Tumgik
hamassyujaiy ยท 1 year
Photo
Tumblr media
โ€œ๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—š, ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ค๐—”๐— ๐—”๐—›!โ€ Rabu | 12 Januari 2022 | Wilayah Persekutuan Putrajaya Sudah lebih setahun pertemuan ini berlangsung. Namun, baru kali ini saya berkesempatan untuk mencoretkannya secara maya setelah lama terperam dalam buku catatan peribadi. Alhamdulillah, rezeki buat sekalian ahli khidmah Yayasan Permata Ummah dan Pustaka Permata Ummah, Allah mengurniai kami kesempatan untuk sekali lagi bersua wajah dengan Ayah Chik yang dikasihi buat mengutip bekalan hikmah. Bagai menjadi suatu kewajipan, Tuan Guru Haji @abdulhadi_awang (Ayah Chik) แธฅafiแบ“ahuLlฤh pasti akan memulakan apa-apa jua pengisian dengan melafazkan kalam Allah ๏ทป, kali ini daripada ayat ke-109 Surah al-Baqarah. Ayat itu menegaskan bahawa Islam tidak mampu dicabar oleh mana-mana agama mahupun ideologi, walaupun umat Islam dihimpit dari pelbagai sudut. Kita selaku umat Islam perlu sedar bahawa Islam yang kita anuti ini bukan sekadar untuk diri manusia sahaja, bahkan Islam juga perlu dipraktikkan sebagai sistem bernegara. Sebabnya, para pendengki Islam sejak dahulu sehingga kini โ€“ termasuk golongan penjajah โ€“ mereka sedaya mungkin mahu membentuk kepimpinan satu-satu negara yang ditakluki mestilah menurut ramuan mereka sahaja. Tidak kisah sama ada acuan itu terdiri daripada mana-mana blok sekularisme sekalipun (blok kanan seperti kapitalisme dan liberalisme atau blok kiri seperti sosialisme dan komunisme), paling penting ialah ABI (asalkan bukan Islam). Para pembenci Islam tidak berapa kisah dengan Muslim yang sekadar beramal dalam tatacara keagamaan semata-mata, tetapi mereka sangat-sangat kisah dan tidak boleh duduk diam sekiranya Islam menjadi suatu tatanegara. Oleh sebab itulah, golongan ABI pasti akan berbuat apa-apa sahaja cara bagi menyekat sebarang kemungkinan yang boleh membawa kepada kebangkitan semula Islam. Akan tetapi, sebagaimana janji Allah ๏ทป dalam ayat al-Quran tadi, sinar Islam sekali-kali tidak akan berjaya dihapuskan, malah cahayanya terang-benderang pula menembusi seluruh pelosok buana. Paling penting, tugas kita hanya perlu kekal menjalankan peranan selaku HAMBA, KHALIFAH, dan PEMEGANG AMANAH secara ISTIQAMAH. Jalan terus! https://www.instagram.com/p/CnuAH_iP0TA/?igshid=NGJjMDIxMWI=
8 notes ยท View notes
hamassyujaiy ยท 2 years
Photo
Tumblr media
Setiap kali saya melihat unta, saya mesti teringat akan kisah seorang hamba Allah yang pernah berkata begini: โ€œ๐™”๐™– ๐˜ผ๐™ก๐™ก๐™–๐™, ๐™–๐™ ๐™ช ๐™ฉ๐™ช๐™๐™–๐™ฃ-๐™ˆ๐™ช ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™€๐™ฃ๐™œ๐™ ๐™–๐™ช ๐™๐™–๐™ข๐™—๐™–๐™ ๐™ช!โ€ Uish, macam mana dia boleh sebut ayat kufur macam itu? Ceritanya, hamba Allah ini tunggang seekor unta kepunyaannya merentasi padang pasir yang sangat luas pada suatu hari. Dia bawa bersama makanan dan minuman di atas unta tersebut sebagai bekalannya dalam perjalanan. Semasa dia turun dari unta untuk berehat, tiba-tiba untanya terus menghilangkan diri. Entah ke mana unta itu pergi, dia pun tidak tahu. Ah, sudah! Dahlah semua bekalan makanan dan minuman hamba Allah itu ada di atas untanya! Puas hamba Allah itu cari semula ke mana hilangnya unta dia. Makan masa berhari-hari jugalah pencarian itu, tetapi keputusannya: Hampa. Akhir sekali, hamba Allah itu pun putus harapan sangat-sangat dah. Dengan bekalan makan minum dia pun tak ada langsung, memang bertambah lagilah nasib malangnya. Lalu hamba Allah itu cari sebatang pokok untuk berteduh dan duduk bersandar pada dahan pokok tersebut. Dia dah mula berkira-kira bahawa ajalnya pasti akan tiba tak lama lagi akibat kebuluran di padang pasir itu. Sedikit demi sedikit, dia mula memejamkan mata... Dush! Dengan tidak semena-mena, unta yang hilang itu, entah apa senda gurau (prank) yang ia nak buat, tiba-tiba muncul semula betul-betul di hadapan hamba Allah itu. Bukan sekadar muncul, malah datang sekali pula dengan bekalan makanan dan minuman tuannya yang masih selamat di atas bonggol! Hamba Allah yang sangat kaget bercampur girang amat ketika bertemu kembali dengan unta miliknya, terus tersasul dengan menyebut, โ€œYa Allah, aku tuhan-Mu dan Engkau hambaku!โ€ Punyalah seronok bukan kepalang sampai boleh melatah sebegitu rupa. Yalah, siapa yang tak gembira apabila barang kita yang hilang, tambah pula benda yang sangat penting untuk kita teruskan kehidupan, kita jumpa dan dapat semula, kan? Kawan-kawan mesti dapat bayang bagaimana rasa seronok tersebut. Namun, kawan-kawan, nak tahu satu benda tak? Cuba tengok sambungan dalam ruangan komen. ๐Ÿ‘‡ (Wadi Berkat Dato Ibu Hudaibiyah) https://www.instagram.com/p/CgO-8SzvY6x/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
hamassyujaiy ยท 2 years
Photo
Tumblr media
โ€œ๐™๐™จ๐™ฉ๐™–๐™ฏ, ๐™—๐™–๐™œ๐™–๐™ž๐™ข๐™–๐™ฃ๐™– ๐™ ๐™ž๐™ฉ๐™– ๐™๐™š๐™ฃ๐™™๐™–๐™  ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™Ÿ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™ช๐™ฉ ๐™ ๐™š๐™—๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐™œ๐™š๐™ง๐™–๐™  ๐™ ๐™š๐™ง๐™Ÿ๐™–?โ€ Entah mengapa, malam ini saya tiba-tiba terkenang akan soalan yang pernah diajukan oleh teman baik saya, Saudara @mohdafiqfaiz kepada Tuan Guru Zulkifli Ismail แธฅafiแบ“ahuLlฤh taโ€˜ฤlฤ pada tahun 2019 dahulu. Pertanyaan itu dikemukakan semasa pertemuan khas antara sahabat pimpinan @gamisofficial 2019 bersama Tuan Guru di Pusat Konvensyen Bangi (BCC) usai atur cara โ€˜Wacana Islam Memimpinโ€™ anjuran @pami_my. Asalnya, persoalan itu dilontarkan memandangkan keadaan kami pada ketika itu ialah sedang memegang tampuk kepimpinan persatuan mahasiswa peringkat nasional. Namun, setelah berlalu zaman alma mater, saya kira dalam konteks sebagai seorang yang berkhidmat dalam dunia kerjaya pun, nasihat Tuan Guru itu adalah masih tetap, kekal, dan sangat-sangat relevan. Dahulu, kita bergerak kerja dalam mana-mana persatuan sebagai seorang pelajar. Kini, kita berkecimpung dalam sesebuah syarikat sebagai seorang pekerja pula. Persamaannya tetap serupa, iaitu kita โ€œbekerjaโ€ dan semestinya ada perkara yang melibatkan โ€œurusan sesama manusiaโ€. Mana mungkin orang bergerak kerja hanya bisa secara solo, betul? Jadi, sudah pasti dalam pekerjaan itu, akan wujud fasa-fasa yang sungguh memenatkan, di samping memerlukan pengorbanan yang besar amat dari segenap sudut. Pengorbanan masa, tenaga, buah fikiran, bahkan kewangan. Belum dicampur lagi dengan segala macam fitnah, risiko, dan kemungkinan yang mampu mengancam benteng iman dan jiwa saat dalam perjalanan. Lelah, beb. Maka, inilah pesan kasih sayang yang dititipkan oleh Tuan Guru buat bekalan kita semua [rujuk gambar untuk penerangan lanjut]: 1๏ธโƒฃ ๐—ก๐—ถ๐—ฎ๐˜ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ถ๐—ธ๐—ต๐—น๐—ฎ๐˜€ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—”๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต 2๏ธโƒฃ ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐˜€๐—ผ๐—น๐—ฎ๐˜ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฎ๐—ต 3๏ธโƒฃ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ *** Mudah-mudahan, setiap pekerjaan kita bukan hanya mengejar petunjuk prestasi utama (KPI) dan wawasan duniawi semata-mata, tetapi yang lebih penting ialah berhasil memperoleh keberkatan, mengundang rahmat, dan menerima pengampunan daripada-Nya. ALlฤhumma ฤmฤซn. ๐Ÿ˜ญ๐Ÿคฒ #DariKantorEditor https://www.instagram.com/p/Ce_TY5vPIi2/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
hamassyujaiy ยท 2 years
Photo
Tumblr media
๐—ง๐—”๐—ฅ๐—•๐—œ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—”๐—”๐—•๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ž๐—ž๐—”๐—› ๐Ÿ“† 7 Shaโ€˜bฤn 1443 | 10 Mac 2022 | Makkah al-Mukarramah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar! Nikmat dan rezeki Allah ๏ทป yang sungguh mengharukan. Kaabah yang selama ini diperhatikan dalam gambar dan video semata-mata, juga hanya terbayang dari kejauhan saat bersujud menyembah yang Esa; kini telah terbentang luas di hadapan mata. ๐Ÿ˜ญโค๏ธ Kami teringat akan keistimewaan Kaabah sebagai bangunan ibadat yang pertama dibina di muka bumi dan Makkah sebagai bumi yang penuh barakah. Bagaimana Makkah sebagai bumi yang asalnya kering kontang dan tanpa tamadun, bisa berubah menjadi pusat perhimpunan umat Islam dari seluruh dunia bagi mengerjakan haji dan umrah. Kaabah pula menjadi lambang tauhid dan kiblat solat yang menyatupadukan umat Muhammad ๏ทบ. Semua ini ialah hasil daripada ketaatan Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismaโ€˜il โ€˜alayhimฤ al-salฤm dengan penuh pengorbanan terhadap perintah Allah ๏ทป tanpa sebarang dolak-dalih. Selanjutnya, saat Nabi Ibrahim dan Nabi Ismaโ€˜il membangunkan Kaabah, mereka turut pernah berdoa dengan salah satunya ialah memohon supaya dikurniakan keturunan yang soleh. [Rujuk Sลซrah al-Baqarah (2): 129] Akhirnya, permintaan mereka diperkenankan Allah dengan kelahiran semulia-mulia manusia dan makhluk melalui salasilah mereka: Nabi Muhammad ๏ทบ. Satu pengajaran besar di sini; betapa pentingnya kita sentiasa berdoa agar dilahirkan zuriat yang baik-baik daripada salbi kita sepertimana yang diamalkan oleh para nabi dan rasul. Bukan asbab keturunan itu semata-mata, tetapi yang lebih penting ialah kelangsungan dakwah dan perjuangan Islam itu sendiri. Ini jugalah antara tugas utama kerasulan, iaitu amar makruf dan nahi mungkar yang turut menjadi kewajipan kepada kita umat Rasulullah ๏ทบ. Amanah berat ini tidak akan pernah selesai sehinggalah sama ada nyawa kita telah sampai di kerongkongan ataupun kiamat telah tiba. Maka, berazamlah untuk mencari pasangan yang bukan sahaja untuk diri kita, malah menjadi ibu atau ayah yang terbaik buat anak-anak kita. ๐Ÿ•‹ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุขู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูู…ู’ ๐Ÿ•‹ ๐Ÿ‘“ Muhaimin Safaruddin. Husna Najihah. #Umrah #DariKantorEditor (Masjid Al Haram) https://www.instagram.com/p/CbczPcHP2F5/?utm_medium=tumblr
0 notes
hamassyujaiy ยท 2 years
Photo
Tumblr media
๐—•๐—”๐—ค๐—œโ€˜ ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—–๐—”๐—›๐—”๐—ฌ๐—” ๐Ÿ“† 2 Shaโ€˜bฤn 1443 | 5 Mac 2022 | Madฤซnah al-Munawwarah Jika di Makkah, perkuburan utama yang paling dikenali di sana ialah Perkuburan al-Muโ€˜allฤh, maka di Madinah pula, perkuburan yang wajib dikunjungi oleh para penziarah sudah tentu Perkuburan Baqiโ€˜. Perkuburan Baqiโ€˜ (Maqbarah al-Baqฤซโ€˜) disebut juga dengan nama lainnya sebagai Jannah al-Baqฤซโ€˜ atau Baqฤซโ€˜ al-Gharqad. Al-Baqฤซโ€˜ bermaksud taman pepohonan, disebabkan kawasan ini dahulu merupakan sebuah kawasan pepohonan gharqad sebelum dibersihkan untuk tujuan tanah perkuburan di Madinah. Sahabat Nabi ๏ทบ yang pertama sekali dimakamkan di sini daripada kalangan Anแนฃฤr ialah Asโ€˜ad bin Zurฤrah raแธiyaLlฤh โ€˜anh, manakala daripada golongan Muhฤjirฤซn pula ialah โ€˜Uthmฤn bin Maแบ“โ€˜ลซn raแธiyaLlฤh โ€˜anh. Mereka yang ditakdirkan Allah meninggal dunia di Madinah dan dikebumikan di Perkuburan Baqiโ€˜ khususnya dalam keadaan beriman memiliki beberapa keberuntungan dan kelebihan, antaranya adalah seperti berikut: 1๏ธโƒฃ Diberikan syafaat oleh Rasulullah ๏ทบ dan mengikuti anjuran Rasulullah ๏ทบ supaya meninggal dunia di Madinah seandainya berkemampuan. 2๏ธโƒฃ Dikebumikan di tempat yang dimuliakan iaitu Madinah serta berdekatan dengan makam Ahl al-Bayt Rasulullah ๏ทบ dan para sahabat raแธiyaLlฤh โ€˜anhum. 3๏ธโƒฃ Penghuni Baqiโ€˜ didoakan keampunan oleh Rasulullah ๏ทบ pada hayat Baginda, yang disifatkan oleh Rasulullah ๏ทบ sebagai tempat kediaman kaum yang beriman. 4๏ธโƒฃ Dibangkitkan pada Hari Kiamat selepas Rasulullah ๏ทบ, Abลซ Bakar, dan โ€˜Umar raแธiyaLlฤh โ€˜anhumฤ. [Rujuk gambar untuk huraian lanjut]. โ€” Subhanallah! Jom kita sama-sama pasang niat dan doa, mudah-mudahan Allah ๏ทป berkenan mematikan kita dengan sebaik-baik pengakhiran di tanah haram yang mulia ini. ๐Ÿ•‹ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุขู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูู…ู’ ๐Ÿ•‹ ๐Ÿ‘“ Muhaimin Safaruddin. t.me/MuhaiminSafaruddin #Umrah #DariKantorEditor (Masjid Al-Nabawi) https://www.instagram.com/p/CbSeTrYvyEK/?utm_medium=tumblr
0 notes
hamassyujaiy ยท 2 years
Photo
Tumblr media
๐—ง๐—œ๐—š๐—” (๐Ÿฏ) ๐—™๐—”๐—ž๐—ง๐—” ๐—•๐—จ๐—ž๐—œ๐—ง ๐—จ๐—›๐—จ๐—— ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—œ ๐—”๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ ๐Ÿ“† 2 Shaโ€˜bฤn 1443 | 5 Mac 2022 | Madฤซnah al-Munawwarah Selama ini, kebanyakan daripada kita hanya mengetahui bahawa Bukit Uhud menjadi lokasi dan saksi Peperangan Uhud yang tercetus antara tentera Muslimin dengan tentera Musyrikin Makkah pada zaman Rasulullah ๏ทบ dahulu. Peperangan yang berlaku pada bulan Shawwฤl tahun ke-3 Hijrah itu telah mengorbankan seramai 70 orang syuhada. Salah seorangnya ialah Saidina แธคamzah bin โ€˜Abd al-Muแนญแนญalib raแธiyaLlฤh โ€˜anh, bapa saudara Nabi ๏ทบ yang sangat Baginda cintai. Namun, tahukah teman-teman, sebenarnya terdapat banyak lagi fakta menarik mengenai Bukit Uhud yang jarang kita ambil maklum? Berikut saya sertakan tiga (3) daripadanya: 1๏ธโƒฃ Bukit yang menyendiri 2๏ธโƒฃ Bukit yang mencintai dan dicintai Rasulullah ๏ทบ 3๏ธโƒฃ Bukit yang menjadi perumpamaan [Rujuk gambar untuk huraian lanjut] โ€” In shฤโ€™ ALlฤh, mudah-mudahan, setiap daripada kita direzekikan oleh Allah ๏ทป untuk bisa mengunjungi bukit yang sangat barakah lagi dimuliakan ini, seterusnya menghayati pengajaran yang ada padanya. ๐Ÿ•‹ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุขู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูู…ู’ ๐Ÿ•‹ ๐Ÿ‘“ Muhaimin Safaruddin. Husna Najihah. #Umrah #DariKantorEditor (Shuhada Uhud) https://www.instagram.com/p/CbNQ5O5Pl0_/?utm_medium=tumblr
0 notes
hamassyujaiy ยท 2 years
Photo
Tumblr media
๐Ÿ“† 29 Rajab 1443 | 3 Mac 2022 | Madฤซnah al-Munawwarah Menurut Shaykh โ€˜Awn bin Muโ€˜ฤซn al-Qaddลซmฤซ, pengarang kitab โ€˜Kenali Nabimu dengan 5 Ilmuโ€™, terdapat lima ilmu untuk kita lebih mengenali dan mencintai Rasulullah ๏ทบ yang mulia: ๐ŸŒ• Ilmu Sฤซrah Perbincangan mengenai cerita-cerita Baginda Nabi ๏ทบ pada hari-hari dan malam-malamnya, bermula daripada kelahiran sehingga kewafatan Baginda. ๐ŸŒ• Ilmu Shamฤโ€™il Perbincangan mengenai sifat penciptaan bentuk tubuh fizikal dan akhlak Baginda Nabi ๏ทบ. ๐ŸŒ• Ilmu Faแธฤโ€™il Penceritaan mengenai kelebihan para anbia dengan keutamaan Baginda Nabi ๏ทบ dari sudut keindahan dan kelebihan. ๐ŸŒ• Ilmu Dalฤโ€™il Perbincangan mengenai perkara-perkara yang berlaku sebelum kenabian (irhฤแนฃ), mukjizat, dan karamah Baginda Nabi ๏ทบ. ๐ŸŒ• Ilmu Khฤแนฃฤโ€™iแนฃ Perbincangan mengenai keistimewaan Baginda Nabi ๏ทบ melebihi yang lain dan keistimewaan pada syariat ilmu ini melibatkan zat diri Baginda dan umatnya. โ€” Sesungguhnya, setiap ilmu ini mempunyai penerangan tersendiri lagi dikenali dengan mempunyai isi kandungan, perbincangan masalah, dan sumber. Di samping itu, akan kelihatan kesan dan hasil bagi mereka yang benar-benar meneliti dan mempelajarinya. Antara tujuan mengkaji ilmu-ilmu ini adalah untuk melengkapi gambaran demi memantapkan ilmu yang berkaitan dengan sahsiah Baginda Nabi ๏ทบ. Maka dengan ini, membolehkan seseorang itu untuk mempraktikkan dan menggerakkannya dalam kehidupan dengan lebih jelas dan mendalam. ๐Ÿ•‹ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุขู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูู…ู’ ๐Ÿ•‹ ๐Ÿ‘“ Muhaimin Safaruddin. t.me/MuhaiminSafaruddin #Umrah #DariKantorEditor (Masjid Nabawi) https://www.instagram.com/p/CbKsoEtPj-I/?utm_medium=tumblr
0 notes
hamassyujaiy ยท 2 years
Photo
Tumblr media
Amalan dalam majlis graduasi atau konvokesyen hakikatnya berasal daripada Islam yang kemudian dicedok oleh Barat. Menurut Dr. Afifi al-Akiti, amalan yang dipopularkan oleh Universiti Oxford ini sebenarnya lahir daripada tradisi pondok. Hal ini termasuklah budaya seperti makan beramai-ramai, menunggu pengetua sebelum makan, dan membaca doa; semua ini berasal daripada tradisi Islam. Namun sekarang, ia lebih dikenali sebagai budaya Harry Potter. Sistem pensijilan juga ialah tradisi Islam. Dalam bidang hadis, di Qayrawan, pelajar yang melepasi pendidikan dan ujian hadis akan diberikan sijil bernama โ€˜Bi al-แธคaqq al-Riwฤyahโ€™ yang bermaksud โ€˜kebenaran untuk meriwayatkan hadisโ€™. Istilah Bi al-แธคaqq al-Riwฤyah ini pula kemudian dipinjam dan dialih kepada bahasa Latin sebagai โ€˜Baccalaureateโ€™ (BA). Selanjutnya, jubah yang dipakai oleh penuntut dan guru mengikut warna masing-masing bertujuan membezakan antara orang awam dengan penuntut ilmu dan ilmuwan. Terdapat juga kisah seorang menteri perlu menukar jubah menteri kepada jubah sarjana apabila ingin membacakan hadis kepada pendengar. Jika seseorang itu layak mengajar, mereka akan disarungkan jubah yang digunakan oleh ilmuwan. Upacara ini masih diteruskan sehingga kini, terutamanya penganugerahan kepada penerima ijazah doktor falsafah. Malah yang lebih menarik, topi segi empat siswazah (mortar board / qalansuwah) ialah tempat untuk mengikat al Quran di atas kepala. Itulah sebabnya kenapa reka bentuk topi segi empat itu leper di bahagian atas. Di sini menunjukkan tanda penghormatan tertinggi kepada Kalamullah. Itulah tujuan sebenar bergraduasi menurut tradisi Islam supaya ilmu yang diperoleh membantu meninggikan ayat-ayat Allah. Maka, agak menghairankan dan mengerikan mengapa boleh terlahir tradisi melontar topi segi empat setelah bergraduasi. (Adaptasi: @ajarmalaysia) Mudah-mudahan, Allah senantiasa memberkati kembara ilmu kita, supaya ilmu itu bisa menjadikan kita insan yang bermanfaat, serta menyelamatkan kita daripada kejahilan dan kesombongan yang membinasakan. ๐Ÿ‘“ AHMAD MUHAIMIN BIN AHMAD SAFARUDDIN Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat (Lulus dengan Kepujian), Universiti Malaya. 201121 (Universiti Malaya) https://www.instagram.com/p/CafFBrNvB8b/?utm_medium=tumblr
4 notes ยท View notes
hamassyujaiy ยท 2 years
Photo
Tumblr media
Ahad | 2 Januari 2022 | Sungai Udang, Melaka โ€œAntara nikmat di dalam syurga ialah pertemanan (al-แนฃuแธฅbah). Ahli syurga tak hidup seorang-seorang. Mereka mesti ada teman. Oleh sebab itu, di dunia ini, jangan hidup seorang-seorang.โ€ Demikianlah antara bait kalam Tuan Guru Ustaz Zulkifli Ismail แธฅafiแบ“ahuLlฤh yang sangat kuat menembusi relung hati kami saat menutupi sesi taujihat beliau pada petang itu. Hal tersebut memberi kami suatu isyarat dan kesimpulan yang begitu kukuh; betapa kami perlu bersungguh-sungguh hidup dalam kesatuan jemaah dan memperbanyak pergaulan bersama orang-orang yang soleh. ใ€ฐ๏ธ Kalau dahulu, ketika masih bergelar pelajar, apabila memohon nasihat daripada Tuan Guru, pasti soalan kami akan berkisarkan dunia kemahasiswaan, dakwah di kampus, dan sewaktu dengannya. Namun kini, saat roda kehidupan meneruskan putarannya, tumpuan lebih terarah kepada alam kerjaya dan keluarga pula. Sebut Tuan Guru, jadikan pekerjaan kita sebagai alat untuk mengukuhkan perjuangan. Saat memiliki atau bertambah kemahiran, sumbangkan kemahiran yang kita ada untuk kemajuan perjuangan. Saat memperoleh pendapatan pula, infakkan sebahagian daripada pendapatan tersebut untuk kelangsungan perjuangan. Hal ini demikian kerana, kecintaan kepada Allah ๏ทป, Rasulullah ๏ทบ, dan perjuangan Islam merupakan jalan ketaatan (แนญarฤซq al-แนญฤโ€˜ah) kepada-Nya. Tingkatkan setiap kecintaan itu dengan benar-benar ikhlas dan itqan dalam setiap kerja buat kita. Kata Tuan Guru lagi, tiada istilah pertembungan antara keluarga, kerjaya, dengan jemaah. Seandainya kita benar-benar melihat dan memahami keutamaan (awlawiyyฤt), ketiga-tiga aspek tersebut boleh saja diwujudkan keseimbangan (equilibrium). Apa guna berjuang Islam, tetapi ahli keluarga terabai daripada nafkah dan dakwah? Apa guna sibuk bekerja, tetapi tiada masa pula untuk jemaah? Begitulah sebahagian misal yang diuntaikan untuk kami senantiasa beringat. ใ€ฐ๏ธ Mudah-mudahan, Allah selalu mengurniai kita istiqamah dalam jalan ketaatan. Sungguh, nikmat istiqamah itu adalah sebaik-baik karฤmah yang hanya dikurniakan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Alhamdulillah, permulaan 2022 yang penuh hikmah. ๐Ÿฅฐ๐Ÿคฒ #BaytHamim #ZiarahUlama (Pondok Baitul Qurro' Wal Fuqoha') https://www.instagram.com/p/CYeXrgkDZPF/?utm_medium=tumblr
0 notes
hamassyujaiy ยท 2 years
Photo
Tumblr media
Pascaperkahwinan. Ia bukan lagi tentang soal โ€˜akuโ€™ semata-mata, bahkan sebahagian besarnya adalah tentang mendukung makna โ€˜kitaโ€™. 1. Kita senaraikan setiap perkara yang patut disyukuri. Agar kita selalu menyedari; bahawa dalam setiap keributan hidup yang sedang kita alami, hakikatnya masih terlalu banyak pemberian dan anugerah Allah yang sangat perlu untuk kita berterima kasih kepada-Nya. 2. Kita senaraikan setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul. Agar pasangan kita sentiasa memahami segala keutamaan dan kesibukan masing-masing yang melingkari hidup. Dengan itu, kita lebih mudah menyusun prioriti, jadual, dan kegiatan seharian. 3. Kita senaraikan setiap hal yang perlu dimuhasabah. Agar kita dapat menilai satu per satu sudut kehidupan yang telah berlalu. Mana-mana yang molek, kita pohon supaya dikurniakan istiqamah. Mana-mana yang kurang pula, kita doa supaya diberikan kekuatan untuk terus bisa menambah baik. โ€” Begitulah. Kalau dalam sesebuah syarikat atau pertubuhan pun kita selalu buat mesyuarat dan permukiman, maka dalam hendak membangunkan keluarga dan membina generasi, lagilah kita kena usaha untuk kerap buat. Kan? Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan izin Allah jua. ๐Ÿคฒ #BaytHamim #010122 (BookXcess) https://www.instagram.com/p/CYMNgY9vP-k/?utm_medium=tumblr
0 notes
hamassyujaiy ยท 2 years
Photo
Tumblr media
Sabtu | 4 Disember 2021 | Kuala Terengganu Alhamdulillah, Allah merezekikan kami untuk berpeluang menziarahi Guru hamba dan zaujah walau seketika cuma. Celupan ujian sepanjang kembara mungkin sebagai tarbiah daripada Allah; adakah kami benar-benar bersungguh dalam menoktahkan tekad atau sebaliknya. Sejak awal pernikahan, salah satu cita-cita bersama kami adalah untuk menziarahi para Murabbi, Ulama, dan Asatizah Rabbani semampu daya yang mendiami satu-satu daerah atau tempat. Teringat mafhum kalam Guru: โ€œApabila kalian berkelana ke sesebuah negeri; pertama, carilah ulamanya, dan kedua, carilah maktabahnya. Insya-Allah, nescaya perjalanan kalian akan beruntung.โ€ Kami kira, ceritera semalam adalah sebagai derap langkah permulaan dan coretan permusafiran yang awal. Dengan izin Allah, mudah-mudahan, Allah membuka lagi jalan kepada kami untuk bersua muka dengan lebih ramai Ulama Rabbani. Seterusnya, memohon taujihat dan doa daripada mereka sebagai bekalan kehidupan kami yang amat fakir dan dahaga akan petunjuk kebenaran. ๐Ÿ‘“ Muhaimin Safaruddin. #BaytHamim #DariKantorEditor (Kubang Parit) https://www.instagram.com/muhaiminsafar/p/CXFm4rXPCop/?utm_medium=tumblr
0 notes
hamassyujaiy ยท 3 years
Photo
Tumblr media
[3/3] 21 Muแธฅarram 1443 | 30 Ogos 2021. Maka, bermulalah ceritera pernikahan kami dengan izin dan kurniaan Allah ๏ทป. Mohon doa semua ya. ๐Ÿฆ‹ Ahmad Muhaimin bin Ahmad Safaruddin Husna Najihah binti Zamalolaily #HaMim โ€” [Kredit jurugambar: @amifikri] https://www.instagram.com/p/CThoXgdpfs8/?utm_medium=tumblr
0 notes
hamassyujaiy ยท 3 years
Photo
Tumblr media
[2/3] 26 Ogos 2021. Empat hari sebelum hari kejadian. Tarikh pernikahan sudah pasti. Saya sekali lagi dengan rendah hati menyampaikan khabar gembira tersebut melalui pelantar WhatsApp Tuan Guru Ustaz Zulkifli Ismail แธฅafiแบ“ahuLlฤh taโ€˜ฤlฤ bagi memohon doa dan nasihat. Ternyata, taujihat Ustaz amat membekas dan menusuk ke dalam kalbu; seolah-olah saya sedang berhadapan dan mendengar sendiri kalam mulianya. โ€œMulakan gerbang perkahwinan dengan niat yang mulia iaitu untuk menjadi semakin hampir kepada Allah โ€˜Azza wa Jalla, dan untuk membentuk keluarga dakwah dan perjuangan yang menjadi benteng Islam. ูุฐูุฑู‘ููŠู‘ูŽุฉ ู‚ูุฑู‘ูŽุฉูŽ ุฃูŽุนู’ูŠูู†. Jaga makan minum dengan bersungguh-sungguh daripada segala yang haram dan syubhah kerana ia bakal mempengaruhi zuriat dan keturunan, supaya lahir zuriat dan keturunan yang bersih zat tubuhnya dan kuat hatinya untuk bertakwa kepada Allah. Jaga dan ikat hubungan suami isteri atas dasar kemaslahatan dan keperluan dakwah agar keluarga menjadi berkah dan dicintai Allah dan Rasulullah ๏ทบ. ฤ€mฤซn.โ€ Masya-Allah, betapa Allah ๏ทป Maha Mengetahui keperluan setiap hamba-Nya. ู„ุง ุญูˆู„ ูˆู„ุง ู‚ูˆุฉ ุฅู„ุง ุจุงู„ู„ู‡. [Bersambung] https://www.instagram.com/p/CTg78WYnpvg/?utm_medium=tumblr
0 notes
hamassyujaiy ยท 3 years
Photo
Tumblr media
[1/3] 4 Oktober 2020. Teruja. Berdebar-debar. Seram sejuk. Bahagia. Semuanya ibarat bercampur-baur. Selesai Kuliah Duha Tafsir Nลซr al-Iแธฅsฤn, Tuan Guru Ustaz Zulkifli Ismail แธฅafiแบ“ahuLlฤh taโ€˜ฤlฤ, Mudir Pondok Baitul Qurro' wal Fuqoha' sendiri menjemput kami (saya, Hafiz, dan Khir) untuk masuk bertentang mata secara khusus dengan beliau di dalam pejabat peribadi. Walaupun sekadar dibawa masuk ke dalam bilik, sungguh ia terasa istimewa benar mendapat penghormatan dan penghargaan sebegitu daripada Murabbi yang sangat kami hormati lagi cintai. Kami bukanlah siapa-siapa untuk menerima kenikmatan tersebut, jauh sekali berstatus แธฅabฤโ€™ib atau ulama rabbani. Begitulah istimewanya akhlak yang menghiasi Tuan Guru; senantiasa memberikan perasaan bak layanan orang kenamaan kepada sesiapa jua yang berurusan dengan beliau. Perancangan asalnya, kami hanya mahu mendapatkan ulasan daripada Tuan Guru berkenaan manuskrip โ€˜Baitul Qurro' wal Fuqoha': Madrasah Tarbiah Generasi Muda Islamโ€™ yang dibawa ke sana untuk dinilai. Seterusnya, kami memohon Kata Pengantar beliau untuk dimuatkan dalam manuskrip itu sebelum dicetak dan diedarkan kepada semua sepertimana yang kalian miliki pada hari ini. Namun, selesai sesi semakan, cadangan, dan penambahbaikan manuskrip, kami diberikan peluang juga untuk mengajukan apa-apa sahaja persoalan lain kepada Tuan Guru. Saya mengisi kesempatan ini untuk terus mendapatkan taujihat yang sangat-sangat saya butuhkan berdasarkan kondisi saya pada ketika itu. โ€œBegini, Ustaz. Alhamdulillah, ana sebenarnya sedang dalam fasa pertunangan sejak 30 Ogos yang lalu. Insya-Allah, rencananya, ana akan melangsungkan pernikahan pada Ogos tahun depan. Jadi, boleh tak jika ana dapatkan sedikit nasihat daripada Ustaz untuk ana mengisi tempoh pertunangan ini sebaiknya?โ€ Ustaz Zulkifli diam sejenak sebelum beliau memulakan bicara: [Bersambung dalam gambar dan hantaran seterusnya] (Pondok Baitul Qurro' Wal Fuqoha') https://www.instagram.com/p/CTf83E7B4S4/?utm_medium=tumblr
0 notes
hamassyujaiy ยท 3 years
Photo
Tumblr media
TIGA (3) PERKARA BESAR YANG SAYA PELAJARI SEPANJANG 12 BULAN BERKERJAYA Bismillah. Alhamdulillah, hari ini (27 Julai 2021), genap setahun sudah saya direzekikan oleh Allah ๏ทป untuk berkhidmat secara sepenuh masa dengan Pustaka Permata Ummah (PPU). Jika dahulu, para senior acap kali membilang perihal bezanya alam pekerjaan dengan alam kemahasiswaan. Nyata, hari ini dan sehingga saat ini, saya benar-benar merasai maknanya yang tersendiri. Terlalu banyak hal yang telah saya alami dan lalui sepanjang setahun kembara dan kelana di ranah kerjaya ini. Hendak ditintakan satu per satu, sudah tentu bukan di sini ruangannya dan bukan pada masa ini kesempatannya. Maka, cukuplah saya rumuskan tiga (3) perkara paling besar yang saya kira, molek untuk saya kongsikan bersama dengan sahabat-sahabat, waima daripada kalangan adik-adik mahasiswa, teman-teman seusia, mahupun yang lebih makan garam daripada saya. Mudah-mudahan, bermanfaat hendaknya perkongsian fakir berikut: (Slaid pada gambar untuk bacaan penuh) โ€• WaLlฤhu aโ€˜lam. Dengan penuh kerendahan hati, saya mohon doa daripada semua supaya Allah ๏ทป senantiasa mengurniai saya istiqamah untuk terus menjadi insan yang hari ini lebih baik daripada semalam. Terima kasih banyak semua atas pembacaan! ๐Ÿ˜‡ ๐Ÿ‘“ Muhaimin Safaruddin Editor, Pustaka Permata Ummah. #DariKantorEditor #SetahunKerjaya https://www.instagram.com/p/CR1USSfjnf0/?utm_medium=tumblr
0 notes
hamassyujaiy ยท 3 years
Photo
Tumblr media
Dua perkara yang sangat besar telah saya belajar daripada Aidiladha. Pertama ialah ibadat haji. Menjadi manifestasi kepada kesatuan dan perpaduan umat Islam sendiri. Walau berbeza pangkat, keturunan, harta, dan warna kulit, semuanya disatukan atas dasar akidah dan tauhid. Setiap daripada kita berpakaian ihram yang sama, melakukan manasik haji yang sama, dan bersujud ke arah Kaabah yang sama. Tiada beza. Kedua pula ialah ibadat korban. Sebagai simbolik akan sebenar-benar penyerahan diri kepada Allah dalam menerima setiap ujian-Nya. Juga berperanan besar mendidik diri agar sentiasa cakna dan peduli akan nasib mereka yang kurang bernasib baik. Seterusnya, menggalakkan kita untuk selalu memberi dan berkongsi, kerana hari raya ini milik kita bersama, sama ada si miskin mahupun si kaya. Kawan-kawan, nak tahu tak apa persamaan antara konsep PERPADUAN dengan PENGORBANAN ini? Ya, kedua-duanya bermatlamatkan TAKWA sebagai cita-cita tertinggi. [Rujuk Surah al-Hujurat (49): 13 dan Surah al-Hajj (22): 37] Menariknya, ujian COVID-19 yang sedang melanda kita masa ini, kedua-dua konsep di atas sedang sangat terbuka luas untuk kita hayati dan amalkan sepenuh hati, sesungguhnya. COVID-19 menuntut kita untuk kekal bersatu hati sesama kita antara pihak pemerintah dengan rakyat. Masing-masing perlu berperanan dan bekerjasama, baik dalam menjaga kesihatan diri mahupun mematuhi SOP. Demikian juga, COVID-19 mendesak kita supaya benar-benar mengorbankan kepentingan diri demi kemaslahatan masyarakat sejagat. Para barisan hadapan, kita semua tahu bagaimana hebatnya tahap pengorbanan mereka. Sebagai rakyat biasa, kita pun bisa berkorban, umpamanya dengan tidak merentas daerah dan negeri untuk pulang beraya di kampung. Kita juga mampu mengorbankan sedikit harta dan kepunyaan yang kita miliki untuk berbagi-bagi rezeki sesama mereka yang sangat memerlukan. Masya-Allah, segalanya adalah demi kesejahteraan kita bersama. Ya Allah, semoga dengan PERPADUAN dan PENGORBANAN yang kami ikhtiarkan ini, Dikau berkenan memberi kami kurniaan TAKWA yang sangat kami dambakan. Salam #Aidiladha, teman-teman sekalian. #KitaJagaKita, #AllahJagaKita. ๐Ÿ˜Š ๐Ÿ‘“ #DariKantorEditor https://www.instagram.com/p/CRiRgNKD2GV/?utm_medium=tumblr
0 notes
hamassyujaiy ยท 3 years
Photo
Tumblr media
โ€œAmboi, beria betul kau bersiap-siap, bercantik bagai ni? Bukan ke kita masih tak boleh masuk masjid untuk solat Jumaat? Rilek-rilek sudah.โ€ Kata Man kepada Min saat melihat temannya itu bersungguh-sungguh mengemaskan diri kurang lebih 30 minit sebelum gelincir matahari Jumaat PKP yang terik. Eh, siapa kata kena macam itu? Meskipun kebanyakan daripada kita tidak dibenarkan untuk hadir ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat kerana mematuhi perintah Ulu al-Amr semasa musim wabak; Bukanlah bermaksud bahawa kita sudah tidak perlu menghidupkan hari yang penuh barakah ini dengan amalan-amalan sunah yang sangat dianjurkan. Tetaplah berusaha melakukan segala ibadat sunat itu sepertimana hari-hari Jumaat yang biasa. Kita cuma terhalang daripada memasuki masjid, namun jauh sekali kita terhalang daripada mengabdikan diri kepada Allah ๏ทป. Sebagai tambahan, usah sesekali menghilangkan rasa cinta dan rindu kita terhadap masjid. Usah biarkan perasaan bersalah itu langsung kabur dan hilang daripada hati kita. Usah biarkan rasa โ€œtak mengapaโ€ itu bersarang dalam sanubari. Jangan, teman. Bukankah orang yang hatinya senantiasa terikat dengan masjid itu โ€“ Insya-Allah โ€“ akan menjadi salah satu golongan yang akan mendapat naungan Allah ๏ทป di Mahsyar; hari yang tiada naungan selain daripada naungan-Nya? Maka, ikhtiarlah sedaya upaya agar kalbu kita sentiasa tertaut pada masjid. Buatlah apa-apa jua amalan yang seolah-olah menggambarkan diri kita benar-benar berangkat ke masjid untuk solat Jumaat, umpamanya: 1. Mempersiap dan membersihkan diri sebaiknya sebelum Jumaat. 2. Mengenakan pakaian yang paling baik. 3. Menunggu waktu Jumaat dengan duduk membaca al-Quran, berzikir, berselawat, beristighfar, dan sebagainya. 4. Mendengar khutbah Jumaat secara dalam talian. 5. Menunaikan solat sunat rawatib (qabliyyah dan baโ€˜diyyah) Zuhur. 6. Mengerjakan solat fardu Zuhur secara berjemaah. 7. Memperbanyak infak dan sedekah. Insya-Allah, mudah-mudahan, Allah ๏ทป tetap menilai segala usaha kita sebagai ganjaran pahala Jumaat yang sangat besar di sisi-Nya, walaupun kita terhalang daripada melakukannya seperti biasa dek keuzuran suasana pandemik. https://www.instagram.com/p/CPrw94KnRP6/?utm_medium=tumblr
0 notes