#Lust“Tekesima”
Explore tagged Tumblr posts
Text










Lust “Tekesima” 2019 Kuala Lumpur, Malaysia Alternative,Indie,Psych Pop Rock,Experimental Dream Pop,Post Punk
full spotify
Tekesima” is a play on the Malay word "terkesima" – which means to be stunned, by an object or incident that instantly tugs at your attention. The record tells a story of growth and age – a quick yet foggy plunge into adulthood. The feeling of shock at the discovery of newfound demands and responsibilities, made more intense within the noise and excess that the Internet brings to the human experience. In a modern era where self-identity gets increasingly diluted, individuals struggle to be heard. Beneath it all, outcasts who are more apathetic deals with issues of intrusion and disenchantment brought forth by this uncharted progression. We hope you enjoy this record as much as we loved making it.....~ When it comes to LUST, it has always been about contrasts. Like how this saccharine-tinged indie pop ditty jars against the surprising and rather unsettling end to its accompanying music video. A lot happens within the confines of this track’s relatively laconic runtime. From the angular guitar lick that kicks it into motion, the colorings and recoloring of chords and riffs throughout the song and right down to the gorgeously constructed vocal harmonies peppered across it, you may possibly form a lazy impression that it’s just all a little too dense. But yet, the remarkable thing is LUST never allows the obvious technical complexities to outweigh “U I Adore’s” accessibility. Every note and beat played is essentially a slave to its listenability, designed to serve nothing but its pop sensibilities. And that is what makes the track and in many ways, the band sparkle. There is also a prevailing sense that this track – coming off LUST’s new album “Tekesima” – is not just a beautiful coincidence. That it was all constructed consciously and carefully. Proof of this is the wonderful unexpected chord change at the end that gives the track just that little affectionate kiss on the cheek before it’s sent out the door. That is not the work of four individuals writing their parts separately and trying to make it work, but the sound of a team coming together to achieve a common goal. This may sound a little uninspiring within the context of songwriting but LUST always ensures that there is a whole carriage of soul anchored to the back of its well-oiled songwriting machine. The testament of that is in the unspeakable joy one feels at the conclusion of the track. Although if you’re listening to it while watching the video, you may end up with a feeling that’s probably a little complex than ‘unspeakable joy’....~ Tracklist For U I Will He Said She Said Like The Back Of A Spoon Quemama Desire U I Adore 21st Century Spy Espionage Good To Know Tekesima Introspektiv Heartwarmer
Lust“Tekesima” 2019 Kuala Lumpur, Malaysia Alternative,Indie,Psych Pop Rock,Experimental Dream Pop,Post Punk
https://johnkatsmc5.blogspot.com/2025/06/lusttekesima-2019-kuala-lumpur-malaysia.html?view=flipcard
https://johnkatsmc5.tumblr.com/post/785697234750767104/lust-tekesima-2019-kuala-lumpur-malaysia
0 notes
Text
[Pentas] Sabdha

20 APRIL 2019 | SABTU | 4PM - Telah berlangsungnya satu persembahan seni muzik pelbagai genre untuk terakhir kalinya di Tingkat Dua. Acara ini dianjurkan oleh Sabdha dan ini merupakan acara sulung bagi mereka. Team Junklist berbesar hati kerana turut dijemput ke acara ini walaupun pada hari yang sama turut diadakan beberapa event besar di sekitar Kuala Lumpur seperti Konsert Big4Malaysia di HGH Convention Center Sentul, ZineXDiy di Oasis Ara Damansara, dan juga Live Out Loud di Angkasa Space Cheras. Ia juga sebagai penghormatan terakhir terhadap pihak Tingkat Dua atas kewujudan mereka yang hampir setahun dalam scene Indie/Underground tempatan dan menyediakan platform sama ada untuk band baru atau lama untuk memperkenalkan muzik mereka pada orang ramai.
Sabdha, diambil dari perkataan Sanskrit yang merujuk pada ‘perkataan yang dimanifestasi oleh bunyi atau lisan’. Sabdha merangkumi hubungan antara bahasa, bunyi dan budaya dan akan diwujudkan oleh rakyat, untuk rakyat. Itu adalah definisi yang diberikan oleh curator Sabdha.
Penulis tiba di lokasi sekitar jam 4 petang. Sebelumnya sempat juga penulis singgah di Oasis Ara Damansara bagi melihat kemeriahan acara Zine X Diy yang menghimpunkan karyawan-karyawan Zine dan juga turut diadakan mini gig. Bertepatan juga dengan pelancaran split zine Junkzine dan Speak, Junklist membuka booth untuk menjual zine terbaru tersebut. Saat artikel ini ditulis, zine tersebut hanya terdapat kurang dari 25 naskhah. Cepat dapatkannya dengan harga cuma RM10 (tidak termasuk postage ya). Penulis tiba sedikit lewat ke Tingkat Dua disebabkan hujan lebat yang turun sekitar jam 3:30 petang dan pada waktu itu penulis masih di Oasis Ara Damansara. Sebelum itu panasnya bukan kepalang. Tapi mujur hujan turun juga untuk mendinginkan sedikit cuaca pada hari itu. Setibanya di Tingkat Dua yang bertempat di sekitar Ara Damansara juga, kelihatan crowd masih menunggu di luar venue gig kerana pintu masih belum dibuka pada orang ramai. Pelbagai fesyen pakaian yang dipakai oleh crowd yang datang pada petang itu. Agak meriah juga sambutan yang diberikan untuk acara ini.
Sekitar jam 4:40 petang, persembahan pentas dimulakan dengan band bergenre Post-Punk iaitu Killeur Calculateur (KC). Sebelum mereka memulakan set mereka, terdengar background song yang dimainkan yang mengandungi unsur muzik tradisional. Permainan instrument Cak Lempong yang dimainkan dalam lagu yang disuntik sedikit melodi Jong Jong Inai menghasilkan satu perasaan yang luar biasa bagi penulis setiap kali ia dimainkan pada sebelum dan selepas persembahan setiap band/performer. KC memulakan set mereka pada petang itu dengan lagu yang penuh semangat. Kehadiran crowd yang ramai pada petang itu menghangatkan lagi suasana di dalam venue gig. Walaupun di acara pembukaan, namun venue sudah hampir penuh dengan peminat - peminat band ini. 4 orang ahli band tersebut kelihatan sangat fokus dengan permainan instrument masing - masing. Bagi yang belum mengenali KC, mereka sudah pun aktif dari tahun 2006. Mereka mengambil root genre Punk dalam muzik mereka namun lebih dari segi penulisan lirik dan idealogy yang disampaikan. KC juga pernah mengeluarkan sebuah split EP bersama 3 piece band Punk Indonesia iaitu Vague. Pada tahun 2014 pula, EP mereka ‘Book Of Flags’ telah dilancarkan dan diikuti dengan siri jelajah ke 13 negeri dalam Malaysia bagi tujuan mempromosi EP tersebut. Killeur Calculateur terdiri dari Smek (Gitar & Vokal), Rafique (Gitar & Vokal), Zamir (Bass & Vokal) dan Ali (drum).
Selesai persembahan oleh KC, acara diteruskan dengan persembahan oleh Viktoria. Bukan sebuah band akan tetapi persembahan muzik Electro/Techno yang dipersembahkan oleh 3 orang. Viktoria (vokal) diiringi oleh seorang DJ yang memainkan lagu-lagu dan mengawal butang - butang efek untuk vokal dan juga seorang lagi lelaki yang mempersembahkan tarian eksotik mengikut rentak lagu. Pakaian mereka juga menepati citarasa muzik yang mereka bawa petang tersebut. Secara personal, genre muzik sebegini bukanlah didalam playlist penulis namun ini adalah satu usaha yang baik dari Sabdha untuk mengketengahkan muzik - muzik genre sebegini kerana masih ada pengikutnya dan jarang sekali diketengahkan.
Seterusnya, antara lineup yang dinanti - nantikan juga oleh crowd pada hari itu iaitu band Lust. Setup mereka mengambil masa agak lama di waktu permulaan. Kelihatan Ku Miro, selaku sound engineer pada hari itu membantu bassist Lust atas sedikit kesilapan teknikal. Pada waktu itu, background song yang penulis rasa diambil dari riffing lagu ‘Desire’ dimainkan berulang kali sambil menunggu mereka siap setup instrument masing-masing. Suasana pada waktu itu dapat dilihat kepadatan crowd semakin menambah. Kali ini memang betul - betul penuh hampir ke belakang. Penulis dapat lihat sebuah sosok yang sangat dikenali iaitu seorang vlogger di Youtube dan juga gitaris band Pasca Sini, Anwar Hadi! Sewaktu Lust memainkan lagu - lagu mereka kelihatan semua crowd turut menari kerana lagu - lagu yang dimainkan sangat kuat hook-nya dan seperti mengajak semua orang menari. Ini adalah pertama kali bagi penulis menyaksikan mereka beraksi live di pentas. Sungguh bertenaga vibe yang dibawakan oleh mereka dan ia juga disambut baik oleh kesemua crowd yang ada pada petang itu. Mereka telah pun meriliskan sebuah album yang diberi tajuk ‘Tekesima’ dan mengandungi 12 lagu. Ia dijual pada harga RM25 untuk Normal Pack, manakala RM40 untuk Special Edition pack. Boleh lawati profile band mereka di segenap SocMed dengan nama @lustography untuk info lebih lanjut.
Persembahan seterusnya oleh Fauxe yang berasal dari Singapura. Penampilan yang agak bersahaja dan santai. Mana tidaknya, beliau memakai kain pelikat, berstokin pink cerah dan memakai selipar Crocs. Ini persembahan solo oleh beliau bersama set DJ di atas. Antara performer music Techno pada petang itu. Suasana sedikit sendu pada waktu ini kerana kebanyakan crowd masih berada di bawah untuk mengambil udara dingin selepas berpanas dan berpeluh tadi dan jarak waktu persembahan antara Lust dan Fauxe kira-kira dalam 10-15minit sahaja. Jam pada waktu tersebut sekitar jam 7 petang dan menghampiri senja. Walaupun dengan jumlah crowd yang tidak seramai tadi, namun Fauxe tetap memberikan yang terbaik dalam persembahannya di atas pentas. Lagu - lagu yang disampaikan oleh Fauxe agak menarik juga kerana diantaranya ada yang berentak HipHop dan RnB. Masih dalam kategori easy-listening. Penulis sempat menjenguk ke Soundcloud untuk mendengar lagu-lagu yang berkaitan dengan Fauxe dan ternyata banyak juga kolaborasi yang beliau telah buat dengan pemuzik yang lain. Bagi yang ingin mencuba untuk mendengarkan karya Fauxe, boleh dengarkan lagu Gaut di Soundcloud.
Pastel Lite menghangatkan lagi suasana bagi sesi malam pula. Grup Duo ini semakin menempah nama dalam industri tempatan kita lebih-lebih lagi mereka kini di bawah payung Yunaroom Records. Eff Hakim dan Mohd Faliq berseragam berwarna merah untuk persembahan mereka kali ini. Crowd sudah bersedia di hadapan pentas sebelum mereka memulakan persembahan. Mereka bermula sedikit lewat kerana sedikit kesilapan teknikal sewaktu setup instrument mereka. Suasana di dalam venue agak kelam dan hanya dibantu pencahayaan oleh lampu LED pentas yang menaikkan lagi mood sewaktu melayan lagu-lagu yang mereka bawakan. Pentas dibuka dengan lagu People. Lagu yang agak catchy sebagai pembuka persembahan mereka. Crowd kelihatan menari secara minimal dan ada yang turut sing-along. Penulis sempat menemubual Pastel Lite untuk bertanyakan rencana mereka selepas ini dan menurut mereka mungkin selepas Hari Raya Aidilfitri nanti akan ada album baru yang akan dilancarkan buat peminat-peminat mereka dan turut diikuti dengan siri jelajah satu Malaysia dan mungkin juga luar negara. Kita doakan yang terbaik buat Pastel Lite dan semoga dapat mengubah landskap musim tempatan! Lagu penutup mereka buat malam itu adalah single yang baru sahaja mereka keluarkan muzik video rasmi di Youtube iaitu Masa Kita.
Persembahan pada malam itu diteruskan dengan 3 lagi performer iaitu Ichu, BAP.. dan Cahaya. Ketiga-tiganya memberikan persembahan yang unik mengikut genre yang dibawa. Pada persembahan oleh BAP. , sebuah kumpulan yang berasal dari Jakarta ini membuat kejutan dengan mengorbankan sebuah gitar elektrik di lagu terakhir yang mereka bawakan pada malam itu. Cahaya pula menutup tirai Sabdha siri yang pertama pada malam itu dibantu dengan cahaya LED yang telah pun mereka setup di sekeliling ruang gig sejak siang tadi. Ditambah dengan penggunaan fog machine yang menaikkan lagi mood pencahayaan. Crowd dilihat berpuas hati dengan semua persembahan yang diberikan oleh barisan performer pada hari itu.
Kudos kepada barisan kurator Sabdha kerana telah menyediakan sebuah acara yang agak avant garde dan lain daripada kebiasaan gig. Di harap pasukan - pasukan yang turut berkerjasama pada hari ini turut berpuashati dengan segala perancangan yang telah disusun untuk menjayakan acara ini. Sayonara Tingkat Dua! Jumpa kalian di venue yang lain dan juga di Sabdha Series yang lain!
Penulis: Junk Kim Un Editor : Kamil G.
0 notes