Don't wanna be here? Send us removal request.
Text
Hadiah Buat Pemegang Kebahagiaan
Sudah lama aku karang, dari awal 2020, namun aku sentiasa memadamnya kembali kerana khuatir apa yang aku cakap tidak dapat menggambarkan perasaan sebenar aku. Namun itu, aku tetap rasa perlu engkau baca. Maka inilah hadiah tidak seberapa, buat pemegang kebahagiaan aku, Pedang.
------
Jam 2:47 pagi.
Dua puluh dua.
Aku terdiam. Terkedu. Tak mampu berfikir.
Apakah yang harus aku beri? Apakah yang harus aku tulis?
Ini tahun ketiga kita bersama. Tahun ketiga aku diberi peluang untuk masih menemanimu. Tahun ketiga Tuhan berikan anugerah dengan meminjamkan kamu.
Aku senyum.
Rasa begitu singkat. Aku sudah merasai diri kita sebati, bagaikan aku sudah kenali kamu seumur hidup. Tiada yang janggal, semuanya mudah.
Bernafas.
Tidak terlintas langsung dalam fikiran aku yang kita akan jadi seperti hari ini. Aku tidak sangka aku dapat berjumpa cinta dan kawan dalam seorang insan yang bernama kamu. Tidak juga aku sangka yang suatu hari nanti, aku akan lenakan mata di tempat yang sama engkau lena. Tidak juga aku sangka yang suatu hari nanti, aku diberikan kepercayaan untuk memanggil bonda kesayangan kamu "mama"
Menyepi.
Aku suka dengan diri kamu yang sekarang, yang bahagia menemui kesukaan. Kini kamu sudah yakin dengan diri, menjadi seorang yang mampu berdikari. Kadangkala aku juga terfikir, kamu masih perlukah aku?
Tawa dan gelagat kamu di kelas dan serata, kekadang membuat aku rasa jauh, sampai aku tidak mampu berkata. Mungkin juga itu perasaan semata, namun aku akui, kadang-kadang rasa perit seolah diganti. Tapi aku tahu diri kamu, walau ribut melanda, pasti kamu akan ajak aku menari bersamanya.
Sambung
Aku terbawa dengan kenangan lalu, tempat pertama kita bertemu. Tingkat 3, bilik putih ditemani dengan barisan kerusi dan meja, bulan 5, 2016. Perasaan gementar memasuki tempat yang aneh dan baru meresap ke dalam diri, takut. Cuak. Namun aku masih gembira kerana dapat menyambung sesuatu yang aku suka.
Dan ada kamu.
Jauh di sudut kelas, duduk di belakang, membuat hal sendiri dan hanya memandang ke hadapan. Aku pada mulanya tidak langsung mengendahkan kamu, namun bila guru meminta untuk kamu kehadapan, suara kamu yang dalam terus memanggil untuk aku lihat.
Iya. Itu pertama.
Kedua pula, berceritakan tentang rogol. Aneh betul diri aku kerana memilih topik itu sebagai bahan perbualan pertama. Ketika itu aku lewat ke kelas, dan apabila sudah sampai, hanya tempat di sebelahmu kosong. Lantas aku tanya jika aku boleh mengisi ruang itu kerana aku tahu kamu bukan seorang yang gemar akan kehadiran wanita (alim lagi waktu ini). Entah bagaimana, kita mula berbual, pada dasarnya aku pun tidak ingat tapi aku tertarik dengan jam tanganmu yang aneh berbentuk misai. (it's cute) Aku senyum. Banyak juga kita berbual pada waktu itu, masa inilah persepsi aku terhadap kamu mulai berubah, "dia tak makan orang pun"
Ketiga, warna maroon. Hari Rabu. Warna itu sangat signifikan dalam kisah kita, kerana warna itulah yang membuatkan kita sekarang. Lucu bila dingatkan kembali. Kamu, pelajar genius seni, tanyakan diri aku tentang warna? Kau pula akui itu kali pertama kau menggunakan warna dalam karya. Dan apabila kau siap, senyuman di bibirmu adalah tanda pencapaian yang paling sempurna aku lihat. Aku ingat lagi ketika itu, pertama kali aku memakai mascara selepas kelas tamat, dan aku cuba tarik perhatian kamu. Namun, kau leka dengan karya kamu. Dan aku gerak pulang ke bilik, hampa.
Bila fikirkan semula, aku rasa, selama ini mungkin aku sudah suka akan diri kamu. Perasaan itu mungkin dicampurkan dan disalah tafsir dengan hormat.
Memberi kamu cable telefon biru itu sudah membuat aku bahagia yang aku tak dapat nak luahkan. Ibarat anak kecil yang baru sahaja diberikan gula-gula. Kebahagiaan pertama bila dapat merasakan kemanisan. (Faham?)
Aku malu nak mengakui, aku sentiasa perhati. Pernah juga terdetik pada semester 2, alangkah lebih indah jika kita bersama. Namun bisikan itu terus aku padam kerana aku tahu tidak akan terjadi. (but look at us now)
Dan setiap kali apabila aku melihat dirimu dari belakang, biar pulang dari studio pada waktu malam, atau ingin ke kelas, terdetik pada hati kecil aku, bisikkan yang berbunyi, "Jagalah dia, Tuhan"
Setiap kali.
Dulu,
Sekarang
dan Selamanya.
Semoga Tuhan lindungi manusia yang paling penting buat diriku.
Selamat Ulang Tahun yang kedua puluh dua,
Pedangku.
-Bunga kamu,
Melur.
(I'm sorry, its not the best written piece, but I don't want the memories of our encounters fade)

8 notes
·
View notes
Text
11:11
Sudah 3 tahun sudah aku tidak fikirkan tentang nombor itu. Mungkin engkau tidak ingat, namun nombor itu pernah menjadi suatu harapan bagi kita. "11:11, masa untuk lari dari realiti"
2 tahun lalu, aku lelah melayan perasaan yang datang dan pergi. Macam juga dirimu yang singgah bila disakiti, dan ternyata aku cuma tempat percutian buat diri kamu yang sentiasa bergerak. Mungkin juga aku seorang yang baik, kerana pada mulanya aku iyakan sahaja kehadiran kamu. Namun, seperti kanak-kanak kecil yang sentiasa melihat pertengkaran dan kerosakan keluarga sendiri, aku mulai sedar, bencana itu datang dalam bentuk yang indah.
Maka tahun ini, aku sudah mampu berkata selamat tinggal. 11:11 kini bukan lagi masa untuk berangan, kerana realiti aku yang sekarang lebih indah dari mimpi .
Selamat tinggal 11:11, aku sentiasa doakan agar kamu ditemukan dengan apa yang kamu cari.
-Melur Merah
23062020
11:11 pm
2 notes
·
View notes
Text
I say things I don't mean,
but you're always there to pry,
and get all the words out,
when I don't really want to try.
There are days you always me feel,
like a child who's learning how to smile,
with those corny jokes you have,
you know exactly how to make me laugh and I can't even lie.
There are nights I can't get over,
of what the future holds,
what if I lose the battles?
what if I lose the ones I love the most?
But then you're there and whisper,
"I can't fight your wars,
but there is one thing I can promise,
and that is I won't ever go"
and with that you make me feel better,
and I just wish I can hold you close.
But then there are also moments,
when I thought you're lying,
and what if you're dissappear,
and leave me like the rest did,
the very thought breaks my heart,
I can't imagine having to live through it,
but then I know you,
I honestly do,
and I know you won't do that,
the thing is I'm so convinced,
I'll always have you whenever.
And then Darling, you come in sweeping,
like a charming sword you are,
I know you'll never leave me,
and I know
I
won't
too,
at
all.
and with that I'm grateful for always having you near.
Thank you my Imaan
- Your Melur
08052020
4 notes
·
View notes
Text

'Is it there?'
A story continues from the chapter of "Parit Berjerung II".
When the land was about to be destroy by the Order of Lepidoptera. To save Scarlet from this impending doom, the idea that Faith got within the last grasp of seconds was to dive in deep into the ocean floor with a Shark. Scarlet didnt really like this last minute idea and why was it so late for Faith to figure things out. So Faith got a new place that Scarlet might love to stay for awhile. Now, the journey of Scarlet & Faith continue at the City of Waterdeep with Scarlet's excitedly saying, 'Is it there? the City! 😃'. 'Seems like this is starting to work out pretty well 😌', whispered Faith quitely feeling a bit of relieved while pointing towards the city.
Happy Belated Birthday my Love
Im sorry
-Sword of Faith-
30082019
2 notes
·
View notes
Text
Birthday 21 Humaira
Hiuh sambut birthday kedua humaira da sejak dengan imaan
Well sejujurnya aku mengaku dulu, ha hampul aku dah agak karat
I tried but it didnt go well
So yeah
Lol
Maka saya buat macam documentation punya penulisan you know
Bila saintis kaji something dia record each of the findings
Gitu la
Nak cakap english pun tak reti sgt da
Well gitu la maka inilah dia penulisan yg raw drpd bakal suami awak
I know im going to regret this writing one day
You know, when things got a lil bit pandai kembali in my brain
I maybe was like wth, i write this thing. It shouldve been written better what have got into me.
Jadi aku nak higlightkan perkara yg indah berkenaan dengan kau. Yang mungkin kau tak nampak.
(weh ni ke jugak sebab kau tak buat Shakespeare thing gak masa birthday aku tahun ni lol)
Well i think i need your brain da to produce another masterpiece of wonderful puisi
Sorry if this looks like budak2, God please future me if you read this one day dont beat yourself up or overjudge yourself okay, biasala poi kadang otak blank kadang otak bijak kau jgn perfect sgt #rilekpleasepul
Okay humaira
Do you know ure so penyabar?
Because well sanggup melayan kerenah aku yg kadang tibe diam, kadang poyo terlebih, kadang percakapan aku secara tak langsung melukakan kau. But you suck it up im sorry well the point here is ure so penyabar.
Do you know ure so kind?
Sebab sudi korbankan well masa yg kau ada padhal boleh buat storyboard tapi kasih tetap tolong aku buat idea sculpture. Dtg beli mknn drpd jauh. Buat sculpture aku sekali last2 tu terima kasih banyak. Aku minta maaf kalau tak dpt balas benda sama utk artwork kau sem ni.
Do you know ure so cute?
Bila nak sesuatu benda tapi tak dpt jadi dapat sebab buat muka comel. Bila nak diet tapi tak jadi diet. Bila nak acah tahu jalan tapi terbalik kanan ke kiri. I find it very cute. Bersin pun comey :3
Do you know ure so pretty?
Well obviously masa tidur rumah kau, well da 6 hari da en total so yeah. Kau tak pernah pucat, kau tak pernah tak lawa. Kau pakai apa pun lawa. Bibir kau tak pernah pucat. Kau tak perlu make up, ure a model already with or without. Dont worry aku hensem so aku setia :3
Do you know ure so trustworthy?
Well aku tak sangka aku jumpa seseorg yg tak cerita masalah kita dkt orang lain. Terima kasih setiap kali kita gaduh kecik humaira tetap tak gtau sesiapa masalah kita. Terima kasih tak pernah bgtau apa2 berkenaan aku dan tak pernah cakap buruk pasal aku.
Do you know your laugh is cute?
Well ni takda explaination, its juts your laugh is cute tak pernag tak comey.
Do you know ure so understanding?
Dalam apa2 perkara kalau aku terlalu negative, kau sentiasa cuba memahami situasi aku 😌, terima kasih baby dan tetap supportive.
Do you know ure so cleaver?
Well kau tahu banyak information. And selalunya aku banyak tanya kau certain perkara or certain benda and kau terangkan dgn pandai dan sains terima kasih baby. Saya sentiasa excited dgr semua cerita awak :3
Do you know ure so loyal?
Well im glad that u know, aku tak perlu risau kalau kita berjauhan ke apa its just that i trust you that u still love me :3 (cuma trust tak sesat tu payah kit) 🐵
Do you know ure a good listener?
Kau selalu sudi dgr cerita aku berkali2 pasal warhammer, pasal dendam aku dgn certain people #imsorry sudi dgr aku puji diri sendiri walaupun kadang over gak riak aku tapi kau diam je 😌
Do you know you are so supportive?
Well humaira sentiasa sokong apa yg imaan buat 😌, nak jadi apa pun awak sokong walaupun benda tu tak start pun lagi thank you baby i love you
Do you know ure so brave?
Well bila presentation awak bercakap dengan berani, confident dan lancar tak mcm prempuan lain (of course la aku biased kemon) well the point is im just so proud of you. Maklumat yg humaira nak sampaikan selalu tepat dan difahami dan intellectual. I love seeing you present :3 (sebenarnya i love looking at you je but wtv shadap) 🤫
Well, sorry tak terlalu Hampul kali ni, i tried hampul tapi tak sedap 😌. I just wanted to appreciate every year of your age and wanted you to know that ure special and perfect okie babyku comey. Afterall, today is your special day so yeah I should appreciate everything about you :3
Thank God ure born
Happy Birthday Humaira
Btw jangan bagi anak kita baca yg ni please lol
-Imaan the Handsome-
16072019
2 notes
·
View notes
Text
Coretan kepada kekasih
Imaan, Dunia ni tidak akan pernah adil, Kadangkala juga akan berlaku hari yang buruk, Tidak dijangka, Dan selalu membuatkan kita berwaspada. Ada juga hari yang membuatkan kita bingung, Bingung akan apa yang terjadi. Tambah dgn perasaan sakit serta luka, Bercampur dgn rasa tidak senang hati dan carca merba. Imaan, Namun beringat la juga ada hari yang gembira, Hari yang kita ketawa tanpa akhirnya. Senyum sampai lenguh, Serta ketenangan di setiap hujung nafas. Ada hari yang menimbulkan rasa syukur, Syukur masih diberi peluang untuk hidup, Kerna setiap detik aku dikurniakan untuk menyayangi engkau. Setiap saat aku dapat meluangkan bersama engkau, Tidak ternilai. Imaan, 7 billion manusia di muka bumi ini, Dan aku diberi peluang untuk berjumpa dengan engkau. Merupakan keajaiban yang terbesar bagi aku. Imaan, Engkau dibenarkan untuk bersedih, Engkau dibenarkan untuk rasa penat, Engkau dibenarkan untuk rasa seperti mana manusia lain merasa. Ia tidak membuatkan engkau kurang layak, Juga ia tidak mengurangkan bebolehan engkah sebagai seorang lelaki yang aku sentiasa kasihi. Imaan, Sayang, Ujian yang datang kepadamu bukan untuk engkau putus asa, Cabaran yang muncul bukan untuk persoalkan keupayaan kamu, Jasad lain yang berperangai haiwan tidak juga datang untuk melemahkan engkau. Kerana apabila dihitung kesemua yang baik berbanding yang kurang, Ternyata banyak lagi yang bahagia yang kita harus bersyukur. Imaan, Wahai Pedang berimanku, Sayang aku kepada engkau tidak akan pernah kurang, Walau apa jua keadaan yang datang. Aku mahu engkau tahu yang diri engkau tidak punyai pengganti, Dan tolonglah berjanji kepada aku yang engkau akan sentiasa mencuba dan berusaha. Aku jatuh cinta kepada diri engkau, Dan ketidaksempurnaan engkau Adalah sempurna bagi aku wahai kekasih. Melur Merah 23062019 I love you.
4 notes
·
View notes
Text
Ada
Belajar tanpa adanya,
Adanya bilah kian tumpul pula
Pula kau sering mengasahnya,
Mengasahnya sehingga ada,
Belajar tanpa adanya,
Adakah ayat dinyata,
Dinyata demi bilahan juga,
Juga bilah turut terpinga,
Terpinga bilahnya engkau tiada,
Tiada engkau bagai hilang sarungnya,
Sarungnya hilang turut penyandangnya,
Penyandangnya hanya engkau bunga,
Bunga yang tiada,
Tiada ibarat sarung tidak terbuka,
Terbukanya sarung hanya engkau yang punya,
Punya engkau sahaja tiada penggantinya,
Belajar tanpa adanya,
Adanya ayat sebilah yang berputus asa,
Asa nun bilah tiada sukma,
Sukma nun bilah hanya pada bunga,
Belajar tanpa adanya,
Tiada isbat pada ayatnya,
Ayatnya yang atma tiada,
Tiada bunga bilahnya,
Bilahnya pula tidak bernyawa.
22052019
-Pedang Percaya-
#masteryodacomeback
@melur-merah
8 notes
·
View notes
Text
I love you too humairaku~
Thank you youuuuu sayang


Imaan and Scarlet.
Thank you for building this world with me.
I love you so much Imaan.
3 notes
·
View notes
Text
Tenggelam
Lidah aku kelu tak terkata bukan kerana tidak bahagia.
Bibirku bisu tanpa bicara dek kerana terlalu tercinta.
Aksara mu terlalu dalam sehingga buatkan aku tenggelam.
Aku tenggelam di lautan dasar gelapnya mengalahkan malam.
Aku tenggelam bukan kerana aku sedih.
Tidak.
Aku tenggalam kerana aku jatuh.
Aku jatuh kerana terlalu tercinta.
Ya aku tercinta.
Sambil ku pejamkan mata.
Mata blkg ku mainkan silamnya maya.
Siapa sangka bidadari yg tidak pernah ku akui kewujudannya, tampil tanpa ku sedari.
Siapa sangka ketika sumpahan tak tercinta lagi, rapuh tika hadir bidadari ini.
Siapa sangka bidadari yg ku lihat dibalik bayangan manusia kini terjadi.
Terjadi aku punya.
Siapa sangka bidadari yg diharapkan nama.
Namanya aku sahaja yg dibenarkan sapa.
Kembalilah aku tenggelam.
Aku tenggelam di dasar lautan gelapnya mengalahkan malam.
Walaupun gelapnya tak tertampak dimana cinta.
Cintanya tak perlu dicari kerana cinta akan Humaira.
Cinta akan Humaira sudah lama tersemai di dalam hati.
Jadi,
Bila diharapkan diri melayakkan.
Sayangku, diri ini lebih dalam kehinaan.
Bila diharapkan diri dipandangkan.
Sayangku, diri ini dah lama kemenungan.
Bila diharapkan diri didudukkan.
Sayangku, diri ini dah lama hendak disebelahkan.
Jadi,
Walaupun aku jatuh.
Jatuhku rela kerana tercinta akan sesungguhnya.
Sesungguhnya aku cinta.
Cinta saban hari aku masih jatuh berkali.
Berkali tercinta hanya Humaira lagi.
Jadi,
Walaupun gelapnya dasar lautan.
Lautan tidaklah runsing siapa yg menghuni.
Siapa yg menghuni mahligai ini?
Hanyalah nama Humaira, Humairaku permaisuri hati.
(Ikhlas dari peminat setiamu, insan di sebalik bayangan) -Pedang Percaya- Terima Kasih Sayang Terima Kasih Permaisuri Hatiku Terima Kasih Humaira 09022019
9 notes
·
View notes
Text
Terima kasih humaira :"))). Sungguh, kerana telah memilih aku.
-21-
Happy 21st birthday my love.
This isn’t going to be a sappy poem or a lovey dovey Shakespeare play.
If anything i don’t even know what I’m doing.
This is just honest feelings about you.
Saiful Imaan.
My life has gotten better since you came into my life on 7th December 2017.
By “better” i mean, it has been the best. You are the best goddamn thing that has ever happened to me. Your existence made me question if I ever even fallen in love before because honestly i am
Madly
Crazily
In love with you.
Every time you walk into the room your eyes would search for mine first and you always give a smile. That beautiful smile :“)
The smile that i can claim "mine”.
How i love your smile.
I finally learn to love the name “Humaira” ever since you call me that. Never thought the day would come when someone calls me by that name. Thank you for making that name special, my Imaan.
I love how you silently utter “i love you” whenever we’re in a crowded room or with a group of people. You never fail to make me feel loved every second. And every time you did that I can’t help wonder what I did to deserve someone this special.
I love our movie moments when we don’t even care what was happening on the screen because we would just sit there and stare at each other and just appreciate the mesmerizing seconds. And like you say, the movie can always be replay but time with you can only happen once.
I appreciate how whenever i complain about my facial features or my clothes you would say to me
“Humaira sentiasa lawa”
“Humaira saya stylo”
“Humaira tak pernah tak cantik”
“you’re perfect”
Thank you. Because of you, I gained confidence and learn to love myself more. Never thought that i could, but you made that happen.
Your laugh is contagious, did you know that? Whenever you laugh and show off your vampire teeth i can’t but think about how could someone this adorable exist?
Is it weird to call you cute? Because you are. Everything you do is cute.
Whenever you go to the toilet you would take sabun with you, i think thats cute.
You basuh pinggan pun comel la i kenot :“) you wash the dishes lambat because you dislike the toilet and you do the best to not let the plates touch the sink so you wash them several times. That’s cute.
When you sleep you would sleep on the side and your mouth would slightly be open because you’d be too tired. That’s super super cute.
And how you organize your things all the time and before doing your work. Thats cute.
You take your time in making your artwork perfect and not caring about other people. You’re always in your own world before and I’m blessed because you let me into your world Imaan. Thank you.
Imaan, sometimes you are so degil. Like whenever its raining heavily and i tell you to wait for the rain to calm down. I see you several minutes later with an umbrella and wet clothes.
With that cheeky smile you would look at me
"takkan la aku nak biarkan Humaira aku sorang-sorang?”
I am so fking lucky to have you.
Sometimes you swear and then say “Astagfirullah” after that. AHAHAHAH even that my love, is cute.
You’re my 3AM best friend whenever my shoulders are heavy and I need someone to hear my thoughts,
And you are also the 6PM friend who would gladly lepak kat mamak with me layan my cheese nan cravings and membawang with me about how fake people actually are.
Well I’m glad we have something so real Imaan. Sometimes I still get surprise how i don’t need to be plastic with you.
The first time i met you i honestly didn’t think we would end up like this. Never did it cross my mind that my class rep for sem 1 & 2,
the guy that was always doing his work alone in the studio,
that guy that make jokes in class,
the guy that sings loudly and out of tune just to kill the silence,
would now be my other half.
I honestly don’t care anymore when people say that i spend too much time with you. I could never get tired. Even though from morning until 2AM bila dah pagi buta balik dari studio, i would still miss you the moment you wave and say goodbye.
Imaan, I love you.
I would say I love you the moon and back but those distance are too short to even describe my feelings.
I love you eternity, infinitely, timeless, and beyond all of that
I promise to love you unconditionally,
Forever,
My sword.
Happy birthday sayang,
From your Melur ❤
I love you. I love us. And I love the world we built.
-08022019
6 notes
·
View notes
Photo

‘Sudikah?’
Sudikah engkau terima ampunan ku? Tak sanggup aku hidup tanpa mu, Jikalau diberikan lagi nilai dunia dibelakangku, Tidak ternilai lagi engkau yg berada di hadapanku.
Ampuni aku jikalau petah yg dibibitkan berhidukan perpisahan, Sedangkan aku sendiri tidak sanggup ditinggalkan.
Kerana sungguh sedetik engkau tiada, Alafku malap tak berwarna.
Sudikah engkau terima ampunan ku?
Ampuni aku jikalau bilahan lebih memainkan peranan, Sedangkan nama yg ampuh itu adalah kepercayaan.
Kini tanganku hulurkan, Aku rela biar bilahan dipatahkan, Agar nama yg disandangkan, Lebih berhidukan keyakinan.
Wahai Melur Merahku, Sudikah engkau terima ampunan ku?
-Pedang Percaya- 17012019
4 notes
·
View notes
Photo

'First Date' Dear Scarlet, Actually, This is our first date, Along the road, A word is never said, Hey whats up ahead? We are seeing something that is dead, What happened with this owl's head? Eventhough, On the way back, we seperate. Now, We are in love like we never did. ♥ -DK.DY- A Year and Forever 08122018
4 notes
·
View notes
Text
Gagasan Melimpah
Mengapa? Mengapa gagasan di lewat malam ini melimpah ruah? Bagaikan cinta terhadap mu yg menyimbah, Tetapi dipayung rapi, Walaupun lebat sekali, Takkan aku biarkan humaira aku kuyup dibasahi. -Pedang Percaya- 07102018
1 note
·
View note
Text
Alaf Kudus
Masa yg ditakdirkan sudah sempurna, Penungguan yg lama kini jadi nyata, Adakah aku di alaf nyata atau masih dibuai maya? Jikalau benarlah aku dibuai maya, Tak mahu aku bangun di alaf nyata, Kerana tanpa mu, Humaira aku, Riwayat ini ibarat alaf yg kelam, Tiada kudus yg menyelubungi jiwa. -Pedang Percaya- 07102018
1 note
·
View note
Text
The Red Angel
Dear Scarlet, As I stare into your gleaming beautiful occulus, And observe meticulously, To only discover every inches of cuteness in your cheek, In the hide under the shade of that heavenly most gracious palm, I said to myself; How can this perfectly beauteous angel be mine? Oh how lucky am I? To have you, The Red Angel, As my only welder forever. -Sword of Faith- 07102018
1 note
·
View note
Text
Prison Soul
There are 2 types of imprisonment in one's soul; Imprisoned by the pleasent past Imprisoned by the forgone despair Select wisely. - DK.DY - 07102018
2 notes
·
View notes
Photo

'Memoir II' The tech makes this terran world has no boundaries, In seconds, strangers become friends in this century, Oh why has this nation's identity becomes so ambiguously? Does leisure in the cyber is the only thing in this memory? Does the tech fabricates this land in unity? Or ends up forging it towards misery? -Sword of Faith- Oil paint on 4ftx3ft canvas 29092018
1 note
·
View note