summerandevergreen
summerandevergreen
summerandevergreen
76 posts
growing up is a lonely process
Don't wanna be here? Send us removal request.
summerandevergreen · 1 year ago
Text
sara 26 years old
Hello i'm sara, i'm 26 years old. Saya sekarang masih lagi bekerja dekat kedai alat tulis tu. Tapi bahagian kerja dah berubah. Saya dah buat kerja bahagian bukak invoice dan quotation untuk barang barang sekolah. Baru je start kerja bahagian ni sebab two of my ex cowerkers resigned and madam said i was the most suitable person to take over the job. Bla bla bla whatever i'm just follow the flow because so far i feel like i can handle it well. Aku selalu berdoa, Ya Allah permudahkanlah urusan aku dunia akhirat. Setiap kali perasaan nak resign tu datang, aku akan berdoa lagi. This is just s seasonal feeling, its temporary U CAN HANDLE THIS. COME ON SARAH!
Please tell me why i mention my age on that tittle. Entah le idok le teman tau. Mesti sebab rasa macam middle age crisis is hitting me. Aku dah 26 tahun weh,,,tuanyaaa ><
Kawan ramai dah in serius relationship. Yang kawin yang tunang and i'm here fangirling over SEVENTEEN and ATEEZ hahahhahaha nangissss la aqueee. Tapi tu la aku okay je sebab aku memang tak ada rasa nak kawin tapi rasa nak ada pakwe tu adalah. Tapi aku ni sedar diri. WHY? Cause i'm a fat girl and usgly. Siapa je berkenan. Tak kesah lah. At some point i'm already accepted that guys will never see me as an attraactive girl. Apo nak buat diet ku tak menjadi sebab kuat makan hahahaha.
Hari ni raya haji tau tapi besok dah kerja so tak rasa cuti sangat pun. Ni baru balik dobi pastu rasa nak tido atau makan tengoklah mana nak buat. K tu je so random buat i miss writing nonsense like this LOL
0 notes
summerandevergreen · 2 years ago
Text
Selamat Jalan Buat Selamanya, Untuk Ayah Yang Paling Kakyang Sayang.
11.56 pm. dah nak pukul 12 means dah nak 11 mei 2023. sebenarnya, aku plan nak tulis post ni waktu 14 mei nanti. tapi aku risau aku penat kerja & takde tenaga nak bukak laptop. kebetulan pulak besok aku cuti, so boleh la taip panjang-panjang ni.
panjang kan mukadimah aku? haha. aku tak sanggup nak mulakan topik ni. masih berat untuk aku ceritakan. tapi kena jugak hadap, sebab tu semua takdir Allah.
14 april 2023. ayah pergi tinggalkan kami. hari jumaat 23 ramadan. ayah mula sakit awal puasa. last ayah larat masa hantar kak uda balik puncak perdana dia masuk sem baru. lepastu ayah demam on off & sakit kencing manis dia la. sampai timbul bengkak kat belakang. siapa la nak sangka sakit ayah melarat sampai macam ni sekali. ayah pergi je jumpa dr cuci luka. even MA kat sana cakap ayah dah membaik. cumanya dalam 3 4 hari sebelum ayah nak pergi tu, ayah macam susah bernafas tapi kitaorang takdelah fikir bukan bukan sangat. rawat je macam biasa. bagi air. tolong dia bangun. tapi ayah kadang tu macam sakit sangat. sampai nak mandi pun tak boleh so lap badan je.
14 april 2023 dalam 1 lebih camtu, ayah macam meracau & bercakap benda yang tak boleh nak faham. mak panggil jiran dtg tengokkan ayah. cuaca pulak panas camtu. so bagi ayah minum air & lap badan dia. pastu aku tengah rehat time tu, nak siap siap pergi kerja, jiran aku tu suruh minta maaf dgn ayah. aku cam ishh jangan lah cakap macamtu. tapi aku salam jugak ayah, cakap kakyg mintak maaf, aku cium pipi dia & aku pergi kerja.
setengah jam aku masuk kerja, tiba tiba ada budak kampung aku dtg kedai, "kakyg, kakcik suruh balik cepat". aku dah berair mata dah. lepas bagitau bos aku, aku dpt balik. sampai je rumah, dah nampak org ramai berkumpul. aku masuk je rumah, nampak ayah dah terbujur kaku & ada orang baca yasin. Ya Allah lemahnya ku rasa. dunia aku kosong waktu tu. aku rasa lost gila. aku menangis tapi aku cam blur. betulke benda ni jadi? aku cam confused.
bila keadaan dah mula sibuk, its hit me hard to accept yang semua ni betul berlaku. everything happen so fast. tapi Alhamdulillah, urusan untuk perjalanan terakhir Ayah dipermudahkan. semuanya selesai pukul 12 malam.
hari kedua ayah takde, aku masuk bilik, menangis aku sampai bengkak mata. aku cari video video ayah. aku nangis & air mata tak berhenti keluar. dia cam rasa sedih tu zzzapppp sekali menampar hati.
sedih. sedih sangat. aku masih teringat kat ayah. jejak yang dia tinggalkan membuatkan ianya terasa sukar untuk diterima. kasut dia, helmet, baju kerja masih melekat bau. kayu kayu yang dah dipotong, projek ayah yang tak sempat siap. haih sayu hati aku.
tapi takpelah. ada sebab kenapa Allah ambil ayah. ayah dah tak sakit dah. ayah dah selamat kat alam sana. kan, Ayah kan?
ayah, kakyang mintak maaf tak dapat nak jadi anak yang membanggakan. kakyg mintak maaf sebab kakyg selalu bagi alasan kalau ayah suruh tolong. kakyg mintak maaf ayah. sepatutnya kakyg kena tangkap gambar ayah banyak banyak, rakam ayah banyak banyak. tapi semua ada hikmahnya kan.
sayu rasanya bila fikir mak & kami adik beradik akan melangkah ke fasa hidup yang seterusnya tanpa ayah disisi. ayah, terima kasih atas segalanya. kakyg hidup sampai 25 tahun sebab mak ayah jaga kakyg elok elok. kakyg bersyukur sangat dilahirkan sebagai anak ayah.
Al Fatihah untuk Zawawi bin Muhamad 08/09/1965 - 14/04/2023.
0 notes
summerandevergreen · 3 years ago
Text
HELLO MY SAFE SPACE!
the last time i wrote here probably last june?? sekarang dah bulan september dah haha sooo like 3 months passed right. sooooo,,,, finally i can boast a lil bit la kotttt. i dah setel lesen (biar la rahsia kisah di sebaliknya haha) &&&& most importantly im finally a working adult dah tapi kerja kat kedai stationery je la puuuunnn. tapi takpe lah janji ada kerja at least ada la duit tu. tapi tipu la tak rasa loser bila bandingkan diri dengan kawan kawan yang lain. kerja elok dalam ofis dan yang penting cuti sabtu ahad. kerja i cuti sehari je seminggu tu pun masa weekdays. tu pun kejap hari selasa la khamis la. tak tentu jugak.
penat. memang penat kerjanya. sebab kena serve orang kan. takut sebenarnya sebab customer ni macam macam perangai. paling takut kalau buat silap sebab nanti customer marah. bos marah jugak la nanti hahahahha. tapi setiap kali kat tempat kerja, im just doing my best. like setiap pagi clock in tu, i just looking forward to waktu rehat. after rehat, i looking forward to masa balik. gitu la ulang ulang everyday. nak looking forward in a long term macam jauh sangat so i look at the short term je. hahah pape la janji survive tak gituuu haha.
yang penting, aku ada kerja. dekat dengan rumah, Alhamdulillah nak pergi kerja 5 minit je. aku nak duit sebab nak tolong keluarga. tak berharap dapat jadi kaya. cukuplah aku boleh cukupkan makan minum keluarga aku. pelan pelan. ada rezeki lain, kita terima je.
im writing this dengan harapan in future kalau di takdirkan aku penat dgn kerja ni, aku boleh mencari kekuatan untuk bertahan. we never know what future holds kan?
kuat untuk aku. untuk mak ayah. ingat tu.
0 notes
summerandevergreen · 3 years ago
Text
"I'm sorry. I'm so sorry. I know you can't forgive me, but.."
"I won't forgive you. Because there's nothing to forgive you for. You didn't do anything wrong. I'm truly glad you have a happy life. So please, continue to live a good life, just as you have been until now."
5 notes · View notes
summerandevergreen · 3 years ago
Text
i'm not unhappy but i'm not happy either.
0 notes
summerandevergreen · 3 years ago
Text
it feels like i'm stuck, but i don't know how to get out.
0 notes
summerandevergreen · 3 years ago
Text
Just A Random Thoughts At Random Times
hai hello annyeong (jungwoo's voice)! internet i baru renew hihi baru dapat bukak tumblr ni. i tot tumblr dah shut down tau. baru nak mental breakdown. i sayang gila dengan acc tumblr i ni sebab i banyak curhat kat sini. rasa macam personal space gitu. pastu tangan pun dah gatal je nak taip panjang panjang nak curhat tapi tak tau nak mula dari mana haha.
so far hidup macam ni jugak. takde perubahan. masih miskin, masih hodoh hahaha. penat sebenarnya nak rasa macam ni. the feeling of being a useless person. the jealousy feeling seeing your friends living their lives at their best. seronok je tengok diorang. sekolah lepastu grad pastu dapat kerja pastu dah hidup dah ada jaminan. bahagia disamping yang tersayang. kenapa ya? aku tak macam tu? kat mana silapnya? banyak kali aku berfikir. aku ni tak layak hidup bahagia ke? lawak jugak bila fikir. rasa macam bodoh gila. like i literally have nothing to proud of. sedih la haha.
aku sampai fikir camni tau. kalau la kelahiran semula tu is really a thing, boleh tak nak dilahirkan dalam keluarga kaya raya hahah pastu cepat cepat la aku istighfar balik. berdosa tau fikir macamtu.
apa apa pun, aku selalu je pesan kat diri sendiri, yakin la pada Allah. memang kadang rasa tak adil. tapi dah tu takdir kau. terima je la. pelan pelan usaha. insyaAllah ada rezeki lebih baik untuk kau. tu je la kau selalu tanamkan dalam otak supaya hati aku ni macam terpujuk sikit. jadi la walau sikit terpujuk nya pun. nak harapkan siapa lagi kan kalau bukan diri sendiri hahaha.
0 notes
summerandevergreen · 4 years ago
Text
I BARU HABIS ISI PERMOHONAN KERJA!!
so hai hai hello. tadikan, lepas je kemas katil dah prepare nak baring-baring dah. plannya, nak sambung tengok vincenzo cassano tapi tetibe le pulak semangat tu datang. i bukak email, cek kena isi survey. lepastu i bukak email banyak banyak pasal kerja kosong. so ada la this one kerja yang ada area rumah i, so i terus je isi semua. i isi je tak fikir banyak kali. next, i habiskan isi permohonan guru ganti jugak hehe. deep in my heart kan, i memang harap i dapat jadi guru ganti ni tau. even kalau dapat pun, i akan jadi cikgu kejap je. but i really want to experience it once! hehe. harap dapat la.
so i pun terfikir la, i ni tengah proses entering adulthood kan. so, i kena jadi lebih matang dan kena improve myself. tapi, haih la. SEDIHHH tengok diri sendiri ni. jadual tidur messed up, diet lagi lah hampeh. ugh!!
AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA I NAK KERJA I NAK DUIT BANYAK BANYAK AAAAAAAAAAAAAAAAAAA SEBAB I NAK TOLONG PARENTS I SEBEB THEY DESERVES THE WORLD <3
0 notes
summerandevergreen · 4 years ago
Text
HAI I'M BACK!
Hi i;m back hahahha. selalunya kalau tetiba mood nak menulis panjang ni datang, sebabnya aku tengah mental breakdown tau. aku rasa period aku dah dekat ni sebenarnya sebab tu rasa macam serabut aje. between few days ni macam-macam benda jadi tau. dari masalah dunia, negara, kpop, kawan dan diri sendiri. hahahha kalau bukak twitter tu, bersepah timeline hahahhahha sebab too much nak catch up. dari petang tadi rasa cam ada benda tak kena tapi tak tau apa benda. apa ke benda yang buat aku serabut sangat. entahlah nyah aku pun pening.
rasanya mula-mula aku serabut sebab aku rasa aku kena diet. so aku baru habis praktikal tau. so basically, i'm finish with my engineering school la kiranya. i'm an official degree holder gitchu. so maknanya aku dah kena mula cari kerja. tapi, plan aku macamni. mula-mula, aku nak ambik lesen sebab benda tu penting kalau nak kerja kan. tapi, tempat lesen tutup pulakkk sebab pkp ni lah. dah kacau satu plan kat situ.
next plan pulak is yang tadi mula-mula aku cakap tu. AKU NAK DIET! HAHAHAHHAHAHAHAHAHHA BAGI AKU GELAK DULU. tapi tu la. nak mulaaa tu. nak mencari semangat nak mula tu. apa yang patut aku buat. nak start dari pemakanan ke, rutin harian ke, senaman ke, jadual tidur ke aku pun pening nyah. tapi memang aku fokus nak kurus dulu. sebabnya kalau nak kerja, kena la elok sikit. aku ni dah la tak lawa, gemok pulak tu. kat tempat intern tu banyak kali kena bodyshaming hahahha takpe la dah biasa. tak larat nak terasa dah. even dengan parents sendiri pun kena bodyshaming hahaha. dulu time muka banyak jerawat pun kena jugak. ni nasib la muka dah kurang jerawat. kalau tepek foundation tu nampak la muka helok sikit. haaaaa gitu la ceritanya. nak kurus sebab nak boost confidence. nak improve diri sendiri. serius, bukan sebab lelaki. tapi tu la, semua bermula dari diri sendiri kan. so i'm the only one that can make all those things happen. tapi, nak mulaaaaa tu dari mana chorrrrr!!!!! aaaaaa pening.
next issue yang aku rasa buat aku down lately ni, bila aku rasa diri aku makin teruk. bab amal ibadat out teruk. aku rindu diri aku yang dulu. yang masih ada rasa keinginan untuk beribadat, yang kalau jumpa video ceramah aku akan dengar sampai habis, yang kalau jumpa doa dan amalan, aku akan simpan dan bookmark. tapi sekarang, semua benda-benda tu aku buat tak endah je. rasa berdosa sangat. dengan dunia dah akhir zaman, aku masih hanyut dengan benda benda dunia. sejujurnya, aku takut dengan pengakhiran aku. so conclusion nya, aku nak jadi lebih baik. tapi tu la, nak mula dari mana.
haih panjang eh aku menaip kali ni. tetiba pulak ilham datang melimpah ruah hahahhah. k la babai <3
0 notes
summerandevergreen · 4 years ago
Text
The Way My Heart Still Skip A Beat When Its About You
Sometimes, i just cant believe that i still thinking about you. So yesterday, i dreamed about you. It was a really messed up dream and i think i can called it as nightmare but...... I dont want to wake up from my sleep. That because YOU WERE THERE!!! When i wake up, my heart really skip a beat. It feels like you really here with me. In that dream, you take care of me, and the presence of you really makes me happy and safe. Its like the old feelings that i had once feel before, back then when we used to see each other everyday. Boy, i miss you. I really do. I cant believe that my mind will mess up whenever anything about you appear. Just you know, my handphone password is your birthday. Ahhhhh i miss those days when i can see your face. We didn’t talk to each other but we still accidently met at corridor and i will be awkwardly weird hahahaha ugh. STOOPID!
0 notes
summerandevergreen · 5 years ago
Text
Saja nak bercerita
Sekarang ni, aku tengah struggle nak habiskan tahun last belajar sebelum praktikal. Aku rasa kenapalah aku suka sangat membazir masa. Benda yang aku fikir susah, sebenarnya senang je. Tapi tu la, aku dah kesuntukan masa dah. So aku tak dapat nak buat yang terbaik. Sekarang belum siap lagi sepenuhnya, tapi dah ada la progress sikit. Aku rasa lah, kalau aku dapat habiskan sem ni dengan jayanya, aku akan bangga dengan diri aku. Nak tau kenapa, sebabnya i’ve been through a lot tau tahun 2020 haritu. Tengah proses repair rumah, so rumah sepah, busy kena tolong itu ini, selalu ganggu fokus time kelas. Pastu, hujung tahun lepas, ayah pulak sakit sampai masuk hospital. Tak pernah jadi macam tu tau. Dah la time tu tengah busy, ayah jadi macamtu, kena gilir-gilir jaga kat hospital semua. Tambah pulak fyp ni haa, aku sampai rasa nak mati je la. Tapi sekarang dah lepas fasa sukar, fasa dimana aku rasa tak boleh nak teruskan apa-apa. Sekarang dah masuk fasa habiskan lagi sikit, sikit je lagi nak habis. Haa gitu lah. Dah la time aku taip benda ni, aku tengah period tau. And kalini, period pain dia sakit nak mampus, sampai 3 hari. Memang kerja tak jalan la weh. Aku terbaring je. Harini pun sakit lagi, risau pulak aku. Dah la gerak lu.
4/1/21 hotak dia dah 2021 mana kereta terbang woi!!!!
0 notes
summerandevergreen · 5 years ago
Text
can i pass this phase?
currently, i tengah struggling in my study and stuff. sampai tahap, rasa nak give up. hari hari hidup tak tenang sebab fikir benda ni. people said, lagi sikit je. semua akan payoff nanti. for me, aku tak yakin dengan kata-kata tu. lepas semua ni, berakhir, aku akan bahagia ke? yang paling aku risau, boleh ke aku hadap fasa yang sukar ni. mampu ke aku. rasa takut dengan apa yang akan datang sebenarnya.
0 notes
summerandevergreen · 5 years ago
Text
Tak adil bagi kamu, lagi tidak adil bagi aku.
kau cakap kau tak bahagia, sedangkan kau punya segalanya. kau hidup dalam kehidupan yang aku idamkan. kau sempurna dari segala sudut, sedangkan aku hanya punya hal yang sederhana. tiada apa untuk dibanggakan. aku faham, kita tak boleh percaya apa yang kita nampak dengan mata kasar. people said, everyone struggling differently, be kind. aku bukan menidakkan kata kata itu, cuma kadang aku jadi sakit hati. kau dah ada segalanya, apa lagi yang membuat kau sedih, kononnya? why dont you live your life at the fullest. kau tau, aku berharap untuk punya kehidupan seperti kau, tapi aku tau aku takkan punya peluang itu. dari awal lagi, beginilah kehidupan aku. sentiasa kurang dari orang lain. aku bersyukur dengan takdir aku, cuma terkadang aku merasakan ianya tak adil bagi aku. tiadakah peluang untuk aku hidup seperti dia, yang punya segalanya?
0 notes
summerandevergreen · 5 years ago
Text
Akan munculkah peluang itu?
Aku nak jadi seseorang yang lebih baik. Seseorang yang meletakkan ibadah sebagai pegangan hidul, seorang yang selalu bersangka baik dengan orang lain, seseorang yang selalu berusaha menjadi lebih baik dari semalam. Adakah wujud peluang sebegitu untuk seseorang yang masih tergapai-gapai mencari diri sendiri, iaitu aku?
0 notes
summerandevergreen · 5 years ago
Text
Apa yang aku harapkan?
Dah lama rasa macamni. Rasa diri tak cukup bagus berbanding orang disekeliling aku. Aku masih belum sempurna dari segi fizikal, ibadah masih tunggang langgang, aku masih terperangkap dalam sesuatu yang aku ingin tinggalkan. Aku sudah masuk fasa dewasa, tapi aku masih berusaha untuk menjadi seperti seorang dewasa. Rakan-rakan aku memasuki fasa dewasa dengan pelbagai pengalaman. Cinta monyet, patah hati, buat benda bodoh dengan kawan rapat, mencuba sesuatu baru bersama yang tersayang, puberty hit, glow up hit differently on them tapi kisahnya tak sama seperti aku. Hidup dirumah, ahli keluarga ramai, tapi aku tetap rasa sunyi. Tiada rakan dia kawasan rumah, hanya mampu melihat adik-adik aku meluang masa bersama kawan mereka. Mereka ketawa sambil bersembang hal hal sederhana yang kelihatan lucu bagi mereka. Aku pernah alami hal seperti itu, iaitu zaman sekolah dimana ianya 5 tahun lepas. Lepas habis sekolah, aku makin kesunyian. Aku tak seperti diri aku ketika fasa remaja sekolah. Pemikiran aku makin berserabut, makin banyak aura negatif, i'm struggling to hold on everytime i face something that breaks my heart. Banyak kali aku fikir, kenapa aku hidup macam ni? Kenapa fasa aku membesar tak seronok macam orang lain. Kenapa tuhan seolah tak adil pada aku? Aku cuba sehabis baik aku untuk memujuk hati. Tapi masih, aku mengeluh dengan apa yang aku lalui. Ini semua tak adil bagi aku.
0 notes
summerandevergreen · 5 years ago
Text
Takpelah, pelan-pelan.
Aku tengah cuba ubah diri aku ke arah yang lebih baik. Kadang aku rasa ada motivasi, kadang aku rasa usaha aku sia-sia. Entahlah, masih awal untuk aku buat kesimpulan. Tapi, aku cuba pujuk hati. Takpe lah, yang penting buat pelan-pelan. Kalau hari ini, aku cuma dapat laksanakan satu je goals aku, okay la tu. Yang penting aku cuba, kan? Siapa lagi nak bagi aku motivasi, kalau bukan diri sendiri. Ye la, orang yang ada disekeliling aku ni tak membantu pun. Haih la, semoga usaha aku ni ada hasilnya. Biarlah tak banyak, janji ada.
0 notes
summerandevergreen · 5 years ago
Text
Definisi: Escape Place
Apa yang aku nak, hanyalah ‘escape place’. Escape place dimana aku boleh melepaskan segala yang terbuku. Definisi escape place untuk aku adalah seorang kawan di kawasan rumah (aku membesar sebagai budak asrama). Aku takde kawan lansung dekat kawasan rumah. Sejujurnya, aku jealous tengok adik-adik aku, ada kawan ramai, datang rumah, tengok tv sama-sama, lepak petang sama-sama, tangkap gambar sama-sama. It looks like its just a childish jealousy, tapi bagi aku, it was a serious matter. Sebab aku tak dapat nak luah dekat sesiapa, aku pendam je. Ada je kawan untuk sembang through ws, tapi aku tak kuat untuk luah benda ni. Aku lagi selesa tulis dekat private acc of twitter ot tumblr, sebab takde siapa akan judge aku (hopefully). Aku rasa loser sangat tau. Im older but they got everything they want. I got money, but they got the happiness. Malas nak cerita tentang serabut kat rumah, where it adds up the stress of my mind. Tak tau lah, tapi kenapa aku kena hadap benda macamni. Everyone i knew, semua ada kawan. Kenapa aku takde? Kenapa hidup aku lain daripada orang lain. Aku ni tak layak bahagia ke?
0 notes