Tumgik
sunmutsrm-blog · 11 years
Text
Mr. Tumnus
Lama dah aku tak pegi jengah rumah mr.tumnus. Lama jugak dia tak datang rumah ke sms ke tanya khabar aku. Malas ah aku ambik pot pasal dia lagi. Takkan aku nak terhegeh-hegeh. Dia dah eksen skang dengan sebab musabab yang aku sendiri tak pasti. Entah kenapa aku tuduh dia eksen aku pun tak tau. Haa adela sebab tu pasal haritu aku ajak jumpe minum kopi dia menolak, kasi alasan nak repair bumbung rumah. Kejadah apa duduk kat apartment tingkat 2 nak ada bumbung rumah tak lojik betul. Pastu aku ada sengaja bukak henpon housemate aku rupanya dia sembang kawtim sama housemate aku dia tengah dok syok-syok temankan makwe brazil dia tengok wayang kulit pontianak dekat pekan! Dapat housemate pon baghal nak mampos pikir aku ni kayu ke konon aku tak tau. Eleh kite tak heran wek wekkk.
Pastu aku tengok kat tasik ade dinosaur.
Tetiba aku jadi tak suka dinosaur.
Aku jelir lidah kat dinosaur tu.
"Dalam dunia khayalan maya kita ini tiada yang benar kecuali perasaanku terhadapmu" - message deleted
Owwwo ohaiyo Mr. Tumnus!
0 notes
sunmutsrm-blog · 12 years
Video
youtube
Inilah Narnia. Indah sungguh. Semalam Mr. Tumnus suruh aku belah. Dia kata;
"Ya, pergilah. Jangan bimbang, kalau kau nak tahu wanita yang bersama aku itu pun lama aku tunggu. Macam kau tunggu aku. Kau pasti berjumpa yang lebih baik dan kacak dari aku".
Sambil ejas-ejas shawl merah dia pandang redup ke wajah aku. Aku tunduk, nak mencarut pun ada. Aku nak belah jauh-jauh.
Hari ini;
"Mrs. Tumnus, kita ditakdirkan bersama. Wanita yang bersama aku tu tak boleh kawtim".
Aku berlalu pergi. Aku kutip batu tepi sungai, aku baling kat Mr. Tumnus. Aku lari.
Aku harap dia kejar aku. Aku toleh belakang tengok kepala dia berdarah. Mr. Tumnus tergolek-golek mengerang kesakitan. Aku panik.
Kejap tadi aku intai rumah dia. Macam babi.
0 notes
sunmutsrm-blog · 12 years
Text
FAEZAH
I’m on my checkered shirts to work and you’re on your star wars limited edition shoes. Macam lagu.
  Aku lihat Mr. Tumnus menyarung sejenis kasut kanvas hitam yang dipercayai bukan dari jenis All-Star, tertera tulisan Star Wars pada lidah kasut tersebut.
Tumblr media
  “Fakinghel” bisik aku perlahan. Aku sedikit cemburu bercampur kagum.
  “Tengok kejap boleh?” aku mintak permission. Mr. Tumnus hulur sebelah kasut ke aku.
  Aku belek-belek, side kiri.. petak. Aku kerut dahi.
  “Apahal spongebob?” aku macam tak puas hati Star Wars limited edition katanya tapi badan si petak ni. Aku check bawah lidah kasut, original ni.
  “Star Wars crossover Spongebob” Mr. Tumnus bersuara sambil tersenyum, memecah kebuntuan di hati aku.
  “Pehhhhhh” aku terjerit panjang sambit sedikit meneran nada suara aku tu. Patutla ade Nickelodeon splash kat depan tu warna oren hitam! Patutla aku macam mengesyaki tak ori!
  “Ori, ori ni” aku telan liur sambil menghulur semula kasut tersebut kepada Mr.Tumnus.
  Tenenet!tenenet!
  Mr. Tumnus pandang aku, aku pandang tempat lain. Mr. Tumnus menekan-nekan henpon beliau sambil tersenyum. Aku cebik bibir, keluarkan henpon aku dan check Timeline.
  “Hai @FAEZAH,dah makan ke belum? I dah on da way tau.”
  Aku frust sangat.
  Aku terus tekup muka kat katil. Mr.Tumnus terkuis-kuis di birai katil. Serba salah agaknya.
  “Lebih baik aku bersiap pergi kerja” Aku teringatkan tentang panggilan telefon pagi tadi yang memerlukan aku ke luar daerah Narnia atas urusan kerja. Aku masih bersedih tetapi harus aku gagahkan diri.
  Aku bingkas, pakai foundation dan eyeliner tebal-tebal sambil memberangankan yang Mr. Tumnus akan menghantar aku sehingga ke tempat kerja. Remuk betul hati aku pagi itu. Tapi yang membuatkan aku sayu adalah Mr. Tumnus tak henti-henti memujuk aku yang benar-benar sedang terkilan.
  Kedetrangggg!!!
  “Adoiiiii!!” Aku usap-usap kepala aku. Sakittttt sangat!
  Aku nampak dulang tembaga tak jauh dari tempat aku berguling-guling.
0 notes
sunmutsrm-blog · 12 years
Text
Dominos
Semalam petang aku ke dominos pizza untuk meraikan hari jadi seorang kawan. Pada fikiran aku, apalah sangat bestnya makan kat dominos ni. Aku lapar nasik. Memang Malaysia sejati perut aku ini. Tetapi demi menjaga hubungan baik sesama handai taulan aku layankan sahaja perangai mereka ini.
Sedang kami bergembira menikmati pizza yang pada aku sedap makan sewaktu menonton tv di rumah bersama keluarga itu kami didatangi seorang tua berpakaian agak lusuh, berkemeja biru dan berseluar pendek di balik cermin tingkap di sisi aku. Dari gayanya dia kelihatan amat lapar lalu aku keluar dan menghulurkan sepotong pizza kepadanya.
Aneh, dia Cuma menggelengkan kepala sambil menulis sesuatu di atas cebisan kertas yang dikutipnya di tong sampah.
“Eiyy kotor” kataku.
Orang tua itu senyum dan menghulurkan kertas tersebut kepadaku. Hatiku terdetik mungkin si tua ini memberikan nombor telefon atau alamat rumahnya barangkali agar aku dapat membelikan dia pizza sekurang-kurangnya 4 kotak. Aku simpan di poket seluarku dan apabila kuangkat mukaku, orang tua tadi hilang dari pandangan lalu aku masuk semula menyertai rakan-rakanku yang lain.
Sesampai di rumah aku teringat akan cebisan kertas tadi lalu aku terus membaca..
4A 6F 6D 20 6B 61 77 65 6E 20 64 65 6E 67 61 6E 20 61 62 61 6E 67 2C 20 61 62 61 6E 67 20 61 64 65 20 6B 65 72 65 74 61 20 70 6F 72 73 68 65 2E 2E
“Laa..result SPM dia ke apeni?” aku tergelak sendiri.
“Kesian, pakcik tadi tak siuman rupanya. Nanti aku nak masak-masak sikit dan cari dia kat area tadilah.” Aku senyum.
0 notes
sunmutsrm-blog · 12 years
Text
Sejuk
Menelentang. Terlungkup. Mengiring. Silat Panggung. Mengeluh.
  Jendela dikuak, pandangan ditebar ke langit hitam. Dari samar-samar cahaya bulan nampak jelas aktiviti witch-witch jahat jalankan urusniaga seludup potion dari negara jiran.
  Aku geleng kepala.
  “Entah bila agaknya kerajaan nak halalkan penggunaan hablur penyepatpanasan air ni. Apa bodoh ke takkan selama-lamanya gua nak bertenggek depan pendiang api tu?”
  Sejuk lain macam betul cuaca malam ni. Ada yang tak kena ni. Hati aku betul tak sedap.
     “Kau rindu kat dia kan?” Tiba-tiba Benny bersuara.
  “Siapa? Taklah, mungkin aku rindukan kenangan kami je” aku membalas.
     “Kejadah kenangan? Bila masa kau orang ada kenangan?” tambah Benny.
  Aku ketawa.
     “Aku nak pegi rumah Mr. Tumnus lah”
  “Bila? Sekarang?”
     “Sekarang. Now”
  “Amboi cakap omputeh..hehe”
     “Semangat baru” aku senyum.
  Benny campak jaket bulu kat aku.
     “Thanks”
                                               ***
  “Assalamualaikum Mr. Tumnus!” berdebar-debar rasa di hati.
     Aku ketuk kuat sikit.
  “Waalaikumussalam” pintu dibuka.
  Mr. Tumnus aku lihat sangat gorgeous, bersih dan wangi. Wajahnya yang jernih dan selalu tersenyum itu menghipnotis akal dan daya tahan warasku.
  “Ya, ada apa Mrs. Tumnus?” tanya beliau sopan kepadaku.
     “Ini..ini..ada kopi 3 in 1 tak?”
tiu.
0 notes
sunmutsrm-blog · 12 years
Text
li-te-ra-ture
Kesu..sa..su..ta..apa sial? Ah, ingat aku rajin sangat ke nak memahamkan mende yang dia tulis ni. Kasila ayat yang senang sikit aku nak paham, dahlah aku ni sekolah tak habis, nak membaca tu punyalah malas, takde soon langsung. Buatla kasi aku semangat sikit nak mengadap surat ni. Nak jugak menayangkan perbendaharaan kata dia yang tinggi tu, bahasa arakian al-kejadah purbakala tu. Ingat aku tukang kasi markah ke?
      “Bongok lu ni. ke-su-sas-te-ra-an la siamang. Ape bengap lu ni?” Cik Hazel, guru menjahit seberang sungai. Dia ambik tempah jahit baju, langsir, stokin, permaidani dan karpet terbang.
  Aku terpisat-pisat sambil pintal hujung baju, sengih-sengih.
      “Mana tau kak, sebab tu datang sini mintak tolong bacakan”.
  Cik Hazel geleng kepala. “Lu dulu sekolah sampai menengah berapa?”
      “Darjah 6” aku tunjuk jari yang menunjuk ke angka enam.
  Kening Cik Hazel berkerut “Kenapa tak naik menengah?”
  Aku tunduk.
      “Sekolah menengah kena duduk asrama, jauh pulak tu kat utara Narnia. Nanti mesti berjauhan dengan Mr. Tumnus. Balik pulak dua atau tiga bulan sekali”
  “Kaedahnya, ya?” Cik Hazel turunkan cermin mata dia sampai hidung dan merenung aku dengan wajah yang..entah, aku tak berapa nak faham maksud pandangan tu.
  Ada salah cakap ke aku tadi?
0 notes
sunmutsrm-blog · 12 years
Text
Kuda
Itu macam ada satu lohong.
  Babi Mr.Tumnus, aku dah cakap nak borrow kuda dia boleh je buat tak tau. Aku jengah dari balik pokok. Serombong asap ada aktiviti, maksudnya dia tengah nak bancuh kopi. Aku call tak angkat, apa dia sengaja menidakkan pendailan aku ke apa? Ingat aku memain ke ni?
  Pasukan koboi dah bersiap sedia nak pergi bertempur, ada rascal bikin kacau kat town sebelah. Masalahnya, kuda tak dapat pinjam lagi ni.
     “Next time lu kena beli kuda sendirila..” Cip Norak bersuara kental. Jarang-jarang aku dengar Cip Norak sound-sound tegak camni. Bergetar jugak rasa kena sound sekali-sekala.
  “Aku dah cakap kat dia 2 jam lepas. Aku sms” aku balas sambil terintai-intai kotej Mr. Tumnus dari balik pokok.
     “Pegi jela ketuk pintu rumah dia, cakap kat dia. Itu pun susah ke?” Cip Pikak menambah.
  Lutut aku goyang. Aku diam je sambil skodeng.
     “Ko expect kitorang nak duduk sini layan ko skodeng dari balik pokok?”
  “Masalahnya…” aku pause.
     “Biar aku yang ketuk” Cip Norak dah jalan ke depan.
  “Woi!” aku tarik tangan Norak, hampir terjatuh Norak dibuatnya.
     “Ko ni kenapa Mrs. Tumnus? Ko dah sms dia kan tadi pagi, kira kita datang ambik kuda jelah sengal”
  “Aku dah sms…”  aku balas.
  “…tapi tak tekan send” aku diam.
  Cip Norak dan Cip Pikak pun diam.
  Aku balik rumah jalan jencut-jencut. Topi koboi aku entah ke mana.
0 notes
sunmutsrm-blog · 12 years
Text
Sayur
Aku hulur tangan kat Dora. Dora pandang Sam, Bija dan Fani lantas serentak menggeleng kepala tanda tidak mahu.
  ***
  Aku lajukan hayunan kaki. Tak pasti siapa yang mengekori derap langkah aku. Sesampai aku kat lorong kecil belakang kedai runcit Vina aku terus sembunyikan diri. Agak saspen jugak nak tengok siapa yang dok folo aku tu. Aku letak barang-barang kat bawah, sinsing lengan dan bersedia,
     “Apa nak jadi, jadilah. Ke balai, balai lah.”
  “HOIII!!”
     “O mak jiran kau kawen dengan bapak sedara aku!” aku sedikit melompat.
  “Kahkahkah melatah macam mak nenek! Nak kata dah tua, baru je masuk 472 tahun!” Dora, dan Fani ketawa guling-guling sambil tahan perut.
     “Setaaaaannnn! Ko ni kenapa hah? Nasib baik aku tak pegang spetol tau tak?”
  “Kahkahh spetol konon, entah ko tau mana picu tah tidak kahkahkah”
     “Dahlah, dahlah aku nak balik ni. Ada hal ni. Korang ni nak ke mana ni?” aku bergegas ambik barang.
  “Kitorang folo ko tadi” Dora dan Fani cekak pinggang ala Sailormoon. Tak semena-mena macam ada cahaya dari belakang dorang yang membuat efek backlighting dengan berkesan sekali. Fuhhh..terel.
     “Erkk…” Aku sengih kerang sambil buat signal jari ‘peace’.
    ***
  “Pisang tanduk dengan benih kacang bendi? Betik?” Muka Dora hampa.
     “Ko pikir ape? Sedap dohh betik ni, manis. Tadi aku makan sikit kat rumah dia.” Aku angkat-angkat kening.
  Dora dan Fani bagi pandangan tak puas hati kat aku.
     “Kau ni makaaaaan je. Bila nak gemuknya?” Fani rampas mamee dari tangan, faveret cikedis aku.
  “Oi, bak sinilah setan. Gemuk pejadahnye gua makan mamee je pon. Mende lagi yang ko nak tau ni? Tak faham lah I.”
     “This is not funny ok” Fani bersuara.
  “It IS not funny. You are Fani. Bak sini mamee aku. Kau ni Fani ke funny ni?” Aku ketawa. Aku rampas semula mamee aku dari tangan Fani.
  Fani cekak leher aku.
     “Kau buat apa kat rumah Professor Madonna?”
  “Kruup” aku kunyah perlahan.
0 notes
sunmutsrm-blog · 12 years
Text
Suara Nakal
Aku tercari-cari kelibat kancil putih 660 di jalan hadapan.
      “Ai, laju bebeno? Tadi betul-betul depan aku” aku cakap dalam hati.
     “Tu la. Ade stiker Laney kat bontot kereta tu” ada satu suara membalas.
  Pantas aku toleh ke kiri, takde sesiapa. Mustahil aku ade angkut orang. Lepas lepak BP Mall tadi aku sorang je naik kereta ni. Member baik dari jauh datang, nak lepak BP Mall katanya nak layan Rengit Kopi. Pastu member tu ikut si Laney tu naik kereta dia.
  Aku jengah kat rear mirror. Takde orang, pelik. Ah malas layan ah.
      “Hijau,hijau,hijau..kuning,arghhh!”
      “Langgo jela cepat. Sempat lagi tu selagi belum merah!”
  Sreeeeeet! Aku brek mengejut.
      “Babi-lah wey! Siang-siang tak payah nak takutkan aku lah!” time ni aku dah menyirap. Aku Nampak kancil Laney selang 2 kereta kat depan.
  Tut-tut *caller ringtone Aizat kedengaran*
      “Hello, hello Laney jumpa kat Sandman teruslah. Aku tak lepas lampu merah. Tasha ok? Ok,k”
      “Lambatla ko drive. Macam kura-kura. jalan BP pun tak lepas” suara tu kedengaran lagi. Aku buat tak dengo je. Fedap.
                                                 ***
  Aku sampai je budak bedua tu dah tunggu kat bawah Sandman, kedai gitar terkenal kat Batu Pahat ni.
      “Kancil ko tumbuh kepak ke ape?”  Aku cakap sambil beraksi macam Mothman.
  Laney dan Tasha bantai gelak.
  Masuk je Sandman semua ternganga dan keadaan kecoh sekejap.  Dalam reremai manusia tu semua dok kerumun Tasha mintak tanda tangan dan ambik gambo. Aku pegi kat kaunter, tunjuk Laney kat uncle.
      “Blow”
  Uncle senyum, angguk-angguk kepala sambil juihkan bibir merujuk ke Tasha yang dikerumuni ramai tu.
  Aku angguk, duduk boring kat kaunter sambil perati gelagat manusia yang jakun tengok manusia.
      “Ape boringla jadi Natasha Bedingfield ni.” Aku menguap.
      “Keh keh keh” Suara tu gelakkan aku. Aku dah pasang kuda-kuda.
9 notes · View notes
sunmutsrm-blog · 12 years
Text
Aku Terbang
Tadi pagi Rahman datang rumah aku. Entah nak ajak ke mana, pagi-pagi buta dah tercegat depan rumah.
  “Kau ni tak boleh nak tunggu siang sikit ke? Pukul 9 ke pukul 10 ke..” aku marahkan  Rahman sambil menguap. Kain pelikat aku buat bungkus badan dan kaver rambut yang kusut.
  “Gile ah kau pompuan bangun pukul 10, aku ni pukul 6 dah siap mandi” bebel Rahman lagi.
              “Ngko nak ape?” Malas aku cakap panjang dengan Rahman.
  Rahman diam, tunduk. Tiba-tiba Rahman bersuara perlahan,
  “Aku eksaited nak tengok ko terbang hehe”
               “Haaa?”
  Aku terus masuk rumah tukar baju. Aku keluar balik dan terbang keliling rumah. Dari pandangan bumbung rumah aku perati gelagat Rahman tepuk-tepuk tangan sambil melompat-lompat kegirangan.
  “Hari Ahad nak tido lama sikit pun tak senang. Huh.” aku cakap dalam hati.
0 notes
sunmutsrm-blog · 12 years
Photo
Tumblr media
“Aku tunggu kau kat bawah lampu jalan
Pukul 11 malam, time bulan mengambang
Kau kata kalau balik nanti kau lalu sini karang
Tapi nak masuk pukul 12 pun bayang kau tak menjelang
Sesejuk-sejuk angin malam aku tunggu sorang-sorang
Lagi sejuk kau buat hati aku macam ni tau tak?
Ngam-ngam pukul 12 aku dah takde rasa nak tunggu lagi
Kalau kau rasa kau boleh tipu aku, tapi tidak lain kali
Hantu jembalang yang lalu pun tak dapat beza mana aku mana lampu
Aku ambik keputusan untuk balik je pedulik ape dengan lu.”
    Bongok punya encik Tumnus. Kirim ubat nyamuk tak balik-balik sampai sekarang. Cakapla kau kelepet duit aku buat main tia. Bintat lagi aku malam ni. Celaka.
4 notes · View notes
sunmutsrm-blog · 12 years
Text
Puan Tumnus
Hai semua..nama aku puan Tumnus. Aku bukanlah isteri kepada encik Tumnus ataupun ada bau-bau bacang dengan dia pun, cuma aku rasa aku patut jadi bini dia dan tinggal bersama dia dalam negara Narnia. Mesti best setiap hari dengar dia main seruling dan dodoikan aku. Andai kata suatu hari nanti aku kawen dengan encik Tumnus, aku akan jemput kengkawan semua datang. Of course la kita akan buat majlis kat Narnia. Pegi lantakla dengan white witch tu aku pedulik apa. Tapi sementara aku belum jadi bini dia ni ada elok aku buat apa yang patut sebagai isteri dia, maksud aku sekiranya aku dah jadi bini dia lah. Warming up kata orang. Paling kuat jadi bini dia mesti banyak main tido je keje, maklumlah cuaca kat Narnia sejuk. So aku praktis tido lah ye. Babai :D
-puan tumnus-
0 notes