Tumgik
#cikguzhaf
ahmadzhafrimdnoor · 2 years
Photo
Tumblr media
Pada hari ini Team Elit Hoki SK Parit 4 terlibat dengan perlawanan persahabatan di Padang Hoki SMK Pengkalan Permatang , Kuala Selangor. Perlawanan hari ini melibatkan 4 buah sekolah yang terdiri daripada 2 buah sekolah daerah Sabak Bernam dan 2 buah sekolah dari Daerah Kuala Selangor. Insyaallah perlawanan pada hari ini merupakan sebahagian daripada persiapan team hoki SK Parit 4 dalam merebut tempat di Kejohanan Hoki 6 sebelah Piala Orang Besar Daerah Klang pada 26 dan 27 November 2022. #cikguzhaf #hokiskparit4 https://www.instagram.com/p/CklG5devN6qpxYH4fe2N9VYDTebdR4pfYiX9LA0/?igshid=NGJjMDIxMWI=
1 note · View note
ahmadzhafrimdnoor · 2 years
Photo
Tumblr media
Alhamdulillah. Pada hari ini Fiona telah menanggalkan simen pada lengan kanannya setelah hampir dua bulan memakainya akibat kepatahan bahagian sikunya. Bertambah aktif dan ceria Fiona apabila simen ditanggalkan. Semoga terus sihat ceria wahai Fiona cinta hati Abi . #CikguZhaf https://www.instagram.com/p/ClWCfsSvKow1Z6YIHbbmeMM_sK21FplwV4fbkM0/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
ahmadzhafrimdnoor · 2 years
Photo
Tumblr media
Pada hari ini mengecat tiang gol hoki untuk kegunaan Team Elit Hoki SK Parit 4 . Tiang gol ini baru disiapkan beberapa hari yang lalu dan akan digunakan oleh team hoki di sini. Tiang gol hoki ini ditempah daripada ayah pemain hoki kami . Mungkin dari situ harga kedua-dua tiang agak ekonomik berbanding harga tempat lain. Alhamdulillah. Esok juga akan diadakan perlawanan persahabatan dengan SK Seri Makmur sebagai persiapan menghadapi perlawanan di Kejohanan Dato' Orang Besar Klang Sabtu dan Ahad ini. #cikguzhaf #hokiskparit4 https://www.instagram.com/p/ClQ7UWWPW3bzbOpxTDR7ttSfgBuW5FFs1yeV500/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
ahmadzhafrimdnoor · 2 years
Photo
Tumblr media
Selamat hari jadi ke 6 tahun buat puteri tercinta, Putri Marissa Sofea . Semoga menjadi anak yang solehah, berbakti kepada agama , nusa dan bangsa serta berani menegakkan kebenaran . #CikguZhaf https://www.instagram.com/p/ClOCbwYPZGhwfrgxWqL0DIxTWiSrAMs7rXTNtQ0/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
ahmadzhafrimdnoor · 2 years
Photo
Tumblr media
Kadangkala saya sendirian berfikir untuk tinggalkan sahaja urusan NGO Peduli Sungai Besar kepada orang lain . Mungkin ada orang yang lebih berkaliber dan mampu menggerakkan persatuan ini lebih baik daripada saya. Tetapi apabila memikirkan NGO ini satu-satunya wadah untuk saya beramal setelah saya tinggalkan parti dan lain-lain NGO, saya tetapkan hati juga menggerakkannya. Tak kaya pun menggerakkan NGO ini. Bahkan kami banyak keluarkan wang poket kami sendiri untuk menggerakkan program-program disebabkan sumber bantuan kepada NGO kami tak banyak. Setakat ini kami lebih memfokuskan kepada penyerahan katil hospital wakaf kepada mereka yang memerlukan di sekitar Sabak Bernam , Sekinchan dan Tanjong Karang. Mungkin lepas ni kami akan mula fokus kepada penubuhan team banjir bagi menghadapi musim tengkujuh dan peralihan monsun yang sedang dan akan berlaku nanti. #cikguzhaf #sukarelawanngosb #GerilaKebajikan #wakafkatilhospital #kamiprihatin #sabakbernam #sekinchan #tanjongkarang https://www.instagram.com/p/ClMCo1tvXIjkM8wmml51xdQSHFy_bi72rIE-Qg0/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
ahmadzhafrimdnoor · 2 years
Photo
Tumblr media
Setuju dengan mesej yang ada pada banner ini . Apa apa pun kita semua bersaudara. Walaupun ada saudara yang kita bantu menikam belakang kita, kita jumpa di akhirat kelak. Bukan susah pun 🙂 #CikguZhaf (at Sungai Besar) https://www.instagram.com/p/ClKJuqNS68_Rn4cEiIMMfAGICWJBlk-TId8PTU0/?igshid=NGJjMDIxMWI=
1 note · View note
ahmadzhafrimdnoor · 2 years
Photo
Tumblr media
Taklimat para petugas SPR untuk PRU 15. Tunaikan kewajiban anda kepada negara . #CikguZhaf https://www.instagram.com/p/ClGdKZbvY9_eTM4xynEGSHLATPNqhMQbHPHtwo0/?igshid=NGJjMDIxMWI=
1 note · View note
ahmadzhafrimdnoor · 2 years
Photo
Tumblr media
Cukur janggut dan misai semata-mata untuk PRU 15 😎😎 #CikguZhaf https://www.instagram.com/p/ClFvUhwvW4tAPHmlfq_i_gPEe1hnWUQQ0EwncU0/?igshid=NGJjMDIxMWI=
1 note · View note
ahmadzhafrimdnoor · 2 years
Photo
Tumblr media
Petang ini saya menghantar undi pos ke Bilik Gerak Undi Pos di Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Sabak Bernam. Alhamdulillah. Lega rasanya dapat menunaikan tanggungjawab saya sebagai warganegara. Insyaallah saya akan bertugas di Pusat Mengundi sepanjang hari pengundian nanti. Saya merupakan pengundi P 0193 Parlimen Sungai Besar sejak bermastautin di sini. Undi saya tentunya pada Pakatan Harapan. Terima kasih. #CikguZhaf (at Sungai Besar) https://www.instagram.com/p/Ck7qkuZPqoOas41q8CNdFYfVcSoTOkmRdMF10Y0/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
ahmadzhafrimdnoor · 2 years
Photo
Tumblr media
Petang ini doaku mengiringi kedua mempelai ini بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْرِ Kedua-duanya merupakan adik juniorku semasa di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Alhamdulillah kedua-duanya berkhidmat dan berbakti di Sabak Bernam. Semoga Allah memberikan keberkatan, rahmat, dan menyuburkan kasih sayang antara kalian dalam menempuhi kehidupan rumahtangga bersama. Amin ya rabbalamin. Tahniah Husaini Bakri dan AiSyah HuMaira Elaine Yeo #CikguZhaf https://www.instagram.com/p/Ck0aAzyPV8Fn6kut0Jjh2VNhkQlWrZB5I5bxm00/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
ahmadzhafrimdnoor · 2 years
Photo
Tumblr media
Pada hari ini Peduli Sungai Besar menziarahi seorang wanita warga emas di Parit 16 Sungai Panjang. Wanita ini menghidapi penyakit kerosakan buah pinggang tahap 4 dan saluran jantung tersumbat. Insyaallah dalam masa terdekat kami akan menghantar katil hospital yang akan digunakan oleh warga emas ini . Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada wanita ini dan memudahkan urusan keluarga untuk menguruskannya. Amin. #Gerilakebajikan #CikguZhaf https://www.instagram.com/p/Ckvh4qOvEOUbo0jmS4vQ9cY_ADV6TEHhsUlRdM0/?igshid=NGJjMDIxMWI=
1 note · View note
ahmadzhafrimdnoor · 2 years
Photo
Tumblr media
Umar Al Khattab turut menyertai Pertandingan Karaoke Sempena Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat SK Parit 4. Umar menyanyikan lagu Sakit nyanyian Zynakal dan Yonni Boi . Walaupun tidak mendapat sebarang tempat, tetapi ia cubaan yang bagus daripada anak sulungku ini . Semoga terus sukses Umar . #CikguZhaf https://www.instagram.com/p/Ckvh0MMPuPZGxwzuweQflWqMeivNpHVyGGqrvY0/?igshid=NGJjMDIxMWI=
1 note · View note
ahmadzhafrimdnoor · 2 years
Photo
Tumblr media
Teruskan mara ke hadapan Team Elit Hoki SK Parit 4 . #CikguZhaf https://www.instagram.com/p/Cknr8TfPZFmKPVwNaWIo9BRDJQ9SSkrQmSZu500/?igshid=NGJjMDIxMWI=
1 note · View note
ahmadzhafrimdnoor · 2 years
Photo
Tumblr media
Bukan semua penceramah yang berceramah itu wajar dijadikan contoh teladan. Ada sesetengahnya lebih layak kita jauhinya, walau setinggi mana pun ilmunya dan walau seramai mana pengikutnya kerana dia tidak mampu menjadi qudwah Hasanah kepada para pengikutnya. Saya bukan penggemar ceramah yang penceramahnya suka memaki hamun dan suka menghina . Saya bukan juga peminat ceramah yang berunsur lawak jenaka, diselitkan dengan kisah dongeng dan rekaan untuk menarik manusia untuk mendengarnya . Saya lebih suka ceramah yang ada sandaran dan dalil atas apa jua pandangan dan pengisian yang diberikan .Orang kata ceramah jenis ni membosankan dan tak mampu menarik orang ramai mendengar ceramah. Bahkan ceramah ilmiah itu memberatkan akal fikiran . Kata merekalah.Biarlah. Kita nak dapatkan ilmu daripada ceramah yang disampaikan , bukan nak dengar lawak jenaka. Kalau nak dengar lawak jenaka, cukuplah dengan menonton rancangan Maharaja Lawak #cikguzhaf . (at Kampung Sungai Panjang, Selangor, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CkVsYUEPXFAEhfcJDXbBI9cSmWSCPnLU0V8Z9k0/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
ahmadzhafrimdnoor · 2 years
Photo
Tumblr media
Hari ini bermusafir ke luar Sabak Bernam . Rasa lega bila boleh filter kulit kasi cerah 🤣🤣 #CikguZhaf https://www.instagram.com/p/CkBMbqPvVn7sNSsfc3_Xkmvi67qA-zvWF_cuRA0/?igshid=NGJjMDIxMWI=
1 note · View note
ahmadzhafrimdnoor · 2 years
Photo
Tumblr media
Pengalaman saya sepanjang berada dalam bidang kebajikan dan kesukarelawanan ini menemukan saya dengan 1001 kisah sedih berkenaan perjuangan hidup sehari-hari anggota masyarakat kita . Kadangkala sebahagian daripada kisah ini seolah-olah hanya berlaku di dalam drama televisyen, bukan dalam kehidupan realiti ini. Kesusahan yang dialami mereka ini membuatkan saya malu. Malu untuk mengeluh dan malu untuk merungut terhadap kekurangan yang ada pada diri kerana ada orang di luar sana lebih sedih kisahnya. Saya membuat kesimpulan bahawa hanya Allah yang mampu membantu kita dan mengeluarkan kita daripada kemelaratan, kesusahan , kesukaran, kemiskinan dan kesakitan. Berdoalah supaya Allah mempermudahkan segala urusan kita. لَا ‌حَوْلَ ‌وَلَا ‌قُوَّةَ ‌إِلَّا ‌بِاللَّهِ ‌ #CikguZhaf https://www.instagram.com/p/Cj873Ney6zIiZhlaAxjLJbO4m0x7KsvGVRu1TU0/?igshid=NGJjMDIxMWI=
1 note · View note