And the way that gravity pushes on everyone. baby lion.
Don't wanna be here? Send us removal request.
Text
it has been so long, i didn't hurt this bad. i can’t forget every single words for even a second.
6 notes
·
View notes
Text
Surat-surat
Pada suatu hari di tepi laut,
1. Bagaimana harus kusapa buih yang ada-tidak di anak ombak?
Bagaimana harus kutafsirkan,
suara burung-burung jantan yang singgah di gigisenja,
sekadar untuk menambah sedikit makna bagi secebis suasana,
Bagaimana dapat kulukiskan bayang-bayang yang masuk ke dalam matamu, lalu terbias menjadi cahaya,
Bagaimana dapat kusampaikan pengakuan ini: bahwa senja yang memerah ini pun tak dapat kuciptakan untukmu sebuah puisi.
Saksikanlah, bahawa aku telah menjadi Rumi di antara debu-debu ombak
Tapi aku kehilangan metafora
Bahkan aku telah kehilangan Tuhan.
2. Sudikah kau bertompok dalam diriku, cahayaku, sebagai pelangi yang tersebar dari setitis hujan dalam jantungku.
Sebagai laskar embun yang bergema bersama-sama azan subuh.
Sebagai bau hujan yang akan meretakkan kemarau agung dalam dadaku?
—
/Dan pada suatu hari di tepi laut itu,
3. Engkau duduk di sebelahku,
bercerita tentang kisahmu yang sedih di hari semalam.
Tapi aku sahabat baikmu hari ini.
Malah telah aku jatuh cinta padamu selama-lamanya.
Maka selayaknya sahabat baik – akan kucintaimu serahsia-rahsianya
Bererti tak akan membiarkan lagi kau bersedih di hari esok, biarpun hanya mengenang-ngenang.
4. Betapa tidak ramai orang yang benar-benar memerhatikan cara burung terbang, dan cara ombak berinteraksi dengan manusia. Apakah bulan dan senja / pantai dan pokok kelapa hanya akan berbicara dengan orang-orang yang dilamun cinta?
Tapi alamku semuanya tertumpu dalam jiwamu. Kepada jiwamu lah aku selalu berbicara.
–
Cahayaku,
5. Bagaimana dapat ku katakan ini: bahawa aku telah jatuh cinta kepada jiwamu
Bahawa cintaku api berahi yang penuh gemuruh
Bahawa dadaku umpama rak buku yang terlalu penuh,
umpama katedral desa keributan denting loceng
Bahawa aku ingin memiliki senyumanmu selama-lamanya.
7 notes
·
View notes
Text
Rindu.
dan aku ini seperti cawan rindukan bau-bau kopi, kuburan rindukan bunga-bunga harum, telinga rindukan suara hikmahmu, mak.
jujurnya, hari ini aku seorang perindu.
1 note
·
View note
Text
surat-surat.
Zuhaira,
sebab engkau lebih hijau dari apa pun, aku memujamu seperti alam, engkaulah yang bergerak disampingku, yang membuat ku berkeliling dan berpusing. di sebuah tengah hari yang mencair kau menjelma menjadi malam yang dingin. engkau laut yang serba sejuk, aku air dalam lautmu.
sebelum aku menjadi air, engkau telah menjadi taman. seratus epal yang gugur jadi gubahan ladang langsat serba merah kerana nafasmu. kulihat wajah sungai, bau burungnya adalah warna merak. ada bekas kasutmu, warna talinya semerbak bau rambutmu.
tapi engkau potret, bukan? yang menjelma di hadapanku bukan bulan? namaku bukan Kahlo, sebab Kahlo juga lelah menjadi pelukis.
oi, ini kertas-kertas yang tidak berguna! lukisan dan getah pastel hanyalah peralatan orang bodoh. semua tulisan sekadar helaian kertas yang bungkam. aku tidak bisa berbicara isi hatiku kepada orang yang pekak. aku muak menjadi penulis cerita. aku ingin menjadi pencinta yang tidak mati-mati. sebab engkau lebih hijau dari apa pun.
2 notes
·
View notes
Text
my favorite thing to hear: “this song reminds me of you”
44K notes
·
View notes
Photo

Apakah lelaki yang menjadi ayah akan merasakan hal serupa? Menjadi lebih giat bekerja, bersedia menahan keinginan diri demi mengutamakan anak-anak, berusaha membuat anak-anaknya tak perlu khawatir dan cemas. Seakan-akan, dunia ini telah berhasil ayahnya taklukan untuk mereka. Lalu, saat anak-anak pergi jauh; merantau, menikah, tinggal jauh. Apakah semua lelaki yang menjadi ayah akan merasakan hal yang juga serupa? Perasaan sepi dan bahagia menjadi satu. Saat waktu beranjak, berlalu tak terasa. Seperti baru kemarin sore menggendong anaknya yang masih bayi, sekarang anak-anaknya sudah memiliki kehidupannya sendiri. ©kurniawangunadi
395 notes
·
View notes
Text
di dalam serba kekurangan dan ketidaksempurnaan, telah aku mudahkan urusan orang lain. sedaya upaya. semoga tuhan permudahkan urusan ku.
0 notes