Don't wanna be here? Send us removal request.
Text
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGIยฎ*
*SINCE 2011 rAp*
*ISNIN 25 JUN 2018 MASIHI BERSAMAAN 11 SYAWAL 1439 HIJRAH*
*live from F&N Beverage Shah Alam*
*#salamsyawalminalaidilwalfaizin*
๐ *ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*
*SOLAT DIWAKTUNYA* ๐
==================
*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:34, SUBUH : 05:44, SYURUK : 07:06, ZOHOR : 13:19, ASAR : 16:44, MAGHRIB : 19:28, ISYAK : 20:43*
*TERKINI SETEMPAT* ๐ฒ๐พ
=================
๐ *PUTRAJAYA: Kepimpinan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak smlm menzahirkan sokongan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin negara dalam membangunkan negara.*
๐ *SHAH ALAM: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baharu yang bakal dilantik haruslah calon dipersetujui semua pimpinan dalam Pakatan Harapan (PH).*
๐ *KOTA BHARU: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan merasmikan Program Inkubasi Usahawan Pertanian yang diusahakan oleh Ladang Sawitria (Kel) Sdn Bhd smlm.*
๐ *SHAH ALAM: Kementerian Pertahanan akan melawat kem pelarian Rohingya di Cox's Bazar, Bangladesh awal bulan depan. Menterinya, Mohamad Sabu, berkata pada lawatan itu, pihaknya turut membawa kemudahan logistik termasuk bantuan perubatan, khemah, serta bahan makanan.*
๐ *PUTRAJAYA: Sejumlah RM92,692,933.35 dikumpul menerusi Tabung Harapan Malaysia setakat jam 3 petang smlm. Jumlah sumbangan berkenaan diumumkan oleh Kementerian Kewangan melalui laman Facebook rasmi kementerian itu.*
๐ *GEORGETOWN: Dua badan bukan kerajaan (NGO) menentang aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Ulu Muda (HSUM) dan meminta kerajaan Persekutuan memberi pampasan kepada kerajaan negeri Kedah kerana kehilangan hasil susulan larangan pembalakan itu.*
๐ *KUANTAN: Keputusan pemilihan sayap UMNO semalam dilihat mampu memberi nafas baharu kepada parti itu untuk meneruskan perjuangannya. Calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata beliau gembira kerana ramai calon yang disokong pihaknya menang pemilihan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri.*
๐ *GUA MUSANG: Sebuah kereta mewah model BMW i8 berharga lebih RM500,000 terbabas di Kilometer 69 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Kampung Sungai Lakit, di sini, semalam.*
๐ *KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) telah dinasihatkan supaya tidak menerima pelawat semasa menjalani rawatan dan pemerhatian di pusat perubatan berkenaan.*
๐ *KAJANG: Peguam dan aktivis, Siti Zabedah Kassim dibebaskan selepas ditahan pihak polis atas dakwaan menculik anak guamnya dan mengganggu penjawat awam menjalankan tugas.*
๐ *SHAH ALAM: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan yang tersebar menerusi sebuah blog bahawa beliau memiliki wang bernilai lebih RM300 juta dalam beberapa akaun bank di luar negara.*
๐ *TEMERLOH: Tiga lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Karak-Temerloh berhampiran Batu 7, di sini, pagi smlm. Dalam kejadian jam 9.14 pagi itu turut menyebabkan dua lelaki parah manakala seorang wanita dan kanak-kanak cedera.*
๐ *JITRA: Kedah sedia berbincang bersama Pulau Pinang dan Perlis berhubung isu pembalakan di Ulu Muda bagi melindungi kawasan itu yang menjadi lokasi tadahan air serantau.*
๐ *KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti cadangan menubuhkan satu jawatankuasa baharu bagi memantau siasatan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, yang mati dibunuh di negara ini pada 2006.*
๐ *SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat negeri di Padang B, Dataran Kemerdekaan, di sini smlm.*
๐ *GOMBAK: Mayat seorang pemandu Grab ditemui di dalam kereta miliknya yang berada di kawasan tempat letak kenderaan di Taman Selayang Makmur, Selayang, di sini, malam smlm.*
๐ *BAGAN SERAI : Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali smlm umum keluar UMNO dan Barisan Nasional (BN). Pada sidang medianya di sini semalam, beliau mengesahkan setakat ini menjadi wakil rakyat bebas dan dijangka akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).*
๐ *SEREMBAN - Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Dewan Orang Ramai Sikamat di sini, semalam.*
๐ *KERAJAAN Perak memecat tujuh pegawai eksekutif sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berhubung isu kos perbelanjaan GLC berkenaan terlalu tinggi ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri berkenaan.*
๐ *AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tanjung Sedili menyelamatkan lelaki warga Slovenia yang hanyut di kedudukan tujuh batu nautika dari Timur Sedili Kechil, Kota Tinggi, smlm.*
๐ *LIMA tan sampah dikumpul hasil kerjasama pelbagai pihak bagi membersihkan kawasan sekitar Pulau Mabul, dekat Semporna.*
๐ *ANGGOTA Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan trafik nyaris dirempuh dua mat rempit yang merempuh papan tanda bagi mengelak ditahan pihak berkuasa di Jalan Bakar Arang, Sungai Petani, malam smlm.*
๐ *SHAH ALAM - Anak perempuan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Nurulhidayah gagal mendapat tempat 20 teratas dalam pemilihan barisan kepimpinan Wanita Umno bagi sesi 2018 - 2021.*
๐ *KUALA LUMPUR - Wanita Umno di bawah kepimpinan baharu kini bersiap sedia mengembalikan kepercayaan rakyat dan masyarakat terhadap parti itu selepas dipukul badai PRU14, kata Ketua Wanitanya Datuk Dr Noraini Ahmad.*
๐ *MACHANG - Seorang lelakiย dikhuatiri lemasย selepas terjatuh dalamย Sungai Kelantan, dekat Temangan, di sini ketika membaiki paip saluran penyedut pasir.*
๐ *KUALA LUMPUR - Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) sedia menawarkan gaji penebar roti canai mahir dikalangan warga tempatan antara RM1,600 ke RM1,800.*
๐ *KUALA LUMPUR - Angin pembaharuan mula bertiup di peringkat sayap Umno selepas Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Datuk Noraini Ahmad dan Datuk Zahida Zarik Khan dipilih sebagai Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri Umno pada pemilihan yang berakhir mlm tadi.*
๐ *KUANTAN - Debat Presiden Umno yang dijadualkan berlangsung 29 Jun ini, hanyalah satu sesi soal jawab. Calon Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, debat itu adalah sesi soal-jawab dan sesiapa boleh berkongsi pendapatan dan pandangan.*
๐ *MIRI โ Polis menahan seorang suspek lelaki tempatan paling dikehendaki kerana penglibatan dalam pelbagai kes jenayah di sini.*
๐ *BUKIT MERTAJAM - Lima kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun ditahan selepas disyaki menunggang basikal yang diubah suai secara berbahaya, petang semalam.*
๐ *KOTA BHARU โ Taktik dua lelaki menyorokkan 120 pil kuda dalam bekas gula-gula berangin dibongkar polis dalam serbuan di Kota Jembal, pagi semalam.*
*SEANTERO BENUA* ๐
================
๐ฒ๐จ *PASUKAN mencari dan menyelamat Indonesia (Basarnas) menemui bot kayu membawa hampir 200 penumpang yang karam di Danau Toba, Sumatera dalam cuaca buruk Isnin lalu.*
*Pengarah Eksekutif PT Mahakarya Geo Survey, Nanang Henky Suharto, syarikat terbabit dalam pencarian itu berkata, tinjauan hidrografi mengenal pasti kedudukan bot kayu itu pada kedalaman 450 meter dalam air, tidak jauh dari tempat ia tenggelam.*
*โKami menemui kedudukan disyaki,โ kata Nanang selepas tinjauan itu mengesan struktur bawah air sama dengan binaan bot.*
๐ธ๐ฆ *JEDDAH - ARAB SAUDI. Pemansuhan larangan memandu terhadap wanita di Arab Saudi yang berkuat kuasa selepas tengah malam Sabtu, telah menyaksikan golongan tersebut tidak membuang masa memandu kenderaan masing-masing dan mula membanjiri jalan raya di seluruh pelosok negara itu seawal pagi Ahad.*
*TV Arab Saudi turut menyiarkan secara langsung peristiwa bersejarah menyaksikan 10 wanita Arab Saudi menjadi antara kaum hawa pertama yang memandu kereta mereka di negara itu smlm.*
๐น๐ญ *TENTERA Thailand menyokong dakwaan yang dibuat oleh polis Narathiwat bahawa 41 butir bom yang dirampas di daerah Takbai, beberapa hari lalu dihasilkan di negara jiran dan diseludup ke negara berkenaan.*
*Menurut Komander Tentera Wilayah 4 Leftenan Jeneral Piyawat Nakwanich, bom buatan sendiri itu hendak digunakan untuk melancarkan serangan oleh militan selepas Ramadan.*
0 notes
Text
I love u but my situation is not same with u
Refer the bible
0 notes
Text
Yes that true
โHappiness is attained by three things: being patient when tested, being thankful when receiving a blessing, and being repentant upon sinning.โ
- Ibn Qayyim Al-Jawziyya ุฑุญู
ุฉ ุงููู
2K notes
ยท
View notes