Text





Bersempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-62, PROTON memperkenalkan Proton X70 Edisi Merdeka (EM) yang merupakan SUV keluaran terhad pertama dilancarkan
Proton X70 Edisi Merdeka ini didatangkan secara eksklusif pada model Proton X70 varian premium dan sebanyak 62 unit ditawarkan pada harga RM126,100 dengan dua warna pilihan iaitu putih (snow white) dan merah (red flame)
Terdapat beberapa perubahan pada Proton X70 Edisi Merdeka ini di mana bumbung dan bahagian A-pillar telah diwarnakan dengan cat yang dikenali sebagai Quarzt Black, visor pintu dipasang di sekeliling kereta bersama plat pelindung (scuff plate) di bampar belakang dan lambang atau emblem 'Merdeka Edition' telah diletakkan di bahagian belakang. Turut digantikan juga adalah alas kaki baharu, pelapik but belakang dan lambang Edisi Merdeka bernombor khas menjadikan setiap unit model ini unik.
Baca selanjutnya pada pautan berikut: www.kakiproton.com
1 note
·
View note