Tumgik
hubbandhope · 5 years
Text
NUR NADIA ADHA BINTI MOHD YUSOF
IIV180059
HUBB AND HOPE
Tumblr media
Projek Jalinan Masyarakat yang diadakan kali ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di Felda Air Tawar 3,Kota Tinggi setelah keputusan mesyuarat beberapa kali. Mesyuarat diadakan setiap minggu sebelum bermulanya projek. Semua ahli banyak terlibat dalam pencarian dana kerana projek seperti ini memerlukan dana yang amat besar. Antaranya, carwash, jualan roti sosej dan oden, fund-raising challenge iaitu idea-idea daripada AJK Dana. Kita berhasil mendapatkan dana yang secukupnya sebelum projek bermula.
Secara kasarnya, pada hari pertama kami lakukan aktiviti gotong royong di Sekolah Agama Felda Air Tawar 3, dan esok harinya kami mengutip sampah-sarap yang ada di Pantai Sedili Kechil, dan pada hari terakhir kami menjadi fasilitator kepada adik-adik darjah 6 Sekolah Kebangsaan Muzaffar Syah dan pada petangnya, kami memberi sedekah berbentuk makanan kepada keluarga yang kurang bernasib baik di Felda Air Tawar 3.
Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media
Terdapat banyak pengajaran yang saya dapati dalam menjalani projek ini. Antaranya, buat baik dibalas baik. Sebelum projek, kami risau sangat dana yang tidak mencukupi, tapi kami percaya ia cukup dan tetap teruskan. Tetapi selepas kami melakukan kerja-kerja gotong royong. Kami dapat makanan yang banyak sekali dan tidak perlu bayar untuk itu langsung. Selama 3 hari 2 malam, makanan kami amat terjaga. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Nenek, Atuk, Mak Ngah dan masyarakat Felda Air Tawar yang menjaga kecukupan kami. Saya percaya apabila kita lakukan benda baik, kita juga dapat benda baik. Selain itu, kita sedar akan sentiasa ada orang yang lebih susah daripada kita. Di dunia ini, kita perlu bantu orang, supaya satu hari nanti orang bantu kita. Kita manusia tidaklah pernah sempurna dan sentiasa mengharapkan satu sama lain. Ia mengajar kami juga untuk berdikari dan sentiasa tabah dalam menjalani kehidupan. Mendengar cerita masyarakat yang kurang bernasib baik, buat kita bersyukur akan kehidupan yang kita ada.
Tumblr media
Banyak perkara yang berlaku sepanjang projek ini memberi kesan kepada diri. Kami amat bertuah dapat berjumpa dengan Atuk, Nenek, Mak Ngah, Cik Sofia, Cik Ati dan masyarakat Felda Air Tawar. Terima kasih kerana memberi kenangan kepada kami. Kenangan itu amatlah sukar untuk dilupakan dan kenangan inilah membuat kami semakin rapat. "Apabila kamu ingin kenal dengan seseorang, musafirlah dengannya. " Terima kasih untuk segalanya. 💜
Tumblr media
1 note · View note
hubbandhope · 5 years
Text
HUBB AND HOPE
Fatiha Binti Ishak  IIV180017
Bismillah...
FASA PERANCANGAN
Langkah pertama yang kami buat adalah menyusun organisasi dengan memilih unit-unit yang boleh yang disusun oleh MT .Kemudian, kami buat meeting secara berkala untuk mendapatkan persetujuan ,tempat ,nama projek, aktiviti, bantuan kewangan dan segala yang berkaitan program. Alhamdulillah semua meeting dapat aku hadiri supaya tidak ketinggalan. Selain itu meeting kecil untuk setiap unit pun diadakan supaya kerja kami lebih kemas dan teratur. Dalam meeting tu nampaklah geng-geng yang lantang bersuara, banyak idea ,paling function dan perform kebabom termasuk MT.Berlaku banyak percanggahan idea sehingga keputusan projek JM lambat ditetapkan sehinggalah semua setuju untuk berprogram di Johor . Aku hanya mampu mendengar dan berasa amaze dengan mereka ni.Disebabkan projek yang dipersetujui akan diadakan di Johor, maka banyak kos yang diperlukan untuk menampung perbelanjaan kami. Dengan bantuan idea unit dana seperti carwash,housekeeping, fund-rising challenge ,jualan oden,aiskrim , sosej dan yang tak tersebut disini,kami bersama-sama bertungkus-lumus menjayakan cadangan itu .Dan alhamdulillah bendahari kata duit sudah mencukupi bahkan melebihi sasaran.
FASA SEMASA
Tumblr media
Sabtu pagi kami bergerak ke Felda Ayer Tawar 3 dalam jam 12.30 a.m. Kemudian singgah di masjid untuk persiapan diri dan solat subuh sebelum dijemput baik oleh Makngah dan Cik Piah serta Nekyah dan tok Pandi.teringat pertanyaan daipada siapa tak pasti “dah sarap belum?” lepastu semua pelik.Baru tahu yang orang Johor ja panggil sarap tu sarapan. Rasa bangga sekejap jadi orang Johor sebab selalunya tenggelam dan kelam dengan loghat orang negeri lain.Kemudian kami bergerak ke sekolah menaiki bas sekolah. Disebabkan aku unit aktiviti dan pengisian dan juga PIC untuk mengatur aktiviti di  Sekolah Agama Felda Air Tawar 3, maka berkejaranlah aku mencari ustazah untuk berurusan. Maka agihan tugas pun berlaku  dan bermulalah aktiviti mengeluarkan peluh di bawah terik matahari dari pagi hingga petang. Antara aktivitinya ialah mengecat, menjahit pagar,membersihkan longkang membuang rumput di pagar dan sebagainya.Alhamdulillah selesai aktivit guru besar yang diigelar ummi meminta kami berkumpul, berkongsi cerita, dan memberi cenderahati serta nasihat yang tidak dapat dilupakan iaitu jangan berhenti buat baik, Kemudian aku tersedar, kalau kita berpenat-lelah tapi niat bukan kerana Allah sia-sia. Semoga penat lelah kami dibalas dengan kebaikan.Malam itu tahlil di rumah Nekyah sambil mengantuk yang tidak mampu angkat kelopak mata dah.Tapi alhamdulillah sekurang-kurangnya ada pengisian rohani dengan membaca yaasin dan zikrullah.kemudian kami memakan kudapan yang disediakan, pulang ke homestay bagi akhawat akhirnya tidur dalam keadaan kenyang,penat,bahagia dan ternanti-nantikan aktiviti keesokan harinya.
Tumblr media
Hari kedua kami penuhi masa kami di persisiran pantai Sedili Kechil sehingga petang. Kami membersihkan kawasan tersebut dengan mengasingkan kategori sampah kepada plastik, kaca, aluminium dan sampah-sarap.Kami dibahagikan kumpulan kepada 4 kumpulan ke kawasan tertentu dan mengutip segala sampah yang ada sehingga plastik sampah habis walaupun sampah belum habis dikutip.. Setelah solat dan berehat kami mulakan pelbagai aktiviti untuk mengeratkan ukhuwah antara kami seperti perlawanan dizzy sponge,baling selipar dan sebagainya.Ada juga yang tidak jujur dalam permainan tetapi kami tutup sebelah mata sahaja dan aku menganggap pemenang adalah semua orang yang bersungguh-sungguh dalam permainan dan paling penting jujur. Walaupun perlawanan tanpa hadiah dan hanya sekodar suka ria tetapi semangat mereka main memang power dan tiada tandingan. Kemudian kami pulang dan merewang di rumah Nekyah untuk makan malam. Setelah makan, unit aktiviti buat penerangan semula aktiviti fasi sekolah Muzaffar Shah untuk keesokan harinya. Tetiba aku dapat panggilan emergency daripada akak aku dan aku perlu pulang.Setelah mendapat izin pengarah aku mengemas barang dalam keadaan perasaan berbaur serba salah dan sedih kepada teman-teman terutama Unit aktiviti.
 Hari ketiga aktiviti program fasi di Sekolah Kebangsaan Muzaffar Shah .Selepas sarapan yang lain semua bergerak ke sana manakala aku tinggal dirumah Nekyah sambil berbual dengan mereka  untuk menumpang makngah ke stesen bas. Tiba di stesen bas aku naik bas yang ditunjuk oleh makngah dan cikpiah.Paling tak bole lupa Makngah dan Cikpiah tunggu aku sehinggalah bas pergi..aku terharu bangat. Teringat pesanan mereka jangan lupakan mereka anggaplah mereka macam keluarga angkat dan jemput kami datang lagi jika berpeluang. Perpisahan awal sebelum kawan-kawan lain sangat sedih namun mengenangkan keluarga lebih utama maka aku reda. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.
Tumblr media
FASA SELEPAS
Selesai sudah JM yang aku sendiri bagi maksud JM sebagai jumpa manusia. Melalui JM aku dapat rasakan kasih sayang antara keluarga Johor sana walaupun hanya baru berkenalan beberapa hari, Mungkin sebab utama kerana aku sudah kehilangan atuk dan nenek sejak kecil lagi.Jika nak gambarkan perasaan sukar dilafazan dengan mulut dan diterjemahkan dalam tulisan maka disimpan didalam hati sahaja.hehe.Banyak perkara yang aku pelajari dalam masa yang singkat ni,Dan akhirnya terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam projek ini, terutama sahabat-sahabat Kima dan alam sekitar,Moga sepanjang projek jika ada terguris mana-mana hati dan perasaan mana-mana pihak dapat dimaafkan, Very very last terima kasih sudi baca coretan yang tidak seberapa ini.Banyak lagi nak tulis tapi hanya nak kekalkan dalam ingatan sahaja.MOga bermanfaat dan Alhamdulillah …..
Tumblr media
1 note · View note
hubbandhope · 5 years
Text
HUBB AND HOPE 2019#JMKIMIAxALAM
NUR NABILLA ATIQAH BINTI MOHD ROZLAN (IIV180058)
Tumblr media
SEBELUM
Aku masih ingat hari terakhir semester 2 apabila Dr Halim memberi sedikit penerangan ringkas tentang subjek jalinan masyarakat yang kami akan ambil pada semester seterusnya, aku amat teruja sekali kerana aku memang sukakan aktiviti berbentuk kemanusian dan sukarelawan sebegini. Seterusnya semasa pemilihan ajk, aku memang sengaja meletakkan diri dalam biro protokol kerana aku mempunyai sedikit pengalaman dalam mengacara majlis malah aku ingin mengasah bakatku dalam bidang tersebut. Biro protokol kami diketuai oleh saudara syazwan syauqi dan penolongnya saudari helwani, mereka tidak asing sekali dengan kerja yang bagus dan amat memberi kerjasama, sesiapa yang bekerja dengan mereka pasti akan senang hati termasuklah aku, bersama kami biro protokol adalah kak yana dan huda. Mt bayangan bawah kami adalah saudari khadijah yang sangat hebat dalam bekerja dan sangat bijak dalam idea. kami amat suka sekali berkerja bersama mereka. gerak kerja sebelum projek jalan amat berjalan lancar dan kami berasa sangat puas dan bahagia.
SEMASA
Semasa program berlangsung, aku diberi tiga kali amanah untuk menjadi pengacara majlis, pertama sekali semasa mula mula datang, kami ada majlis perasmian di sekolah agama felda air tawar 3. kami disambut mesra oleh penduduk di sana, majlis perasmian kami dihadiri oleh penolong pengurus felda, ketua kampung, guru besar sekolah dan juga imam kampung. kami berasa sangat terharu kerana disambut dan dilayan dengan penuh  mesra. seterusnya aku menjadi pengacara majlis semasa acara perasmian penutupan yang dihadiri oleh orang orang besar felda air tawar 3, yang berhormat ahli parlimen kota tinggi johor pun datang untuk program kami, pengurus felda juga datang sebagai tetamu, pelbagai program yang dijalankan amat memberi impak kepada aku, yang paling banyak aku belajar adalah tentang kebaikan orang kampung disana yang sentiasa mengalu alukan kedatangan kami. program kami semuanya berjalan dengan lancar. sebagai biro protokol, banyak perkara yang kami belajar untuk perbaiki dan banyak pengalaman yang diperolehi
SELEPAS
usai habis program, kami terus ke rumah penginapan kami, rumah atuk irsyad, kami dikejutkan dengan sambutan hari jadi atuk irsyad yang amat membuatkan kami terharu. segala program, lelah, makanan yang disumbangkan amatlah memberi kesan kepada diri kami dan melatih kami untuk menjadi mahasiswa yang mempunyai sifat kemanusian dan cintakan program sukarelawan. kami pulang ke UM malam itu dan sampai lebih kurang jam 1 pagi dengan membawa seribu macam kenangan dan pengalaman yang tidak terhingga. felda air tawar 3, kota tinggi johor akan tersemat selamanya di sanubari dan hati aku selamanya,
sungguh, 
kenangan manis yang tidak dapat aku lupakan selamanya...
1 note · View note
hubbandhope · 5 years
Text
HUBB AND HOPE
HUDA BINTI BUSTAMAM IIV180021 SEBELUM bila dapat tahu buat jm dekat johor, rasa teruja sebab dah lama tak pegi johor sejak dah pindah ke shah alam. Rindu dengan johor sebab membesar dekat sana, sekolah dekat sana semua dekat sana lah. Punya excited nak gi johor tu sanggup jual choco jar dengan aisyah utk self fund raising. Dapat lah sikit daripada takde. SEMASA ketika gotong-royong di sekolah agama felda air tawar 3, nampak budak2 darjah khas. Teringat masa amik darjah khas dulu. Guru besar di sekolah itu lebih mesra di panggil umi bagi banyak nasihat. Nasihat yang paling saya ingat dan terkesan dekat saya, jangan berhenti buat baik. Saya pertama kali jadi ajk protokol. Satu benda yang saya belajar dari jadi ajk protokol ini, apa2 majlis kene buat rehearsal. SELEPAS Apa yang saya dapat daripada projek jm ini ialah sebuah keluarga. Semua orang dekat sana, atuk, nenek, mak ngah, kak tati melayan kami seperti  keluarga mereka sendiri walaupun kami hanya berada di sana selama 3 hari. Kenangan ini paling susah saya lupa kan
1 note · View note
hubbandhope · 5 years
Text
Life is just a chance to grow a soul .
LIYANA NADIAH ROSMI
IIV180025
Bismillah.
Fasa perancangan.
Teringat kembali saat perjumpaan pada minggu kelima, masih lagi mencari-cari tempat yang sesuai untuk berprogram serta golongan sasaran dan sebagainya. Hal ini bukanlah kerana kekeringan idea tetapi disebabkan terlalu banyak pilihan membuatkan masing-masing buntu untuk memilih yang mana. Akhirnya, kata sepakat telah diambil untuk memilih kampung Felda Air Tawar 3 sebagai tempat untuk kami berprogram selama 3 hari 2 malam. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan program dapat dijalankan dan yang paling utama mestilah belanjawan program. Hasil perahan idea ahli biro dana dan tajaan, mereka telah tampil membawa beberapa strategi untuk mencapai target yang ditetapkan seperti car wash, housekeeping, jualan oden,jualan ais krim malaysia serta fund raising challenge (frc). Untuk fund raising challenge, pada awalnya kami telah ditetapkan untuk mencari minimum seorang sebanyak RM100. Pada awalnya aku memang berniat untuk menggunakan duit sendiri tanpa meminta pada sesiapa kerana aku kira telah banyak aku mengemis pada ahli keluarga serta masyarakat untuk program-program yang lepas. Ada satu hari aku terdetik untuk post poster frc di status whatsapp aku, mungkin ada rezeki aku kat situ. Itulah kali pertama aku post poster itu di media sosial aku sepanjang tempoh yang diberikan. Dipendekkan cerita, alhamdulillah, ada seorang insan yang pemurah reply kepada post aku bertanya perihal program yang bakal diadakan,bila, di mana dan sebagainya. Akhirnya, beliau berminat untuk menyumbang kepada program ini. Hari demi hari aku setia menanti sumbangan daripada insan ini sehinggalah kepada due date penyerahan wang frc kepada yang berkenaan. Aku segera memohon untuk bagi aku masa sehingga zohor kerana masih menanti sumbangan itu.Aku pasti insan pemurah ini terlupa dek kerana kesibukan tugasan harian. Jadi untuk menyelesaikan masalah, aku post poster frc itu sekali lagi dan khusus buat insan pemurah itu sahaja. Akhirnya, beliau notis post aku dan segera transfer duit ke akaun aku .Terkejut juga aku melihat jumlah yang diberikan kerana melebihi sangkaan aku. Kata beliau sumbangan itu atas nama FarahLiyanaRosli ‘moga Allah gembirakan dia disisi-Nya’.  Allahu sebak aku. Moga kau sedang dan sentiasa meniti hari bahagia di sana. Al-Fatihah.
Tumblr media
  Fasa semasa.
Pada malam 2 November 2019, kami bertolak ke Johor Bahru dengan menaiki bas. Aku berharap perjalanan malam itu berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Malam itu aku memang berusaha untuk tidur sepanjang perjalanan untuk mengelakkan perkara tak di ingini berlaku. Iya, aku biasanya akan mudah pening dan mula la perut nak keluarkan segala isinya. Alhamdulillah selepas beberapa jam,kami selamat tiba di daerah itu.Kami singgah di sebuah masjid untuk solat subuh dan membersihkan diri sebelum bertolak ke destinasi pertama.
Setibanya kami di Felda Air Tawar 3, kedatangan kami disambut dengan senyuman yang tak lekang dibibir oleh Makngah dan Cik Piah. Kami bersarapan di rumah Nekyah dan atuk Pandi. Pelbagai juadah yang dijamu untuk kami. Selepas selesai sarapan, kami meneruskan dengan aktiviti yang pertama iaitu melestarikan dan membersihkan kawasan Sekolah Agama Felda Air Tawar 3. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi tugasan masing-masing seperti mengecat pintu,mengecat tandas,membersihkan rumput-rumpat yang memanjat pagar, mengikat pagar dan sebagainya. Masing-masing mengerah keringat menyelesaikan segala tugasan yang telah diberikan sebaik mungkin. Ada juga yang buat-buat sibuk kesana kemari meninjau kawasan orang lain. Melihat senyuman manis Ummi dan para pengajar lain semasa di pengakhiran majlis membuatkan aku terfikir bahawa usaha kecil kami selama beberapa jam itu sedikit sebanyak membuahkan hasil dan pastinya menggembirakan hati mereka.Aku puas.
Tumblr media
 Pada hari kedua, kami telah menjalankan aktiviti membersihkan kawasan persisiran pantai di Sedili Kechil. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan ditugaskan untuk membersihkan kawasan-kawasan tertentu. Sungguh manusia tidak pernah mengenal erti syukur. Akibat daripada perbuatan yang seolah-olah tidak terpelajar itu menyebabkan wujudnya ‘khazanah-khazanah’ aneh di sepanjang persisiran pantai serta khazanah yang tertanam di dalam pasir yang mungkin sudah bertahun-tahun lamanya.Nak kata banyaknya khazanah yang ditemui sampai kena beli lagi plastik sampah tambahan. Kata pepatah, belajarlah dari alam kerana alam bisa memberikan pembelajaran & keindahan yang tak ternilaikan.Pada sebelah petang, biro aktiviti telah mengadakan beberapa aktiviti untuk mengeratkan lagi ukhuwah sesama kami. Aku kira objektifnya tercapai melihat karenah masing-masing mengambil bahagian dalam setiap aktiviti.Di sebelah malam pula, kami berbarberque bersama-sama sambil menikmati malam terakhir di daerah itu.
Tumblr media
Pada hari terakhir, kami telah mengadakan aktiviti bersama pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Muzaffar Shah. Pelbagai aktitviti telah dijalankan sepanjang program berlangsung dan para pelajar kelihatan sangat gembira dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti .Kami juga menceritakan perihal halatuju selepas upsr dan seterusnya memperkenalkan Universiti Malaya kepada mereka. Kami juga menggalakkan mereka supaya memohon Universiti Malaya sebagai tempat untk melanjutkan pelajaran di tahap yang lebih tinggi. Pada petang hari, kami meneruskan lagi dengan aktiviti penyerahan sumbangan makanan asasi kepada 6 buah keluarga yang terpilih.Aktiviti ini sekali lagi menyedarkan aku bahawa seharusnya aku bersyukur dengan kehidupan aku kerana masih ramai insan di luar sana yang hidupnya lebih sukar tetapi masih boleh bersyukur seadanya. Gagal aku berlalu satu rumah pun tanpa menitiskan air mata. Sejujurnya aku sangatlah tersentuh melihat kehidupan mereka.
Tumblr media Tumblr media
Fasa selepas.
Alhamdulillah, lega rasanya bila semua sudah berakhir. Terima kasih sahabat-sahabat semua.Terima kasih tak terhingga buat atuk  Nekyah Makngah Cik Piah Hakim Cik Tati Cik Din dan seluruh warga Felda Air Tawar 3 kerana sudi menerima kunjungan kami berprogram di sana.Terima kasih juga kerana melayan karenah kami yang pelbagai. Terima kasih atas segala apa yang telah diberikan. Moga sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah :’)).
Perpisahan adalah ucapan menyambut hari-hari penuh rindu.
Tumblr media
2 notes · View notes
hubbandhope · 5 years
Text
Mohamad Haziq Syahmi Bin Zuhaimi
IIV180027
Tumblr media
1)    Fasa sebelum
Bismillah, pada fasa sebelum ini kami banyak buat meeting mengatur perancangan untuk program Jalinan Masyarakat kami. Banyak perkara yang kami bincang antaranya nama program, belanjawan, tempat dan lain lain lagi. Pada mulanya banyak kali berlaku perubahan tempat namun alhamdulillah akhirnya kami sepakat untuk buat di Felda Air Twar 3, Kota Tinggi, Johor bertarikh dua hingga empat November. Alhamdulillah kegigihan biro-biro terutama barisan majlis tertinggi iaitu pengarah sendiri  banyak menyumbangkan tenaga kerja bagi menjayakan program ini
   2)Fasa semasa
Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media
1 November 2019 kami bertolak dari Universiti Malaya lebih kurang pada pukul 11.30 malam ke lokasi yang dituju. Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi yang dituju lepas subuh.
Aktiviti pertama kami ialah gotong royong di Sekolah Agama Felda Air Tawar 3 di mana kami melakukan aktiviti membersihkan seluruh kawasan sekolah, mengecat tandas, pondok pengawal dan bersihkan surau sekolah. Aktiviti ini tamat sekitar pukul 5 petang dan kami pulang ke rumah penginapan kami.
Pada hari seterusnya kami mengadakan aktivit “beach cleanup” di Pantai Sedili Kecil. Di situ kami mengutip sampah-sampah, dan plastik terbiar kemudian dikumpulkan di satu tempat untuk dilupuskan. Pada sesi petang pula aktiviti bonding antara kami iaitu explorace telah diadakan. Aktivit lebih kepada santai dan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara kami.
Pada hari ketiga kami pergi ke Sekolah Kebangsaan Muzaffar Syah. Di sekolah ini kami mengadakan aktiviti fasilitator Bersama murid tahun 6 yang pada waktu itu baru sahaja habis peperiksaan UPSR. Saya hanya dapat berada di sekolah tersebut hanya seketika kerana saya ditugaskan untuk rewang di rumah penginapan kami untuk menyediakan makanan tengahari. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancer
 Pada sebelah malam pula kami bersiap untuk pulang ke UM. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Nek Yah, Atuk dan Mak Ngah kerana sudi menyediakan tempat penginapan, menjaga makan minum kami selama tiga hari dua hari. Alhamdulillah kami selamat sampai di UM lebih kurang pukul 1 pagi.
3)    Fasa selepas
Tumblr media
Sejujurnya terlalu banyak kenangan pahit manis, pengajaran yang saya terima melalui program Jalinan Masyarakat ini yang tak mampu saya nukilkan di sini. Saya rasa bertuah kerana dapat menyertai program ini dan saya merasakan subjek JM ini patut diteruskan dan tidak dimansuhkan. Segala kenangan selama menjayakan program ini sehinggalah tamat akan saya semati dalam lubuk ingatan ini. Terima kasih untuk segalanya.
1 note · View note
hubbandhope · 5 years
Text
NURUL AISYAH BINTI M.RAMLI
IIV180065
Assalamualaikum , semoga semua dalam keadaan baik-baik sahaja :)
FASA PERANCANGAN
Tak banyak nak ulas, saya memikul tanggungjawab sebagai ahli logistik dan perhubungan luar. Tak banyak yang saya lakukan dalam unit tersebut sebab abang dan kakak-kakak dah selesaikan semua 😂 Pengalaman baru dalam JM ni sebab kami kena buat FUND RAISING CHALLENGE untuk setiap orang jadi saya ambil peluang untuk meniaga chocojar dengan menggunakan modal sendiri dan untung yang saya dapat disalurkan kepada DANA JM tetapi amat dukacita kerana untung yang dapat terlalu sikit tetapi tidak mengapa, pengalaman yang kita dapat itu penting. Seterusnya, pengalaman membuat oden bersama-sama di kolej untuk menambahkan dana yang tak pernah saya buat selama ni. Beberapa sebelum hari kejadian, berat hati nak pergi ke Johor memandangkan dah lama tak balik kampung dan pulang nanti beberapa hari sahaja tetapi kuatkan hati untuk ke sana juga 🥺
FASA SEMASA
Dah lama tak merasa berada di kampung, makan makanan kampung. Hari pertama kami semua dikehendaki bergotong-royong membersihkan dan menceriakan sekolah agama. Tak sangka sekolah tersebut hanya ada satu bangunan sahaja untuk memuatkan kelas, pejabat, bilik guru dll. Saya ditugaskan untuk mengelap tingkap bagi tiga aras. Lagi seronok sebab sambil mengelap tingkap dapat berborak, menyanyi dan mendengar lagu bersama-sama 😂 Perkara yang paling tidak boleh dilupakan adalah kata-kata nasihat dari guru besar 😔 Hari kedua kami melakukan aktiviti membersihkan pantai. Selama ini tak pernah ambil berat pasal sampah-sampah di pantai tapi apabila melakukan aktiviti tersebut baru saya tahu macam-macam sampah ada di tepi pantai dan paling menyedihkan sekali kita sendiri yang perlu mengutip sampah-sampah busuk tersebut walhal sebelum ni kita hanya membuangnya sahaja. Bila pergi pantai paling saya ingat pengalaman pahit sewaktu kecil dulu terpijak kaca sampai jari kaki kena jahit 😅 Hari ketiga, aktiviti di sekolah. Pertama kali kena jadi fasilitator di sekolah jadi agak malu dan segan untuk bercakap dengan pelajar-pelajar sekolah tetapi saya cuba untuk berkomunikasi dengan mereka walaupun dalam hati agak gementar dan berdebar 🤣
FASA SELEPAS
Terasa sekejap sahaja tiga hari dah berlalu di sana. Rindu untuk berada di sana lebih lama. Rindu untu berJM lagi. Rasa sedih untuk tinggalkan masyarakat di sana. Baru sekejap berkenalan dah perlu berpisah. Hakikatnya inilah lumrah kehidupan setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Pengalaman yang saya dapat sangat berharga. Moga hari-hari yang mendatang lebih baik dari hari semalam 😊
1 note · View note
hubbandhope · 5 years
Text
SYARIFAH NURUL HUSNA BINTI SYED DZULKARNAIN IIV180082
Bismillahhirrahmannirrahim,
Tumblr media
Fasa Perancangan
Sebelum bermulanya projek, kami dikehendaki membuat pemilihan unit. Unit aktiviti dan pengisian menjadi pilihan kerana saya beranggapan unit ini mudah kerana hanya perlu memikirkan aktivitinya sahaja berbanding unit protokol yang perlu bertugas di hari kejadian, unit media yang memerlukan kepakaran seperti membuat poster seperti dalam gambar(cantik kan?),unit dana dll. Tapi realitinya tidak, apabila baru tahu unit aktiviti sendiri perlu conduct aktiviti di hadapan semua orang, dan mula rasa…………….menyesal TAPI ini semua pilihan Tuhan ,setiap perbuatan Tuhan berhikmah tiada illah. Maka jadikan ini sebagai pembelajaran buat diri untuk keluar daripada comfort zone.
Tumblr media
Fasa Semasa
Aktiviti pertama pada hari pertama semestinya dimulakan dengan santapan pagi di rumah Nek Yah dan Atuk sebelum memulakan aktiviti melestarikan Sekolah Agama Felda Air Tawar 3. Tugas kerja yang diberikan oleh guru sekolah tersebut ialah mengecat tandas, betulkan pagar dawai, membersihkan surau, membersihkan longkang, mencabut rumput dan mengecat pintu-pintu bilik. Keseluruhan aktiviti tidak dapat diselesaikan jika tiada kerjasama semua pihak. Alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan kecuali mengecat tandas kerana kekurangan alatan yang disediakan tetapi memuaskan.
Tumblr media
Hari kedua, bertempatkan di Pantai Sedili Kecil, perjalanan dari Felda Ayer Tawar ke sana mengambil masa sejam. Aktiviti beach cleanup dijalankan pada sesi pagi. Banyak sampah yang kami jumpai terutamanya PLASTIK dan banyak plastik yang telah tertimbun dalam tanah sehinggakan kami tidak dapat mengambilnya kerana dalamnya sarat dengan tanah. Dan sepertinya kawasan pantai ini dijadikan tempat pembuangan sampah kerana pelbagai jenis sampah yang ditemui memandangkan pantai ini kelihatan terbiar dan tiada penjagaan. Sebelah petang, aktiviti explorace bersama rakan-rakan. Tetapi aktiviti yang kami sediakan terpaksa diubah suai dek kerana kawasan pantai di sini tidak sama dengan gambar dari  Google dan apa yang kami bayangkan. Ada satu slot yang melibatkan pelajar Bersama pelancong terpaksa dibatalkan kerana tiada seorang pun pelancong mahupun orang awam yang berada di situ melainkan seorang pemancing ikan. Kami unit aktiviti meminta dilewatkan bermulanya aktiviti untuk berbincang sesama kami dalam mengubah semula aktiviti mengikut peralatan yang kami bawa. Ada aktiviti yang kami kekalkan, ada yang diubah suai dan ada yang dibatalkan terus. Walaubagaimanapun aktiviti yang berlangsung lebih baik daripada apa yang dirancang. Masing-masing menunjukkan semangat competitive yang tinggi sehingga kami pihak penganjur a.k.a. pengadil gerun melihat mereka. Terakhir sekali, mandi pantai.
Tumblr media
Hari ketiga, program fasilitator bersama pelajar darjah enam Sekolah Kebangsaan Muzaffar Syah dan majlis penutup Jalinan Masyarakat Hubb and Hope pada sebelah pagi. Ianya berjalan dengan lancar dan terlihat ceria pada muka para pelajar bersama fasi masing-masing. Slot yang kami sediakan dikurangkan kerana masa sangat mencemburui kami. Sebelah petang sesi pengagihan barang sumbangan dari sumbangan Dar Volunteers kepada 6 individu yang memerlukan. Sayu melihat keadaan mereka yang kurang bernasib baik dan ada yang mengalirkan air mata. Sebelah malam bersiap-siap untuk bertolak balik ke UM dan sesi lambaian selamat tinggal kepada kampung Felda Ayer Tawar 3 terutama Nek Yah, Atuk dan Mak ngah yang sudi menerima kedatangan kami, menjaga makan kami, menguruskan penginapan buat kami dan banyak lagi sumbangan mereka kepada kami.
Tumblr media Tumblr media Tumblr media
Fasa Selepas
Banyak perkara baharu yang saya pelajari daripada program ini. Hasil penat lelah semua mencari dana selama berminggu-minggu membuahkan hasil yang sangat bermakna buat kami semua. Semestinya rindu pada penduduk kampung di sana yang sangat baik dan mudah untuk berurusan. Terima kasih atas semua yang terlibat menjayakan program. Program ini takkan Berjaya tanpa doa dan sumbangan kalian semua. Dan pengajaran yang paling utama dalam program ini adalah sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.
Tumblr media
1 note · View note
hubbandhope · 5 years
Text
Nama: MUHAMMAD FIRDAUS BIN REDZUAN
No Matriks: IIV 180035
Penulisan reflektif
Tumblr media
Projek jalinan masyarakat telahpun dibuka tirai pada 2-4 November 2019 di Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi, Johor. Ianya melibatkan pelajar Universiti Malaya, jurusan sarjana muda pengajian islam dan sains serta masyarakat setempat di sekitar kg tersebut.
Sambutan dari pihak kg amatlah baik kerana mereka berbesar hati untuk menerima kedatangan kami ini lebih daripada sebagai tetamu. Apa yang kami dapati, tidak lekang senyuman dari raut wajah mereka yang melihat kami sebaik sahaja turun dari bas. Mereka menganggap kami sebagai anak mereka sendiri dan ini membuat kami sungguh terharu.
Segala makan minum dan penempatan kami telahpun disediakan oleh pihak keluarga saudara Irsyad Amir, salah seorang sahabat kami. Atuk dan nenek tidak lokek untuk bersembang dengan kami sebaik sahaja menikmati sarapan pada hari ketibaan di kg tersebut.
Boleh saya katakan, tidak ada sesaat pun saya berasa lapar kerana kami dijamu dgn makanan yang banyak, mungkin kerana keberkatan air tangan mereka. Pelbagai perkara yang dapat kami peroleh sewaktu program ini yang bakal saya kongsikan kepada anda semua. Nantikan.
 1) Fasa perancangan
Sebelum program ini dilaksanakan, kami telah mengambil kira pelbagai aspek dari segi persediaan supaya semuanya berjalan dengan lancar. Kami telah membahagikan kepada beberapa biro seperti biro protokol, aktiviti, pengangkutan dan logistik, dana dan tajaan serta tugas-tugas khas. Hal ini agar semua sudut masalah dapat diselesaikan bersama dan tiada masalah dikemudian hari. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.
Setiap minggu, meeting akan diadakan supaya setiap orang dapat mengetahui update daripada setiap biro sehingga hari kejadian.
Tumblr media Tumblr media
2) Fasa semasa
Pelbagai aktiviti yang telah kami adakan ketika berada selama 3 hari di Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi, Johor. Antaranya ialah gotong-royong membersihkan kawasan sekolah rendah agama, cleaning beach, mengendalikan aktiviti bersama murid darjah 6 sekolah kebangsaan serta agihan sumbangan daripada kami kepada orang miskin dan asnaf yang memerlukan.
Banyak nilai murni yang saya peroleh sepanjang program ini berlangsung antaranya sentiasa bersedia untuk menghulurkan tangan, memberi bantuan kepada sekeliling kerana manusia perlu untuk hidup bermasyarakat. Saya dapat menyumbang tenaga dan kudrat kepada pihak sekolah membersihkan kawasan sekolah agar murid-murid dapat belajar dalam keadaan selesa dan lebih fokus, selain memberi sedikit sumbangan berbentuk barang dapur. Tidak salahkan untuk kita melakukan sedemikian kerana tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Kita juga tidak tahu masa bila kita akan diuji dengan kesusahan hidup menghadapi pelbagai masalah.
Selain itu, kita haruslah menjaga persekitaran alam sekitar yang kita diami ini. Janganlah kita melakukan kerosakan dengan kerakusan tangan-tangan kita sendiri. Banyak sampah yang telah kami kumpul semasa sesi cleaning beach di mana ianya datang dari sampah-sarap harian seperti botol plastik, air kotak dan pampers. Bertanggungjawablah dengan dunia yang Allah beri pinjam untuk kita diami ini.
Kita perlu menjadi suri teladan yang baik kepada orang lain lebih-lebih lagi generasi muda. Hal ini kerana mereka ialah pewaris masa depan negara. Kita seharusnya mencorak masa depan yang lebih cerah, bukannya menunjukkan budaya yang tidak baik dan negatif seperti budaya barat. Pihak kami telah berkongsikan pengalaman sebagai abang-abang dan kakak-kakak supaya menyuntik dos motivasi kepada murid-murid darjah 6 yang baru sahaja mengambil UPSR. Hakikatnya, perjalanan hidup mereka masih panjang.
Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media
3) Fasa selepas
Pihak kami turut mengadakan sesi post-mortem dengan pihak ketua kampung Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi, Johor di dewan rakyat. Kami berkongsikan dapatan yang diperoleh sepanjang program supaya ada penambahbaikan di kemudian hari.
Kami berterima kasih kepada pihak ketua kampung kerana menerima kehadiran kami dan melayan dengan layanan lima bintang. Sekiranya diberikan kesempatan, kami berharap dapat kembali lagi ke kg ini. Ianya bagai rumah kedua buat kami. Pantun daripada saya,
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,Boleh kita berjumpa lagi.
Tumblr media Tumblr media
1 note · View note
hubbandhope · 5 years
Text
Cinta dan Harapan
NUR KHAIRUNNISA FATINI KHAIRUDDIN II IIV180057
Tumblr media
Dalam genggaman cinta,
Sandarkanlah harapan hanya pada-Nya.
 Sebuah cerita tentang bagaimana cinta dan harapan digabungkan dalam satu projek yang membekas di jiwa.
 Fasa Perancangan
Seperti biasa, saat mula-mula satu projek ingin dilaksanakan, aku lebih cenderung membiarkan yang lain mengisi setiap unit yang mereka kehendaki sehinggalah tinggal kekosongan untukku meletakkan namaku sendiri. Ya akhirnya, namaku mengisi kelompongan ahli unit pengisian dan aktiviti. Bagiku mudah, aku sudi belajar untuk membuat sesuatu yang tidak pernah aku lakukan. Dari pengalaman dan penglibatan lepas, aku melontarkan idea-ideaku bagi mengisi aktiviti yang mungkin sesuai untuk dilaksanakan. Cabaran pada awalnya, kelewatan pemilihan lokasi projek menyebabkan kami sukar merancang aktiviti yang bersesuaian. Walaupun begitu, penyusunan dan perancangan aktiviti tetap harus dilaksanakan walaupun dengan pelbagai kemungkinan. Plan A, B, C, rangka saja, kerna kata orang; lebih baik sediakan payung sebelum hujan. Manusia hanya mampu merancang, tapi akhirnya tetap Tuhan juga yang menentukan.
 Fasa Semasa
Hari Pertama (2/11/2019)
Pertama kali kakiku menjejakkan langkah di Felda Ayer Tawar 3, Kota Tinggi,Johor. Aktiviti untuk hari pertama sepatutnya diuruskan oleh aku dan Teha iaitu melestarikan Sekolah Agama Felda Air Tawar 3 atau lebih dikenali sebagai SAFAT 3. Setiap ahli dibahagikan mengikut tugasan yang diberi dan aku ditugaskan untuk membersihkan rumput di pagar sekolah bersama Teha, Firdaus dan Hakim.
Tumblr media Tumblr media
Puas. Ya puas melihat hasilnya walaupun badan terasa sakit keesokan harinya.😂
Tumblr media
Pesan ummi; “Jangan berhenti buat baik”. Pesan yang aku akan simpan kemas-erat dalam hati.
 Hari Kedua (3/11/2019)
Beach Cleaning Day.
Tumblr media Tumblr media
#BeachCleanupDone✔ #SaveTheEarth
Tumblr media
Kali pertama untuk aku turun membersihkan pantai. Melihat sendiri kondisi sampah-sarap yang dibuang sesuka hati di hadapan mata. Kecewa. Sedih. Pelbagai rencam rasa masuk dalam hati. Benarlah kalam Tuhan, "Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali."-Surah Ar-Rum: 41.
 Hari Ketiga (4/11/2019)
Aktiviti pagi diisi dengan menjadi fasilitator bagi pelajar Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Muzaffar Syah. Aktiviti ini serba sedikit bertujuan umtuk berkongsi serba sedikit pengalaman dan ilmu yang dipelajari bersama adik-adik di SK Muzaffar Syah.
Tumblr media
Petangnya pula, kami menyampaikan sumbangan makanan asasi kepada 5 buah keluarga yang terpilih.
Tumblr media
 Fasa Selepas
Saat hati mula menyimpan rasa sayang, namun apakan daya, mulut tetap perlu menutur kata selamat tinggal. Dan itulah yang dinamakan kehidupan. Tiada yang kekal. Moga kita bertemu kembali suatu hari nanti. Jika tidak di dunia, In Syaa Allah di syurga-Nya. Banyak yang aku lihat dan banyak juga yang aku belajar. Menetap di bandar, terkadang diri teramat selesa dengan apa yang dimiliki. Saat diri melihat sendiri suasana kampung yang sederhana tapi menenangkan ini, cukup mengajarku erti syukur dan betapa hidup punya berjuta makna saat berkongsi apa yang kita miliki.
Jutaan terima kasih buat Ketua Kampung Felda Air Tawar 3 yang membenarkan program kami dijalankan di sini.
Tumblr media
Tak lupa juga pada Kak Tati dan Cik Din yang beulang-alik menyediakan pengangkutan buat kami sepanjang 3 hari kami di Felda Air Tawar 3. Syukran Jazilan.
Tumblr media
Jazakumullah buat Tok, Nek Yah, Mak Ngah, Cik Piah dan Hakim untuk penginapan dan setiap kenangan indah yang dikongsi.  Moga Allah menjaga dan merahmati kalian.💖
Tumblr media
Akhir sekali, Jazakumullahi Khairan Kathiran buat semua yang menjayakan program ini samada secara langsung ataupun tidak langsung khususnya buat penduduk kampung Felda Air Tawar 3. Terima kasih kerana sudi menerima cinta kami malah cinta yang kami peroleh juga tidak terhitung banyaknya. Moga tanah Felda Air Tawar 3 ini sentiasa dilindungi Ilahi.
...............................................................................
Berjalanlah di muka bumi Tuhan,
Moga dengannya kita beroleh pengajaran,
Ringankanlah tangan memberi,
Kerna hakikatnya, tiada apa yang kita miliki,
Melainkan hanya pinjaman dari Ilahi.
 Sebarkanlah cinta buat hati yang masih berharap pada cinta-Nya.❤
1 note · View note
hubbandhope · 5 years
Text
JALINAN MASYARAKAT:)
RUQAIYAH BINTI ISHAK
IIV180071
FASA PERANCANGAN
HUBB & HOPE, Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi, Johor yang menjadi pilihan. Alhamdulillah, berbekalkan keringat 36 orang ahli, kami berjaya menghararungi fasa perancangan dengan pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan dana terutamanya seperti jualan oden, roti sosej, keropok, housekeeping dan banyak lagi. Bergerak di bawah biro masing-masing, dengan berlainan tugas yang diberikan berdasarkan biro yang dipilih, telah membawa kami kepada hari yang dinanti-nantikan iaitu, 02 November 2019 (HUBB & HOPE).
FASA SEMASA
Bertolak dari UM ke Johor beramai-ramai, amatlah mengujakan. Setibanya kami di sana, disambut oleh Mak Ngah dan Cik Piah dengan penuh senyuman di bibir. Kami dilayan dengan sangat baik oleh keluarga Mak Ngah, termasuk atuk, nenek juga Akim. Hari pertama, kami menuju ke Sekolah Agama Felda Air Tawar 3, diisi dengan pelbagai aktiviti, mengecat, membersih dan sebagainya. Tidak lupa juga perkongsian yang cukup bermakna daripada pengetua SAFAT 3 yang menggelarkan diri beliau sebagai ummi serta adik-adik comel yang setia bersama dari pagi sampai petang. Paling segar dalam ingatan, pertama kalinya memakai baju buatan plastic sampah rekaan khas Una, dengan harapan bila pakainya, tidaklah terkena cat di baju. Dengan bantuan seorang Afaf yang flexible, amatlah menyelamatkan kerja cat kami dengan skillnya yang cukup mahir. Untuk hari keduanya, kami ke pantai untuk beach cleaning juga aktiviti-aktiviti sukaneka yang juga disertai oleh Akim. Terukir kaceriaan dan kebahagian di wajah masing-masing. Sempat juga kami bergambar sambil menikmati nikmat suasana pantai sebelum pulang. Pada hari ketiga, kami ke Sekolah Muzaffar Shah sebagai fasilitator program. Pertengahan program, saya dan beberapa lagi dipanggil pulang untuk merewang. Alhamdulillah siap juga menu tomyam ayam dibantu dengan tunjuk ajar nenek, Mak Ngah juga Cik Piah. Syukur atas nikmatNya, semuanya kenyang. Sempat juga sambut birthday atok, surprise yang dirancang oleh Mak Ngah, disambut dengan penuh emosi.
FASA SELEPAS
Sekejap sahaja masa berlalu, rindu sahaja yang mampu diungkap. Pelbgai karenah bersama teman-teman, kenangan yang dicipta, membina pengalaman yang juga mematangkan. Nek yah, atok, mak ngah, cik piah, akim, kak tati dan semuanya termasuk teman-teman seangkatan, segala memori, pengalaman, pengajaran tidak akan dilupakan malah menjadi pengajaran untuk diri ini, In Shaa Allah.
Tumblr media
1 note · View note
hubbandhope · 5 years
Text
JAY-EM SEORANG IRSYAD
MUHAMAD IRSYAD AMIR BIN KAMARUDDIN
IIV180030                    
Dengan nama Tuhan. Yang Maha Pemurah. Yang Maha Penyayang.
FASA PERANCANGAN
               Akhir sem 2 sesi 2018/2019. Dewan Kuliah 3(DK3). Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya(APIUM). Perjumpaan seluruh pelajar tahun 1 Program Sains Gunaan dengan Pengajian Islam (SGPI) bersama Dr Halim yakni penyelaras kami bagi subjek Jalinan Masyarakat(JM), tak lain tak bukan menerangkan proforma subjek tersebut seterusnya membahagikan kami kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama terdiri daripada 35 orang pelajar pengkhususan Biologi, kumpulan kedua pula terdiri daripada 16 orang pelajar pengkhususan Fizik dan 11 orang pelajar pengkhususan Teknologi Maklumat manakala selebihnya adalah kumpulan tiga seramai 36 orang. 10 Alam Sekitar. 26 Kimia Gunaan. Aku salah seorangnya. Perjumpaan itu diteruskan lagi dengan pemilihan ketua a.k.a. pengarah. Bagi kumpulan 3, ketika itu bergema nama Nabil, tanda sebulat suara sebagai pengarah(suara lelaki kebanyakannya). Tiba-tiba, kedengaran suara sosok perempuan. Tak naaak. Dah tu nak sapa? Irsyad! Ah sudah….Pantas anak mataku lihat siapakah gerangan yang menyebut namaku. Ouwh….Qi, lepas tu semua sokong. Terkedu jugaklah. Satu tanggungjawab pengarah terpikul kat bahu. Sepanjang cuti antara sem 2 dan sem 3 tu, segala perbincangan berlaku dalam grup Whatsapp. Dari penubuhan organisasi sehinggalah pemilihan unit oleh anak-anak buah. Aku tak function sangat pun waktu ni. Penat. Sebab baru pulang dari Misi Kemanusiaan Antarabangsa Kemboja 5.0. Fikir nak rehatkan mental dan fizikal je. Nasib baiklah Isma ada. Apa yang aku pasti, penentuan konsep jalinan masyarakat yang paling payah. Sampai naik sem baru tak habis-habis benda ni.
               Sem 1 sesi 2019/2020 yakni sem 3 bagi kami, pelajar SGPI yang kini berada di tahun 2 sudah bermula. Tup….tup….tup, dah meeting JM kali pertama. Penentuan konsep jalinan masyarakat masih menjadi isu. IPAC(apa ntah nama panjang dia), lawatan ke Petrosains bersama budak sekolah(cadangan Dayah), kem di sekolah(nak kena go thru PPD pulak, katanya), baktisiswa di rumah ikhsan/rumah orang asli, rumah anak yatim kat Ulu Kelang, keluarga angkat kat Raub/Kuala Kangsar dan Gombak(yang ni dah siap recce, sempat Bob dengan Afaf makan durian orang Gombak sediakan)....apalagi, semua kitorang sebut. Still takde kata putus lagi. Jumpa pensyarah penyelia jalinan masyarakat kami, Dr Asmawati, bertambah lagi cadangan; mengajar orang sumbing baca Al-Quran di PPUM, bagi bantuan di pusat pelarian Rohingya dan sekolah angkat UM CARE(hat ni antara yang panas). Tapi tu la, yang tadi tu kebanyakannya berkala which is lari dari persetujuan beramai untuk mengimplementasikan JM secara bermalam. Finally, dengan kuasa veto di tangan aku sebagai pengarah, JM kita di Johor. FELDA Air Tawar 3. Nak dekat minggu kelima jugaklah baru konfem. JMnya minggu kelapan.
               Nak cerita pasal meeting, lagi ar….nak-nak meeting MT(bersama Qi, Dijah dan Tiqah. Ada la sekali tu Nisa menyelit haha). Lebih 2 jam itu pasti. Meeting beramai kali kedua dah ada progres sikit. Unit dana lah. Zie ketuanya. Macam-macam strategi nak jana dana. Dibah dengan FRCnya(Fund Raising Challenge), Yasmeeng pulak dengan ais krim(tak ingat ada flavour apa), Zie dengan carwash, Sofea dengan odennya(sedap oden tu, rugi siapa tak beli #JJCM), Hanis pula dengan housekeepingnya. Selain itu, ada tajaan syarikat/individu dan donation drive pasar malam/masjid/perumahan. Yang cadangan donation drive ni ke laut sebab ada masalah kertas kerja. Untuk carwash, aku tak pernah join pun. Tidak berkesempatan langsung. Tapi untuk housekeeping ni lain sikit. First time buat kerja-kerja cenggini. Bagi salam kat rumah orang, “Assalamualaikum. Kami datang nak tawarkan khidmat housekeeping. Pihak puan/encik berminat tak?”, skrip yang sama aku ulang bila pergi ke rumah orang lain. Tapi puas apa yang aku rasa. Penat lelah kami mengemaskan rumah dibayar dengan upah. Kadang-kadang tuan rumah terlebih bagi. Katanya sumbangan. Alhamdulillah.
               Mengenai recce(tinjauan awal) ke FELDA Air Tawar 3, syukur semua dipermudahkan. Perjumpaan dengan ketua kampung, Encik Asral Ahmad Mohamed atau dikenali sebagai Tok Mat, guru besar Sekolah Agama FELDA Air Tawar 3, Puan Norhayati binti A Wahab(orang panggil Ummi Yatie) dan Pengurus FELDA Air Tawar 3, Encik Md Nor Abdullah bagi membentangkan idea jalinan masyarakat membuahkan hasil. Tidak dilupakan Mak Ngah dan Cik Pia, wakil penduduk yang banyak membantu dari segi pengangkutan, penginapan, masakan. Tanpa mereka, agak susah pelaksanaan JM ni di kampung tersebut.
FASA SEMASA
               1 November. Pukul 11.00 malam. Aku dan keluarga JMku berkumpul di hadapan mesin ATM Bank Islam, Blok D, Kolej Kediaman Kedua Belas(KK12). Kami membuat persiapan terakhir. Unit Logistik dan Perhububungan Luar sibuk dengan checklist barang yang perlu dibawa. Takut tertinggal. Satu hal pulak nanti. Headcount dilakukan. 1, 2, 3, 4….sampailah 35. Eh mana lagi sorang. Haaaa. Isma, tidak dapat bersama kami kerana ada pertandingan pentanque di Melaka. Dia akan bergerak ke Johor selepas selesai pertandingan tersebut. Okay cukup korum. Sedikit taklimat dan pesanan daripada pensyarah penyelia, Dr Asma, aku sampaikan. Kemudian, Danish, wakil Unit Pengisian dan Aktiviti, mengambil alih dengan menerangkan tentatif keesokan hari. Bergambar sebelum bertolak. Itu wajib maaaa. Dayah, person in-charge(PIC) untuk mengambil gambar kami. Kesian dia takde dalam gambar. Tengok jam. 12.30 tengah malam. 2 November sudah. Bas pun sampai. Berpusu-pusu kami membawa barang untuk dimasukkan ke dalam bas. Midah, PIC bas, sedang berurusan dengan pemandu bas kami, sambil-sambil menerangkan perjalanan dan destinasi kami kepadanya. Perjalanan tengah malam itu dimulakan dengan basmallah diikuti doa daripada saudara Bob.
               6.15 pagi. Masjid Jamek Kota Tinggi. Solat Subuh dan persiapan kendiri. OTW ke FELDA Air Tawar 3 pulak. Dah sampaaai(baca: nada Mira Filzah). Kami disambut dengan tangan terbuka oleh Mak Ngah, Cik Piah, Tok Pandi dan Nek Yah di rumah mereka. Kemudian, dihidangkan sarapan yang pelbagai. Usai sarapan, kami perlu bergerak ke Sekolah Agama FELDA Air Tawar 3 untuk membuat persiapan pembukaan JM. Cik Tati dan Cik Din, pemandu van pengangkutan kami di kampung Air Tawar 3, sudah sedia hendak membawa kami. Majlis pembukaan HUBB AND HOPE, majlis first untuk aku ucap sebagai pengarah di depan orang ramai. Debar eh. Memang baca skrip ucapan betul waktu tu. Laju je baca. Tak rilek bhai. Sampaikan kena tegur dengan Encik Firdaus, wakil Masjid FELDA Air tawar 3, salah seorang tetamu VIP majlis pembukaan, “First  time eh?”, “Ha ah”, jawabku. Tergelak kecil Encik Firdaus. Kemudian, diteruskan lagi dengan aktiviti gotong-royong. Aku ditugaskan bersama Zie membetulkan pagar dawai. Tak pernah-pernah seumur hidup nak buat benda tu. Tak pasal-pasal kena bukak Youtube nak belajar pemasangan dawai macam mana. Tapi kerja kitorang paling cepat siap(tengok orang ar). So, bolehla kami tolong yang lain seperti mengalirkan longkang yang tersumbat, mengecat tandas. Merasa la kejap jadi Spiderman waktu mengecat tu(yang tahu je tahu). Selesai gotong-royong ni dalam lepas asar gitu. Ummi Yatie minta semua berkumpul. Beliau berterima-kasih kepada kami kerana sudi melestarikan sekolahnya. Beliau juga menyampaikan sedikit pesanan. Pesanan yang paling membekas dalam hati berbunyi “Jangan berhenti buat baik walau sikit”. Terima kasih Ummi atas pesanannya. Lingkungan pukul 5 petang, kami pulang ke tempat penginapan masing-masing, bersiap-siap untuk tahlil di rumah Tok Pandi, rumah penginapan bagi ahli-ahli JM lelaki. Begitulah hari pertama.
               3 November. Bergerak ke Sedili Kechil. Lebih satu jam masa perjalanannya dari FELDA Air Tawar 3. Aktiviti Beach Clean Up, membersihkan pantai menjadi tujuan kami. Banyak sampah kami jumpa. Paling tak boleh nak brain jumpa mesin basuh dah tertanam separuh dalam tanah pasir pantai. Kau bayangkan. Hampir 30 plastik sampah hitam berisi sampah berjaya kami kumpul. Tapi ada musyaqqah sikit waktu ni. Kawasan Sedili Kechil tiada sistem kutipan sampah berkala. Kami terpaksa melupuskan sampah yang dikutip sepanjang pantai tadi ke dalam lubang besar yang telah menjadi adat kebiasaan masyarakat sana untuk membuang sampah ke dalamnya. Kecewa sat. Sebab kami tidak melupuskan sampah dengan cara yang sepatutnya. Lepas Zuhur, Ramah Mesra Explorace dikendalikan oleh Unit Pengisian dan Aktiviti. Seronok time ni. Memang enjoy sangat-sangat. Main masukkan air dalam botol guna span, pijak belon dan baling selipar. Teringat Teha, salah seorang pengadil bagi game baling selipar kena pressure dengan grup aku dan grup Nabil bagi menentukan siapa yang meraih mata. Yana, grup aku, paling perform waktu main game baling selipar ni. Memang tak dinafikan, aktiviti ini membantu ikatan antara Kohort 15 dan Kohort 16 menjadi semakin erat, padat, dan ketat. Waktu malam pula, kami ber`barbeque` di halaman rumah Tok Pandi. Ayam bakar paling nikmat rasa dia. Selesai sudah hari kedua ber`JM`.
               4 November. Sekolah Kebangsaan Muzaffar Syah(SKMS). Majlis bersama YB Kota Tinggi, Tuan Haji Rosleili bin Jauhari, kefasilitatoran bersama pelajar dan majlis penutup HUBB AND HOPE merupakan tentatif kami pada pagi itu di sekolah tersebut. Menyambut kedatangan YB memberi pengalaman baru kepadaku. Lalu kami bergambar beramai-ramai bersama beliau dan pihak pengurusan sekolah. Majlis bersama YB pun berlalu. Aktiviti bersama pelajar pula diteruskan. Menjadi abang fasi pulak kali ni bersama Umai untuk satu grup pelajar yang lebih kecil bilangannya. Berinteraksi dengan budak berumur 12 tahun tidak menjadi masalah bagiku(takde hal lah). Kehadiranku dan Umai dalam grup tu tak lain tak bukan membantu pelajar lebih memahami aktiviti yang akan dimainkan. Antara aktivitinya ialah Jari Menjadi Saksi yang diuruskan oleh `Amira Husna dan Time Wastage oleh Erma. Agak teruja tengok reaksi budak-budak darjah 6 ni. Ada yang malu-malu kucing, yang nakal tu biasalah, yang asyik nak ke depan bercakap pun ada. 11.30 pagi sudah bermulanya majlis penutup. Dikendalikan oleh Syazwan dan anak-anak Unit Protokolnya. Nabilla pula sebagai MC formal manakala Huda dan Helwani sebagai ushers. Majlis penutup berjalan dengan lancar cuma video montaj yang disediakan oleh Hakim tidak dapat ditayangkan. Aktiviti di SKMS berakhir pada waktu tengah hari. Sambung pula dengan makan tengah hari di rumah Tok Pandi. Hasil pakatan Mak Ngah dan semua ahli JM, hari lahir Tok Pandi disambut ketika itu. Meriah sungguh lagi-lagi dengan nyanyian lagu Allah Selamatkan Kamu. Terkesat-kesat Tok Pandi air matanya kerana terharu(perasan je ada ahli JM yang mengalir air mata). Hari terakhir JM kami diteruskan lagi dengan pengagihan barang sumbangan yang disumbangkan oleh DarVolunteers kepada golongan yang kurang bernasib baik pada petang itu. Acara ini hasil inisiatif Erma dan Syarifah Husna pada 10 hari sebelum JM tak silap aku supaya menjadikan ia salah satu main event JM kami. Kelam-kabut tu boleh tahan la waktu nak uruskan data-data penerima sumbangan. Tapi takpe, ia menjadikan JMku lebih bermakna. Melalui pengagihan ini, aku dapat mendidik diri bahawa nikmat yang sedia ada, Tuhan boleh tarik bila-bila masa sahaja. Tidak kira kau berumur belasan tahun, puluhan tahun atau tua bangka. Kalau tidak hari ni, masih lagi ada hari esok untuk diuji oleh Tuhan. Maka, thabitkanlah hati supaya terus diberi kekuatan. Usai pengagihan barang sumbangan, berkumpul pula kami di Wisma FELDA Air Tawar 3. Lambaian perpisahan oleh Tok Mat dan ahli jawatankuasa kampung(mini-penutupan). Macam biasa, Tok Mat mengucapkan terima kasih kerana menjadikan kampungnya sebagai sasaran untuk ber`JM` di samping pemberian plak kepada kami. Beliau berasa sungguh puas hati dengan aktiviti-aktiviti yang kami jalankan sepanjang 3 hari ni. Bagiku, Tok Mat seorang yang berwawasan. Dia tidak mahu kami sebagai mahasiswa datang tanpa apa-apa pertukaran budaya dengan ahli kampungnya. Tu pasal ada aktiviti kefasilitatoran di sekolah rendah. Dialah puncanya. Ikutkan aktiviti kami pada hari ketiga ialah gotong-royong membersihkan masjid tapi kata Tok Mat, “Kalau setakat bersihkan masjid, saya boleh je panggil pasukan RELA. Tapi ni mahasiswa. Level dia lain.”. YB Kota Tinggi tu pun dia juga yang minta datang. Hebat Tok Mat ni. Malam pula lepas maghrib gitu kami bersiap-siap untuk pulang ke Universiti Malaya. Perasaan bercampur baur. Ada yang sedih, ada yang gembira, ada yang tak tahu nak sedih ke gembira(aku la kot,hurm). Sesi bersalaman bersama Mak Ngah, Cik Pia, Tok Pandi dan Nek Yah. Titik perpisahan kami. Sayu je aku tengokkan. Tepat pukul 8.00 malam, kami bertolak. Masing-masing melambai tangan antara satu sama lain dari dalam bas dan luar bas. Dalam perjalanan keluar dari kampung, kebetulan rumah Cik Tati dan Cik Din, pemandu van setia kami, satu jalan. Lalu je depan rumah diorang, kelihatan Cik Tati sekeluarga melambai-lambai tangan ke arah bas kami, diikuti dengan lampu telefon yang disuluhkan. Istimewa betul momen tu. Okeh, dah boleh tidur dalam bas.
FASA SELEPAS
               Lega. Seyes lega. Bukan kepalang. Tapi still laporan kena buat. Post-mortem jangan dilupakan. Ambil masa lebih seminggu jugaklah nak buat post-mortem(bagi masa nak muvon sebenarnya haha). Macam biasa, kekuatan(strength), kelemahan(weakness), peluang(oppurtinity), ancaman(threat) a.k.a. SWOT dan penambahbaikan setiap unit dilaporkan. Peng`claim`an duit bagi apa-apa perbelanjaan mengenai JM juga disertakan. Di akhir meeting, jamuan kecil-kecilan diadakan(selepas didesak dalam grup Whatsapp….takdelah,gurau je). Kami akhiri dengan sesi fotografi, hashtag #doneJM.
               Dari sudut mataku yang rabun ni, Jalinan Masyarakat ni memberi nilai yang esensial pada diriku. Dari mula gerak kerja sehinggalah selesai program. Berurusan dengan orang tu, orang ni, dan variasi ragam dan kerenah orang kau nak kena hadap dan layan. Ye, semua tu mengajar aku untuk tetap pada jalan walau macam-macam mehnah dan tribulasi yang mendatang(nak-nak yang unexpected dan last-last minute), kita pasti akan sampai ke destinasi yang dituju. Di kesempatan ini, aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga JMku termasuk Aqil, Ru, Effah, Haziq, Faziz, Aisyah, Adha, Husna(cukup pun 35 nama aku mention), pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tak, yang setia dari tadi membaca satu per satu kalam yang aku coretkan di sini, TERIMA KASIH. Satu je pesan, “Jangan Mantul”.
0 notes
hubbandhope · 5 years
Text
ISMA IYLIA BIN ISHAK  IIV180023
Sebelum
Sebagai ahli unit media dalam projek Jalinan Masyarakat ini, saya sangata seronok melihat kerjasama setiap ahli yang komited menjalankan tugas dengan baik. Semasa Pada hari kejadian banyak yang kami perlu buat seperti video dan gambar aktiviti yang sangat banyak. Walaubagaimanapun semua berjalan dengan lancar. Cuaca yang tidak menentu juga tidak menggangu perjalanan aktiviti. Semua pihak sekolah, ahli jawatankuasa kampung dan penduduk setempat memberi kerjasama dengan baik.
Selepas
Segala dapatan setiap aktiviti sudah dikumpul dengan baik. Banyak kenangan yang tidak mudah dilupakan sepanjang program berlangsung 
1 note · View note
hubbandhope · 5 years
Text
NURADIBAH ABDUL GHAPAR IIV180060
Dari perancangan sehingga selesai; alhamdulillah thummalhamdu lillah.
Can’t really remember the planning phase, all I could recall was Yasmeen punya muka sebab Zie letak dia ketua jualan haha! Penat eh, Meeng? You did well, tho *patting But alhamdulillah, all is well akhirnya, terima kasih untuk semua yang tolong dari jualan, housekeeping, yummy oden. Moga tuhan ganjari setiap lelah kalian. Oh tak lupa juga untuk yang menyumbang FRC, yang gigih nak cukupkan jumlah walau diberitahu RM100 tu acah semata. And guess what, dari awal kita dah bawa semangat Farah Liyana sebab her mother contributed too, on her behalf.
Tumblr media
Bertolak ke Johor waktu malam, naik bas je terus lelap ehe. Around subuh, sampai masjid dan bersihkan diri, solat- sambung perjalanan ke kampung pengarah. Sampai je, disambut hangat oleh Mak Ngah dan Cik Piah, sarapan pagi yang kenyangkan both perut serta hangatkan jiwa yang awkward sebab tempat asing. Terus tak rasa asing rumah tu haha. Usai sarapan, kami ke Sekolah Agama Felda Air Tawar 3 untuk gotong-royong. Awalnya macam enjoy, eh petangnya rasa banyak pula kerja tak siap. Saya, Meeng dan Una ditugaskan untuk cat dinding koperasi. Una buat baju dari plastik hitam, kononnya taknak bagi kena cat, tapi kalau dah tak hati-hati tu kena jugalah 😊 Tak sempat tolong Afaf (yang mahir serba-serbi - dari kait kelapa sawit ke bawa trekta ke mengecat fuh) siap cat pintu, beberapa orang dari kami diseru pulang untuk merewang. Fast forward, alhamdulillah kenyang.
Tumblr media
Hari kedua, kami ke pantai untuk beach cleaning. Nampak je air, terus segar rasa. Kutip punya kutip, banyaknya sampai Encik Kamaruddin kena tambah plastik lain. Maka bermulalah pusingan kedua memungut sampah. Paling semangat memungut tentunya pasangan belangkas solehah kita, Tiha-Effah. Gigih benar jinjit plastik tu sama-sama. Petangnya kami main games sesama kami, part ni tak tau engagement kat mana haha. Mungkin dengan Hakim join games, kira berjalinan la tu kan? Oh, ni berjalinan sesama kita kut, sebab yang dulu berpapasan buat dek, sekarang dah boleh ber-hai-nak-ke-mana. Friendship starts with the simplest things, gitu. Malamnya, kami merewang lagi sebelum majlis tahlil. Diselit nama-nama yang tak kami kenali, tapi pastinya beri erti buat mereka yang menitipkan nama. Dan tak lupa juga buat kesayangan kami Farah Liyana, moga terus hidup dalam hati kami sebagai takdir tuhan yang tak ingin kami padamkan <3
Tumblr media
Hari ketiga, kami ke Sekolah Kebangsaan Muzaffar Syah, bersama adik-adik lepasan UPSR. Paling ingat, ahli grup kami waktu lukis tempat yang ingin dikunjungi- dia lukis Ka’bah dan eja Kakbah. Aihh comel. Akak dulu dik, umur kamu ni tak kenal lagi Makkah kat mana dan ada apa lol. Sesi ni pun tak sempat lama, sebab lepas tu pulang untuk merewang (lagi) haha. Petangnya, kami keliling kampung sampaikan kiriman dari DarVolunteers; sumbangan berupa barangan asasi. Ini antara bahagian paling mengharukan juga, sebab bila pulag tu rasa sarat sangat dengan emosi. Kita ni selalu lupa bersyukur, bila tengok orang tuhan uji sebegitu, baru sedar nikmat tuhan ke kita ni banyak sangat, melimpah-ruah. Tambah sayu bila nenek dekat rumah terakhir kami ziarah tu tanya, kami akan datang selalu ke tak. Maaf nek, kami pun tak tahu bila lagi boleh jejakkan kaki. Moga nek baik-baik ja 😉
Tumblr media Tumblr media
Malam sebelum balik, Irsyad selaku pengarah berkomplot dengan Mak Ngah dia, sambut hari lahir atuk. Perbincangan penuh rahsia dilakukan, guna bahasa Inggeris dan bahasa isyarat, dengan tujuan tak nak atuknya faham. Bertuah betul. Dan malam tu, mission accomplished; pun sarat dengan emosi hahaha. Geng takde atuk ni memang sendu habis, main flashback memori dahulu kala. Alhamdulillah, kek sedap, ditambah dengan layanan super-hangat tuan rumah. Moga kalian sentiasa dalam jagaan-Nya.
Tumblr media
And the rest is history, gitu. Bak kata Liyana Nadiah Rosmi, buat apa move on kalau boleh hold on acewah. Terima kasih untuk ruang dan peluang bertumbuh, untuk sapaan yang membuahkan mesra, untuk kenangan yang akan disimpan kemas. Moga tiap satu kalian dipeluk barakah, maaf zahir batin untuk kekurangan. JM 2.0 mana? ><
Tumblr media
1 note · View note
hubbandhope · 5 years
Text
NURUL HELWANI BINTI HASBULLAH
IIV180067
Bismillah....
Fasa Perancangan
Masih segar dalam ingatan segala kenangan manis dan tak mungkin dapat dilupakan dek akal fikiran. Segala usaha dan keringat dicurahkan untuk menyempurnakan program jalinan masyarakat pengkhususan kimia dan alam sekitar ini. Sejak awal semester lagi, perjumpaan demi perjumpaan ditemukan, masalah demi masalah diselesaikan semata mata demi kelancaran dan keberhasilan program yang diberi nama hubb and hope ini. Sebagai ahli unit protokol, pada mulanya tidaklah banyak kerja kerana tugas kami adalah sewaktu majlis rasmi disana nanti. Melihat rakan rakan seperjuangan yang begitu gigih dan bersemangat mengerah keringat melakukan tugas masing masing membuatkan saya terharu dan berbangga. Begitu teruja apabila kata putus untuk mengadakan JM di Johor dibuat kerana tidak pernah seumur hidupku menjejakkan kaki di Johor.
Fasa Semasa
Kami berangkat ke Johor pada jam 12 tengah malam setelah mendengar taklimat daripada pengarah program. Setibanya di Felda Air Tawar 3 disambut dengan senyuman manis atuk, nek yah, mak ngah, cik pia dan Akim. Terasa dihargai kejap.Bermulanya program JM ini dengan majlis perasmian yang bertempat di sekolah agama Felda Air Tawar 3.Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang. Kami mula melakukan aktiviti gotong royong sejurus selesai majlis pembukaan. Pembahagian tugas dilakukan untuk membersihkan surau, mengecat, mencabut rumput, mencuci longkang dan membersihkan persekitaran sekolah.
Keesokannya, kami menjalankan aktiviti ‘beach clean up’ di Pantai Sedili Kecil. Jangan disangka pantai yang seakan akan tidak popular ini tak banyak sampah. Betapa banyaknya sampah sehinggakan plastik yang dibawa tidak mencukupi. Segala jenis sampah dari pampers budak sehinggakan mesin basuh pun ada. Untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kami, unit aktiviti menyediakan aktiviti sukaneka yang amat menarik.
Sekejap je dah hari terakhir. Kami ditugaskan untuk menjadi fasilitator untuk pelajar tahun 6 di Sekolah Muzaffar Shah. Pelbagai ragam dapat dilihat. Ada yang bersemangat tapi ada juga yang tak bersemangat. Disinilah para fasi perlu menfunctionkan diri. Pada hari ini juga telah dijalankan majlis penutup yang dihadiri oleh YB. Walaupun banyak kekurangan sepanjang majlis tapi semuanya berjalan dengan begitu lancar. Kemudian, aktiviti yang amat penting dan amat menyentuh hati iaitu mengagihkan sumbangan kepada yang memerlukan. Sumbangan itu disponsor oleh Dar Volunteers. Gugur air mata melihat keadaan penerima bantuan. Kebanyakannya tidak diberi kesihatan yang baik untuk terus melakukan kerja harian.Subhanallah bersyukurlah dengan nikmat yang diberi oleh Tuhan selama ini. Maka selesaikan program jalinan masyarakat Hubb and Hope yang dijalankan selama 3 hari 2 malam.
Fasa selepas.
Rindu. Rindu dengan semua kenangan yang tercipta. Siapa sangka yang pada mulanya dianggap ini program yang hambar tetapi kini ia bagaikan menghantui dalam fikiran. Setiap cerita dan nasihat yang penuh hikmah dari atuk dan Nek Yah, segala tips tips dari mak Ngah dan Cik Pia, Hakim yang sentiasa tersenyum manis, senyuman Cik Tati dan Cik Din, warga Felda Air Tawar 3 telah terpahat menjadi kenangan manis dalam diari hidup ini.
Fi hifzillah :)
Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media
1 note · View note
hubbandhope · 5 years
Text
Social Engagement :)
YASMEEN AINA BINTI ALIAS -  IIV180088
FASA PERANCANGAN
Dengan pimpinan organisasi yang hebat, Dengan kerjasama, kesatuan setiap 36 insan ini, Serta kerjasama pihak Felda Air Tawar 3, Dengan mencapai jumlah wang yang perlu, Dengan perancangan yang baik dan berkesan, Maka, Dengan izin yang Maha Merancang, Adanya program Hubb & Hope :) 
Tumblr media Tumblr media
FASA SEMASA
Sekolah Agama Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi, Johor. Laksananya, Aktiviti gotong-royong dengan mengecat dinding-dinding, pintu-pintu, pentas di dataran sekolah dan koperasi sekolah. Aktiviti gotong-royong dengan membersih longkang-longkang, semak-samun, tingkap-tingkap dan surau sekolah. Aktiviti membaik pulih pagar-pagar di keliling sekolah. Dan jalinkan hubungan baik dan mesra dengan masyarakat di sekolah tersebut.
Pantai Sedili Kechil, Kota Tinggi, Johor. Laksananya, Aktiviti membersih kawasan pantai itu dengan seadanya dan jayanya. Aktiviti sukaneka antara 36 insan ini bagi eratkan hubungan.
Sekolah Kebangsaan Muzaffar Shah, Felda Air Tawar 3. Kami menjadi fasilitator murid darjah 6, Pada sesi petang, sebelum pulang, kami ada menyumbang makanan ruji kepada keluarga-keluarga yang tidak berkemampuan. Ketika menyumbang ini, baru kita sedar yang ramai je manusia di luar sana yang lagi susah dari kita yang Allah dah bagi macam-macam nikmat.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, baik-baik belaka meskipun adanya kekurangan dari kami ketika kendalikan program ini :) .
Tak lupa juga Nek Yah, Tok Fendi, Cik Piah, Mak Ngah, Cik Tati dan Pak cik Din. Banyak kenangan dengan diorang. Saya tak perlu cerita la kot. Mekasih :)
Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media
FASA SELEPAS
Pengalaman, memori, pengajaran dan kenangan yang ada ketika berprogram di sana akan saya ingat dan pelajari. InshaaAllah :) 
Tumblr media
1 note · View note
hubbandhope · 5 years
Text
      WAN MUHAMMAD AQIL BIN WAN AHMAD SUKRI IIV180086
FASA PERANCANGAN
        Bismillahirrahmannirrahim, pada tarikh2-4 November lalu, gabungan pelajar program Sains Gunaan dengan  Pengajian Islam pengkhususan Kimia Gunaan dan Alam Sekitar telah berjaya mengadakan program Jalinan Masyarakat di Felda Air Tawar Kota Tinggi, Johor selama tiga hari dua malam. Alhamdulillah, program kami berjalan lancar sepertimana yang kami rancangkan. Terdapat banyak perkara dan kemahiran yang saya dan rakan-rakan  perolehi sepanjang program ini berlangsung.
        Sebelum memulakan program kami yang diberi nama Hubb dan Hope, kami telah  dipecahkan ke beberapa biro, dan saya telah dimasukkan ke dalam biro teknikal dan tugas-tugas khas, pada pandangan saya, biro ini adalah antara biro terpenting, dimana biro kami ditugaskan untuk mencari dan menyediakan tempat tinggal kami semasa keberadaan kami di Johor. Selain itu, kami juga ditugaskan untuk mencari plak serta hadiah untuk pihak Felda dan sekolah di sana. Alhamdulillah, kami dibantu dari pelbagai pihak Felda kerana dapat menyediakan tempat tinggal yang mana pada hemat saya, resort dan kemudahan seperti bas dan van yang diberikan pada kami sangat selesa.
       Untuk persediaan awal program kami, kami semua telah didedahkan dengan dua bahagian program kami iaitu kesukarelawan dan pemfasilitatoran kira-kira seminggu sebelum berlangsungnya Jalinan Masyarakat kami. Untuk kesukarelawan kami perlu membersikan dan mengecat kawasan sekolah dan membersihkan pantai. Manakala untuk bahagian kedua, kami dikehendaki berkongsi ilmu kami kepada pelajar di sana.
 FASA SEMASA
   Pada hari kejadian, saya rasa semua aktiviti yang  dijalankan berjalan   dengan sangat lancar. Pada hari pertama, kami ditugaskan untuk membersihkan sekitar Sekolah Agama Felda Air Tawar 3 serta mengecat dinding dan pintu kelas. Alhamdulillah, kami telah disediakan peralatan untuk membersih dan mengecat dari pihak sekolah. Pada hari berikutnya, kami membersihkan kawasan pantai di Pantai Sedili Kecil. Alhamdulillah, pantai tersebut menjadi lebih bersih dan cantik. Pada hari terakhir kami di sana, kami dikehendaki berkongsi ilmu kami dengan murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Muzaffar Shah di sana.Saya selaku fasilitator pada program ini sangat berpuas hati dengan segala aktiviti yang telah dirancang oleh biro modul dan aktiviti, kerana semua aktiviti disediakan dengan rapi dan bersesuaian dengan murid. Pengalaman seperti ini sangat berharga buat saya kerana banyak perkara yang berlaku sepanjang program ini dijalankan. Komitmen yang diberikan oleh peserta program juga sangat menggalakkan .
FASA SELEPAS
  Selepas program ini tamat, kami juga mengadakan post mortem untuk memberikan ulasan, komen tentang semua perkara yang berlaku , baik positif atau negatif, sebagai galakan dan pengajaran dalam kehidupan..
   Akhir kalam, saya merasakan program kami , Hubb Dan Hope ini sangat bermanfaat pada kami semua, baik pihak pelajar , pihak sekolah dan kami semua . Pengalaman yang dikecapi akan saya manfaatkan di pelajaran mahupun di alam kerja nanti. Harapan saya adalah agar kita sentiasa mempekayakan diri dengan ilmu dan sentiasa berusaha untuk jadi yang terbaik .
Tumblr media
1 note · View note