Photo

Tawaran hebat sempena BULAN KEMERDEKAAN... JOM BOOSTKAN OUR SEMANGAT KEMERDEKAAN DENGAN MEMBACA... Jangan segan silu untuk slidr ke kanan ye untuk dapatkan judul buku dengan tawaran hebat lagi meletoppp ..khas untuk anda semuaaaaππππ #bangsamembacabangsaberjaya #onlinebookstore #kombomerdeka
2 notes
Β·
View notes
Photo

[ 'IBRAH DARI JUZ 'AMMA ; #SahabatAtTaqwaPREVIEW ] . . Dapatkan segera buku Ibrah dari Juz Amma yang menghimpunkan mesej-mesej penting, tema dan pengajaran yang praktikal bagi setiap surah dalam juzuk ke 30. . . Kenapa kami mulakan dengan Juzuk 30? . . -Mengandungi surah surah Makiyyah -Rasulullah memulakan tarbiyah kepada sahabat dengan surah surah juzuk ini -Mengandungi surah surah yang lazim bagi kita semua -Surah yang banyak menekankan aspek akidah -Surah yang mudah dihafal dan dihayati dalam solat kita -Surah dalam Juzuk ini merupakan permulaan yang baik untuk anak anak kita . . Dann banyak sebab yang lain lagi. Jika anda seorang naqib atau naqibah yang sedang mengelola halaqah, inilah buku yang sesuai untuk dimiliki bagi membantu membawakan mesej juzuk 30 kepada anak didik anda. . . Jika anda seorang ibu atau ayah, inilah bukunya yang sesuai untuk mendidik anak anak kecil tentang mesej al-Quran yang dibawakan dengan santai Jika anda seorang daripada masyarakat awam seperti kami juga, yang tiada latar belakang ilmu deeniyah, maka inilah buku yang baik untuk memulakan explorasi Qur'anic kita bersama. . . Pendek kata, inilah buku yang kita cari... . . P/s : Dah REQUEST @SahabatAtTaqwaKATALOG UPDATED dalam bentuk PDF ? . . Ianya penting sebagai panduan dalam MEMBORONG buku dengan #SahabatAtTaqwaBERDAFTAR πππ . . Powered by : . . @SahabatAtTaqwaKATALOG @SahabatAtTaqwaQUOTE @SahabatAtTaqwaBUDDIES . . #SahabatAtTaqwa #BisnesKitaDakwahKita #SahabatAtTaqwaBUDDIES #ArkitekJalanan #DIAgnosisFobia #SemusimDiMahsyar #SemusimDiMahsyarEdisiPremium #IbrahDariJuzAmma
#semusimdimahsyaredisipremium#sahabatattaqwaberdaftar#arkitekjalanan#ibrahdarijuzamma#sahabatattaqwabuddies#sahabatattaqwa#bisneskitadakwahkita#sahabatattaqwapreview#semusimdimahsyar#diagnosisfobia
0 notes
Photo

KOMBO MERDEKA .... Jom dapatkannya sekarang ππππ Cepat2 whatsapp 0133951836 atau tekan sahaja link di bio πππ #bangsamembacabangsaberjaya #onlinebookstore #sahabatattaqwa
0 notes
Photo

KOMBO MERDEKA .... Jom dapatkannya sekarang ππππ Cepat2 whatsapp 0133951836 atau tekan sahaja link di bio πππ #bangsamembacabangsaberjaya #onlinebookstore #sahabatattaqwa
0 notes
Photo

KOMBO MERDEKA .... Jom dapatkannya sekarang ππππ Cepat2 whatsapp 0133951836 atau tekan sahaja link di bio πππ #bangsamembacabangsaberjaya #onlinebookstore #sahabatattaqwa
0 notes
Photo

Prinsip & Kebijaksanaan Dakwah Islam ~ RM24.50 ~ Format: Paperback ISBN-13: 9789833707614 Tahun Terbit: 2012 Jumlah Muka Surat: 296 Berat (Kg): 0.38 Size: 20.6cm x 14.5cm Penulis: HAMKA =========================== Prof Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali dengan gelaran Buya Hamk, lahir di Maninjau, Tanjung Raya, Kabupaten Agam, Sumatera Barat, 17 Februari 1908; meninggal dunia di Jakarta, 24 Julai 1981, pada umur 73 tahun. Beliau adalah sasterawan tersohor Nusantara, sekaligus ulama, pujangga dan ahli falsafah serta aktivis politik. Bahkan, terkini beliau dinyatakan sebagai Pahlawan Nasional Indonesia setelah dikeluarkannya Keppres No. 113/TK/Tahun2011, pada 9 November 2011. "Jika anak Adam itu dua lembah emas, mereka akan minta legi lembah ketiga. Tetapi tidaklah akan memenuhi perut anak Adam selain daripada tanah." (Al-Hadis) Tetapi akan terus menerus sajalah begitu keadaannya? Ini pun telah dijawab oleh Baginda SAW, Baginda bersabda: "Kebaikan akan tetap ada padaku dan pada umatku sampai hari kiamat. #hamka #buyahamka #onlinebookstore #bukuonline
0 notes
Photo

Moyang Salleh RM20.00 Tarikh Terbit: 10 Aug 2013 Jumlah Muka Surat : 208 Kategori: Novel Dewasa, Novel Dewasa Umum, Novel Sejarah Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd Kisah Moyang Salleh dan para pengikutnya yang menuntut adat di Empayar Johor. Keempat-empat pengikutnya mempunyai kekuatan yang luar biasa. Tok Gagah Lela Perkasa mempunyai kekuatan yang luar biasa dan dapat mengalahkan 10 orang dalam pertandingan tarik tali. Tok Beruang Hitam mempunyai cakar yang kuat, Tok Laut Api dapat mengeluarkan api daripada mulutnya, dan Tok Bauk yang dapat melompat setinggi pokok kelapa. Berjayakah mereka dalam misi mereka menuntut adat di Johor? ***************************************************************** Review Moyang Salleh, namanya jarang didengari, namun orangnya hebat tidak terperi. Dengan kuasa sakti, tubuhnya tidak mampu disakiti, dan dia tidak takut mati. Dia adalah pemimpin Jelebu yang sangat dihormati dan sangat banyak menabur bakti. Dia suka merendah diri, namun kata-katanya sangat didengari. Kisah Moyang Salleh adalah kisah benar yang menjadi legenda Johor. Ketika Moyang Salleh memimpin Jelebu, kawasannya aman damai dan tiada musuh yang berjaya menceroboh. Dia sendiri mempunyai sebilah keris sakti dan dibantu pula oleh empat orang pahlawan yang gagah perkasa. Tok Laut Api mampu mengeluarkan api menerusi hembusan nafasnya. Tok Gagah Lela sangat kuat hingga mampu mengalahkan 10 orang lelaki sekaligus. Tok Beruang Hitam pula, apabila melompat, tinggi lompatannya melepasi pokok kelapa yang tinggi. Akhirnya sekali, pembantu Moyang Salleh adalah Tok Bauk, yang mampu menggali lubang yang besar dengan hanya menggunakan tangannya sahaja. Konflik tercetus apabila anak sahabatnya dibunuh oleh Sultan Johor yang suka merampas isteri dan tunangan orang. Seluruh daerah telah bersatu mahu berperang dengan kerajaan Johor yang zalim. Moyang Salleh dihantar sebagai utusan untuk menuntut hak dan mendapatkan penjelasan daripada Sultan Johor. Di pusat empayar kesultanan Johor yang mempunyai ribuan askar, Moyang Salleh dan empat pahlawannya berdiri gagah untuk menuntut hak mereka. Namun, Sultan Johor terlalu angkuh dan enggan menemui mereka. Malah, mereka dipe
0 notes
Photo

Antara Sejarah dan Mitos: Sejarah Melayu & Hang Tuah dalam Histografi Malaysia Harga : RM35.00 Format: Paperback Saiz: 6" x 9β ISBN-13: 9789670960142 Jumlah Muka Surat: 228 Berat (Kg): 0.35 Penulis: Ahmat Adam =========================== Sulalat uβs-Salatin atau Sejarah Melayu, bersama-sama dengan Hikayat Hang Tuah adalah dua buah karya klasik agung orang Melayu yang tidak perlu ditekankan peri pentingnya dalam sejarah kebudayaan bangsa itu. Dihasilkan pada abad ke-16 dan ke-17, karya yang asalnya ditulis berperingkat-peringkat dengan berdasarkan tradisi lisan, masing-masing telah menjadi rujukan utama dalam pengajian sejarah dan kebudayaan bangsa Melayu. Kendatipun banyak orang menganggap Sejarah Melayu sebagai sebuah karya sejarah yang bona fide, dan ramai pula yang menganggap Hikayat Hang Tuah adalah epik sejarah yang benar-benar meriwayatkan petualangan Laksamana Melaka yang hidup antara abad ke-15 dan ke-16, namun usaha membicarakan dua teks Melayu klasik ini tidak pernah dibuat secara kritis untuk menentukan dengan pasti sejauh mana Sejarah Melayu dapat dianggap sebagai sumber sejarah yang boleh dipercayai, dan sejauh mana pula manusia yang bernama Hang Tuah itu benar-benar wujud dalam sejarah. Mungkinkah kewujudan Hang Tuah itu hanya berasaskan kepercayaan banyak orang, setelah terpengaruh oleh Hikayat Hang Tuah yang pernah tersebar secara meluas di serata pelosok dunia Melayu semenjak tidak kurang daripada empat abad yang lalu? Buku Antara Sejarah dan Mitos yang bernada kritis ini ditulis oleh seorang sejarawan yang cuba merungkai persoalan kebolehpercayaan Sejarah Melayu sebagai sumber sejarah yang utuh, dan juga menganalisis secara kritis kewujudan Hang Tuah dalam sejarah silam Melaka bagi menentukan sama ada figur ini adalah benar-benar tokoh sejarah ataupun semata-mata tokoh yang dimitoskan sahaja. #bukusejarah #bukuonline
0 notes
Photo

Harga : RM12.00 Format: Paperback Saiz: 4.5 " x 7β ISBN:9789834614614 Jumlah Muka Surat: 140 Berat (Kg): 0.13 =========================== Pahlawan Tuk Guru menceritakan tentang perjuangan seorang Tuk Guru yang menentang penjajahan Inggeris di Pahang. Berlatarbelakangkan zaman kedatangan Inggeris di Tanah Melayu. Tuk Guru ialah pahlawan Mat Kilau yang dilahirkan pada tahun 1947 di Kampung Kedondong, Mukim Pulau Tawar, Jerantut Pahang. Jasa dan perjuangannya mempertahankan tanah air daripada dijajah sangatlah besar dan berharga. Mat Kilau atau Tuk Guru adalah seorang pendekar yang tidak bersetuju dengan dasar pentadbiran Inggeris di Pahang #bukusejarah #bukuonline
0 notes
Photo

Harga : RM50.00 Format: Paperback Saiz: 4.5" x 7.5β ISBN-13: 9789836271860 Jumlah Muka Surat: 420 Berat (Kg): 0.55 =========================== Edward Tudor (anak raja) dan Tom Canty (anak papa) saling bertukar identiti kerana ingin merasai corak kehidupan lain yang disangkakakn lebih seronok. Anggapan mereka ternyata meleset kerana kehidupan sebenar tidak seperti yang diiimpikan . Meskipun timbul kekesalan di dalam hati masing-masing setelah melalui pelbagai cabaran dalam identiti baru, mereka terpaksa menunggu agak lama sebelum dapat bertukar identiti semula. Buku Anak Remaja dengan Anak Papa ini merupakan buku pertama yang diternbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1958. buku ini diterbitkan semula antara lain untuk mengimbas semula penerbitan awal buku DBP untuk tatapan generasi masa kini dan untuk menyingkap kembali sejarah perkembangan bahasa Melayu sejak zaman awal selepas merdeka. #bukusejarah #onlinebookstore #bukuonline #bukumurah
0 notes
Photo

Harga : RM22.00 Format: Paperback Saiz: 5.5" x 8.5β ISBN-13: 978-967-411-891-4 Jumlah Muka Surat: 237 Berat (Kg): 0.27 =========================== Nazi Jerman juga dikanali sebagai Third Reich. Ia menjadi kuasa yang bukan sahaja unggul di Jerman, malah digeruni di Eropah. Nazi adalah Hitler, dan Hitler adalah nazi. Di tangan Hitler, Nazi mula mengembangkan kuasanya ke luar Jerman. Ia akhirnya memicu kepada Perang dunia Kedua. Untuk permulaan perang, tentera Third Reich tiada tandingan. Sehinggalah akhirnya, Hitler semakin tamak dan silap percaturan. Satu per satu kelemahan menimpa, pada akhirnya Hitler dan Third Reich hancurnya di Berlin.
0 notes
Photo

RM35.00 Format: Paperback ISBN: 978-967-430-429-4 Pengarang: Muhsin Mahdi Penterjemah: Amilah Awang Abd Rahman Tahun Terbit: 2014 Jumlah Muka Surat: 315 ============================= Adakah sains sejarah dan budaya mewujudkan kebanjiran falsafah, atau bidang ini sebenarnya yang ketandusan asas falsafah? Buku ini cuba merungkai permasalahan ini melalui kajian yang dilakukan oleh mungkin satu-satunya pemikir agung yang memberikan penekanan terhadap permasalahan sejarah dan budaya, yang juga telah menemukan sains yang khusus untuk menanganinya, berdasarkan falsafah Plato dan Aristotle serta pengikut Islamnya. Buku ini merupakan kajian pertama tentang Ibnu Khaldun yang bukanlah untuk membela sains sosial moden mahupun kemodenan pemikiran Ibnu Khaldun, sebaliknya merupakan analisis dan intepretasi yang teliti terhadap karyanya. Buku ini memfokuskan tentang kajian terhadap prinsip sains budaya Ibnu Khaldun yang baharu, dan menjelaskan tentang inti pati prinsip ini dengan berlatarbelakangkan Falsafah Islam dan Klasik. "Muhsin Mahdi melambangkan paduan yang luar biasa bagi ikatan sempurna hasil gabungan bahasa Arab dan sejarah Islam serta pengetahuan falsafah zaman pertengahan yang mantap.β- WALTER J. FISCHEL, Journal of Near Eastern Studies #bukumurah #bukuonline #onlinebookstore
0 notes
Photo

Kisah Cinta Budak Sekolah ~ RM23.00 ~ =========================== Format: Paperback Saiz: 5" x 7.5" ISBN-13: 9789670591674 Tahun Terbit: 2017 Jumlah Muka Surat: 292 Berat (Kg): 0.23 =========================== Ada satu benda yang kau kena tahu pasal budak sekolah agama ni. Walau namanya kedengaran suci, namun itu tak memberikan sebarang jaminan yang perangai budak sekolah agama ni 'less syaitonirrojim' daripada budak sekolah biasa. Kalau kat sekolah biasa, jeneral syaitan terulung hantar dalam satu atau dua team bola bagi menghuru-harakan pemikiran budak-budak. Tapi kalau di sekolah agama, syaitan hantar satu armada. Ya, macam nak hantar perang kat lautan punya ramai. Tu yang kadang bila melawat ke sekolah agama, jangan terkejut kalau ada yang main kejar-kejar dan lompat daripada meja ke meja macam beruk lapar pisang. Itu semua fenomena biasa. Masih level anak-anak je tu. Dan ini adalah kisah budak-budak sekolah yang ingin membesar. Dari darjah lima hinggalah diorang.. #kisahcintabudaksekolah #pts #putihpress #lejenpress #onlinebookstore #bukuonline #bukumurah
0 notes
Photo

RM20.00 Format: Paperback Saiz: 5" x 7.5" ISBN-13: 9789670591575 Tahun Terbit: 2016 Jumlah Muka Surat: 256 Berat (Kg): 0.21 =========================== Setelah Mawar melarikan diri daripada terus menjadi korban di rumahnya sendiri, dia terjumpa dengan Nek Embok. Ketika itu dia sedar yang hidupnya sudah punah dan mimpi ngeri ini tidak akan berakhir walau dengan apa cara sekalipun. Jika dia tidak membuat keputusan untuk mengabdikan dirinya kepada syaitan dan membalas dendam kepada semua yang telah menyakitinya dulu. Tanpa dia ketahui, Nek Embom menyembunyikan beberapa perkara. Apakah agenda sebenar Nek Embok? Adakah dendam Mawar akan tercapai? Adakah semuanya berbaloi dengan mendampingkan diri kepada syaitan? #bukuonline #bukumurah #onlinebookstore #mampos
0 notes
Photo

Amira The Exchange Student Harga : RM25.00 Format: Paperback ISBN: 978-967-460-397-7 Author: Sara Eisya Year Published: 2016 Total Page: 230 ================== Amira Roslan is a Malaysian girl who always just wanted to go. Desperate to become independent, imagine her elation when she received an acceptance letter regarding an exchange student to Rome, Italy. Pizza, pasta and gelato will feed her starvation for adventure. A loving host family and enrolled in one of Rome's most prestigious school, she learns that Hollywood had been deceiving the world with the misconceptions of Italians. But, will her daydreams of being an Italian for three months with maybe, just maybe, an Italian boy by her side come in sync with reality? #bukuonline #onlinebookstore #murahbuku
0 notes
Photo

1969 ~ RM22.00 ~ Format: Paperback Saiz: 5" x 7.5" ISBN-13: 9789670591667 Tahun Terbit: 2016 Jumlah Muka Surat: 284 Berat (Kg): 0.23 =========================== Minat melukis membuatkan Sufian rapat dengan Chop Choy. Sebab anak Cina tu pun suka melukis. Sementara di berek, hanya Mokhsin si budak nakal yang rapat dengan dia. Sikap perkauman yang membusuk dalam hati manusia membuatkan Chop Choy merenggangkan diri; sementara sikap prajudis mesyarakat membuatkan Mokhsin hidup dalam kehinaan. Semakin hampir dengan SPM, hubungan persahabatan Sufian dan dua sahabat dia ini semakin renggang. Tragedi demi tragedi datang menimpa, menguji kesabaran mereka, ditambah dengan kesempitan hidup yang semakin parah. Persoalannya, sampai bila mereka mampu bertahan? Semuanya bermula apabila Sufian β seorang budak biasa yang suka melukis, mendengar radio, menonton wayang, mandi sungai dan mengacau anak dara orang berpindah ke rumah abang iparnya di Kemunting, Perak pada tahun 1969. #bukuonline #bukumurah #1969 #onlinebookstore
0 notes
Photo

BULAN ~ Penulis : Tere Liye ~ Harga : RM23.00 Format: Paperback Saiz: 5" x 7.5" ISBN-13: 9789670591742 Tahun Terbit: 2017 Jumlah Muka Surat: 329 Berat (Kg): 0.26 =========================== Nama dia Seli, usianya 15 tahun. Dia sama seperti remaja yang lain. Miliki minat yang sama, dengar lagu-lagu yang sama, pergi ke gerai fast food, juga menonton drama bersiri, film, dan hal-hal yang disukai remaja. Tetapi ada satu rahsia kecil Seli yang tidak pernah diketahui sesiapa pun. Sesuatu yang dia simpan sendiri sejak kecil. Sesuatu yang menakjubkan dengan tangannya. Nama dia Seli. Dan tangannya boleh mengeluarkan petir. #bukuonline #bukumurah #bukumalaysia #onlinebookstore
0 notes