ruangan untuk ku sampaikan segala pandangan, pengalaman, ilmu dan isi hati aku..salah satu ruang privasi ku di alam maya ini.
Don't wanna be here? Send us removal request.
Text
10/10/23 jam menunjukkan 12:12 am. mata hampir lelap tapi seakan tidak mahu pejam. perasaan tu dtg balik. sunyi dan rindu. ak search lagi prfile dia kt ig walaupun ak da remove dia. kami da memang x saling follow da. ak search plak dkt ws. gmbr dp dia masih kelihatan. status dia masih sama. last skali ak scroll gallery, smpai jumpa semula gambar2 lama dia. ak harap dia bahagia semula seperti dalam gmbr2 tu setelah ak pergi. ak harap ak pun boleh move on mcm dia. namun jauh di sudut hati yg kecil ni masih berharap dia kembali walaupun cuma 0.5%. anything can happen dengan izin Allah. Ak nk jadi yg lebih baik selepas ni. walaupun org yg baik selalu dikecewakan, ak yakin jodoh ak masih ad. dia menunggu ak diluar sana. ak harap lepasni ak dpt mendirikan rumah tangga walau siapa pun dia yg hadir lepas ni. ak da xnak buang masa buang duit. cukupla pengajaran yang ak da dpt dri yg sebelum2 ni. ak nk bersangka baik dengan takdir Allah. Dia yg mempertemukan, Dia yg memisahkan dan dia pasti boleh mempertemukan semula. Cuma ak berharap keadaan ak lebih baik selepas ni. Ak yakin ak mampu menjadi suami yg baik. ak redha dgn ketentuanNya.
0 notes
Text
Hampir sebulan, aku tak call abah/mak. Aku saja test kot2 dioerg ingt ak lagi. Lupa lak adik ak balik mggu lepas. Memang confirm la dieorg lupa. Dia yg lebih di mata mak aku skang. Aku tak jeles cuma sedar yg aku bkn yg penting skang ni. Dia rajin keje part time. Servis moto sampai beribu pun mak aku support. Dulu Lagenda aku tak merasa sume tu. Adik aku siap boleh vape lagi.yela ak faham dia masih blajar lagi. Ak plak stkat keje cukup2 makan tak mampu nk support dia mcm sebelum ni. Abah ak plak lepas kes ak tak tolong dia membaja aitu terus membisu. Ak rasa semak plak aku balik haritu. Kira mcm perang dingin kt umah tu. Malas nk balik da rasanya. Minggu depan gaji biasa aku balik.tapi kalini rasanya tak kot. Balik 19 nov nanti jela sebab kena mengundi. Sunyi lebih terasa bila orang2 yang aku sayang macam tak rasa pape bila ak tak call sedangkan biasa tiap2 minggu mesti aku call. I just wonder if ak meninggal, agaknya berapa lama masa dioerg nk tau dari time aku da tiada nanti. Rapuhnya kebahagiaan kluarga aku. Lagi nipis lagi kulit bawang. Bila single ni lagi la pedih rasa. Tekanan di tempat kerja tekanan gaji tak cukup. Jauh dari tuhan. Dosa byk. Feeling left out again. Just continue this lonely until my last breath. I hope one day i can end this lonely post with happy ending. I think Temerloh will slowly fade against my time. Maybe this is where i belong. Because i keep coming back as i got any chance. Even working far away from here still i am live in Shah Alam. Sometime i feel so lost which I don’t know who, why or where i am now. Then i will get to my past for the rescue from the dark of loneliness. I pray for a better tomorrow. Oh God, please help me through this hard time.
0 notes
Text
Ya Allah, jika dia untukku kau segerakanlah aku menjadi imam dia.jika dia bukan untukku, ko segerakanlah jodoh untuk dia. Hati x tenang bila mendengar yang dia sudah bertanya kepada kak tikah kalau2 ad kenalan yang masih single untuk di jodohkan. Wahai sepupuku, aku nak sgt tgk kau bahagia, berkeluarga.umur 29 mmg sudah masa bagimu.biarpun bukan dengan aku.
0 notes
Text
Ak test guna small step. Just add friend dkt fb. Klu x jalan maksudnya, single but not available la. Orang sekeliling yang over. Tuan punya badan buat xtau je. Ak xnak jadi mangsa gosip makcik bawang dkt ofis. Semoga semua crush ak segera bertemu jodoh. Semoga semua org yang suka ak pun cepat2 kawin. Korang semua deserve kebahagiaan. Korang semua terbaik weh. Ak doakan kita semua cepat ketemu jodoh masing2…
0 notes
Text
0 notes
Text
August 22 2021
Rasa penat, mengantuk, malas nak kerja. Semalam main ML sampai kul 5pg. Tido umah Nizam. Da brapa minggu da mcm tu. Boring xde aktiviti lain boleh buat. Lepak kedai pun bkn semua bukak. Da la sampai kul 10mlm je. Rindu nak ronda2. Sejak keje tmpat baru ni. Macam2 benda jadi. Yang ak nak share mlm ni pasal perasaan atau cinta. Ada sorang awek ni nama dia Wia. Masih single. Org nye ok je. Bdk Klang. Ak sebenarnya da pasang niat masa awal2 dtg cni bulan lepas, ak xnak cari cinta ke apa. Ak nak fokus kat kerja je. Sebabnya masa disini singkat je. Kontrak 6 bln. Ak pun sedar diri weh. Darjat ngn staff permanent kat cni x sama. Dieorg asyuk. Ak rasa x layak nak try dia. Ak ckp cmni bukan apa, sbb ‘akak2’ dia kat sini beriya suh ak try dia. Kira nak carikan jodoh kat dia la. Ckap sebab dia da lama single pastu mak Wia ad mintak tolong dioerg carikan. Kak Madi siap bagi no dia kat aku. Byk sebab ak xnak try. Antaranya sebab ak xnak jadi mangsa gosip dioerg. Lagipun ak jenis pemalu gak. Yelah ak bkn rapat pun. Dioerg pun x kenal ak sgt. Ak just nak kawan je. Bertegur kat ofis. Ak xnak janji pape weh. Sebab masa depan aku masih terumbang ambing. Ak x mampu. Malas la nanti awkward kt ofis. Nanti kena wow depan org ramai. Ak nak low profile je kat sini. Macam iklan 6 saat kat youtube, lepastu tekan skip ads. Tgk dia dress up lawa2. Dia punya beg pun LV. gambar2 pun melancong luar negara je. Loaded la katekan. Siapalah aku. Hmm. Sehingga skng dioerg duk tnya bila nak mula. Makin lama jadi semak plak. Mlas nk layan. Tapi hmm..ntahla…
0 notes
Text
Apa erti syawal tahun ni jika maknanya kian hilang dalam hidup aku. Tiapkali aku balik lama sikit mesti gaduh. Rapat sikit mesti gaduh. Benda remeh pun jadi berpanjangan. Mula2 sorg je x nk cakap ngn aku. Ni 3 skali x nak bercakap da ngn aku. Masing2 wat hal masing2. Aku tiada pilihan melainkan berbuat perkara yang sama. Aku punya la semangat nak balik raya tahun ni walaupun kena pkp. Aku korbankan kerja grab aku kat shah alam, mak aku pun ada suruh balik. Ni bila da balik suasana jadi cibai.. kalu x suka aku balik aritu, x yah sembang pasal suruh balik. Biar je aku merempat kat shah alam tu x kira hidup ke mati. Aku ingtkan sunyi nye kat shah alam aitu boleh terubat kt kg. Sekali balik pun sama je. Aku duk dalam bilik, adik gua main game, abah lepak ruang tamu, mak mengaji ngan main fon dalam bilik je. Cinggey gua dengan masalah depress nye. Aku pun ad masalah sendiri. X larat nak settle sume. Biarla dia cari jalan untuk solve masalah dia. If ak tolong pun bukan nak dengar cakap. Biar dia jadi strong girl. Xperlu nak harapkan aku. Kalu dia nak blah pun silakan. Abah plak, time sahur bln pose haritu boleh plak wat perangai gampang. Mak hulur udang suh abihkan, tu pun nk kecoh. Depan rezki kot. Pastu terus jadi bisu. Bila tnya x layan. Bila dia nk cakap je mesti tinggi suara. Paling babi skali time first pagi raya, boleh dia bla cmtu je. X nak pakai baju raya xpe lagi, xnak bergambar tu paling aku sakit hati sekali. Bila nk salam dia, masing2 dia dia pandang slack. Macam kitoerg je yang ad salah ngn dia. Pada pandangan dia, watpe bermaafan kalu pas raya buat lagi. Cam cibai ayat maksum kluar. Time nak bergambar kalut nak kuar balik kg padahal mana ad org kat kg. Semua x lepas balik. Blah camtu sambil wat muka kerek. Mak plak start 2 hari lepas jadi bisu. Tanya x jawab dah.. ni lagi power xtau ap salah tetiba x layan aku. Pastu expect aku faham. Kena paksa tanya, pastu menengking2 gak. Buat perangai silent ni da sebati dalam family aku. Buat orang luar macam cinggey aku, dia x kan faham. Dia pun da banyak masalah sendiri. Ak malas citer lagipun dia x pena tanya. Adik aku ni plak baran x bertempat. Main game pun hentak2 meja, tumbuk dinding, mencarut kuat2. Sesekali abah tengking dia senyap kejap. Ad sekali tu time nk tido, masih memekak lagi mencarut sebelah aku.. memang sial la aku marah dia. Balik rumah tapi rasa macam duduk bilik sewa. Kekadang terfikir camne la aku nak bawak org lain masuk kluarga ni, kalau diluar nampak macam ok. Di dalam tuhan je yang tau. Time ad tetamu masing2 pandai pakai topeng. Balik je tetamu terus muka setan masing2 kua. Dalam beragama ni bukan setakat hubungan ngan Allah je yg kena jaga, hubungan sesama manusia pun sama. Megaji, katam brapa kali klu x faham maksud x jadi apa. Cuma pahala membaca je la. Selepas company tutup tahun lepas, ak hidup dengan wat grab. Tapi. Bertahan lama sebab susah nk berdisiplin. Yelah, kerja flesibel sangt. Ikut suka, nk duit on, da penat off. Kekadang aku fikir kawan2 aku kat shah alam lagi ambil berat pasal aku dari family aku sendiri kat sini. Lagipun family aku da jarang call ak tanya kabar time aku duduk sana. Aku balik ni pun atas rasa fmily tu masih ad lagi. Walaupun ni bukan kali pertama aku kena camni. Ak harap aku cepat2 dapat kerja jauh dari rumah pasni. Lepasni aku nak jarang2 balik. Yelah. Adik aku citer time aku balik ni je selalu jadi cmni. Time aku xde, ok je. Apa salah aku down. Kalau x suka jgan request aku balik la. Biar je aku mampus kat sana… #familytapitakmacamfamily
0 notes
Text
[5/02/2021]
Sunyi betul hari ni. Hanya perbualan dengan diri sendiri memenuhi hari. Aku ad cinggey tapi aku x mau ganggu dia sebab nanti dia kusutkan aku dengan masalah dia. Push pasal nk tunang dan kahwin. Rimas sebab aku belum sedia. Dari sudut kewangan mahupun keadaan kesihatan dia. Aku takut nanti aku x mampu jaga dia seperti mana keluarga dia jaga dia skarang. Setiapkali dia bukak citer pasal sakit dia aku risau. Dia tercedera, cuai aku risau. Macam mana kalu doktor sahkan dia ada penyakit kronik. Brapa lama masa yang aku akan ada untuk dia. Masalah aku sendiri x settle2. Biar la dia kecewa skang. Atleast kluarga dia ada. Besar tanggungjawab ak nk galas kalu aku rushing nk kawin ngn dia. Dengan keadaan skang. Dia plak di Sarawak. Nak balik sini x boleh. Selalu batuk berdarah. Bila luka darah susah nak berhenti. Disyaki leukimia sebab ada sejarah keluarga selain result platelet darah yang seakan menjawab soalan tu. Aku risau kalau ak terima dia skang, nanti aku x mampu jaga dia. Selalu demam atau pengsan. Takkan kawin nak jadi duda. Aku hnya mampu serahkan segala hal ni kepada Allah sebab aku tak mampu nak buat pape. Aku doakan semoga dia sembuh. Sebab ramai yang sayang dia selain dari aku. Ramai rindu dia. Ramai nak dia. Tapi dia pilih aku. Aku terima dia sebab dia baik. Ciri2 perempuan baik ada pada dia. Cuma aku takut x mampu beri yang terbaik seperti yang dia harapkan. Jauh merayap mlm ni dengan avantiz. Menyelusuri lebuhraya NPE seteleh lebih sebulan tak merayap macam dulu2 dengan Zher. Ternyata bila setiap member da kawin, dioerg semua berubah 100%. Aku da lenyap dari hidup mereka. Yela tengah sedap la katekan. Terkontang-kanting la aku sorang2. Da la jobless, pkp plak. Pishang kaw. Kadang2 aku tersa sunyi yang amat. Tiada siapa untuk berinteraksi. Hanya benda tidak bernyawa menjadi teman berbual. Dalam kepala mula bermain idea merapu2. Terkadang rasa nak bunuh diri sebab nak skip hidup ni. Nak tau apa jadi plak pasni. Apa citer di next alam. Ak selalu cuba tahan nafas cuma nak merasa saat hampir mati( putus nafas). Tapi aku x mampu. Aku tercari tempat untuk aku berpaut disaat aku lemas dalam laju arus dunia. Aku reflect masa silam aku. Mencari perkara untuk aku berpegang. Aku terfikir dalam ramai2 mereka yang ada dalam sejarah hidup aku, kenapa aku sahaja yang teringat kenangan dengan mereka. Mereka ada teringat x kat aku dan kenangan tu. Berapa ramai yang masih friends ngn aku di media sosial. Itulah mereka yang masih teringat. Lately aku selalu bermimpikan kenangan bersama geng tualang. Xtau kenapa. Dengan ustaz, cikgu2 semua. Walaupun time skolah dulu aku bukan famous / baik sangat. Kenapa mereka selalu datang dalam mimpi. Macam aku lalu waktu sekolah semula. Cuma dalam mimpi tu ak dan mereka buat benda yang tak pernah kiteorg buat time skolah dlu. Pelik gila la mimpi2 camni. Orang biasa mimpi pasal future. Tapi aku plak terbalik. Ak cuba habiskan mimpi tu tapi kesampaian sebab sedar2 da tengahari. Hahaha. Makin hari makin pelik. Aku harap aku tak gila pasni. Walaupun aku penah jadi gila time skolah dlu. Sekian update dariku.
0 notes
Text

Spring -Romantis
Bagaimana harus kita meneruskan
Percintaan yang terluka masa lalu
Andainya kau sendirian dan kau masih lagi mencariku
Di sini aku menantimu
Kenangilah saat indah kau dan aku
Waktu itu hidup kita romantisnya
Kita pun berlari-lari mengejar ombak di pantai kasih
Akhirnya aku kau tinggalkan
Sejarah cintaku yang lalu
Oh hanyalah ujian bagiku
Sekiranya kau perlukan aku
Ku masih ada di sini
Seandainya aku tiada lagi
Simpanlah cintaku
Di dadamu oh sayang
Cuba kau ingat kembali masa lalu
Kasihku teguh buatmu
Walaupun terluka namun ku bersabar
Dan masih menyayangi
Andainya kau ada yang lain waktu ini
Apalah dayaku lagi
Terpaksalah aku membawa diriku
Dan hanya Tuhan saja yang mengerti
Cuba kau ingat kembali masa lalu
Kasihku teguh buatmu
Walaupun terluka namun ku bersabar
Dan masih menyayangi
Andainya kau ada yang lain waktu ini
Apalah dayaku lagi
Terpaksalah aku membawa diriku
Dan hanya Tuhan saja yang mengerti
Kalaku mengelamun sendirian
Berderai airmata di pipiku
Kerana terlalu pilunya hatiku
Kau pergi dariku tanpa pesan
Di sudut hatiku yang terluka ini
Terpahat namamu
Kaulah kekasih (kaulah kekasih)
0 notes
Text
Ainaa. Satu nama yang comel macam orangnya. Seperti biasa, duk sebelah jadi team member. Pemalu, pandai dressup. Rajin. Pandai wat manja2. Level kawan bg dia, level crush untuk aku. Makin aku usha makin berkenan. Tapi harini entah kenapa jadi jeles tengok zul dtg amik biskut dia. Minggu lepas da bagi pikapline. Blushing teruk muka dia. Haha. Ak pun ikut join. Acah2 cool la. Dalam hati ni tuhan je la tau. Orang Bangsar south. Dulu ofis aku kat gasing indah, so memang dekat la nak g sana. Huhuhu. Rasa nak kenal lebih tapi takut xdan. Yelah bulan depan da kena retrenched. Tragedi oktober untuk aku ngan dia. Dia baik. Muka ad unsur2 mix ckit. Among colleagues, dia umpama celebrity gak ar. Klu xde time makan2 tu semua org akan duk menanya. Memang rezki ak dpat kenal n duduk sebelah dia wat masa sekarang. Ramai suh aku try. Ramai orang cuba gosipkan tapi aku buat acah2 cool la konon x layan. Aku tau dan aku sedar dia anggap aku level yg macam mana je. Apa yang aku perasan kan mana2 perempuan lawa yg aku kenal, dioerg ni bukan berkawan ngan aku sehingga suka kat aku tapi sebenarnya sebab aku kelakar. Senang dioerg nk masuk kepala dan selesa berkawan. Untuk lebih serius, bukan orang macam aku yang mereka cari. So daripada aku kehilangan dieorg sebab nk try pastu kena friendzoned, lebih baik aku maintain je la relationship ni sebagai kawan. Suka tu akan datang kemudian. Kalau ad ruang bg pikapline slow2. Kalu dilayan ada la hasil. Kalu x dilayan then hormat je la batasan persahabatan tu. at least klu jumpe lagi pasni, bolehla tegur lagi. Kunci dia senang je. X kira lawa x lawa layan mereka semua baik2. Xdpat nk wat jodoh atleast dapat kenal dan berkawan. Walapun x connect kt media sosial. Level kemudian tu bergantung pada jodoh dan rezki. Nk try hard pun x guna entah2 dia jodoh orang lain. Be yourself. X perlu jadi pretender depan dia. Klu dia terima dia akan hadir, kalau x dia takat tu je la. Doa yang baik2. Santai2 je. InsyaAllah. Nnti ada la pasangan tu. La hawla wala kuwwata illah billahil aliyyilazim. - baca byk2 sehingga hilang susah hati.
0 notes
Text
Harini ni masuk 19 hari motor lagenda aku hilang. Penat kehulu kehilir mensettlekan masalah dokumen untuk insurans. Penat?memang penat. Macam2 benda dia mintak.ak cuba sedaya upaya untuk sediakan semuanya untuk memudahkan urusan. Aku nak baiki keadaan. Berusaha setakat yang mampu. Besok investigator tu dtg nk interview dekat tempat kejadian. Bila teringat moto yg da sedekad bersama memang agak sedih. Banyak kenangan.Dia bukti setia ak dengan sebuah moto.beli cash masa lepas SPM. Tergamam gak ak lepas hilang haritu. Macam x percaya, sebab jenis motor tu tak sepanas LC / Ex5. Bila ak post dekat media sosial semalam, ramai member2 yang tanya. Dan tak kurang juga orang yang aku rasa akan amik tahu tak amik tahu pun. Tak marah pun cuma sedikit terkilan tapi tak pe lah. Siapalah mereka untuk amik tahu kan? Ni adalah masa sesuai untuk aku tahu dimana aku dalam hidup mereka. Sebab aku post lambat pasal motor hilang tu adalah malas nak layan soklan interview dari mereka yang amik berat mahupun pengupdate citer dekat status masing2. Lagipun ak malu nak post macam tu & apa beza post cepat / lambat. Sama je. Susah nak jumpa balik da pun. Aku pun bukan la orang terkenal dekat sini. Harini aku cuma perlukan pendengar dan teman berbual. Tapi yang ad dengan aku skang cuma suara Adele yang menemani hari rabu yang sunyi. Sambil merenung ke luar tingkap sambil melihat cuaca samaada akan hujan atau tak. Aku menanti saat aku tidak lagi sunyi walaupun seketika. Kekadang aku rasa orang sunyi memang ditakdirkan sunyi sepanjang hidupnya. The only best friend which stay with me up and down. World full of illusions. Kenapa bahagia dirasakan sekejap sedangkan merana dirasakan selamanya. Aku adalah salah seorang stranger yang menumpang di sudut2 dunia. Melihat mereka live their life to the fullest. Semakin dewasa semakin boring hidup ni. I’m actually a living satellite to all the people around me.
0 notes
Link
bagi collector movie macam aku, boleh torrent dekat sini. sejak diploma lagi aku sedut movie kat sini. (2010). nak donlod subtitle gi subscene tapi kena guna vpn.
0 notes
Link
citer ni memang baik ar. aku baru sampai episod 3. setan punya crush...jemput layan bagi yang tiada akaun netflik
0 notes
Text
05/21/2020
salam. dah lama aku x jenguk tempat menyorok ni. tempat yang aku akan pergi bila aku taknak sesiapa pun tau ataupun kasihan dengan luahan hati aku. tempat aku menceritakan segala rahsia dimana hampir tiada sesiapa disekeliling aku yang tahu. aku kadang tertanya2 kenapa ada masanya tuhan x menjawab permintaan aku, pertanyaan aku. aku penat dengan hidup aku. bagai tiada siapa yan peduli. aku cuba berpura2 bahgia. kekal kelakar. itu semua aku nak menjaga perasaan mereka semua. aku taknak dioerg bersedih even dieorg ada sebab untuk bersedih time tu. sunyi itulah hidup aku sekarang. berbuka sorang, tidur sorang, berjalan sorang. even kerja pun sorang2. sunyi ni macam cancer weh. merosakkan segala emosi aku dan sosial hidup aku. aku rasa macam aku x layak untuk bahgia. crush yang ad pun buat main2 je perasaaan aku. aku baru nak serius, tapi dia hanya cari bila dia perlukan sahaja. kalu aku x kenal dia macam mana aku nak bawak dia dalam hidup aku. aku rasa macam ak bercinta dia cuma part-time. 4 bulan skali tu pun chatting 2,3 hari pastu menghilang. alasan busy mcam gampang. disaat aku sediakan masa aku untuk dia. dia hilang bila aku perlukan dia. kalau x ikhlas jganla cuba nak sentuh hati aku ni weh. ak da la mudah jatuh hati. sensitif. berbuat sesukahati ingat apa testpad ke? time nk guna kutip time dah guna buang dlm tong sampah. pergilah mencari yang lain. aku x rela jadi mcm tu. ni tambah plak raya. x bleh nak balik kg. sedih gila T--T . Ingatkan sedara mara aku da x ingt nak ajak aku da lepak umah dieorg. aku da standby nak layan cuti seminggu ni sorang2. tengok kawan2 bhgia dgn pasangan dan bkal menimang cahaya mata. siapa x jeles. salah ke ak jeles?ak jeles pun ak x doakan yang bukan2. sampia bila la aku kan macam ni. aku selalu doa kalau da macam ni apa salahnya aku mati awal. sekurang2 aku masuk neraka ada yang teman. layak ke kesunyian dihukum dengan neraka. berpasangan pun masuk neraka even yang single pun masuk neraka. apalah kiranya tiada tengah diantara keduanya. aku nak bercinta dan dicinta. semestinya itu lebih baik (two is better than one). ak da quit post2 jiwang2 kat socmed. disebabkan tiada yang berminat. ak berhenti untuk dikasihan. hati aku hanya dikutip kerna kasihan. apa yang aku harapkan sekarang. sebelum aku mati aku nak jumpa Adilah buat kali terakhir. Aku cuma nak mintak maaf secara berdepan untuk segala kesalahan aku masa sekolah dlu. Aku sentiasa doa kan dia bahagia bersama suami dan anakk2.aku cuma harap dia maafkan aku. aku rindu dan jumpa dia. harapan untuk memiliki dia da lama aku padam. akau xkan pernah lupa dia. kadang2 aku rasa hanya dia yang aku layak cinta selama ni. jumpa la perempuan mana pun. tiap kali dikecewakan aku mesti rasa dari rasa macam ni baik la aku jd macam masa sekolah dulu. alang2 bertepuk sebelah tangan biarla aku angankan apa yang terbaik untuk aku. itu semua cerita lama. aku xkan pernah lupa. aditaw forever. aku hanya cinta dia yang dulu. bukan yang sekarang. sejauh mana aku pergi mesti aku balik semula ke kenangan tu. cinta paling bahagia yang pernah rasa hanya sebuah cinta sebelah tangan(2007-2009). tidak akan pernah berbunyi. selalu itu yang motivate aku untuk teruskan momentum hidup single ni. membuatkan aku tersenyum walaupun bodoh tindakan aku masa tu. let me live the memories of my geisha. tu lah kadang2 pelik aku ramai2 orang sekeliling aku mendapat pasangan dengan nama Adilah. Kekadang trigger gak ar. asal la kat dieorg bukan aku. macam takdir menganjing aku pun ada. sigh. tu je la untuk malam ni.ahad ni da raya. selamat hari raya bujang yang ke-28.
0 notes