superarishame-blog
superarishame-blog
Rihlah AriSha
27 posts
Don't wanna be here? Send us removal request.
superarishame-blog · 7 years ago
Text
Grounding-Earthing
Tumblr media
21.10.2018
Setiap pagi...
Menyahcas...
Meneutralkan cas...
Tanggalkan seliparmu/kasutmu...
Dan bertatihlah memijak henyak rumput yang menghijau...
Di situ ada mustajabnya...
Tanah di permukaan bumi...
Mempunyai elektron bercas negatif yang dapat dipindahkan ke dalam badan dan meneutralkan “free radicals”--persis seperti sifat antioksidan...
Caj negatif dalam badan dapat diserap dan dineutralkan oleh permukaan tanah...
Badan kita terdiri daripada partikel atom--elektron bercas negatif dan proton bercas positif...
Positif dan negatif--Semua telah dijadikan berpasang-pasangan! Positif dan negatif--atom adalah neutral...
Atom adalah neutral melainkan ia kehilangan elektron--kehilangan pasangan...
Elektron yang tidak berpasangan menghasilkan “free radical” dengan cas positif...
“Free radical” dapat merosakkan sel-sel dan merupakan pintu kepada penyakit kronik...
Itu sunnatullah hukum alam.
Maka manfaatkan!
0 notes
superarishame-blog · 7 years ago
Text
🎒Essential Travel Pack
29.08.2018 🎒Susu tanpa gula tambahan, kurma, badam, pistachios, fish oil, vitamin. 🎒Masa kecik-kecik dulu sampai la besar gedabak ni, mama anak Pak Sukor selalu pesan hari-hari jangan lupa minum susu, makan kurma, makan pistachios. makan badam, makan fish oil, makan vitamin. 🎒 Sekarang dah besar gedabak pun mama anak Pak Sukor buat spot check suruh makan hari-hari. Tapi ada tambahan pula seorang lagi polis anak Wak Roji yang buat spot check 🤣🤣🤣😂😂😂. 🎒 Moga kamu membesar dengan sihat, sempurna, bijak dan kuat! Aameen. In sha Allah 👍🏼💪🏼🧠👶🏻.
0 notes
superarishame-blog · 7 years ago
Text
Aku.Musik.Kamu
17.09.2018
🎼 Classical Music | Musik Klasik 🎹 Mempersembahkan komposer lagu dan penulis lirik iaitu anak Wak Roji 😋. 🎹 Selain mendengarkan bacaan ayat suci Al-Quran kepada si junior yang boleh mendengar dan memberi respons terhadap frekuensi bunyi, alunan musik klasik dari Beethoven, Bach, Schubert, Mozart, Vivaldi juga dapat memberi efek menenangkan kepada si junior. 🎹 Kenapa musik klasik menenangkan? Kerana nota musik klasik tinggi dan rendah dicipta dan digubah pada frekuensi tertentu yang dapat memberi efek ketenangan. 🎼 Ting Ting Tang Ting...Ting Ting Tang Ting 😅😅
0 notes
superarishame-blog · 7 years ago
Text
Masjid ke-3
20.09.2018
DI SEBALIK TEMBOK YAHUDI, ADA DAMAI DI AL-AQSA
🕌 Dengan lafaz Bismillah... 🕌 Kita cuba mana yang termampu, lepas atau tidak itu urusan Allah. #IntoAlAqsa 🕌 Rasulullah S.A.W. bersabda:"Janganlah engkau melakukan perjalanan jauh (safar) kecuali menuju tiga masjid: Masjid Al-Haram, Masjid Nabawi, dan Masjid Al-Aqsa." --Sahih Bukhari & Muslim
0 notes
superarishame-blog · 7 years ago
Text
Phoenix Bangkit
22.09.2018
DI SEBALIK TEMBOK YAHUDI, ADA DAMAI DI AL-AQSA
Antara bait-bait lirik M. Nasir dalam lagu Phoenix Bangkit dari Abu… “Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan…dirindukan…”
Tanah yang dijanjikan... Mengapa mereka mahu kembali ke tanah Palestina yang dijanjikan ini? Bukankah selama ini sebahagian daripada mereka sudah selesa hidup di benua Eropah dan benua Amerika?
Kerana mereka meyakini tanah Palestina ini telah dijanjikan Tuhan kepada mereka. Mereka menyebut bangsa nenek-moyang mereka BANI ISRAEL. Dalam bahasa Ibrani, ‘ISRA’ artinya hamba. ‘EL’ artinya Tuhan. ISRAEL artinya hamba Tuhan—hamba pilihan Tuhan. Mereka meyakininya setengah mati.
Sumbernya dari mana? Judul bukunya “Tarikh Ad-Diyanah Al-Yahudiah” – “Sejarah Bangsa Yahudi". Ditulis oleh seorang ulama’ besar Mesir, pakar bangsa Yahudi. Penterjemahnya Abdul Somad.
0 notes
superarishame-blog · 7 years ago
Text
Shajaratul Gharqad – Pohon Gharqad
22.09.2018
DI SEBALIK TEMBOK YAHUDI, ADA DAMAI DI AL-AQSA
Mereka ambil tanah-tanah orang Palestina, mereka hancurkan rumah-rumah orang Islam, mereka bina tembok yang paling panjang.
Makanya, penjara yang paling besar dan paling panjang di dunia adalah Palestina. Bayangkan umat Islam terisolir dan mereka tanami tanaman hijau.
Tanaman apakah yang mereka tanam? Tanaman itu persis yang dikatakan Nabi S.A.W—shajaratul gharqad (pohon gharqad).
0 notes
superarishame-blog · 7 years ago
Text
Program Penghancuran Babylonia
22.09.2018
DI SEBALIK TEMBOK YAHUDI, ADA DAMAI DI AL-AQSA
Mengapa mereka marah dengan Babylonia? Kerana Raja Babylonia pernah menghancurkan kekuasaan nenek-moyang mereka.
Raja Babylonia yang dimaksudkan adalah Nebuchadnezzar. Lalu, mereka menyimpan dendam kesumat yang luar biasa--dendam kesumat yang tak pernah mati walaupun perkara itu telah terjadi ratusan ribuan tahun.
Mereka terus menerus mahu menghancurkan Babylonia. Di mana Babylonia itu? Babylonia adalah IRAQ. Makanya setiap naik tampuk kepimpinan presiden negara Uncle Sam yang didokong oleh mereka...mereka bantai IRAQ.
Kenapa presiden Uncle Sam yang baru-baru ini tidak membantai IRAQ? Kerana IRAQ sudah hancur, tidak perlu dibantai lagi. Sumur-sumur minyaknya telah ditakluk. Kini, ianya sudah menjadi negara boneka.
0 notes
superarishame-blog · 7 years ago
Text
Nabi Isa lahir di BaitulMaqdis
22.09.2018
DI SEBALIK TEMBOK YAHUDI, ADA DAMAI DI AL-AQSA
Kisahnya, ada seorang lelaki bernama Imran. Imran punya isteri bernama Hannah. Hannah bernikah dengan Imran dan lahirlah seorang anak bernama Maryam. Maryam lahirkan anak lelaki bernama Isa.
Hannah pula punya saudara perempuan yang punya suami bernama Zakaria. Zakaria punya anak lelaki bernama Yahya. Keluarga kecil ini disebut dengan Ali Imran—Keluarga Imran.
Al-Fatihah, Al-Baqarah, Ali Imran... Ada dua surah khas untuk Nabi Isa A.S. Yang pertama--surah sempena nama datuknya, Ali Imran. Kedua, surah sempena nama ibunya—Maryam.
0 notes
superarishame-blog · 7 years ago
Text
Man Jadda Wajada
26.09.2018
📖 “Siapa yang tidak merasakan sakitnya pahitnya belajar walau sesaat, rasakanlah pahitnya kejahilan sepanjang usia. Anak-anakku sekalian, mungkin kalian akan merasakan pahitnya belajar, tetapi sabar...sabar. Mungkin agak sulit sebentar, tetapi sabar! Bertahun-tahun belajar tak akan lama karena setelah itu kau akan mendapat kehidupan yang indah berkilau permata, in sha Allah”
0 notes
superarishame-blog · 7 years ago
Text
💍Emas & Permata | Indah, Cantik Dipakai di Tangan
26.09.2018 💍Tapi Asalnya Dari Mana? 💍Asalnya dari dalam sungai... 💍Sungai itu mengalir airnya... 💍Di tepi sungai ada tanah liat... 💍Tanah liat dimasukkan dalam kuali... 💍 Digoyang dan diasingkan kotoran dan tanah liat... 💍 Akhirnya dapat butiran emas yang bercahaya. 💍 Lalu kemudian, apakah langsung menjadi cincin? 💍Tidak!.. 💍 Butiran-butiran emas disatukan dan dibakar... 💍Dipahat,diukir,dipotong,digrinder,dicetak... 💍Dipasang permata... 💍Permata pun pertamanya kusam... 💍Warnanya hitam legam tidak indah... 💍Kemudian diasah sampai indah berkilau cahaya... 💍Untuk menjadi cincin yang disematkan di tangan mempelai perempuan sahaja... 💍Perjuangannya begitu panjang... 💍Apa lagi mahu menjadi insan kamil—insan sempurna. 💍Oleh itu anak-anakku, bersabarlah!
0 notes
superarishame-blog · 7 years ago
Text
Tabung Al-Aqsa
DI SEBALIK TEMBOK YAHUDI, ADA DAMAI DI AL-AQSA
In sha Allah, awal bulan November 2018, kami akan bertolak ke bumi Al-Aqsa. 
Sebuah akaun rasmi di bawah kelolaan Seksyen Komunikasi & Korporat UPM (bagi siapa yang ingin menyalurkan sumbangan pembangunan ekonomi dan insaniah rakyat Palestin) untuk disampaikan kepada imam besar Masjid Al-Aqsa sedang diselenggarakan.
Dalam pada itu, ada juga yang sering bertanya...Antara persoalan yang sering diutarakan oleh rakyat Malaysia jika hendak ke Palestin…
“Selamat ke? Tak menyokong ekonomi Yahudi ke?”
Sepatutnya mereka perlu kaji dulu sebelum bertanya…
Bumi Al-Aqsa telah dibahagi kepada 3 buah bahagian—bahagian A, B, dan C.
Bahagian A (e.g. Gaza, Jericho)—khas untuk orang Muslim Palestin sahaja (Di bawah Akta Undang-Undang, orang Israel tidak dibenarkan memasuki bahagian A).
Bahagian B (e.g. Tel Aviv, Nazareth) – khas untuk orang Israel (Yahudi & Kristian) sahaja (Di bawah Akta Undang-Undang, orang Palestin tidak dibenarkan memasuki bahagian B).
Bahagian C (e.g. Jerusalem) – khas untuk orang Muslim Palestin dan orang Israel (Yahudi & Kristian) yang dilahirkan di kawasan itu boleh menetap di sana.
Rakyat Malaysia ke Palestin khusus ke kawasan Jerusalem.
Di Jerusalem, kita menyokong ekonomi Muslim di Palestin—makan di kedai orang Palestin, menaiki bas pelancongan kepunyaan orang Palestin dan membawa bantuan sumbangan kepada rakyat Palestin dari segi pendidikan anak-anak, pembangunan rumah warga tua, pembangunan rumah anak-anak yatim, dan pembangunan masjid-masjid di kawasan Jerusalem.
Moga kita masih ada hati--iaitu hati yang mudah lentur dan prihatin sesama saudara seagama di bumi para anbia.
Moga Allah, Ar-Razaq kurniakan rezeki kepada hamba-hambaNya dari segala sudut...
Moga urusan rihlah ini dipermudahkan...
Kita bersusah-payah mengorbankan wang, masa dan tenaga demi menyahut seruan hadis baginda Rasulullah S.A.W.
"Janganlah engkau bersusah-payah melakukan perjalanan jauh (safar) kecuali menuju tiga masjid: Masjid Al-Haram, Masjid Nabawi, dan Masjid Al-Aqsa." --Sahih Bukhari & Muslim
0 notes
superarishame-blog · 7 years ago
Text
✔ BACA...HADAM...HADIR...RASA
30.09.2018
📖 Buku-buku LONELY PLANET dibeli sewaktu belajar di bumi Amerika 🇺🇸(2011-2016)...
📖 Harganya murah...harga mampu milik oleh budak sekolah...
📖 Dulu, dalam naskhah MIDDLE EAST ni, ku baca tentang SAUDI ARABIA...
📖 Kenapa SAUDI ARABIA? --Niat mengerjakan umrah setelah tamat belajar...Alhamdulillah, biiznillah...ada rezeki menunaikan umrah selepas tamat belajar sewaktu masih bujang tratang tang 2016 & dan rezeki menunaikan umrah setelah berkahwin 2018...
📖 Selepas itu, ku baca tentang EMIRIAH ARAB BERSATU (UAE)...Alhamdulillah sempat ke Dubai & Abu Dhabi pada 2018...
📖 Kini, sebelum keberangkatan...ku baca tentang PALESTIN, ISRAEL & JORDAN--ada sejarah tersendiri...
📖 Niat untuk ke PALESTIN, ISRAEL & JORDAN sudah tersemat lama--sejak 2011...
📖 Dan seharusnya sebelum berkelana ke mana-mana, lumrah kita perlu membaca--macam nak buat research, kena buat literature review, macam nak kahwin, kena study kriteria bakal pasangan hidup...bukan main serbu tak tentu arah!
📖 Dan seharusnya bahan bacaan perlulah terdiri dari dua sumber--barat dan timur...
📖 Pengkaji barat ada hujahnya tersendiri...Pengkaji timur ada hujahnya tersendiri...Apabila digabungkan dua sumber itu, terpulang pada kita untuk buat penaakulan...
📖 Ilmu Allah itu luas. Bacalah! Hadamlah...Hadirlah...Rasalah...
📖 Sejarah bukan hanya cukup sekadar pencitraan dalam buku semata-mata, ianya perlu dirasa dan diceritakan bersama.
0 notes
superarishame-blog · 7 years ago
Text
AGAMA KEDAMAIAN
02.10.2018
Bethlehem: Masjid Umar Al-Khattab – Church of the Holy Sepulchre
Ketika membebaskan Palestina, tidak ada darah yang tumpah…
Ketika itu pendeta Kristian Ortodoks tidak mahu menyerahkan kunci kota Palestina kecuali hanya kepada pemimpin Muslim.
“Saya mahu menyerahkan kunci kota Palestina kepada pemimpin kalian secara langsung, tiada perantara. Siapakah pemimpin kalian?...”
“Umar Al-Khattab”…
Maka berangkatlah Saidina Umar Al-Khattab dari kota Madinah ke kota Palestina.
Pendeta Kristian Ortodoks menyangka bahawa Umar datang membawa ribuan pasukan, dengan tentara berkuda, baju besi, tombak, pedang, anak panah…
Ternyata Umar Al-Khattab hanya datang berdua bersama pembantunya dan seekor onta…
Kadang-kadang Umar di atas onta, pembantunya di bawah menarik onta…
Kadang-kadang pembantunya di atas onta, Umar di bawah menarik onta. Mereka saling bergantian…
Begitu sampai di pintu gerbang kota Palestina, giliran Umar menarik onta, pembantunya di atas onta…
Maka pendeta Kristian Ortodoks kehairanan…Mana satu Umar dan mana satu pembantunya?..
Ternyata orang yang ditakuti itu bukan karena kenderaannya, bukan karena pakaiannya, bukan karena seragamnya…tapi karena ketulusan hatinya.
Maka, pendeta Kristian Ortodoks pun menyerahkan kunci kota Palestina kepada Umar Al-Khattab…
Lalu, Umar pun masuk ke kota Palestina. Ada satu gereja di Bethlehem, lalu pendeta pun mempersilakan Umar solat di dalamnya…
Umar tidak mahu solat di dalam. Umar solat diluar depan gereja itu. Tempat sujud Umar Al-Khattab dibangunkan masjid…
Hari ini masjid itu masih tegak berdiri. Masjid itu bernama Masjid Umar Al-Khattab—berhadapan dengan gereja besar.
Kedamaian tidak ada yang menghancurkan, tidak ada yang menumbangkan, tidak ada yang diluluh lantakkan…
Maka, terbukti ajaran agama membawa pesan..”Wa maa arsalnaaka illa rahmatan lil alamin -- Dan tiadalah Kami mengutus engkau (Muhammad), kecuali untuk menjadi rahmat bagi semesta alam.” (Al-Anbiya 21:107).
0 notes
superarishame-blog · 7 years ago
Text
Pesan Orang Tua-Tua
Ingat pesan orang tua-tua...pesan dari mak-mak dan bapak-bapak dari segi perancangan kewangan untuk generasi pewaris.
1. Buka 2 akaun tabungan untuk bayi (atas nama ibu) semenjak bayi masih dalam kandungan -- Akaun simpanan semasa (Saving Account/ASB/Tabung Haji) & Akaun Simpanan Tetap (Fixed Deposit, FD). =D
2. Secara istiqamah, asingkan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan bersih bulanan untuk akaun simpanan semasa (Saving Account/ASB/Tabung Haji) bayi. =D
3. Masukkan sejumlah besar wang simpanan dalam Akaun Simpanan Tetap (Fixed Deposit, FD) bayi dan tunggu tempoh matang. (Ibaratkan macam duit dalam akan FD ni tak wujud, jangan dikenang-kenang!). =D
4. Setelah bayi lahir, segala hadiah berbentuk wang tunai (e.g. baby shower, doa selamat, angpaw hari raya, angpaw aqiqah) yang dikongsikan oleh tok nenek, saudara-mara, rakan taulan, khusus untuk bayi sila masukkan dalam akaun tabungan bayi (JANGAN PULA MAK BAPAKNYA AMBIL!). =D
5. Setelah bayi lahir, bawalah MyKid dan daftar akaun Tabung Haji dan daftar haji sekali. Transfer wang yang telah dikumpulkan sewaktu bayi masih dalam kandungan tersebut ke dalam akaun baru. =D
6. Setelah bayi lahir, bawalah MyKid dan daftar akaun ADAM50 . Transfer wang yang telah dikumpulkan sewaktu bayi masih dalam kandungan tersebut ke dalam akaun baru. =D
7. Setelah bayi lahir, bawalah MyKid anak dan wujudkan pelan perlindungan takaful untuk bayi seawal umur 30 hari. =D
8. Pelan perlindungan takaful boleh terdiri daripada dua polisi - Polisi pelan tabung pendidikan dan polisi kad perubatan 'medical card'. =D
9. Bagi yang lebih berkemampuan, beli lah hartanah semenjak umur bayi masih kecil dan tunggu sehingga bayi berumur 18 tahun, boleh jual semula hartanah tersebut dan buat modal tabung pendidikan. Tak perlu lah nak bergantung kepada PTPTN untuk belajar. Nak hantar anak ke obersea pun boleh kalau beli hartanah seawal mungkin untuk pelaburan pendidikan bayi pada masa hadapan. =D
0 notes
superarishame-blog · 7 years ago
Text
Maryam Bt. Imran (Coretan 1)
DI SEBALIK TEMBOK YAHUDI, ADA DAMAI DI AL-AQSA
06.10.2018 | Maryam Bt. Imran (Coretan 1)
-->Kurang lebih dalam empat minggu lagi sebelum keberangkatan kami ke tanah Al-Aqsa, biiznillah--dengan izin Allah, in sha Allah...
--> Dalam pada itu, masa yang terluang perlulah dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan menelusuri kisah sejarah wanita-wanita suci dan para anbiya berdasarkan lokasi-lokasi yang akan di lawati nanti...
--> Antara kisah sejarah wanita-wanita suci di bumi Al-Aqsa adalah kisah Maryam Bt. Imran (anak perempuan Imran dan Hannah) dan Rabiatul Adawiyah...
--> Mulakan dengan kisah Maryam Bt. Imran, anak perempuan Imran & Hannah. Hannah merupakan seorang wanita Yahudi yang tinggal di Nazareth.
--> Hannah sering bernazar agar janin dalam kandungannya akan menjadi hamba yang akan mengabdikan diri kepada Tuhan di Baitul Maqdis (Ali-Imran 3:35)...
--> Ali Imran--Keluarga Imran...Pada zaman itu, keluarga Imran merupakan antara keturunan yang terpilih melebihi umat-umat lain (Ali-Imran 3: 33-34)...
---> Bersambung...
0 notes
superarishame-blog · 7 years ago
Text
Hegen Malaysia
09.10.2018
💝Hegen | Make Every Drop Count 💝Revolutionary patented innovation Press-to-Close, Twist-to-Open (PCTO™️) 💝Express-Store-Feed in a single container 💝Hegen Malaysia | Cherish Nature’s Gift Party 💝Doorgift inclusive of:- 1. 3 Polyphenylsulfone (PPSU) breast milk storage air tight container 2. Manual breast pump 3. Lunch ticket for 2 pax at Thirty8 Grand Hyatt KL
0 notes
superarishame-blog · 7 years ago
Text
Makanan Sunnah
11.10.2018
Rasulullah S.A.W berpesan...
Mak-mak berpesan... Makanlah madu... Makanlah bijirin... Makanlah bahan tenusu.. Makanlah bahan kekacang... Makanlah buah-buahan segar ataupun buah-buahan kering... Yang penting..NO SUGAR ADDED Alhamdulillah lepas test MGTT 😊😊😊.
0 notes