Photo

Pengasuh suruh prepare formula milk. Never! Said husband. Instead of buying formula milk i decided to buy this haha baru 2 hari so far breast mmg cepat je bengkak. Bahagia tengok susu memancut2 keluar. Highly recommended. Actually susu aku dah sedia banyak tp tak pekat sangat. Asiyah menyusu setiap 2-3jam. Sebab nak tinggal kat pengasuh risau Asiyah merengek. So hopefully lepas ni dia sentiasa kenyang. Mama will do anything for you darling. Dan kami suami isteri sepakat untuk tak bagi formula milk kat dia so anything yang berkaitan dengan susu badan husband serahkan 100% kat aku. So bila aku cakap aku nak tambah shaklee in my life routine dia just cakap ok apa2 jelah haha. Doakan plan kami berjaya Insya Allah.
0 notes
Photo

Jumpa buku ni kat Popular. Sangat berguna insya Allah. #berpantang
0 notes
Photo

Terima kasih daun keladi. Hadiah ke3 untuk #babyAF
0 notes
Photo

Handsome suami saya :') sepuluh tahun sekali baru boleh tengok dia pakai kemeja. Husband cuti hari ni lalu buat suprise candle light dinner kat rumah. Ganti CLD yang tertanggub sebelum kahwin dulu. Hilang penat isteri hari ni. Terima kasih suami. Semoga Allah kurniakan syurga untukmu. Ameen ;')
0 notes
Photo

Menjelang 2014. Azam tahun baru saya nak lose weight dapatkan berat sebelum mengandung 50.8kg. I choose Herbalife of course. Ada siapa2 nak turun 3-5kg or nak reshape sikit2 sebelum masuk tahun baru ni? Whatsapp saya #0127210570 Jom jadi lebih sihat!
0 notes
Photo

Alhamdulillah barang baby almost settled. Pasni nak basuh baju baby n prepare mental fizikal menjelang kelahiran. Semoga diberikan kekuatan oleh Allah. Ameen.
0 notes
Photo

Night night. Esok off day. Mari check up. Mari shopping barang baby. Tidur lena insya Allah. #35weeks
0 notes
Text
MyPregnancy: First Baby. Bersediakah aku?
Berhabuk bersawang labah2 dah tumblr ni. Password pun redah je nasib baik boleh log in. Hehe first sekali kalau ada typo tu belajar2 la ampunkan penulis tak bertauliah ni. Almaklum pakei phone. Moden katanya. Tak payah nak pakai PC laptop bagai. Phone je sudah. Kan.
So untuk post pertama selepas bergelar bini orang n lagi beberapa minggu nak jadi mak orang insya聽 Allah aku nak share journey aku sepanjang pregnancy ni. Hehe macam best je kan tetiba dah kahwin. Last post dalam ni masa aku student dolu dolu. Tak matured. Single. Kuat tidur. Kuat membebel. Sekarang pun kuat membebel jugak. Itu je tak berubah. Phew
Pregnancy. Erm macam mana nak start ni. Actually masa aku tau aku pregnant tu dah 6 minggu dah pun. Aku dah lewat period seminggu lebih sebenarnya tapi aku tak expect apa2 pun sebab period cycle aku untuk bulan tu sepatutnya 31 hari. Ni based on calculation aku la. So bila dah lewat seminggu aku assume macam takde apa2 pun. Kakak ipar aku dah syak aku pregnant tapi aku memang yakin aku tak pregnant haha sebab takde tanda2 early pregnancy pun. Bila aku cakap dengan suami aku dia paksa pergi beli pregnancy test aka PT.
Mula2 macam malu hehe sebab takut tak positif kan malu kan tapi sebab kena paksa aku buat jugak. Alhamdulillah positif. Aku terus nangis. Motif nangis entohlerr. Terlebih happy or tak bersedia?? Haha tapi aku punya nangis tu sebab happy tengok suami senyum melebar. Subhanallah. Indahnya pemberian Tuhan waktu tu. Waktu tau tu kakak aku kakak ipar semua pakat check due date n usia kandungan. Gitu. Tau2 je dah 6 minggu. Seronok Tuhan jela tahu kan.
Alhamdulillah sepanjang 3 bulan pertama tu aku memang takde alahan teruk macam orang lain. Tak rasa morning sickness badmood pagi2. Aku gembira sepanjang hari haha tapi tapi tapi aku mengalami masalah night sickness. Pulak. Ada ke? Aku taktau nama apa benda so aku namakan dia night sickness. Simptom ni datang lepas seminggu aku tau aku pregnant. Asal malam je aku pening. Tak tentu arah. Aku benci lampu. Aku tak suka cahaya. Kalau nak tidur memang kena takleh nampak cahaya langsung even cahaya tu datang dari bawah pintu. Sehalus halus cahaya tu aku nampak. Betapa sharp mata aku. End up tidur memang tutup mata dengan bantal sekeliling kat kepala. Tinggal ruang untuk bernafas je. Itu satu.
Melalui rujukan mama, gitu kan. Mama cakap sepanjang dia pregnant memang dia takde alahan teruk macam muntah2 lembik takleh makan apa2 semua lah. Cuma ada satu dua simptom. Yang first macam yang aku kena tu. Night sickness. Second, nak muntah masa gosok gigi. Gitu. So aku pun kena benda sama. Menurun. 3 bulan pertama gosok gigi laju2 sebab asal berus gigi masuk mulut je aku nak muntah. Stress sangat rasa. Muntahnya idok pong. Sampai kadang2 rasa malas nak gosok gigi. Tapi kupaksa jugak. Tak senonoh pulak nak gi kerja tak gosok gigi kan. Heh
Lepas tu paling aku ingat masa mula2 tu aku tak suka bau suami aku. Bedak dia deodoran dia minyak rambut. Apa yang dia biasa pakai aku benci. Tukar brand lain pun aku benci jugak. Serba tak kena bau kat hidung. Sampai body wash pun aku tukar. Padahal pakai body wash yang sama. Tapi bila dia pakai ada je tak kena. Semacam betul. Bila aku pening malam2 aku terpaksa tonyoh minyak sendiri sebab aku takleh bau dia. Asal dia datang nak tolong sapu je aku suruh dia keluar bilik gi main jauh2 aku cakap. Tak payah tolong. Bau awak busuk. T_T sampai camtu sekali. Kesian laki aku. Cium peluk memang takde dalam kamus hidup dah masa tu. Yang selalu berketiak masa tidur pun takde dah. Aku tidur jauh2 daripada dia. Alergic gila bau. Kalau tengah pening akan bertambah pening la jawabnya. Sudahnya dia redha je. Aku cakap aku bukan sengaja tapi aku takleh bau dia. Kalau nak salam gi kerja cium pipi pun aku tahan nafas kahkahkah teruk sangat kau ni Afieza. Memang aku rasa serius teruk waktu tu. Bau dia pagi2 memang boleh buat badmood sepanjang hari. Begitu tak sukanya kan.
Tapi Alhamdulillah first trimester berjalan lancar. Perangai2 kat atas ni tak lama la. Masuk bulan keempat je macam dah normal sikit. Simptom2 kat atas ni ada lagi cuma dah berkurang sikit. Banyak sebenarnya. Tapi aku macam fobia jugak la takut nak cium nk tidur rapat2 takut tetiba menjadi balik hehe
So for now biarlah sampai sini dulu. Letih weh type pakai phone ni. Berbulu mata.
Nanti aku sambung lagi. Insya Allah kalau banyak masa hekhek
0 notes
Photo

Tunggu alter seluar suami. Ibu mengandung kepenatan. Lantai pun jadilah.
0 notes
Photo

Sama anak beranak. Stress betol ibu mengandung ni takde kawan.
0 notes
Photo

Saya dah hilang 2% lemak dalam badan. Tukar jeans dari size 32 ke 27. Hanya tukar sarapan pagi rakyat Malaysia kepada healthy breakfast #herbalife saya dapat result ni kurang dari 4 bulan. Amazing product! Subhanallah.
0 notes
Photo

Motivasi hari ini. So, ada orang yang nak tolong diri sendiri untuk dapat berat ideal. Disember menghampiri! We have solution. Get yours NOW! #healthylifestyle #loseweightnowaskmehow
0 notes
Photo

#haveyouhadyourshaketoday #surahoftheday hari ni baca surah Al-Hujurat. Insya Allah. Untuk baby dalam perut. :)
0 notes
Photo

Baby in apron. Hehe mama masak tunggu Abiy balik. #33weeks
0 notes
Photo

Sorang dah confirm nak start lose weight program next week. Tengah tunggu product sampai kat umah. Hari ni lagi sorang confirm nak start gain weight program end of this month. Rezeki baby. #syukur
0 notes
Photo

#herbalifeforall #loseweightnowaskmehow #healthiswealth #healthylifestyle
0 notes