Tumgik
jundubs-blog · 4 years
Text
Tumblr media
0 notes
jundubs-blog · 4 years
Text
Kelebihan orang yang berpuasa bukan sahaja terletak kepada menahan makan dan minum serta mengerjakan perkara-perkara yang membatalkan puasa, tetapi menjaga setiap anggota daripada melakukan perkara yang mengosongkan pahala puasa. Inilah yang sangat dikehendaki oleh Islam, seperti menjaga lidah dan lainnya.
0 notes
jundubs-blog · 4 years
Text
Tumblr media
0 notes
jundubs-blog · 4 years
Text
Jika jiwa seseorang tidak terdidik dengan budi pekerti (akhlak) yang luhur, maka tidak bermanfaat baginya "pakain" ketakwaan, kesolehan dan penghambaan yang ia tunjukkan di hadapan manusia.
.
Oleh sebab itu, ketika terputusnya hati seorang muslim yang menjadi penghubung jambatan penghambaan kepada Allah SWT disebabkan oleh dosa batin (tiada akhlak), maka segala ketaatan lahiriah yang ia kerjakan tidak juga akan mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.
.
Manakala hatinya yang rosak itu pula tidak bisa menjadi pelindung yang menghalanginya dari dunia dan tipu daya syaitan serta hawa nafsu. Dan hatinya bagaikan buah yang ada pada pohon yang kering yang tinggal menunggu layu dan rosak.
.
Sebab itu pentingnya seorang muslim itu menjaga hatinya kerana Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud; "Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada bentuk tubuh badan kalian, tetapi Allah SWT memandang hati hati kalian." [HR Muslim]
.
Justeru, ketika seorang muslim itu beribadah bersungguh memenuhi setiap rukun ibadah agar ibadahnya diterima Allah SWT, maka begitu juga hatinya perlu dijaga dari berbuat dosa dosa batin yang merosak seperti riya', bangga diri dan kekafiran.
.
Namun jikalau hati masih dicemari oleh dosa dosa batin sedangkan rukun ibadahnya telah sempurna, maka ia tetap belum menunaikan hak Allah SWT dari sisi batin. Yang lebih menakutkan lagi adalah apabila ibadah yang dilakukan itu tidak diterima oleh Allah SWT. Wal'iyyazubillah.
.
#DosaBatin
#AkhiAdifGorment
9 May 2020
0 notes
jundubs-blog · 4 years
Text
Tumblr media
0 notes
jundubs-blog · 4 years
Text
Tumblr media
0 notes
jundubs-blog · 4 years
Text
Tumblr media
0 notes
jundubs-blog · 4 years
Text
https://t.me/ustazdondaniyal/2251
0 notes
jundubs-blog · 5 years
Text
https://t.me/DakwahTanpaHenti/2991
0 notes
jundubs-blog · 5 years
Text
📌Tazkirah Ringkas
📑 NERAKA JAHANNAM ADALAH BALASAN BAGI ORANG MUNAFIK
Firman Allah SWT :
وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلۡمُنَـٰفِقِینَ وَٱلۡمُنَـٰفِقَـٰتِ وَٱلۡكُفَّارَ نَارَ جَهَنَّمَ خَـٰلِدِینَ فِیهَاۚ هِیَ حَسۡبُهُمۡۚ وَلَعَنَهُمُ ٱللَّهُۖ وَلَهُمۡ عَذَابࣱ مُّقِیمࣱ
[Surat At-Tawbah 68]
‎Terjemahan :
"Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka azab seksa yang kekal."
📮Join Telegram Tazkirah Ringkas
telegram.me/DakwahTanpaHenti
Sebarang teguran/nasihat email to
0 notes
jundubs-blog · 5 years
Text
Bersyukurlah Dengan Nikmat Islam.
Imam Abdullah al-Haddad ada merakamkan di dalam kitabnya iaitu Nasihat Agama Wasiat Iman ;
"Kalaulah ditakdirkan bahawa Allah mengurniakan dunia dan seisinya kepada seorang hamba, tetapi tiada pula dikurniakannya Islam, nescaya segala kurnia itu akan menjadi bencana baginya.
Sebaliknya pula, kalaulah Allah mengurniakannya Islam, tetapi tiada diberikannya dunia, maka yang demikian itu tiadalah akan membahayakannya.
Sebab orang yang pertama tadi, jika mati, tempatnya di neraka. Manakala orang yang kedua pula, jika mati, tempatnya di syurga."
Jika kita meneliti tulisan Imam Abdullah al-Haddad ini, ia telah menjelaskan maksud yang mendalam kepada kita bahawa nikmat yang ada di dunia ini tidak akan sama sakali mampu untuk menandingi nikmat Islam.
Sememangnya ramai umat manusia yang telah dikurniakan nikmat yang banyak ketika hayat mereka di dunia, namun tidak pula dikurniakan oleh Allah SWT akan nikmat Islam. Akhirnya setelah mereka mati, tidak ada sedikitpun nikmat yang pernah diperolehinya semasa hidup mampu untuk menyelamatkan dirinya daripada api neraka.
Namun berbeza halnya mereka yang tidak dikurniakan nikmat melimpah ruah di dunia tetapi dikurniakan nikmat Islam oleh Allah SWT. Setelah mereka mati, Islam sebagai agama yang dianutinya itu akan mampu untuk membela serta menyelamatkannya dari api neraka Allah SWT.
Oleh kerana itu, amatlah rugi bagi orang yang telah dikurniakan nikmat Islam tetapi dia tidak mensyukuri dan menghargainya. Islam hanya megah pada nama yang tertera di atas kad pengenalannya semata mata. Tidak langsung dihiraukan tuntutan agama ke atas dirinya yang perlu dilakukan.
Bahkan yang amat menyedihkan lagi adalah apabila Islam ditentang dan dihina oleh penganutnya sendiri. Wal'iyyazubillah!
Maka kerana itu, apabila kita dikurniakan nikmat Islam oleh Allah SWT, syukurilah dengan mentaati segala perintah dan laranganNya. Ini kerana Islam adalah satu satunya bahtera penyelamat umat manusia daripada kehancuran dan kesengsaraan di dunia dan di akhirat. Wallahu'alam.
#AkhiAdifGorment
28 January 2020
1 note · View note