USM is the second oldest university in Malaysia and one of the leading universities in the country. USM is the only APEX University in Malaysia.
Don't wanna be here? Send us removal request.
Photo

" USM TUMPU PENGURUSAN KEJAT 2015 " PULAU PINANG, 1 Disember 2014 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato' Dr. Omar Osman menyatakan hasrat universiti untuk menumpukan kepada pelaksanaan pengurusan kejat atau "lean management" yang lebih cekap, berkesan dan produktif dalam menghadapi cabaran dan persaingan pada masa hadapan. "Kita perlu memantapkan proses pengurusan dengan melihat kepada yang berlakunya kerja-kerja yang bertindan dan bertindih untuk dikurangkan dan diselaraskan, berteraskan kepada konsep pengurusan kejat yang sebenarnya telah pun bermula termasuk melaksanakan program naziran untuk tingkatkan produktiviti kakitangan," kata Omar kepada kira-kira 300 orang kakitangan Bangunan Canselori USM yang menghadiri Perhimpunan Bulanan di sini hari ini. #apexuniversity #welead #usm #universitisainsmalaysia #usmcampus #usmworldclass
0 notes
Photo

" 36 TAHUN , GEMBIRA BERKHIDMAT KEPADA USM " Zaiton Abu Kassim, 55, mula berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1 Ogos 1979 di Pejabat Naib Canselor sebagai jurutaip. Sekarang bertugas sebagai kakitangan sokongan N22, pembantu tadbir di Jabatan Bendahari Kampus Kejuruteraan USM. “Sedar tak sedar sudah 36 tahun berkhidmat dengan USM,” katanya. Zaiton pernah bertugas di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (PPSK) selama 19 tahun, kemudian bertukar ke Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar sejak tahun 2005 hingga 2012 sebelum bertukar ke Jabatan Bendahari Kampus Kejuruteraan. #apexuniversity #welead #usm #universitisainsmalaysia #usmcampus #usmworldclass
0 notes
Photo

Para pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Kelab Myagrosis akan menguruskan Pasar Myagrosis USM yang berkonsepkan pasar tani dengan kerjasama Pusat Pembangunan dan Sahsiah Pelajar (PPKSP), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Pasar ini akan diadakan pada setiap hari Jumaat, bermula pada 28 November 2014 di Parkir kereta Perpustakaan Hamzah Sendut 2 (PHS 2) Bangunan E41 antara jam 3.00 petang hingga 9.00 malam. #apexuniversity #welead #usm #universitisainsmalaysia #usmcampus #usmworldclass
0 notes
Photo

PULAU PINANG, 27 November 2014 –Karya para pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) bertajuk ‘Ikan Jerung VS Ikan Bilis’ dan ‘Rasuah atau Hadiah’ memenangi pertandingan Public Service Announcement (PSA) anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). #apexuniversity #welead #usm #universitisainsmalaysia #usmcampus #usmworldclass
0 notes
Photo

KUALA LUMPUR, 26 November 2014 - Pasukan Inovatif dan Kreatif (Innovative and Creative Circle - ICC) yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai I-10 dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya diiktiraf sebagai antara 10 pasukan terbaik dalam Ekspo dan Persidangan Produktiviti dan Inovasi yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre di sini sejak 24 November lalu yang dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan MITI bersempena Asia Pacific Quality Conference (APQC). #apexuniversity #welead #usm #universitisainsmalaysia #usmcampus #usmworldclass
0 notes
Photo

PULAU PINANG, 26 Nov. 2014 – Kolaborasi bersama rakan strategik dari negara-negara Komanwel disifatkan sebagai antara inisiatif yang dapat memacu pembangunan pendidikan negara ke tahap tertinggi seiring dengan negara-negara maju. Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail berkata, selaras dengan hasrat tersebut KPM memperkenalkan Commonwealth Tertiary Education Facility (CTEF) yang berperanan dalam mengukuhkan rangkaian bersama Sekretariat Komanwel untuk memperkasakan pendidikan tinggi negara. #apexuniversity #welead #usm #universitisainsmalaysia #usmcampus #usmworldclass
0 notes
Photo

PULAU PINANG, 26 November 2014 – Seminar Kehamilan dan Penyusuan anjuran Hal Ehwal Wanita (HELWA) Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) mendapat sambutan yang diluar jangkaan dengan kehadiran lebih 350 orang peserta dari dalam dan luar USM. Seminar sehari tersebut yang memberikan pelbagai informasi dan perkongsian ilmu mengenai kehamilan dan juga cara penyusuan bayi yang sempurna telah dirasmikan oleh isteri Naib Canselor USM, Datin Noraizan Jamaludin. #apexuniversity #welead #usm #universitisainsmalaysia #usmcampus #usmworldclass
0 notes
Photo

#apexuniversity #welead #usm #universitisainsmalaysia #usmcampus #usmworldclass
0 notes
Photo

Universiti Sains Malaysia (USM) melalui pensyarah dan juga staf sokongan Hospital USM (HUSM) yang digelar kumpulan Lateral telah menghasilkan Head Bun dan menerima anugerah emas di International Convention on QC Circles (ICQCC) 2014 yang telah diadakan di Colombo, Sri Lanka dari 12 hingga 15 Oktober 2014 yang lalu. #apexuniversity #welead #usm #universitisainsmalaysia #usmcampus #usmworldclass
0 notes
Photo

Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE) hari ini melahirkan siswazah sulung dalam Sarjana Kejuruteraan Mikroelektronik hasil bekerjasama dengan pihak industri terutamanya di kawasan sekitar Pulau Pinang. #apexuniversity #welead #usm #universitisainsmalaysia #usmcampus #usmworldclass
0 notes
Photo

Dua pensyarah wanita yang juga sahabat karib dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Dr. Aziah Ismail dan Dr. Nor Shafrin Ahmad terkejut dan teruja apabila masing-masing diktiraf cemerlang sebagai Pendidik Harapan dan Pendidik Kategori Pengajaran dan Penyeliaan. #apexuniversity #welead #usm #universitisainsmalaysia #usmcampus #usmworldclass
0 notes
Photo

PULAU PINANG, 20 November 2014 - Tiga makalah, ‘Hang Tuah dalam Hayat Lisan di Air dan Daratan’ karya Muhammad Hj. Salleh, ‘Ritual dalam Lipur Lara dan Folklor Melayu: Tradisi dan Persepsi’ karya Mohamad Luthfi Abdul Rahman dan ‘Daripada Kertas kepada Layar: Transformasi Kisah Hang Tuah dan Sulalat Al-Salatin kepada Puteri Gunung Ledang’ karya Wan Hasmah Wan Teh - dalam buku Sastera dalam Budaya dan Media, Editor: Halimah Mohamed Ali dan Mohamad Luthfi Abdul Rahman terbitan Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2013 telah memenangi Anugerah Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013. #apexuniversity #welead #usm #universitisainsmalaysia #usmcampus #usmworldclass
0 notes
Photo

PULAU PINANG, 19 NOVEMBER 2014 - “Untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya, pemimpin pelajar harus berminda global termasuklah merekayasakan pemikiran berteraskan nilai-nilai global agar mampu menjadi sebahagian dari warga dunia untuk membangunkan ilmu dan negara keseluruhannya” #apexuniversity #welead #usm #universitisainsmalaysia #usmcampus #usmworldclass
1 note
·
View note
Photo

PULAU PINANG, 18 November 2014 - Koleksi khas Perpustakaan Hamzah Sendut (PHS) Universiti Sains Malaysia (USM) telah diperkaya apabila PHS menerima sejumlah 25 judul naskhah Koleksi Terjemahan Cina-Melayu-Cina yang sebilangan besarnya terbitan Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia (PERSPEKTIF). #apexuniversity #welead #usm #universitisainsmalaysia #usmcampus #usmworldclass
0 notes
Photo

PULAU PINANG, 18 November 2014 - Penerbit Universiti Sains Malaysia (PUSM) hari ini mengiktiraf para pengarang atau editor buku yang diterbitkan dalam tahun 2014 dalam satu majlis Sanjungan Karya yang gilang gemilang. Sempena itu juga sebanyak 28 judul buku terbitan PUSM dilancarkan merangkumi 18 buah buku Bahasa Melayu dan 10 buah buku Bahasa Inggeris. #apexuniversity #welead #usm #universitisainsmalaysia #usmcampus #usmworldclass
0 notes
Photo

NIBONG TEBAL, 17 November 2014 – Kontinjen Pipit Hutan daripada Kampus Kejuruteraan muncul sebagai juara keseluruhan Hari Warga Staf (HWS) Universiti Sains Malaysia (USM) 2014 yang berlangsung di sini baru-baru ini. #apexuniversity #welead #usm #universitisainsmalaysia #usmcampus #usmworldclass
0 notes
Photo

NIBONG TEBAL, 15 November 2014 – Penanaman 1,000 batang pokok gaharu di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) sempena Hari Warga Staf menandakan bermulanya projek bumi hijau di sini. #apexuniversity #welead #usm #universitisainsmalaysia #usmcampus #usmworldclass
0 notes