Tumgik
#buku resepi ibu
bukuresepiibu · 5 years
Text
Resepi Ibu #15: Biskut Kacang
Resepi Ibu #15: Biskut Kacang
Bahan-bahan:
200 g tepung gandum
50 g tepung jagung
200 g mentega
8 sudu makan gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu teh vanila
100 g kacang tanah ditumbuk
Cara-cara:
Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
Masukkan esen vanila.
Masukkan kuning telur & gaul hingga sebati.
Masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk, tepung gandum & tepung jagung. Gaul hingga sebati.
Kepal ke atas pan. Sapu kuning…
View On WordPress
0 notes
Photo
Tumblr media
Stress ibu bekerja bila mereka terpaksa menghabiskan 9jam di tempat kerja. Stress ibu di rumah bila setiap hari, masa dan saat berfikir mau masak apa. Last last tapau di luar. Baru mau buka buku resepi untuk lunch ni. Hahaa #mamygojesmasak #lunch (at Jempol, Negeri Sembilan, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CYk6ZKCPMip/?utm_medium=tumblr
0 notes
hokalohnews · 6 years
Text
Hokaloh News Updated: Inilah Percutian Mesra Keluarga di Asia yang Tidak Akan Mengecewakan - Berita Terkini
https://hokaloh.news/pelancongan/inilah-percutian-mesra-keluarga-di-asia-yang-tidak-akan-mengecewakan-berita-terkini/
Musim cuti sudah pun dekat, inilah masanya untuk merancang lawatan tahunan anda. Bagi orang yang berkeruarga, merancang untuk ke mana sangat sukar. Kanak-kanak mempunyai minat yang berbeza yang perlu dilayan, dan ibu bapa mahu bersantai dan berehat! Dua pilihan yang semakin popular adalah percutian pantai – tempat yang kita semua pernah pergi – atau tempat yang sedikit sejuk, di mana ibu bapa memberi anak-anak mereka pengalaman musim sejuk di salji. Inilah destinasi yang kami cadangkan.
Sebuah Wonderland Salji yang Tiada Tandingan
Jika anda tertanya-tanya ke mana hendak membawa keluarga anda sebaik sahaja musim cuti bermula, bagaimanakah dengan percutian musim sejuk yang menyeluruh? Makanan tanpa had, sukan musim sejuk dan lebih banyak aktiviti  yang anda boleh lakukan untuk memenuhi masa anda – semua yang anda perlukan dengan bayaran sekali. Jika ini bagus bagi anda, Club Med Sahoro Hokkaido adalah tempatnya untuk musim cuti ini.
Selama bertahun-tahun, Club Med Hokkaido telah berada dalam perniagaan yang menyediakan persekitaran percutian yang bebas tekanan untuk keluarga, dan pada hari ini ia masih bertahan kuat. Sementara ibu bapa digalakkan meluangkan masa untuk diri sendiri dengan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang tersedia untuk orang dewasa – ski, bodsalji, dan meluncur ais menjadi sebahagian daripada aktiviti juga – kanak-kanak berusia dua hingga tujuh belas tahun boleh mengambil bahagian dalam aktiviti yang disedia khas untuk pelbagai peringkat umur. Aktiviti-aktiviti ini telah dicipta dengan minat yang berbeza dalam fikiran, dan telah dirumuskan untuk menggalakan kanak-kanak terlibat, keminatan dan yang paling penting untuk memastikan mereka berseronok.
Pergi bercuti ke negara asing adalah cara yang baik untuk mendedahkan anak-anak anda kepada budaya yang berbeza! Menjadi percutian yang merangkumi semua, Club Med Hokkaido memastikan anda bukan sahaja mendapat percutian terbaik, tetapi anda dan keluarga anda juga dapat menyesuaikan diri dalam budaya Jepun. Bilik-bilik di sini sememangnya asli Jepun yang menampilkan senibina gaya Jepun dan katil futon, restoran yang menyajikan sushi dan makanan gabungan yang diselitkan dengan gaya Jepun. Anda juga boleh mencuba nabe, hidangan sup yang berasal dari Hokkaido. Nabe secara praktikalnya abang tiri Jepun untuk resepi steamboat gaya Malaysia, apa yang hebatnya ialah jika anak kecil merasa rindu akan rumah semasa di percutian!
Sekiranya anda suka idea percutian  tema musim sejuk tanpa sukan musim sejuk, kenapa tidak memanjakan dengan pelbagai rawatan spa dan urutan? Tambahan dengan kawasan Zen – Staple Club Med -untuk orang dewasa sahaja, yang bermaksud semasa anak-anak menghabiskan  masa mereka di salji anda bebas menghabiskan masa dengan pasangan anda dan memanjakan diri dengan mengurut atau beberapa koktail (adakah kami menyebut bar terbuka?). Bercakap tentang koktail, Wakka  bar di Club Med Hokkaido, menawarkan dua pilihan alkohol dan bukan alkohol tanpa had. Ia juga tempat dimana anda dan pasangan anda boleh berpelukan dan menikmati pemandangan gunung yang menakjubkan.
Jadi, kenapa tidak menghabiskan hari cuti dengan meluangkan dalam persembahan ski ski yang hebat? Tempah percutian anda di Club Med Hokkaido, dan tinggalkan selebihnya kepada kakitangan.
Bagaimana dengan Keseronokan di bawah Matahari?
Jika musim sejuk bukan apa yang anda suka, mungkin percutian pantai akan menjadi pilihan yang lebih baik. Club Med Cherating beroperasi dalam garis panduan yang sama, di mana apabila anda membayar untuk percutian anda semuanya sudah terjaga. Sebagai resort tepi pantai, Club Med Cherating dilengkapi beberapa pemandangan hebat pantai yang  boleh  anda memanfaatkan dengan mencuba sukan air yang menarik seperti belayar, berkayak dan juga filem malam di bawah bintang-bintang.
Sekali lagi, anda boleh memilih untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti untuk orang dewasa – kali ini, aktiviti yang dirancang lebih untuk iklim tropika, seperti trapeze terbang, memanah (tip: mendaftar untuk kejohanan orang dewasa pada 5 petang untuk melihat bagaimana kemahiran anda padan dengan rakan pelancong percutian anda!), dan mendaki gunung. Setelah belajar terbang di kelas mengajar trapez anda, mengapa tidak berlari dengan sarkas dengan minuman di Bayou, sebuah bar terbuka di pantai yang menyajikan minuman yang lazat – semuanya secara percuma!
Sebagai alternatif, pilih Zen Bar yang merupakan versi Club Med Cherating di kawasan Zen. Di sini, anda dibiarkan berehat di bawah matahari di persekitaran untuk orang dewasa sahaja. Masa untuk menjemurkan diri, capai buku yang dah lama anda abaikan itu atau menghabiskan masa bersama pasangan anda tanpa perlu risau tentang siapa yang  akan menguruskan  makan malam atau sama ada anak-anak anda telah menyiapkan semua kerja rumah mereka.
Semasa anda memanjakan diri sendiri  dan menghidupkan semula apa yang anda lakukan ketika muda, anak-anak anda dihiburkan dengan aktiviti yang direka khas untuk memastikan mereka mengisi masa dengan baik di pantai. Kanak-kanak (berumur dari 4 bulan hingga 17 tahun) mendaftar untuk kelab  di mana GO memastikan mereka berkawan, dan mendaki, berenang, berayun dan melakar sehingga mereka tidak mempunyai masa untuk bertanya  di mana kamu berada! Pada waktu malam juga mempunyai  aktiviti untuk kanak-kanak, jadi anda akan dapat makan malam lilin yang romantik bersama pasangan anda, dan tidak perlu risau untuk bertanding. Semua orang ialah pemenang!
Oleh kerana anak-anak anda terjaga, mengapa tidak membelanjakan diri anda untuk rawatan tandem di Mandara Spa? tempah urutan Bali dan suami, kami jamin isteri anda akan memberikan anda ruang untuk masa itu sehingga anda terlupa semua ulang tahun perkahwinan anda. Selain itu, anda juga akan berasa sangat hebat – santai, segar, dan bersedia untuk mengharungi apa sahaja yang bakal tahun baru berikan kepada anda.
Jangan lepaskan peluang – pergi ke Lazada, dan berikanlah seluruh keluarga anda percutian di Club Med. Mereka berhak mendapatkannya dan anda juga.
قالب وردپرس
#Pelancongan #Air #Anak #Asli #Bahagian #Bapa #Hari #Ibu #KanakKanak #Kelas #Malaysia #Negara #Pelancong #Pilihan #Restoran #Rumah #Santai #Terbaik
0 notes
seanterobuku-blog · 8 years
Text
“ANDAI berani bermimpi, harus juga da keberanian untuk merealisasikannya.” Begitu kata orang bijaksana, sebagai pelambangan ‘mencabar’ kesungguhan sesiapa sahaja yang mahu menzahirkan impian mereka dan Azian Hasan (45)  juga tidak terkecuali. Daripada sekadar angan-angan, akhirnya mampu dizahirkan ke alam nyata.
Walaupun hanya bekerja dari rumah (menjalankan perniagaan secara atas talian), namun itu bukan penghalang bagi wanita berusia 45 tahun ini meraih impiannya. Benarlah, tiada perkara yang mustahil seandainya dilakukan dengan gerak gempur tanpa kenal erti putus asa, apatah lagi menyerah kalah. Paling penting, sentiasa memahat keyakinan bahawa di mana ada usaha di situ pasti ada jalan kejayaan. Selain selalu ingat, “yang bulat tidak datang bergolek yang pipih tidak datang melayang”.
“Saat mimpi itu wujud, perasaan saya berbaur dan hanya Allah saja Maha Mengetahui. Walaupun ketika ‘mimpi-mimpi’ itu memenuhi alam khayalan saya, rasanya agak mustahil untuk dilaksanakan. Syukur, berkat sabar dan usaha, akhirnya membuahkan hasil yang sungguh mengujakan.
“Memiliki buku masakan sendiri adalah pencapaian cukup bermakna buat saya. Dapat melihat dan memegang impian yang akhirnya ada dalam genggaman menjadi pengalaman luar biasa yang sukar untuk saya luahkan melalui kata-kata. Alhamdulillah, buku Siri Idea Bento yang himpunan 44 resipi terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd., mendapat sambungan cukup menggalakan. Sesuatu yang benar-benar diluar jangkaan saya,” kata Azian Hasan, bercerita mengenai buku masakan sulong, siri idea bento ‘Idea Bekal Ke Sekolah Menu Asia’,  yang berjaya dihasilkan paada pertengah tahun 2014.
This slideshow requires JavaScript.
Kongsi minat dan ilmu
Minat ibu kepada tiga orang anak ini pada dunia masakan dipupuk sejak usia remaja, apatah lagi dia membesar dalam keluarga yang sering dikelilingi saudara-mara, teman dan jiran terdekat.
“Sejak kecil lagi saya sudah terbiasa berkumpul dengan saudara di dapur, masa bersama dan boleh dikatakan dapur menjadi gelanggang yang mengeratkat hubungan juga kasih sayang kami. Jiran juga baik-baik, saling berkunjung, makan bersama dan berbalas makanan. Biasalah orang kampung, jiran tetangga macam keluarga sendiri.
Memasak dan mencuba resipi baharu memang sudah menjadi kebiasaan sejak dulu, terutama belajar petua orang lama berkait dunia masakan. Sampai sekarang saya mempraktikannya dan gembira kalau dapat berkongsi dengan orang lain, jadi saya kongsikannya di dalam blog peribadi yang saya beri nama mrsgoodthingshome.blogspot.com dan sekarang beralih ke blog menggunakan nama sendiri, Azianhasan.com .”
Menurut anak jadi kelahiran Kampar, Perak ini, hampir setiap hari dia memasak makanan kegemaran suami dan anaknya. Pada masa sama, turut meluangkan masa berkongsi resipi dan tip memasak di dalam blognya itu.
“Selain resipi, saya juga suka berkongsi tip memasak. Kalau sekadar letak resipi di blog, rasa macam tak puas hati. Saya rasa seronok apabila dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dengan orang lain. Misalnya, cara buat karipap. Resipinya memang banyak, tetapi cara membuatnya berbeza-beza. Cara dan tip yang saya tahu itu, saya kongsikan dengan orang lain supaya dapat membantu mereka khususnya buat yang pertama kali mencuba .
Walaupun kurang mahir menulis, tetapi saya suka bercerita terutama berkaitan dunia masakan dan hubungan kekeluarga juga kasih sayang. Bagi saya, food is memories. Setiap makanan ada cerita tersendiri. Makan juga sebagai tanda cinta dan kasih sayang dalam hubungan. Misalnya, makanan mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan, menambat dan mengikat kasih sayang pasangan suami isteri, anak juga teman. Makanan juga boleh jadi modal untuk berbual dan berkumpul,” ujarnya yang mengakui gembira dan terharu kerana hingga kini suami dan anaknya masih membawa bekalan makanan hasil air tangannya.
#gallery-0-14 { margin: auto; } #gallery-0-14 .gallery-item { float: left; margin-top: 10px; text-align: center; width: 50%; } #gallery-0-14 img { border: 2px solid #cfcfcf; } #gallery-0-14 .gallery-caption { margin-left: 0; } /* see gallery_shortcode() in wp-includes/media.php */
Tambahnya, dia bertuah kerana minat serta keinginannya itu mendapat sokongan sepenuhnya daripada keluarga terutama suami, Mior Azhar.
“Suami selalu ‘kejar’ supaya saya selalu menulis. Kadangkala saya sibuk dan hanya sempat letak gambar beserta resipi saja, dia akan bising-bising. Pendek kata, suami memang pendorong dan pembakar semangat utama hingga saya berhasil mempunyai buku masakan sendiri.
Anak-anak juga banyak beri idea dan cadangan resipi untuk dicuba. Walaupun sudah dewasa, tetapi mereka juga lebih suka bawa bekal yang saya sediakan berbanding beli makanan di luar. Ini secara tak langsung memberi semangat luar biasa kepada saya untuk mencuba banyak perkara baru,” ujarnya yang suka menjamu keluarga dan kenalan dengan hidangan istimewa yang dimasak sendiri.
#gallery-0-15 { margin: auto; } #gallery-0-15 .gallery-item { float: left; margin-top: 10px; text-align: center; width: 50%; } #gallery-0-15 img { border: 2px solid #cfcfcf; } #gallery-0-15 .gallery-caption { margin-left: 0; } /* see gallery_shortcode() in wp-includes/media.php */
Bukan kejar populariti
Berpeluang menghasilkan buku masakan sendiri bagaikan bulan jatuh ke riba. Saat angan-angan menjadi kenyataan, bukan nama atau populariti yang diharapkan. Sebaliknya, apa yang terlintas dibenaknya hanya keinginan mahu berkongsi ilmu dan pengalaman dalam skala lebih luas lagi.
“Apabila pihak penerbit bersetuju untuk menerbitkan buku Idea Bekal Ke Sekolah – Menu Asia dan Menu Ala Barat, besar harapan saya agar buku himpunan resipi mudah ini dapat membantu memberi idea kepada lebih ramai suri rumah untuk menyediakan bekal buat anak mahupun suami.
Semua resipi yang saya himpunkan telah dicuba dan ada antaranya menjadi menu wajib untuk anak mahupun suami. Selain dapat menjimatkan wang, makanan dibuat daripada bahan yang ada di dapur kita saja. Di dalam buku ini, saya berkongsi jua tip untuk anak yang cerewet dengan makanan. Saya selalu dengar keluhan ibu bapa yang merungut, anak mereka tak suka makan sayur. Dalam himpunan resipi idea bekal ke sekolah ni ada beberapa resepi yang di dalamnya mengandungi pelbagai jenis sayur tetapi anak tak akan perasan,” kata Azian yang kini sibuk menyediakan himpunan resipi untuk buku ketiganya.
Ringkas dan mudah Himpunan lebih daripada 40 resipi dalam buku Siri Idea Bento ini memberikan idea kepada pembaca dalam menyediakan bekal sama ada untuk anak, suami mahupun diri sendiri. Setiap resipi dalam buku ini disertakan gambar cara membuat. Resipinya ringkas, mudah disediakan dan enak.  Selain tidak menggunakan bahan perasa tambahan, resipi yang dikongsikan sesuai untuk menjaga kesihatan.
Azian juga berkongsi tip berbento bagi suri rumah yang sibuk. Penyediaan bahan lebih awal serta sos yang disediakan terlebih dahulu menjadikan penyediaan bekal bukanlah sesukar yang dijangka. Dapatkan buku ini di pasaran bagi mendapatkan idea baru dalam penyediaan bekal untuk anak anda.
Chef Azian Hasan Daripada Bisnes Online Ke Penulis Buku “ANDAI berani bermimpi, harus juga da keberanian untuk merealisasikannya.” Begitu kata orang bijaksana, sebagai pelambangan ‘mencabar’ kesungguhan sesiapa sahaja yang mahu menzahirkan impian mereka dan…
0 notes
bukuresepiibu · 5 years
Text
Resepi Ibu #14: Kek Dam
Resepi Ibu #14: Kek Dam
Bahan-bahan:
8 oz tepung gandum
2 camca teh baking powder
7 ½ oz gula halus
8 oz mentega
4 biji telur ayam
1 camca teh vanila
4 camca makan koko
garam
Cara-cara:
Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu bersama esen vanila.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit bersama baking powder.
Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 adunan dicampur dengan serbuk koko.
Tuang ke dalam…
View On WordPress
0 notes
bukuresepiibu · 5 years
Text
Resepi Ibu #12: Biskut Jejari
Resepi Ibu #12: Biskut Jejari
Bahan-bahan:
5 ½ oz self-raising flour
4 oz butter
1 oz icing sugar
vanilla
chocolate, melted
Cara-cara:
Kembangkan butter.
Masukkan gula & gaul rata dengan vanila.
Masukkan tepung & gaul sebati.
Masukkan dalam piping bag & pipe acuan 3 inci atas pan.
Bakar selama 20 minit pada suhu 180 °C.
Lepas masak, colek hujung biskut dengan melted chocolate.
View On WordPress
0 notes
bukuresepiibu · 5 years
Text
Resepi Ibu #11: Kek Carrot
Resepi Ibu #11: Kek Carrot
Bahan-bahan:
8 oz self-raising flour
8 oz gula
5 oz butter
3 oz serbuk badam
3 biji telur, asingkan putih & kuning
2 oz gula (asingkan)
7 oz carrot diparut
Cara-cara:
Pukul butter hingga kembang.
Masukkan gula sedikit-sedikit.
Selepas it, masukkan kuning telur sebiji demi sebiji.
Masukkan carrot & badam. Ketepikan.
Pukul putih telur & gula hingga stiff.
Masukkan adunan putih telur ke dalam…
View On WordPress
0 notes
bukuresepiibu · 5 years
Text
Resepi Ibu #10: Puding Roti
Bahan A:
500 ml susu segar
8 – 10 keping roti
Bahan B:
4 ½ sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
2 ½ sudu tepung jagung
1 sudu besar tepung kastard
Bahan sos kastard:
1 tin susu cair
1 sudu besar tepung kastard
Gula
Garam
½ sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
Koyak roti dan rendam dalam susu selama ½ jam.
Kacau dan gaul rata Bahan B.
Tuang dalam loyang.
Bak…
View On WordPress
0 notes
bukuresepiibu · 5 years
Text
Resepi Ibu #9: Kek Batik Nestum
Bahan-bahan:
1 cawan Milo
1 cawan Nestum
1 cawan gula
250 g butter (1 batang)
½ cawan susu pekat
1 ½ cawan air
500 g biskut Marie
Cara-cara:
Panaskan semua bahan kecuali biskut Marie atas api kecil.
Tutup api. Gaulkan biskut Marie yang telah dipatahkan.
Letak dalam loyang. Tekan hingga padat.
Sejukkan dalam peti ais.
View On WordPress
0 notes
bukuresepiibu · 5 years
Text
Resepi Ibu # 8: Kek Batik Basic
Bahan-bahan:
200 g Milo (paket kecil)
1 paket biskut Marie
250 g butter
½ tin susu pekat
Cara-cara:
Panaskan Milo, butter, & susu pekat atas api kecil.
Patahkan biskut Marie.
Tutup api. Gaulkan biskut Marie.
Letak dalam loyang. Tekan hingga padat.
Sejukkan dalam peti ais.
View On WordPress
0 notes
bukuresepiibu · 5 years
Text
Resepi Ibu #7: Dadih
Resepi Ibu #7: Dadih
Bahan-bahan:
1 paket agar-agar Nona, colorless
250 g Coffeemate
350 g gula
1 tin susu cair
1 ½ jug air ( < 3 liter)
Cara-cara:
Masak air.
Agak-agak mendidih, masukkan gula & susu cair. Kacau.
Masukkan coffeemate. Kacau.
Masukkan agar-agar Nona. Kacau.
Masukkan pewarna/perasa e.g. Milo, bandung, jagung.
Matikan api. Pindahkan ke dalam jug untuk senang tuang.
View On WordPress
0 notes
bukuresepiibu · 5 years
Text
Resepi Ibu #6: Cornflakes Madu/Rangup
Resepi Ibu #6: Cornflakes Madu/Rangup
Bahan-bahan:
50 g mentega
50 g Milo
50 g conrflakes
2 sudu madu
Cara-cara:
Panas dan gaulkan Milo, mentega & madu atas api kecil.
Kacau hingga sebati.
Tutup api. Gaulkan dengan cornflakes.
Kepal dan masuk dalam cups.
Bakar selama 10 minit pada suhu 180 °C, atau sejukkan dalam peti ais.
View On WordPress
0 notes
bukuresepiibu · 5 years
Text
Resepi Ibu #5: Udang Goreng
Resepi Ibu #5: Udang Goreng
Recipe courtesy of Teacher Rash Pal.
Bahan-bahan:
1 kg udang
4 ulas bawang putih (1 labu kalau nak lebih)
cili padi
1 genggam daun kari
2 ikat serai
butter
Cara-cara:
Cincang bawang putih, cili padi, daun kari & serai.
Gaulkan udang dengan bahan-bahan kering.
Goreng dengan butter hingga garing.
View On WordPress
0 notes
bukuresepiibu · 5 years
Text
Resepi Ibu #4: Kek Biasa
Resepi Ibu #4: Kek Biasa
Recipe courtesy of Cikgu Ruziana.
Bahan-bahan:
5 biji telur ayam
250 g butter (1 batang)
1 cawan gula
2 ½ cawan tepung Blue Key
esen vanila
Cara-cara:
Pukul butter & gula hingga kembang.
Masukkan telur.
Masukkan tepung.
Masukkan esen vanila.
Preheat oven selama 10 minit.
Alas loyang dengan kertas minyak. Gris dengan mentega.
Bakar kek selama 40 – 45 minit pada suhu 180 °C.
View On WordPress
0 notes
bukuresepiibu · 5 years
Text
Resepi Ibu #3: Biskut Cornflakes
Resepi Ibu #3: Biskut Cornflakes
Bahan-bahan:
9 oz mentega atau 250 g butter (1 batang)
9 oz gula halus
12 oz tepung gandum
3 biji kuning telur
1 kotak cornflakes
½ sudu kecil (rata) baking powder
½ sudu kecil (rata) soda bikarbonat
vanila
pewarna kuning
Cara-cara:
Pukul mentega & gula hingga kembang.
Masukkan telur & kacau hingga sebati.
Masukkan vanila & pewarna.
Masukkan tepung & uli hingga sebati.
Kepal bersama cornflakes.
P…
View On WordPress
0 notes
bukuresepiibu · 5 years
Text
Resepi Ibu #2: Kek Span
Resepi Ibu #2: Kek Span
Bahan-bahan:
200 g mentega
1 tin susu pekat
10 biji telur ayam
2 gelas gula
1 gelas air
2 gelas tepung gandum
2 sudu kecil (rata) soda bikarbonat
Cara-cara:
Pukul telur hingga kembang. Ketepikan.
Pukul mentega & susu pekat hingga kembang. Ketepikan.
Campurkan gula & air dan masak hingga jadi gula hangus. Sejukkan.
Ayak tepung gandum & soda bikarbonat.
Campurkan adunan telur & adunan mentega.
Mas…
View On WordPress
0 notes