Tumgik
secretsthat-i-kept · 3 years
Text
tembok besar cina
“Dengan nama Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Out of the blue harini aku rasa macam terpanggil untuk menulis. Bagi orang yg kenal aku, dorg cukup faham yg aku memang suka buat benda-2 random, tak de angin takde ribut. Dan setelah sekian lama tak update ‘ruang selamat’ aku yang satu ni untuk bercerita, here I am tonight, sitting at my desk, staring at this blank canvas of document and just let things flow.
 Aku tak tahu siapa yang akan baca coretan kali ni, sama ada rakan-rakan sebaya atau yg lebih muda, but im writing this solely from my own perspective and experience. Mungkin korang ada rasa benda yang sama, atau mungkin tidak.
 But did you guys know, how sucks it is menjadi seorang lelaki yang tidak ekspresif? It’s not like you don’t want to express yourself, you wanted to, but you can’t. Bukan kerana diri sendiri tidak mampu, tapi kerana keadaan sekeliling yang memandang jelek dan tidak mengizinkan. I don’t know if other men experience this or not, but from my experience of growing up, aku dibesarkan dengan dakyah bahawa lelaki tidak boleh menjadi ekspresif kerana menunjukkan emosi yang mereka rasa itu sesuatu ‘yang lemah’. I’ve been in few situations whereas man crying is often labelled as weak, lembik, bapok, pondan, you name it. All those negative connotations di lontar-curah setiap kali emosi ditunjuk-tayang.
 Dan setiap kali perasaan-perasaan yang dikait dengan konotasi negatif ini zahir, I had to hide it. I don’t want people to come to me and being labelled. Did you guys notice, majority lelaki never show their emotion to public? Kalau tunjuk pun mesti indirectly. Why? Because they just simply can’t. Back to square one, kerana keadaan yang tidak mengizinkan.
 Disebabkan keterbiasaan ini, I kept all those feelings to myself. Kalau rasa tak puas hati, rasa sedih, rasa marah, rasa biol, bercampur aduk dalam satu ruang kecil yang bernama jiwa. Dan bila jiwa sudah tidak mampu untuk disumbat segala emosi, ia ranap.
 Apa yang aku cuba nak sampaikan sebenarnya is just how people expect you to be normal and happy all the time, sedangkan kau juga cuma manusia biasa yang mempunyai perasaan dan bukannya robot ciptaan manusia yang diprogramkan untuk sentiasa ceria. Emotional breakdown is normal for both gender. Jadi kenapa perlu disorokkan persis di balik Tembok besar Cina?
 betul, aku lelaki.
tapi mohon jangan letak ekspektasi terlalu melangit bahawa aku kan sentiasa terbang tinggi-
ada hari-hari aku masih akan tersungkur ke bumi,
tapi tak bermakna aku akan berhenti mencuba untuk terbang tinggi lagi.
0 notes
secretsthat-i-kept · 5 years
Text
bahagia.
“Dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”
Setelah sekian lama aku tak update tumblr yang dah lama terbengkalai ni. With lots of things going on, aku tetibe dapat inspirasi nak menulis masa tengah hujan lebat petang tadi. Jarang aku menulis before pukul 12 malam ni. Tak tahu lah kalau korang perasan yang puisi / thoughts yg aku tulis selalu cuma akan release after pukul 12. Tengok mcm mana pergi dia kali ni. Mintak ampun awal-2 kalau entri kali ni tak capai ekspektasi. Masih bereksperimentasi.
           Ok malas nak bebel mukadimah panjang-2. Kita terus masuk dekat topik kita untuk malam ni. Seabad yang lalu, aku pernah cerita dekat tumblr aku ni dulu pasal kejayaan akademik aku. Entri tuah anjing apa bende tah tajuk dia malas nak check balik. Huhu. Kalau korang perasan, aku purposely tak mention what my SPM result was. One of my major secret yang aku tak bagitahu orang, SPM ialah satu-satunya memori yang mengajar aku erti kegagalan. Flop teruk. Rasa macam kena lempang kat muka bila dapat result se-flop itu.
           At that time, semua benda rasa mcm nak gugur. Sampaikan at one point tu, langit pun aku rasa macam nak runtuh. Sejenis implikasi bila orang di sekeliling letakkan harapan atas bahu kau sampaikan kau membongkok, dan terlalu berat untuk kau junjung. Ada banyak mata-mata berkaca yang cukup harapkan kau mampu ubah jalan cerita celaka hidup mereka, tapi bila mereka mula sedar yang kau pun sama celaka, itu- yang bikin kau ranap.
           Selalu orang cerita yang remaja dan young adult dalam lingkungan tempoh 10 tahun ni, sangat sinonim dengan segala macam mental illness. Bipolar, Skizofrenia, Anxiety disorder mahupun Depression. Tetibe nak claim yang aku pernah jadi mangsa mental illness aku tak berani. Sebab bagi aku term mental illness tu sendiri cukup berat untuk orang yg betul-2 kena hadap. Apa yang aku boleh cakap, at that time, aku menghampiri mental illness. Ada few symptoms yg ada kat aku and hadap sorang-sorang. My parents tak tahu sebab depan dorang aku acah manusia paling normal. Dalam diam aku murung teruk. Sampai tahap tak nak jumpa sesape, dan perintah berkurung. I spent my time mostly in my room dan cuma akan keluar bila aku lapar atau nak pegi tandas. Selain dari tu, aku berkurung dalam bilik aku.
           Memang, kadang-kadang rasa je mcm diri ni worthless. Pernah je terpikir apa aku buat dengan life aku, sedangkan kawan-2 sebaya aku ramai dh achieve macam-2 while aku masih stuck dekat sini. Jujur sampai sekarang ada je rasa tu, tapi aku malas nak layan. Aku mula berhenti layan my negative thoughts around 2 years ago? Lebih kurang cincai la masa tu. Selalu sendu sorang-sorang, sampai orang yg kenal dengan aku risau and tanya aku ok ke idok. But one day aku rasa sampai bila aku nak kena layan segala benda yg negatif  yg bising dalam kepala aku ni? Penat bukan tak penat. Dah la tak best tetibe sendu ni. Tak kelakar pulak tu. So I decided to kill the negative voice yg memekak tu. Aku buat pekak. I need to stop my inner self from taking over my life.
            Member-2 aku selalu ingatkan aku, lagi 5 tahun aku dah nak masuk 30. Aku sendiri tak percaya lagi 5 tahun aku dah masuk 30 haha. Kalau aku biarkan je dia bermaharajalela, life aku memang tak ada apa la cite dia. Aku nak jugak gelak tawa, instead of heading to sleep in tears. Nak jugak having fun with people yang aku selesa dan boleh jadi gila-gila, instead of tersepuk berkurung dalam bilik aku sorang-2 layan perasan yg sudahnya makan diri sendiri. Aku nak jugak getting to know someone that I can consider as special, trying our best to tolerate each other and falling in love, dan penghujungnya bina satu keluarga yg aku boleh consider as sempurna-
 Sebab aku yakin dan percaya-
Aku juga layak tuk merasa bahagia.
 :)
0 notes
secretsthat-i-kept · 5 years
Text
Kampung Makam Rangkah - Surabaya
Tumblr media
0 notes
secretsthat-i-kept · 5 years
Text
20 cent.
“Dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”
Fuh boleh tahan lama gak aku tak update tumblr ni. Untuk entri yang kelima ni, aku nak cerita pulak pasal dua puluh sen / 20 sen. Hah, apa signifikan 20 sen ni dengan aku? This is one of my secret yg aku tak bagi tahu kat orang, insiden 20 sen yg pernah jadi kat aku dulu. Not even my family members tahu. So lets start.
Back in the days, masa zaman diploma aku dlu. I was one of MARA’s students. Tapi sebelum aku officially dibawah naungan MARA, 8-9 bulan pertama kemasukkan aku ke diploma, i was suffering. KPTMKL adalah satu institusi pengajian tinggi swasta. So EVERYTHING is about money. Dan ya, untuk 8-9 bulan pertama tu, duit adalah one of my major problem.
Nak dapat bantuan dari MARA ni, bukan senang. Prosedur dia byk gila dan leceh. Application aku kena reject few times sebab ada sebab-2 yg aku tak boleh nak ceritakan. Aku kena ikut jalan jauh sikit nak compare dengan other students punya process. Tapi syukur la jugak aku still dapat bantuan penuh despite ikut jalan jauh. 
Terus terang aku cakap aku bukan daripada background family yg berada. Ala kadar je. Especially masa aku baru masuk diploma tu, my family’s financial status was quite unstable. Untuk 8-9 bulan yg pertama, aku cuma ada RM200 sebulan to spend on my own. Aku duduk hostel dekat Ampang and you know how much the cost of living there in KL is no joke.
Disebabkan aku terlalu broke at that time. Aku ingat lagi ada satu hari tu, sampai dekat kolej tengah hari, luar kawasan kolej tu dikelilingi dengan kedai-2 makan tau. I was quite hungry lagi lagi tak breakfast haritu. Terbau lak nasi kukus ayam berempah time tengah jalan tu. Sendu di Aidilfitri la engko duit ada 20 sen je dalam poket lol. So aku singgah kat kedai apek(tepi main gate KPMTKL) untuk mengenang nasib. Nak buat alas perut, aku order ais kosong secawan sambil ambik bau je nasi kukus ayam berempah tadi tu. Setel secawan and agak-2 dah kenyang bau, terus gerak naik kelas. Hahahaha sedih siak. Pengalaman la jugak merasa sesusah itu. Kalau org tanya apa lowest point in my life, aku akan cakap, this particular memory.
Mungkin akan ada yg pertikaikan, kenapa sanggup tak mintak duit kat parents and what not. Again, as I already stated above, they were financially unstable. Aku bukan jenis yg suka meminta. Lagi-2 bila aku tahu kondisi parents aku mcm mana. Tak nak la menyusahkan. So I never asked for money from them. Duit tu baik bagi adik-2 aku kat rumah makan. Tak apa, aku abang. Takde hal lah susah sikit.
Nak dijadikan cerita. Aku baru balik dari Surabaya last week. One of our activities there was at Makam Rangkah, Surabaya. Seperti namanya yg diberi itu, it is a kubur. Tapi apa yg uniknya kat kubur ni, ada perkampungan kecik betul-2 bersebelahan. Went there for aktiviti kesukarelawanan. Agihkan foodpack dekat penduduk kat sana. Serious talk ah ni aktiviti yg paling sentap lagi menyentap tersentap. Bila tengok sendiri kondisi rumah and the way of living of people dekat sana, nak comparekan dengan cerita 20 sen aku ni, boi, jauh beza siak. Kalau duit cuma ada 20 sen pun aku dh rasa susah, I wonder what would the people there feel. Dengan yg ada anaknya lagi. Sayu sikit sebab I saw few facial expressions from people there yg screaming in silence that they need help and so done with poverty. Ada this one makcik peringkat warga emas, literally crying bila kitorang bagi foodpack tu. Ai kenot la tengok babak-babak nangis ni. Nak nangis jugak! Seb baik la hebat cover macho. Ehek.
Having a chance to see something thru different kind of perspective, to see how other people live their lives, memang terkesan. Betul la orang kata, kadang kita pikir kita paling susah dah. But it doesn’t work that way on this world honey. Akan ada yg lebih susah daripada kita. Setiap manusia, ujian Tuhannya itu berbeza-beza. Maka, sentiasakan bersyukur dengan setiap satu yg kita ada. Tibihhh bagi nasihat. 
Disclaimer: Alhamdulillah my family and I are financially stable now. Nak kata duit tak habis 7 keturunan tu tak la, hanya cukup sekadar yg diperlukan sahaja :)
0 notes
secretsthat-i-kept · 6 years
Photo
Tumblr media
Alam bunian II - Rawang
0 notes
secretsthat-i-kept · 6 years
Text
soliloquy
“Dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”
Entri aku yang keempat, setelah aku lama tak update dan tersasar daripada entri-entri yg aku dah susun sejak sebelum aku bukak tumblr ni to public. Dan entri kali ni jugak aku cuma nak mengomel tentang sesuatu yang bagi aku agak sensitif. Walaupun rasa mcm jiwa ni dh cukup kental, tapi bila terpalit kat diri sendiri, rabak jugak.
amaran; perenggan-perenggan yang seterusnya adalah “stream of consciousness” ; salah satu gaya penulisan yang berterusan tanpa difikir hala tujuan.
Minggu lepas, si polan termasuk ke dalam satu kawasan larangan dan beri aku that-kind-of-look yang paling aku benci sekali. Awalnya, mood aku riang. tapi disebabkan satu pandangan yang aku benci tu, mood aku hilang 2 hari. Baran aku naik, rasa nak maki kat semua benda. Sisi waras aku samar. Upset and disappointed dengan diri sendiri. Yang tinggal cuma jasad tanpa jiwa. Lesap seketika. 
Kenalkan, mati. Satu sosok dalam aku yang dikunci-rantai dengan sejuta kebencian. Kalau dulu, ya. Mati  adalah seseorang yang aku dakap-erat. persis sahabat. Tapi sekarang, tempatnya cuma di dalam Taman Larangan di dalam aku yang dipaku serabut. Aku teringat bait-bait mengjengkelkan yang aku lempar-lontar pada si polan-si polan, yang mencari amarah dalam gurauan dan bagi aku adalah sesuatu yang agak menyeronokkan.  
Kau, bagi aku agak hebat. Sebab dalam hidup aku, tak ada sesiapa yang mampu tuk jejakkan kaki di hadapan pintu gerbang Taman Larangan. Dan disebabkan kehebatan kau tu, buatkan aku makin hilang dalam hutan minda. Sesat lagi terjerat. Mati  bukanlah seseorang yang boleh aku tunjuk-tayangkan dekat sesiapa. Sebab dia adalah aku yang dulu. Maka biarkan dia kekal di masa lalu. 
Sejujurnya, aku takut kalau ada sesiapa yang kenal siapa itu mati. Aku takut kalau-kalau mereka tak terdaya nak terima siapa aku yang sebenarnya. Lebih-lebih lagi kalau orang itu adalah kau. I don’t want to lose you. Aku tak mahu. Kerana aku yang sebenar, sebenar-benarnya adalah mati . Dan aku mahu dia kekal mati. Aku tak mahu jadi dia lagi. 
Selalu aku persoal lagi pertikaikan sama Tuhan, kenapa hidup aku ni seperti mudah tanpa sebarang ujian? Apa Tuhan juga lupa sama aku? Apa Tuhan tak sayang sama aku? Kerana setahu aku, sesuatu ujian itu diberi atas tanda sayangnya Tuhan sama kamu, untuk selalu mengingati Dia. 
Tapi nak buat mcm mana, aku buta- Sedangkan ujian yang paling besar Tuhan beri depan mata adalah untuk melawan diri sendiri-
Sampai hujung nyawa.
Khalil Norsham Mohd Rafiq, 1:28 minit pagi
0 notes
secretsthat-i-kept · 6 years
Photo
Tumblr media
Alam bunian - Rawang
0 notes
secretsthat-i-kept · 6 years
Text
tuah anjing.
“Dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”
 Entri yang ketiga ni, aku nak cerita pulak pasal tuah. Tajuk entri kali ni aku cedok dari peribahasa “tuah anjing, celaka kuda.”, which means nasib manusia tak sama. Ada yang beruntung, ada yg celaka. Bila kita borak pasal tuah dan rezeki, aku rasa aku manusia yang agak beruntung. Syukur Alhamdulillah Tuhan permudahkan segala urusan aku.
 - Sebelum kita terus ke perenggan yg seterusnya, aku nak jelaskan kat sini awal-2, ini bukan entri untuk riak dan bangga dengan diri sendiri. Kalau kau dah hadam dalam jiwa, kau boleh teruskan membaca.
 Back during my childhood days, aku bukan lah budak yg boleh diklasifikasi kan sebagai someone yang special, just another regular boy yg kau boleh lihat kat mana-2. Aku ligat pindah-2 sekolah sebab famili aku amallkan konsep zaman paleolitik (dan isu-2 lain), kitorang selalu berpindah-randah dan kitorang tak pernah stay dekat satu tempat dalam 1 masa yg lama. Aku takde accomplishment during my elementary school yg boleh aku banggakan. Except bila aku mula stay dengan Papa masa aku darjah 6, I managed to score 4As and 1b dlm UPSR.
 Start masuk secondary school, aku pindah lagi ikut Papa ke Sabah sebab Ummi cikgu kat pedalaman, Nabawan. Pekan kecil yg bagi aku, agak tenang. 3 tahun aku kat sana. Syukur Alhamdulillah dalam setiap exam yg ada, aku sapu habis and selalu no 1 dalam kelas. Kecuali 1 kali tu aku jatuh no.2 sebab aku tak study langsung sebab Ummi lahirkan Alya, aku terpaksa stay kat hotel sensorang sementara Papa tengok Ummi kat hospital (Aku terpaksa stay hotel sebab hospital dengan rumah like 40 mins away. Selain dari insiden aku jatuh no.2 tu, setiap kali hari anugerah cemerlang, aku sapu bersih setiap award yg ada. Sampai parents lain naik bosan asyik muka sama je naik banyak kali. Cikgu pun pisang aku je sapu habis sudahnya ada 1 tahun tu dorang kasi aku award sekali jalan je so tak yah letih naik pentas banyak kali. I was kind of pelajar harapan masa kat sekolah menengah dulu. Cikgu-2 semua kenal aku, students mostly kenal aku jugak. PMR? Alhamdulillah, 6A 2B.
 After aku habis dengan PMR, Ummi apply mintak transfer balik ke KL. Dan lulus. Ummi dapat sekolah kat Ampang so kitorang satu family pindah lagi sekali. Aku amik SPM kat KL, pastu sambung pulak ke Kolej Poly-Tech MARA KL as a TESL student. Sem 1 aku bebal, tapi start sem 2 sampai grad, rezeki aku melimpah. Syukur aku pelajar Dekan berturut-2. I was really close in getting that Anugerah Naib Canselor or pape je la nama dia, tapi sebab sem 1 aku bangang, so aku tak dapat. Then masuk UPM, sem 1 pun Dekan lagi. I didn’t expect nak dapat Dekan kat UPM ni sebab tinggi pointer dia. 3.75. That is beyond my capabilities tapi alhamdulillah Tuhan itu Maha Pemurah.
U see, the point of me telling you my achievements in academic here is, orang selalu kata aku ni bijak. Pandai. Otak aku boleh pakai. Regardless of the compliments yg aku dapat, aku still rasa yg all these while, I was never smart pun at the first place. Bila aku tengok balik apa yg dah jadi, I was extremely lucky. Aku bukan jenis baca buku. In fact, dalam kelas pun kenkadang aku tak focus, bersembang dgn member lagi ada la. Aku tak rasa accomplishment aku ni orang boleh label aku as someone yg pandai sebab aku mmg rely 100% on my luck. Tuah aku anjing. Again, I was extremely lucky in getting good results in examinations.
 However.. entahlah. Aku mula fikir yg sampai bila aku boleh bergantung dengan tuah aku semata? Sejauh mana pemurahnya Tuhan untuk aku, sedangkan ada berbilion lagi orang kat atas dunia ni yg selayaknya terima tuah tu daripada aku. Yang betul-2 letakkan 100% effort or maybe more, on things yg dorang nak capai, tapi tak dapat sebab rezeki tak berpihak pada dorang?
 Bukan apa, semenjak dua menjak ni aku somehow dapat rasa yg tuah aku constantly fading. Semua benda feels like bagi tahu aku yg sampai satu tahap, mungkin Tuhan akan kata sampai sini je rezeki untuk aku kat atas dunia. 
Dan apa yang tinggal, cuma celaka kuda.
khalimunan, 12:17 minit malam
0 notes
secretsthat-i-kept · 6 years
Photo
Tumblr media
Sunset - Dataran Pahlawan, Melaka
0 notes
secretsthat-i-kept · 6 years
Text
soulmate.
“Dengan nama Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang”
Untuk entri kali ni, aku nak bercerita pulak tentang my past experiences in relationships, yakni dalam erti kata lain, my previous love stories. Aku akan cuba kurangkan tahap sendu posting ini seminimum mungkin. Mesti kau tak sangka kan, orang mcm aku pun pernah in a relationship? Aku fully aware apa orang fikir pasal aku dan aku juga fully aware imej pertama yang ada dalam kepala mereka bila mereka lihat aku.
- Jangan ingat aku tak tahu
Juga diberi peluang oleh Tuhan, sama seperti orang lain. My first serious relationship with a girl masa aku darjah 6. I was chubby back then, nak dibandingkan dengan sekarang, persis mat pet bawah jambatan. I think that was my charm. People love me for being chubby and I don’t even know why. Sebab kalau nak diikutkan beratus ciri-ciri lelaki idaman gadis-gadis Malaya, fizikal aku bukanlah tergolong dalam kategori yang boleh mereka gilakan.  Kalau tak silap, it was me who popped the question, sama ada dia willing to be my partner. She was cute. Untuk level budak chubby berumur 12 tahun, boi, Khalil yg chubby sure got some balls. She said yes, unexpectedly. I even told my mom that she was my girlfriend. Mama belikan dia teddy bear for her birthday (upon my request, obviously hahah) and she gave me a snow globe with heart shape during my birthday. Masa tu malam and I still remembered how I got butterflies in my stomach when we were sitting at that bus stop. 6 bulan bersama, aku decide untuk putuskan hubungan kitorang sebab wujudnya yang ketiga. 
-Terima kasih, kerana mengajar aku untuk mengenal, akan apa itu erti cinta.
Lepas je habis fasa cinta monyet tu, aku tak terfikir pun nak cari pengganti. Belum move on katanya, takut terluka kekdahnya. Hidup aku chill selama 5 tahun--
sampai lah aku perasan kewujudan si polan.
Mula-2 niat nak kacau je. Sebab si polan was quite clumsy. Tup tup, terjatuh hati pulekk. Ah sudah, aku pulak yang rasa tak senang nak duduk. I did confessed to her. Tapi it was a bit of rushing. Aku sendiri tak tahu apa yg aku kejarkan and aku sendiri rasa semua benda tu mcm tiba-tiba. She said yes and thank you. I was indeed happy sebab tak kne reject. However, it ended way before it even started. I was intimidated by someone, a guy yg suddenly rapat dgn dia out of nowhere and buatkan aku jauhkan diri daripada si polan. Buatkan aku sedar yang aku masih belum sedia to be in a relationship with anyone.
-Terima kasih, kerana mengajar aku bahawa cinta, tak perlu digesa.
Selalu kalau aku bersembang dengan kawan-2, atau sedara-mara, atau pak cik-mak cik, dorang selalu tanya, aku ni, in relationship dengan sesiapa ke? dah nak masuk 23 tahun, tak de mana-2 gadis yg buat aku terpikat ke? I lied most of the time saying aku ada someone, walhal aku single, sebab aku tahu people will spread the words, and i’m trying my best to avoid meeting the wrong person.
Sebab aku dah nak masuk 23, aku tak rasa aku dalam fasa untuk couple - break - couple dan ulang kitaran yg takkan habis ni sampai lebam. Kadang-2 aku envious jugak mcm mana orang boleh “fall in love” berbelas kali dalam beberapa tahun, sebab aku dalam tempoh 11 tahun pun, cuma dua kali.
Dan sebab aku dah nak masuk 23 tahun jugaklah, aku rasa aku perlu cari  someone yang aku boleh spend the rest of my life with. KataNya, kita ni diciptakan berpasangan, can we skip to the part where we meet our soulmate right away? jujur aku kata, aku kurang gemar dengan idea bila kita kena heartbroken countless time dulu, baru kita boleh jumpa the right one. (itu pun kalau nasib baik), kenapa kita tak boleh terus happy dan hidup bahagia dgn pasangan kita? Mungkin kalau dulu aku letak kecomelan sebagai satu tanda aras dan kayu ukur untuk bawa satu hubungan ke fasa yg seterusnya, tapi kali ini, aku cuma harap Tuhan temukan aku dengan seseorang yang boleh terima aku seadanya. Bukan apa, aku juga kurang gemar dengan prinsip, ideologi dan norma masyarakat bila mencari pasangan, they tend to look for someone perfect di mata mereka. To complete them. To make themselves better. Itu, bagi aku, selfish. 
- Contoh situasi satu, Bedah, dia ni tak berapa nak tinggi ilmu agama, jadi dia cari pak ustaz sebagai suami. Someone yg ada dan tinggi ilmunya. Untuk bimbing si Bedah ke jalan yg benar lagi lurus.
- Contoh situasi dua, Aminah, dia nak masa depan dia secure, jadi dia cari someone yg dah establish, ada job, ada rumah, kereta. Someone yg boleh bagi dia makan tiap-tiap hari. Si polan ni yg tak ada apa-2 and masih struggle dengan hidup and samar-2 masa depan dia apa, Aminah pandang pun tidak.
Entahlah, mungkin aku je yg ada pemikiran yg pelik, tapi aku rasa, rather than kau cari seseorang yg dh sempurna, why not kau cari someone yg tak ada apa-apa, tapi usaha sama-sama, and pimpin tangan ke syurga? Tak ke itu lebih bermakna?
Sebab kalau kau cari kesempurnaan dalam diri aku, nescaya, kau takkan jumpa. Tapi kalau kau cari seseorang untuk hidup sama-sama, aku ada.
- Semoga cinta aku yang ketiga, adalah cinta untuk selamanya.
khalimunan, 1:28 minit pagi
0 notes
secretsthat-i-kept · 6 years
Photo
Tumblr media
Sunrise - Lembah Jaya, Ampang
0 notes
secretsthat-i-kept · 6 years
Text
my side of the story.
“Dengan nama Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang”
Aku mulakan ruangan kecil aku ni dengan satu cerita yang berlaku masa aku sambung pengajian aku di peringkat diploma dulu. Seperti insan-insan normal yang lain, aku pun ada kawan. Bukanlah seorang yg loner seperti mana yg kalian fikirkan. Persahabatan aku dengan si polan agak dikenali orang, sebab dimana dia ada, aku ada. Dan dimana ada aku, ada dia. Macam bayang-2, a pair and one of the greatest duo. Sejenis Batman dan Robin, atau persis Lennon dan McCartney. Everything went great, we did most of the things together. We went places and takde lagi pengalaman hidup aku yang se-seronok itu.
- Tapi, kalian harus ingat. Seronok yang kau rasa tu takkan kekal selamanya.
Awan gelap yang pertama, juga yang terakhir, kunjung tiba. Semester tu kitorang ada mega project dimana kitorang kne buat produksi teater sempena pesta teater tahunan kolej aku dulu. Both of us were separated to two different productions. Dia mula kenal dengan kawan-2 baru. Satu benda yang aku suka berkawan dengan si polan, sebab satu prinsip yang dia pegang. Member dia, member aku. Dia kenalkan aku dengan kelompok kawan baru yang dia ada and jujur aku kata aku takde isu dengan mereka. Hari demi hari, minggu demi minggu, dan bulan demi bulan. Aku sendiri tak sedar apa yang berlaku dan aku sendiri tak tahu mana silap aku. Setiap kali aku ajak si polan untuk lepak sekali, dan setiap kali tu jugak la si polan berdalih. Dia mula rapat dengan mereka. Aku tak kisah si polan nak berkawan dengan siapa, tapi aku terasa sebab kau tinggalkan aku untuk someone yang lebih better. Aku sedar kalau kita dalam satu pertandingan siapa yang lebih kelakar dan mampu untuk buat  kau gelak berdekah, aku akan kalah besar. Apa yang aku ada, apa yang aku mampu nak offer, cuma selalu ada. Tu je yang aku terdaya.
Orang mula perasan yang kita dah jarang lepak sama, jarang jalan bersama, jarang kemana-mana sama, jarang sama-sama. Tipulah kalau aku kata takde yang sampai siap tanya mana kau dan apa yg aku mampu kata cuma aku tak tahu, sedangkan lima minit lepas aku perasan kau kat tepi corner sana tengah makan dengan kawan-2 baru kau. Orang nampak pergerakan kita, orang jugak bercakap pasal kita. It was indeed a big issue back then sampai ramai yg kutuk kau and how your attitude changed lepas berkawan dengan kawan-2 baru kau, sampai ada yang siap datang kat aku and cakap “bertabahlah khalil, jangan sedih si polan ada member baru and dah tak lepak dengan kau mcm selalu”. Dan apa yang aku cuma mampu jawab, aku ok. Aku tak apa-2. I lied to them dan kata kita masih lagi macam biasa. Still tried my best to make you look good in front of those people. Trust me that was the biggest lie. Deep inside I was hurt. Sebab masalah dia sekarang aku selalu anggap kau macam seorang keluarga. Tapi kau layan aku macam aku ni just another total stranger.
Bukanlah cerita nak mengungkit. Tapi masa kau tengah tak ada apa-2 masa awal-2 dulu, I was there for you. For years, I was there for you. Soalan aku sekarang, were you really there, for me too?
khalimunan, 12:05 minit malam
0 notes
secretsthat-i-kept · 6 years
Photo
Tumblr media
Sunset - Kuala Lumpur
0 notes
secretsthat-i-kept · 6 years
Text
Secrets that I kept.
“Dengan nama Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang”
Hello, munan disini menulis lagi. Aku kembali lagi tapi kali ni aku tak lah se-depresi dulu. Mungkin Tuhan kasihankan aku atau mungkin juga Tuhan tak mahu aku bersedih lagi, maka Dia hantarkan aku beberapa insan untuk bantu aku bangun semula. Syukur, hidup aku getting better.
Sejak dari insiden aku putus kawan dengan si polan, aku bukan lagi someone yg mudah open up kepada org lain. Atau erti kata lain, aku cuma tunjukkan siapa aku yg sebenar kepada mereka yg aku betul-2 rapat dan betul-2 percaya. Dan disebabkan itu, ramai yg anggap aku sebagai seorang lelaki yang tidak senang didekati. Tapi hakikatnya, aku lah orang yang paling mudah untuk kau kenali. Mungkin kerana aku jenis yang makin kurang berbicara, dan lebih gemar berimaginasi dalam minda. Dan mungkin sebab itu orang lihat aku sebagai seorang yg tidak mudah untuk berborak-selamba serta misteri lagi penuh rahsia.
Dan ya, aku seorang yang penuh dengan rahsia.
So lend me a minute or two, And let me tell ‘bout them to you; Secrets that I have- Secrets that I kept.
khalimunan, 12:12 minit pagi.
0 notes