Text
Aku suka,
Aku mencintai,
Tetapi aku tidak lagi merasai.
Jadi pergi lah cari bahgia sendiri. Aku tidak mahu merasa lagi dan lagi…
0 notes
Text
Kadang-kadang aku bertanya bagaimana aku mau pergi dari dunia realiti ini. Kerna kesakitan ini begitu nyeri sekali.
Tetapi aku pun tidak mahu berfantasi dengan pentas yang penuh ngeri.
0 notes
Text
Percayalah…
Apa yang kau lihat di depan itu, tidak akan sama apa yang berada dibelakangnya
Apa yang kau rasa manis itu, sebenarnya payau dan pahit rasanya
Sudah cukup kau bingungkan diri
0 notes
Text
Cinta itu tak semestinya bersatu.
But how can i forget someone who gave me so much to remember . . .
19 MAC 2024 . 2207
0 notes
Text
Andainya...
Andai saja mati itu halal. Nescaya, sudah lama aku tidak ada.
Andai saja boleh bertukar takdir. Nescaya, aku pilih nyawa ku diganti dengan abang ku. Betapa indah nya kehidupan dia. Tidak perlu melihat dunia yang kejam ini.
Andai saja aku tidak wujud. Nescaya, semua lebih mudah.
18 MAC 2024 . 2303
0 notes
Text
Jendela Neraka 11
Bila aku menjengah jendela nasib akhirat ku. Maka, Neraka lah yang menerjah aku. Tuhanku, andai sahaja aku terus tenggelam dalam dosa-dosaku. Maka, pendekkan saja nyawa aku di dunia fana ini. Supaya, aku tidak mengumpul segunung sampah dosa. Biar aku tidak hidup terlalu lama didunia dengan dosa, dan tidak duduk di neraka terlalu lama dari hasil dosa ku.
Tuhanku, sesungguhnya aku masih bermohon Ya Rabb. Andai sahaja di hari terakhir ku sampai. Sempatkan lah aku bertaubat pada mu dengan sebenar-benar taubat dari seorang hamba mu. Walau memang aku layak ke neraka mu tetapi aku tidak sanggup juga melangkah kesana. Maka, andai saja takdir ku tetap duduk didalam nya. Janganlah aku berlama-lama di dalamnya dan keluarkanlah daku dengan rahmat Mu, Ya Rabb.
18 FEBRUARI 2024 . 2035
0 notes
Text
Jendela Neraka 1
Kedewasaan yang menyebalkan. Sendiri yang menadah pada badai yang mendatang sehingga tak berarah jalan yang aku lalui.
Aku yang mengorbankan diri pada sandiwara dunia. Yang jasadnya rebah pabila nafsu mula menari. Dan akhirnya, lemas dalam bayu dosa.
Mungkinkah ini sampai bila-bila? Aku mahu bebas, aku mahu lepas dari hela dunia. Dalam dunia yang semakin kurang insan mulia, peluang demi peluang aku persiakan.
Dunia yang sementara tapi kejam selamanya. Suka mahupun duka aku perlu hadap sendiri sampai aku mati nanti...
18 FEBRUARI 2024 . 2032
1 note
·
View note
Text
PERGI
I may no longer respond on ur post or anything. Stop fighting for us. There's no longer need to do such things. Sedar lah Syamil lagi kamu mengejar lagi aku berlari. Jadi berhenti lah dan jangan buat perkara yang pada akhir menyusahkan aku juga. If u do love me, then STOP!!!
I had enough sory and thanks on you. Aku dah muak ulang benda yang sama.. tak perlu nak teruskan.. but u keep on being selfish, tak abis2 dengan perasaan kau. Habistu perasaan aku, perasaan bini kau.. Please have a respect for her.
Aku tahu we both hurt. Jadi tak usah la menambah-nambahkan lagi. MOVE ON!! Tak perlu lagi nak diusaha2kan. Berusaha bahagia bersama keluarga yang sedia ada. Jangan nak berangan2 yang bukan2 lagi dah. ENOUGH IS ENOUGH!!!
You know me nothin', Syamil.... dont act like u know me everything. I'M DONE... dont worry about how i ate and rest.. I'm good at taking care of myself cause that's what I always do.
...
Syamil, aku xnak kita lemas dgn perasaan ni. Aku tahu untuk melupakan apa yang dah berlaku sangat lah susah. Bukan untuk kau saja, untuk aku pun sama. Mungkin juga kita xpernah pun melupakan. Dari satu masa ke satu masa, malah setiap detik kita teringat. Macam bayang-bayang tapi Syamil aku pilih untuk bebaskan diri.
Aku tahu tak mudah untuk lupakan dengan apa yang terjadi. Tapi aku taknak kita terlalu bersedih dengan apa yang dah berlaku. Cukup lah, jangan dikoyakkan lagi luka dihati kita. Sudah masa untuk kita berdamai dengan takdir. Syamil jangan mengejar aku. Lagi kau kejar, lagi aku berlari...
Let's turn this to positive. Syamil aku boleh terima sekadar ucapan good morning and night, but i think u better slowly stop or just stop. Dont try to wish more than that. Tak perlu lagi nak kenang2 kenangan lama, cukup simpan dalam diri masing2 saja. U need to realize I'm not for u, n u not for me. Please... tolong lah jaga batas, tolong jangan susahkan aku, tolong jangan gatal2 nak memujuk aku atau apa2 saja, tolong jangan sulitkan keadaan.. aku nak bekerja dengan baik, aku tak nak datang apa2 masalah. Andai kata kalau keadaan tetap berlarutan, jangan sampai aku bagitahu semula pada isteri kau sendiri Syamil. Jangan sampai aku buat report jugak Syamil.
Kita kena sedar, no matter how deep our love is. Cinta itu tak semestinya bersatu. That's the written reality.
Aku pun mdoakan kan juga untuk kau. Jangan risau. Aku doakan yang terbaik, diberi kekuatan dan juga kebahagian untuk kau. Insyallah, u will find one in ur self. *untuk kelas mengaji, jgn letak niat semata-mata mendengar aku. Jika ada kelapangam marilah mengaji sama. Insyallah, kalau diizinkan aku hadiahkan satu al-quran baru untuk Syamil. If only u say yes, then i sent u the gift. Okey..
Itu saja lah dari aku.
0 notes
Text
Terima Kasih untuk segalanya.
TERIMA KASIH atas segalanya. Setiap memori, setiap pertolongan, setiap urusan dan setiap ucapan.
Semoga Allah akan membalasnya dengan lebih indah dan yang terbaik. Semoga Allah itu sentiasa memberi petunjuk dan pertolongan disetiap kesulitan. Semoga Allah juga mendengar dan memudahkan setiap perkataan.
Wahai, Sang Arjuna. Aku panjangkan juga doaku untuk mu, semoga kamu jumpa kebahagian mu jua. Mulakan bersama kehidupan dengan keluarga kecil mu. Mulakan semula hubungan bersama dengan kekasih halalmu. Jangan dibiarkan rajuk dihatinya terlalu sejuk, jika sudah lama membeku maka cairkanlah semula. Jangan berputus asa dengan pasangan mu. Allah tu Maha Mendengar segala rintihan hamba nya, dan dialah yang memelihara hati ini. Semoga dia menyelamatkan kamu dari hati yang berbolak balik dan juga dari hawa nafsu dan syaitan.
Aku juga turut berpesan dan mengingatkan supaya kita sama-sama kembali bertaubat dan mengingati Allah. Bangkit wahai kawan hidup ini tak sempurna. Jangan selalu bersedih ku juga selalu terleka. Kesilapan lama bakal jadi rama-rama. *nyanyi ker tu?hehehe, gurau jer. Jangan terlalu bersedih Arjuna ku* .
Taubat la dengan sebenar-benar taubat, iaitu taubat nasuha. Doa lah sebenar-benar doa, iaitu doa dari seorang hamba. Kerana setiap apa yang pernah kita lakukan itu sebenar-benar dosa dan pasti seksa neraka lah balasan.
Wahai Sang Arjuna. Dunia ini, bumi ini... telah pun semakin ke penghujungnya. Maka siap siaga lah diri kamu dengan agama. Bukan sekadar diri kamu saja tetapi turut bimbinglah keluarga mu juga. Jika kamu mampu bersedih hilangnya pelipur hati mu, tidak kah patut kamu lebih bersedih hilang nya taqwa dan akidah dalam diri mu. Apa yang berkurang itu, kembali lah ditambah. Apa yang jahil itu, kembali lah belajar bukan digoogle saja. *budak sunat laser pon bole buat. Hehehe. Mesti tersengih ^_^ *.
Mengaji la semula, berusahalah menjadilah muslim yang sebenar-benarnya. Ditambah pula, kau itu seorang ketua dalam keluarga kecil mu, seorang suami bagi isteri jelita mu dan seorang ayah bagi anak lelaki mu. Ingatlah tanggungjawab sangat lah besar dan penting. Fokus pada apa yang ada ditangan mu, bukan diluar capaian mu. Pelajarilah dan faham agama kerana itulah kewajipan kita sebagai muslim.
Akhir kata dariku. Wahai Arjuna, maafkan aku jika aku bersalah. Ku hanya ikut hati yang berkata benar. Gerakkan emosi buatku tercabar. Ku tahu ku susah ku mohon kau sabar. *nyanyi lagi ke tu..^_^*
Apa yang aku nak sampaikan. Maaf sebab aku hadir dan wujud dalam dunia kau. Dan aku pulak yang mengoyahkan jiwa dan iman mu. Harapnya, kau terus kuat dan hebat dihari-hari yang mendatang. Insyallah
1 JANUARI 2024 . 0203
0 notes
Text
Redha itu Bahagia
“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.
Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah. Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
Allah telah menetapkan kebahagiaan untuk setiap hambaNya.
“Jika sesuatu itu milik kita. Sesulit apapun jalannya. Apapun rintangannya. Pasti akan jadi milik kita kerana memang untuk kita. Tapi, jika sesuatu itu bukan milik kita. Walaupun mudah jalannya. Walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya. Tidak akan pernah jadi milik kita.
Kerana memang bukan untuk kita.”
Serahkan hati ini pada Allah. InsyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja. Hati kita milik Allah. Bila rasa sedih, berbaliklah pada Allah. Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah. Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah.
Ya Allah!! Sentiasa simpan satu ruang dihati untuk perkara yang tidak dijangka. Supaya bila datang perkara yang tak diharapkan hati ini tidak susah dan terhimpit oleh kesedihan.
Ingat HADIAH atas kesabaran dalam menghadapi pelbagai dugaan ialah Kebahagiaan yang tenang. InsyaAllah..
J.H.
29 DECEMBER 2023 . 2111
1 note
·
View note
Text
Yang Berlalu...
Aku tak pernah sedar betapa sakitnya sebuah kenangan itu. Bila mana orang yang pernah aku mesra. Bangga berkata betapa dia suka dan gembira dengan segala aktiviti yang aku cipta bersama dia. Sehingga dia menganggap suatu hobi baharu dalam dunia dia. Ya aku tumpang bangga melihat akuan dia itu kerana semua pekara tersebut adalah pertama kali dilakukannya dan aku juga orang pertama yang mengajak dan mengajarnya keseronokkan tersebut.
Tapi malangnya aku tak boleh lagi mendekat walaupun dia wujud di depan mata. Disebabkan dia sudah buat pilihan nya sendri untuk mecari permata yang lain. Okey, tak apalah.. tetapi aku pedih mendengar setiap kenangan itu dia ceritakan pada orang ramai betapa dia "enjoy" setiap masa. Mengapa perlu bercerita begitu tak bolehkah diam-diamkan saja?
Dan jika benar itu hobi baru mu. Maka jinakkan lah bersama dengan teman yang lain. Mengapa perlu bertanya pada aku lagi? Maaf aku tidak boleh jadi orang yang dahulu. Kerana situasi sudah tidak sama lagi. Aku bukan lagi prioriti kau lagi. Ohh silap.. mana pernah aku jadi orang penting kau. Dah setiap keputusan kau dan aku itu sentiasa diragukan..
Maaf... aku tak mampu mengajak dan mengajar kamu kenangan yang baru lagi.... cukup saja yang dulu....
22 DISEMBER 2023 . 2145
0 notes
Text
Halimunan
Terima kasih untuk harini. Terima kasih sebab dah bekerja keras. Terima kasih untuk semalam. Terima kasih sebab dah bertahan. Terima kasih untuk esok. Terima kasih sebab nak teruskan.
Terima kasih dari mula hingga ke akhir nanti. Teima kasih untuk segalanya...
TERIMA KASIH, dua patah kata yang cukup ringkas dan memberi makna yang padat didalam jiwa. Antara perkataan yang berat untuk diucap bagi sesetengah manusia kerana perkataan ini boleh meruntuhkan ego nya. Tetapi perkataan itu juga lah yang boleh menjinakkan sanubari insan.
Dengan berterima kasih juga dapat memberi serta menerima kekuatan pada zahir dan batin jua.
14 DISEMBER 2023 . 2115
0 notes
Text
I'm lost...
I'm back to square. I know it's wrong, and I feel sucks. But I just do nothing and go back to 'square' again...
13 DISEMBER 2023 . 0720
0 notes
Text
Tasawuf Moden
Meraih hakikat bahagia sebagai manusia dengan mendalami erti tasawuf sebenar. Kepatuhan kepada peraturan selari kepuasan dalam kemodenan.
"seringkali orang mencari bahagia dengan mengorbankan waktu, tenaga, keluarga, bahkan nyawa. Padahal, bahagia ada dalam diri kita, ada dalam tangan kita, tetapi kita masih cari yang ada di tangan orang lain kerana yang di tangan orang itu kelihatan indah. "
- HAMKA -
11 DISEMBER 2023 . 1254
0 notes
Text
Lisan yang membisu
Tidak semua perkara bisa bicara, ada kalanya aku hanya mampu menulis saja. Agar suaraku tak padam meskipun tak pernah didengar.
Kerana aku sedar tidak semua kata-kata ku sesuai didengar. Dan juga kadang-kala bicaraku bukan untuk mereka tetapi sebenarnya khas buat diri ini.
5 Disember 2023 . 2159
0 notes
Text
Rencam
Diciptakan perasaan yang berbagai emosi: ada yang marah ketika suka, ada nangis ketika senang, ada yang kecewa demi bahagia. Semuanya punya ekspresi yang unik, masing-masing dengan pembawakan sendiri.
3 Disember 2023 . 1223
0 notes
Text
Perjalanan terpanjang dalam hidup adalah menjadi manusia yang paling ikhlas menerima takdir...
N.S.
29 November 2023 . 1832
0 notes