Don't wanna be here? Send us removal request.
Text
Patutlah boleh jadi artis, maintain cantik sampai sekarang Dari kecik lagi dah chomel² gitu..😘
Ni orangnya

7 notes
·
View notes
Text
1 note
·
View note
Link
1 note
·
View note
Link
yang paling senang untuk tahan lama..perempuan pun puas hati
2 notes
·
View notes
Link
ke yg ni lagi bagus utk tahan lama..boleh sapa2 komen dan bagi testimoni?
2 notes
·
View notes
Text
Semenjak WFH ni banyak duduk rumah je.. Korang dah try seluar ni?.Dengar cerita viral. Harga tak sampai RM20 tapi kualiti macam beli tracksuit harga RM100
Kain berkualiti, jahitan pun cantik dan ada tag "Made In Malaysia" ok!
Seluar ni sesuai untuk training atau pakai pergi hiking. Nak buat seluar tidur pun ok jugak.
Beli di Shopee ye, check dekat sini 👉



0 notes
Text
https://www.iajvs.com/2021/02/01/maaf-ibu-adik-tak-bermaksud-nak-lukakan-hati-ibu-alangkah-baiknya-jika-pinangan-itu-tidak-saya-terima/
0 notes
Text
Tak tahan mak & ayah selalu bertengkar, budak 11 tahun maut selepas terjun dari tingkat 39

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun terjun dari tingkat 39 bangunan kediamannya pada 26 November lalu kerana tidak tahan dengan ibu bapanya yang selalu bertengkar.
Keluarga berkenaan tinggal di sebuah pangsapuri di barat Hanoi. Pasangan itu mempunyai pekerjaan yang bagus dengan pendapatan tinggi. Namun kebelakangan ini mereka kerap bergaduh membuatkan kanak-kanak itu berasa sedih.
Pada malam 25 November 2019, ibu bapanya bertengkar sehingga menjerit dan menghempas pintu. Keadaan itu membuatkan mangsa menangis sepanjang malam.
Pagi keesokkan harinya, si ibu terdengar bunyi dentuman yang kuat, tetapi kemarahannya terhadap suami masih membara. Ditambah pula dengan rasa pening kepala, lalu dia terlelap semula selepas memeriksa waktu pada ketika itu.
Tidak beberapa lama kemudian, si ibu bangun dan memanggil anaknya untuk bersarapan. Namun panggilan itu tidak berjawab. Dia pergi menjenguk anaknya di bilik, tetapi tiada kelibat anaknya kelihatan dan hanya tingkap bilik yang terbuka.
Dalam masa yang sama wanita itu terdengar bunyi riuh di tingkat bawah dan ternampak anaknya terbaring berlumuran darah.
Mangsa yang memakai pakaian sekolah ditemui sudah tidak bernyawa dengan percikan darahnya di sekitar kawasan kejadian. Sepasang selipar dan gambar keluarganya turut ditemui di tepi tingkap bilik.
Selepas ternampak anaknya berada di bawah, si ibu terus segera berlari ke tingkat bawah menggunakan tangga kerana tidak mahu menunggu lif. Sebaik tiba di tempat kejadian, dia memeluk anaknya dan menangis pilu.
Bapa mangsa tiba di lokasi kejadian setengah jam kemudian selepas dimaklumkan mengenainya. Pasangan itu menangis meratapi kematian mangsa.
Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.
Sumber: China Press, World of Buzz
from The Reporter https://ift.tt/2slMjU0 via IFTTT from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2qFylfm via IFTTT
2 notes
·
View notes
Text
Ahli Parlimen BN beri alasan enggan isytihar harta kerana bimbang jadi sasaran penculik - Menteri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong mendedahkan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) enggan mengisytiharkan harta mereka atas alasan bimbang diri mereka atau keluarga terdekat menjadi sasaran penculik atau diperas ugut.
Beliau berkata, kebimbangan Ahli Parlimen BN itu adalah tidak berasas kerana, menteri telah membuat pengisytiharan pada Oktober 2018 dan semua aset telah dipaparkan di portal. Sehingga ke hari ini, tiada satu pun kes peras ugut atau penculikkan yang melibatkan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dan juga keluarga mereka.
"Ketakutan yang digambarkan oleh Ahli Parlimen BN itu untuk tidak mengisytiharkan informasi penting ini kepada rakyat adalah tidak berasas.
"Tidak sepatutnya harta wakil rakyat menjadi rahsia. Ahli Parlimen perlu mengorbankan rahsia itu demi ketelusan dan sikap bertanggungjawab kepada orang ramai.
"Jika maklumat itu tidak didedahkan, speaker boleh mengenakan dakwaan menghina dewan rakyat dan menggantung atau mendenda mereka. Jadi, Ahli Parlimen perlu berkorban dalam isu itu," katanya.
Difahamkan, tiada seorang pun Ahli Parlimen BN mengisytiharkan harta mereka berbanding Ahli Parlimen PH telah membuat pengisytiharan.
Ahli Parlimen BN memutuskan untuk tidak mematuhi usul Parlimen untuk memaksa mereka mengisytiharkan harta atas alasan ia adalah di luar bidang kuasa Parlimen.
Sementara itu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyerahkan keputusan kepada Ahli Parlimen mereka untuk berbuat demikian. Manakala PAS pula berkata, wakil rakyatnya tidak perlu berbuat demikian kerana sudah mengisytiharkan harta kepada parti.
Sumber: Bernama, MalaysiaKini
from The Reporter https://ift.tt/2DiRG8v via IFTTT from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2OM4UQM via IFTTT
0 notes
Text
'Dah bayar 5 bilik hotel tapi tak boleh check in, layanan kurang ajar kami dapat' - Pengadu

"Ni ler layanan hotel yang kami dapat," demikian luahan rasa kecewa pengadu mengenai sebuah hotel yang terletak di Banting, Selangor didakwa memberi layanan buruk.
Menurut pengadu, yang berkongsi pengalamannya itu di Facebook berkata, tiga minggu yang lalu pihaknya telah membuat pembayaran penuh untuk lima buah bilik di hotel tersebut melalui aplikasi Agoda.
Malangnya, apabila mereka tiba, pihak hotel tidak membenarkan mereka daftar masuk tanpa sebab-sebab yang tidak diketetahui.
"Lima bilik dah bayar penuh tiga minggu yang lepas. Dan hari ini tak boleh check in, dan sungguh kurang ajar.
"Cakap nak cari gaduh dan berdiri dekat-dekat dengan kita. Malah kami disentuh, ditolak dan dihalaunya kami.
"Soalan yang ditujukan kenapa tidak boleh check in tidak berjawab dan dengan gahnya pihak hotel meminta pelanggan untuk menghubungi Agoda terus. (Check Google review customers dulu ye).
"Inilah satu-satu hotel yang mommies pernah tempuh. Dah bayar, tapi tak boleh check ini dan alasan tidak munasabah serta kurang ajar dengan kedua orang tua mommies dan adik saya yang sarat mengandung," tulisnya di Facebook.
Pengadu juga berkata, dia telah membuat laporan polis dan menyarankan orang ramai tidak menginap di hotel tersebut.
"So geng-geng di Banting, kalau nak minta saudara mara datang bermalam, carilah di tempat lain. Yes, tempat dia strategik di tengah pekan Banting tetapi inilah dia yang kami dapat.
"Mommies baru je check in di Dorsett Putrajaya minggu lepas. Happy-happy je, pihak hotel siap offer baby cot lagi berbanding hotel bajet yang dia punya tocang lain macam," katanya.

Berdasarkan maklumbalas yang diterima dari bekas pelanggan hotel itu mendapati, ramai yang tidak menyarankan pelanggan menyewa hotel itu dan mendakwa mereka telah dianiaya.








Walau bagaimanapun, difahamkan pihak Agoda dan hotel tersebut telah memohon maaf terhadap pengadu. Sebagai tanda kemaafan, pihak Agoda telah memberi tawaran diskaun kepada pengadu untuk booking hotel lain yang seterusnya. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya kedua-dua pihak mengambil pendekatan untuk berbincang dengan baik. Apa pun, kejadian pun telah berlaku dan semoga menjadi pengajaran kepada kedua-dua belah pihak.
from The Reporter https://ift.tt/2OnWdwP via IFTTT from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2OpiKJK via IFTTT
1 note
·
View note
Text
Anak bunuh & kerat mayat ibunya kepada 4 bahagian sebelum disumba dalam peti ais

Seorang wanita berusia 42 tahun dibunuh dan mayatnya dikerat sebelum disumbat dalam peti ais oleh anak lelakinya berusia 20 tahun sebelum menembak dirinya di bahagian kepala.
Mayat wanita itu ditemui oleh rakannya, yang cuba menghubungi mangsa, Yuree, untuk berbincang mengenai hal perniagaan.
Saksi kemudian datang ke rumah mangsa tetapi suspek yang dikenali sebagai Sira memberitahu ibunya masih belum pulang selain tidak membenarkan dia masuk.
Saksi tidak percaya dengan kata-kata Sira kerana kereta Yuree berada di luar rumah lalu mendesak Sira berulang kali untuk membenarkan dia masuk. Suspek yang menangis-nangis kemudian membenarkan rakan sekerja ibunya itu masuk sebelum menemui mayat mangsa dalam peti ais.


Suspek yang panik kemudian mengambil pistol, lalu menembak kepalanya.
Ekoran kejadian itu, saksi terus menghubungi pihak polis dan apabila polis tiba di tempat kejadian, suspek yang merupakan pelajar di sebuah institut teknologi masih hidup dengan pistol di sebelah badannya. Suspek meninggal dunia selepas beberapa jam kemudian ketika mendapatkan rawatan di Hospital Nakhon Thon.
Pemeriksaan di rumah itu menemui mayat mangsa yang telah dikerat di dua lokasi. Empat bahagian ditemui di dalam peti ais, manakala sebahagian lagi ditemui di tandas.
Siasatan awal mendapati, terdapat sembilan kesan tikaman di belakang badan dan luka akibat dikelar di bahagian leher.
Mayat wanita itu juga dikerat kepada lima bahagian iaitu kepala, tangan, bahagian atas badan dan bawah badan serta kaki.
Menurut ahli keluarga mangsa, suspek mempunyai sejarah menghidap masalah mental dan rekod menunjukkan dia pernah mendapatkan rawatan di sebuah institut psikiatri dan juga mengalami kemurungan.
Masih tidak diketahui apa motif suspek menyerang dan membunuh ibunya dengan begitu kejam.
Sumber: Bangkok Post
from The Reporter https://ift.tt/35DW3HC via IFTTT from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2QPSav0 via IFTTT
1 note
·
View note
Text
Suami cekik isteri dengan plastik sehingga pengsan, rembat barang kemas & lari dengan skandal
Seorang lelaki di Singapura dipenjara 39 bulan kerana menyerang dan mencekik isterinya kerana tidak tahan dengan mangsa yang kerap membebel mengenai masalah rumah tangga anak lelaki mereka.
Mengikut pertuduhan, Govindarajan Thiruvengadam Uthirapathy menjerut leher isterinya, Ellapur Selvi Chanthenatever, 56, dari belakang menggunakan plastik lalu mengikatnya dengan ketat sehingga mangsa tidak sedarkan diri.
Mangsa bernasib baik kerana masih hidup. Namun ketika mangsa tidak sedarkan diri, Govindarajan mengambil kesempatan itu untuk mencuri rantai emas dan dompetnya lalu dipajak.
Wang yang diperolehinya itu kemudian dikongsikan dengan skandalnya.
Mangsa yang tersedar terus menghubungi anak perempuannya dan memaklumkan apa yang telah berlaku tetapi dia enggan membuat laporan polis.
Ellapur pergi ke hospital di tempat dia bekerja sebagai jururawat dan terpaksa ditahan di wad selama seminggu kerana mengalami kesakitan luar biasa di leher dan sebelah kiri perutnya. Ellapur turut memberitahu doktor memgenai kejadian itu.
Sementara itu suaminya, berjoli dengan wang sebanyak RM13,014.68, malah turut membeli hadiah untuk skandal termasuk dua barang kemas dan memberinya wang tunai RM918,68, selain membeli hadiah untuk ibu saudara skandalnya itu.
Govindarajan merancang mahu melarikan diri ke Malaysia, namun ditahan polis di Woodlands Checkpoint.
Difahamkan pasangan itu telah berkahwin sejak 1985 dan bercerai pada 1990. 10 tahun kemudian, mereka kembali bersama mempunyai anak lelaki dan perempuan masing-masing berusia 33 dan 32 tahun.
Pergaduhan di antara pasangan itu tercetus apabila Ellapur meminta suaminya bertanya pada anak lelaki mereka yang disyaki curang.
Timbalan Pendakwa Raya mahu Govindarajan dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya 29 tahun tetapi peguam tertuduh merayu agar hukuman penjara tidak dikenakan melebihi dua tahun empat bulan.
Ellapur juga memohon hukuman suaminya itu dikurangkan walaupun dia hampir mati dikerjakan lelaki itu.
"Ketiadaan dia membuatkan saya tidak tidur lena setiap malam dan ini menjejaskan kesihatan dan prestasi saya," katanya.
Sumber: World of Buzz
from The Reporter https://ift.tt/2smYQGP via IFTTT from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/34qBLB3 via IFTTT
0 notes
Text
'Siapa komen pasal puting, aku sekat' - Sharnaaz beri amaran

Baru-baru ini, pelakon Sharnaaz Ahmad memuat naik gambarnya bersama Shuib Sepahtu berada di Litar Antarabangsa Sepang kerana menyertai perlumbaan kereta Sepang 1,000km Endurance Race 2019.
Gambar itu menunjukkan Sharnaaz berkaca mata, memakai baju ketat berwarna putih yang menampakkan sedikit putingnya, menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
Ada followers yang mula memuat naik komen berkenaan hal itu menyebabkan Sharnaaz memberikan amaran untuk tidak berbuat demikian atau berdepan dengan tindakan disekat.
"Abaikan puting aku, siapa komen pasal puting aku sekat. Silalah kalau nak kena sekat," tulisnya pada kapsyen gambar tersebut.
View this post on Instagram
Seorang yg rajin kerja, humble, dan sgt bijak berniaga.. dialah sahabat saya.. kami rapat sebab race sekali, tapi hatinya sgt baik.. org kata dia berlagak tayang kereta mewah.. kenal dulu org nya baru kita tau.. semoga sahabat sy dimurahkan dgn rezeki dunia akhirat @shuibsepahtu .. abaikan puting aku, sapa comment pasai puting aku block, sila lah kalau nak kena block. 🤣
A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on Nov 24, 2019 at 10:02pm PST
Bagaimanapun, sehingga ke waktu ini masih ada netizen yang berbuat demikian dan rata-rata netizen terhibur dengan kata-kata 'amaran' itu.
Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmad, Malay Mail
from The Reporter https://ift.tt/33m88zx via IFTTT from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2QVUuR4 via IFTTT
0 notes