hampir beberapa tempoh ini, aku mula merasa selesa dengan kehidupanku sebagai HOMEMAKER, memasak untuk suami, mengurusakan rumah tangga bersama suami. Buat suami yang selalu ada dan menyayangi diri ini terima kasih. 
Doakan kami sampai syurga. 
Homemaker !
0 notes
faidzatulnazira · 3 years
Photo
Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media
Warna Kopi
Sejak covid melanda, tiada lagi perjalanan bersama kopi yang ingin dititipkan dalam ciapan jurnal. Kini semuanya hanya memori. 
0 notes
faidzatulnazira · 5 years
Text
Tumblr media
Kopi
Apa yang bisa kau dapatkan dari secawan kopi adalah aromanya yang membuatkan kau asyik dengan dunia sendiri
Awwww asyikk
0 notes
faidzatulnazira · 5 years
Text
"Lelah sudah menangis, kini kering sudah air mata"
Andra Putra, 2019
0 notes
faidzatulnazira · 5 years
Text
Tumblr media
Tiada Tajuk
Ego menggunung untuk melafazkan kata - kata sayang dan kasih,
Buat yang tersayang,
Saya sentiasa menyayangi kamu.
Catatan - Sabtu, 11.42
0 notes
faidzatulnazira · 5 years
Text
Sarapan di Malaysia, 2019
Tumblr media
0 notes
faidzatulnazira · 5 years
Text
Tumblr media
Masa Depan
Beberapa hari lepas bertemu teman lama disebuah majlis, lama tidak bersua. masih sama seperti kali terakhir bersuara.
Setelah beberapa ketika saling bertanya khabar antara kami, dia mula menyatakan sesuatu tentang perancangan masa depan. Berkerut dahi mendengar penyataan yang keluar dari bibirnya. Untuk beberapa kali, aku mengajukan soalan adalah ia benar benar serius.......
Diam seketika
Mendengar keluhan yang terbuku dibenaknya membuatkan aku juga hanyut bersama. Bagi aku mungkin normal bagi pembangunan diri. Aku hanya cuba menyedapkan hati yang sudah mula goyah. 
Sehingaa hari ini masih tergiang giang dibenak fikiran
katanya, “ Tak ada life”
0 notes
faidzatulnazira · 5 years
Text
Tumblr media
Noktah
Hairan, tersenyum sendiri.
Catatan - Rabu, 11.23
0 notes
faidzatulnazira · 5 years
Text
Tumblr media Tumblr media
Sushi King
Aku pengemar dua benda ni. Kalau dilihat ialahnya benda yang kau mampu buat sendiri. Tapi aku hanya rasa nikmat apabila pergi ke tempat itu sahaja.
Arghhh,
Tak tahu kenapa, aku boleh terjebak dengan agenda dua benda ni. Setiap kali lalu di kerongkong tekak nikmatnya seakan tidak terkata. Tapi bila sampai diperut aku mulai rasa penyesalan.
Begitulah seterusnya terjadi setiap kali aku mengulanginya
Koma.
4 notes · View notes
faidzatulnazira · 5 years
Text
Tumblr media
Jiwa
Kehadapan untuk jiwa yang terkunci, amanlah kamu disana. Moga kamu bisa tenang dan kembali pulih disana. Andai pencarianmu gagal, tetapkan jiwamu disana sehingga masa akan memulih dan memberi kekuatan untuk mu bangkit semula.
Catatan - 09.25, Khamis
2 notes · View notes
faidzatulnazira · 5 years
Text
Tumblr media Tumblr media Tumblr media
Masa Lalu, 2019
2 notes · View notes
faidzatulnazira · 5 years
Text
Kosong
Tidak mengerti kekosongan yang berlalu diminda, tenggelam seketika tatkala aku keseorangan. 
Buntu ....
1 note · View note
faidzatulnazira · 5 years
Photo
Tumblr media
Catatan 1 Ramadan
Selamat Berpuasa buat seluruh umat Islam. Semoga Ramadan kali ini bakal membimbing diri kita untuk menjadi seorang muslim bertaqwa dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. 
Buat diri ini, berusaha sehabis baik untuk memperbaiki diri untuk melakukan kebaikan dan berusaha untuk mendapatkan redha Allah S.W.T. 
Terima Kasih Ya Allah.
11.47, Ahad (1 Ramadan)
1 note · View note
faidzatulnazira · 5 years
Text
Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media
Datang & Pergi
Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Dimanapun kalian berada, semoga sentiasa dibawah lindungan Allah.
Teruskan perjuangan kalian.
Catatan, 11.16 Ahad
2 notes · View notes