Tumgik
Text
TOPIK 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN
PENDAHULUAN
Sosiologi telah diperkenalkan oleh Auguste Comte (1798 –1857) dalam bukunya Positive Philosophy (1842). Istilah ini berasal daripada perkataan latin “sosio” bermaksud “berkongsi”. Istilah ini juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud “pengetahuan mengenai masyarakat”. Sosiologi merupakan kajian saintifik tentang masyarakat manusia dan tingkah laku sosial manusia. Pendidikan adalah proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam atau pemberian pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan. Tujuan mempelajari sosiologi pendidikan adalah untuk memahami situasi sosial, pengubahan polisi, untuk menilai keberkesanan sesuatu polisi, memberikan kesedaran sosial dan perbezaan budaya serta sebagai panduan reformasi sosial. Pembelajaran pula didefinisikan sebagai suatu perubahan dalaman seseorang dan pembentukan perkaitan-perkaitan baharu. Pembelajaran juga merupakan perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap kepercayaan. Secara umumnya, pembelajaran adalah proses untuk belajar. 
ISI PENTING
Terdapat beberapa teori dalam  sosiologi pendidikan, iaitu teori fungsionalisme, teori konflik dan teori interaksionisme. Teori dalam sains amat membantu sebagai panduan menyelesaikan masalah-masalah sosial seperti panduan untuk meningkatkan pengetahuan dan penyuburan diri. Selain itu, teori digunakan sebagai amalan pratikal dan jururunding bagi menangani masalah terutamanya masalah sosial.
Teori fungsionalisme diperkenalkan oleh Talcott Parson, dalam teori beliau menjelaskan bahawa masyarakat dan satu institusi itu perlu saling bergantung antara satu sama lain bagi mencapai keharmonian dalam sebuah masyarakat yang stabil. Emile Durkheim telah mengaitkan teori fungsionalisme ini dengan anggota badan yang mempunyai peranan masing-masing dan setiap anggota itu saling bergantung di antara satu sama lain untuk berfungsi. Emile Durkheim merupakan ahli sosiologi yang pertama mengaitkan teori fungsionalisme dengan pendidikan, iaitu beliau mementingkan tentang bahagian-bahagian masyarakat yang masing-masing mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk perpaduan dan kepaduan diantara mereka dan ia akan mengerakkan masyarakat tradisi kepada masyarakat moden.
Teori konflik diperkenalkan oleh Karl Marx. Teori ini menjelaskan bahawa ketegangan antara individu itu berlaku disebabkan untuk mencapai kepentingan-kepentingan masing-masing. Menurut Karl Marx, perbezaan kumpulan ‘Berada’ dan ‘Tidak Berada’ dalam masyarakat akan mewujudkan ketegangan akibat perbezaan dalam permintaan hidup seperti perebutan kuasa bagi kumpulan atasan manakala kumpulan bawahan meminta bahagian hak mereka daripada kumpulan atasan. Teori konflik ini dapat dikaitkan dengan pendidikan di sekolah melalui susun lapisan sosioekonomi ibubapa pelajar di sekolah. Hal ini akan mempengaruhi layanan guru dan murid-murid dengan pelajar yang mempunyai sosioekonomi keluarga yang rendah. Pelajar yang dari keluarga sosioekonomi yang rendah akan mendapat layanan yang berlainan daripada pelajar yang mempunyai profil keluarga yang tinggi.
Teori interaksionisme ini diperkenalkan oleh George Herbert Mead (1863-1931), beliau telah mengkritik teori fungsionalisme dan teori konflik. Menurut teori interaksionisme manusia tidak pasif dan menekankan bahawa interaksi sosiallah yang membentuk realiti. Teori ini memberikan fokus kepada melihat cara tingkah laku pelajar yang tidak baik berinteraksi dengan guru. Tingkah laku pelajar tidak baik di sekolah tidak dikaitkan oleh latar belakang kelas sosial dalam masyarakat.
RUMUSAN
Rumusan bagi sosiologi pendidikan dalam masyarakat amat penting untuk dipelajari oleh bakal guru bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan membolehkan bakal guru menangani masalah-masalah yang berlaku di sekolah pada masa depan. Melalui pendekatan yang betul, bakal guru dapat menangani pelbagai situasi di sekolah dan juga dapat beradaptasi dengan lingkungan sosial yang lain. Melalui pembelajaran sosiologi pendidikan ini dapat memastikan bakal guru dapat menjalinkan hubungan yang baik dan erat dengan pelajar yang pelbagai kaum.
 RUJUKAN
0 notes
Text
TOPIK 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN
Pendahuluan
Interaksi merupakan satu jalinan hubungan antara guru dengan pelajar. Menurut kamus ‘A English Dictionary’ interaksi bermaksud proses saling bertindak serta saling mempengaruhi antara satu sama lain. Di bawah konsep pendidikan interaksi dalam bilik darjah boleh ditinjau daripada dua sudut iaitu interaksi antara indivindu dengan alam sekitar. Menurut Roselan (2003) interaksi bilik darjah merujuk kepada proses pertukaran tindakan yang berlaku antara guru dengan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Meng. E (1997: 63) pula, konsep bilik darjah ditafsirkan mengikut fungsi pendidikan atau ciri penyusunan fizikal.
Isi penting
Terdapat tiga isi penting yang saya pelajari daripada topik ini, yang pertama guru menggunakan kaedah PAK 21,di mana kaedah- kaedah 4c diketengahkan iaitu communication,collaboration,creativity,critical thingking. Guru meyediakan bahan pDpc dengan cukup dan persediaan awal sebelum masuk kelas. Supaya teknik pengajaran tidak hanya guru yang bercakap. Guru menggunakan interaksi dua hala,sehala dan interaksi berkumpulan supaya guru dapat mengetahui tindak balas pelajar. (Herryan Syah Tupan Surian, 2017).
Yang kedua,terdapat 3 jenis interaksi  iaitu interaksi sehala,dua hala dan tiga hala. Secara keseluruhan interaksi dua hala dan berkumpulan sangat memberi kesan yang baik kepada pelajar tetapi guru menghadapai kekangan waktu pdp akan menjadi lambat kerana memberi peluang kepada pelajar untuk explore sesuatu. Ada sesetengah kelas lambat bergerak dan kurang aktif dan apa yang guru hasratkan tidak dapat dicapai akhirnya hasil pembelajaran tidak tercapai. Ada sesetengah guru menggunakan teknik yang berbeza mengikut tahap kebolehan pelajar. Dan interaksi secara berkumpulan dapat menunjukkan pelajar belajar secara santai bukan dalam tekanan. Kepimpinan guru dalam kelas sangat penting.
Selanjutnya, terdapat juga bentuk-bentuk komunikasi ialah komunikasi lisan (oral communication). Untuk menjadikan pengajaran berkesan, guru  perlu berusaha untuk melakukan pertuturan yang jelas semasa proses  pengajaran dijalankan dan menggunakan ayat yang mudah difahami. Selain itu, komunikasi tanpa lisan pula berlaku tanpa menggunakan sebarang perkataan di mana kandungan komunikasi boleh menunjukkan maksud yang tersirat. Mempunyai kepakaran dalam kemahiran ini dapat membantu para guru mengenalpasti keadaan dan tahap keselesaan murid di dalam kelas. Seterusnya, komunikasi visual ialah Penggunaan komunikasi visual yang ada seperti animasi, video, bunyi, teks, audio dan grafik dapat merangsang minda pelajar dan membawa impak yang besar terhadap komunikasi dan pendidikan. kewujudan elemen-elemen ini berupaya menarik perhatian pelajar sepanjang proses  pengajaran.
Tumblr media
Rumusan
Kesimpulannya, interaksi memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Segala jenis maklumat yang sampai kepada pelajar adalah melalui interaksi. Oleh itu  para guru perlu cakna dan pakar dalam menggunakan kaedah interaksi yang betul dalam menguruskan bilik darjah serta menggunakan teknik komunikasi yang berkesan supaya para  pelajar rasa selesa untuk bergaul dengan guru dan rakan-rakan.
Rujukan
Roselan Baki. (2003). Kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Meng, E. (1997). Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah (SemesterII).Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Sang, S, M. (1997).Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah.Subang Jaya, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
0 notes
Text
TOPIK 3 : KAJIAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN
Pendahuluan
Pengurusan ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan sesuatu kerja yang terancang melalui pelaksanaan secara sistematik, teratur dan mengikut garis panduan tertentu (Huslid, 2005). Selain itu, Pengurusan merupakan  aspek  penting  dalam  sesebuah  organisasi. Malah ia penting dalam sesebuah institusi atau sektor. Pengurusan yang baik dan cekap akan melahirkan sebuah organisasi yang maju dan berdaya saing. Pengurusan yang baik juga memberi kesan positif kepada seisi kakitangan dalam sesebuah organisasi itu. Selain itu juga, pengurusan pengajaran ini melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha para ahli organisasi dan menggunakan semua sember organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.
“Seterusnya definisi pembelajaran ialah Pembelajaran  adalah merujuk kepada perubahan dalam tingkah laku subjek atau tingkah laku berpotensi dalam suatu  situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman berulang subjek dalam situasi tersebut. Menurut Bower dan Hilgard (1981), pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku secara kekal.  Pembelajaran mesti diterjemahkan kepada tingkah laku yang boleh diperlihatkan.
Pengurusan pembelajaran adalah usaha guru untuk membantu pelajar atau anak didik, agar mereka dapat belajar mengikut kesesuian dan minatnya. Seterusnya, Inti dari pembelajaran itu adalah segala upaya yang dilakukan oleh guru atau pendidik agar terjadi proses belajar pada diri pelajar. Secara implisit, di dalam pembelajaran, ada kegiatan memilih, menetapkan dan mengembangkan metode untuk mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Pembelajaran lebih menekankan cara-cara untuk mencapai tujuan dan berkaitan dengan bagaimana cara mengorganisasikan pelajaran, menyampaikan pelajaran dan mengelola pembelajaran.
Isi penting
Tiga topik penting yang saya pelajari dalam topik ini ialah berkaitan gaya pembelajaran yang utama ialah yang pertama gaya pembelajaran visual dimana yang ini menerangkan jenis pelajar yang mempunyai cara tersendiri untuk belajar.
“Dalam gaya pembelajaran ini, murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan dalam buku, di papan hitam atau paparan komputer. Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan. Murid “visual” tidak memerlukan penerangan lisan seperti murid “auditori” tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan. Murid “visual” selalunya menulis nota syarahan dan arahan lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu (Murdoch Teacher Center, 1984)”.
Terdapat pelajar yang jenis gemar belajar dengan huruf atau gambar rajah, teks hal ini memudahkan mereka untuk memahami isis kandungan yang ingin disampaikan oleh guru tersebut. Seterusnya, terdapat pelajar yang lebih cenderung mempelajari sesuatu dengan melihat teks yang sedia ada dan lebih suka membelajari melalui penglihatan. Pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran ini hanya perlu menulis nota apabila memgingati sesuatu dan tidak perlu penerangan lisan. Sebagai contoh, semasa dalam kelas, pelajar menyalin semula nota yang diberi oleh guru dan cuba membuat rujukan berbentuk teks dan gambar untuk menambahkan pengetahuannya terhadap pembelajaran.  
Gaya seterusnya gaya pembelajaran auditori merupakan jenis pembelajaran yang menekankan pendengaran perkataan dan arahan lisan daripada guru. Dalam situasi ini, para pelajar perlu mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika mempelajari sesuatu. Sebagai contoh, pelajar yang menggunakan jenis pembelajaran ini akan mengukuhkan ingatan dalam mendengar semula rakaman pita audio dan juga mengajar pelajar lain serta membincang dengan guru.
Selain itu gaya pembelajaran kinestetik pula tertumpuh kepada pembelajaran  para pelajar dimana dapat belajar melalui gerakan-gerakan untuk mengingati informasi ke dalam otaknya. Pelajar  yang mengamalkan jenis pembelajaran ini, memerlukan bahan-bahan pembelajaran yang konkrit untuk membantu mereka mengingati sesuatu. Tambahan pula, pelajar jenis pembelajaran ini gemar menyentuh dengan bidang objek yang digemari kerana mereka suka terhadap bidang yang dapat memberi pengalaman yang realiti kepada mereka.
“Dalam gaya pembelajaran ini, murid “kinestetik” belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah. Mereka dapat mengingati sesuatu dengan baik apabila mencuba terus aktiviti melalui hands-on. (Murdoch Teacher Center, 1984)”.
Implikasi gaya pembelajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran ini dapat membantu guru memahami perkembangan dan penguasaan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. Selain itu, membantu guru menjadi lebih sensitif terhadap perbezaan gaya pembelajaran setiap pelajar di sekolah. Malah, juga dapat membantu guru mencipta pengalaman dan menjadi satu panduan untuk merancang pengajaran yang sesuai bagi pelajar serta dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Rumusan
Tuntasnya, pengurusan pembelajaran  melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil  kira  latarbelakang pelajar, dan kepelbagaian perbezaan dari segi kognitif, sosial, emosi dan fizikal pelajar. Lantaran itu, ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran berkesan termasuk prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling; sistematik dalam merancang dan menilai;  penyabar menghadapi kerenah pelajar pelbagai latar belakang, mengurus masa dengan baik dan  mempunyai kemahiran abad ke 21. Oleh itu, guru perlu  mengambil kira semua aspek  kepelbagaian  budaya apabila mengurus pengajaran dan pembelajaran dalam semua peringkat pengajaran.
Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media
BUKU :
 Mulyono Abdurrahman. (2003). Pendidikan bagi anak kesulitan belajar. Jakarta: Pusat Perbukuan Department Pendidikan dan Kebudayaan.
Omar Ashaari. (1996). Pengurusan Sekolah. Kuchai Lama, Kuala Lumpur: Utusan Publications Sdn Bhd.
0 notes
Text
TOPIK 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI
Pendahuluan
Organisasi merupakan suatu sistem aktiviti kerja sama yang dilakukan oleh dua orang atau lebih. Selain itu juga, organisasi adalah sekelompok orang (dua atau lebih) yang secara formal dipersatukan dalam suatu kerjasama untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan. Manakala, kepimpinan bermaksud proses pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Pengarahan bermaksud seseorang individu bertindak mengikut cara tertentu atau mengikut sesuatu seperti polisi, organisasi, tatacara dan deskripsi kerja.
Menurut Jamaliah Abdul Hamid (2005: 65), kepimpinan adalah daya mempengaruhi tingkah laku seseorang itu sehingga menyebabkan ia sanggup memberi kerjasama untuk mencapai sesuatu matlamat yang dipersetujui. Dalam konteks kepimpinan sesebuah komuniti, kepimpinan ditarifkan sebagai daya pengaruh ke atas tingkah laku seseorang untuk mencapai matlamat bersama dengan menggunakan sisitem dan sumber yang diiktiktirafkan oleh komuniti tersebut. daripada tarif tersebut, dapat diperlihatkan juga bahawa kepimpinan sebenarnya adalah pengaruh seseorang yang dibenarkan tau diterima oleh pengikut atau subordinatnya kerana kewujudan peruntukan atau kesefahaman tentang peranan dan kuasa pemimpinan di dalam sesebuah sisitem tersebut.
Isi penting
Tiga isi penting yang saya pelajari dalam topik ini ialah kepimpinan peringkat sekolah terbagai kepada 5 komponan. Pengetua yang berperanan merancang dan menyelia pengurusan kurikulum dan membimbing warga sekolah. Penolong KananPentadbiranmerancang dan menyedia jadual waktu dan guru ganti serta menyedia dan menganalisis keputusan perangkaan keputusan peperiksaan. Penolong Kanan HEMmengurus pendaftaran dan penyaluran mutird dan menyelaraskan tugas dan aktiviti lembaga Disiplin Murid dan Badan Pengawas sekolah. Kaunselormerupakan satu bahagian yang membincangkan psikososial kesejehteraan mental murid, pembangunan sahsiah diri murid dan peningkatan disiplin murid.PK Ko Kurikulummerancang pembangunan kokurikulum dan menyelaras semua kegiatan-kegiatan persatuan, kelab dan persatuan unit beruniform. Guru Kanan Bidangmempengerusikan mesyuarat jawatankuasa mata pelajaran dan menyelaraskan rancangan palajaran tahunan serta menyemak buku latihan murid secara rawak.
Seterusnya, jenis-jenis gaya kepimpinan pertama transformasional merupakan gaya dimana pekerja diberi kuasa untuk menjalankan tugas yang tertentu serta diberi kuasa untuk membuat keputusan setelah mereka benar-benar mahir. Kedua kepimpinan transaksional ialah pemimpin yang mempunyai autoriti dan tanggungjawab yang formal dalam sesebuah organisasi. Mereka akan menetapkan beberapa kriteria yang perlu dipatuhi oleh pekerjanya. Ketiga kepimpinan jenis instruksional, gaya ini memerlukan ketua untuk menetapkan matlamat yang jelas, mengurus kurikulum, memantau rancangan pelajaran, memperuntukan sumber dan menilai guru secara teratur. Pengetua dan guru akan sentiasa berbincang tentang cara kerja mereka untuk menjadikannya leboh baik.
Gaya pertama, Gaya Autokratik , Gaya ini Guru mengamalkan interaksi sehala. Pengetua sekolah akan memberi arahan-guru hanya mendengar dan menurut sahaja. Guru tidak diberi peluang untuk mengemukakan pendapat dan memberi cadangan dalam perbincangan. Sikap pengetua sangat mementingkan kesempurnaan dalam semua aspek yang mengakibatkan  hubungan antara pengetua dan pihak guru menjadi dingin dan tegang kesannya motivasi kerja dalam kalangan guru akan berkurangan.
Kedua, Gaya Demokratik  merupakan gayayang berlaku interaksi dua hala antara pembincang. Pengetua akan berbincang, menerima pandangan guru lain dan memberi pandangan. Sesuatu perkara diputuskan melalui suara majority. Gaya ini amat disukai oleh pihak guru dan staf sekolah kerana tiada kekangan dan arahan yangketerlaluan. Pengamalan gaya ini akan menimbulkan suasana kondusif dan harmoni dalam kalangan warga sekolah. Kesanya Guru dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan cemerlang.
Akhirnya,  Gaya Laissez-Faire pula bertentangan dengan autokratik. Gaya Laissez-Faire bermaksud tidak ada keyakinan diri dan tidak menetapkan matlamat. Pengetua memberi kebebasan sepenuhnya kepada para guru untuk membuat keputusan. Dalam hal ini Pengetua tidak membuat penilaian, tidak memberi pujian, kritikan, idea dan nasihat kecuali diminta oleh ahli. Pengetua tidak menekankan prestasi, pencapaian dan kecemerlangan guru-guru. Pengetua memberi tanggungjawab sepenuhnya kepada guru, dan kadangkala guru bertindak sebagai ketua.
Tumblr media Tumblr media
Rumusan
            Tuntasnya, kepimpinan dan organisasi amat pebting bagi membangunkan sesebuah organisasi. Di dalam organisasi ada ahli-ahli (para guru) yang menyokong dan memberi bantuan serta menguti arahan pemimpinnya (pengetua) dalam melaksanakan sesuatu perkara di dalam sekolah atau di luar kawasan sekolah. Dalam hal ini, pengetua berperanan sebagai pemimpin, setiap guru mempunyai peranan masing-masing semasa berada di sekolah.
Rujukan
Abdul Rahman Abdul Majid. (2010). Kepimpinan dan Penyeliaan Instruksional. Pusat Bandar Puchong: Multimedia Sdn. Bhd.
Ibrahim Mamat. (2001). Pengetua Sekolah Menangani Isu dan Cabaran Kepimpinan. Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Jamaliah Abdul Hamid & Norashimah Ismail. (2005). Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Shah Alam, Selangor: Universiti Putra Malaysia 2005.
1 note · View note
Text
TOPIK 5 : PENGURUSAN MURID
Pengenalan
Umumnya, Pengurusan bermaksud proses sosial yang dibentuk untuk memberikan kerjasama, penglibatan, campur tangan dan penyertaan orang lain ke arah pencapaian yang lebih berkesan terhadap sesuatu objektif yang ditetapkan. Manakala,  murid pula bermaksud seseorang yang menuntut ilmu, orang atau anak yang sedang belajar atau berguru di sesebuah sekolah. Jaafar Muhammad (1998) mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses mengagihkaninput-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output (perkhidmtan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai
Isi penting
 Terdapat 3 isi penting yang saya pelajari  berdasarkan keadaan Sekolah khatolik adalah sekolah yang mengklafisikasikan pelajar mengikut sistem lama dan terbaru. Sebagai contohnya untuk register pelajar sekolah ini mengutamakan sistem baru tapi dalam sama yang sama sekolah ini turut ditetapkan untuk mengamalkan sistem yang lama. Namun, dalam mengklafisikasikan sistem ini terdapat juga masalah yang dialami oleh guru dalam mengurusnya.
Selain itu,  masalah pelajar yang belaku di smk khatolik adalah pelajarnya sering ponteng sekolah. Hal ini didapati kerana kebanyakan pelajar di sekolah tersebut tidak tinggal dengan ibu bapanya. Keadaan ini belaku disebabkan oleh  pekerjaan ibubapa mereka di luar wilayah yang mereka tinggal.
Akhirnya , cara sekolah mengklafisikasikan tahap pembelajaran pelajar adalah melalui pemeriksaan. Berdasarkan keputusan pemeriksaan juga akan mempengaruhi kedudukan  kelas kepada pelajar itu sendiri. Pembahagian kelas ini terbahagi kelas tiga iaitu kelas pandai, kelas sedarhana pandai dan kelas lemah.
Tumblr media Tumblr media
Rumusan
Tuntasnya, pengurusan rekod murid merupakan sesuatu yang amat penting dalam sesebuah sekolah kerana melalui pengurusan rekod ini sesuatu pentadbiran di sekolah akan berjalan dengan lancar. Tambahan pula,setiap komuniti sekolah memainkan peranan yang penting dalam penjagaan rekod murid.Hal ini kerana, rekod pelajar merupakan cara terbaik dalam membentuk sahsiah pelajar kea rah yang lebih baik dan mampu meningkatkan prestasi akademik mereka dengan lebih cemerlang serta berkesan. Oleh itu para guru dan ibu bapa perlulah bertanggungjawab dalam mambantu pihak sekolah dalam menguruskan rekod pengurusan murid.
Rujukan
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1988). Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar dan Guru. Hulu Kelang, Selangor: Dewan Bahasa dan pustaka.
 Omardin Ashaari. (1996). Pengurusan Sekolah. Kuchai Lama, Selangor: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
0 notes
Text
TOPIK 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH
Pengenalan
Pengurusan bilik darjah merupakan tindakan yang diambil oleh guru untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif bagi pelajar. Cara pembelajaran dan pengajaran yang baik untuk meningkatkan akademik, sosial dan emosi pelajar. Selain itu, Pengurusan bilik darjah juga dikaitkan dengan pilihan guru untuk mewujudkan suasana kelas yang seronok atau tidak bagi murid belajar. Menurut Meng, E (1997 : 150), satu proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, serta galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Penyusunan fizikal bilik darjah merangkumi aspek penyusunan kerusi dan meja serta peminjaman cukupnya cahaya dan udara untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.  
Isi penting
Terdapat isi penting yang saya pelajari daripada topik ini, guru berperanan sebagai pengelola, tujuan utama pengurusan ini adalah untuk mewujudkan aktiviti pembelajaran. Hal ini demikian kerana, keberkesanan pengajaran bergantung kpd kebolehan menggunakan kemahiran mengajar yang berjaya dan memudahkan aktiviti pembelajaran para pelajar.
Selain itu, guru juga mengurus persekitaran pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan ruang aktiviti secara berkumpulan atau membuat simulasi disamping melaksanakan aktiviti pemebelajaran di luar kelas bagi menarik minat pelajar untuk belajar serta mengelak daripada pelajar dalam keadaan bosan semasa belajar. Guru perlu memastikan sudut & ruang itu dikelola dalam keadaan yang kemas, teratur, selamat, kondusif dan dilengkapkan dengan bahan-bahan yang sesuai dengan bahan alat bantu mengajar atau info-info yang bermanfaat seperti nasihat.
Guru mengurus bilik darjah dengan memastikan para pelajar menjalankan tugas-tugas mereka mengikut jadual bertugas serta mengurus para pelajar supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah dan menguruskan keadaan fizikal blik darjah supaya menjadi lebih kondusif utk aktiviti P&P
Selain peranan guru, murid juga berperanan dalam pengurusan bilik darjah seperti menyusun meja dalam kelas mengikut arahan guru. Murid juga akan menghias bilik darjah dengan menampal bahan kerja yang dibincang atau setelah selesai melaksanakan bahan yang dibincangankan untuk dijadikan  sebagaikan rujukan semua.
Rumusan
Kesimpulannya, sebagai seorang guru hendaklah mengetahui apakah itu pengurusan bilik darjah dan cara menguruskannya supaya dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang sesuai dan kondusif mengikut peredaran masa. Selain itu, guru juga perlu bijak dalam pengurusan bilik darjah supaya tidak wujud masalah dalam proses pegajaran dan pepbelajaran dan juga masalah disiplin dalam bilik darjah.
Rujukan
Meng, E. (1997). Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah (SemesterII).Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Meng, E. (1994). Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Sang, S, M. (1997).Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah.Subang Jaya, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
0 notes
Text
TOPIK 7 : PENGURUSAN SUMBER
Tumblr media
Topik ini akan membincangkan mengenai pengurusan sumber yang dilakukan oleh pelajar dan juga guru. Sejajar dengan persekitaran sekolah yang kaya dengan pelbagai sumber pembelajaran,seseorang guru perlu menguasai kemahiran membuat keputusan yang bijak untuk memilihsumber pembelajaran yang sesuai dan seterusnya mengoptimumkan penggunaannya dalam bilik darjah. Seseorang guru perlu menguasai kemahiran mengenal pasti semua sumber pengetahuanyang boleh digunakan untuk mempertingkatkan kesan pengajarannya.Setiap sekolah akan dibekalkan dengan pelbagai sumber seperti bahan bercetak, kaset audio, pita video, perisian multimedia dan internet. Disamping itu juga, guru perlu mahir menggunakan bahan-bahan yang dikenal pasti itu dengan optimum untuk mencapai hasil pengajaran yang terbaik. 
 Pengurusan juga terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satuatau lebih entiti untuk tujuan menyelaras dan mengharmonikan kumpulan tersebut bagi mencapai sesuatu matlamat yang telah dirancangkan (Buck, 2010). Abdul Aziz Yusof (2004, 2007) menyatakan bahawa pengurusan merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan. Antara fungsi pengurusan termasuklah proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi serta menggunakan sumber-sumber yang lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yan telah ditetapkan.Sumber pula merujuk kepada sesuatu bahan yang boleh digunakan serta dimanfaatkanoleh manusia dalam aktiviti ataupun kegiatan seharian. 
Terdapat beberapa jenis sumber atau alat bantu mengajar yang digunakan dalam membantu proses pembelajaran guru. Antara sumber yang digunakan ialah bahan bercetak, bahan teknologi maklumat dan juga bahan maujud. Walaupun jenis- jenis ini mempunyai ciri yang berbeza, namun ianya boleh digunakan bagi memastikan murid- murid memahami akan isi kandungan pelajaran serta mencapai objektifnya.
Sumber bahan bercetak didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan dan wujud secara fizikal. Selain itu, bahan ini boleh disentuh dan dibaca secara terus dan ianya mestilah dihasilkan melalui cetakan bukan daripada tulisan tangan. Sumber bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, esiklopedia, surat khabar, buku teks dan sebagainya .
Selain daripada itu, bahan teknologi maklumat juga salah satu sumber yang digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ramai murid yang menyukainya. Jika sumber ini digunakan secara berkesan, alat bantu mengajar ini dapat meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. . Antara kelebihan bahan ini ialah murid-murid akan lebih mudah untuk memahami apa yang diajar oleh guru dan dapat mengekalkan minat pelajar untuk pelajaran seterusnya sekaligus dapat meningkatkan prestasi akademik mereka.
Bahan maujud juga sering digunakan sebagai sumber dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahan maujud merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuhdan dipegang. Selain daripada itu juga, bahan ini merupakan bahan yang nyata yang adadisekeliling kita sama ada dalam keadaan hidup atau sudah diawet. Contoh bahan ini ialahkomputer, perkakas sains, alat tulis, bangunan dan sebagainya.
  Pembelajaran berasaskan sumber berhasrat untuk melibatkan semua pelajar belajar secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut. Hal ini bermaksud, pelajar memainkan peranan penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Guru hanya bertindak sebagai pemerhati serta menjadi fasilitator kepada pelajar. Selain itu, peranan guru juga adalah mencari sumber yang sesuai untuk digunakan oleh pelajar manakala pelajar  bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti berasaskan sumber tersebut. Sebagai contoh,sumber yang digunakan oleh guru untuk menjalankan aktiviti adalah sumber yang berasaskan komputer. Di sini, guru akan menyuruh pelajar mencari maklumat yang terdapat dalam computer untuk menjalankan aktiviti kumpulan.
     Pembelajaran berasaskan sumber amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tanpa sumber, ilmu pengetahuan pelajar tidak akan berkembang disebabkan pelajar tersebut hanya berfokus kepada guru sahaja.  Pentingnya sumber dalam pembelajaran ialah dapat membantu guru untuk menyampaikan ilmu agar lebih difahami oleh pelajar. Contohnya, guru yang hanya mengajar berasakan kepada teori saja tidak dapat memberi kefahaman yang maksimum kepada pelajar tanpa praktikal ataugambaran yang jelas bagi menerangkan mengenai sesuatu situasi tersebut. Oleh sebab itu, guru boleh menggunakan bahan seperti foto-foto yang berkaitan, slaid dan video untuk dilihat oleh pelajar bagi menambahkan kefahaman mereka.Sumber juga penting dalam pembelajaran pelajar agar pelajar tersebut tidak merasa bosan ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung. 
 Fungsi dan peranan pusat sumber.
   Pusat sumber berkembang pesat dari waktu ke waktu dengan pelbagai fungsi dan peranan mengikut kesesuaian perkembangan pola kehidupan masyarakat, keperluan dan teknologi maklumat. Dari segi teknologi maklumat, pusatsumber juga berkembang daripada pusat sumber tradisional, semi tradisional, elektronik, digitals ehinggakan pusat sumber virtual dan perkembangan ini sejajar dengan fungsi dan peranannya.
1.  Pusat kegiatan belajar dan mengajar.
Fungsi utama pusat sumber adalah sebagai tempat rujukan utama bagi kegiatan belajar dan mengajar. Para guru dan pelajar akan sentiasa membuat rujukan dan mencari bahan daripada perpustakaan. Para guru akan mencari bahan yang bersesuaian bagi membuat persediaan dalam proses pengajaran di bilik darjah. 
2.  mengisi masa lapang.
Seterusnya, fungsi dan peranan pusat sumber juga berperanan sebagai tempatuntuk mengisi masa lapnag dengan melakukan perkara yang berfaedah. Hal ini kerana,dengan adanya pusat sumber mereka terutamanya pelajar yang mempunyai masa yang terluang akan mempunyai tempat bagi mengisi masa mereka.Mereka tidak akanmembazirkan masa di tempat yang tidak berfaedah seperti di pusat membeli- belah, kedaimakan dan sebagainya. Apabila mereka melepak di pusat sumber bersama kawan, mereka bukan sahaja dapat mengisi masa lapang dengan baik tetapi dapatmenambahkan maklumat melalui pembacaan pelbagai bahan rujukan ilmiah yang telahdisediakan.
3.  Pusat perkembangan idea dan kreativiti.
pusat sumber juga menjadi pusat bagi perkembangan idea dan kreativiti. Hal ini kerana pusat sumber sekolah bukan sahaja berperanan sebagai pusat ilmu, tetapi turut berupaya membekalkan kemudahan dan perkhidmatan bagi guru-guru yang kritis dan inovatif. Pusat sumber yang aktif bukan sahaja menyediakan bahan-bahan bacaan semata-mata tetapi turut menganjurkan pelbagai aktiviti yang berterusan bagi mengembangkan daya pemikiran , kreativiti dan imaginasi para pelajar dan guru. Contohnya dengan penganjuran pelbagai pertandingan seperti pertandingan bercerita dan banyak lagi.
4.  Pusat professional
Pusat sumber sekolah juga berperanan sebagai Pusat profesional. Pelbagai aktiviti-aktiviti yang di jalankan oleh pusat sumber akan meningkatkan iktisas keguruan dari aspek kerja berkumpulan dan usaha-usaha meningkatkan prestasi serta kemajuan pendidikan di sesebuah sekolah. Rancangan- rancangan perkembangan staf dan latihandalaman boleh dijalankan melalui perkhidmatan yang disediakan oleh pusat sumber sekolah.
Sebagai kesimpulannya, penggunaan sumber dalam bidang pendidikan mampumeningkatkan kepahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu juga, guru-guru dapat menyampaikan sesuatu pengajaran yang lebih berkesan lagi berpandukan kepada sumber sebagai rujukan dalam membuat persedian mengajar. Sumber manusia merupakan aset terpenting dalam sesebuah organisasi di sekolah. Dalam era globalisasi, persoalan daya saing dan daya tahan sesebuah organisasi menjadi fokus masa kini.Sesungguhnya pengurusan sumber manusia berupaya memastikan kelestarian sesebuahorganisasi itu. 
Rujukan
 Jenis- jenis sumber pembelajaran dan pemanfaatnya
.Diperoleh pada 9
Mac 2011 daripada http://massofa.wordpress.com/Linder, S.B (1970).
The Harried Lecture Class
. New York: Columbia University Press.scrib (2010).
Tujuan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran.
Diperoleh pada 9
Mac, 2011 daripada http://www.scribd.com/doc/
 Teori pembelajaran ( 2009 ). Diperoleh pada 9
Mac, 2011daripada http://www.teachers.ash.org.au/teachereduc/index TE.html
Pengurusan sumber
Pengurusan Pusat Sumber Abad ke 21
0 notes
Text
TOPIK 8 : STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN
PENGENALAN
Bilik pembelajaran merupakan aspek paling penting dalam sisitem pembelajaran murid di sekolah. Hal ini kerana,  bilik pebelajaran merupakan sebuah tempat dimana berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Sebaagai contoh bilik pembelajaran ialah bilik darjah, makmal, bilik khas, pusat sumber, bengkel, studio seni dan bilik mata pelajaran. Oleh itu, strategi pengurusan bilik pembelajaran perlu dititikberatkan bagi menarik minat pelajar untuk pelajar. Dengan adanya bilik darjah yang sempurna akan membuatkan pelajar lebi berminat untuk berada dalam kelas.
ISI-ISI PENTING
            Selain itu, strategi pengurusan bilik pembelajaran mempunyai tiga strategi iaitu unsur fizikal bilik darjah, interaksi dalam bilik darjah dan iklim pembelajaran positif. Oleh itu, strategi yang pertama ialah unsur fizikal bilik  pembelajaran  yang merangkumi jenis bilik pembelajaran , pengurusan bilik pembelajaran dan penyusunan bilik pembelajaran. Sehubungan dengan itu, bilik darjah terbahagi kepada beberapa jenis iaitu bilik darjah terbuka, bilik darjah tradisi, bilik darjah mata pelajaran khas dan bilik darjah KBSR dan KBSM. Ciri-ciri bagi bilik darjah tradisi ialah kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris,kaedah pengajaran berpusaatkan guru dan kurang mempraktikkan aktiviti kumpulan. Seterusnya, ciri bagi bilik darjah terbuka pula ialah pengajaran atau pelbagai aktiviti dijalankan dalam kumpulan kecil atau individu,kaya dengan bahan bantu mengajar,tiada kurikulum dihadkan, ujian dan peperiksaan dikurangkan dan perhubungan antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar berlaku secara terbuka dan jujur. Manakala,ciri bagi bilik darjah KBSR dan KBSM pula ialah kerusi dan meja di susun mengikut kumpulan,kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid, menggalakkan penglibatan murid secara aktif dan kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar.
            Selanjutnya, bagi penyusunan bililk pembelajaran terbahagi kepada 3 iaitu tempat duduk pelajar, meja guru dan kerusi dan meja pelajar. Penyusunan bagi setiap bilik pembelajaran perlu mengikut pembelajaran abad ke-21 yang menekankan prinsip pembelajaran dalam kumpulan yang berpusatkan pelajar. Selain itu,pengurusan bilik pembelajaran merupakan kerjasama dalam organisasi dengan menggunakan sumber optimum untuk mencapai matlamat organisasi seperti rutin dalam bilik darjah, pengurusan rekod dan pengrusan pembelajaran.
            Strategi pengurusan bilik pembelajaran yang berikutnya  ialah interaksi dalam bilik pembelajaran. Mengikut Model Pengajaran Sim, konsep interaksi dalam bilik darjah merujuk kepada proses saling bertindak di antara guru,pelajar,objektif pelajaran, isi kandungan pelajaran,serta alam sekitar yang merangkumi aspek sosiobudaya,ekonomi,lokasi dan masa.Antara jenis interaksi dalam bilik  pembelajaran ialah interaksi 2 hala iaitu antara guru dan pelajar,interaksi 2 hala antara pelajar dan pelajar,interaksi pelbagai hala iaitu antara guru dan pelajar dan antara pelajar dan pelajar dan interaksi sehala antara guru dan pelajar.Interaksi 2 hala dan pelbagai hala perlu dipraktikkan oleh guru dan pelajar keika sesi pembelajaran.
            Selanjutnya,strategi pengurusan bilik pembelajaran yang terakhir ialah mengurus iklim pembelajaran positif. Iklim pembelajaran positif bermaksud suasana yang selesa dan sesuai ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik pembelajaran.Iklim pembelajaran terbahagi kepada 3 iaitu suasana fizikal,sosial dan emosi. Suasana fizikal melibatkan penyusunan bilik darjah dan keceriaan bilik darjah manakala bagi suasana sosial pula melibatkan hubungan guru dengan pelajar dan hubungan pelajar dengan pelajar dan juga interaksi 2 hala dan pelbagai hala dilaksanakan.Seterusnya, suasana emosi pula melibatkan gabungan aspek suara yang digunakan oleh guru untuk menarik minat pelajar, mewujudkan unsur humor ketika di dalam kelas, penggunaan pujian kepada para pelajar untuk menghargai usaha yang ditunjukkan oleh mereka dan juga guru perlu mempelbagaikan cara penyampaian bagi mengelakkan pelajar berasa bosan.
PENUTUP
            Kesimpulannya,strategi pengurusan bilik pembelajaran merupakan perkara yang penting bagi memastikan matlamat bagi sesuatu mata pelajaran dapat dicapai.Para pelajar dan guru juga perlu mempraktikkan strategi pengurusan bilik pembelajaran dengan baik agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
Tumblr media Tumblr media Tumblr media
0 notes
Text
TOPIK 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU
PENDAHULUAN
Bab 8 ini membincangkan tajuk Pengurusan Tingkah Laku dan Disiplin. Tingkah laku boleh dibahagikan kepada dua iaitu tingkah laku positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif merupakan keadaan tingkah laku di mana ia dilihat sebagai satu perkembangan yang baik, tetapi sebenarnya tingkah laku tersebut mengganggu individu-individu lain. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, tingkah laku bermasalah positif dilihat pada keadaan murid yang nampak keterlaluan perasaan ingin tahunya, terlalu cepat belajar, pintar,cerdas dan proaktif. Keadaan ini juga adakalanya dipanggil hiperaktif positif.          Manakala tingkah laku negatif pula merangkumi tingkah laku distruptif, distruktif, pengasingan diri, pergantungan berlebihan, agresif dan kebimbangan. Dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, tingkah laku bermasalah negatif merupakan keadaan di mana murid mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara melalui tindakan-tindakan ataupun perlakuan-perlakuan yang mengganggu rakan dan guru ataupun merosakkan peralatan yang terdapat di dalam kelas.
ISI-ISI PENTING
            Antara aspek yang dibincangkan tentang  masalah tingkah laku dan disiplin murid. Masalah yang seringkali dilakukan oleh pelajar adalah buli, ponteng kelas, vandalisme dan sebagainya. Pada peringkat umur yang sebegini, mereka mudah memberontak dan terpengaruh dengan keadaan sekeliling terutamanya pengaruh daripada rakan. Masalah disiplin yang berterusan akan menjejaskan pencapaian akademik mereka. Sebagai murid, kita perlu mematuhi segala peraturan dan arahan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
            Kedua adalah faktor yang menyebabkan berlakunya masalah disiplin. Ianya berpunca daripada rakan sebaya, keluarga, masyarakat, agama, teknologi dan perkauman. Faktor kekeluargaan dan rakan sebaya sememangnya mampu mengubah tingkah laku pelajar menjadi lebih agresif seperti bergaduh, merokok dan lain-lain. Di sekolah, rakan sebaya cenderung cuba untuk mempengaruhi pelajar lain untuk merokok menyebabkan perbuatan ini semakin menjadi ikutan.
            Seterusnya, langkah menangani masalah tingkah laku dan disiplin. Pelbagai pihak memainkan peranan untuk memastikan pelajar tidak terjerumus dengan perkara-perkara negatif. Ibu bapa bertanggungawab mencorakkan sahsiah anak-anak sejak kecil lagi supaya mereka tahu membezakan antara yang baik dan buruk. Sebagai guru, pendekatan yang berkesan perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Masyarakat juga perlu lebih prihatin akan kegiatan yang dilakukan oleh pelajar di mana-mana sahaja.
            Akhir sekali, teknik modifikasi tingkah laku. Misalnya, dendaan, reverse psychology dan sebagainya. Teknik-teknik sebegini mampu mengubah sikap murid menjadi lebih baik.
PENUTUP
            Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting dalam mendisiplinkan murid selepas ibu bapa. Hal ini kerana, hanya murid yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dianggap sebagai berjaya berbanding dengan murid yang mempunyai masalah disiplin.
Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media
0 notes
Text
TOPIK 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
PENGENALAN
Pengurusan Penasihatan Murid bertumpukan kepada tiga komponen utama iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring. Pengurusan bermaksud satu proses sosial yang dibentuk dan disusun bagi mewujudkan kerjasama, penyertaan, penglibatan ahli-ahli dalam organisasi untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Pengurusan juga dapat didefinisikan sebagai proses merancang, mengorganisasi , memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan menurut James A.F Stoner & Charles Wienkel yang dipetik oleh  (Mohammad, 2008). Penasihatan pula bermaksud mengkehendaki suatu kebaikan untuk orang lain secara ikhlas dalam bentuk lisan atau tindakan, di mana seorang guru yang cemerlang juga memainkan peranannya sebagai penasihat kepada pelajarnya.
ISI PENTING
Tiga isi penting yang dipelajari dalam topik pengurusan penasihataan murid adalah berkaitan dengan bimbingan, mentoring dan penasihatan. Bimbingan merupakan proses membantu orang lain membuat pilihan penting yang akan meninggalkan kesan ke atas kehidupan mereka, Akhiar and Shamsina (2013, p. 3). Pilihan penting ini termasuklah membuat pilihan cara atau gaya hidup yang dikehendaki. Ia dilalui secara berperingkat untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Matlamat akhir ialah untuk mengubah pemikiran, emosi dan tingkah laku yang lebih positif agar individu berkenaan memperolehi kesejahteraan dalam kehidupan mereka. Nasihat pula ialah sesuatu pengajaran, bimbingan atau cadangan tindakan yang baik bertujuan membantu seseorang agar individu berkenaan dapat menyelesaikan masalah ataupun memperbaiki dirinya. Proses penasihatan dan memberi nasihat atau bimbingan melibatkan pembangunan dan perkembangan psikologi individu. Nasihat atau bimbingan yang sesuai dapat membangunkan sifat-sifat baik pada diri individu dalam melaksanakan pelbagai peranan sosial sama ada dalam sesebuah keluarga, di kalangan ahli masyarakat setempat dan di tempat kerja.
Kedua-dua bimbingan dan penasihatan ini mempunyai proses yang sama yang dikenali sebagai proses bimbingan dan penasihatan. Proses bimbingan dan penasihatan melalui enam fasa, di mana pada fasa pertama guru perlu sedar akan peranannya sebagai pembimbing dan penasihat pelajar. Menerusi fasa ini, pihak pengurusan sekolah perlu menerima konsep ini terlebih dahulu sebeum memberi penekanan kepada para guru. Fasa kedua pula berkaitan dengan penguasaan kemahiran asas bimbingan dan penasihatan iaitu guru-guru dibantu dan diterapkan dengan beberapa kemahiran asas bimbingan dan penasihatan melalui kursus, seminar dan bengkel khas. Fasa ketiga adalah proses dalam mengenali pelajar, dimana pada tahap ini, guru-guru dapat mengaplikasi kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan boleh mengenal pasti pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan dan  penasihatan. Pada fasa keempat, proses membimbing pelajar dijalankan melalui tiga cara iaitu menjalankan bimbingan secara individu, bimbingan secara kelompok dan juga konsultansi yang melibatkan ibu bapa.. Seterusnya, pada fasa kelima penganalisisan penilaian terhadap pelajar untuk melihat keberkesanan perhubungan bimbingan dan penasihatan, dan pada fasa keenam tindakan lanjut akan diambil.
Mentoring adalah proses yang dilaksanakan oleh mentor terhadap mentee. Dalam konsep ini, mentor perlu membimbing mentee untuk menjadi individu yang mampu mengembangkan potensi diri, sikap dan memberi panduan kepada mentee dalam mencari arah panduan yang betul dan siapa yang boleh membantu mereka menyelesaikan sebarang konflik yang dihadapi, sama ada secara akademik ataupun personal. Menurut Eller et al. (2014), amalan komunikasi dalam program mentoring mampu meningkatkan keyakinan, kemahiran diri mereka dan memotivasikan mentee untuk melakukan pembangunan diri mereka. Hal ini demikian kerana, mentoring adalah bertujuan untuk memberi sokongan kepada individu atau pelajar supaya mereka dapat mengatasi masalah yang dihadapi supaya mereka dapat menguatkan dan membangunkan mekanisme baru yang lebih baik, dapat mengekalkan kawalan kendiri dan mengembalikan keseimbangan penyesuaian agar mereka dapat mencari tahap keupayaan yang lebih tinggi apabila keputusan yang diambil secara autonomi. Terdapat empat proses mentoring iaitu pada proses pertama ialah menjalin perhubungan, di mana masa diberikan untuk mengenali di antara satu sama lain supaya timbul rasa saling percaya. Proses kedua pula ialah merunding persetujuan, dengan wujudnya perjanjian bersama ini akan mewujudkan perhubungan yang harmoni. Manakala proses ketiga ialah perkembangan profesional mantee yang merupakan langkah utama mentoring kerana ia melibatkan fungsi dan peranan mentoring itu sendiri. Pada proses keempat, menamatkan perhubungan apabila matlamat tercapai.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, bimbingan, penasihatan dan mentoring merupakan kaedah yang terkandung dalam pengurusan penasihatan murid yang boleh digunakan dalam proses membantu murid dari segi pembelajaran dan kehidupan. Kaedah pendekatan adalah berbeza ke atas setiap murid, maka sebagai seorang guru dan penasihat kepada murid, guru perlu bijak dalam memilih pendekatan dan mendalami masalah muridnya agar murid sedar kewujudan pihak lain yang mengambil berat tentang mereka.
Tumblr media Tumblr media Tumblr media
RUJUKAN
Amia Salleh, Zuria Mahmud & Salleh Amat. (2009). Bimbingan dan kaunseling sekolah.   Kuala Lumpur: UKM Bangi.
0 notes
Text
TOPIK 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
1.0 Pendahuluan
                Budaya sekolah merupakan kaedah penyusunan dan perancangan sesebuah kelas yang terdiri daripada pelajar pelbagai budaya dan struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Budaya sekolah ini lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf bekerja dalam satu kumpulan serta merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat. Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka.
Selain itu, budaya sekolah ini juga mengandungi pelbagai corak idea, norma, pemikiran, dan nilai-nilai yang menyumbang kepada pembentukan kelakuan individu. Menurut Kamus Dewan edisi ke-4 kepelbagaian bermaksud perihal pelbagai jenis manakala budaya pula bermaksud tamadun dan peradaban kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya). Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal dengan baik, seperti budaya belajar, budaya berpakaian, budaya hormat-menghormati dan budaya berpakaian dan sebagainya.
2.0 Isi penting
Antara tiga isi penting yang telah saya pelajari dalam topik ini adalah dapat mengetahui kaedah yang digunakan oleh cikgu untuk mendidik pelajar yang mempunyai penerimaan ilmu yang lemah. Kaedah adalah berbeza bagi setiap kelas. Sekiranya pelajar adalah lemah, latihan yang diberikan adalah mudah.  Antara kaedah yang digunakan adalah dengan menggabungkan pelajar yang lemah dengan pelajar yang pandai. Melalui ini, pelajar yang lebih pandai boleh membantu pelajar  yang lemah. Cikgu juga perlu menghabiskan pengajaran bagi setiap tajuk di dalam silibus, oleh it, cikgu perlu memberi perhatian yang tinggi kepada pelajar yang lemah. Contohnya, dengan memberi latihan yang berbeza daripada yang lain supaya pelajar ini tidak ketinggalan dalam sesuatu tajuk itu. Kaedah lain adalah dengan mendudukkan pelajar yang lemah di hadapan kelas.
Selain itu, dapat mengetahui Kaedah guru untuk menarik minat pelajar untuk belajar Melalui kaedah pembelajaran. SMK Ungku Aziz ini terpilih untuk menjalankan program TS25 (Transfomasi Sekolah) di mana semua guru digalakkan untuk menjalankan PAK-21. Ini dapat menarik minat pelajar kerana ia melibatkan kerja kumpulan,perbincangan, simulasi dan penggunaan teknologi. Kaedah ini membenarkan pelajar memainkan peranan masing-masing, dan cikgu hanya bertindak sebagai fasilitator. Selain itu, cikgu juga menggunakan kaedah ganjaran supaya pelajar lebih berminat untuk memberi perhatian terhadap pembelajaran di dalam kelas.
Akhir sekali, dapat mengeahui cabaran yang dihadapi oleh guru dalam menguruskan kelas yang mempunyai pelajar yang berbeza budaya atau kaum. Guru kena banyak main peranan. Pertama, guru kena tegas. Contohnya, pelajar cenderung untuk duduk bersama dengan kaum mereka sendiri. Cina dengan cina, india dengan india, dan melayu dengan melayu. Oleh itu, guru berperanan untuk gabungkan mereka dalam kumpulan yang mempunyai pelbagai budaya. Cikgu juga kena berkawan dengan mereka dan bukannya bercakap buruk sekiranya mereka lemah atau kurang dalam sesuatu.
Tumblr media
Isi pertama : Kaedah yang digunakan oleh cikgu untuk mendidik pelajar yang mempunyai penerimaan ilmu yang lemah
3.0 Rumusan
                Kesimpulannya, guru haruslah mempunyai perancangan awal yang teliti untuk menguruskan sesi pembelajaran pelajar yang berlainan budaya. Bagi memenuhi tanaggungjawab ini, guru bukan hanya perlu memberi penekanan terhadap aspek bahan pengajaran yang dibawa ke dalam bilik darjah ataupun bilik darjah. Pendidikan dilihat sebagai saluran untuk menyampaikan ciri-ciri masyarakat dan kebudayaan ke dalam minda generasi muda. Oleh itu, guru perlu memahami atau menolong pelajar yang bermasalah dari segi tahap penerimaan ilmu atau personaliti mereka. Hal ini bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kebudayaan dan masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya.
BUKU:
Sang, S, M. (1997).Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah.Subang Jaya, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Sang, S, M. (2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong, Selangor: PENERBIT Multimedi Sdn Bhd.
1 note · View note
Text
TOPIK 12 - PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA
1.0  Pendahuluan
Pendidikan Khas merupakan pendidikan yang disediakan untuk kanak - kanak dengan keperluan khas. Mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, serta yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pintar cerdas. Pendekatan definisi baharu kanak - kanak dengan keperluan khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak - kanak tersebut dalam kemahiran perkembangan ( developmental skills ). Pendekatan tradisi atau terdahulu menekankan kepada kecacatan dan ketidak upayaan individu.
Menurut Snell. B (2000), pengurusan adalah proses bekerja dengan orang dan sumber bagi mencapai sesuatu matlamat sesebuah organisasi. Pengurusan juga adalah proses bekerja dengan orang dan sumber bagi mencapai sesuatu matlamat sesebuah organisasi. Manakala pelajar yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli audiologi, ahli optik atau ahli psikologi sebagai pelajar yang mempunyai ketidakupayaan dalam mendengar, melihat, bertutur, ketidakupayaan fizikal serta masalah dalam pembelajaran atau sebarang kombinasi ketidakupayaan.
Pelajar yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli audiologi, ahli optik atau ahli psikologi sebagai pelajar yang mempunayi ketidakupayaan dalam mendengar, melihat, bertutur , ketidakupayaan fizikal serta masalah dalam pembelajaran atau sebarang kombinasi ketidakupayaan (Kementrian Pendidikan Malaysia, 2018).
2.0 Isi penting
Antara tiga isi penting yang saya pelajari dalam topik ini iaitu, dapat mengetahui pelbagai cara guru menjayakan kelas pemulihan antaranya ialah menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid-murid, mengenal pasti dan membentuk personaliti seseorang murid melalui pemerhatian dan interaksi dengan murid- muridnya serta sebagai seorang guru jangan sekali-kali merendahkan kemampuan murid dan mematahkan semangat dan minat murid untuk belajar lagi.
Selain itu, saya juga dapat belajar mengenai perbezaan antara murid berkeperluan khas dengan murid kurang upaya. Murid berkeperluan khas ialah kanak-kanak yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran dan juga mereka yang menunjukkan pencapaian yang tinggi daripada kanak-kanak biasa manakala murid kurang upaya pula ialah pelajar yang kekurangan atau kehilangan fungsi anggota badan atau organ sering digunakan secara sinonim dgn mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau ketidaksempurnaan. Ketidakupayaan ini menghalang dan menghadkan keupayaan mereka dalam melaksanakan tugas-tugas yang dapat dilakukan oleh orang biasa
Akhir sekali, saya dapat mengetahui syarat-syarat penyertaan program pendidikan khas. Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di Malaysia, kanak-kanak yang boleh dididik adalah layak untuk mengikuti program khas, kecuali mereka yang cacat angota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa dan mempunyai pelbagai kecacatan atau yang mengalami kecacatan anggota yang terlalau serius, atau yang terencat akal yang berat (homes/hospital/bawah JKM). Seterusnya, murid berkeperluan khas adalah mereka yang boleh dididik jika mereka mampu mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai dari kementerian pendidikan dan pegawai dari JKM sebagai berupaya mengkuti program pendidikan kebangsaan.
Tumblr media
Tumblr media
3.0  Rumusan
Kesimpulannya, pelajar pelbagai upaya ini perlu diberi perhatian khusus daripada guru. Guru perlu bersabar dalam mengajar pelajar-pelajar ini kerana mereka tidak seperti pelajar normal yang lain yang boleh menerima maklumat daripada guru dengan mudah. Selain itu, guru juga perlu sentiasa melibatkan pelajar pendidikan khas dengan pelajar normal di sekolah.
BUKU:
Barratt, S, J. (2008). The Special Education’s Tool Kit. New Deldhi, India: Sage Publications India Prt Bld.
Hannah Sulaiman & Farrah Dina Yusop. (2006). Mendidik Anak Genius. Batu Caves, Selangor: Pts Millenia Sdn Bhd.
Mulyono Abdulrrahman. (2003). Pendidikan Bagi anak Berkesulitan Belajar. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembukuan Department Pendidikan & Kebudayaan.
Wearmouth, J. (2012). Special Educational Needs: the Basics. London, New york: Routledge.
Yasmin Hussin. (2013). Terapi dalam Pendidikan Khas. Ampang, Selangor: Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd.
0 notes
Text
TOPIK 13 - SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
1.0  Pengenalan
                Sekolah secara umumnya dan guru secara khususnya memainkan peranan penting dan mempunyai pengaruh yang besar di dalam menerapkan nilai-nilai murni. Melaluinya, pelajar dididik supaya berakhlak, bermoral dan mengamalkan budaya hidup yang murni. Abd Rahim Abd Rashid (2001) juga menjelaskan pendidikan dan persekolahan perlu memainkan peranan yang berkesan bagi menyemai dan menanamkan nilai-nilai murni sebagai langkah membentuk dan melahirkan masyarakat yang mempunyai kualiti moral, sosial dan kerohanian. Tanggungjawab bagi mendidik dan memupuk nilai-nilai murni tidak boleh diambil ringan.
                 Manakala, persekitaran pula membawa maksud kawasan disekeliling suatu tempat. Persekitaran sekolah merujuk kepada suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Persekitaran fizikal di sekolah merujuk kepada kemudahan dan peralatan yang dibekalkan di sekolah, contohnya reka bentuk bilik darjah, kebersihan bilik darjah dan sekeliling sekolah, susunan perabot, papan tulis, sumber bahan pembelajaran, bilik air, perpustakaan dan sebagainya.
2.0 Isi penting
                Saya dapat pelajari tiga isi penting berkaitan topik ini iaitu bentuk jalinan tiga dimensi interaksi sekolah. Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru dan murid. Seterusnya, tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat. Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah. Misalnya faktor-faktor seperti kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah. Faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah. Manakala, bagi interaksi dalaman sekolah, situasi pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan yang berkesan mampu mencapai matlamat masyarakat terutama dari segi pencapaian akademik dan sahsiah. Pengetua di sekolah harus mempunyai interaksi yang positif dengan guru-guru supaya hubungan antara pengetua dengan guru-guru semakin baik
Tumblr media
Selanjutnya, dalam hubungan antara pihak sekolah dengan pihak di luar sekolah mempunyai bentuk-bentuk hubungan interaksi terutamanya ibu bapa, penjaga, komuniti-komuniti dalam masyarakat. Pengetua adalah individu yang secara idealnya perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah, dan dibantu oleh guru-guru lain di sekolah. Misalnya, interaksi yang baik dalam PIBG dapat membantu menjayakan program-program sekolah seperti program bantuan awal persekolahan dan lain-lain. Namun begitu, pengetua juga boleh melibatkan dengan  komuniti-komuniti sekitar dalam menjayakan aktiviti-aktivitinya supaya pihak luar sekolah dapat lebih mengenali pengetua dan hubungan semakin bertambah erat dengan pihak luar sekolah.
Tumblr media
Seterusnya, dalam hubungan sekolah dengan ibu bapa (PIBG), Ibu bapa hendaklahmenjadi role model  kepada anak. Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Di samping itu,peranan PIBG juga membuat tindakan dengan membela nasib guru, kesannya guru lebih bersemangat dan selesa ketika bertugas di sekolah. Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru. Perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi di sekolah ataupun di luar sekolah. Dengan perbincangan sebegini, guru dan ibu bapa dapat memastikan pelajar lebih teratur dari segi akedemik, disiplin dan akhlak. Peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan yang besar kepada  kemajuan dan pencapaian sekolah. Oleh itu, pengurusan PIBG yang cemerlang dan cekap akan melahirkan sekolah yang terbilang. Sebarang perbezaan dari segi pandangan  dan pendapat dalam kalangan guru dan ibu bapa bukanlah satu penghalang. Namun begitu, hubungan dan kerjasama ini akan mewujudkan ikatan pemuafakatan yang saling memerlukan ibarat  aur dengan tebing bagi menjana kecemerlangan sekolah dan seterusnya melahirkan masyarakat 1 Malaysia yang berjaya. 
3.0 Rumusan
Kesimpulannya, kesan hubungan antara sekolah dan masyarakat serta hubungan antara guru dan ibu bapa dapat membantu mencapai matlamat dan visi sekolah. Namun,  pelajar juga akan mendapat pelbagai faedah yang sangat baik. Selain itu, pelajar juga dapat meningkatkan prestasi dalam akademik bagi setiap individu tersebut dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial (JERIS). Hal ini amatlah penting kepada seseorang individu tersebut untuk meningkatkan kemahiran yang mereka ada. Oleh yang demikian, persekitaran yang baik mampu membentuk diri seseorang individu itu ke arah lebih baik. Ibu bapa juga menjadi perancang utama dalam membentuk diri seseorang pelajar itu. Oleh sebab itu, Ibu bapa yang banyak melibatkan diri dalam aktiviti sekolah dapat membantu anak-anak mereka dari segi pelajaran dan akhlak. Ibu bapa juga akan tahu setiap pergerakkan yang anak-anak mereka lakukan. Selain itu, guru-guru juga memainkan peranan dalam memastikan peningkatan dalam akademik anak muridnya dan seterusnya mencapai matlamat dan visi sekolah tersebut.
                4.0 Rujukan
1. Abd Rahim Abd Rashid. 2001. Nilai-nilai murni dalam pendidikan: Menghadapi perubahan dan cabaran alaf baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
2. Veugellers, W. 2000. Different ways of teaching values. Educational Review. 52 (1): 37-46.
0 notes
Text
TOPIK 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
1.0       Pendahuluan
Menurut Jaafar (1998), pengurusan merupakan proses mengagihkan input-input organisasi untuk tujuan mengeluarkan output yang diperlukan oleh pelangganpelanggan suapaya objektif organisasi tercapai. Didalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranan sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus muris-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan-bahan pengajaran dan sebagainya. Menurut Noriati, Boon, Sharifah (2009), alam belajar ialah Keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku. Proses pembelajaran pula merupakan salah satu unsur penting untuk mencapai keberhasilan dalam pembelajaran. Pengurusan pembelajaran merangkumi segala persediaan seperti persediaan tempat pembelajaran yang kondusif. Persediaan ilmu pengajaran juga perlu dirujuk oleh guru mengikut sukatan pembelajaran (Wina Sanjaya, 2009). Ciri-ciri iklim bilik darjah yang sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dari segi fizikal ialah susn atur yang tidak begitu padat dan mempunyai pelbagai kemudahan.
2.0       Isi penting
            Terdapat tiga isi penting daripada topik ini yang saya pelajari, yang pertama cara seseorang guru itu membentuk suasana yang kondusif dalam mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ialah dengan menerapkan kemahiran komunikasi. Kemahiran komunikasi ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran oleh guru yang lebih dinamik, pembentukan akhlak dan kemahiran-kemahiran tertentu dapat diterap dengan lebih mudah dan berkesan kepada pelajar. Dengan komunikasi yang baik oleh guru dapat menghasilkan satu motivasi yang berkesan. Justeru itu, murid mudah menerima motivasi yang disampaikan secara berhemah dan berhikmah. Oleh sebab itu, guru memerlukan teknik komunikasi yang baik supaya dapat membentuk suasana yang lebih kondusif dan dapat menyampaikan sesuatu arahan atau ilmu denga lebih sempurna.
            Disamping itu, dari segi kepentingan pengurusan ,pengurusan alam pembelajaran perlu memberi perhatian terhadap reka bentuk bilik kerana  elemen  ini  akan  beri interaksi  dan mempengaruhi  keselesaan  pengajaran  dan  pembelajaran  dan  seterusnya  dapat  meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Hal ini kerana, persekitaran  pembelajaran  bukan  sekadar  ruang  fizikal, sebaliknya mengandungi pelbagai bahan  dan  sumber  maklumat, interaksi, perhubungan antara dan sesama pelajar dan guru, juga jangkaan dan peraturan untuk pembelajaran dan tingkah laku.
            Seterusnya, pengurusan dalam pembelajaran juga dipengaruhi oleh bilik darjah. Ini kerana, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amat berkait rapat dengan pengurusan bilik darjah yang berdisiplin, susunan meja dan kerusi yang suasana belajar, persekitaran harmoni. Hal ini akan, membolehkan guru melaksanakan perancangan pengajaran dengan berkesan dan pencapaian pembelajaran maksimum. Selain itu, bilik darjah juga merupakan medan peranan, tanggungjawab dan amanah seseorang guru dalam melaksanakan akauntabiliti profesionnya. Seseorang guru dikategorikan sebagai efektif apabila pengajaran yang disampaikan mendatangkan kesan positif di kalangan pelajar. Oleh itu, papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata motivasi mampu melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif dan hasilnya akan mewujudkan suasana yang harmonis, ceria dan semangat kepada guru dan murid.
            Akhir sekali, antara kaedah pengurusan alam pembelajaran yang berkesan ialah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran. Guru boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran antara kaedah pengajaran yang biasa diamalkan adalah seperti kaedah kumpulan, koperatif, inkuiri, perbincangan, sosiodrama, kuliah,  perbincangan dan sebagainya. Oleh itu, guru perlu mendalami pelbagai kecenderungan kaedah pengajaran yang disukai oleh pelajaran supaya pelajar mudah menerima dan faham isi pelajaran tersebut. Seterusnya, merancang variasi penyampaian kepada pelajar. Variasi penyampaian bermakna guru menggunakan segala kebolehan dan bakat yang ada sebagai guru ketika berhadapan dengan murid. Dengan mempelbagaikan variasi rangsangan, ia mampu menarik perhatian pelajar-pelajar daripada kebosanan mempelajari mata  pelajaran tersebut.
3.0 Rumusan
Kesimpulannya , pengurusan alam pembelajaran ini perlu dititik beratkan oleh guru-guru supaya dapat menarik minat pelajar dapat dipupuk dengan baik. Selain itu, guru memainkan peranan penting untuk memastikan murid-murid meminati sesuatu mata pelajaran. Tindakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru haruslah selari dengan arus pemodenan dan teknologi agar sesi pembelajaran lebih efektif dan lebih berkesan. Selain itu, guru-guru haruslah menjalankan tanggungjawab dengan lebih teratur. Guru-guru juga harus merekodkan sesi pembelajaran dan aktiviti yang dilakukan semasa di dalam kelas dan di dalam buku rekod mengajar. Buku ini merupakan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Oleh itu, segala aktiviti akan dicatatkan di dalam buku tersebut. Rekod pengajaran dan pembelajaran boleh disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang atasan. Kesannya, pengajaran seseorang guru lebih tersusun dan teratur.
4.0       Rujukan
1. McMillan, D. W. and D. M. Cavis. 1986. Sense of community: A definition and theory. Journal of Community Psychology 14: 6–23.
2. Wina Sanjaya. 2009. Penelitian Tindakan Kelas. Jakarta: Kencana.
Tumblr media
1 note · View note