Tumgik
patung-kertas · 7 years
Text
Pernah tak bermimpi sampai menangis teresak2 tapi bila nak ingat balik pasal apa semua blurrr 😂😂😂
13 notes · View notes
patung-kertas · 8 years
Text
Si Tukang Jahit.
mendengar burung berkicauan, girang. melihat awan putih bergerak, tenang.
dan aku masih biasa.
masih mencari corak-corak kehidupan yang belum di conteng dan mahu di warna.
dan kadang-kadang aku bosan menjadi aku.
bila masih menyulam cerita yang sama untuk seterusnya, bila aku harus menjahit cela-luka, dan koyakkan pada tubuh jiwa dan hatiku kerana dia, dia, juga dia.
jadi, aku perlu kostum yang baru. tidak mahu lagi seperti yang dulu.
tapi, bila kau mahu tahu aku yang mana satu. maka, cari aku.
1 note · View note
patung-kertas · 8 years
Note
Pernah tak menyesal dengan siapa yang kau pernah kenal?
Pernah. Lepastu fikir balik, pengalaman memang guru yang terbaik buat anak muda macam saya yang tak banyak pengalaman. Jadi bersyukurlah sebenarnya dapat kenal.
33 notes · View notes
patung-kertas · 8 years
Text
Kaca TV.
sedang menonton televisyen, siarannya bagus, tapi kenapa aku nampak kau kat situ?
0 notes
patung-kertas · 9 years
Text
Menghidu.
memang pelik bau dakwat pen hitam yang seringgit dua puluh sen harganya membuatkan aku rasa tenang dan tulis lagi
memang pelik bau rumput yang baru sahaja dipotong membuatkan aku rasa segar sebab kawan aku kata baunya hampir sama dengan tahi lembu
dan
oh shit!
bau apa ini?
oh maaf, hanya lori sampah lalu menyapa
tapi ada satu bau yang aku sangat khuatir dan ianya mungkin akan hilang dalam memori-memori aku
ya, bau kamu.
1 note · View note
patung-kertas · 9 years
Text
Al-Fatihah.
aku doakan tuhan senyum kepadanya disaat dia kali terakhir melihat dunia, dan malaikat pula gembira membawa dia pergi jauh dari kotornya fana.
2 notes · View notes
patung-kertas · 9 years
Text
♂+♂=x
saya suka saya suka saya suka
saya suka dia dia saya suka
dia tak tahu saya pun malu
malu nak mengaku takut dia tak mahu
kalau dia tahu saya tahu dia tak mahu
sebab saya dengan dia sama sama jantina
0 notes
patung-kertas · 9 years
Text
Lagu tidur.
“You're beautiful, Beautiful stranger. Even though we're not touching hand, I know you can make me feel better.
You're beautiful, Beautiful stranger. I don't know if we can meet again, Would you come to my dream?”
tum tum na na na na *bunyi bass, drum dan apa jua musical instrumentnya*
0 notes
patung-kertas · 9 years
Text
Hampir gila.
“I'm freaking in love with Vini Uehara, he goddamn handsome.”
Dude, are you gay?
“Maybe. Eh no, I'm bisexual kot.”
“I totally hate girl, they're so fucking unpredictable and overly sensitive all the time and I also hate being a man because man sometimes could be mean without any reason just like what I did with my ex-girlfriend, before.”
So... You're homophobic?
“Confuse doh.”
0 notes
patung-kertas · 9 years
Text
You’re My Sunshine, My Only Sunshine.
dia berpijak, berlari, berlumpur di kaki, bermain di dunia hanya sepuluh tahun sahaja.
tapi aku pasti, tuhan hadiahkan dia syurga selamanya.
jangan menangis lagi anak kecil, tunggu ibumu di pintu bahagia. kamu tidak keseorangan anak kecil, malaikat menjadi temanmu setiap masa.
2 notes · View notes
patung-kertas · 9 years
Text
Låpsley.
aku harap kau suka aku juga seperti mana aku suka lagu-lagu yang rentaknya pelik dan unik.
0 notes
patung-kertas · 9 years
Text
Hari ke 227.
bukan dari cerita dongeng, yang bermula dengan 'pada suatu hari', bukan dari mitos puteri gunung ledang, yang meminta tujuh tempayan air mata anak dara sunti.
bukan.
apalagi, cerita yang direka menjadi lagu yang aku dengar di radio haritu.
ini kehidupan, dan aku bukan tuhan. yang tahu apa dibelakang mahupun dihadapan.
yang penting, teruskan.
0 notes
patung-kertas · 9 years
Text
Compass tersasar.
Azan Asar sudah selesai berkumandang. Zarif cepat-cepat mengambil wudhuk. Selesai dia mengambil wudhuk...
"Dorang ni tak solat ke?"
Timbul rasa curiga dalam hati Zarif, tentang sahabat-sahabat serumahnya itu.
Zarif seorang pelajar baru di universiti terkenal di Malaysia. Hari itu, merupakan hari pertama dia melangkah ke tempat tersebut dan berjumpa sahabat-sahabat yang baru.
"Semua Islam, tapi tak solat, peliknya"
"Dorang takkan tak reti solat"
"Pemalas betul nak menghadap Tuhan"
"Takpelah, bila jelah aku solat, nanti mesti dorang tahu aku alim"
"Lepas tu dorang suruh aku jadi imam"
"Haaa bangga weh"
Pelbagai monolog Zarif lontarkan. Lalu, dia terus membaca niat solat dan mengangkat takbir, untuk menunaikan 4 raakat Asar.
Selesai sahaja Zarif solat. Hanif menegurnya.
"Zaf, kau solat salah kiblat, kenapa kau tak tanya aku atau kitorang?"
Zarif terdiam, tertunduk malu.
0 notes
patung-kertas · 9 years
Text
Mungkin Cinderella.
pada suatu masa kau diagung-agungkan, yang mungkin buat kau berasa tertinggi berdarah sultan, dan mula lupa pada pentingnya keluarga dan juga teman, moga kau tak lupa juga siapa tuhan.
3 notes · View notes
patung-kertas · 9 years
Text
Ramli Sarip.
sejarah mengajar kita, menjadi lebih dewasa, perlukah aku lupakan yang lama, atau jadikan ia sebagai penguat kuasa. sejarah mengajar kita, menjadi lebih dewasa, yang mana harus ku bawa, untuk jadikan aku manusia berguna. sejarah mengajar kita, menjadi lebih dewasa, walau ianya bukan untuk dikenang, tapi akan ku simpan dari ditayang.
2 notes · View notes
patung-kertas · 9 years
Text
Logika.
"Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain" Ternyata perumpamaan itu sudah tidak boleh di pakai lagi. Lihat saja si gadis indie berambut merah tu dan kekasihnya separuh blonde bercampur kelabu. Yang berkaca mata hitam berjenama Ray Bean pasar malam itu pula rambutnya hijau. Oh ya, gadis kacukan Itali itu pula, entah tidak dikenali pasti warna rambutnya. Secara logik, perumpamaan itu sudah tidak boleh di pakai lagi. Dan rambut saya, keperang-perangan.
1 note · View note
patung-kertas · 9 years
Text
Siti (Bukan nama sebenar)
Dia sedang memetik cili api yang hidup subur di halaman rumahnya. Lalu datang Si Rahman dengan motor lama arwah bapaknya datang menyapa. "Siti, petik cili ke tu?" Siti menjawab. "Taklah, sedang memetik hati awak untuk tunggu awak meminang" Siti. Bukan perempuan tulen.
1 note · View note