Text
Dan disaat gelita itu teman, Celaka itu panduan, Lumpur itu jalanan, Kau muncul tegar menidakkan. Kau menjelaskan - Dan disaat langit menghujan tohmah, Baju lusuh kulit bernanah, Bernafas luntur melangkah lelah, Kau menjelma dan tegas membetah. Kau pertahan sekujur lemah - Goncanglah langit, Teriaklah perit, Kau merenung tajam membalas pahit.
4 notes
·
View notes
Photo

Dua gadis setia. Dua gadis ini masih setia. Setia bersama ukhwah. Setia tanpa nokhtah. May this beautiful social link of mine last forever.
1 note
·
View note
Text
Selalu bila aku bersama teman, engkau akan sekali sekala terkeluar menjadi bibit perbualan. Kadang ianya seloroh mengusik aku dan masa depan. Kadang cuma sebagai tajuk bagi memulakan perbualan. Dan akhirnya ia akan selalu tergantung tanpa apa-apa kesudahan.
Selalu bila aku bersama teman, duduk bicara bukan sekadar mencari bahan hiburan. Kerana aku dan yang lain bukan lagi dizaman persekolahan. Apa yang terhidang dimasa sekarang bakal menjadi kenangan. Dan kelak kami akan sendirian merenungkan.
Selalu bila aku bersama teman, kenangan indah sengaja kami putarkan. Kerana masa hadapan begitu sukar untuk digambarkan. Berganding tangan sesama teman, mungkin itu yang bakal menyelamatkan..
..Diri-diri kami dari terus diratah syaitan, kelak bila tiba penghujung zaman.
Maka aku akan selalu bersama teman. Untuk kenangan dan masa hadapan.
1 note
·
View note
Text
Begitu rupanya dunia akhir zaman. Betapa aib itu bertebaran di angkasa raya. Tak punya sarang untuk berteduh duka. Dan betapa angkuhnya mereka. Menjadi tuhan memutus hukuman.
Jadi begitulah dunia akhir zaman. Bilamana kebenaran itu adalah sebuah alat. Menjadi alasan untuk melempar palat. Dan runtuhlah kemanusiaan sejagat.
Maka begitulah dunia yang menghampiri akhirat. Apakah kita benar-benar akan selamat?
0 notes
Text
Yang sebenarnya kita berdua telah lama mati. Dan kita hidup atas nama yang palsu. Dan kita yang mati dulu itu tidak pula aman rohnya. Meronta cuba kembali. Meronta mahu peluang lagi. Meronta minta kita berhenti. Bagaikan terpenjara didalam jasad sendiri. Hanya mampu melihat segala keji dan menelan caci. Dan merontalah lagi dan lagi. Sampai kita berdua bertemu lagi.
0 notes
Text
Redup renungan matamu menikam pilu,
Senyum dan tawamu,
Membisik bahgia yang bukan palsu.
Membakar segunung harap
Melayar gagah merempuh malap.
Namun masakan gagak hitam bisa melindung pipit,
Tatkala petir menggoncang langit.
Pipit kan terbang mencari atap.
Dan gagak.. Teruslah meratap.
0 notes
Text
Berikan aku lapangan langit itu. Biarkan aku disitu sendirian berlagu. Jadikan dataran wajah ini sebagai lintasan angin bayu. Hala ku bersama hembus sukma. Berterbang dilangit dogma. Ke udara.
0 notes
Text
Sometimes i should just keep my mouth shut. Or only say Hello.
Walking alone, GreenDay
0 notes
Text
Harap
Dalam tandus padang harapan
Tak terjangkaukan kemuncak impian
Kau dahagakan tangan-tangan dari langit
Payungi kau dari panas terik.
Apakah sudah mati kemanusiaan
Bilamana keinginan itu keutamaan
Dan tersungkurlah sekujur jujur,
Pada kaki kudis sang takbur.
Kalam dari langit itu tidak pernah menyampai dusta,
Kita di sini yang sering terlupa
Bahwa hidup ini bukan sekadar celik mata dan bernafas saja
Bukankah nanti kita bakal jadi jenazah?
Dan apabila habis tanah itu ditumpatkan
Bunga bunga wangi menghias dada
Apakah kau sangka bakal ada kesempatan?
Untuk mengakui dan tunduk pada kebesaran?
Apakah masih layak untuk kita berharap?
Atau apakah masih ada diatas sana yang boleh diharap?
0 notes
Text
Keberadaanmu dipandang keji. Sehingga terkadang lebih hina dari tahi. Yang sebenarnya ia keluar dari dubur sang pengaku suci. Betapa kewujudan mu dinafi. Dan mungkin benar, Kemanusiaan itu hanya muncul pada yang bacul.
0 notes
Text
Di Jalanan Ini
Dijalanan ini Aku diajar tuk melangkah dengan hati Dan membiar Kedua biji mata ku mati Terus melangkah dipimpin naluri.
Dijalanan ini Aku berjumpa dan berinteraksi Dengan musuh dan juga dengan teman sejati Membawa aku ke lembah memori.
Terkadang kaki ini terpijak tahi, Ada masanya aku lemas ditengah lautan caci dan maki, Terpelusuk jauh di dendang nafsu, Aku terkeliru dan terkedu.. Tersendu.
Namun langkah ini, Bukan selalu perlu sendiri. Cukup Satu yang Maha Mengerti Tanda demi tanda memujuk jiwa sepi
Membawa kembali, Jiwa-jiwa yang rindukan kedamaian hakiki.
0 notes
Text
Kenangan
Sadarkah kita pada kenangan? Ia misteri seluruh alam kehidupan. Berlegar-legar disekitar maya minda Bermesra dengan emosi dan jiwa. Terkadang ia memberi buntu. Apakah dengan sekadar tekad tuk 'lupa', Segala yang berlegar bisa ghaib, hilang dipelusuk udara? Meski hanya sekadar cebis. Kenang kenangan akan terus berlegar Dalam ceria ataupun tragis Ia memberi tawa dan mampu mengguris. Apa pun ia. Aku takkan berlari pergi darinya Aku akan teguh menghadap mukanya Aku akan telan kedalam perut segala-galanya. Kenangan. Ia bisa menjadi pembunuh. Namun dalamnya juga ada ubat penyembuh.
0 notes
Quote
Apa khabar tuan menteri? Hari ini sehat dan happy? Kami disini usahlah dipeduli Pandailah kami berdikari. Apa khabar Tuan Menteri? Dengarnya esok naik harga lagi Kami disini usahlah dipeduli Merempat melara tu biasa je pada kami. Tak mengapa tuan Menteri. Kami faham turun naik ekonomi. Dari mula, sampailah kini, Kami dah biasa hidup membabi. Dan kalau nanti kami dah mula tenat, Tuan menteri usahlah gamat. Tak perlulah susah-susah melawat rakyat Baik tuan duduk diam dan berehat. Kami dah biasa dan suka begini. Tuan menteri jangan gusar hati. Kami hidup ke mati, Tuan menteri tak perlu peduli. Esok bila tiba hari mengundi Tuan menteri jangan gusar hati. Kami rakyat tiada otak dan perasaan Kami tak berontak kami suka penindasan. Kekal tenang tuan menteri. Kami disini, tak usah lah dipeduli. Macam biasa, yang penting tuan happy. Dan macam biasa, janji demi janji itu tahi.
2 notes
·
View notes
Quote
Tangis kau ku dengar Tapi tak ku mampu memujuk Perit getir yang kau tempuh Dalam sunyi ku endahkan Langit menjadi saksi Asap hitam tubuhmu Hangus hitam dedagingmu Musnahlah kemanusiaan Kini kau terpalit fitnah Hidup tak pernah kenal syurga Hari hari kau bagai neraka Dunia ciptaan manusia.. Yang gila. Hanya pada Tuhan Kau menyusul harapan
0 notes
Quote
Titis-titis kenangan Adalah merupakan sebuah kekuatan Bagi aku meniti kehidupan Bagi aku melihat jauh lagi kehadapan Dalam mengenal hidup yang diberi Tuhan. Apakah pengalaman Bisa mencetus sakti pada masa hadapan? Merubah takdir yang ketentuan? Mencorak abstrak pada tikar kehidupan? Merangkak. Meronta. Merayu.. Dahagakan kasih setiap insan. Helai tawa dan segala tangisan Juga setiap ikhlas menghulur tangan. Dan bila tiba masa ianya berlalu Janganlah engkau berdiri disudut pilu. Melangkah lah. Hujung sana ada mereka Yang kau rindu. Mereka.. Juga menantimu.
0 notes
Quote
Kotak suara kau terpecah Melantun vocal yang garau Dan mereka menganggap kau iblis Dalam bicara kau penuh sinis Perjuangan yang kau lontarkan Membentak kebebasan dalam jeriji Kebahgiaan kau damba berciciran Tangis kawan kau pekak sepi Lalu kebersatuan yang bagaimana lagi? Dalam limpahan harta kau ketawa ngeri Menutup tekad manusia perjuang rezki Kau hadir bagai malaikat, hulurkan roti? Kotak suara kau terpecah Melantun vocal pelbagai nada Dan mereka mendambakan bahgia Kau muncul penuh gaya, dan mencurah celaka. Kepala bana.
0 notes
Quote
Indah. Mungkin ianya terlihat mudah, Ringkas dan tak penuh madah, Namun ianya Ikhlas dan tanpa muslihat, Jauh sekali untuk menjerat. Apakah akan ada jalan, Jika benar engkau suatu tujuan? Apakah akan terpancar perjuangan, Jika engkau menjadi taruhan? Apakah aku mampu memiliki, Jika sekadar terpaku, Memuja dalam sayu, Dan terus duduk menunggu? Kau merajai, Meski tanpa sepatah titah. Kau menguasai, Jiwa rapuh menunggu nokhtah. Indah.
0 notes