Don't wanna be here? Send us removal request.
filteredbraindumpling · 2 years ago
Photo
Tumblr media Tumblr media Tumblr media
Feeling Blue
3 notes · View notes
filteredbraindumpling · 2 years ago
Text
6K notes · View notes
filteredbraindumpling · 2 years ago
Photo
Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media
2K notes · View notes
filteredbraindumpling · 2 years ago
Text
summer strike (2022)
Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media
not everyone has a goal in life
no, not really. I'm just here...
to do nothing
Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media
looking back, the one who’s been
mistreating me the most was myself
158 notes · View notes
filteredbraindumpling · 2 years ago
Text
Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media
blue grey fog on a winter evening
2K notes · View notes
filteredbraindumpling · 2 years ago
Text
Tumblr media
Menulis Perkongsian Tentang Pujangga Melayu
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
"In the name of God (Allah), the Most Gracious, the Most Merciful.’’
‘’Dengan novel persuratan, aku maksudkan novel yang mementingkan hikmah, kebijaksanaan, ilmu, nasihat, petua, pengajaran, amaran tentang kebaikan dan keburukan. Sebuah novel yang tidak menjadikan khayalan sebagai dasar cerita, sehinggakan memungkinkan ditulis novel-novel tentang perkara-perkara yang yang berada di luar kemampuan akal manusia memahaminya, seperti tentang syurga dan neraka, kehidupan di dalam kubur dan hal-hal seumpama itu. Novel persuratan mengawal dengan ketat temanya, supaya tidak hanyut di alam khayal bersama dengan emosi liar yang dipandu seluruhnya oleh iblis, seperti yang dibuat oleh para penulis novel sastera. Para penulis novel sastera mementingkan cerita, emosi, peristiwa yang aneh-aneh, watak yang juga aneh-aneh. Novel sastera tidak mementingkan idea.’’
(Pujangga Melayu, hlm. 361, 2017)
Itulah sorotan sinopsis berkenaan sebuah novel persuratan Melayu yang sekarang ini merupakan antara bahan bacaanku pada masa lapang. Petikan dialog yang tegas lagi jitu yang telah dilontarkan oleh karakter utama dalam novel yang bertajuk ‘’Pujangga Melayu’’ ini telah menjadi sinopsis tunggal untuk novel ini. Sebagai antara individu yang menghargai karya sastera terutamanya puisi yang menjadi pilihan lazim, aku gemar memilih genre drama, filem, dan buku yang tidak memfokuskan kepada perasaan dan emosi semata-mata. Menurut pandangan peribadiku untuk kebaikan hatiku dan menjaga kerasionalan fikiranku, aku cenderung untuk tidak memilih membaca buku yang romantik dan drama atau filem yang seangkatan dengan genre tersebut. Walhal, beberapa rakan yang mengenaliku berkata bahawa aku ialah seorang yang boleh dikatakan puitis. Sungguh ironik, bukan? Orang yang puitis tapi gemar akan logik dan kerasionalan.
Sepanjang hasil pembacaan buku itu, dengan izin Allah S.W.T, aku memperoleh pelbagai nasihat dan hikmah pengajaran melalui jalan cerita yang ditempuhi oleh karakter-karakter fiksyen itu dan naratifnya. Nasihat, hikmah, pengajaran, amaran tentang kebaikan dan keburukan, ilmu berkaitan kehidupan, Islam, kemelayuan, serta kesantunan disampaikan dengan cara naratif. Ada juga watak yang memberikan sudut pandang menentang arus pemodenan atau trigger cara kita berfikir tapi tidak layak untuk dikatakan konservatif atau jumud. Mengapakah begitu? Jika ingin tahu, saudara dan saudari digalakkan untuk mencari buku ‘’Pujangga Melayu’’ ini dan membacanya.
Izinkan aku berkongsi sedikit analisis wacana (analisis yang tidak terlalu mendalam dan profesional) berkenaan kulit buku ‘’Pujangga Melayu’’ dan tajuknya sendiri serta sinopsisnya. Warna kuning menjadi warna utama yang mewarnai kulit buku ‘’Pujangga Melayu’’ ini. Warna kuning sungguh akrab dengan perihal-perihal berkaitan Melayu dan kemelayuan. Satu contoh paling ketara ialah perkaitan (association) warna kuning dengan institusi raja-raja Melayu, pemerintah Melayu dan kerabatnya. Manakala, corak utama di atas kulit buku ini ialah buluh dan dedaunannya yang hijau. Masyarakat Melayu begitu lazim dengan ‘’melentur buluh biarlah daripada rebungnya’’ untuk membentuk dan mencorak anak-anak muda dengan sifat-sifat baik serta pengajaran yang baik. Menurut PRPM, perkataan pujangga itu mempunyai 2 makna. Makna yang pertama ialah pengarang sajak, syair dan lain-lain yang agung dan bermutu tinggi. Seterusnya, makna kedua pula ialah ahli fikir, ahli sastera (bahasa). Sesungguhnya, warna, pilihan motif buluh, dedaunannya, tajuk "Pujangga Melayu" dan sinopsisnya make a sense.
See how the dots are slowly connected? Ö
Ditulis pada Isnin, 20/3/2023;
Sebelum 1:42 petang;
Shah Alam, Selangor, Malaysia.
0 notes
filteredbraindumpling · 2 years ago
Text
Di Pesisir Pantai, Ku Temukan Kebijaksanaan.
Timbunan batu,
angin bayu,
pepohon rhu
melambai-lambai dengan tenang.
Pandanganku jauh,
memikirkan tentang kehidupan
refleksi dan pedoman.
Di hadapanku
terbentangnya hamparan pantai
yang mengalir bersatu dengan lautan.
Pantai hanya makhluk bisu
tapi di situ
ramai manusia menemukan hikmah kehidupan
di saat menenangkan mata dan minda
dengan keindahan ciptaan-Nya.
Lantas kali ini,
ku rasakan dia berkata-kata
menyampaikan kebijaksanaan
tentang kehidupan.
--
Sebelum kau kira bintang di langit,
cubalah kau kira pasir di bumi,
Sebelum kau teka siapa diriku,
Bacalah dirimu terlebih dahulu.
Sandiwara hidup bukan kepalang,
Tersalah tafsir, bisa menyimpang.
Sebelum kau selam lautan dalam,
cubalah kau selam ke dalam diri,
Sebelum kau teka rahsia hatiku,
Bacalah hatimu terlebih dahulu,
Jika takut dengan keganasan lautan,
Jauh dan lihat saja dari pesisir pantai.
Sandiwara hidup bukan kepalang,
Ramai terkapai-kapai
dihentam keganasan lautan,
Walhal mereka tahu bahaya
tapi hati memujuk untuk cuba.
Tidak usah kau bermain-main manja
dengan bahaya dunia,
kerana kau tahu
dunia berupaya menenggelamimu.
Nikmati saja ketenangan dari pesisir pantai,
tak usah kau terlalu tunduk pada hati.
Hati yang sudah lama wujud
tapi tak pernah sekali
kau benar-benar memahami.
Written by kleiner.sternim (ich).
Wednesday,
21:34 p.m.,
Shah Alam,
Malaysia.
🍵
1 note · View note